Melaka. Begitu juga dengan beberapa istana raja Melayu lama, seperti Istana Sri Menanti, Istana Kenangan,Perak, dan rumah tempat kediaman di Semenanjung Malaysia.
Kesultanan Melayu Melaka
“…….maka Bendahara dan Temenggong pun membangunkan istana tujuh belasruangan, maka diperbuatnya istananya bertingkat tujuh terlalu indah-indah, Hang Tuah berbuat dua tingkat, Hang Jebat, Hang Kasturi mengukir dua, dan Tun Mamat, Tun Lekiu dan Tun Lekir, Hang Kamari keranaorang tujuh itulah yang bijak mengukir…. ( Hikayat Hang Tuah ) “ ……sulur dan batangnya merah berukiran setangkai awan…..” ( Hikayat Hang Tuah ).
Petikan di atas menjelaskan tentang seni ukir yang telah lama menetap dan bertapak di alam Melayu.Kedatangan Islam pada abad ke-14 memberikan kesan yang amat dalam kepada perkembangan seni ukiranMelayu. Istana Hawa Nafsu atau Mahligai Hawa Nafsu yang menjadi singgahsana Sultan Mansur Shah (1459-1477) sebagai pemerintah kerajaan Melayu Melaka seperti mana di tulis dalam Sejarah Melayu ( Sulatus Salintin) oleh Tun Seri Lanang pada abad ke-17. Istana ini di jelaskan dalam catatan Sejarah Melayu;
“ Sekaliannya itudiukir dan bersangkuap. Pada antara pengkuap itu diperbuat berlalang bersagi: sekaliannya dicat dengan air emas. Terlalu indah pembuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada seperti zamanitu” ( Sejarah Melayu ). “ tersebut sebuah istana yang besarnya 17 ruang, bersayap layang-layang berukir,diukir jenang pintu itu dan empat puluh banyak pintunya selain dicat dibubuh air emas…” ( Sejarah Melayu )
Istana ini juga merupakan sejarah awal dalam seni bina Melayu yang menggunakan bahan-bahan dari China.Walaupun jelas mendapat pengaruh dari luar dalam penggunaan bahan seperti atap dari tembaga dan timahdisisipkan dan berdindingkan cermin berwarna dan cat air yang dimport dari China, ianya merupakan istanayang sangat lengkap dibina oleh tukang tempatan. Hal ini sangat sesuai fungsi berganda istana pada zamandahulu disamping sebagai tempat bersemayam raja-raja atau sultan Melayu, ianya juga dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Sebagai sebuah istana, senibinanya berasal dari rumah Melayu yang telah diubah suai bagimemenuhi dua fungsi diatas. Oleh itu, tukang-tukang atau pandai kayu dengan kemahirannya, berperananmengubah struktur bangunan istana-istana raja Melayu. Tukang-tukang tempatan berjaya mengadaptasikan beberapa bahgian dalam struktur bangunan istana dengan mewujukan beberapa balai. Misalnya Balairung Seri( Balai Besar), Balai Mengadap, balai menunggu, balai penghadapan (tempat rakyat menghadap sultan/raja) balai singahsana, bilik beradu raja, balai santapan, bilik putera-puteri, bilik dayang-dayang, bilik pengawal istanadan bilik pembantu istana. Dalam Hikayat Misa Melayu, istana Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1780) yangterletak di Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta Perak, adalah bukti tentang seni ukir dan keindahannya.Dalam hikayat ini jelas menunjukkan keindahan bentuk istana dengan hiasan-hiasan ukiran melayu. Penemuanyang berupa artifak-artifak oleh ahli arkeologi merupakan bukti kesan tinggalan sejarah yang dapat penyokong pengaruh Islam di dalam seni ukiran Melayu. Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Brang, Terengganuyang bertarikh awal kurun ke-14, dan Batu Nisan Acheh yang di temui di beberapa tempat di negeri Perak,Pahang, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik yangsangat menarik juga menjadi bukti tentang seni ukiran di alam Melayu. Catatan sejarah dari perjumpaan padazaman batu neolitik di Asia Tenggara merupakan tanda awal terdapatnya tukang, pandai ukir atau pengukir dialam Melayu. Ini terbukti dengan penemuan belanga, gelang, kendi, pinggan mangkuk dan sebagainya. Ada pendapat mengatakan seni ukir didatangkan dari selatan Negeri Thai iaitu Pattani. Buktinya, Negeri Kelantan,Terengganu, Pahang, Kedah di bawah pengaruh Siam berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana danrumah-rumah lama mempunyai banyak persamaan dengan seni ukir Siam.Ada juga yang berpendapat seni ukir didatangkan dari Acheh, Jawa dan Sumatera. Di Perak Tengah mempunyaigaya seni ukiran Acheh dan Jawa. Hal ini berlaku kerana penduduk selatan Negeri Perak merupakan orangMelayu yang sebahagian besarnya berketurunan dari beberapa suku Melayu dari Sumatera iaitu Mendailing,Batak, Rawa, Kerinci, Kampar dan Jambi.Ukiran kayu yang terdapat di negeri Selangor, Negeri Sembilan,Melaka dan Johor dipengaruhi oleh seni ukiran rantau asal keturunan. Umpamanya orang Melayu di NegeriSembilan dan Selangor sebahagian besarnya berasal dari Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya.Bukti lain yangdapat dijadikan sebagai kajian tentang keberadaan seni ukir dialam Melayu misalnya Istana Seri Menanti Negerisembilan. Istana ini di ketakan sebagai sebuah istana tertua di Negeri ini malah sangat istimewa dengan bentuk struktur bangunan yang penuh berukir. Pada abad ke-20, istana ini merupakan tempat bersemayamnya YangDipertuan Besar Negeri sembillan (Yam Tuan Muhammad ). Ianya dibina pada zaman pemerintahan kerajaanInggeris di Tanah Melayu dan merupakan sebuah istana kayu berukir yang terbesar di dunia. Sehingga sekarangianya dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Sembilan.Penemuan yang lain seperti tembikar di Gua Cha diKelantan dan Bukit Tengku Lembu di Perlis, merupakan bukti sejarah terhadap keahlian para tukang Melayudalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan batiniah. Seni ukir tidak hanya sekadar hiasan pada bentuk senirupa yang di cipta, tetapi juga memperlihatkan taraf kemahiran dan pencapaian teknik serta pemikiran orangMelayu. Karya ukiran Melayu yang dihasilkan banyak mendedahkan nilai dan falsafah dalam pemikiran orangMelayu yang dalam masyarakatnya penuh dengan pernyataan simbolik apabila mereka mencipta sesuatu motif,corak dan bentuk dalam sesuatu karya ukiran.