You are on page 1of 4

Sejarah Seni Islam

- Seperti dalam Seni India dan Seni Yunani Klasik, Seni Islam juga berkait rapat
dengan agama. Selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 236 A.D,
maka tarikh tersebut menjadi titik permulaan perkembangan Seni Islam. Pengaruh
Seni Islam amat luas. Dari Semenanjung Tanah Arab, hingga ke seluruh Timur
Tengah, Afrika Utara, Eropah, Turki hingga ke India, Asia Tenggara dan negeri
China.
- Seni Islam berbentuk bangunan, tulisan, ukiran dan juga persenjataan. Pembuat-
pembuat Seni Islam diransang oleh keinginan untuk menegakkan dasar-dasar
tauhid iaitu suatu kepercayaan bahawa Tuhan itu satu dan berkuasa mutlak ke atas
segala sesuatu di Bumi dan di langit.
- Pembuat-pembuat Seni Islam menggunakan motif-motif bunga-bungaan dan
motif-motif geometri. Tujuannya ialah supaya segala permukaan dipenuhi dengan
hiasan-hiasan tersebut.
- Motif-motif geometri yang bersegi empat, bulat, tiga segi, bujur dan lonjong
berfungsi secara bersendirian atau berfungsi secara bertindih dan berhabis untuk
tujuan itu ilmu matematik dan formula pembahagian adalah digunakan.
- Seni Islam menggunakan kaedah pengayaan atau stailisasi ke atas hal benda
seperti figura manusia, binatang, tumbuhan-tumbuhan yang digubah sehingga
tidak menyerupai bentuk asal. Ini adalah mematuhi hadis yang melarang
perbuatan imej benda-benda hidup.
- Benda-benda dalam Seni Islam adalah berguna atau functional dalam hidup
sehari-hari oleh orang-orang kelas atasan atau bawahan. Oleh demikian, objek-
objek yang dihasilkan mencerminkan keharmonian antara manusia dan Tuhan
yang menciptanya.
Antara lukisannya:
1. Dome of The Rock / Kobbatul Sakrah, Jerusalem. 692 A.D.
2. ‘Candle Stick’ made by Muhammad Ibn Hassan al Mawsili, Cairo.H:22.5 cm.
1269.
3. ‘Bowl’ made by Ibn Al-Zain. H : 10.3 cm. 1290.
4. ‘ Pin Box’ H : 7 cm. L : 32 cm. 1304.
5. ‘Helmet’ H : 32 cm. D : 22 cm. 1430.
6. Bihzat ‘Construction of The Castle of Khawarnaq’. 7 x 6 in. 1494.
7. Bihzat ‘Laila Majnun at School’ 9 x 6 in. 1494.
8. Bihzat ‘Caliph Ma’mun Visiting The Bathhouse’ 7 x 6 in. 1494.
9. ‘Battle between Bahrana Chubins and Khusrav’ 16 x 11 in. 1540.
10. ‘Kalila wa Dimna’ 13 x 9. 1374.
11. ‘Surah Falaq’ by Ahmad Ibn Muhammad. 51 x 36 cm. Kufic 1334.
12. ‘ Surah Al-Fatihah’ by Nash. 53 x 42 cm. 1425.

Seni Abad Ke-19


- Di Eropah, abad ke-19 itu dibuka dengan tirai yang bernama Neo-Classic (Klasik
Baru). Stail Neo-Classic ini mendapat inspirasi dari Seni Yunani Klasik iaitu, seni
yang lebih 1000 tahun terdahulu. Stail Neo-Classic meminjam prinsip-prinsip
Yunani Klasik tersebut, iaitu pertama; pengolahan figura yang betul, kedua; kadar
banding yang setimpal, tubuh badan yang sasa, ekspresi muka yang perwira.
- Stail Neo-Classic itu merupakan kaedah rasmi yang diajar di Akedemi Seni
Perancis.
- Arus yang menentang Neo-Classic diberi nama Romantisme. Pelukis Romantisme
menolak fahaman Neo-Classic yang dirasanya terlalu kaku, mengongkong dan
menyempitkan. Sebaliknya, stail Romantisme itu bersifat lebih peribadi, penuh
dengan emosi dan sengaja melanggar peraturan.
- Selepas gerakan Romantisme, timbul satu lagi gerakan yang menentang kedua-
dua itu. Arus baru ini bernama Impresionisme. Pelukis-pelukis bertindak balas
menentang arus Neo-Classic dan Romatisme itu kerana lukisan-lukisan mereka
ditolak dan tidak dipamerkan di dalam pameran tahunan anjuran kerajaan
Perancis bernama Salon.
- Kebetulan pertengahan abad ke-19, terjadi resolusi industri yang terbukti banyak
kilang dibina sehingga kanvas-kanvas boleh dibeli dari kilang dengan harga yang
murah. Kini, cat-cat yang dijual dalam tiub sebelum resolusi industri, cat-cat
dibancuh sendiri yang dibeli secara ketulan seperti tepung. Dengan adanya cat
dalam tiub dan kanvas yang kukuh dalam keadaan sejuk dan kekal maka
tercetuslah arus Impresionisme ini yang mementingkan penangkapan cahaya
matahari pada objek-objek yang dilukis itu.
Antara lukisan:
1. J.L David ‘ The Death of Socrates’ 1787. Oil on canvas. 51 x 78 inc.
- ikon kepada estetika Barail (keserupaan pada figura)
- karya mempunyai; katil,bangku,manusia berbaju merah di dalam penjara,
raja yang seolah ingin bangun memakai baju putih, beberapa orang yang
lain sedang bersedih.
- mendukung konsep demokrasi dan kebenaran Neo-Classic.
- menggunakan stail Neo-Classic; melalui orang dan lipatan kain dengan
tepat. Tema : kemangkatan Socrates, memakai baju putih yang
melambangkan beliau mendukung kebenaran; boleh dilihat pada jarinya.
- watak utama di tengah-tengah arah cahaya jatuh. Terdapat pada Plato dan
Socrates.
- catan yang bersih. Stail rasmi yang disokong kerajaan Perancis bernama
pameran ‘Salon’.
2. Delacroix ‘Liberty Leading The People’ 1830. Oil on canvas. 8 x 10 ft.
- Melukis adegan semasa. Figura perempuan yang memegang bendera
bersama tentera-tenteranya dan mayat-mayat yang bergelimpangan.
- Tema menuntut kebebasan. Kedudukan seolah-olah berbentuk tiga segi
dan menjadikannya kelihatan begitu kekal, karya ini mempunyai maksud
yang tersirat.
- mengadakan konvosesion yang ketat.
3. Goricault ‘Raft of The Medusa’ 1819. Oil on canvas. 16 x 23 ft.
- terdapat kapal bernama Medusa. Menceritakan tentang kapal berada di
lautan Atlantik kerana dipukul ombak.
- kapten merupakan orang yang terakhir meninggalkan kapal.
- namun dalam karya, kapten orang yang pertama menyelamatkan diri
sendiri.
- menggunakan bentuk tiga orang dalam karya secara tersirat.
4. J.L Gerome, ‘Gray Eminience’ 1874. Oil on canvas. 39 x 26 ft
- Stail Neo-Classic.
- Hero yang sedang menuruni tangga sedang membaca buku.
- orang lain sedang sujud padanya.
- maksud tersirat tentang mengkritik kepura-puraan pembesar istana.
5. C.Monsef ‘Sunrise: An Impression’ 1874
- Tidak diterima masuk ke dalam pameran Perancis kerana karya bersifat
contengan.
- Perintis kepada gerakan Impresianisme.

You might also like