NotaAset, Liabiliti, Hasil , Belanja dan Ekuiti pemilik/ PA bab 2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin
1
Bab 2 ( Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja) 1.
Hasil
•
Wang yang diterima atau yang akan diterima pada masa depan
•
Hasil Kendalian Perniagaan.-hasil drp kegiatan UTAMA perniagaan.-Contoh: jualan barang niaga, perkhidmatan(doctor),sewa harta benda( kedai sewa kereta, pita video,sewa kanopi dll)
•
Hasil Bukan Kendalian Perniagaan -hasil daripada perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.-Contoh:faedah simpanan Bank, sewa diterima, dividen diterima,untung drp jualan aset bukan semasa.2.
Belanja
•
Ialah kos perkhidmatan atau barang yang dibayar atau akan dibayar apabila menjalankan perniagaan dengan bertujuan untuk mendapatkan hasil bagi sesuatu perniagaan.
•
Belanja Kendalian perniagaan -belanja yang terlibat dalam pengendalian harian perniagaan seperti alat tulis, belanja am, gaji, iklan, sewa dibayar, dll.
•
Belanja bukan Kendalian perniagaan.- belanja yang tidak berkaitan dengan pengendalian harian yang biasa bagi perniagaan seperti faedah pinjaman, rugi atas pelupusan aset, kerugian akibat kebakaran, kecurian, dll.3.
Aset
•
Harta benda yang dimiliki oleh perniagaan dan mungkin mempunyai bentuk fizikal.( kenderaan, premis, perabot dll) atau yang tidak mempunyai bentuk fizikal seperti penghutang.