Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengaruh Catan Indonesia Terhadap an Catan APS

Pengaruh Catan Indonesia Terhadap an Catan APS

Ratings: (0)|Views: 552 |Likes:
Published by Hassan Mohd Ghazali
Perkembangan Seni Lukis Angkatan Pelukis Semenanjong - pengaruh catan Indonesia
Perkembangan Seni Lukis Angkatan Pelukis Semenanjong - pengaruh catan Indonesia

More info:

Published by: Hassan Mohd Ghazali on Jan 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/11/2011

pdf

text

original

 
Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa NusantaraDi Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009
1
TAJUK:Pengaruh Catan Indonesia Dalam Pengkaryaan Catan Pelukis-PelukisAngkatan Pelukis SeMalaysia (APS)Oleh:
Hassan Mohd GhazaliFakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.e-mail:hassan@fsm.upsi.edu.my hasmoli@yahoo.com Blog:http://senivisual2.blogspot.com http://cikgupsv.blogspot.comTel: +06019 2191659
Abstrak:
Pada sekitar 1950-an sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, hubungansempadan antara Malaysia dan Indonesia masih rapat dan sentiasa mempunyaihubungan secara langsung. Justru dalam seni lukis juga hubungan terjalin denganmesra. Pada masa itu naskah-naskah makalah perjuangan kemerdekaan banyak datangnya dari Indonesia. Perkembangan ini sealiran dengan perkembangan senilukis Melayu di Malaya (Malaysia) pada ketika itu. Sekitar 1930-an hingga awal1950-an perkembangan seni lukis di Malaysia (Pada ketika itu Tanah Melayu atau Malaya) banyak dipengaruhi dengan gaya catan Eropah dan gaya catan Cina.Perubahan besar berlaku sekitar tahun 1947 apabila seorang warga Indonesia dari Bogor iaitu Mohammad Hoessein Enas datang ke Pulau Pinang dengan membawasatu gaya seni lukis yang memberi kekuatan kepada seni lukis Malaya. Pengaruhbeliau begitu kuat hingga tertubuhnya Angakatan Pelukis Semenanjung (APS)sekarang dikenali Angakatan Pelukis SeMalaysia. Gaya catan beliau sangat mempengaruhi dunia catan pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu. Pengaruh catan Mohammad Hoessein Enas menjadi dominan dalam catan-catan orang Melayusehingga persaingan kemeriahan berpameran menjadi kekuatan dalam seni lukisorang-orang Melayu pada pada sekiran 1950-an.
Pendahuluan:
Perkembangan catan di Malaysia tercatat dalam lipatan sejarah bermula sekitar tahun1920-an. Pada masa itu pengaruh kuat dalam catan di Malaysia adalah dari negaraEropah dan negara Cina. Pengaruh catan Eropah dipelopori dari kumpulan
‘Penang Ekspresionis’
yang telah didaftarkan pada tahun 1896. Kumpulan
‘Penang Ekspresionis’
ini adalah dikalangan kolonial dari British yang banyak mempengaruhigenre lukisan pemandangan alam seperti catan tradisi pelukis Turner dan Constableserta realisme zaman Pre-Raphelites. Kumpulan
‘Penang Ekspresionis’
dalamkelompok elit dikalangan isteri-isteri pembesar kolonial yang berminat dengan senilukis. Terdapat beberapa orang tempatan antaranya Abdlullah Aris dengan gayapelukisan ekspresionis menggunakan bahan cat air.
 
Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa NusantaraDi Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009
2 Pengaruh dari negara Cina sangat kuat pada masa itu, Kumpulan pelukis iniadalah datang bersama imigran perniaga-peniaga Cina. Kebanyakan datang darilembah Xu Beihong. Pada tahun 1920-an seorang Pelukis Cina bernama Yong MunSen datang ke Malaya (Malaysia), beliau datang melalui Singapura (pada masa ituSingapura dalam Malaya). Sekitar tahun 1937, pelukis-pelukis kaum Cina mula aktif melukis cat air dengan pengaruh catan Yong Mun Sen.Beberapa Kelab dan Persatuan Pelukis ditubuhkan dikalangan kaum pelukisCina. Antaranya Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang,
‘Penang Art Teacher’sCaouncil’
, Persatuan pelukis Pulau Pinang dan lain-lain.Sekitar tahun 1950-an (Pasca Merdeka), penubuhan persatuan-persatuanpelukis semakin bersemarak di Malaya. Dalam tahun 1952 sebuah persatuan senilukis yang diberi nama
‘Wednesday Art Group’
(Kumpulan Hari Rabu) telahditubuhkan. Kumpulan ini diterajui oleh seorang berbangsa Inggeris bernama PeterHarris. Kumpulan ini membawa catan aliran moden seperti Impresionis danEkspresionis. Anggota kumpuan ini adalah dikalangan pelbagai kaum dari kalanganguru-guru berpendidikan sekolah Inggeris. Dalam tahun 1957 tertubuh pula kumpulan
‘Thursday Art Group’
(Kumpulan Hari Khamis) yang memberi saingan dengankumpulan
‘Wednesday Art Group’
.Sekitar 1920-an hingga 1950-an, kepesatan perkembangan seni lukis Malaysiabegitu menonjol, namun gaya catan masih banyak dibawah pengaruh lukisan-lukisanCina dan Eropah. Pada tahun 1946, seorang pelukis dari Bogor Indonesia yangbernama Mohammed Hoessein Enas telah berhijrah ke Malaya. Kedatangan HoesseinEnas menenadakan satu pengaruh baru dalam masyarakat pelukis-pelukis Malaya(Malaysia) terutama gulungan pelukis Melayu yang dahagakan tunjuk ajar dalam senilukis. Pengaruh beliau terus menjadi dominan dalam pertubuhan yang diterajuinyaiaitu Angkatan Pelukis Semenanjung sekarang menjadi Angkatan Pelukis SeMalaysia.Semenjak kehadiran beliau, gaya catan naturalis dan realis dengan tema figuratif danpotret menjadi ikutan pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu.
Perkembangan Seni Lukis Melayu di Malaya
Sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1940-an tidak ramai pelukis-pelukis MelayuMalaya yang menonjolkan dalam perkembangan seni lukis Malaya. Seorang pelukisyang aktif ketika itu ialah Abdullah Ariff seorang guru di Sekolah ‘Anglo ChineseSchool’. Catan beliau banyak terpengaruh dengan catan Eropah iaitu catan gayaImresionis. Pada masa itu melukis dianggap oleh masyarakat melayu yang kuatberpegang pada agama menganggap sebagai berdosa. Pelukis-pelukis Melayu yangterlibat dengan melukis adalah datang dari golongan berpendidikan sekolah Inggeris,kerana pada masa itu kurikulum sekolah mempelajari seni lukis dan kraf.Pelukis-pelukis Melayu mula bersatu di bawah Persatuan Guru-Guru MelayuSelangor. Kebanyakan gaya catan yang dihasilkan adalah pemandangan kampung.Ketrampilan gaya melukis kumpulan ini jauh rendah dari kumpulan-kumpulan pelukisCina. Kebanyakan pelukis-pelukis Melayu adalah dikalangan guru-guru lepasan SITC(‘
Sultan Idris Traning College’
atau Maktab Perguruan Sultan Idris). Pengalaman dan
 
Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa NusantaraDi Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009
3pengatahuan mereka adalah di Maktab Penguruan melalui kurikulum lukisan dan kraf.Di situlah mula mereka gunakan untuk mengasilkan karya catan.Perkambangan awal telah memberi pengalaman baru terhadap guru-guruMelayu dalam seni lukis iaitu pada tahun 1955 beberapa orang guru telah melawatIndonesia untuk melihat perkembangan seni lukis. Di Indonesia mereka telah dibawake Akademik Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Jogjakarta. Semangat melukis semakinkuat apabila kumpulan guru ini diberi pendedahan kehebatan karya-karya catan diIndonesia. Mereka juga diberi dorongan kuat oleh pelukis dan pengajar seni lukisASRI pada ketika itu bapak Suptohodoyo. Menurut Cikgu Idris salam yang hadirbersama rombongan itu, mereka didedahkan dengan pelbagai kegiatan seni lukis danpelukis Suptohodoyo memberi semangat dengan perangsang kepada mereka.Semangat pelukis-pelukis Melayu masih tidak kesampaian, kerana tidak adapemimpin yang menonjol dikalangan mereka. sekitar tahun 1956 kumpulan penggiatkebudayaan Melayu telah menubuhkan pesatuan kesenian dengan mengabungkansemua jenis kesenian iaitu seni lukis, Drama (teater), tarian, muzik dan persuratan.Persatuan tersebut dinamakan Majils Kesenian Melayu (MKM) ditubuhkan di dewanUMNO Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Keahlian kumpulan ini sekitar30 orang. Cikgu Idris salam selaku ketua kumpulan pelukis golongan guru telahmemujuk Mohammad Hoessein Enas seorang pelukis yang datang dari Indonesiamenjadi pengerusi MKM. Mohammad Hoessein Enas merupakan seorang pelukisyang datang dari Indonesia sekitar tahun 1946 dan telah diterima oleh golonganpelukis-pelukis Melayu sebagai mahaguru lukisan.Majlis Kesenian Melayu dibawah Mohammad Hoessein Enas banyak mengadakan latihan-latihan melukis. Pengaruh kuat Huessein Enas dalam pertubuhanini menyebabkan ramai ahli tertumpu pada bidang melukis dan mencatan potretberbanding bidang-bidang seni lain. Setahun kemudian terhasil sebuah pameranlukisan yang dinamakan ‘Pameran Seni Lukis 1’ bertempat di dewan British CouncilKuala Lumpur. Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pertama TunAbdul Razak. Pameran berlangsung seminggu dan mendapat sambutan hangatdikalangan peminat seni lukis di sekitar Kuala Lumpur. Bertolak dari itu makakumpulan pelukis Melayu mula menonjolkan indentiti dengan catan dibawahpengaruh kuat Mohammad Hoessein Enas. Kebanyakan gaya catan yang dipamerkanadalah relisme dan naturalisme.Pengaruh kuat gaya catan Mohammad Hoessein Enas membawa era barupelukis-pelukis Melayu Malaya pada ketika itu. Mohammad Hoessein Enas telahmembuang tanggapan negatif dikalangan pelukis Melayu yang tidak membenarkanlukis potrat dan fikuratif. Kelas-kelas seni lukis yang dibawah Mohammad HoesseinEnas semakin diminati. Dari temu ramah penulis dengan beliau, pada hari Sabtuseramai 20 lebih orang yang datang belajar melukis dengannya termasuk dariSingapura dan beberapa buah negeri lain.Majlis Kesenian Melayu tidak lama bertahan kerana kegiatan banyak tertumpupada aktiviti seni lukis yang dibawa oleh pengerusi iaitu Mohammad Hoessein Enas.Lantaran itu Mohammad Hoessein Enas dengan beberapa Jawatan kuasa telahberbincang untuk keluar dari MKM dan menubuhkan sebuah pertubuhan Seni Lukis.Pada tanggal 15 April 1958 tertubuhlah Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Arrya_Hokka_2241 liked this
Miza ZaaBa liked this
Miza ZaaBa liked this
nazib_92 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->