Sebenarnya, novel mengisahkan tentang manusia melalui pelbagai watak. Ada novelmenggunakan watak binatang. Misalnya novel
Tikus Rahmat
karya Hassan Ibrahim. Ada novelmenggunakan benda-benda mati seperti novel
Sampah
karya Shahnon Ahmad. Walau bagaimanapun, novel menggunakan watak manusia lebih banyak dihasilkan.Menurut Hashim Awang, terdapat pelbagai kategori novel berdasarkan ceritanya. Antaranya,novel psikologi, novel perwatakan, novel peristiwa, novel resaman, novel sejarah, novel sosial, novel politik, novel alam dan sebagainya.
Ciri-Ciri Novel
1.Novel merupakan sebuah cereka prosa yang panjang, lebih daripada 20,000 perkataan dan lebih100 halaman untuk menghasilkan cerita lengkap. Sekiranya kurang 20,000 perkataan atau 100halaman, karangan tersebut dikenali sebagai novelet.2.Sebuah novel dibahagikan kepada beberapa bahagian atau bab. Setiap bahagian atau bab itumempunyai cerita tersendiri. Misalnya, novel
Kanang Cerita Seorang Pahlawan
atau novel
Putera Gunung Tahan
masing-masing mempunyai sebelas bahagian atau bab. Novel
Timulak Kapal Perang
pula mempunyai sembilan bab.3.Sebuah novel mempunyai cerita yang lengkap dan sempurna seperti pengenalan cerita, perkembangan cerita, konflik dan konflik puncak dan penyelesaian. Tanpa tiga bahagian tersebut,sesebuah novel itu dianggap tidak sempurna4.Cerita dalam novel mengisahkan tentang tindakan atau peristiwa yang dialami oleh manusia yangdiwakili sama ada oleh manusia atau benda-benda hidup atau benda-benda tidak bernyawasebagai watak atau pelakunya. Misalnya, novel
Meniti Kaca
mengisahkan ketabahan dankegigihan seorang pelajar menghadapi cabaran hidup, novel
Pahlawan Pasir Salak
mengisahkan perjuangan penduduk Pasir Salak mempertahankan kampung mereka daripada penjajahanInggeris.5.Terdapat dialog watak-watak, sama ada secara cakap ajuk atau cakap pindah, monolog atau penjelasan yang menggambarkan fikiran, sikap dan pendirian watak-wataknya.2