TEKS PENUH
1 PENGENALAN1.1 Manusia dan Organisasi
alam masyarakat moden, organisasi merupakan aspek amat penting dalamkehidupan manusia. Peranan organisasi menjadi semakin penting semenjak revolusi perusahaan pada abad ke-18. Pada masa ini manusia berpegang erat pada organisasiuntuk kehidupan, kesejahteraan dan inspirasi mereka.Kebanyakan kita dilahirkan di hospital, diberi pendidikan montesori, dimasukkan kesekolah rendah, menengah dan universiti. Selepas mendapat ijazah kita bekerja dengan jabatan kerajaan, syarikat, pertubuhan, persatuan, koperasi, kesatuan dan sebagainya.Sebagai riadah, kita menyertai kelab golf atau sukan. Kita ke masjid, kuil atau gerejauntuk memenuhi keperluan spiritual, kita ke pasar atau pasar raya untuk membelimakanan dan keperluan-keperluan lain. Untuk keperluan air, kita bergantung pada PBA(Perbadanan Bekalan Air), untuk keperluan elektrik pula, kita memohon daripada TNB(Tenaga Nasional Berhad), dan untuk pengangkutan, kita menaiki Bas Kuning, MAS atauKTM dan membeli kereta daripada EON, dan Proton, dan untuk hiburan pula, kita tontonRTM, TV3, CNN atau MegaTV. Untuk mendapat pasport kita ke Jabatan Imigresen.Pengaruh organisasi terhadap kehidupan manusia sama ada sebagai pelanggan, pekerja, pengurus, pembekal, pemilik saham atau sebagainya menjadi sungguh menyeluruh.Kecemerlangan organisasi semestinya memberi kesan positif kepada mereka yangterlibat. Pelanggan akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang lebih bermutu, pekerja dan pengurus akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi dan sebagainya.Sebaliknya prestasi organisasi yang merosot akan memberi kesan negatif kepada semuayang terlibat melainkan pesaing.Kertas ini akan membincangkan perkaitan antara kepimpinan dan pengurusan strategik dengan kecemerlangan organisasi. Kertas ini mengandungi lapan bahagian:
(a) konsep organisasi dan kecemerlangan organisasi,(b) konsep kepimpinan dan kaitannya dengan kecemerlangan organisasi,(c) konsep pengurusan strategik dan kaitannya dengan kecemerlanganorganisasi,(d) penemuan kajian tempatan tentang kepimpinan,