Setelah manusia mengenal isi dunianya serta alam persekitarannya, kita manusia dapatbelajar dengan banyaknya tentang erti kata kehidupan di dalam dunia ini. Juga, setelahkita mencerap pelbagai gelagat sang haiwan seperti monyet, tupai, ikan, buaya, itik,katak dan burung yang hidup di muka bumi ini, maka timbullah keinginan untuk kitameniru gelagat-gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai gelagat haiwan itu ialah bergayut,melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan mencari helah atau dayausaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di dalam air dan juga sepertimana burung terbang di ruang udara.Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira 4,000 tahunyang lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orangAssyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian daripadalatihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada ZamanKelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana boleh dikatakankebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam renang pertama dibuka di Liverpool,England pada tahun 1828. London pula merupakan kota pertama memperkenalkansukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London mempunyai enambuah kolam renang.Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahandan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time). Cabaran padazaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenangmnyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire,England menjadi orang pertama berenang di Selat Inggeris. Beliau berenang dariDover, Englang ke Calais,Perancis dalam jangka masa 21 jam 45 minit. Pada tahun
2