akan mula mengenal objek, memberi nama kepada objek, mengenal huruf, mengaitkanhuruf dengan objek, mengenal perkataan dan mengaitkannnya denagn objek.Perkembangan fikiran ialah tahap-tahap kebolehan seseorang itu memerhati,meneliti, menyimpan, mentafsir, menyelesaikan masalah, memproses danmengeluarkan buah fikirannya. Perkembangan emosi bermaksud peningkatankebolehan seseorang itu merasai sesuatu, mengawal perasaan dan menghayatiperistiwa dan fenomena alam. Perkembanagn sosial pula pula bermaksud peningkatankebolehan berinteraksi dalam kelompok, berinteraksi dan berkomunikasi denganberkesan. Ia juga bermaksud kebolehan memerima kewujudan diri sendiri bersamadengan kewujudan orang lain dalam persekitaran hidupnya. Kanak-kanak yangsosialnya belum berkembang akan bersifat egosentrik iaitu sifat mementingkan dirisendiri dan menganggap orang lain juga berfikiran sepertinya. Kanak-kanak yangsosialnya belum berkembang juga tidak bersedia untuk bermain dan berkongsibarangan dengan orang lain.Perkembangan moral bermaksud peningkatan tahap kesedaran akhlak,peraturan, nilai dan norma yang telah tetap yang dikongsi bersama. Ini bermaksudkanak-kanak yang telah ada kesedaran moral akan faham keperluan penghormatankepada orang dewasa dan kenapa kita perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Perkembangan rohani pula bermaksud kesedaran tentang perasaan hati, hakikatkehidupan dan kewujudan Tuhan. Kanak-kanak yang telah berkembang rohaninya akansedar akan hukum-hukum dan peraturan yang ditentukan oleh Tuhan dan cubamenurutinya. Perkembangan akan berlaku secara berterusan sehingga mati.Umpamanya perkembangan kematangan fikiran. Semakin lama seseorang itu, semakinmatang pemikirannya. Makin banyak pengalaman seseorang itu, makin mudah iamenyelesaikan masalah. Proses perkembangan itu juga turut dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.Perkembangan juga mempunyai beberapa prinsip asas yang perlu diketahui.Antara prinsip-prinsip perkembangan ialah,
perkembangan berlaku mengikut arahtertentu
. Perkembangan mempunyai arah sama ada sewaktu peringkat sebelum lahir mahupun pada peringkat sudah lahir. Arah-arah itu seperti arah kepala ke kaki(cephalocaudal) dan arah tengah ke tepi (proximodistal). Mengikut arah kepala ke kaki,
3