APLIKASI DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam Pengurusan HEMPengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
yang diasaskan oleh Dr. W. Edward Deming, berikutan usaha membina semula industri Jepun selepas Perang Dunia ke-2. Minat terhadapTQM semakin meningkat sejak kebelakangan ini khususnya di instituti pendidikan. SekiranyaTQM dapat diintegrasikan dalam pendekatan yang menyeluruh terhadap proses penambahbaikankualiti khususnya dalam struktur dan proses di sekolah, sudah barang tentu pendekatan yanglebih prakmatik, efisyen dan efektif mampu dibina ke arah usaha penambahbaikan kualiti yang berterusan dalam bidang HEM di sekolah. Ini kerana TQM pada dasarnya adalah pengurusanyang berteraskan kepuasan pelanggan dan pengurusan HEM adalah berkait langsung dengan pelanggan-pelanggannya di sekolah iaitu pelajar, ibu bapa dan masyarakat.Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh sistem pendidikan kita ialah untuk menyediakan satu perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti, dan seterusnya melahirkan `output’ tenaga manusiayang berketrampilan dan berkemahiran sesuai dengan kehendak pembangunan negara. MenurutDeming, kualiti sesebuah organisasi datangnya 80% daripada pengurusan dan 20% daripada pekerja. Dalam Konsep TQM,
"Bad quality comes from bad management, not bad employee"
.Kualiti yang buruk datangnya daripada pengurusan yang buruk, bukan pekerja-pekerja yang buruk. Oleh itu sebagai organisasi pendidikan seperti sekolah yang bersedia dan mahu memikultanggungjawab pengurusan sepenuhnya terhadap masalah kualiti, seharusnya menggunakanTQM.
Konsep TQM
Terdapat 3 elemen utama dalam TQM iaitu:
1. Falsafah
- TQM bertujuan menyediakan perkhidmatan yang sentiasa bertambaik kualitinya kepada pelanggan iaitu pelajar, ibu bapa danmasyarakat.
2. Matlamat
- Setiap perkhidmatan diberikan kepada pelajar dan prosesnyahendaklah berkualiti.
3. Proses
- Maklumbalas daripada semua ahli staf diminta dandigunakan untuk membantu dalam proses penambahbaikan kualitiyang berterusan. Ini adalah satu proses yang mengupaya danmelatih ahli staf dalam satu struktur bersistem untuk menggunakan