Begitu pun suka ditegaskan bahawa sesuatu itu hanya akan dianggap sebagai sejarahapabila sesuatu peristiwa itu adalah hasil daripada tindak-tanduk manusia yangnormal. Ini kerana jika orang yang menghasilkan sesuatu tindakan itu manusia yangtidak waras atau gila maka peristiwa itu tidak akan dianggap sebagai sejarah dan peristiwa itu tidak akan dikaji oleh sejarawan.Selain daripada itu sesuatu itu hanya dianggap sebagai sejarah apabila ia berdasarkankepada fakta logik dan sumber-sumber yang boleh dipercayai daripada tulisan-tulisan dan monumen-monumen
.
Perkataan ‘history’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya berasal daripada perkataanYunani ‘historia’ bermaksud “penyelidikan”, “penyiasatan”, atau “pertanyaan”.Manakala perkataan ‘sejarah’ dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataanArab iaitu
syajarah
atau
syajaratun
yang bermaksud, “pohon”, “salasilah”, atau“keturunan”. Perkataan sejarah ini juga dalam bahasa Melayu pada peringkat permulaannya disebut Tawarikh; daripada perkataan Arab
Ta’rikh
yang bermaksud “pengtarikhan” yakni pemberitahuan waktu.Orang-orang Yunani kemudiannya memberi pengertian sejarah ini sebagai;”sebuahrekod atau cerita hasil daripada siasatan”.Manakala dalam pensejarahan moden, sejarah bermaksud penyiasatan, objek yangdijadikan bahan penyiasatan serta rekod yang terhasil daripada siasatan yangdilakukan oleh seorang ahli sejarah.3