You are on page 1of 43

PENDIDIKAN ISLAM KONSEP AKIDAH

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

KANDUNGAN
PENGHARGAAN---------------------------------------------------------3 PENGENALAN--------------------------------------------------------------4 PENGERTIAN AKIDAH----------------------------------------------------5 ILMU AKIDAH BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T.---------------------------------------6 ---Kewujudan Allah S.W.T. ---Mengenali Allah S.W.T. ---Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah S.W.T.-------------------------7 ---Yakin dan melaksanakan petunjuk Allah S.W.T. BERIMAN KEPADA MALAIKAT-------------------------------------------8 ---Penciptaan Malaikat BERIMAN KEPADA RASUL------------------------------------------------9 ---Peranan Rasul ---Kebenaran Rasul ---Kepentingan Beriman Kepada Para Rasul ---Tujuan Kitab-Kitab diturunkan ---Hikmah Beriman Dengan Kitab-Kitab-----------------------------------10 BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT------------------------------------1 --- Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat----------------------------12 BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR-------------------------------13 ---Maksud Takdir ---Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH------------------------14 KEPENTINGAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA PENYELEWENGAN DAN KEROSAKAN AKIDAH PEMBINAAN AKIDAH KESIMPULAN--------------------------------------------------------------15 SUMBER RUJUKAN 2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PENGENALAN
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pengangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pengangan yang kuat. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, Akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PENGERTIAN AKIDAH
Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah S.W.T dan sifat-sifat kesmpurnaanNya. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari, dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah S.W.T.. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

ILMU AKIDAH
Ilmu tauhid
Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah S.W.T. yang wajib diketahui dan dipercayai.

Ilmu usuluddin
Suatu ilmu yang kepercayaaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T dan pesuruh-Nya.

Ilmu makrifat
Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah S.W.T..

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Ilmu kalam
Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan.

Ilmu akidah
Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah S.W.T..

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Huraian Rukun Iman


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni AlKhattab r.a. bahawa didalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah s.a.w didalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah s.w.t, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu: 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya kepada Malaikat 3. Percaya kepada Kitab 4. Percaya kepada Rasul 5. Percaya kepada Hari Kiamat 6. Percaya kepada Qada dan Qadar

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T.


Erti beriman dengan Allah Taala itu ialah mengetahui,percaya & beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib,perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Taala. Beriman dengan Allah juga bermaksud: a) Membenarkan dengan yakin akan aday Allah; b) Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah,baik dalam perbuatanNya manjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupumn dalam menerima ibadat setiap makhluk; c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan,suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yan telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu, (manjadi orang-orang yang) bertaqwa - (Surah Al-Baqarah:21) Ertiy bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasukbumi langit dan planet-planet lain,yang dapat dilihat atau tidak,semuay adalah kepunyaan Allah S.W.T. Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan aday Allah maka aday yang lain-lain itu.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah S.W.T.


Tauhid Rububuyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb. Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Mempelajari dan memahami ajaran Allah. Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah S.W.T.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah S.W.T.


Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta terbaik.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PERCAYA KEPADA MALAIKAT


Ertiy ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asaly tidak boleh dilihat,bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakaiy. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya,sabda Rasulullah s.a.w. (Terjemahany): Malaikat itu dijadikan daripada cahaya,jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah - (Hadith riwayat Muslim)

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Nama Dan Tugas Malaikat 1. Jibril Menyanpaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia. 2. Mikail Mengawal cekerawala termasuk matahari,bulan,bintangbintang,hujan & panas dan lain mengikut yang dikehekndali oleh Allah. 3. Izrail Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah. 4. Israfil Meniup sangkekala apabila tiba masay 5. Raqib Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia. 6. Atid - Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia. 7. Mungkar Menyoal manusia di dalam kubur. 8. Nakir - Menyoal manusia di dalam kubur. 9. Ridhwan Mengawal syurga. 10.Malik Mengawal neraka.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Antara tugas-tugas Malaikat seperti: i. Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul. ii. Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah iii. Memikul Arsy iv. Berdoa untuk orang-orang beriman Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Hikmat Beriman Kepada Malaikat


a) Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakuy,berkelakuan baik, menjaga tutur katay walau dimana dia berada. b) Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak lakuy tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid. c) Seseorang muslim akan sentiasa melakukan disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat didalam kubur.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PERCAYA KEPADA KITAB


Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah S.W.T telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia. Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah: Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti) Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani) Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani) Al-Quran : Nabi Muhammad S.A.W (dalam bahasa Arab)

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Pada mulay manusia itu adalah umat yang satu(menurut agama Allah yang satu tetapi akhiry mereka telah berselisih faham),maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira(kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran(kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan - (Surah Al-Baqarah: 213) Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PERCAYA KEPADA RASUL


Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul: 1) Siddiq Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan. 2) Amanah Jujur dan tidak mambuat kesalahan. 3) Tabligh Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia. 4) Fathonah Bijaksana.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Erti Rasul dari segi bahasa: Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain. Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk diriy dan wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Dari segi keaslian; al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli. Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja. Bahasa Al-quran adalah bahasa arab yang hidup pemakaiannya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Hikmah Beriman Dengan Kitab-Kitab


Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datang daripada Alah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran. Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datang daripada Allah.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama. Sepatutnya orang-orang Yahudi dan Kristian tidak menyeleweng dari islam kerana semua para Nabi adalah islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT


Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fikir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan aday satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingy masalah ini hingga turuny ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat: 1) Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Tejadi gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal. 2) Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

3) Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah. 4) Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiyaan. 5) Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalany. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amlan kejahatan akan ditempatkan di neraka.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat


Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia. Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya. Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat. Mengalakkan orang Islam melakukan ma'ruf dan meninggalkan kejahatan.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR

Maksud Takdir
Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua: Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab masabab. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah


Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku keatas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PERINGKATPERINGKAT-PERINGKAT IMAN
1) Iman Taqlid Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata menikut pandapat orang lain. 2) Iman Ilmu Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati 3) Iman Ayan Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh. 4) Iman Hak Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin,iaitu orang yang hampir. 5) Iman Hakikat Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG


Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman: Melawan hawa nafsu, Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela, Membiasakandiri dengan sifat-sifat terpuji, Melahirkan keikhlasan berbakti & berkoban semata-mata kerana Allah, Memperbanyakkan amalan-amalan sunat, Bertakafur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH


Adalah wajib supaya perkara-perkara yang boleh merosakan akidah terhadap Allah S.W.T.. Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah: Supaya terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakkan akidah seseoprang terharap Allah S.W.T.. Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaan-Nya Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakkan akidah

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Audit dan Timbangan Amalan. Antara perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan. Sirat. Setiap orang pasti melalui sirat (jambatan),Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dibentangkan sirat di antara dua tebing neraka jahanam. Aku (Muhammad) dan umatku adalah mereka yang mula-mula menyeberangi. Tidak ada yang berani bercakap ketika itu kecuali para Rasul dengan berdoa :"Ya Allah selamatkanlah, Di neraka jahanam dan pengait-pengait seperti duri pohon sa'dan, cuma kadar besarnya tidak diketahui melainkan Allah Azza Wazallah sendiri. Pengaitpengait inilah yang akan menyambar seseorang sesuai dengan amalan mereka".

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukkan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang Aspek-aspek ilmu akidah yang perlu diperlukan oleh setiap muslim ialah: Al-Uluhiyyat; Al-Nubuwwat; Al-Samiyyat; Al-Mumkinat.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

Keempat-empat aspek diatas hendaklah dipelari untuk menguasai ilmu akidah dengan sempurna. Memepelajari sebahagian daripada aspek tersebut beerti seseorang itu belum lagi menguasai keseluruhan ilmu akidah.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

KEPENTINGAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Akidah Sebagai Asas. Akidah sebagai Penentu atau Pendorong.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PENYELEWENGAN DAN KEROSAKAN AKIDAH


Melalui percakapan atau ucapan. Melalui perbuatan. Melalui iktikad dalam hati.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PENYELEWENGAN DAN KEROSAKAN AKIDAH


Melalui percakapan atau ucapan. Melalui perbuatan. Melalui iktikad dalam hati.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

PEMBINAAN AKIDAH

Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus. Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik. Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah. Bertawakal kepada Allah.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah. Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

SUMBER RUJUKAN

http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/AkidahIslam.htm Buku rujukan Sasbadi Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3 Buku rujukan Sasbadi Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5 (Versi Rumi)

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

- TAMAT -

2007 @ http://www.scribd.com/pengiranijam

You might also like