Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
311Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PEMBENTUKAN KATA

PEMBENTUKAN KATA

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 12,884 |Likes:
Published by atta_sheva

More info:

Published by: atta_sheva on Jan 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

 
PEMBENTUKAN KATA
Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalamkonteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk kata terbitan, (iii) bentuk katamajmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripadasudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itumelalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu.Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah katasingkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabunganawal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripadaGabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak).Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitudengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannyadengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu katanama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk olehimbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata-contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk katanama, iaitu –an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk katakerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlahapitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan peR-…-an yang membentuk kata nama; dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan,meN-…-i, dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja.Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa katadasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.
 
Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yangmengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar,contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangansebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kataterbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan katadasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannyavocal e pepet. Misalnya, laki→lalaki→lelaki.Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanyamenggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada katakerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar,contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikutrentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh katadasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlakusama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda.
PROSES PEMBENTUKAN KATA
Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentuk- bentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda.KATA TUNGGALPerkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian termasuk dalam kumpulan kata tunggal. Kata tunggalterbahagi kepada dua: kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata ataulebih. Di samping itu, terdapat juga kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarangimbuhan seperti ini, itu, sini, dan sana. Namun begitu, kebanyakan kata tunggal bolehdiperluas untuk menjadi bentuk terbitan.
 
(i)Kata tunggal satu suku kataContoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti berikut:  NO.POLA CONTOH1.KVruyayu2.VK am3.KVKbahcatdan4.KKVKbrekdrafgred5.KVKKbankseksteks6.KKKV skru7.KKKVKstrawskripSpring(ii) Kata tunggal dua suku kata NO.POLACONTOH1.V + KVapaela2.V + VKairau3.V + KVKalaseko4.VK + KVabdiinti5.VK + KVKembunindah6.KV + Vdoaria7.KV + VKdiamkuih8.KV + KVKbukuguru9.KV + KVKmulutpukul10.KVK + KVbintisendiKATA TERBITAN

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->