Lokasi yang dipilih untuk melakukan kajian ini adalah di sekitar Bandar SunwaySeberang Jaya, Butterworth yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang. WalaupunButterworth bukan merupakan bandar utama di Pulau Pinang, tetapi bandar ini beradadi kedudukan yang sangat strategik. Ini adalah kerana Butterworth merupakan bandar yang mengikatkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung Malaysia. Ini juga bermaksud penduduk di pulau akan melalui Butterworth apabila menggunakan pengangkutan darat pergi ke tempat yang lain yang berada di Semenanjung Malaysia.Butterworth bukan saja menyambungkan Pulau Pinang dengan SemenanjungMalaysia melalui Jambatan Pulau Pinang dan perkhidmatan feri di Jeti malahmempunyai stesen keretapi yang tidak dimiliki oleh kawasan pulau. Selain itu,Butterworth juga merupakan susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan yang paling berdekatan dengan Pulau Pinang. Kebanyakkan penduduk dari Pulau Pinang akanmembeli-belah dan berurus dengan bank ketika di Butterworth.Selain itu, Butterworth mempunyai pusat beli-belah yang tidak dimiliki olehSeberang Perai Tengah dan Selatan. Berhubungan dengan itu, didapati ramai penduduk dari Seberang Perai Tengah dan Selatan akan mengunjungi ke Butterworth.Kawasan komersil yang memiliki pusat membeli-belah, bank dan siber kafe diButterworth merupakan lokasi yang paling sesuai menjalankan kajian. Bandar SunwaySeberang Jaya bukan saja mempunyai sebuah kompleks membeli-belah yang terbarudi Seberang Perai (
Carnival Mall
) malah didapati banyak korporat perbankan telahmembuka cawangan di sekitar Bandar Sunway Seberang Jaya, misalnya MalayanBanking Berhad, Hong Leong Bank Group, Public Bank Group, RHB, AM Bank,Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional.Bandar Sunway Seberang Jaya adalah satu bandar yang diwujudkan secaraterancang. Pada tahun 1990-an, projek Bandar Sunway Seberang Jaya yangmerupakan pusat komersil dan membeli-belah telah dirancang dan diusahakan oleh
The Sunway Group.
Bandar Sunway Seberang Jaya terletak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan dan tepi Sungai Perai, Bangunan pentadbiran KWSP
Seberang Perai dan perpustakaan awam negeri juga terletak di dalam Bandar Sunway Seberang Jaya.Hotel Sunway dan kawasan lot komersil telah siap dibina pada tahun 1994, pusat
1
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
24