You are on page 1of 12

BAB 3

PEMILIKAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER

3.1 Pengenalan

Daripada kajian yang telah dibuat melalui kaedah soal-selidik dan juga temubual,
maklumat berkaitan dengan latar belakang responden serta pengunaan dan pemilikan
komputer dan akses internet telah dikutipkan. Hasil yang diperolehi akan cuba
dikaitkan dengan faktor-faktor pemilikan peralatan dan akses-akses yang
menyebabkan responden sebagai konsumer dalam membuat pilihan untuk
menggunakan perkhidmatan perbankan internet atau sebaliknya semasa berinteraksi
dengan bank.

3.2 Sosio-demografi Responden

Latar belakang responden dalam kajian ini termasuk umur, gender, etnik, pekerjaan,
tahap pendidkan dan pendapat mereka. Responden dipilih dengan kaedah
Convenience, iaitu kaedah secara tidak rawak. Kebanyakan dari mereka adalah
pelanggan yang ingin mengunjung ke bank atau keluar dari bank di Bandar Sunway
Seberang Jaya.

3.2.1 Etnik

Kajian ini telah dilakukan di kalangan 50 orang penduduk Pulau Pinang yang terdiri di
etnik Melayu, Cina, India, Kadazan dan Siam. Jadual 4.1 menunjukkan jumlah
responden mengikut etnik. Jadual tersebut menunjukkan majoriti responden adalah
etnik Melayu, iaitu 20 orang atau 40.0 peratus berbanding dengan etnik lain-lain yang
31

termasuk dua orang responden berketurunan Siam dan berketurunan Kadazan yang
hanya mempunyai sebanyak 4.0 peratus. Seterusnya, etnik Cina didapati berbilangan
18 orang atau 36.0 peratus. Manakala etnik India pula adalah sebanyak 10 orang atau
20.0 peratus.

JADUAL 3.1 Etnik


Etnik Kekerapan (orang) Peratus (%)
Melayu 20 40.0
Cina 18 36.0
India 10 20.0
Lain-lain 2 4.0
Jumlah (N)= 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007

3.2.2 Gender

Dalam kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana konsumer dalam
penggunaan perkhidmatan perbankan internet, didapati bilangan responden lelaki
yang sebanyak 30 orang (60.0 peratus) adalah lebih banyak apabila dibandingkan
dengan bilangan responden perempuan yang hanya 20 orang atau 40.0 peratus.

JADUAL 3.2 Gender


Gender Kekerapan (orang) Peratus (%)
Lelaki 30 60.0
Perempuan 20 40.0
Jumlah (N)= 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007

3.2.3 Umur

Para responden yang terlibat dalam kajian ini adalah berumur di antara 17 sehingga 39
tahun. Kebanyakan responden berumur 21 tahun sehingga 24 tahun, iaitu sebanyak 20
orang atau 40.0 peratus. Seterusnya para responden di kategori umur 25 tahun hingga
28 tahun adalah sama dengan responden-responden di kategori umur 29 tahun hingga
32 tahun, iaitu sebanyak 11 orang atau 22.0 peratus masing-masing. Selain itu,
sebanyak 12.0 peratus atau 6 orang responden berada di lingkungan umur 33 tahun
hingga 36 tahun.
32

Akhirnya, responden yang berada di kategori 17 tahun hingga 20 tahun adalah


sama dengan responden di kategori 37 tahun hingga 39 tahun, iaitu hanya 1 orang atau
2.0 peratus masing-masing.

JADUAL 3.3 Umur


Umur Kekerapan (orang) Peratus (%)
17 tahun – 20 tahun 1 2.0
21 tahun – 24 tahun 20 40.0
25 tahun – 28 tahun 11 22.0
29 tahun – 32 tahun 11 22.0
33 tahun – 36 tahun 6 12.0
37 tahun – 39 tahun 1 2.0
Jumlah (N)= 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007

3.2.4 Tahap pendidikan

Tahap pendidikan responden dalam kajian ini adalah berbeza-beza mengikut para
responden yang terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan daripada mereka adalah
tergolong dalam kumpulan yang berpendidikan. Daripada hasil kajian, majoriti
responden mempunyai taraf pendidikan yang tinggi kerana didapati tidak ada
responden yang tidak bersekolah, tahap pendidikan sekolah rendah dan tahap
pendidikan UPSR.

Bilangan responden yang memiliki taraf pendidikan ijazah adalah sebanyak 32


orang atau 64.0 peratus. Kemudian diikuti adalah golongan responden yang
mempunyai tahap pendidikan STPM atau diploma yang sebanyak 14 orang atau 28.0
peratus. Sebanyak 3 orang atau 6.0 peratus responden memiliki taraf pendidikan SPM
atau MCE. Manakala hanya 1 orang atau 2.0 peratus responden mencapai tahap
pendidikan PMR atau SRP.

JADUAL 3.4 Tahap Pendidikan


Tahap pendidikan Kekerapan (orang) Peratus (%)
Ijazah 32 64.0
STPM/Diploma 14 28.0
SPM/MCE 3 6.0
PMR/SRP 1 2.0
Jumlah (N)= 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007
33

3.2.5 Sektor pekerjaan dan jawatan

Bahagian ini meminta responden mengisi sektor pekerjaan dan jawatan mereka.
Secara umumnya, sektor pekerjaan responden dibahagikan kepada enam bahagian,
iaitu sektor pendidikan, perguruan dan pelajar, sektor profesional, sektor
pengkeranian, sektor pemasaran atau perjualan, sektor perkhidmatan, pentadbiran
serta perlancongan dan kerja sendiri.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada responden yang mengalami
masalah pengangguran atau bersara. Didapati sebanyak 16 orang atau 32.0 peratus
responden bekerja dalam bidang pendidikan, perguruan dan pelajar. Terdapat 4 orang
guru (8.0 peratus), 1 orang guru sementara (2.0 peratus), 1 orang tutor (2.0 peratus)
dan 1 orang pegawai pendidikan (2.0 peratus) dalam kategori tersebut. Selain itu,
terdapat sebanyak 8 orang atau 16.0 peratus responden masih belajar.

Dalam kategori pemasaran atau perjualan, didapati sebanyak 4 orang atau 8.0
peratus responden bekerja sebagai eksekutif perniagaan. Manakala 3 orang atau 6.0
peratus responden sebagai jurujual.

Dalam lingkungan profesional, terdapat 1 orang atau 2.0 peratus responden


bekerja sebagai geophysicist, material control exercutive, production supervisor,
pereka grafik dan pegawai kesihatan masing-masing yang berbilangan 5 orang.
Seterusnya 3 orang atau 6.0 peratus responden bekerja sebagai jurutera dan 2 orang
atau 4.0 peratus responden memegang jawatan sebagai quality control exercutive.

Seterusnya, terdapat 9 orang responden bekerja di sektor perkhidmatan,


pentadbiran dan perlancongan. Sebanyak 2 orang atau 4.0 peratus responden
berkhidmat di dalam pasukan polis. Selain itu, didapati sebanyak 1 orang atau 2.0
peratus responden bekerja sebagai jurubank, eksekutif hubungan awam, pegawai hasil
dalam negeri, eksekutif perkhidmatan pelanggan, pembantu restoran, pengurus
restoran dan penyelia perkhidmatan pelanggan hotel masing-masing.
34

Hanya 1 orang atau 2.0 peratus responden bekerja sendiri dengan berniaga
sahaja. Manakala sebanyak 4 orang atau 8.0 peratus responden bekerja sebagai kerani
di bidang swasta atau kerajaan. Didapati pekerjaan para responden merupakan kerja
yang memerlukan pengetahuan yang tertentu dan bertaraf dalam bidang masing-
masing, ini telah mendorongkan mereka memiliki pengetahuan dalam perkomputeran
dengan mengetahui, memahami dan menggunakan perkhidmatan perbankan internet
semasa berinteraksi dengan bank untuk berurusniaga.

JADUAL 3.5 Sektor Pekerjaan Dan Jawatan


Sektor Pekerjaan dan jawatan Kekerapan (orang) Peratus (%)
Pendidikan/perguruan/pelajar
-Guru 4 8.0
-Guru sementara 1 2.0
-Tutor 1 2.0
-Pembantu makmal 1 2.0
-Pegawai pendidikan 1 2.0
35

-Pelajar 8 16.0
Pemasaran/perjualan
-Eksekutif perniagaan 4 8.0
-Jurujual 3 6.0
Profesional
-Geophysicist (Quantitative interpretation) 1 2.0
-Jurutera 3 6.0
-Juruteknik 1 2.0
-Quality control exercutive 2 4.0
-Material control exercutive 1 2.0
-Production supervisor 1 2.0
-Pereka grafik 1 2.0
-Pegawai kesihatan 2 2.0
-Jururawat 2 4.0
Perkhidmatan/pentadbiran/perlancongan
-Jurubank 1 2.0
-Eksekutif hubungan awam 1 2.0
-Pegawai hasil dalam negeri 1 2.0
-Polis 2 4.0
-Eksekutif perkhidmatan pelanggan 1 2.0
-Pembantu restoran 1 2.0
-Pengurus restoran 1 2.0

Kerja Sendiri
-Peniaga 1 2.0
Pengkeranian
-Kerani 4 8.0
Jumlah (N)= 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007

3.2.6 Pendapatan

Para responden mempunyai pekerjaan yang stabil, ekorannya mereka telah


memperolehi pendapatan yang tetap. Didapati sebanyak 3 orang atau 6.0 peratus
responden mempunyai pendapatan dari RM4001 ke atas. Manakala seramai 6 orang
atau 12.0 peratus responden memiliki pendapatan di kategori RM3001 hingga
RM4000. Seterusnya, sebanyak 17 orang atau 34.0 peratus responden mempunyai
pendapatan dalam lingkungan RM2001 hingga RM3000. Sebanyak 15 orang atau 30.0
peratus responden mempunyai pendapatan di kategori RM1001 hingga RM2000.
36

Didapati sebanyak 9 orang atau 18.0 peratus responden mempunyai pendapatan yang
kurang daripada RM1000, ini adalah kerana responden-responden dalam katergori ini
kebanyakan merupakan pelajar.

JADUAL 3.6 Pendapatan


Pendapatan Kekerapan (orang) Peratus (%)
RM1000 dan ke bawah 9 18.0
RM1001 hingga RM2000 15 30.0
RM2001 hingga RM3000 17 34.0
RM3001 hingga RM4000 6 12.0
RM4000 dan ke atas 3 6.0
Jumlah (N)= 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007

3.3 Pemilikan Komputer Dan Akses Internet

Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah penggunaan komputer dan


internet di kalangan responden. Selain itu, pemilikan komputer dan akses internet di
tempat tinggal responden juga dikaji dalam bahagian ini, iaitu bahagian B dalam
borang soal-selidik. Dengan mengetahui keadaan penggunaan dan pemilikan
komputer dan akses internet di kalangan responden, faktor-faktor seperti faktor
teknologi dan akses boleh diperlihatkan.

3.3.1 Pemilikan komputer


37

Didapati bilangan responden yang memiliki komputer di rumah adalah lebih banyak
daripada responden yang tidak mempunyai komputer di rumah, iaitu 46 orang atau
92.0 peratus responden yang memiliki dan 4 orang atau 8.0 peratus yang tidak
memiliki. Ini dapat menjelaskan fungsi komputer telah diperlu oleh para pengguna
dalam kehidupan harian untuk menghasilkan projek penulisan, menyurat, melayari
laman web di internet, merekod, menggunakan perkhidmatan perbankan internet dan
lain-lain. Secara ringkasnya, komputer sedang berubah bentuk barang mewah ke
barang keperluan asas dalam kehidupan.

JADUAL 3.7 Pemilikan Komputer


Pemilikan komputer Kekerapan (orang) Peratus (%)
Ada komputer 46 92.0
Tiada komputer 4 8.0
Jumlah (N)= 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007

3.3.2 Jenis komputer

Oleh kerana taraf ekonomi negara yang semakin meningkat, ramai responden bukan
saja menggunakan komputer desktop sahaja, malah komputer yang lebih cemerlang
dan kecil juga digunakan seperti laptop dan PDA. Selain itu, didapati sesetengah
responden memiliki lebih daripada satu komputer di rumah mereka akibat populasi
keluarga yang banyak atau pembelian komputer yang baru. Didapati komputer yang
berbentuk desktop merupakan jenis komputer yang paling lazim digunakan atau
dimiliki di kalangan responden, iaitu sebanyak 35 buah. Selain itu, pemilikan
komputer jenis laptop adalah sebanyak 22 buah. Didapati hanya 2 buah komputer
berbentuk PDA dimiliki oleh 46 orang responden yang memiliki komputer.

JADUAL 3.8 Jenis Komputer


Jenis Komputer YA TIDAK JUMLAH
Komputer jenis 35 15 50
desktop (70.0%) (30.0%) (100.0%)
Komputer jenis laptop 22 28 50
(44.0%) (56.0%) (100.0%)
PDA 2 48 50
(4.0%) (98.0%) (100.0%)
Sumber: Data Lapangan 2007
38

3.3.3 Akses internet

Didapati sebanyak 16 orang atau 32.0 peratus responden tidak melanggan


perkhidmatan internet di rumah apabila berbanding dengan 34 orang atau 68.0 peratus
responden yang memiliki akses internet di rumah. Namun sedemikian, responden-
responden yang tidak melanggan perkhidmatan internet di rumah masih mampu
menggunakan perkhidmatan perbankan internet di tempat lain.

JADUAL 3.9 Akses Internet


Pemilikan akses internet Kekerapan (orang) Peratus (%)
Memiliki 34 68.0
Tidak mememiliki 16 32.0
Jumlah (N)= 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007

3.3.4 Langganan Internet

Dengan melanggan perkhidmatan internet di rumah, responden mampu berinteraksi


dengan bank melalui perbankan internet di rumah dan bila-bila sahaja. Selain itu,
mereka tidak perlu pergi ke bank atau auto teller machine yang berdekatan untuk
menyemak baki akaun dan membayar pelbagai bil dan pindahan dengan menggunakan
perkhidmatan perbankan di rumah.

Didapati sebanyak 28 orang atau 56.0 peratus responden menggunakan


perkhidmatan ADSL untuk melayari internet di rumah, ini adalah ADSL mempunyai
had lajuan yang lebih pantas semasa melayari internet. Selain itu, kemampuan muat
turun yang dibekal oleh ADSL adalah stabil dan ekonomi apabila dibanding dengan
jenis perkhidmatan internet yang lain. Namun sedemikian, didapati masih ada
sebanyak 2 orang atau 4.0 peratus responden menggunakan jenis perkhidmatan Wire-
less broadband kerana mempunyai kelebihan melayari internet di mana-mana sahaja
dalam kawasan lingkungan Wire-less broadband dengan tanpa wayar telefon dan
elektrik.

Kemudian, sebanyak 4 orang atau 8.0 peratus responden masih menggunakan


jenis perkhidmatan internet dial-up yang mempunyai had lajuan yang rendah.Namun
39

ini adalah lebih baik daripada 16 orang atau 32.0 peratus responden yang tidak
melanggan mana-mana jenis perkhidmatan internet dalam rumah.

JADUAL 3.10 Langganan Internet


Jenis perkhidmatan internet Kekerapan (orang) Peratus (%)
ADSL 28 56.0
Wire-less broadband 2 4.0
Dial-up 4 8.0
Tidak melanggan perkhidmatan internet di rumah 16 32.0
Jumlah (N) = 50 50 100.0
Sumber: Data Lapangan 2007

3.3.5 Tempat melayari laman web perbankan internet

Walaupun kebanyakan responden melanggan perkhidmatan internet di rumah tetapi


mereka juga akan menggunakan perkhidmatan perbankan internet di kawasan selain
daripada rumah dengan pelbagai alasan seperti waktu pejabat dan sekolah. Bagi
responden yang tidak melanggan perkhidmatan internet dalam rumah, mereka lagi
memerlukan penggunaan perkhidmatan internet di luar supaya berurusniaga dengan
bank melalui perbankan internet.

Didapati sebanyak 32 orang atau 64.0 peratus responden melayari laman web
perbankan internet di rumah masing-masing apabila dibandingkan dengan 18 orang
atau 36.0 peratus responden yang tidak melanggan akses internet di rumah mereka.
Kumpulan responden yang melayari laman web perbankan internet di rumah
menikmati keselesaan ketika menggunakan perkhidmatan tersebut kerana mampu
berurusan dengan bank bila-bila saja dalam keadaan yang selesa dan lega dalam
rumah.

Didapati kebanyakan responden merupakan kumpulan yang sudah bekerja.


Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah mereka melayari laman web perbankan
internet dengan akses internet yang dilanggan oleh syarikat atau pengaji mereka di
pejabat semasa waktu rehat. Lagi-lagi, sesetengah responden tidak memiliki akses
internet di rumah kediaman mereka. Sebahagian responden dalam kategori ini
berpendapat menggunakan perkhidmatan perbankan internet di pejabat merupakan
pilihan kerana tidak perlu membeli alatan perkomputeran. Sebanyak 21 orang atau
40

42.0 peratus responden melayari laman web perbankan internet di pejabat dan 29
orang atau 58.0 peratus responden tidak berbuat demikian kerana masih belajar dan
suasana pekerjaan yang berlainan.

Hanya 4 orang atau 8.0 peratus responden yang melayari laman web
perbankan internet di siber kafe-internet apabila berbanding dengan 46 orang atau
92.0 peratus yang tidak. Perkara tersebut menunjukkan responden tidak suka
menjalankan interaksi dengan bank melalui perbankan internet dalam suasana yang
mungkin terdedah kata laluan ke laman web perbankan internet.

Didapati sesetengah peniaga telah membekalkan perkhidmatan internet yang


berbentuk wireless fixing atau dikenali sebagai wi-fi seperti di restoran dan tempat
menjual kopi. Sesetengah responden yang memiliki laptop akan melayari laman web
perbankan internet sebelim atau selepas menikmati makanan dan minuman mereka.
Sebanyak 6 orang atau 12.0 peratus responden berbuat demikian apabila dibandingkan
dengan 44 orang atau 88.0 peratus responden yang tidak.

Selain daripada rumah, pejabat, siber kafe-internet berbayar dan tempat awam
yang memiliki perkhidmatan Wi-Fi, didapati 6 orang atau 12.0 peratus responden
melayari laman web perbankan internet di lain-lain tempat seperti rumah kawan atau
bilik komputer di sekolah atau kolej.

JADUAL 3.11 Tempat Melayari Laman Web Perbankan Internet


Tempat Melayari Laman Web YA TIDAK JUMLAH
Perbankan Internet
Di rumah 32 18 50
(64.0%) (36.0%) (100.0%)
Di pejabat 21 29 50
(42.0%) (58.0%) (100.0%)
Di siber kafe-internet berbayar 4 46 50
(8.0%) (92.0%) (100.0%)
Di temapat awam (Wi-Fi) 6 44 50
(12.0%) (88.0%) (100.0%)
Di tempat lain-lain 6 44 50
(12.0%) (88.0%) (100.0%)
Sumber: Data Lapangan 2007
41

3.4 Kesimpulan

Para konsumer di Bandar Sunway Seberang Jaya kebanyakan memiliki komputer dan
akses internet di tempat kediaman mereka, ini juga menerangkan mereka dapat
menggunakan perkhidmatan perbankan internet dengan lebih mudah. Walaupun
terdapat konsumer yang tidak memiliki komputer dan akses internet tetapi mereka
dapat menggunakan perkhidmatan perbankan internet melalui komputer dan akses
internet di pejabat, sekolah, rumah rakan atau tempat awam seperti penggunaan wi-fi
dan melanggan siber kafe-internet berbayar.

Berbanding dengan menggunakan perbankan internet di rumah, konsumer


yang menggunakan perbankan internet di tempat awam yang selain daripada tempat
kediaman adalah lebih kurang. Ini adalah kerana konsumer berpendapat mereka boleh
terus pergi ke cawangan bank untuk berurusan sekiranya mereka sudah keluar dari
rumah.

Akibat perkembangan ekonomi dan teknologi, konsumer bukan saja memiliki


komputer jenis desktop sahaja. Mereka mampu menikmati perkhidmatan perbankan
dengan akses dan peralatan komputer yang lebih canggih, seperti komputer jenis
laptop dan PDA.

Selain itu, didapati perbankan internet bukan saja digunakan oleh konsumer
yang berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi sahaja. Konsumer yang memiliki
taraf pendidikan dan pendapatan yang rendah juga melibatkan diri dalam penggunaan
perbankan internet. Dari peringkat umur, majoriti konsumer yang melanggani
perbankan internet masih adalah golongan generasi muda yang berumur dari 18 tahun
sehingga 35 tahun.

Penggunaan dan pemilikan akses internet di kalangan konsumer adalah sangat


umum secara amnya. Walaupun ada konsumer yang menghadapi masalah tidak
memiliki akses internet, namun kumpulan tersebut adalah berjumlah kecil sahaja.
Ramai konsumer lebih suka melanggan akses internet jenis ADSL kerana hadnya
yang stabil dan laju.

You might also like