Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
[04] Kaum Ad Enggan Percayai Nabi Hud

[04] Kaum Ad Enggan Percayai Nabi Hud

Ratings: (0)|Views: 282|Likes:
Published by adam

More info:

Published by: adam on Jan 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/07/2010

pdf

text

original

 
Siri 4: Kaum Ad enggan percayai Nabi Hud
NABI Hud berasal daripada keturunan Abdullah bin Rabah bin al-Khulud bin Ad bin Aus bin Iram,diutuskan kepada kaum Ad, yang tinggal di al-Ahqaf di antara Yaman dan Amman hinggaHadramaut serta As-Syajar.Kaum Ad terkenal dengan kesombongan dan mempersekutukan Allah, menyembah berhalaseperti Shada dan Shamud.Hud menyeru kaumnya beribadah kepada Allah, meninggalkan semua bentuk penyembahanberhala kerana ia jalan bagi menghindarkan diri daripada azab di akhirat.Tetapi kaum Ad beriktikad berhala itu sekutu Allah, malah bagi mereka berhala dapatmemberikan pertolongan. Mereka tidak mahu mengikuti ajaran yang disampaikan, malahmerendahkan dan menghina Hud.Ketika menghadapi mereka, Hud memperkenalkan dirinya seorang rasul yang diutuskan Allah.Beliau menyatakan dakwahnya itu ikhlas kerana Allah tanpa mempunyai maksud lain.Namun, pemimpin kaumnya yang kafir itu berkata: “Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal dan kami menganggap kamu termasuk orangberdusta.”Hud menjawab: “Wahai kaumku, tiada padaku kekurangan akal walau sedikit pun, tetapi aku iniutusan dari Tuhan semesta alam, aku menyampaikan amanah Tuhanku kepadamu dan akuhanya pemberi nasihat kepadamu.”Kaum Ad yang memang bersikap keras kepala mengajukan banyak soal terhadap Hud. Namun,mereka langsung tidak menerima nasihat dan hujah yang disampaikan Hud.Mereka tidak mensyukuri nikmat Allah, malah bertuhankan hawa nafsu. Pemimpin merekakeberatan meninggalkan penyembahan berhala. Kemudian mereka berkata:“Engkau belum memberi hujah jelas dalam dakwahmu. Kami sama sekali tidak akanmeninggalkan penyembahan kepada tuhan kami, tidak akan membenarkan dan mengikutiseruanmu.”Seterusnya, kaum Ad berasa bosan dan marah kerana sentiasa berdakwah dan menasihatimereka ke jalan benar. Mereka tidak mahu lagi mendengar nasihat, sebaliknya meneruskanpenyembahan berhala.Kemudian Hud berkata: “Kamu semua pasti akan ditimpa kemurkaan Allah. Tunggulah bersamaaku datangnya azab Allah yang akan menimpa kamu.”Lalu mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami supaya kami hanya menyembahAllah dan meninggalkan apa yang biasa disembah bapa kami? Datangkanlah azab yang kamuancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang benar.”Hud berkata: “Sungguh, sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Tuhanmu.Apakah kamu mahu membantah denganku mengenai nama yang kamu sertakan. Tunggulahazab itu, sungguh aku tidak termasuk orang menunggu bersama kamu.”Mereka keras kepala dan buta mata hati. Hud menjelaskan tuhan berhala yang disembah mereka

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->