Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sebuah Kisah

Sebuah Kisah

Ratings: (0)|Views: 33|Likes:
Published by adam

More info:

Published by: adam on Jan 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/31/2010

pdf

text

original

 
Sebuah Kisah
Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untukmenanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikuloleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini.Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukansemua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walausecalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya.Segalanya masih sama seperti dulu.Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkahlaku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia menurunkantanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur dipipinya.Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntutapa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentangnafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesikaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang.Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak denganalasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurushidupnya sendiri.Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila akumemintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaianpengantinku.Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya.Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkahpergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan menciumtanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.Aku mengahwiniNormi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendirikurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi.Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yangsedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normicantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelakitergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memangditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu danayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku.Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiadacacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan
 
seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorangisteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernahmenjadi rebutan pemuda sekampung.Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihanNurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran.Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernahmengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau akukurang membantu.Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yangdimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukupsempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikanoleh Nurjannah. Semua anak-anakku khatam Al Quran di usiasepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakkutahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usiaenam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan.Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan olehNurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari bajuhinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capaisahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentangsejadah sembahyang.Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelasminuman telah tersedia di ruang rehat. Nurjannah tidak pernahmenyusahkan aku walau menghantarnyake pasar. Katanya, diaboleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya,Nurjannah faham benar seleraku.Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipunNurjannah menyakiti hatiku. Menjelang hari-hari perayaan,ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumahminta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumahterbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberibonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isterimasing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutasdua barang kemas.Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu.Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untukkegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakanwang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi,madu Nurjannah.Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segalamasalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apanak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan
 
sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi akudan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang- jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadangseminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untukmemberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengansifat sabarnya.Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernahmarah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, diasambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam danmenciumtanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku.Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyumanmesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yangberniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Akusedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi,tetapi aku buat-buat tidak tahu.Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihattubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakitatau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggelengkepala. Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah akuberkahwin lain.Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidakpernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah.Cuma antara kami kurang mesra,mungkin kerana sudah jarangberjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaikNurjannah. Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudahmenjejaki menaragading. Terasakan begitu cepat masa berlalu.Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yangsulung menjawat jawatan doktor,Fariza menjadi pensyarah,Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang gurudan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akandiadakan dua hari lagi.Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku danibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telahduabulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulangankutetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan menciumtanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riakkurang senang padaku.Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya,namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak.Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorangsuami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->