/  2
Afghan Brothers Usrah Ali Group Discussion
Ahli : Hj. Zaim, Hj. Wan Haris, Hj. Issyam, saudara Wafi, Anuar, Hafiz

dan Sofian.
Cabaran: hiburan - syaitan – cinta dunia – diri sendiri.
Sebahagian tips-tips/guideline meningkatkan amal.

* Haruslah yakin dan beriman kepada Allah s.w.t – Sentiasa yakin bahawa rezeki,
kesihatan,
Kehidupan dan kematian semuanya ditentukan oleh Allah s.w.t dan yakin bahawa
adanya syurga, neraka, titian sirat, alam barzakh. Penting untuk memantapkan
aqidah/iman, agar amal itu mudah dibawa. Tanpa aqidah, iman, tanpa keyakinan dosa
dan pahala, syurga dan neraka, hari kita dihisab, hari kita meninggalkan harta dan
keluarga dan membawa amal ke kubur, tanpa takut dan harap pada Allah, ibadat akan
terasa berat. ( Al-Anfal 8 : ayat 2)

* Cara hidup – Sebaik2 nya adalah menerapkan atau mengamalkan sunnah / cara
hidup Nabi Muhammad s.a.w dengan mengamalkan doa2 harian (doa sebelum/selepas
tido, makan, wuduk, solat tengah malam, zikir, membaca quran dsbgnya). Hidup
secara bersederhana (wasathiah).

*S olat – Cuba perbaiki solat dari hari ke hari hingga mencapai solat yang kushuk, perbanyakan solat sunat, solat diawal waktu dan solat berjemaah. (Al-Ankabut 29 : ayat 45)

*Ilmu – Perlulah belajar/berguru dengan alim ulama/guru agama untuk mempelajari
lebih banyak ilmu. Mengamalkan dan menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada
orang lain. Hadiri kelas2 agama. Jangan merasakan ilmu yang sudah ada itu cukup.

*Perbuatan – Haruslah istiqamah dalam sesuatu ibadah dan amalan. Merancang/niat
untuk melakukan sesuatu amal yang mudah dahulu dan kemudian meningkatkan amal
yang lain. Harus sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk
meningkatkan/memperbaiki amal. Dahulukan kualiti dan istiqamah, barulah kuantiti.
(Al-Mulk : Ayat 2). Jangan terlalu ghairah sehinggakan tiada satu pun yang tercapai.

*Ik h las - Membuat sesuatu amalan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t bukan untuk mendapat ganjaran duniawi tetapi untuk mendapat ganjaran syurga Allah s.w.t. Berusaha sehingga mencapai tahap Cintakan Allah s.w.t. (Ali Imran 3 : Ayat 145). Pastikan niat kita betul agar amal kita diterima Allah dan tidak sia-sia.

*Pers ekitaran – Rakan-rakan memainkan peranan yang penting, maka Islam
menggalakan kita bergaul dengan rakan2 yang sentiasa ingin melakukan kebaikan.
Kita juga harus saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya dengan cara ini
kita dapat memperingati diri kita sendiri dan dapat meningkatkan amal.

*Gadget – Zaman serba moden ini banyak gadget2 yang dapat membantu seperti I- Pod dimana kita boleh membaca quran dimana sahaja. Kalendar atau diari Islam juga dapat membantu dimana dalam diari tersebut boleh memperingatkan kita terhadap hikmah2 berpuasa dibulan Ramadhan, Zulhijjah, Muaharam contohnya.

* Spesifikasi manusia – Kenderaan ringan yang membawa muatan berat akan rosak
kerana spesifikasinya adalah membawa muatan ringan. Spesifikasi manusia adalah
untuk mengabdikan diri pada Allah (Surah Al-dzariyat : Ayat 56). Manusia bukan
dicipta untuk mengabdikan diri pada dunia dan hawa nafsu, itu di luar spesifikasi,

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...