You are on page 1of 19

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN KEPADA BAB

Bab ini menerangkan tentang penerangan awalan tentang penyataan masalah

kajian serta pembentukan matlamat kajian dan objektif yang boleh dilakukan bagi

mencapai matlamat kajian yang dilakukan. Skop kajian ditentukan agar kajian yang

dilakukan tidak tersasar dan mencapai matlamat kajian. Kepentingan kajian turut

dilakukan bagi menilai apakah faedah yang dapat diperolehi dari hasil kajian ini.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Pembangunan merupakan satu proses yang penting dalam sesebuah negara bagi

membolehkan negara tersebut beroleh kemajuan dari segi ekonomi, pentadbiran dan

sosial. Corak pembangunan yang dibuat haruslah memberi manfaat kepada masyarakat

1
setempat yang mana akan memberikan peluang, kemudahan dan manfaat kepada tahap

sosio ekonominya.

Pembangunan gunatanah di negara-negara sedang membangun sememangnya

semakin rancak dibangunkan ekoran permintaan dan penawaran pasaran selari dengan

perkembangan ekonomi negara. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur

umpamanya, pembangunan gunatanah giat dilakukan dan menimbulkan pelbagai

masalah dari segala aspek seperti perancangan fizikal, sosial, alam sekitar dan

sebagainya.

Pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang dilakukan oleh

manusia dan masyarakat untuk memajukan semua aspek seperti ekonomi, sosial,

budaya, pendidikan, pemilikan harta dan moral bagi menyatupadukan masyarakat dan

juga memajukan sesebuah kawasan. Pembangunan akan berubah dari semasa ke semasa

dengan begitu cepat dan pesat. Pembangunan yang pesat kerap berlaku di bandar-

bandar besar di Malaysia seperti pembangunan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan

Geogtown.

Setiap negara yang membangun akan mengalami masalah yang sama iaitu

kesesakan jalan raya, pencemaran dan rebakan bandar maka pelbagai langkah yang

diambil oleh kerajaan untuk menangani pelbagai permasalahan ini seperti pembinaan

lebuh raya baru, kawalan aliran trafik, penguatkuasaan undang-undang, kawalan

pembangunan dan sebagainya. Pembangunan berasaskan perancangan pengangkutan ini

dilihat dapat mengatasi masalah kesesakan yang melanda bandar-bandar. Perancangan

berorentasikan transit umpamanya adalah salah satu kaedah atau cara yang digunakan

untuk mengintegrasikan pembangunan gunatanah dan pengangkutan dalam satu

kawasan.

2
Negara-negara maju telah mula menggnakan konsep pembangunan

berorentasikan pengangkuatan atau lebih dikenali “Transit Oriented Development” atau

ringkasannya TOD. Konsep pembangunan seperti telah memberikan faedah kepada

masyarakat sekitar dengan memudahkan mobiliti dan perjalanan kerana

pengingtegrasian gunatanah dan pengangkutan terbabit.

Kawasan sekitar Brickfields yang sememangnya menempatkan kawasan

perdangangan, institusi dan perumahan telah mula berubah sedikit demi sedikit ekoran

pembangunan yang giat dilakukan. KL Sentral telah dibangunkan di tanah yang

berkeluasan 75 ekar. Pembangunan KL Sentral ini amat penting kerana menjadi pintu

masuk utama negara kerana menempatkan aliran transit ringan dari KLIA.

Pembangunan KL Sentral telah meletakkan malaysia sebagai “wold class fasilities gate

way”. Namun, adakah pembangunan sekitar dapat menyokong pembangunan KL

Sentral ini.

Pembangunan sekitar Brickfields telah menyebabkan corak pembangunan tanah

turut berubah yang mana memberikan implikasi yang besar terhadap pembangunan

sekitar. Sejarah awal kawasan Brickfields hanyalah kawasan depoh asal Keretapi Tanah

Melayu yang dibina oleh pemerintah British telah berubah kerana tuntutan

pembangunan. Pembangunan kawasan Brickfields ini telah di zonkan dalam draf pelan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai salah satu zon perancangan transit (TPZ).

Namun, adakah sekitar kawasan Brickfields sesuai dibangunkan dengan menerapkan

konsep dan ciri-ciri TOD dalam pembangunannya. Pembangunan yang dirancang

sememangnya memberikan manfaat kepada masyarakat dalam membantu mengatasi

masalah mobiliti masyarakat kerana dapat mengelakkan kesesakan dan memendekkan

masa perjalanan yang diambil. Namun, apakah persepsi sebenar masyarakat setempat

3
dalam pembangunan yang dilakukan sekitar kawasan Brickfields benar-benar

memberikan manfaat kepada mereka.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

i. Adakah konsep pembangunan berorentasikan transit sesuai dibangunkan di

sekitar kawasan Brickfields.

ii. Adakah konsep pembangunan berorentasikan transit yang di bangunkan sama

dengan konsep TOD seperti yang telah di amalkan di negara-negara maju yang

lain.

iii. Adakah pembangunan disekitar kawasan Brickfields dapat menyokong

pembangunan KL Sentral.

iv. Apakah corak perubahan gunatanah yang telah berlaku.

v. Apakah persepsi masyarakat dalam pembangunan yang dilakukan di sekitar

kawasan Brickfields.

4
1.4 MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Kesesuaian pembangunan di sekitar kawasan

Brickfields yang dibangunkan sebagai kawasan Pembangunan Berorentasikan Transit.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengkaji corak perubahan gunatanah disekitar kawasan Brickfields.

ii. Mengkaji keupayaan tanah untuk menyokong pembangunan yang

berorentasikan transit.

iii. Menilai persepsi masyarakat dalam pembangunan yang dilakukan di sekitar

kawasan Brickfields .

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat menentukan

kesesuaian pembangunan di sekitar kawasan Brickfields ini sesuai dibangunkan sebagai

pembangunan berorentasikan transit. Kajian ini diharapkan dapat menunjukkan

gambaran jelas tentang keupayaan tanah sekitar Brickfield didalam perlaksanaan konsep

pembangunan berorentasikan transit. Disamping itu kajian ini juga berguna kepada

pihak DBKL dan pihak MRCB yang meneraju pembangunan KL Sentral untuk

mengetahui perspektif dan pandangan masyarakat setempat terhadap pembangunan

yang sedang dilakukan dikawasan ini.

5
1.7 SKOP KAJIAN

1.7.1 Skop kawasan kajian

Untuk tujuan penyelidikan dua aspek kajian telah dikenalpasti iaitu kawasan

lingkungan 400 meter daripada KL Sentral dan kawasan lingkungan 2 kilometer dari

KL Sentral. Kawasan likungan 400 meter daripada KL Sentral adalah kawasan

pembangunan primer yang mana pembangunan berdensiti tinggi tertumpu disini.

Manakala radius 2 kilometer daripada KL Sentral adalah kawasan pembangunan

sekunder.

1.7.2 Aspek penyelidikan

Aspek yang dikaji yang pertama adalah, corak perubahan gunatanah. Aspek

kedua pula adalah keupayaan tanah untuk menyokong pembangunan yang

berorentasikan transit dan yang terakhir pula adalah persepsi masyarakat dalam

pembangunan yang dilakukan di sekitar kawasan Brickfields.

1.8 KAJIAN LITERATURE

Faradihana Pairan (2005), menjalankan kajian kesan pembangunan Brickfields

terhadap nilai sewa tanah komersial di kawasan sekitar. Kajian yang dilakukan ini

adalah untuk melihat pembinaan KL Sentral memberi kesan terhadap nilai pasaran

hartanah serta menilai faktor-faktor yang mempengaruhi nilai hartanah dikawasan

terbabit. Antara faktor nilai sewa tanah meningkat adalah pembangunan kemudahan

pengangkutan di kawasan Brickfields yang menjadi Hub pengangkutan utama Kuala

Lumpur iaitu KL Sentral serta kepelbagaian gunatanah campuran di sekelilingnya.

6
Paul A. Barter (2004), menyatakan dalam jurnalnya bahawa pengangkutan sistem

rel yang berintegrasi dengan gunatanah dapat menampung keperluan masyarakat bandar

yang miskin untuk melakukan mobiliti harian. Keperluan perancangan berorentasikan

transit membantu perkembangan sesebuah pusat pertumbuhan baru seperti contoh,

sistem pengangkutan rel “PUTRA” telah menjadi elemen penting bagi pertumbuhan

Bandar Baru Petaling Jaya, Pusat Kelana Jaya, dan Pusat Beli Belah Mid Velley Mega

Mall. KL Sentral yang dibangunkan dengan konsep pembangunan berorentasikan

transit yang menjadi hub transit utama di Kuala Lumpur telah membantu perkembangan

brickfields dan sekitarnya. Konsep ini telah menjadi tren pembangunan baru.

Jamilah Mohamad (2003) dalam Planning Congress di Adeleide, telah

mengenalpasti pembangunan KL Sentral sebagai pembangunan berasasakan transit. KL

Sentral menjadi ‘Polynucleated urban system’ yang mana mempunyai sistem jalan raya

dan rel yang saling berkait dengan ini mewujudkan kawasan pusat yang dominan.

Brickfields juga turut membangun apabila konsep pembangunan berorentasikan transit

ini dibangunkan yang mana menjadi salah satu kawasan “nucleus of the nation”.

Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dalam kajiannya (transit oriented

development, chapter 16, part 4), menerangkan pembangunan berasakan transit satu

bentuk perancangan gunatanah bercampur yang berpusat mempunyai fokus utama

dalam lingkuangan 400 meter radius dari pusat transit atau apa juga rangkaian

pengangkutan awam. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kawasan selatan tanah

air iaitu negeri Johor. Kajian ini mengariskan 5 objektif iaitu pembangunan transit yang

menyokong pembangunan gunatanah, pembangunan berdensiti tinggi di sekeliling

stesen transit, membinan laluan pejalan kaki yang memudahkan laluan, membina satu

stesen disetiap pusat aktiviti, dan pengurusan tempat letak kereta, bas dan lalulintas.

7
Northeastern Illinois Planning Commission,(2001) dalam kajiannya “ Building a

regional framework transit oriented development” menyatakan bahawa pembangunan

berorentasikan transit ini adalah berkaitan dengan pembangunan reka bentuk dan

pembangunan gunatanah disekitar kawasan transit. Pembangunan transit ini akan

menjadi tumpuan masyarakat dan peningkatan perniagaan di sekitar kawasan stesen

transit. Konsep ini bukanlah baru bagi kebanyakan Negara maju. Konsep ini sudah

digunapakai sekitar abad ke-20 lagi untuk pembangunan gunatanah Bandar mereka,

contohnya Bandar Chicago. Terdapat beberapa kebaikan yang diperolehi hasil daripada

pembangunan berorentasikan transit ini seperti pertumbuhan kawasan baru dan peluang

pelaburan, reka bentuk pembangunan yang berpusat kepada stesen transit,

mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan kesesakan. Kajian ini telah

digunakan untuk menjadi rangka kerja bagi pembangunan di Northeastern Illinois.

American Planning Association (2007), menerangkan mengapa perlunya

pembangunan berorentasikan transit serta elemen-elemen yang diperlukan bagi konsep

pembangunan ini dalam kertas persidanganya. Pembangunan gunatanah yang

berintegrasi dengan pembangunan stesen transit ini akan mewujudkan pusat

pertumbuhan baru serta kejiranan yang pelbagai. Pembangunan ini akan memberikan

implikasi yang besar terhadap semua golongan seperti penduduk, pelancong dan

perniaga.

1.9 PERINCIAN BAB

8
Bab satu merupakan bab pendahuluan di mana bab ini akan memberi penerangan

dan huraian ringkas mengenai isu yang ingin di kaji dipersembahkan dan diikuti

dengan huraian mengenai masalah kajian , persoalan kajian , dan kepentingan kajian

serta skop kajian yang menjadi panduan dalam kajian yang ingin dilakukan. Bab ini

juga menjelaskan tentang matlamat dan objektif kajian sebagai panduan dalam

pelaksanaan penulisan tesis ini. Sementara itu kajian terdahulu juga akan diulas untuk

mendapatkan kata huraian yang sesuai dengan aspek kajian. Dalam bab kedua pula,

tumpuan akan disesuaikan dengan pemahaman teori dan konsep berkaitan bidang

kajian. Teori dan konsep pembangunan berorentasikan transit akan dihuraikan secara

mendalam dengan memberikan definisi,ciri-ciri serta model-model pembangunan yang

berkaitan dengan teknik pembangunan bandar terutamanya konsep pembangunan

berorentasikan transit.. Bab tiga pula akan menghuraikan kaedah kajian yang akan

digunakan, termasuklah kaedah pengumpulan data dan analisi. Bab 4 pula akan

menerangkan kawasan kajian iaitu disekitar Brickfields. Lokasi dan sejarah kawasan

akan dikaji bagi menghuraikan secara ringkas kawasan terbabit. Dalam bab ini juga,

objektif yang pertama dapat dihuraikan yang mana dapat melihat perubahan corak

gunatanah untuk pembangunan berorentasikan transit. Bab 5 merupakan bab analisis

dimana data yang dikumpul akan dianalisis untuk melihat apakah sebenarnya corak

perubahan guna tanah dalam pembangunan kawasan kajian, mengkaji keupayaan tanah

yang dapat menyokong konsep pembangunan disekelilingnya, menilai persepsi

masyarakat dalam pembangunan yang dilakukan disekitar kawasan Brickfiedls.

Seterusnya bab terakhir yang akan merumuskan kajian dan menjawab tentang

kesesuaian jenis pembangunan ini dilaksanakan dikawasan kajian.

2.0 KESIMPULAN

9
Secara ringkasnya bab satu ini penyelesaikan petunjuk tentang permasalahan

kajian disekitar kawasan Brickfields

10
BAB 2

TEORI DAN KONSEP PEMBANGUNAN BERORENTASIKAN TRANSIT

2.0 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan beberapa konsep dan teori yang berkaitan dengan

penyelidikan pembangunan berorentasikan transit. Konsep dan teori adalah sangat

penting dalam memahami sesuatu maksud yang berkaitan dengan sesebuah kajian.

tumpuan akan disesuaikan dengan pemahaman teori dan konsep berkaitan bidang

kajian. Teori dan konsep pembangunan berorentasikan transit akan dihuraikan secara

mendalam dengan memberikan definisi,ciri-ciri serta model-model pembangunan

2.1 DEFINISI

Washington metropolitan area transit authority (WMATA), projek yang dijalankan

berdekatan dengan kawasan transit adalah mengikut prinsip ‘smart growth’ yang mana

mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian, penrkongsian jalan antara pejalan

kaki dan berbasikal yang menuju ke kawasan transit. Memberikan persekitaran selamat

dilaluan perhubungan ke kawasan sekitar transit serta gunatanah campuran yang

mempunyai pelbagai aktiviti.

New Jersey Transit Corporation mendefinasikan persekitaran disekeliling kawasan

pusat transit atau stesen menyokong aktiviti gunatanah sekelilingnya, pejalan kaki dan
11
pusat transit itu sendiri. Gunatanah campuran ini akan terhasil dan berkembang apabila

mempunyai alemen keselamatan, bersih, vibrant dan kawasan yang mempunyai aktiviti

harian yang aktif.

American Planning Associotion (2007), mendefinasikan pembangunan

berorentasikan transit sebagai sebuah pembangunan yang mengurus mobiliti masyarakat

dengan berjalan, menaiki bus dan sistem aliran ringan. Pembangunan ini akan

membangunkan pembangunan gunatanah bercampur, ketinggian yang minimum,

pembanguan kediaman setengah baru daripada stesen transit serta jalan perhubungan

yang mesra pengguna.

Peter G. Flachsbart (2007) melalui kertas persidanganya, menyatakan bahawa

pembangunan berorentasikan transit adalah campuran aktiviti komuniti dalam

lingkungan 2000 kaki persegi di sekitar kawasan stesen transit. i Pembangunan ini akan

bercampur dengan kediaman, komersial, pejabat, ruangan terbuka yang mesra alam, dan

peluang pekerjaan dikawasan kediaman.

“Transit Oriented Development” (TOD) adalah salah satu konsep pembangunan

dikawasan hentian pengangkutan yang mana konsep ini jarang digunapakai dalam

perancangan pembangunan di Malaysia. Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah

mengariskan satu objektif utama pengangkutan yang telah dikenalpasti dalam

pengintegrasian gunatanah dengan pengangkutan yang mana membangunkan satu

stategi pembangunan berorentasikan transit .ii

TOD adalah konsep pembangunan manakala TPZ adalah pengezonan yang mana

diperkenalkan dalam rancangan struktur Kuala Lumpur 2020. Kawasan disekitar

Brickfields telah dizonkan dalam pembangunan TPZ yang mana dijangka akan

mengalami pertumbuhan yang pesat.

Melalui Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL) telah memperkenalkan zon perancangan transit di dalam hala tuju


12
pembangunanya. Zon Perancangan Transit (TPZ) merujuk kepada kawasan yang

terletak dalam lingkungan 400 meter dari stesen transit iaitu stesen transit rel ringan

(LRT), komuter KTM, Monorel atau Bas Rapid Tansit. Pembangunan yang intensif

akan digalakkan dalam kawasan ini untuk menyediakan pengangkutan awam yang

selesa kepada lebih ramai penduduk di samping menyokong penggunaan sistem transit.

Objektif utama pembangunan Zon perancangan transit (TPZ) adalah untuk

meningkatkan dan meyokong sistem pengangkutan bandar sebagai sebahagian

infrastruktur dan rangkaian pengangkutan awam di bandar raya dengan melaksanakan

pendekatan yang lebih mampan dalam perancangan perbandaran. Mengintegrasikan

pembangunan guna tanah dengan pembangunan infrastruktur pengangkutan yang

menggalakkan pembangunan kegunaan tanah yang menyokong transit di sekitar stesen

transit serta persekitaran berjalan kaki yang selamat dalam TPZ.

Pembanguan TPZ ini akan memberi peluang kepada DBKL dalam membangunkan

kawasan sekitar dan perkembangan pengangkutan awam yang tinggi di kawasan TPZ.

Setiap negara yang membangun akan mengalami masalah kesesakan jalan raya, langkah

yang diambil oleh DBKL dengan memperkenalkan TPZ dilihat dapat menangani

masalah kesesakan yang kian meruncing. Konsep pembangunan seperti ini juga akan

memudahkan penduduk dikawasan tersebut kerana segala kelengkapan berdekatan

dengan mereka seperti kediaman, pejabat, pusat beli belah dan sebagainya disatu

kawasan serta kemudahan pengangkutan awam.

2.3 KONSEP

Konsep pembangunan sememangnya amat penting dalam setiap pembangunan.

Setiap proses pembangunan memerlukan konsep yang tersendiri, contohnya konsep

13
‘Bandar Dalam taman’, ‘Bandar Perindustrian’, ‘Bandar Pentadbiran’ dan sebagainya.

Konsep ini amat penting agar dapat memandu arah sesuatu pembangunan seperti yang

ingin dibangunkan. Konsep pembangunan berorentasikan transit adalah pembangunan,

yang mana lebih tertumpu kepada kawasan transit pengangkutan awam yang berbentuk

rel. . Konsep pembangunan yang ingin dijelaskan adalah konsep pembangunan yang

menumpukan pembangunan dikawasan pengangkutan awam iaitu sistem aliran ringan.

Konsep perancangan ini juga dikenali sebagai TOD.

Rajah 4: Konsep pembangunan berorentasikan transit

Pembangunan berorentasikan transit mempunyai konsep yang tersendiri. Seperti

yang dapat dilihat dalam rajah 4, pembangunan disekeliling kawasan transit adalah

radius 400 meter dan seterusnya 800 meter. Perbezaan pembangunan ini kerana

pembangunan yang berpusat dalam lingkungan radius 400 meter adalah mempunyai ciri

pembangunan yang tersendiri. Pembangunan tersebut haruslah padat, berdensiti tinggi,

kemudahsampaian ke semua kawasan dengan hanya berjalan kaki serta gunatanah


14
bercampur yang berintegrasi dengan pengangkutan. Pembangunan transit ini

menyokong pembangunan gunatanah yang berdensiti tinggi dalam lingkungan radius

400 meter daripada stesen transit tersebut.

Rajah 5: struktur Bandar Stockholm yang berorentasikan transit.

Rajah 6: Bandar Coverntry yang berintegrasi dengan transit laju.

15
Kedua-dua rajah terbabit menerangkan tentang konsep pembangunan

berorentasikan transit. Konsep pembangunan ini telah lama diaplikasikan di negara

maju seperti di Sweden, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan lain-lain.

Pembangunan yang dijalankan akan menekankan pengingtegrasian gunatanah

dan pengankutan awam. Objektif utama pembangunan ini adalah memberikan

kemudahan berulangalik perkerja ke pusat bandar dengan perhubungan sistem transit

laju.

Pembangunan yang berdensiti tinggi berdekatan Sistem transit laju ini akan

memudahkan golongan yang tinggal berhampiran kerana dapat mengurangkan kos

pengangkutan kerana menggunakan kenderaan awam yang berdekatan dengan

kediaman.

Manakala pembangunan kediaman berkepadata rendah jauh sedikit dari pusat

transit, hal ini kerana kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan ini mempunyai

pendapatan yang tinggi serta lebih suka memilih menggunakan kenderaan persendirian

untuk menjalankan aktiviti harian.

Laluan pejala kaki yang direka di pusat bandar (CBD) direka agar mampu

menuju kesemua dentinasi pusat bandar. Dengan ini masyarakat tidak perlu

menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak di pusat bandar dan hanya perlu

berjalan kaki kedestina yang dituju.

2.4 KOMPONEN PEMBANGUNAN BERORENTASIKAN TRANSIT

2.5 FAEDAH PEMBANGUNAN BERORENTASIKAN TRANSIT

16
2.6 STAREGI PEMBANGUNAN BERORENTASIKAN TRANSIT OLEH

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

DBKL telah memberikan keutamaan dan insentif untuk pembangunan kawasan

disekitar terminal transit bagi mengukuhkan strategi perhubungan pengangkutan yang

berintegrasi dan lengkap. Dengan ini lebih banyak pembangunan intensif berdekatan

terminal transit akan digalakkan.

Pembangunan bercampur yang mengabungkan kediaman berkepadatan tinggi,

nisbah plot komersial yang tinggi dan kemudahan infrakstruktur serta peniagaan akan

digalakkan serta pengangkutan awam yang efisyen. Strategi ini dapat mengurangkan

pergantungan kepada pengangkutan persendirian dengan menyediakan

kemudahsampaian yang fleksibel dan selesa kepada masyarakat.

Perkhidmatan bas diintegrasikan dengan pengangkuatn rel serta kemudahan

pertukaran mod pengangkuatn yang bersesuaian dengan lokasi perjalanan dapat

melancarkan pejalanan penganguna dengan lebih cepat dan lancar. Perhubungan laluan

pejalan kaki ke kawasan transit dibina bagi menyediakan laluan yang lebih mudah

keterminal transit.

Kemudahan letak dan naik (park and ride) akan disediakan ditempat pertukaran

dipinggir pusat bandar, ini dapat menggalankan lebih ramai penduduk di pinggir bandar

menggunakan kenderaan awam ke pusat bandar dan strategi ini dilihat dapat

mengurangkan kesesakan dipusat bandar yang sememangnya sesak dan padat dengan

kenderaan persendirian.iii

2.7 KESIMPULAN
17
Berpandukan beberapa teori dan definisi yang dikemukakan oleh para sarjana, ia

dapat membentuk satu idea dan hipotesis seterusnya penghasilan teori baru. Hasil

daripada perbincangan bab ini didapati bahawa, sesuatu teori dan konsep akan sentiasa

berubah mengikut masa dan disesuaikan oleh pelbagai-bagai faktor. Pemilihan teori dan

konsep serta kajian terdahulu yang bersesuaian dengan kajian akan membantu

penyelidik mengemukakan cadangan-cadanagan yang bernas.

18
i
Peter g. flachsbart, kertas persidangan, what can Honolulu from other cities about transit-oriented development,
Hawaii, 2007 ms 5

ii
Draf pelan struktur 2020, DBKL, Kuala Lumpur , ms 10-12

iii
Draf pelan struktur 2020, DBKL, Kuala Lumpur , ms 6-20.

You might also like