You are on page 1of 14

Bincangkan kejayaan dan keterbatasan AKP (PARTI KEADILAN DAN

PEMBANGUNAN) dalam memperjuangkan agenda Islam melalui proses

demokrasi di Turki.

Jawapan.

Rajah 1 : beliau adalah Recep Tayyip Erdogan, pengasas Parti Keadilan dan Pembangunan
(AKP) dan bekas ahli parti Fazilet yang diharamkan oleh Mahkamah Perlembagaan

Pendahuluan

1
Proses kebangkitan Parti Politik Islam di Turki bermula semenjak 1947, apabila

kerajaan di bawah pimpinan Parti Republikan Rakyat Turki (CHP), mula melonggarkan

kawalan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam, yang telah dilaksanakan

semenjak 1924. Ia termasuk memberi kebenaran untuk sekolah-sekolah agama dibuka

semula serta memberikan kebebasan bersuara, yang bakal menjadi duri dalam daging

1
http://www.abim.org.my/component/content/article/28-artikel-pilihan/84-kebangkitan-parti-politik-
islam-di-turki--dari-mnp-ke-akp-siri-1.html.(08-April-2009/12.15am)

i
kepada penganut fahaman sekular yang dipelopori oleh Kamal Attartuk. Dasar ini

dirangka bertujuan untuk mendapatkan sokongan di kalangan rakyat di kawasan

pedalaman yang rata-ratanya masih berpegang kuat dengan ajaran Islam serta tidak

menyokong pemerintahan CHP, disamping sebagai tindakbalas terhadap kempen parti-

parti pembangkang yang mahukan kebebasan bersuara diterapkan di Negara itu.

Meskipun begitu, dasar ini tidak dapat membantu CHP untuk memenangi Pilihanraya

umum Negara itu pada 1950, yang telah menyaksikan kemenangan besar dicapai oleh

Parti Demokrat. Meskipun tetap komited untuk mengamalkan dasar sekular, ia tidak

dapat memadamkan kebimbangan terutama sekali di kalangan golongan tentera, yang

bertindak menggulingkan kerajaan Parti Demokrat pada rampasan kuasa 1960. Ia

berikutan daripada beberapa tindakan Parti Demokrat menggunakan imej Islam serta

menjalin hubungan yang akrab dengan beberapa tokoh agama, sebagai usaha untuk

menjalin sokongan di peringkat akar umbi . situasi ini jelas tidak disenangi golongan

tentera di Turki, yang menganggap diri mereka bertanggungjawab untuk

mempertahankan dasar sekular Negara tersebut.2

Necmettin Erbakan

Sebelum penubuhan Parti Refah (Parti Kebajikan) pada 1983, Necmettin

Erbakan terlibat di dalam penubuhan dua parti politik berorientasikan Islam. Selepas

parti pertamanya, Mili Nizam Partisi (MNP), diharamkan pada 1970, beliau telah

menubuhkan MSP (Mili Selamet Partisi), yang berhasil membentuk kerajaan campuran

dengan CHP, selepas pilihanraya umum Turki 1973. Dalam pilihanraya tersebut, MSP

mendapat sokongan yang meluas di kalangan golongan miskin, yang tertarik dengan

2
M. Hakan Yavuz, Islamic Political Identity in Turkey, Oxford University Press : New York, 2003

ii
keperihatinan yang diberikan oleh parti tersebut ke atas mereka. Kerajaan campuran ini

hanya bertahan sehingga September 1980, apabila ia digulingkan melalui satu lagi

rampasan kuasa tentera. Rampasan kuasa tersebut telah menyaksikan Erbakan

dipenjarakan atas tuduhan mencabar dasar sekular yang diamalkan oleh Negara

tersebut. Penubuhan parti Refah pada 19 Julai 1983, berlaku ketika kerajaan Turki di

bawah pimpinan Perdana Menteri, Korkut Ozal, mengamalkan kebebasan berpolitik di

Negara tersebut. Seperti MNP dan MSP , parti Refa telah menjalinkan hubungan yang

rapat dengan tokoh-tokoh agama di samping menerapkan pendekatan mendampingi

golongan miskin.3

Parti Refah

Petanda awal kebangkitan Refah kelihatan, apabila ia telah memenangi

sebilangan besar kerusi dalam pilihanraya peringkat bandaran yang diadakan pada

1994. Ia disusuli dengan kejayaan parti tersebut memenangi 158 kerusi parlimen dalam

pilihanraya umum Turki 1995. Dengan jumlah kerusi yang diperolehi itu, parti Refah

berjaya membentuk kerajaan campuran bersama dengan Parti Haluan Benar (DYP),

pimpinan Tansu Ciller, yang memperolehi 135 kerusi.sekaligus, parti Refah menjadi

parti politik berorientasikan Islam yang pertama yang berjaya membentuk kerajaan di

Turki. Meskipun melaksanakan beberapa polisi seperti menggalakkan debat terbuka

mengenai sekularisme, membenarkan pemakaian tudung di tempat-tempat awam serta

menjalinkan hubungan rapat dengan tokoh-tokoh ulama, namun kerajaan pimpinan

Erbakan tidak sunyi daripada menghadapi kritikan. Antara kritikan utama ialah tindakan

3
Jenny B.White, Islamist Mobilization in Turkey : A Study in Vernacular Politics, University Washington
Press : U.S.A, 2002

iii
kerajaan pimpinannya, menjalinkan kerjasama ketenteraan dengan Israel, yang

dianggap bertentangan dengan pendirian yang diamalkan oleh Parti Refah sebelum ini.

Keadaan ini berlaku beikutan kerjasama politik yang dijalinkan oleh Erbakan dan Ciller,

yang memerlukan kedua-dua pihak untuk bertolak ansur.

Ia dapat dilihat dari pendekatan Ciller, yang dianggap bersikap terbuka terhadap

dasar-dasar yang dilaksanakan oleh parti Refah. Bahkan, beliau pernah mengeluarkan

kenyataan bahawa Islam merupakan sumber utama yang membentuk identity rakyat

Turki, justeru ia (Islam), tidak sepatutnya diketepikan daripada kehidupan rakyat Turki.

Dengan mengambil kira latar belakang Ciller yang dianggap sebagai symbol wanita

Turki moden, kenyataan ini jelas amat mengejutkan.4

Kebangkitan AKP

Selepas Parti Refah diharamkan pada 16 Januari 1998, sebahagian besar dari

bekas anggota parti tersebut telah mengasaskan parti Fazilet, yang berjaya memperolehi

111 kerusi parlimen dalam pilihanraya 1999. Salah seorang dari ahli parlimen tersebut,

Merve Kavakci, telah mencetuskan kontroversi kerana mengenakan tudung ketika

menghadiri persidangan parlimen. Ekoran daripada itu, Kavakci telah dilucutkan

tarafnya selaku ahli parlimen kerana beliau memegang kewarganegaraan asing ketika

bertanding. Namun, kenyataan itu tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa

penyingkiran Kavakci ini dilakukan atas dasar untuk memelihara institusi sekular

Negara tersebut. Ekoran daripada itu Parti Fazilet telah diharamkan pada Jun 2001, atas

tuduhan menjadi pelopor gerakan anti-sekular.

4
M. Hakan Yavuz, The Emergence of a New Turkey : Democracy and the Ak Party, Universiti of Utah
Press : New york, 2006

iv
Parti Keadilan serta pembangunan atau Adeletve Kolkima Partisi (AKP), telah

diasaskan oleh Recep Tayyip Erdogan, yang juga merupakan bekas ahli parti Fazilet

yang diharamkan. Dalam pilihanraya umum Turki yang diadakan pada November 2002,

AKP telah mencipta sejarah parti politik Islam pertama yang berjaya membentuk

kerajaan tanpa sebarang kerjasama dengan parti politik lain.

Dalam pilihanraya tersebut, AKP telah memperolehi 363 kerusi daripada 550

kerusi parlimen yang dipertandingkan. Selain daripada mendampingi golongan miskin,

AKP turut mengatakan komitmennya untuk menjalankan dasar ekonomi terbuka untuk

membolehkannya menjalin jaringan ekonomi diperingkat antarabangsa. Nyata dasar ini

telah membuahkan hasil buat AKP, yang berjaya meluaskan sokongan parti tersebut di

kalangan rakyat Turki, yang telah bosan berada di bawah kepimpinan beberapa kerajaan

campuran yang tidak stabil sebelum ini.5

5
Pellin Turgut, Ruling Party Wins Big in Turkey, Istanbul : Time-Sunday, 22 Julai 2007.

v
KEJAYAAN PARTI AKP

Pilihanraya presiden Turki 2007 diadakan untuk memilih presiden Republik

Turki ke-11. Sebelum ini presiden Turki ialah Ahmet Gul dari AKP gagal meraih

kemenangan yang memuaskan. Tetapi dalam pilihanraya pusingan kedua ini, Abdullah

Gul meraih kemenangan. Jabatan presiden Turki dianggap menjaga sistem sekular yang

diamalkan di Turki. Turki terletak di dalam kawasan zon Kesatuan Eropah (EU), dan

percubaan Turki dalam melobi untuk kemasukan ke dalam persatuan EU kerap

mencapai kegagalan kerana faktor pengaruh tentera yang kuat dalam pentadbiran

Negara dan menggambarkan perlaksanaan demokrasi yang lemah di Turki, bagi

membolehkan ia menjadi ahli EU, Turki perlu mengurangkan pengaruh tentera secara

berperingkat-peringkat. Pilihanraya pusingan pertama diboikot oleh parti pembangkang.

Mahkamah Perlembagaan Turki memutuskan majoriti dua pertiga diperlukan

untuk membentuk kerajaan yang stabil di Turki . AKP kemudian mengadakan satu lagi

pilihan majoriti. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah mencalonkan Abdullah

Gul sebagai calon presiden. Akhirnya beliau terpilih sebagai Presiden Turki ke-11

selepas pilihanraya pusingan ke-3. Pusingan pertama diadakan pada 20 Ogos 2007.

Pusingan kedua diadakan pada 24 Ogos 2007 dan pusingan ketiga diadakan pada 28

Ogos 2007. Apa yang penting, parti Tindakan Nasionalis (MPH) tidak memboikot

pilihanraya ini.

Di sebalik pendekatan Islam yang cuba disembunyikan oleh parti AKP,

kemenangannya dalam pilihanraya adalah sangat mengkagumkan kerana penubuhan

parti itu selepas didirikan setahun sebelum pilihanraya kebangsaan dilakukan iaitu pada

vi
14 Ogos 2001. Parti itu telah berjaya memenangi 34.3 peratus undi pada keputusan

pilihanraya pada November 2002. Pilihanraya itu dilakukan kerana pemerintahan

kerajaan campuran yang tidak stabil telah dibubarkan. Kesannya, ekonomi Negara

Turki mengalami krisis sehingga inflasi menimgkat dan terpaksa meminjam sumber

kewangan dari dari Tabung kewangan Antarabangsa (IMF).6

Kemenangan itu telah membawa kestabilan kepada pemerintahan Turki kerana

sejak 1987 baru kali inilah satu parti tunggal yang berjaya memenangi pilihanraya

dalam membentuk pemerintahan. AKP menduduki 343 kerusi dari 550 kerusi di

parlimen, sedangkan pesaing terdekatnya iaitu Parti Rakyat Republikan Turki (CHP)

hanya mendapat 19.4 peratus atau merangkumi sejumlah 178 buah kerusi sahaja dalam

keputusan pilihanraya. AKP telah mendapat kerusi parlimen lebih dari 50 peratus

kerana mendapat suara majoriti yang sebahagian disumbangkan oleh sebahagian 81

wilayah. Kejayaan dalam pilihanraya merupakan satu batu loncatan yang besar, parti-

parti sebelum ini yang telah dibubarkan MP Turki pun tidak sehebat AKP kerana

mereka hanya mengenggam popularity dalam keputusan undian tidak melebihi 5

peratus seperti Parti Refah (Parti Kesejahteraan), Milli Nizam Partisi (Parti Tugas

Nasional) dan Milli Selamet Partisi (Parti Keselamatan Nasional). 7

6
Berna Turam, Between Islam and the State : The Politics of Engagement, Stanford Uiversity Press :
California, 2007
7
Ibid, Berna Turam,2007

vii
KETERBATASAN AKP

Isu pemakaian tudung merupakan satu isu yang sensitif bagi AKP walaupun ia

pada dasarnya seperti berkecenderungan kepada nilai Islam. Ini adalah kerana AKP

hampir dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan (MP) kerana dasar AKP yang cuba

menentang sekular di Turki melalui niat AKP yang mahu menarik balik larangan

pemakaian tudung di sektor kerajaan dan institusi pendidikan. Ketua AKP iaitu Tayyip

Erdogan sentiasa menegaskan bahawa partinya bukan sebuah parti yang menjadikan

agama sebagai agenda. Bekas ketua Datuk Bandar Istanbul itu juga menyatakan bahawa

dirinya merupakan seorang pengamal demokrat yang konservatif dan juga menegaskan

bahawa parti pimpinannya tidak akan melaksanakan syariat-syariat Islam sebagai teras

perjuangan parti. Salah seorang anggota parlimen dari AKP iaitu Suat Kiniklioglu juga

menegaskan bahawa parti AK lebih berkecenderungan melakukan dasar yang

mempunyai nilai-nilai kebajikan yang bersifat universal. 8

Setelah memerintah, AKP terus dicurigai oleh parti-parti lawan politiknya

setelah AKP cuba mengusulkan undang-undang bahawa penzinaan merupakan satu

kesalahan, pemakaian tudung bagi wanita adalah dibenarkan dan bukan satu kesalahan

jika dipakai di institusi pendidikan dan institusi kerajaan, larangan iklan papan tanda

yang mendedahkan model yang berpakaian seksi dan menggairahkan, mengehadkan

penjualan minuman alcohol di beberapa daerah tertentu.

Ketika pemerintahan AKP, parti ini terus menerus telah dikritik dan menerima

kecaman hebat dari parti lawannya. Pemerintahan golongan sekular kebangsaan telah

8
Sultan Tep, Beyond Scared and Secular : Politics of Religion in Israel and Turkey, Stanford University
Press : California, 2008

viii
dirumus bahawa pemerintahan mereka tidak pernah membawa apa-apa kebaikan kepada

kemakmuran Turki. Dan isu ‘penerapan nilai-nilai Islam’ oleh AKP tidak berapa kuat

untuk digunakan oleh golongan sekular dalam menjatuhkan AKP. Apatah lagi,

masyarakat Turki juga cenderung semakin berpegang kuat kepada ajaran Islam dan

melaksanakan nilai-nilai murni yang terkandung di dalam ajaran Islam. Buktinya,

hampir 60 peratus wanita dewasa Turki adalah bertudung.9

Keterbasan AKP sudahpun diterjemahkan melalui pengalaman pengasasnya

iaitu Recep Tayyip Erdogan yang telah dipenjarakan pada tahun 1998 kerana

perlakuannya membaca puisi keagamaan.selepas dibebaskan dari tahanan penjara,

Erdogan telah menubuhkan parti politik bersama-sama dengan mentornya iaitu

Necmetin Erbakan. 14 Ogos 2001, beliau mendirikan parti baru iaitu AKP beserta 20

orang seniornya dari bekas parti Fazilet (parti Kebajikan) yang telah diharamkan kesan

dari salah seorang ahli parlimen dari parti ini iaitu Merve Kavakci yang bertudung

ketika menghadiri persidangan parlimen.

Penjara telah mengubah corak politik Erdogan agar lebih berhati-hati dalam

setiap tindakan dan dasar parti AK dalam menghadapi ekstremis golongan sekular yang

diwakili oleh golongan tentera dan Mahkamah Perlembagaan Turki. Kedua-dua entiti

ini merupakan ancaman kepada penerusan parti AK sehingga keterbatasan AKP dalam

mengimplementasikan nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki melalui perjuangan

agenda Islam atas nama demokrasi Turki. Pengaruh tentera melalui Majlis Keselamatan

Negeri Turki yang bertanggungjawab melindungi undang-undang sekular yang

diperkenalkan oleh Mustafa Kamal dengan sokongan barat yang cuba di ubah oleh
9
Umit Cizre, Secular and Islamic Politics in Turkey : The Making of the Justice and Development Party,
Madison Avenue : New York, 2008

ix
parti-parti yang berlatangbelakangkan agenda Islam sebagai perjuangan parti mereka.

Oleh itu, AKP terpaksa bertolak ansur dalam hal ini dan akan menghindari segala

konflik dengan golongan tentera. Keterbatasan AKP juga kelihatan melalui ucapan

Erdogan yang menegaskan bahawa AKP bukan sebuah parti Islam dan ia adalah sebuah

pertubuhan yang beridentiti parti kanan tengah Konservatif (Conservative right center)

iaitu sama seperti parti Kristian Demokrat dalam konteks ruang politik Eropah. Ciri

keagamaan itu hanya pada individu sahaja dan bukannya pada institusi sesuatu parti.

Bagi Erdogan, parti pada dasarnya adalah institusi sekular yang tidak dapat dieksploitasi

bagi kepentingan politik dan seseorang itu hanyalah boleh menonjolkan sifat

keagamaan dalam lingkungan dirinya sahaja dan tidak boleh memperluaskannya

didalam parti

Bekerjasama dengan pihak tentera10. Erdogan memahami bahawa tentera

merupakan sumber ancaman kepada AKP. Berbeza dengan parti sebelum ini yang

memerintah. Beliau telah mengambil pendekatan melalui usaha kerjasama dengan

tentera. Namun, usaha kerjasama ini telah dijalankan melalui pihak ketiga iaitu EU.

Keanggotaan Turki ke dalam EU merupakan salah satu langkah rasional dalam

menghindari pertembungan negatif antara tentera dan AKP. EU telah mensyaratkan 14

syarat kepada Turki dalam melaksanakan reformasi undang-undangnya yang tercemar

melalui pengaruh tentera dalam pentadbiran sekaligus mencerminkan demokrasi yang

lemah di Turki. Pengaruh tentera jelas kelihatan melalui peranannya dalam Majlis

10
Secular and Islamics Politics inTurkey : The Making of the Justice and Development Party2008

x
Keselamatan Negara bagi membendung sebarang usaha yang dianggap mahu mencabar

sistem sekular Turki. Turki telah memperolehi status pemerhati dalam persidangan EU.

Pentadbiran Tentera sudah beberapa kali memperingatkan Erdogan melalui

wakil mereka iaitu Jeneral Hilmi Ozkok supaya AKP berhati-hati di atas tindakannya

yang menjerumus kepadaa gerakan anti-sekular. Di sebalik kenyataan itu beserta

pengalaman pemimpin AKP melalui nasib yang dialami oleh parti-parti yang

memerintah dan kemudian ditewaskan melalui pembubaran oleh MP dan gerakan

perampasan kuasa oleh golongan tentera. Oleh itu, keterbatasan AKP akhirnya

menjadikan parti itu telah tunduk kepada golongan sekular. AKP lebih

berkecenderungan lebih berhati-hati dan akan semaksima mungkin mengelakkan

sebarang konfrontasi melalui pergerakan anti-sekular samada dari segi ucapan-ucapan

atau tindakan oleh AKP sehingga memberi gambaran bahawa parti di bawah Erdogan

itu adalah penentang sekular.11

Konflik perbezaan fahaman antara Erdogan dan pihak tentera telah

menyebabkan beliau melakukan perjumpaan dengan dengan pihak atasan tentera bagi

meredakan konflik dan bahkan melarang pengikutnya menayangkan ciri-ciri keislaman

yang berlebihan dalam setiap kempen pilihanraya kerana bimbang mewujudkan

perasaan tidak senang di kalangan golongan tentera yang melindungi fahaman sekular

yang dicipta oleh Mustafa Kamal.

11
Ibid, Madison Avenue : New York, 2008

xi
Kesimpulannya, walaupun dalam ruang terbatas akibat tekanan Mahkamah

Perlembagaan Turki dan Majlis Keselamatan Negara Turki yang dipengaruhi oleh

golongan tentera demi menjaga kepentingan mereka melalui undang-undang

perlindungan Sekular dalam membendung kebangkitan Islam melalui proses demokrasi,

namun, kebangkitan Islam telah melalui revolusinya yang tersendiri di Turki semenjak

dari pengenalan dasar Sekular pada era Mustafa Kamal lagi. Penindasan demi

penindasan terhadap Islam dalam menghapuskan agama suci ini sebenarnya telah

menguatkan lagi pegangan masyarakat Turki terhadap akar-umbi Islam apatah lagi

setelah kemenangan AKP dalam menerajui Turki telah melaksanakan transformasi

ekonomi yang memberangsangkan sosioekonimi rakyat Turki dan tidak seperti ekonomi

di bawah pemerintahan Sekular yang hanya pandai mencedok kebudayaan barat namun

bodoh dalam mempraktikkan teknologi dan kemajuan Barat sehingga mereka ini ibarat

“ anjing yang kelaparan walaupun disuap makanan” iaitu cuba memburuk-burukkan

AKP demi melindungi sentiment sekular yang telah dieksploitasi oleh pihak tentera dan

sekularis untuk mencapai tujuan politik dan memelihara status quo yang memelihara

kepentingan golongan-golongan ini. Demokrasi juga digunakan dalam memperjuangkan

agenda Islam melalui penyertaan Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU), melalui

penyertaan ini telah dapat mengurangkan pengaruh pihak tentera dalam pentadbiran

Negara.

xii
BIBLIOGRAFI

Berna Turam, Between Islam and the State : The Politics of Engagement,
Stanford Uiversity Press : California, 2007

Jenny B.White, Islamist Mobilization in Turkey : A Study in Vernacular


Politics, University Washington Press : U.S.A, 2002

M. Hakan Yavuz, Islamic Political Identity in Turkey, Oxford University


Press : New York, 2003

M. Hakan Yavuz, The Emergence of a New Turkey : Democracy and the Ak


Party, Universiti of Utah Press : New york, 2006

Pellin Turgut, Ruling Party Wins Big in Turkey, Istanbul : Time-Sunday, 22


Julai 2007.

Sultan Tep, Beyond Scared and Secular : Politics of Religion in Israel and
Turkey, Stanford University Press : California, 2008

Umit Cizre, Secular and Islamic Politics in Turkey : The Making of the
Justice and Development Party, Madison Avenue : New York, 2008

http://www.abim.org.my/component/content/article/28-artikel-pilihan/84-
kebangkitan-parti-politik-islam-di-turki--dari-mnp-ke-akp-siri-1.html.(08-April-
2009/12.15am)

xiii
AEEA3312

ISLAM DAN POLITIK DI ASIA BARAT

Nama

Mohd Tarmizi Bin Mohd Sharif


Matriks

AEA060226

Tajuk

BINCANGKAN KEJAYAAN DAN KETERBATASAN AKP DALAM


MEMPERJUANGKAN AGENDA ISLAM MELALUI PROSES DEMOKRASI DI TURKI.

Pensyarah

Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman

Tugasan

Semester
Sesi II/08-09

xiv

You might also like