You are on page 1of 17

UNIVERSITI MALAYA

AEEA3312:
ISLAM DAN POLITIK DI ASIA BARAT
SEMESTER 2, SESI 2008/2009

NAMA: MOHD. SUFRI BIN MOHAMAD

NO. MATRIX: AEA070528

SOALAN 10: Bincangkan sejauhmanakah pentingnya peranan


Islam dalam pergolakan di Iraq pasca Saddam Hussein.

NAMA PENSYARAH: Prof. DR. Mohammad Redzuan


Othman.

HARI: RABU
MASA: 12.00-01.00

JABATAN SEJARAH

“ saya menggesahkan bahawa tidak ada baris atau perengang di dalam


tugasan ini yang mengandungi salinan daripada karya lain tanpa disertakan
sekali tanda petikan dan rujukan yang sepatutnya”
PENGENALAN.

Latar Belakang Iraq.

Negara Iraq terletak di barat daya Asia mempunyai keluasan wilayah kira-kira

435.224 km persegi. Apabila habis mandat British dari Liga Bangsa-Bangsa Iraq

mencapai kemerdekaannya pada tahun 1932 dan mempunyai pemerintahan republik sejak

1958. Dari jauh Iraq kelihatan seperti sebuah negara yang gersang berpadang pasir.

Tetapi apabila telah menghampirnya, kelihatan segala isinya yang mengkagumkan.

Pohon-pohon kurma tumbuh subur di samping bangunan-bangunan yang tersergam serta

lembah-lembah sungai Tigris dan Efrat terhampar luas. Kota-kotanya terkenal serta

penuh dengan peninggalan sejarah yang masyhur.1 Bila dibandingkan dengan masyarakat

Arab lain yang negara mereka kaya dengan minyak. Rakyat Iraq tidak angkuh dan tidak

memandang rendah kepada orang lain, sehingga persahabatan terjalin cepat. Meskipun

perjuangan Presiden Saddam Hussein warnai dengan semangat-semangat ke Islaman,

namun toleransi beragama di Iraq berjalan dengan suasana baik. Menteri Luar Presiden

Saddam Hussein sendiri, Tareq Aziz adalah penganut agama Kristian.2

Latar Belakang Saddam Hussein.

Seorang tokoh yang agak mencorakkan politik dunia arab akhir 70-an, 80-an, 90-an

dan pada 30 Disember beliau dihukum gantung. Saddam Hussein telah dilahirkan pada

28, April, 1937 di kampung bernama Al-Auya. Pada waktu kebangkitan Parti Baath yang

dipimpin oleh Mikhel Aflaq di Damaskus, Saddam Hussein baru berusia hampir lapan

tahun dan belum mempunyai pendidikan sekolah umum, ini sebab saudara-maranya ingin

Saddam hanya menjadi petani sama seperti saudara-saudaranya yang lain.


1
Karim Illahi,Saddam Husein Dan Perang Teluk, Singapura: Bismi Publishers, 1991 hlm. 1-2
2
Karim Illahi, Saddam Husein Dan Perang Teluk, hlm.2
Namun apabila beliau mengikut pamannya yang bernama Adnan Khairullah,

mendorong Saddam supaya bersekolah di sebuah bandar di Takrit. Setelah setahun

persekolahan pertama, saddam telah menyambung persekolahan tingkatan rendahnya di

Baghdad dan selanjutnya memasuki tingkatan menengah. Pada tahun 1957 waktu berusia

dua puluh tahun, dia menjadi anggota Parti Baath. Kerana didapati ideologi perti tersebut

bersesuaian dengan jiwa nasionalismenya. 3 Saddam menjadi seorang militan Parti Ba’ath

Iraq selepas dia turut menyertai pemberontak menentang rejim Baghdad yang pro British

pada 1956. Pada 1956 Saddam adalah antara beberapa orang yang dipilih untuk

membunuh Perdana Menteri Iraq masa itu, Abdel Karim Kassem. Bagaimana pun

pakatan ini terbongkar dan Saddam melarikan diri ke Mesir dan kemudian ke Syria. Pada

1963 beliau kembali ke Baghdad apabila Parti Ba’ath Iraq merampas kuasa. Tetapi hanya

sembilan bulan beliau berada di Baghdad Saddam terpaksa melarikan diri semula apabila

Pari Ba’ath digulingkan dalam rampasan kuasa, beliau ditangkap namun dibebaskan pada

1966. Saddam setelah itu, membantu merancang rampasan kuasa yang membolehkan

Parti Ba’ath berkuasa semula di Iraq pada Julai 1968. Dalam tempoh sepuluh tahun

selepas itu, beliau menjadi Presiden, Perdana Menteri, Ketua Panglima Angkatan

Bersenjata, Pengerusi Majlis Pusat Pemerintahan Revolusi dan Ketua Parti Ba’ath Iraq.4

BAHAGIAN ISI-ISI.
3
Ibid, hlm. 3-4
4
Hassan Abdul, Saddam Pembelot Islam, Kuala Lumpur: Sinbad Enterpise, 1990, hlm. 4
Peranan Islam Dalam Pergolakan di Iraq.

Pergolakan di Iraq.

Perpecahan umat Islam yang terdiri daripada mazhab Sunnah dan Syiah yang mana

mojoriti 65% daripada penduduknya adalah Syiah dan 32-37% pula adalah Sunnah,

sehingga dalam bidang ekonomi, politik dan pentadbiran lebih dikuasai oleh golongan

Sunni. Kepelbagaian entik ini menimbulkan masalah dalam usaha pembentukan identiti

kebangsaan Iraq kerana kesukaran bertolenransi dan berkerjasama antara satu sama

lain.

Parti Baath pimpinan Presiden Saddam merupakan sebuah sosialis yang berfahaman

kominis. Ia adalah sebuah parti yang melaksanakan ideologi ateis(tidak mempercayai

adanya Tuhan). Parti itu telah ditubuhkan oleh Michael Aflak yang beragama Nasrani

dan kawan rapat Presiden Saddam. Kebanyakan anggota-anggotanya terdiri daripada

mereka yang beragama Nasrani dan Yahudi. Selain itu, Presiden Saddam telah

membunuh, menyeksa dan menahan ramai tahanan politik orang-orang menentangnya

sejak beliau mengambil alih kuasa.5

Pergolakan Iraq di bawah Saddam Hussein.

Pergolakan yang berlaku di Iraq adalah akibat daripada perpecahan, penindasan

Saddam Hussein dan lakonan beliau yang menggunakan slogan JIHAD untuk menarik

penyokong dikalangan umat Islam untuk berperang sesama Islam. Dalam perang Iraq dan

Iran, yang berlaku pada tahun 1980, Presiden Saddam mengarahkan tenteranya

menceroboh Iran di kawasan tengah sempadan yang berdekatan dengan Baghdad

5
Abu Bakar Hamzah, Krisis Teluk: Mencari Kebenaran, Kuala Lumpur: Media Cendiakawan, 1991, hlm.
46
sedangkan pasukan tentera lagi menyeberangi Shat al-Arab untuk ke Khueistan, sebuah

wilayah Iran yang kaya dengan minyak. Bagi Iraq pencerobohannya ke wilayah Iran itu

atas dasar “mempertahankan diri” Baghdad mendakwa kapal-kapal pejuang Iran telah

mencerobohi ruang angkasanya sebanyak 69 kali di antara bulan April hingga September

1980. Malahan pada 4 september, Iraq mendakwa tentera Iran menyeberangi sempadan

Iraq dari kawasan yang seharusnya dipulangkan kepada Baghdad mengikut Perjanjian

Algers 1975.6 Langkah awal Iraq ialah dengan cuba menguasai perairan Shatt al-Arab. Ini

adalah bertujuan untuk menyekat pengeluaran minyak jirannya itu, kerana penguasaan

Shatt al-Arab akan membolehkan Iraq menyekat pengeluaran minyak Iran di Abadan dan

Khorramshahr. Enam minggu selepas serangan itu, serangan-serangan Iran dianggap

agak perlahan, tetapi penuh dengan muslihat itu, telah berjaya menawan Khorramshahr

dan mengepung Abadan, kawasan penapis pinyak Iran yang paling besar. Strategi

Saddam Hussein terhadap pusat-pusat utama minyak Iran adalah untuk memastikan

bahawa ekonomi Iran dapat dilumpuhkan dan sekatan bekalan bahan tersebut kepada

penduduk dapat dilakukan.7

Dalam perang Iraq dan Kuwait yang berlaku pada tahun 1990, JIHAD yang

dikumandangkan oleh Saddam Hussein adalah hanya sebagai memperalat agama untuk

mencapai tujuannya yang apabila ia mendapat sokongan dari orang-orang Islam dan ia

berjaya dan menang dengan ertikata Kuwait terus dalam wilayah Iraq. Jelasnya tujuan

Iraq mahu berperang adalah kerana ingin mempertahankan Kuwait sebagai wilayahnya

ke 19.8 beliau juga mendakwa bahawa Kuwait telah mencuri minyaknya dan

mengeluarkan minyak pada kadar melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh negara-

6
Hamedi Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Amal, 1991, hlm. 83
7
Hamedi Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, hlm. 84
8
Bakar Hamzah, Krisis Teluk: Mencari Kebenaran, Kuala Lumpur: Media Cendiakawan, 1991, hlm. 75
negara pengeluar dan pengeksport minyak(OPEC).9 Selain itu, Saddam juga mengaburi

mata umat Islam dengan alasan rakyat Kuwait sendiri ingin menggulingkan keluarga

Diraja Al-Sabah dan pencerobohan Iraq hanys beberapa hari sahaja. 10 Antara penindasan

yang telah dilakukan oleh Saddam Hussein ketika peperangan ini, selain merampas harta

benda rakyat Kuwait, beliau juga telah bertindak kejam dengan membunuh puluhan ribu

umat Islam di Halabjah dan 700, 000 ribu rakyat Iraq serta lebih dari satu juta rakyat Iran

telah terkorban dalam selama lapan tahun antara Iraq dengan Iran.11 Dan dasar Iraq

adalah sosialis Baaht bukan Islam. Sebab itu adalah bacul orang yang mengatakan

membantu Iraq adalah sama dengan berjihad fisabiliah. Saddam Hussein berkata “kami

ini parti Sosialis Baaht”. Perjuangan ini adalah nama bangsa Arab”. 12 Dengan menawan

Kuwait, Iraq bukan sahaja dapat mengalih pandangan rakyatnya terhadap ancaman

keselamtan negara, malahan negara itu akan dapat mengaut keuntungan petroleum

daripada Kuwait. Pendapatan Iraq akan dapat ditingkatan pada satu tahap yang

memuaskan hati rakyatnya. Di samping itu secara langsung Iraq akan dapat mengawal 20

peratus pengeluaran petroleum dunia. Dan ini memungkinkannya untuk menjadi kata

pemutus atau indicvator dalam OPEC. Dengan menguasai Kuwait juga Iraq bercita-cita

untuk turut menguasai harta-harta negara kecil itu di negara-negara Barat yang

berjumlahnya ditafsirkan lebih daripada $400 bilion.13

Kebangkitan Syiah Iraq

9
Bakar Hamzah, Krisis Teluk: Mencari Kebenaran, hlm. 44
10
Ibid, hlm 57
11
Ibid, hlm. 67
12
Ibid, hlm. 75
13
Hamedi Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, hlm. 112
Iraq adalah negara tetangga Iran yang 60-65% penduduknya berpaham Syiah,

namun politik dan pemerintahannya selalu dikuasai oleh kaum Sunni. Bahkan sejak

Saddam Hussein berkuasa, represi pemerintah terhadap kaum Syiah semakin meningkat.

Pada tahun 1980, misalnya, pemimpin Syiah Iraq, Imam Ayatullah Baqir Al-Shadr,

dihukum mati bersama keluarga dan sejumlah pengikutnya. Oleh karena itu, banyak

sekali rakyat dan pemimpin Syiah Iraq yang melarikan diri ke Iran untuk mencari

perlindungan, dan menjadikan Iran sebagai tempat pembentukan dan pusat gerakan

subversif terhadap rezim Saddam Hussein. Terdapat empat kelompok oposisi Syiah Irak

yang berpusat di Teheran, iaitu SAIRI (The Supreme Assembly of the Islamic

Revolution in Iraq), Partai Dakwah Islam, Al-Mujahidin dan Organisasi Aksi

Islam. Hal ini kemungkinan kerana kedua negara saling berbatasan, serta adanya ikatan

keagamaan sebagai sesama pemeluk mazhab Syiah Itsna Asy’ariyah (Syiah Dua Belas

Imam).14

Tumbangnya rezim Saddam Hussein mengakhiri penderitaan kaum Syiah Iraq dari

represi rezim tersebut, namun ancaman baru yang lebih besar pula, ialah Amerika

Syarikat. Keberadaan AS sebagai hegemon baru di Iraq menjadi musuh bagi para

kelompok oposisi dan sayap militernya yang dulu menentang Saddam Hussein, baik yang

berfahaman Sunni mahupun Syiah. Di antara banyak gerakan yang ada, yang paling keras

melawan pasukan AS di Iraq adalah misi bersenjata Syiah Tentara Mahdi (Jaisy Al-

Mahdi) yang dipimpin oleh Mullah Moqtada Al-Sadr. Tentara Mahdi yang mendapat

sokongan penuh dari Teheran memulai perang melawan pasukan AS dan sekutunya sejak

tahun 2004. Bahkan perjuangan mereka kini mendapat restu dari pemimpin tertinggi

14
http://zakariaelbilad.multiply.com/journal/item/31
Syiah Iraq, Ayatullah Ali Al-Sistani (sebelumnya Al-Sistani mendukung pemerintahan

koalisi), serta dukungan dari semua kelompok perlawanan Syiah, Kurdi dan Sunni.15

Peranan Ibrahim Jaafari.

Seorang tokoh memiliki yang berpeluang besar untuk menjadi perdana menteri

pertama Irak pasca-Saddam Hussein, selain daripada Ayad Allawi, perdana menteri

pemerintahan sementara. Wakil presiden sekaligus menteri kewangan pemerintahan

sementara Iraq ini lahir di Karbala tahun 1947. Ia seorang doktor lulusan Universiti

Mosul, yang berasal dari keluarga pedagang. Kemenangan Aliansi Irak Bersatu-koalisi 22

partai Syiah-yang didukung oleh Ayatollah Akbar Al-Sayid al-Husseini Ali al-Sistani,

telah menempatkan Ibrahim Jaafari pada posisi puncak. Ibrahim Jaafari-pemimpin PartI

al- Dawa, salah satu anggota koalisi Aliansi Iraq Bersatu-sudah terjun di panggung

politik sejak masa muda. Parti Dawa adalah salah satu gerakan Islam Syiah tertua di Iraq,

yang dibentuk pada akhir tahun 1950-an oleh sejumlah pemimpin Syiah. Tokoh

terkemuka, ketika itu, adalah Muhammad Baqr al-Sadr, paman Muqtada al-Sadr. Parti ini

dibentuk untuk melawan komunisme ateistik dan sosialisme Arab Ba’athis. Ibrahim

Jaafari bergabung dengan Parti Dawa pada tahun 1968.16

Setelah invasi pasukan gabungan pimpinan AS ke Iraq tahun 2003 dan tumbangnya

Saddam Hussein, bapa kepada lima anak itu kembali ke negerinya. Ketika pada bulan

Julai 2003 Pemerintah AS membentuk Dewan Pemerintah Sementara, Ibrahim Jaafari

terpilih menjadi salah satu anggotanya. Pada tanggal 1 Juni 2004 ia dipilih menjadi salah

satu dari dua wakil presiden pemerintahan sementara Iraq.Menjelang pemilu 30 Januari

15
Ibid.
16
http://www2.kompas.com/kompas-cetak/0502/26/ln/1582111.htm
lalu, Ibrahim Jaafari membawa partinya untuk bergabung dengan Aliansi Iraq Bersatu,

bersama dengan Dewan Tertinggi untuk Revolusi Islam di Iraq (Supreme Council for

Islamic Revolution in Iraq/SCIRI), pimpinan Abdel-Aziz Hakim. Ia adalah saudara ipar

Ayatollah Akbar Ali Sistani. Ibrahim Jaafari berulang kali mengatakan bahwa dalam

pemerintahan baru yang akan datang (kalau ia terpilih sebagai perdana menteri) ia akan

merangkul semua pihak melintasi batas-batas etnik dan mengambil sikap moderat tentang

peranan Islam.Akan tetapi, Ayad Allawi tidak percaya terhadap moderasi Islam Jaafari

itu. Ayad (Iyad) Allawi, walaupun ia seorang Muslim Syiah, para pemimpin agama di

Iraq menilai dia begitu sekular. Ia mantan pejabat Parti Ba’ath di zaman Saddam Hussein,

tetapi kemudian setelah mendirikan Partai Iraqi National Accord (INA), ia dianggap

sebagai "binaan" Dinas Intelijen AS (CIA) dan Inggris. Setelah Saddam jatuh, ia ditunjuk

sebagai perdana menteri pemerintah Iraq.Tokoh inilah yang dijangkakan AS akan

menjadi pemimpin baru Iraq. Sokongan kepada Ayad Allawi lebih didasari pada

kekhawatiran bahwa bila Ibrahim Jaafari yang menang, ia akan mengembangkan teokrasi

model Iran. Akan tetapi, parti yang beliau pimpin hanya menempat urutan ketiga dalam

perolehan suara pada saat pemilu lalu. Parti Allawi memperoleh 40 kursi dari 275 kursi di

Majlis Nasional yang diperebutkan.17

Kaum nasionalis dan sekuler selalu berpendapat bahawa Iraq baru haruslah Iraq

yang tidak membeza-bezakan apakah mereka itu Sunni atau Syiah atau Kurdi atau

kelompok atau etnik kecil lainnya. Mereka satu. Mereka sama-sama memiliki hak dan

kewajiban yang sama.Oleh karena itu, munculnya Ibrahim Jaafari yang mendapat

sokongan kuat dari koalisi Syiah-Aliansi Iraq Bersatu-dan mendapat restu dari Ayatollah

17
Ibid,
Akbar Ali Sistani yang berorientasi ke Iran, mencemaskan kelompok sekuler dan

nasionalis. Apa lagi di dalam Aliansi Irak Bersatu ada SCIRI, yang ideologinya lebih

dekat dengan Iraq, yakni yang mendukung terlibatnya para ulama dalam pemerintahan.

Dari sinilah banyak kalangan meragukan modernitas Ibrahim Jaafari. Tidak ada jalan lain

bagi Ibrahim Jaafari atau Aliansi Irak Bersatu untuk menggandingkan parti lain agar bisa

mengumpulkan dua pertiga anggota parlimen untuk bisa menjadi perdana menteri. Dan

dengan menggandingkan, misalnya, parti-parti Kurdi, maka posisi Aliansi Irakq Bersatu

akan aman. Jalan bagi Ibrahim Jaafari untuk menduduki jabatan perdana menteri pun

akan lebih mulus. Meninggalkan Kurdi bererti akan menghadapi persoalan baru di

wilayah utara.18

Peranan Badan-badan NGO Islam dan Pencinta Keamanan.

NGO Islam ialah badan bukan kerajaan sama ada yang menggunakan label 'Islam'

dalam namanya ataupun istilah-istilah lain yang berkaitan dengan Islam. Angkatan Belia

Islam Malaysia (ABIM) layak digolongkan dalam kategori pertama; Jemaah Islah

Malaysia(JIM) dalam kategori kedua. Oleh kerana 'Pencinta Keamanan' bukannya

institusi tertentu skopnya lebih luas.Kita menggolongkan setiap badan dan pergerakan

yang menentang perang dan memperjuangkan keamanan terutamanya dalam konteks

perang Iraq.

Kempen anti-perang yang tercetus beberapa bulan sebelum pencerobohan keatas

Iraq berlaku pada 19 Mac 2003 memperlihatkan kali pertamanya NGO Islam berganding

bahu dengan Pencinta Keamanan secara besar-besaran.19


18
Ibid,
19
http://www.mindamadani.my/content/view/30/9/
Sebelum ini dalam isu perang Teluk pada 1991 dan juga konflik Bosnia (1992-95)

beberapa pertubuhan Islam khususnya di Eropah pernah menyertai demonstrasi anjuran

Pencinta Keamanaan tetapi penglibatan mereka adalah terbatas. Jauh berbeza keadaannya

dalam isu Iraq. Beratus ratus pertubuhan Islam dan beribu ribu penduduk Muslim di

Britain, Perancis, German, Itali, Kanada, malah Amerika Syarikat sendiri, menyertai dan

menyokong perhimpunan- perhimpunan yang diadakan untuk membantah perang. Selain

daripada demonstrasi, Pencinta Keamanan bersama-sama dengan aktivis NGO Islam

menghantar surat terbuka dan memorandum kepada pemimpin-pemimpin seperti

Presiden George Bush dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Tony Blair dari

Britain serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan.

Kerjasama ini wujud bukan sahaja dikalangan kumpulan-kumpulan di negara Barat. Di

India, Indonesia, Malaysia dan dibeberapa negara Asia yang lain, NGO Islam dan

Pencinta Keamanan yang menganggotai berbagai pertubuhan mengadakan aktiviti-

aktiviti bersama termasuk perhimpunan dan forum. Aman Malaysia, gabungan NGO

berbilang kaum dan agama yang diperintiskan oleh Pemuda UMNO.

Penggabungan NGO Islam dengan Pencinta Keamanan secara besar-besaran

mungkin juga membuktikan bahawa masyarakat Islam telah muncul sebagai suatu tenaga

politik yang penting dalam konteks politik Eropah khususnya. Dalam dasawarsa lapan

puluhan dan sembilan puluhan peranan politik masyarakat Islam di Eropah masih

terbatas.20

Untuk mengurangkan jurang pemikiran antara NGO Islam dan Pencinta Keamanan

kita perlu menggalakkan dialog. Dialog yang ikhlas akan menguntungkan dua-dua pihak.

20
Ibid,
Isu Iraq dan situasi politik antarabangsa pasca-Iraq boleh dijadikan titik permulaan

dialog. NGO Islam harus memberi penekanan kepada dua perkara dalam dialog ini.

Dalam bidang penganalisaan Pencinta Keamanan harus diyakinkan bahawa kepentingan

Israel sepertimana ditafsirkan oleh golongan Zionis pelampau di Tel Aviv di bawah

pimpinan Ariel Sharon dan sahabat-sahabat akrabnya di Washington memain peranan

penting dalam penyusunan semula peta politik Timur Tengah seterusnya peta politik

dunia. Ini diakui oleh beberapa pengulas politik Begitu juga Pencinta Keamanan harus

memahami bahawa persepsi bahawa orang Islam adalah sasaran Washington dalam

usahanya untuk menguasai dunia berkembang luas dikalangan masyarakat Islam.

Memang benar bahawa negara- negara bukan Islam juga menjadi sasaran, umpamanya

Amerika Latin sejak pertengahan abad ke-19 dan Asia Timur sejak awal dasawarsa lapan

puluhan. Tetapi oleh kerana dalam tiga perang utama yang berlaku sejak wujudnya

sistem unipolar iaitu, perang Teluk pada 1991; perang Afghanistan pada 2001; dan

perang Iraq pada 2003 negara-negara Islam diserang, maka orang Islam percaya bahawa

Washington menganggap mereka,serta agama mereka sebagai seteru.

Melalui dialog, NGO Islam boleh mempelajari daripada Pencinta Keamanan

sekurang-kurangnya dalam dua aspek. Protes terhadap perang Iraq,sepertimana dengan

kritikan mereka terhadap globalisasi, menunjukkan bahawa sebahagian besar organisasi-

organisasi yang terlibat dalam pergerakan keamanan telah menghasilkan penganalisaan

yang mendalam tentang imperialisme baru, corak penguasaan dan dominasi Washington

dan kesan corak ini terhadap umat manusia. Pengajaran yang diperolehi ini boleh

memanafaatkan perjuangan NGO Islam. Pada keseluruhannya aktivis dan para

cendekiawan bukan Islam telah menghasilkan jauh lebih banyak buku dan makalah yang
bermutu tentang situasi ekonomi, politik dan budaya dunia semasa jika dibandingkan

dengan sumbangan aktivis dan cendekiawan Islam.21

Aktivis dan NGO Islam juga boleh mengambil iktibar daripada Pencinta Keamanan

dalam sikap dan orientasi yang dibuktikan terhadap perjuangan. Bagi sebahagian besar

Pencinta Keamanan yang menentang perang Iraq, faktor yang paling penting yang

menggerakkan jiwa mereka adalah keadilan dan kemanusiaan.

Kerana iltizam untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan kemanusiaan begitu

kuat, mereka sanggup mengatasi sempadan agama,kaum, budaya dan bangsa. Mereka

melihat manusia sebagai manusia; bagi mereka keadilan adalah keadilan sejagat yang

tidak mengenal warna kulit .Itulah sebabnya beberapa Pencinta Keamanan dengan rela

hati bertindak sebagai 'perisai manusia' untuk melindungi orang awam Iraq masa

pengeboman.22

Peranan Negara Islam Lain.

Dalam pergolakan di Iraq, dapat dilihat peranan yang dimainkan oleh Negara Islam

lain pasca Sadddam Hussein, walaupun peranan yang dimainkan tidak berjaya

menyelasikan pergolakan yang berlaku di Iraq dan mengekang kedatangan Barat. Negara

Islam yang cuba memainkan peranan ialah dalam pergolakan di Iraq ini adalah Iran, yang

pada masa itu dipimpin oleh Ahmedinajad, yang merupakan Presiden Republik Iran.

Beliau, menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan mampu menghalang kehendak

dan tuntutan rakyat Iraq dan kerajaan Baghdad perlu bersiap sedia untuk mengambil alih

21
Ibid,
22
Ibid,
pemerintahan negara itu dari tangan penjajah. Beliau berkata demikian sewaktu bertemu

dengan Akram al-Hakim, Menteri Dalam Urusan Dialog Kebangsaan Iraq.

Jelasnya, "Masalah utama di Iraq adalah kewujudan tentera-tentera Amerika

Syarikat dan campur ctangan negara kuasa besar dunia itu dalam urusan dalaman

Baghdad. Kini Amerika sudah kehilangan kekuatannya dan semakin hari negara tersebut

menjadi kian lemah. Akhir-akhir ini berbagai sektor penting di Amerika termasuk

ekonomi, politik dan ketenteraan mengalami kebuntuhan dan situasi tersebut amat sulit

untuk dipulihkan pada masa kepemimpinan Barack Obama."

Tegasnya lagi, "Rakyat Iran dan Iraq adalah bersaudara. Keduanya memiliki ikatan

agama dan sejarah yang kuat."

Sementara itu, Akram al-Hakim turut menekankan pengukuhan hubungan dua hala

antara kedua buah negara itu. Katanya, kini peranan penting Iran di Iraq semakin jelas

dan rakyat Iraq sangat menghargai peranan jirannya itu. 23 Ahmedinajad juga telah

melancarkan perang psikologi terhadap Amerika dengan menolak cadangan membekukan

program nuclear Iran dan mendesak supaya Amerika Syarikat keluar dari Iraq.

Kesimpulan.

Secara keseluruhannya, dapat ringkaskan bahawa pergolakan yang berlaku di Iraq

adalah disebabkan umat Islam tidak lagi bersatu, mereka tidak lagi mengamalkan ajaran

23
http://ummuabiha.blogspot.com/2008/11/amerika-syarikat-tidak-mampu-bendung.html
Islam yang sebenarnya. Mereka saling musuh-memusuhi sehingga berlaku peperangan di

antara mereka dan memudahkan lagi orang Barat memperalatkan umat Islam pada masa

kini. Perpecahan dan penindasan dikalangan umat, menjadi faktor Islam lemah dan tidak

dapat memainkan peranan yang sewajarnya.. Walaupun menjadi kuasa yang kuat seperti

perjuangan Saddam Hussein yang akhirnya ditamatkan pada tahun 2003. Tetapi

pergolakan umat Islam di Iraq terus kekal sehingga ke hari ini. Pemimpin-pemimpin

Islam seharusnya sedar bahawa Islam boleh bangkit mementang penindasan orang Barat

apabila mereka kembali semula mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya, sejarah

Islam sendiri telah membuktikan bahawa Islam mampu membawa umatnya mencapai

kegemilangan apabila mereka bersatu. Walaupun, kalau dilihat pada masa sekarang

penyatuan umat Islam di Asia Barat ini agak mustahil untuk berlaku.

Bibliografi
Abu Bakar Hamzah.(1991). Krisis Teluk: Mencari Kebenaran. Kuala Lumpur:

Media Cendiakawan.
Bakar Hamzah.(1991). Krisis Teluk: Mencari Kebenaran. Kuala Lumpur: Media

Cendiakawan.

Hamedi Mohd. Adnan.(1991). Krisis Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit

Amal,

Hassan Abdul.(1990). Saddam Pembelot Islam. Kuala Lumpur: Sinbad Enterpise.

Karim Illahi.(1991).Saddam Husein Dan Perang Teluk,. Singapura: Bismi

Publishers,

Abu Wajihah.( 20 November 2008). Amerika Syarikat Tidak Mampu Bendung


Suara Rakyat Iraq. Ahmedinejad. Diperoleh April 5, 2009, dari
http://ummuabiha.blogspot.com/2008/11/amerika-syarikat-tidak-mampu-
bendung.html

Chandra Muzaffar.( 9 June 2003). Diperolehi April 8, 2009, Peranan NGO Islam
Mewujudkan Kerjasama Dengan Pencinta Keamanan di Seluruh Dunia. Dari
http://www.mindamadani.my/content/view/30/9/

Irak dalam Pikiran Ibrahim Jaafari.( 26 Februari 2005).Diperolehi April 8, 2009,


dari http://www2.kompas.com/kompas-cetak/0502/26/ln/1582111.htm

Zakarias El Bilad. (Jul 2, '08). IRAN PASCA REVOLUSI ISLAM KIPRAHNYA


DI TIMUR TENGAH DAN ANCAMANNYA BAGI AS. Diperolehi April 8, 2009,
dari http://zakariaelbilad.multiply.com/journal/item/31

LAMPIRAN.

Peta Negara Iraq.

You might also like