3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUTURAN
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-
a)
Faktor Kecerdasan
: Ini bermaksud kecerdasan otak yangdihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.
b)
Faktor Kesihatan
: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itumendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasamereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dansakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.
c)
Faktor Fizikal
: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organvokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosakatau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidakboleh bertutur dengan baik.
d)
Faktor Alam Sekeliling
: Biasanya faktor taraf sosioekonomi danperhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembanganbahasa kanak-kanak.
e)
Faktor Jantina
: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapatikanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturanmereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Faktor Dwibahasa
: Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini
34