3 9
KESALAHAN UMUM TATABAHASA
KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diriorang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.Contoh :(a)kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, danhamba.(b)Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku,dan dikau.(c)Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.Di antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal (satu) dan adayang membawa maksud jamak (lebih daripada satu). Setiap kata ganti dirimempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.Contoh Kesalahan
.
Beliau ditangkap kerana mencuri. (salah)Dia
ditangkap kerana mencuri. (betul)Analisis :Kata beliau
hanya boleh digunakan khusus untuk orang yang dihormatiseperti ibu bapa, guru, pegawai, menteri dan sebagainya.Contoh Kesalahan
.
Mereka-mereka
adalah pelajar yang dedikasi. (salah)Mereka
adalah pelajar yang dedikasi. (betul)