Soalan 1“Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasannegara, peranan guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapatdisempurnakan”.Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun HusseinPerutusan Hari Guru2006Bincangkan bagaimana martabat profesion keguruan dapat ditingkatkan selarasdengan perutusan Y.B. Menteri Pelajaran agar misi nasional dapat disempurnakan.Pengenalan.Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaanyang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.Dalam era globalisasi sekarang, perananguru menjadi semakin kompleks dan mencabar.Golongan guru hendaklah memastikanmartabat keguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebihtinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi nasional kerajaanMengikut Kamus Dewan,’profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Martabat’ pula ialah kedudukan padamata masyarakat, darjat, pangkat,tingkat. Dari pengertian tersebut memberi makna bahawa imej profesion keguruan samada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dandinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar.Dalam usaha meningkatkan martabat profesion keguruan maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan samada secara langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memartabatkan profesion ini merupakan kekuatan utama kerana kerajaan yang bertanggungjawab dalam penggubalan dasar-dasar pendidikan negara. Jika dilihat dalam misi nasional yang telahdilancarkan semasa pembentangan RMK9, Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri AbdullahAhmad Badawi telah menggariskan lima teras utama iaitu:Teras 1: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.Teras 3: Menangani masalah ketidak samaan sosioekonomi yang berterusan secaramembina dan produktif.Teras4: Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup.Teras5: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan