You are on page 1of 2

Tajuk 1: Pengurusan bilik darjah Sekolah rendah

Subtopik:Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:

 Kandungan mata pelajaran:

-Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.

Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara
mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan
berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan
memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.

 Strategi pengajaran

-Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P

Contoh: Guru yang efektif akan member penekanan kepada kolaborasi antara murid
dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.

 Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.


Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang
mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras
dengan perancangan dan matlamat tercapai.
- Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat
maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih
baik,menarik pada masa seterusnya.
 Kemahiran mengurus bilik darjah
- Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
- Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti
bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.
 Kemahiran motivasi

Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk


memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang
diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan
matlamat dan kebolehan mereka.

 Kemahiran komunikasi

Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.

Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya
kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif
juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi
bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha
meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan
sebagainya.

 Kemahiran teknologi

Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan


perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan
teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan
multi-media sebagai alat sokongan.

You might also like