You are on page 1of 1

http://www.fiqhmalaysia.com/v1/modules/news/article.php?

storyid=34

1. Pengertian Fiqh Semasa dan Keperluan.

Fiqh dari segi bahasa Arab bermaksud faham dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan dari
percakapan seseorang.

Menurut istilah fiqh adalah ilmu tentang hukum-hukum syarak yang amaliah, praktikal yang diambil
daripada dalil-dalilnya yang tafsiliyah (terperinci).

Manakala menurut Abu Zahrah fiqh adalah mengetahui hukum-hukum syarak yang bersifat amaliah
yang dikaji dari dalil-dalilnya secara terperinci. Manakala menurut Abdul Karim Zaidan fiqh menurut
istilah syarak iaitu semua hukum agama yang dibawa datang oleh syariat Islamiyah sama ada hukum
yang berkait dengan aqidah, akhlak, ibadat dan muamalat.

Namun demikian takrif fiqh yang terkini adalah yang bersangkut hukum-hukum ibadat, muamalat dan
hukum-hukum yang hasil dari ijtihad kerana itu orang yang betaklid tidak dinamakan ahli fekah (fuqaha')
kerana mereka tidak berusaha untuk mencari dalil dan berijtihad mereka yang pengikut kepada ahli
fekah. Didalam undang-undang sivil Islam (al-Ahkam al-'Adliyah) ada menyebut bahawa fiqh adalah ilmu
mengenai masalah-masalah syarak yang berbentuk perbuatan. Masalah-masalah fiqh terbahagi kepada
dua iaitu sama ada mengenai urusan akhirat seperti ibadat ataupun mengenai urusan dunia. Urusan
dunia terbahagi kepada perkahwinan (muamalat) dan hukuman atau keseksaan (uqubat).

You might also like