Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Kadet Remaja Sekolah

Sejarah Kadet Remaja Sekolah

Ratings: (0)|Views: 2,145|Likes:
Published by eyha_cute

More info:

Published by: eyha_cute on Jan 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/15/2013

pdf

text

original

 
Sejarah Kadet Remaja Sekolah
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban diSekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanyadikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada PersatuanPelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripadapelajar daripada tingkatan 1 dan 2.Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN danBERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasratmengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan WilayahPersekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usahauntuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan MohdZahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesismengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telahmencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu,taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakanpada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telahmembuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannyakepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, MenteriPendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih KadetRemaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikankonsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yanglain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohanisetiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.
Objektif Kadet Remaja Sekolah
 
1.Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing,kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.2.Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arahpembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutanFalsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.3.Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.4.Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperolehpengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.5.Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.6.Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murniserta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.7.Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalanganpelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
Lagu Kadet Remaja Sekolah
Kadet Remaja SekolahMenuju satu ikatan bersaudara,Bersatu menjulang keamanan negara,Menjayakan Iman dan Amal.Marilah kita membina peribadi,Menjadi insan yang kreatif,Bersama kecemerlangan diri,Sepanjang masa yang berterusan,Remaja sambutlah cabaran,Menjadi bangsa Malaysia,Maju dan cemerlang remaja berwawasan,Jangan kita lupa kepada pencipta,Remaja hayati budaya,Ilmu, Iman dan Amal,Kekalkan di hati dan jiwamu,Wawasan kadet remaja sekolah.
Logo Kadet Remaja Sekolah
 
 
Warna Hijau Melambangkan:
a. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentukb. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapanc. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS
Bendera Kadet Remaja Sekolah
 
HURAIAN
Warna
hijau
melambangkan:1. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk.2. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.3. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRSCogan kata KRS
"ILMU IMAN AMAL"ILMU
= Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.
IMAN
= Keimanan yang mendalam merupakan pembinaan diri.
AMAL
= Penghayatan dan perlakuan gaya hidup yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatanintelektual dan disiplin.

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
muhd_faaiz_1 liked this
iekazalikha liked this
Angelyn Goh liked this
hjsyakirin liked this
nurin96 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->