Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Kewujudan Masyarakat Majmuk Di Malaysia

Sejarah Kewujudan Masyarakat Majmuk Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 2,376|Likes:
Published by mohd nasir
pengenalan mengenai sejarah kewujudan masyarakat di malaysia ...sekadar menambahkan pengetahuan..hehe..jgn lupe sejarah asal usul kita tau..
pengenalan mengenai sejarah kewujudan masyarakat di malaysia ...sekadar menambahkan pengetahuan..hehe..jgn lupe sejarah asal usul kita tau..

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: mohd nasir on Jan 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/08/2011

pdf

text

original

 
PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK 
1. Masyarakat Majmuk 
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripadakeseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India danCina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusiayang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu danmasyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiridaripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek  politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampurantetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysiasahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkanmasyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa erakegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakatmajmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujungabad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu padasuatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,Britishdan Jepun. Di sini kita akan mengupas
kewujudan masyarakat majmuk di Malaysiamelalui penjajahan kuasa asing.
2.Penjajahan di Tanah Melayu
 
a)
 
KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA
 
Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yangdiketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibatsedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka padaJulai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis danmembayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengankehadiran
800 orang Portugis dan 600 orang India
.Kehadiran tentera seramai 1400 orangini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.
b)
 
RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA
Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 - Joho berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagalapabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telahmemusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkankuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe. 
c)
PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANGDUNIA KEDUA
Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British.Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yangtelah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura.Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telahdiserahkan oleh Belanda kepada pihak British.
 
Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagainegeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap danmencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak 
British mulai membawa masuk beramai-ramaiburuh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektoekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yangmempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladanggetah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani.Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepaskehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminankeselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasimasuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimanamigrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.
c)
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun DiTanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawahkuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapurayang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Darisegi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang ,Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis ,

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
madiranorman liked this
rain low liked this
rain low liked this
Sari Saidin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->