Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
 
 
 2
ISI KANDUNGAN
Dato Fadzil Noor.................................................2 Tuan Guru Yusuf Rawa.....................................20Dr Burhanuddin al Helmy.................................31Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad..................41Ustaz Abu Bakar Al-Baqir...............................45
 
 3
Dato’ Fadzil Noor(1937 – 2002)
Latar Belakang
Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di KampungSeberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahmanmeninggal dunia sewaktu beliau masih kecil. Moyangnya Tuan Guru HjIdris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalahseorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga(1946-1949). Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah diMaktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noormenjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudianbeliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah. Padatahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran danmemperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar diMaktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaransebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Penglibatan Awal
Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerakcergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yangpintar dan dihormati di Maktab Mahmud. Ketika di Mesir Ustaz FadzilNoor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalanpresiden.Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia(1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan TimbalanPresiden ABIM (1974-1978). Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadisetiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawanganKedah.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more