Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
fiqh sirah

fiqh sirah

Ratings: (0)|Views: 100 |Likes:
Published by Mohd Najib

More info:

Published by: Mohd Najib on Jan 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/19/2012

pdf

text

original

 
 Fiqh Al-Sirah 1
1 
FIQH AL-SIRAH 1
Tulisan
 
Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Diterjemah oleh
 
Ust. Mohd. Darus Sanawi
 
Terbitan
 
Dewan Pustaka Fajar 1983
 
www.dakwah.info
 
 Fiqh Al-Sirah 1
2
 
Kandungan :
 
Kata Pengantar Dari Penerbit dan Penterjemah
 
Muqaddimah
 
Peranan dan Perlunya Riwayat Hidup Nabi Muhammad Dalam Memahami Islam
 
Sumber-sumber Sejarah Rasulullah
 
Rahsia Pemilihan Semenanjung Arab Sebagai Tapak pancaran Agama Islam
 
Muhammad Sallahu A’laihiwassallam Nabi Yang Terakhir 
 
Saki baki Agama Hanif Dalam Jahiliyyah A’rab
 
Keputraan Nabi Muhammad S.A.W dan Penyusuannya
 
Perjalanan Yang Pertama Ke Negeri Syam dan Usaha Mencari Rezeki Halal
 
Perniagaan Dengan Harta Khadijah dan Perkahwinan Baginda
 
Penyertaan Rasulullah Dalam Usahah Membena Semula Al-Ka’bah
 
Berkhulwah di Gua Hira’
 
Penerimaan Wahyu
 
Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa
 
Hidup Rasulullah
 
Kata Pengantar dan Penerbit
 
Seruan Secara Sulit
 
Seruan Secara Terang-Terangan
 
Penyeksaan
 
Pernulauan Ekonomi
 
Hijrah Pertama Dalam Islam
 
Utusan Pertama Menemui Rasulullah
 
Tahun Perkabungan
 
Perantäuan Rasulullah Ke’Ta’if 
 
Mu’izat Isra’ Dan Mi’raj
 
Rasulullah Memperkenalkan Dirinya Kepada Qabilah-qabilah Permulaan Ansar Memeluk Islam
 
Perjanjian Al ‘Aqabah Yang Kedua
 
Perbicaraan Umum Tentang Al Jihad Dan Mengapa Disyara’kan
 
Keizinan Rasulullah Kepada Sahabatnya Untuk Berhijrah ke Madinah Hijrah Rasulullah
 
 Fiqh Al-Sirah 1
3
 Kata Pengantar Dari Penerbit
Segala puji-pujian hanya sanya untuk Allah Subhanu Wata’ala, Tuhan pemilik dan pentadbir sekelian ‘alam. Ucapan Selawat dan Salam ke atas Imam kepada orang-orang yang ber taqwa, pemimpinkepada para Daie dan barisan Mujahidin iaitu Junjungan Yang Mulia Nabi Muhammad, Ahli-ahlikeluargaBaginda seterusnya Jama’ah sahabat dan penolong Baginda seluruhnya — Radiya’Llahu ‘anhumAjma’in.Saudara-saudari pembaca budiman,Usaha-usaha untuk mengembalikan semula kefahaman dan kecintaan umat kini terhadap Islammerupakan titik tolak penting ke arah pencapaian cita-cita Islam. Memandangkan usaha-usaha inimerupakan langkah permulaan ke arah matlamat tersebut maka para muharrik di dalam wadah Islammestilah menyedari bahawa mereka adalah berperanan besar memikul tanggungjawab dalam menentukanaliran perjuangan dan kadar pencapaian cita-cita jama’ah Islamiyyah. Tanggungjawab besarini tidak mungkin dapat mereka lalui dengan jayanya jika tidak dibekali dengan kefahaman terhadap tasawwur Islam dan tabi’at pergerakan ini yang merupakan satu keperluan asas kepada para da’ie khususnya bagimereka yang memegang amanah sebagai muharrik.Satu hakikat yang wajib diakui bahawa matlamat dan cara pergerakan ini bukan milik individutertentu yang boleh dicerai pisah dan dirombak-ganti mengikut selera. ‘Tradisi’ pergerakannya sejak awalmulanya telah memaparkan dalil-dalil bahawa gerakan Islam telah mempunyai cara-cara yang tersendiridan kaedah-kaedah ini telah ditentukan. Dengan yang demikian mereka yang benar-benar ingin mencapaicita-cita kelslaman melalui ‘wadah’ yang disertainya wajib mengikuti dan memelihara cara-cara (manhaj)ini sebagaimana yang telah dicontohkan oleh peninggalan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dalamtarbiyyahnya sebagaimana yang dijelmakan di kalangan Assabi qunul-awwalin dan angkatan berikutnya.Sayangnya perintah wajib dari Allah Subhanahu Wata’ala yang mengutuskan Nabinya SallaLlahu‘alaihi Wasallam yang mulia itu sebagai ikutan yang sebaik-baiknya (Uswah-Hasanah) telah tidak dihayati dan dicontohi dengan benar oleh kebanyakan umat Islam kini. Oleh yang demikian usaha-usahamendidik dan menggerakkan semula masyarakat Islam melalui pengajaran dan perjalanan hidupRasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam perlu diberi nafas baru untuk manfa’at perjuangan hidup umatIslam. Usaha-usaha ini dapat dimulai dengan memperbanyak kan dan memperkemaskan penyebaranrisalah Sirah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke dalam masyarakat kaum Muslimin.Lantaran menyedari betapa pentingnya penyebaran Risalah Islam yang wajib ditimba dan ajaranRasuiuLlah dalam usaha memelihara kemurnian serta keaslian ajaran Islam maka para ‘ulama’ terdahulutelah tidak teragak-agak untuk tampil ke muka merintis jalan penulisan sirah RasuluLlah SallaLlahu‘alaibi Wasallam yang mulia itu dan hasilnya dapat kita nikmati khazanah-khazanah berharga yang sarattermuat di dalam kitab-kitab mereka.Sejauh yang dapat dikesan kegiatan penulisan sirah ini telah bermula sejak zaman tabi’in lagi. Diantara mereka dan angkatan terawal ialah Abban Bin ‘Uthman Bin ‘Affan Radiya Liahu ‘anhuma (32 — 105H), ‘Urwah Bin Zubair Bin ‘Awwam RadiyaLlahu ‘anhuma (23 — 93H), Wahb Ibn Al-Munabbih RadiyaLlahu ‘anh (wafat 101H) ‘AbduLlah Bin Abi Bakar Bin Hamz Al-Ansary Radiya’Llahu ‘anh ( — 135H), Muhammad Bin Muslim Bin Syihab Al-Zuhri RadiyaLlahu ‘anh (50 — 124H). Beliau ini adalahorang yang pertama berusaha membukukan hadith-hadith RasuluLlah di zaman pemerintahan ‘Umar Bin‘Abdul ‘Aziz RadiyaLlahu ‘anh), ‘Asim Bin ‘Ammar Bin Qatadah Al-Ansary RadiyaLlahu ‘anh (wafat129H), Musa Bin ‘Uqbah RahmatuLlahi ‘alaih (wafat 141H) dan Mu’ammar Bin Rashid RahmatuLlahi‘alaihi (wafat 150H). Sayangnya menurut ahli sejarah hasil penulisan mereka tidak sampai kepada kita.Angkatan selepas merekalah nampaknya yang lebih kita kenali kerana serpihan basil pena merekamengalir juga kepada kita. Di antara mereka yang paling masyhur ialah Muhammad Bin Ishaq Bin Yasar RahmatuLlahi ‘alaihi (18 — 151H) dengan karyanya Al-Maghazi Wa Al-Siyar (Sirah RasuluLlah) yang

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
syahidah nadiah liked this
kamaruddin liked this
kamaruddin liked this
kamaruddin liked this
bedeck liked this
Hykal Farweez liked this
Yudi Wahyudin liked this
qoriah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->