2. TARIAN TRADISIONAL SABAH (MALAYSIA)
Salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar masyarakat adalah seni tari. Sabah juga tidak ketinggalan dengan kepelbagaian tariannyayang merangkumi tarian ritual dan moden. Seperti negeri-negeri yang lain, Sabahsememangnya kaya dengan tarian tradisional.Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai adalah Sumazau, Limbai, Sumayau,Magunatip, Adai-adai dan Daling-Daling.
Sumber :
1.Dewan Budaya, Disember 1980, m/s 36-38
2.
Pesta Ka'amatan `89 Peringkat Negeri, 31hb Mei, 1989 di`Hongkod Koisaan', Penampang
. Petaling Jaya . WebPrinters Sdn. Bhd.. 1989.
3.
Asmad.
Kesenian Tari
. Melaka : Associated Educational Dist., 1990.
4.
Kusardy, P.M
. Persembahan kebudayaan negeri Sabah : sempena lawatan Tuan Yang Terutama Yang DiPertuaNegeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin dan Yang Amat Berbahagia Toh PuanDatin Patinggi Dayang Hajjah Umi Kalthum ke sabah di Istana Kota Kinabalu, 24hb Disember, 1980.
KotaKinabalu cetakan : Jabatan Cetak Kerajaan Sabah 1981.
5.
Majlis Santapan Malam Negeri Sempena Perayaan Hari Kebangsaan 1996
. Pencetak Kerajaan Sabah. 1996
TARIAN SUMAZAU
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan diseluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnyamemenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucapkesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untukmenolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazauadalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menariberhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki denganlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikutirama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannyaturun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikansemasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.
TARIAN LIMBAI
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketikamenyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaiksahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbaidipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyaratmenjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabulyakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggotarombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang danmengucapkan selamat datang.
TARIAN SUMAYAU