perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yangdigunakan terpulang kepada guru, untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid-muridnya. Fokus pengajaran guru menggunakan bahan sastera ini ialah kepada objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seperti membaca, lisan, menulis serta mempelajari peribahasa dantatabahasa.Berikut diterangkan objektif penggunaan, prinsip pemilihan dan kelebihanmenggunakan bahan sastera.
2.1Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran BahasaMelayu
Menurut Rozaiman (2007: 10), walaupun bahan sastera (BAHTERA) digunakansebagai bahan pengajaran, namun dari segi penggabungjalinan, objektif dan tujuanmengajarkan kesusasteraan Melayu itu boleh dijadikan dasar pengajaran dan pembelajaran BAHTERA. Objektif-objektif khusus Sukatan Pelajaran KesusasteraanMelayu tersebut adalah seperti berikut:1.memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dankebudayaan yang terdapat dalam karya sastera;2.menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera;3.menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan sertamengahargai nilai keindahan bahasa dalam kesusasteraan;4.mengekalkan, menyuburkan dan memperkembangkan minat terhadapkesusasteraan; dan5.membuat penilaian terhadap mutu sesuatu karya sastera yang sepadan dengankemampuan pelajar.Manakala objektif yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2006:3) bagi sekolah-sekolah rendah juga mementingkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Objektif ke empat itu antara lain menyatakan:
‘membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan termasuk bahan-bahankesusasteraan dan ilmiah’.
Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001:32), pula menggariskan beberapaobjektif tentang penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti berikut:1.Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya didorong olehkebolehannya membaca, memahami dan berfikiran kritis terhadap yangdibaca. Oleh itu semakin banyak pembacaan semakin meningkat kebolehanmenggunakan bahasa.2