You are on page 1of 59

pk GARIS PANDUAN

s PEMASANGAN
SENDIRI
KOMPUTER

unit
KDP PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Apakah Tujuan Program PSK …………………………………………….. 1
Kebaikan PSK …………………………………………………………….. 1
Apakah Komponen Asas Yang Diperlukan?……………………………… 1
Berapakah Perbelanjaan Yang Diperlukan?………………………………. 3
Keselamatan ………………………………………………………………. 4
Persediaan Sebelum Memasang Komputer ………………………………. 5
Senarai Semak Peralatan, Perkakasan dan Perisian Yang Diperlukan ….… 7
Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer ……. 9
Mengubah Pelompat (jumper) ……………………………………………. 10
Memasangkan RAM ……………………………………………………… 12
Memasangkan CPU ………………………………………………………. 15
Memasangkan Kipas dan Heat Sink CPU ……………………………….. 19
Menyediakan Casing Komputer …………………………………………. 20
Memasangkan Papan Induk ……………………………………………… 21
Memasangkan Kad Video dan Menyambungkan Monitor ………………. 24
Menyambungkan Papan Kekunci ………………………………………… 26
Memasangkan Kabel Kuasa Elektrik …………………………………….. 28
Menyambungkan Monitor dan Komputer Kepada Bekalan Elektrik ……. 30
Menguji Sistem ………………………………………………………….. 31
Memasangkan Pemacu Cakera Liut …………………………………….. 32
Memasangkan Pemacu Cakera Keras …………………………………… 34
Memasangkan Pemacu CD-ROM ………………………………………. 37
Memasangkan Kad Bunyi ……………………………………………….. 39
Menyambungkan Wayar-Wayar LED …………………………………… 40
Menyambungkan Tetikus ……………………………………………….. 41
Menutup Casing Komputer ……………………………………………… 42
Menukar CMOS Setup ………………………………………………….. 43
Memetakkan (partition) Cakera Keras ………………………………….. 46
Memasangkan Sistem Pengendalian (OS)………………………………. 52
Memasangkan Perisian Aplikasi ……………………………………….. 53
Lampiran I : Memformat petak (partition) dalam cakera keras ………… 54
Lampiran II: Senarai Istilah …………………………………………….. 56
GARIS PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER (PSK)

Apakah Tujuan Program PSK?

Aktiviti pemasangan sendiri komputer dilaksanakan dengan tujuan untuk


membolehkan pelajar:

1. Memasang komponen-komponen komputer terpisah untuk menghasilkan sistem


komputer yang lengkap dan berfungsi mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

2. Memasang Sistem Pengendalian (OS) dan perisian aplikasi asas.

3. Menyuai dan mengkonfigurasi papan induk (motherboard), kad-kad peranti dan


perisian-perisian supaya memenuhi keperluan sistem dan kehendak pengguna.

4. Mengdiagnosa dan memperbaiki sistem komputer yang gagal berfungsi.

Kebaikan PSK

1. Proses pemasangan komputer sendiri membolehkan pelajar mendapatkan


pengetahuan dan fahaman yang lebih mendalam tentang apa yang tersembunyi di
dalam kotak logam yang dinamakan komputer itu.

2. Peroses PSK dapat membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan pelajar untuk
menjalankan kerja penyenggaraan, baikpulih mudah dan naiktaraf sistem
komputer bila perlu dan ini untuk jangka panjang akan menjimatkan perbelanjaan.

3. Pelajar akan menjadi pengguna yang berpengetahuan dan bijaksana berkaitan


pemilihan dan pembelian barangan IT.

4. Menyediakan pelajar dengan kemahiran yang sangat diperlukan dalam pasaran


kerja.

Apakah komponen yang diperlukan untuk membina satu sistem komputer asas

Komponen Komen
CPU - komponen utama ini berfungsi sebagai otak sistem
(Central Processing komputer. Fungsinya ialah memproses arahan dan
Unit) data.
- pilih Intel Celeron atau AMD K6-2 jika
memerlukakn sistem asas
- pilih Intel Pentium III atau AMD Athlon jika
memerlukan kuasa pemprosesan yang lenih tinggi
- pastikan CPU dan papan induk yang dibeli adalah
serasi. Komponen wajib
Papan induk/papan ibu - papan litar elektronik utama dalam sistem komputer
(motherboard) - pilih papan induk jenis ATX

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 1/57


- sesetengah papan induk mengandungi kad bunyi dan
kad video yang diintegrasikan. Pengguna tidak perlu
membeli kad bunyi dan kad video secara berasingan
jika kad-kad ini telah diintegrasikan ke dalam papan
induk
- memerlukan sekurang-kurangnya satu slot AGP (jika
kad video tidak diintegrasikan), dua slot ISA dan tiga
slot PCI. Komponen wajib
RAM (Random Access - RAM atau Ingatan Capaian Rawak digunakan untuk
Memory) menyimpan arahan dan data yang diproses oleh
komputer
- Arahan dan data yang disimpan akan hilang apabila
komputer dimatikan
- pilih jenis SDRAM dengan kapasiti sekurang-
kurangnya 64MB (64 megabait). Komponen wajib
Monitor - memaparkan output komputer
(monitor) - pilih jenis SVGA (super VGA) dengan pepenjuru
skrin monitor 15” panjang
- digalakkan membeli monitor 17” jika keadaan
kewangan membenarkan. Komponen wajib
Kad video - merupakan orang tengah di antara papan induk dan
(video card) monitor
- jenis AGP dengan sekurang-kurangnya 8 MB
ingatan.
- komponen wajib. Tidak diperlukan jika papan induk
mempunyai kad video yang diintegrasikan.
Pemacu cakera keras - menyimpan perisian dan maklumat. Kandungan
(hard disk drive) pemacu tidak akan hilang walaupun komputer
dimatikan.
- pilih saiz sekurang-kurangnya 10.2 GB (Gigabait)
- komponen wajib
Pemacu CD-ROM - untuk menggunakan CD-ROM yang boleh
(CD-ROM drive) menyimpan data yang banyak (650 MB)
- membolehkan anda memain CD muzik atau VCD
- komponen wajib
Pemacu cakera liut - untuk menggunakan cakera liut yang boleh
(Floppy disk drive) menyimpan data sebanyak 1.44 MB
- komponen wajib
Papan kekunci - membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam
(keyboard) komputer. Komponen wajib
Tetikus - memudahkan pelbagai operasi dalam Windows.
(mouse) - komponen wajib
Casing - kotak logam di mana papan induk, RAM dan
komponen lain dipasang.
- Pilih casing jenis ATX. Komponen wajib
Kad bunyi - membolehkan pengguna memainkan kesan audio
(sound card) dari perisian multimedia. Komponen wajib/pilihan
Pembesar suara - membesarkan kesan audio yang dihasilkan oleh
(speaker) komputer
- komponen wajib/pilihan
Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 2/57
Mikrofon - membolehkan pengguna merakamkan suara
(microphone) - komponen pilihan
Modem - membolehkan pengguna menyambungkan
(modem) komputernya ke Internet.
- Pilih jenis luaran (external modem) 56K (iaitu laju
56 kilobit per saat). Komponen pilihan
Kad rangkaian - membolehkan komputer berkomunikasi dengan
(network card) komputer lain melalui satu rangkaian komputer.
- komponen pilihan. Hanya diperlukan jika pengguna
mempunyai satu rangkaian komputer.
AVR - membantu menstabilkan bekalan elektrik kepada
(Automatic Voltage komputer. Komponen pilihan
Regulator)

Berapakah perbelanjaan yang diperlukan?

Melalui PSK, anda boleh memasang satu set komputer yang agak canggih dengan
perbelanjaan yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memasang satu sistem komputer asas
melalui PSK adalah seperti dalam jadual di bawah. Perlu diingatkan bahawa harga
yang tersenarai di bawah adalah berdasarkan harga pasaran di Kuala Lumpur ketika
panduan ini ditulis. Harga ini akan berubah mengikut masa dan lokasi di mana item
itu dibeli.

Low (RM) Catatan High (RM) Catatan


Monitor (SVGA) 450 15” 800 17”
SDRAM (64M) 250 PC100 290 PC133
Papan ibu (+VGA, 200 500
+Audio)
CPU 230 AMD K6-2- 370 Intel Celeron
3D 500 MHz 500 MHz
Pemacu cakera 325 385
keras (10.2 GB)
Pemacu CD-ROM 130 48X 190 Asus 50X
Pemacu cakera liut 40 50
Papan kekunci 25 PS/2 80 MS Internet
keyboard KB
Tetikus 10 Serial 65 IntelliMouse
Casing 90 ATX 90 ATX
Pembesar suara 30 360W 100 800W
Mikrofon 15 100
1795 3020

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 3/57


Keselamatan

1. UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA. Pastikan anda sentiasa mengamalkan


peraturan dan prosedur kerja yang selamat dan tidak melakukan kerja pemasangan
secara bersendirian tanpa bimbingan dan kehadirian guru.

2. Kemaskan tempat kerja anda dan pastikan anda mempunyai ruang yang
mencukupi untuk menjalankan kerja pemasangan. Wayar-wayar, skru-skru yang
berselerak boleh menjadi punca kemalangan.

3. Pastikan suis elektrik dimatikan dan palam elektrik ditanggalkan dari soket
sebelum anda memulakan kerja pemasangan atau penyenggaraan komputer.

4. Air merupakan pengalir (konduktor) elektrik yang boleh menyebabkan kebocoran


elektrik atau kejutan elektrik. Pastikan tangan anda kering semasa menjalankan
aktiviti PSK.

5. Baca manual dan nota pemasangan yang dibekalkan bersama peranti yang dibeli
sebelum memulakan kerja pemasangan.

6. Jangan melakukan kerja secara gopoh-gapah. Fikir dahulu sebelum bertindak.

7. Nyahcas badan anda sebelum menyentuh bahagian-bahagian komputer. Cas statik


yang terkumpul pada badan anda mungkin merosakkan litar elektronik dalam
komputer. Nyahcas badan anda dengan menyentuh bahagian logam casing
komputer power supply atau dengan menggunakan anti statik wrist strap (rujuk
rajah berikut).

Anti-static Wrist Strap

8. Jangan membuka monitor atau power supply. Monitor komputer mungkin masih
menyimpan cas elektrik yang banyak walaupun sambungan kepada bekalan
elektrik telah diputuskan dan cas ini boleh menyebabkan kejutan elektrik yang
serius jika anda membuka monitor dan tersentuh bahagian tertentu.

9. Jangan memasang kabel secara paksaan. Pastikan pin dan lubang pada
penyambung telah dijajarkan (aligned) sebelum memasang kabel.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 4/57


10. Bila memegang kad ingatan (memory card) atau kad penyesuai (adapter card),
elakkan daripada menyentuh bahagian logam pada kad supaya cas elektrostatik
tidak merosakkan litar elektronik. Pegang tepi kad yang terdiri daripada bahan
plastik.

11. Sentiasa menyimpan modul RAM atau kad penyesuai (adapter card) dalam bekal
plastik yang dibina khas untuk antistatik.

Persediaan sebelum memasang komputer

1. Penentuan Keperluan. Apakah keperluan anda? Adakah anda memerlukan


komputer untuk menggunakan perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan?
Untuk mengakses Internet? Kebanyakan pengguna biasanya tidak memerlukan
komputer yang paling canggih di pasaran untuk tugasan mereka. Pembelian
berdasarkan keperluan akan menjamin manfaat maximum dengan perbelanjaan
yang paling rendah.

2. Pengumpulan maklumat. Sebelum membeli komponen perkakasan yang


diperlukan untuk PSK, anda seharusnya mengumpul maklumat yang secukupnya
mengenai PSK daripada pelbagai sumber: Sumber-sumber yang baik ialah kawan
yang berpengetahuan dalam bidang komputer, guru komputer anda, kedai
komputer, pameran komputer, surat khabar atau majalah. Anda mungkin perlu
bertanya soalan-soalan berikut:

x Komponen-komponen manakah dalam satu sistem komputer yang


menentukan prestasi sistem?
x Apakah gabungan komponen sistem yang dapat memberi pulangan maximum
dari segi kos-faedah dan prestasi?
x Syarikat yang manakah menawarkan komponen berkualiti dengan harga yang
berpatutan?
x Syarikat yang manakah memberi perkhidmatan lepas jualan yang baik?
x Apakah harga yang berpatutan bagi pelbagai komponen yang diperlukan?

Buat catatan untuk rujukan kemudian.

3. Membuat Keputusan. Berdasarkan maklumat yang terkumpul dalam langkah 2


di atas, buatlah keputusan mengenai konfigurasi sistem komputer yang hendak
dibeli.

4. Pembelian Komponen. Beli komponen komputer daripada syarikat yang boleh


dipercayai berdasarkan maklumat yang anda kumpulkan dalam langkah di atas.

x Resit mesti mencatatkan maklumat penting dengan jelas, khususnya tempoh


jaminan.
x Cuba elakkan membeli komponen daripada kedai yang berlainan. Beli semua
komponen daripada vendor yang menawarkan harga termurah secara
keseluruhannya, walaupun vendor lain mungkin dapat menjual item tertentu
pada harga yang lebih rendah. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan di mana
Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 5/57
vendor-vendor tidak mengaku bertanggungjawab apabila sistem anda tidak
berfungsi.
x Pastikan vendor membekalkan semua manual, pemacu peranti (device driver)
dan kabel yang diperlukan.

5. Menyediakan Salinan Backup. Sediakan satu salinan backup bagi disket pemacu
peranti (dan CD-ROM juga jika ada kemudahan penulis CD-ROM) yang
dibekalkan bersama dengan peranti persisian (peripheral device). Pemacu peranti
ialah perisian yang ditulis khas untuk membolehkan sesuatu peranti digunakan.
Gunakan salinan backup untuk memasang driver. Peranti yang biasanya
dibekalkan dengan driver ialah seperti CD-ROM, kad bunyi dan kad video.

6. Menyediakan alat dan ruang kerja yang diperlukan. Untuk memasang


komputer, anda memerlukan sekurang-kurangnya satu pemutar skru Philips, satu
pemutar skru flat blade dan satu long nose plier. Anda juga memerlukan satu
bekas atau kotak kecil untuk menyimpan skru dan komponen yang kecil. Bagi
mereka yang berminat, satu set computer service kit seperti yang berikut boleh
dibeli untuk membaiki sistem atau menaiktaraf sistem komputer.

7. Sediakan satu cakera StartUp Windows (cakera but) tanpa virus yang
mengandungi perisian utiliti FORMAT.COM. Pastikan cakera but ini
mengandungi sistem pengendalian yang sama dengan sistem pengendalian yang
akan anda pasangkan pada komputer pasang sendiri ini.

Jika anda ingin memasang Windows 98 pada komputer pasang sendiri, sediakan
sekeping cakera Startup menggunakan komputer Windows 98 dan salinkan
FORMAT.COM ke dalam cakera Startup. Cara menyediakan cakera Startup
Windows 98 (atau Windows 95) adalah seperti berikut:

x Imbas sistem dengan perisian antivirus untuk memastikan sistem tidak


dijangkiti virus.
x Masukkan sekeping cakera liut kosong ke dalam pemacu A,
x Klik butang Start, klik Settings dan kemudian klik Control Panel untuk
memaparkan tetingkap Control Panel.
x Dalam tetingkap Control Panel klik ikon Add/Remove Programs untuk
memaparkan tetingkap Add/Remove Programs Properties.
x Klik tab StartUp Disk kemudian klik butang Create Disk.
x Apabila kotak dialog Insert Disk dipaprkan, masukkan cakera kosong ke
dalam pemacu A.
x klik butang OK untuk memulakan proses pengwujudan cakera Startup.
Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 6/57
x Apabila proses penyediaan cakera startup telah tamat, klik OK untuk
menutup tetingkap Add/Remove Programs Properties.
x Salin utiliti FDISK.EXE dan FORMAT.COM dari direktori
C:\Windows\Command ke cakera Windows StartUp yang baru disediakan
ini
x lindungtulis (write protect) cakera Startup dan labelkannya “Windows 98
Startup Disk With FDISK.EXE dan FORMAT.COM”.

Nota: Jika komputer dibut dengan cakera Startup Windows 98, pemacu CD-ROM
dapat digunakan selepas proses but kerana cakera Startup Windows 98
mengandungi driver yang membolehkan anda mencapai (to access) pemacu CD-
ROM.

Sistem yang dibut dengan cakera Startup Windows 95 tidak boleh dicapai pemacu
CD-ROM. Anda perlu memasang (install) driver CD-ROM dahulu sebelum
pemacu CD-ROM dapat digunakan.

8. Sediakan satu cakera kosong yang telah diformat. Cakera ini digunakan untuk
menyediakan Startup disk baru bila sistem anda telah siap dipasang.

Senarai semak peralatan, perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk PSK

Bil. Perkakasan
1 1 Casing komputer
2 1 papan induk
3 1 CPU
4 1 modul RAM
5 1 pemacu CD-ROM
6 1 kabel audio untuk CD-ROM dan kad bunyi
7 1 pemacu cakera liut
8 1 pemacu cakera keras
9 1 kabel data untuk pemacu cakera liut
10 1 kable IDE (kabel data) untuk pemacu CD-ROM dan
cakera keras
11 1 monitor
12 1 kabel kuasa untuk monitor
13 1 kabel kuasa casing komputer
14 1 tetikus
15 1 papan kekunci
16 1 pembesar suara
17 1 AVR (automatic voltage regulator)
Bil. Perisian
18 1 CD-ROM Windows 98
19 1 Cakera Startup Windows 98
20 1 CD-ROM bagi perisian papan induk
21 1 CD-ROM device driver bagi papan kekunci

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 7/57


Bil. Peralatan
22 1 pemutar skru Philips
23 1 pemutar skru flat blade atau satu kit
24 1 long nose plier perkhidmatan komputer
25 Skru-skru
26 1 bekas kecil untuk menyimpan komponen kecil seperti
skru
27 1 disket kosong
28 1 antistatic wrist strap (pilihan)
29 1 pen penguji

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 8/57


Ringkasan Langkah-langkah utama pemasangan sendiri komputer

Walaupun satu sistem komputer boleh dipasang mengikut pelbagai cara, adalah di
cadangkan bahawa pemasangan dilakukan mengikut langkah utama berikut untuk
mengurangkan masalah yang mungkin dihadapi semasa pemasangan.

A. Mengubah pelompat (jumper)


B. Memasangkan RAM
C. Memasangkan CPU
D. Memasangkan kipas dan heat sink CPU
E. Menyediakan casing komputer
F. Memasangkan papan induk ke dalam kotak komputer
G. Memasangkan kad video dan menyambungkan monitor kepada kad video
H. Menyambungkan papan kekunci kepada papan induk
I. Memasangkan kabel kuasa elektrik daripada power supply komputer kepada
papan induk
J. Menyambungkan monitor dan komputer kepada bekalan elektrik
K. Menguji sistem yang telah dipasang
L. Memasang pemacu cakera liut
M. Memasang pemacu cakera keras
N. Memasang pemacu CD-ROM.
O. Memasang kad bunyi dan kad-kad lain
P. Memasang wayar LED kepada papan induk
Q. Menyambungkan tetikus kepada COM port
R. Menutup casing komputer
S. Menukar CMOS setup
T. Memetak (to partition) cakera keras
U. Memasang sistem pengendalian
V. Memasang perisian aplikasi

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 9/57


A. MENGUBAH PELOMPAT (JUMPER)

Amaran:

Sentuh bahagian logam casing untuk menyahcaskan cas elektrostatik yang


terkumpul pada badan anda sebelum anda menyentuh papan induk, kad
ingatan atau kad penyesuai (adapter) lain. Ini dapat mengelakkan litar
elektronik yang sensitif dirosakkan oleh cas elektrik dari badan anda.

Jangan tanggalkan atau pasangkan penutup pelompat semasa bekalan


elektrik masih dipasang. Matikan suis elektrik dan tanggalkan palam
elektrik sebelum menukar kedudukan pelompat.

Pelompat ialah kumpulan pin pada papan induk yang boleh disambungkan secara
elektrik dengan menggunakan penutup pelompat (jumper cap). Rujuk rajah
berikut. Apabila penutup pelompat dipasang pada dua pin, dua pin itu akan
disambung secara elektrik dan kita kata pelompat yang terdiri daripada dua pin itu
telah dibolehkan (enable atau short). Pelompat boleh dilumpuhkan (disable atau
open) dengan menanggalkan penutup pelompat. Penutup pelompat mengubah
pengoperasian papan induk dengan mengubahkan litar elektronik pada papan
induk.

Setting Pelompat (jumper setting) Setting Pelompat


Penutup pelompat

Dua pin Dua pin tidak Pin 1 dan 2 enabled.


pelompat disambung Pin 2 dan 3 disabled.
disambung (disabled)
(enabled)

Pelompat biasanya digunakan pada papan induk untuk menggubah konfigurasi


papan induk. Berikut ialah dua kegunaan pelompat pada papan induk:

(i) Untuk memadam kandungan ingatan CMOS.


(ii) untuk membolehkan (to enable) penyesuai atas papan (onboard
adapter). Contoh: penyesuai LAN, modem dan audio.

Rujuk manual papan induk sistem komputer anda untuk menentukan sama
ada status pelompat-pelompat perlu diubah.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 10/57


Bagi papan induk yang mengandungi pelompat, buatlah perubahan yang
perlu ke atas pelompat supaya papan induk dapat berfungsi dengan betul.
Misalnya, jika anda ingin menggantikan kad bunyi bina-dalam (built-in sound
card) pada papan induk dengan satu kad bunyi lain, pelompat berkenaan mesti
dilumpuhkan (disabled) supaya kad bunyi yang akan dipasang dapat mengambil
tempat kad bunyi bina-dalam.

Walau bagaimanapun, trend terkini ialah teknologi pasang-dan-guna (plug-and-


play) yang tidak memerlukan pengubahan pelompat secara manual. Sesetengah
papan induk yang berdasarkan konsep tersebut tidak mempunyai pelompat.
Konfigurasi papan induk yang perlu dilakukan boleh dibuat melalui program
Setup.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 11/57


B. MEMASANGKAN RAM
Dalam bahagian ini anda akan belajar bagaimana memasukkan kad RAM ke
dalam slot RAM. RAM yang paling popular sekarang ialah SDRAM yang
dibekalkan dalam bentuk (form factor) DIMM atau SIMM.
Kebanyakan papan induk menggunakan slot DIMM yang hanya boleh menerima
DIMM RAM. Sesetengah papan induk menyediakan kedua-dua slot DIMM dan
slot SIMM.
SIMM RAM mesti dimasukkan ke dalam slot SIMM dan DIMM RAM ke dalam
slot DIMM. SIMM RAM mesti dipasang secara berpasangan dan mengikut tertib
slot bermula dari nombor slot yang terkecil, manakala DIMM RAM boleh
dipasang satu per satu. Pastikan jenis RAM yang anda miliki.
Modul RAM and slot RAM dibuat daripada plastik dan akan retak atau pecah
sekiranya anda memaksa modul RAM ke dalam slot dalam arah yang salah.

Memasang DIMM RAM ke Dalam Slot DIMM

Modul DIMM RAM Takik pada modul

Penyelak
(latch)

Slot DIMM Penyekat dalam slot untuk memastikan


modul DIMM hanya dapat dipasang
dalam satu kedudukan sahaja.

1. baca manual papan induk untuk memastikan slot DIMM yang mana mesti diisi
dahulu.
2. kenalpasti kedudukan slot DIMM yang akan digunakan.
3. pegang modul DIMM pada tepinya (jangan sentuh jalur penyambung pada
kad.)

4. tekan penyelak-penyelak (latches) pada kiri dan kanan slot DIMM pertama
untuk membukanya.
5. tempatkan modul DIMM pada kedudukan yang betul supaya takik pada modul
adalah sejajar dengan penyekat dalam slot. Rujuk rajah di atas.
6. tekankan modul ke dalam slot sehingga kedua-dua penyelak bergerak ke
dalam dan menguncikan modul di dalam slot.
7. masukkan modul DIMM yang lain (jika ada) ke dalam slot DIMM.
Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 12/57
Memasukkan modul DIMM ke dalam slot

Memasang SIMM RAM ke dalam SIMM slot.


1. kenapasti slot SIMM yang akan dimasukkan SIMM RAM.
2. pegang SIMM RAM pada tepinya (jangan sentuh jalur penyambung pada
kad.)

3. masukkan modul ingatan ke dalam slot ingatan secara serong pada sudut 45o.
Pastikan hujung kad ingatan bertakik dijajarkan dengan hujung slot RAM
yang betul (rujuk rajah a dan b di bawah). Cuba meneliti struktur kad RAM
dan struktur slot SIMM. Contohnya, meneliti dan pastikan takik atau lubang
pada modul RAM tidak tersekat oleh slot bila modul RAM ditegakkan nanti.
Songsangkan arah modul ingatan jika perlu.
4. Tegakkan kad ingatan secara perlahan. Jika kedudukan modul RAM betul,
klip logam pada tepi slot akan ditolak buka oleh modul RAM dan satu bunyi
“klik” kedengaran bila modul RAM sampai ke posisi yang betul. Ini
menandakan bahawa klip pada hujung slot telah berjaya mencengkam kad
ingatan. Jangan paksa modul RAM jika ia tidak boleh masuk dengan mudah.
Pastikan arah kad RAM adalah betul. Songsangkan keduduakna RAM jika
perlu.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 13/57


Rajah A
Memasukkan SIMM RAM ke dalam slot
SIMM

Dua slot
SIMM

Dua slot
DIMM

Rajah B
Memasukkan SIMM RAM ke dalam slot SIMM
Tegakkan kad
ingatan

Hujung
bertakek

pandangan depan pandangan sisi

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 14/57


C. MEMASANGKAN CPU

CPU yang popular dalam pasaran pada masa garis panduan ini disediakan boleh
dikelaskan seperti berikut.

Jenis CPU Soket / Slot yang diperlukan pada


papan induk
Pentium III Slot 1
Celeron Socket 370
AMD-K6-2 Socket 7
AMD Athlon Slot A

Setiap CPU perlu dipadankan dengan papan induk yang mempunyai soket atau
slot yang dapat memuatkan CPU.

Perhatian: papan induk yang dibekalkan di bawah projek rintis PSK ialah jenis
Socket 370 yang memerlukan CPU Celeron.

Memasang CPU Jenis Socket 370 atau Socket 7

Socket 7 adalah sejenis soket ZIF (Zero Insertion Force) di mana CPU boleh
dimasukkan ke dalam soket dengan mudah.

Tuas
pengunci

Tolak tuas ke tepi


sedikit sebelum
menaikkannya.

Sudut pin-1 pada


soket. Perhatikan
susunan pin yang
condong pada
sudut ini.

Lubang-lubang
untuk pin CPU

1. Kenalpasti lokasi soket CPU pada papan induk.

2. Kenalpasti tuas pengunci yang terletak di tepi soket CPU.

3. Naikkan tuas pengunci (locking lever) ke kedudukan tegak supaya lubang-


lubang pada soket dibuka. Biasanya tuas soket CPU ditahan oleh satu tonjolan

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 15/57


pada tepi soket CPU dan anda mesti menolak hujung tuas menjauhi soket
sedikit (sedikit sahaja) sebelum anda dapat menaikkan tuas.

4. Kenalpasti sudut pin-1 pada soket CPU. Sudut pin-1 ialah sudut yang
bersebelahan dengan hujung tuas pengunci bila tuas diturunkan. Sudut ini
mempunyai susunan pin yang condong (rujuk rajah di atas.)

5. Kenalpasti sudut pin-1 pada CPU. Rujuk rajah di bawah.


Rajah menunjukkan pin-pin pada bahagian
bawah CPU jenis Socket 7

Sudut
pin-1

6. Tempatkan CPU supaya sudut pin-1 CPU berada di atas sudut pin-1 soket.

7. Laraskan kedudukan CPU. Apabila pin-pin CPU dan lubang-lubang pin pada
soket telah sepadan, CPU akan jatuh ke dalam soketnya. Anda mungkin perlu
menekan CPU sedikit supaya CPU dimasukkan sepenuhnya ke dalam soket.
Anda tidak perlu menekan CPU dengan kuat untuk memasukkannya ke dalam
soket. Menekan CPU dengan kuat semasa memasukkannya ke dalam soket
akan membengkokkan dan merosakkan pin-pin CPU.

8. Pastikan CPU telah dimasukkan dangan betul ke dalam soketnya.

9. Turunkan tuas pengunci untuk mengunci CPU pada soket.

Memasang CPU Jenis Slot 1

Sebelum memasang CPU jensi Slot 1 ke dalam slot CPU, anda perlu memasang
klip penahanan CPU pada slot 1. Klip penahanan ini memastikan CPU sentiasa
berada dalam keadaan tegak dalam slot.

Sesetengah papan induk dijual dengan klip penahanan siap dipasang pada papan
induk. Jika papan induk sistem anda mempunyai klip penahanan yang siap di
pasang, terus lompat ke langkah 5 dalam prosedur pemasangan berikut:

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 16/57


1. Kenal pasti item-item berikut sebelum memulakan pemasangan.

4 skru untuk klip penahanan (rentention clip) untuk Slot


klip penahanan 1 CPU

2. Di tepi Slot 1 pada papan induk terdapat 2 pasang lubang untuk skru klip
penahanan. Pasangkan klip penahanan pada Slot 1 (rujuk rajah berikut.)

Papan
Induk

3. Masukkan skru ke dalam lubang-lubang pada setiap sudut klip penahanan.

Pandangan klip penahanan dari atas

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 17/57


4. Tekan skru ke bawah untuk menetapkan klip penahanan pada slot.

Perhatian: Sesetengah klip penahanan boleh dilipatkan dan anda perlu


menegakkan pemegang klip penahanan ini (seperti yang ditunjukkan dalam rajah
berikut) sebelum CPU Slot 1 boleh dimasukkan.

5. Masukkan CPU ke dalam klip penahanan dan slot I.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 18/57


D. MEMASANGKAN KIPAS DAN HEAT SINK CPU

Memasang kipas CPU kepada CPU jenis Socket 370 dan Socket 7

CPU moden menghasilkan banyak haba apabila digunakan dan komputer akan
tergantung (hang) jika suhu CPU meningkat terlalu tinggi. heat sink dan kipas
kecil perlu disambungkan kepada CPU supaya haba yang dihasilkan oleh CPU
dapat disebarkan dan CPU dikekalkan pada suhu yang paling sesuai.

1. Kenalpasti kipas CPU dan heat sink yang biasanya dijual sekali sebagai satu
unit. Rujuk rajah berikut.

Klip
Kipas CPU

Heat Sink

Klip

Kabel kuasa
untuk kipas CPU

2. Klipkan heat sink dan kipas CPU pada CPU.

3. Sambungkan kabel kuasa kipas CPU kepada sumber kuasa elektrik. Dalam
sesetengah kes, kabel kuasa kipas CPU mempunyai satu penyambung 3 pin
pada satu hujungnya untuk membolehkan kipas mendapat sumber elektrik
melalui satu penyambung (connector) pada papan induk.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 19/57


E. MENYEDIAKAN CASING KOMPUTER

Membuka casing komputer

Casing komputer biasanya dibekalkan bersama dengan power supply.

1. Kenal pasti skru-skru yang dipasang pada casing komputer.

2. Cara menanggalkan penutup casing komputer bergantung kepada jenis casing


yang anda beli. Biasanya anda perlu menanggalkan skru pada belakang casing
untuk menanggalkan penutup casing. Pastikan anda tidak menanggalkan skru-
skru power supply.

3. Periksa casing dan teliti struktur dalaman casing. Beri perhatian kepada lokasi
skru-skru dan slot-slot.

Pelbagai jenis casing boleh didapati di pasaran dan rajah berikut menunjukkan
bahagian dalam satu casing biasa:

Casing komputer selepas penutupnya telah ditanggalkan dan sebelum


dimasukkan papan induk dan pemacu-pemacu.

Bahagian belakang

power supply

Ruangan untuk pemacu

Bahagian depan

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 20/57


F. MEMASANG PAPAN INDUK KE DALAM CASING KOMPUTER

1. Sesetengah casing komputer mempunyai tapak yang boleh


ditanggalkan. Bagi casing jenis ini, tanggalkan tapak ini supaya papan
induk boleh dipasang pada tapak ini.
2. Teliti struktur casing komputer dan orientasikan papan induk supaya
slot-slot tambah untuk kad penyuai (adapter card) terletak
bersebelahan dengan slot-slot tambah apabila papan induk dipasang
pada tapak casing.

Penutup-
penutup
slot tambah
(expansion
slot covers)

Slot-slot
tambah

3. Laraskan papan induk dengan tapak casing. Kenalpasti lubang-lubang


skru pada papan induk yang sepadan dengan lubang-lubang skru pada
tapak casing.
4. Skrukan metal stand-off ke dalam lubang-lubang skru pada tapak
casing yang telah dikenalpastikan dalam langkah di atas. Rujuk rajah
berikut:these threaded holes, screw in a metal screw mount (one side
female, the other side male).

Metal stand-off
(spacer)
dipasang pada
tapak kes
komputer

5. Anda perlu menanggalkan penutup port-port bersiri dan selari pada


belakang casing komputer sebelum memasukkan papan induk ke
dalam casing.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 21/57


6. Masukkan papan induk ke dalam casing. Laraskan kedudukan papan
induk supaya lubang skru pada papan induk selaras dengan metal
stand-off yang telah dipasang pada casing di langkah 4 di atas.
Pastikan tiada skru berlebihan tertinggal di antara papan induk dengan
casing, khususnya skru logam. Skru berlebihan di bawah papan induk
boleh menyebabkan litar pintas yang mungkin merosakkan papan
induk.
7. Skrukan papan induk kepada tapak casing.

Skrukan
papan induk
kepada kes
Papan induk

Lubang yang
dipasangkan Tapak kes
metal stand- komputer
off

Lubang
tanpa metal
stand-off

Pemutar skru

Skrukan papan induk


kepada tapak case

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 22/57


Nota: sesetengah casing komputer tidak menggunakan metal stand-off
seperti yang diterangkan di atas. Apa yang digunakan ialah beberapa
stand-off plastik (rujuk rajah berikut) yang dipasang pada papan induk.

Kepala
standoff Lubang pada
tapak kes. Untuk
Standoff dimasukkan
plastik standoff plastik.
(spacer)

Langkah memasang papan induk menggunakan stand-off plastik adalah


seperti berikut:
1. Pada papan induk, kenal pasti lubang yang mempunyai slot yang
sepadan pada tapak casing komputer.
2. Tolak kepala standoff palstik ke dalam lubang-lubang yang telah
dikenal pasti pada papan induk supaya standoff plastik terkunci pada
papan induk.
3. Standoff-standoff ini dimasukkan ke dalam lubang-lubang pada casing
komputer untuk menguncikan papan induk pada tapak casing
komputer (rujuk rajah berikut).

Kepala Standoff plastik


yang telah dipasang pada
papan induk

Papan induk

Tapak kes komputer

Slot untuk memasukkan Masukkan tapak keempat-empat


standoff plastik standoff plastik ke dalam lubang-
lubang pada tapak kes kemudian
gelongsorkan papan induk ke
tepi untuk menguncikan papan
induk pada tapak kes.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 23/57


G. MEMASANGKAN KAD VIDEO DAN MENYAMBUNGKAN MONITOR
KEPADA KAD VIDEO

Jika papan induk anda tidak mempunyai kad video (kad VGA) yang
diintegrasikan, anda perlu masukkan satu kad VGA ke dalam satu slot AGP (atau
slot PCI atau slot ISA). Jenis slot yang digunakan bergantung kepada jenis kad
VGA yang anda beli. Contoh: kad AGP mesti dimasukkan ke dalam slot AGP.

Slot AGP berwarna hijau/perang, slot PCI berwarna putih dan slot ISA berwarna
hitam. Dari segi saiz, slot ISA yang paling panjang dan slot AGP paling pendek.

Rajah berikut menunjukkan ketiga-tiga jenis slot dalam papan induk:

Slot AGP

Slot PCI
Slot ISA

1. Tanggalkan skru pada satu penutup slot tambah (expansion slot cover) dan
keluarkan penutup slot tambah (rujuk rajah di bawah). Simpan skru penutup
slot tambah untuk mengskrukan kad video kepada casing komputer kemudian.

Tanggalkan skru
ini untuk
menanggalkan
penutup slot
tambah.

Penutup slot
tambah

Bahagian
belakang kes
komputer

2. Kenalpasti kad video (kad VGA). Rajah berikut menunjukkan satu contoh kad
video.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 24/57


Kad AGP
Sambungkan (kad video)
kabel monitor
kepada port
video ini.

3. Tekankan kad video ke dalam slot tambah yang telah ditanggalkan


penutupnya. Anda mungkin perlu goyangkan kad sedikit untuk
memasukkannya ke dalam slot. Berhati-hati supaya tangan anda tidak
mematahkan sebarang kapasitor atau komponen pada kad video.

Goyangkan kad sedikit


dalam arah selari
dengan satah kad
untuk memasukkan
kad ke dalam slot.

Slot AGP

AGP Video kad


dipasang pada slot
AGP

4. Pastikan kad video telah dimasukkan sepenuhnya ke dalam slotnya. Skrukan


hujung logam kad video kepada casing komputer.

5. Sambungkan kabel monitor kepada port video.

Sambung kabel
video daripada
monitor kepada port
video pada kad video

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 25/57


H. MENYAMBUNGKAN PAPAN KEKUNCI KEPADA PAPAN INDUK

1. Kenalpasti jenis papan kekunci yang anda miliki. Dua jenis papan kekunci
yang biasa digunakan ialah papan kekunci yang menggunakan penyambung
PS/2 (penyambung jenis MINIDIN6) dan papan kekunci yang menggunakan
penyambung besar (jenis DIN5). Rajah berikut menunjukkan bentuk
penyambung pada hujung kabel dua jenis papan kekunci tersebut.

Penyambung jenis Penyambung jenis


MINIDIN6 untuk DIN5 untuk papan
papan kekunci PS/2 kekunci biasa.
dan tetikus PS/2

2. Kenalpasti port papan kekunci yang bersesuaian untuk papan kekunci anda.
Port ini terletak pada hujung papan induk pada belakang casing komputer
(rujuk rajah yang bertajuk Port-port Pada Bahagian Belakang Papan Induk
ATX Yang Dibekalkan Melalui Projek PSK 2000). Biasanya label/ikon
bagi port-port dipaparkan bersebelahan dengan port. Anda boleh juga
memperolehi maklumat ini dalam manual papan induk.

3. Pastikan orientasi pin pada penyambung papan kekunci sepadan dengan


lubang pada port papan kekunci. Sambungkan papan kekunci kepada port
yang sepadan. Perhatian: memasang penyambung dengan orentasi pin yang
salah akan merosakkan pin pada penyambung atau port.

Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX Yang Dibekalkan


Melalui Projek PSK 2000
Port tetikus Port selari Game port
PS/2

Video port bersiri 3 penyambung


Port papan kekunci
port (COM port) untuk kad bunyi
PS/2

Perhatian: Papan induk yang dibekalkan di bawah Projek PSK 2000


mempunyai kad video dan kad bunyi yang diintegrasikan. Bilangan port pada
bahagian belakang papan induk ini adalah berlainan dengan papan induk ATX
yang tidak diintegrasikan kad video dan kad bunyi.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 26/57


Bagi papan induk ATX yang tidak diintegrasikan kad video dan kad bunyi,
port-part yang ada pada bahagian belakang papan induk adalah seperti rajah
berikut:

Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX Yang Tidak Diintegrasikan
Kad Video dan Kad Bunyi

Port selari (25-pin Female)


Port tetikus PS/2
(6-pin Female)

Port kekunci PS/2 2 port bersiri (9-pin male)


keyboard port (6-pin
female)

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 27/57


I. MEMASANG KABEL KUASA ELEKTRIK DARIPADA POWER SUPPLY
KOMPUTER KEPADA PAPAN INDUK

Bagi papan induk jenis ATX, penyambung (connector) kabel kuasa adalah dalam
satu unit manakala penyambung kabel kuasa bagi papan induk jenis AT terdiri
daripada dua unit yang berlabel P8 dan P9 yang mesti disusun mengikut "wayar
hitam bersebelahan wayar hitam". Papan induk yang dibekalkan melalui projek
PSK 2000 ialah jenis ATX.

Perhatian: Semasa memasang penyambung kabel jenis AT ini kepada papan


induk, pastikan P8 dan P9 disambungkan dengan betul seperti yang ditunjukkan
dalam rajah berikut. Papan induk akan rosak jika kedudukan P8 dan P9
disongsangkan.

Kabel Kuasa Untuk Papan Induk Jenis AT Wayar hitam


mesti dipasang
bersebelahan
dengan wayar
hitam.

Bagi papan induk jenis ATX, penyambung kabel kuasa 20-pin tidak mungkin
disalah sambung kerana ia hanya boleh dipasang pada papan induk dalam satu
arah sahaja.

Penyambung kuasa elektrik pada papan induk biasanya terletak di bahagian


belakang papan berdekatan dengan penyambung papan kekunci. Sesetengah
papan induk menyediakan kedua-dua jenis penyambung kuasa elektrik (jenis AT
dan ATX).

Rajah berikut menunjukkan sebuah papan induk yang menyediakan kedua-dua


penyambung AT dan ATX.

Penyambung Penyambung
kuasa jenis AT kuasa jenis
ATX

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 28/57


Penyambung Kuasa Untuk Papan ATX

1. Pasangkan penyambung kuasa papan induk dari power supply kepada


penyambung kuasa ATX pada papan induk.
2. Samubungkan wayar ‘standby’ kepada penyambung yang berkenaan di papan
induk. Wayar ini biasanya berlabel ‘standby’ pada hujungnya. Rujuk manual
papan induk mengenai kedudukan penyambung bagi wayar standby pada
papan induk.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 29/57


J. MENYAMBUNGKAN MONITOR DAN KOMPUTER KEPADA
BEKALAN ELEKTRIK

Sebelum menyambungkan bekalan elektrik kepada sistem anda, semak semula


semua sambungan untuk memastikan semua pemasangan adalah betul dan semua
kad-kad telah dimasukkan sepenuhnya ke dalam slot-slot.

Cara sambungan kepada bekalan elektrik bergantung kepada jenis power supply
yang ada pada casing komputer.

Jenis 1: power supply mempunyai satu soket sahaja untuk sambungan ke bekalan
elektrik. Casing yang dibekalkan dalam Projek PSK 2000 adalah jenis ini.

1. Sambung power supply komputer kepada bekalan elektrik utama


menggunakan kabel elektrik yang dibekalkan. Lihat Rajah 1 di bawah.

2. Sambungkan kabel kuasa monitor kepada bekalan elektrik utama. Lihat Rajah
1 di bawah.
Power Kabel kuasa
supply monitor
komputer Bekalan
elektrik
Bahagian Belakang utama
belakang monitor
(soket
komputer dinding)

Jenis 2: Power supply mempunyai soket kuasa elektrik untuk sambungan ke


monitor.

3. Sambungkan kabel kuasa monitor kepada soket kuasa (soket X dalam rajah
berikut) pada power supply komputer. Rujuk rajah berikut .

Soket X: Soket untuk kabel


kuasa monitor

Soket Y: Soket Pastikan suis ini dikekalkan


untuk pada kedudukan AC 230V.
sambungan ke Pembekal kuasa akan rosak
bekalan jika suis ini dialihkan ke
elektrik utama kedudukan AC 110V

4. Sambungkan power supply komputer melalui soket Y kepada bekalan elektrik


utama

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 30/57


K. MENGUJI SISTEM YANG TELAH DIPASANG

Selepas RAM, CPU, kad video, tetikus dan papan kekunci telah dipasang, sistem
seharusnya diuji sebelum anda meneruskan pemasangan.

1. Pasangkan suis pada bekalan elektrik utama.

2. Pasangkan suis monitor.

3. Pasangkan suis bekalan kuasa komputer/suis komputer.

4. Jika komputer anda mengeluarkan satu beep pendek dan skrin monitor
memaparkan mesej-mesej POST* (Power On Self-Test), ia menandakan
bahawa sistem telah dipasang dengan betul dan anda boleh meneruskan
pemasangan di langkah (k). Nota: Mesej POST biasanya memaparkan jenis
CPU, BIOS dan kad video yang digunakan berserta proses pengujian RAM

5. Sekiranya monitor tidak memaparkan sebarang mesej apabila suis komputer


dipasang, atau beberapa beep kedengaran, matikan suis komputer anda dengan
serta merta kemudian periksa sistem anda dengan teliti untuk memastikan
semua telah dipasang dengan betul.

Corak beep yang dihasilkan bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan.
Rujuk manual papan induk untuk mendapatkan penerangan mengenai corak
beep.

6. Pastikan kipas CPU berfungsi. Periksa kabel kuasa kipas CPU jika perlu.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 31/57


L. MEMASANG PEMACU CAKERA LIUT

1. Masukkan pemacu cakera liut ke dalam slot pemacu dari hadapan komputer.

2. Skrukan pemacu cakera liut kepada slot pemacu.

3. Sambungkan kabel data kepada penyambung pemacu cakera liut atas papan
induk. Rujuk peta susun atur papan induk dalam manual. Pastikan sebelah
kabel yang berwarna (merah atau cokelat) disambungkan kepada pin 1 pada
penyambung atas papan. Rajah berikut menunjukkan kedudukan penyambung
pemacu cakera liut dan penyambung IDE pada satu contoh papan induk.

penyambung pemacu Dua penyambung


cakera liut atas papan IDE atas papan
induk induk

4. Sambungkan penyambung pada hujung kabel data yang terpulas (twisted)


kepada pemacu cakera liut yang anda ingin gunakan sebagai pemacu A.
Pastikan sebelah kabel yang berwarna merah disambungkan kepada pin 1. Jika
kabel data disambungkan secara songsang, lampu pemacu akan menyala
secara menerus apabila komputer diapsangkan.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 32/57


Pasangkan penyambung
ini kepada penyambung
kabel data yang terletak
pada bahagian belakang
pemacu cakera liut.

Penyambung Pandangan belakang


kabel kuasa pemacu cakera liut

Penyambung
kabel data

Hujung Pin

5. Sambungkan kabel kuasa kepada pemacu.

Penyambung kabel kuasa


dari pembekal kuasa untuk
pemacu cakera liut

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 33/57


M. MEMASANG PEMACU CAKERA KERAS

Papan induk biasanya mempunyai dua penyambung IDE (penymabung primer dan
sekunder) untuk pemacu cakera keras jenis IDE.

Satu kabel IDE boleh digunakan untuk menyambungkan dua peranti (pemacu)
IDE kepada satu penymabung IDE atas papan induk.

Jika anda memasang dua pemacu cakera keras kepada satu kabel IDE, satu
pemacu mesti dikonfigurasikan sebagai pemacu master (master drive) dan yang
satu lagi sebagai pemacu slave (slave drive). Ini dapat dilakukan melalui pelompat
(jumper) pada hujung pemacu cakera keras.

(Rajah berikut menunjukkan cara menyambungkan kabel data dan kabel


kuasa kepada bahagian belakang cakera keras )

1. Teliti kedudukan pelompat (jumpers) pada hujung pemacu untuk memastikan


pemacu telah ditetapkan sebagai pemacu master. Pemacu baru biasanya
ditetapkan sebagai pemacu master secara lalai (default). Rujuk kepada manual
pemacu atau label di atas permukaan pemacu untuk mendapatkan maklumat
mengenai bagaimana mengkonfigurasikan pemacu sebagai master atau slave.
Contoh: bagi pemacu cakera keras jenama QUANTUM, tiga pelompat yang
biasa digunakan dilabel sebagai DS, SP dan CS. Jika pelompat DS sahaja
dipasang, pemacu dikonfigurasikan sebagai pemacu master. Untuk pemacu
slave, tiada sebarang pelompat patut dipasang.
Berikut menunjukkan setting pelompat bagi Quantum FireBall Plus LM.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 34/57


2. Buka penutup satu slot pemacu (drive bay) pada bahagian hadapan casing
komputer.
3. Masukkan pemacu ke dalam slot pemacu melalui bahagian hadapan komputer.
4. Kenal pasti kabel data (kabel IDE) yang akan digunakan untuk
menyambungkan pemacu kepada penyambung IDE 1 atas papan induk. Rujuk
manual papan induk mengenai lokasi penyambung IDE 1 pada papan induk.
Jika kabel ini tidak cukup panjang untuk menyambungkan pemacu kepada
penyambung IDE atas papan induk, alihkan pemacu ke slot pamacu lain
supaya pamacu dapat disambung kepada penyambung IDE atas papan.
5. Sambungkan penyambung pada hujung kabel IDE kepada penyambung pada
belakang pemacu. Pastikan tepi kabel yang berwarna dipasangkan kepada pin
1.

Tepi kabel yang


berwarna mesti
disambung
kepada pin 1 pada
penyambung
kabel IDE

Pin 1 bagi penyambung kabel Penyambung


data terletak berdekatan dengan berbentuk D
penyambung kabel kuasa elektrik untuk kabel
kuasa elektrik

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 35/57


6. Skrukan pemacu kepada slot pemacu. Gunakan skru yang sesuai dan jangan
memasang skru terlalu ketat. Skru yang terlalu panjang atau yang dipasang
terlalu ketat akan merosakkan pemacu.

Laraskan lubang
skru pada pemacu
dengan lubang
skru pada slot
pemacu.

Skrukan cakera
keras dengan
menggunakan skru
yang dibekalkan
dengan pemacu.
Jangan gunakan
skru lain kerana ia
boleh merosakkan
cakera.

7. Pasangkan kabel kuasa elektrik kepada belakang pemacu.

penyambung kabel
kuasa bagi pemacu
cakera keras

8. Kenalpasti kedudukan penyambung IDE primer (primary IDE connector) atas


papan induk.
9. Sambungkan hujung kabel IDE kepada penyambung IDE primer (IDE1) pada
papan induk.

Penyambung Hujung kabel data


IDE 1 pada IDE yang akan
papan induk disambungkan
kepada penyambung
IDE 1.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 36/57


N. MEMASANG PEMACU CD-ROM

1. Pemacu CD-ROM IDE boleh mengkongsikan kabel IDE primer dengan pemacu
cakera keras. Pemacu cakera keras biasanya dikonfigurasikan sebagai pemacu
master dan pemacu CD-ROM sebagai pemacu slave. Pastikan status (master atau
slave?) pemacu keras dan pemacu CD-ROM anda. Jika statusnya tidak betul, ubah
kedudukan pelompat mengikut makluman yang boleh didapati sama ada pada
bahagian belakang pemacu atau nota/manual yang dibekalkan bersama pemacu.
Perhatian: Jika CD-ROM dipasang secara berasingan kepada satu kabel IDE, CD-
ROM mesti dikonfigurasikan sebagai pemacu master.
2. Masukkan pemacu CD-ROM ke dalam satu slot pemacu melalui bahagian
hadapan komputer.

3. Laraskan pemacu dan skrukannya pada slot pemacu.


4. Pasangkan kabel data pada belakang pemacu. Pastikan sebelah kabel yang
berwarna dipasangkan kepada pin 1.

Penyambung Pada Bahagian Belakang Pemacu CD-ROM

Pelompat Pin 1

Kabel
Kabel kuasa
audio
Jalur
Wayar Kabel data berwarna
merah

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 37/57


5. Pasangkan kabel kuasa pada belakang pemacu. Hujung kabel kuasa mempunyai 4
pin.
6. Gunakan kabel 4-pin yang dibekalkan bersama dengan pemacu CD-ROM untuk
menyambungkan penyambung analog audio-out pada CD-ROM drive kepada
penyambung audio-in pada kad bunyi apabila kad bunyi telah dipasang.
Sambungan ini membolehkan anda memainkan CD muzik menggunakan CD-
ROM ini.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 38/57


O. MEMASANG KAD BUNYI DAN KAD-KAD LAIN

1. Baca manual yang dibekalkan bersama dengan kad bunyi untuk memahami
fungsi sambungan dan pelompat (jika ada) pada kad.

2. Pasangkan kad bunyi kepada satu slot tambah. Pastikan kad bunyi dipasang
pada slot yang dekat dengan pemacu CD-ROM supaya anda dapat
memasangkan kabel audio dari CD-ROM ke kad bunyi.

3. Pasangkan kabel audio dari CD-ROM kepada penyambung audio pada kad
bunyi. Penyambung ini biasanya berlabel “CD-in” atau "CD Audio" pada kad
bunyi.

Kabel
audio

4. Sambungkan penyambung mikrofon dan pembesar suara kepada port-port


pada kad bunyi. Lihat rajah berikut.

Port untuk
Bahagian pembesar suara
belakang
kad bunyi Port untuk
mikrofon

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 39/57


P. MENYAMBUNGKAN WAYAR-WAYAR KEPADA PAPAN INDUK

LED (lampu kecil) pada bahagian hadapan casing komputer biasanya mendapat
bekalan elektriknya dari papan induk melalui wayar.

Misalnya wayar yang berlabel HDD LED pada hujungnya ialah wayar bagi LED
cakera keras (HDD bermakna hard disk drive). LED ini akan menyala bila cakera
keras digunakan. Hujung wayar yang berlabel ini mesti disambungkan kepada
pin-pin yang kelihatan seperti pelompat pada papan induk. Rujuk manual papan
induk untuk menentukan lokasi pin-pin ini pada papan induk.

Sambungkan wayar-wayar LED (berlabel POWER LED, HDD LED, TB LED


dan KEYLOCK) kepada penyambung yang biasanya terletak pada tepi papan
induk. Label pada penyambung mungkin lain daripada yang tersebut di atas.
Rujuk manual papan induk anda. Wayar-wayar ini membekalkan kuasa elektrik
untuk menyalakan LED kecil yang dipaparkan pada bahagian hadapan casing
komputer.

Penyambung untuk
LED (lampu kecil)
pada hadapan kes
komputer.

Penyambung LED
disambungkan
kepada
penyambung pada
papan induk

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 40/57


Q. MENYAMBUNGKAN TETIKUS KEPADA COM PORT

Langkah 1 hingga 4 yang berikut tidak perlu dilakukan jika papan induk
ialah jenis ATX di mana sambungan bagi port-port bersiri (serial), selari
(parallel) dan PS/2 telah disediakan pada bahagian belakang papan induk (rujuk
rajah yang berlabel Penyambung-penyambung Port Pada Bahagian Belakang
Papan Induk ATX.)

1. Kenal pasti braket sambungan port bersiri dan selari (Serial/Parallel Ports
Extension Bracket) yang mengandungi penyambung bagi port bersiri dan port
selari. Rajah berikut menunjukkan dua contoh.

Port bersiri
Port selari (COM) untuk
untuk tetikus dan
pencetak modem

2. Kenal pasti lokasi kumpulan pin-pin yang berlabel COM1 dan PRN1 pada
papan induk. Rujuk manual papan induk.

3. Pasang braket sambungan port bersiri dan selari (rujuk rajah di atas) kepada
satu slot tambah pada belakang casing komputer.

4. Pasangkan penyambung kabel kepada pin COM1 dan pin PRN1 pada papan
induk.

5. Kenalpasti jenis tetikus yang anda miliki. Dua jenis tetikus yang biasa
digunakan ialah tetikus PS/2 dan tetikus bersiri. Rajah berikut menunjukkan
bentuk penyambung pada hujung kabel dua jenis tetikus ini.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 41/57


Penyambung jenis Penyambung
MINI DIN6 untuk bagi tetikus
tetikus PS/2 dan bersiri
papan kekunci PS/2

6. Kenalpasti port tetikus yang bersesuaian untuk tetikus anda. Port ini terletak
pada hujung papan induk yang terletak pada belakang casing komputer (rujuk
rajah yang bertajuk Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk
ATX Yang Dibekalkan Melalui Projek PSK 2000 pada bahagian H.)
Biasanya label/ikon bagi port-port dipaparkan bersebelahan dengan port. Anda
boleh juga memperolehi maklumat ini dalam manual papan induk.

7. Pastikan orientasi pin pada penyambung tetikus sepadan dengan lubang pada
port tetikus. Sambungkan penyambung pada hujung kabel tetikus kepada port
tetikus. Perhatian: memasang penyambung tetikus dengan orientasi pin yang
salah mungkin akan merosakkan pin pada penyambung atau port.

R. MENUTUP CASING KOMPUTER

Tutup casing komputer.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 42/57


S. MENUKAR CMOS SETUP

Selepas sistem komputer telah dipasang, anda perlu memasukkan maklumat


mengenai perkakasan komputer ke dalam CMOS supaya komputer anda tahu
apakah jenis perkakasan yang telah dipasang padanya (CMOS ialah RAM kecil
yang menyimpan rekod tentang setup komputer).

Rekod pada CMOS RAM boleh diubah dengan menggunakan perisian CMOS
Setup yang disimpan dalam BIOS. Langkah berikut menerangkan bagaimana anda
dapat mengubah rekod CMOS menggunakan perisian CMOS setup.

1. Pasang suis komputer. BIOS akan lakukan pengujian perkakasan komputer


melalui prosedur POST (Power-On Self Test).
2. Apabila mesej pengujian ingatan dipaparkan, tekan kekunci F2 untuk
memaparkan menu BIOS Setup

Perhatian: Sesetengah BIOS memaparkan mesej Press Del to enter


Setup. Rujuk manual papan induk untuk mengetahui kekunci atau gabungan
kekunci yang diperlukan untuk memaparkan menu CMOS Setup. Selain
daripada kekunci F2 dan Del, kekunci atau gabungan kekunci yang biasa
digunakan ialah: Ctrl+Del, Ctrl+Alt+S, Ctrl+Alt+Esc, Ctrl+Alt+Ins dll.. Bagi
papan induk yang dibekalkan melalui Projek PSK 2000, kekunci untuk
memaparkan menu BIOS Setup semasa membut ialah F2.
3. Rajah berikut menunjukkan sebahagian daripada item daripada menu BIOS
Setup yang akan dipaparkan.

Tekan kekunci m atau o untuk


menggerakkan kursor dalam menu
utama ini.

BIOS SETUP UTILITY


Main Advanced Security Power Boot Exit

………. Tiga medan (field)


……….
……….

System Time [08:44:07]

System Date [Mon 07/10/2000]

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 43/57


4. Lakukan langkah berikut untuk mengkonfigurasikan tarikh dan masa CMOS
Setup:
i. Pilih Main pada menu utama BIOS Setup Utility. Skrin seperti di
atas akan dipaparkan.

ii. Gunakan kekunci n atau p untuk memilih (menyerlahkan) baris


System Time.
iii. Tekan kekunci Tab untuk memilih medan (field) dalam System
time (masa sistem). Ubah masa sistem ke nilai semasa. Misalnya,
taipkan 10:30:15 untuk menukarkan masa sistem ke jam 10, 30
minit dan 15 saat pagi.
iv. Pilih System Date (tarikh sistem).
v. Tukar tarikh sistem ke tarikh semasa.
5. Lakukan langkah berikut untuk memilih peranti membut (Boot Device) sistem
komputer. Anda akan memilih ATAPI CD-ROM, IDE-HDD dan Floppy
sebagai 1st, 2nd dan 3rd boot device.
i. Pilih Boot pada menu utama BIOS Setup Utility (Rujuk rajah di
atas).

ii. Gunakan kekunci n atau p untuk memilih (menyerlahkan) baris 1st


Boot Device (rujuk rajah di bawah).
iii. Tekan kekunci Enter untuk membuka satu submenu. Gunakan
kekunci n atau p untuk memilih ATAPI CD-ROM.
iv. Tekan Enter. Perkataan ATAPI-CD-ROM akan dipaparkan sebagai
1st Boot Device.
v. Ulangi langkah-langkah di atas untuk memilih IDE-HDD sebagai
2nd boot device dan Floppy sebagai 3rd boot device.

BIOS SETUP UTILITY


Main Advanced Security Power Boot Exit

……….
……….
……….
1 st Boot Device [ATAPI CD-ROM]
2 nd Boot Device [IDE-HDD]
3 rd Boot Device [Floppy]

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 44/57


6. Tekan kekunci F10 kemudian pilih Yes untuk menyimpan (Save) perubahan
CMOS setup dan keluar daripada CMOS Setup Utility.
Perhatian: Sekirannya anda kurang pasti sama ada perubahan yang betul telah
dibuat, tekan kekunci ESC kemudian pilih Yes untuk menamatkan CMOS
Setup tanpa mengubah setup sedia ada.
7. Komputer akan membut semula. Masukkan Windows 98 CD-ROM ke dalam
pemacu CD-ROM. Apabila menu Microsoft Windows 98 CD-ROM Startup
Menu dipaparkan, pilih 2. Boot from CD-ROM.
8. Apabila Microsoft Windows 98 Startup Menu dipaparkan, pilih 2. Start
Computer With CD-ROM Support.
9. Pelbagai mesej akan dipaparkan pada skrin.
10. Apabila penggesa A (A prompt) dipaparkan tiapkan FDISK untuk memulakan
proses pemetakan cakera keras (hard disk partitioning). Rujuk bahagian S di
bawah mengenai pemetakan cakera keras.
11. Selepas pemetakan, komputer akan dibut semula.
12. Apabila Microsoft Windows 98 Startup Menu dipaparkan, pilih 1.Start
Windows 98 Setup For CD-ROM.
13. Pilih Format this drive (recommended) untuk memformat semua petak yang
telah diwujudkan dalam langkah 10 di atas.
Perhatian: Cakera keras boleh diformat dengan menggunakan utiliti DOS yang
bernama FORMAT.COM. Rujuk Lampiran 1 pada hujung garis panduan ini
tentang bagaimana memformatkan cakera keras tanpa melalui Windows 98
Setup.
14. Apabila cakera keras telah diformat, sistem pengendalian Windows 98 akan
mulai dipasang pada pemacu C. Rujuk bahagian T. MEMASANG SISTEM
PENGENDALIAN (OS) mengenai cara memasang sistem pengendalian.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 45/57


T. MEMETAK (PARTITION) CAKERA KERAS

Konsep: Cakera keras baru perlu dipetakkan dan diformatkan sebelum ia boleh
digunakan untuk menyimpan fail-fail. Sebuah cakera keras boleh dipetakkan
menjadi satu atau lebih petak (partition) menggunakan utiliti DOS bernama
FDISK.EXE.

Untuk memetakkan cakera keras kepada lebih daripada 1 petak, langkah utama
seperti berikut perlu dilakukan:

x Langkah pertama - mewujudkan petak DOS primer (primaryDOS


partition) dan tetapkanya sebagai petak aktif. Petak ini ialah pemacu C.

x Langkah kedua - mewujudkan extended DOS partition dengan


menggunakan baki kapasiti cakera keras.

x Langkah ketiga - mewujudkan satu atau lebih Logical DOS volume dalam
extended DOS partition. Setiap logical volume akan diberi satu huruf
pemacu (contoh: D, E dan F).

Contoh Langkah-langkah berikut menerangkan sebuah cakera keras 4.1 GB


dipetakkan menjadi 3 petak yang bersaiz 2000 MB, 1000 MB dan 1100MB.
(Nota: 1000MB=1GB)

1. Pada penggesa DOS A:> taipkan FDISK kemudian tekan Enter. Skrin berikut
akan dipaparkan.

2. Taipkan Y kemudian tekan Enter untuk menerima cadangan “Do you wish to
enable large disk support (Y/N) ……..? [Y]”. Memilih Y membolehkan
penghasilan petak yang melebihi saiz 2GB.
3. Menu utama bagi Fixed Disk Setup Program akan dipaparkan seperti berikut.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 46/57


Menu Utama FDISK

4. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih “1. Create DOS partition or
Logical DOS Drive”. Skrin berikut akan dipaparkan.

5. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih “1. Create Primary DOS
Partition”. FDISK akan memeriksa cakera keras untuk memastikan cakera
berada dalam keadaan yang baik. Tunggu sehingga pemeriksaan cakera tamat.
6. Apabila soalan Do you wish to use the maximum available size for a Primary
DOS Partition? dipaparkan, taipkan N kemudian tekan Enter supaya cakera
keras boleh dipetakkan menjadi lebih daripada 1 petak. Nota: Jika anda ingin
memetakkan cakera menjadi satu petak sahaja, taipkan Y dalam langkah ini.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 47/57


7. Satu mesej akan memaparkan saiz seluruh cakera keras dalam megabait (4110
MB). Taipkan 2000 sebagai saiz bagi petak DOS primer. Rujuk rajah berikut.

8. Tekan Enter. Satu mesej akan memaklumkan bahawa petak DOS primer telah
diwujudkan dan diberi huruf pemacu C. Rujuk rajah berikut.

9. Tekan kekunci ESC untuk kembali ke menu utama FDISK.


10. Taipkan 2 kemudian tekan Enter untuk memilih “2. Set active partition”.
11. Apabila mesej “Enter the partition you want to make active ……: [ ]”
dipaparkan, taipkan 1 kemudian tekan Enter.
12. FDISK akan memaparkan mesej “Partition 1 made active”, iaitu petak 1 telah
ditetapkan sebagai petak aktif. Rujuk rajah berikut.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 48/57


13. Tekan kekunci ESC untuk kembali ke menu utama FDISK.
14. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih “1. Create DOS partition or
Logical DOS Drive”.
15. Dalam submenu yang dipaparkan, taipkan 2 kemudian tekan Enter untuk
memilih “2. Create Extended DOS partition”. Komputer akan mulai
memeriksa cakera.
16. Mesej yang mencadangkan seluruh baki kapasiti cakera keras (sebanyak 2110
MB) digunakan untuk extended DOS partition akan dipaparkan. Rujuk rajah
berikut.

17. Tekan Enter untuk menerima cadangan menggunakan baki kapasiti cakera
keras sebagai Extended DOS partition. FDISK akan melaporkan bahawa
extended DOS partition telah diwujudkan. Rujuk rajah berikut.

18. Tekan kekunci ESC. FDISK akan secara automatik memaklumkan bahawa
tiada pemacu logikal diwujudkan (“No logical drives defined”) dan
mencadangkan supaya seluruh saiz Extended DOS partition (2110 MB)
digunakan sebagai pemacu logikal. Rujuk rajah berikut.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 49/57


19. Taipkan 1000 kemudian tekan Enter untuk mewujudkan pemacu logikal
pertama (pemacu D). FDISK akan mencadangkan baki kapasiti cakera
digunakan sebagai petak logikal kedua. Rujuk rajah berikut.

20. Tekan Enter untuk mewujudkan pemacu logikal kedua (pemacu E).

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 50/57


21. Tekan kekunci ESC dua kali untuk keluar dari FDISK dan membut semula
komputer.
Sekarang anda telah berjaya memetakkan cakera keras menjadi 3 petak
(partition). Petak pertama (pemacu C) sebesar 2000MB, petak kedua (pemacu
D) 1000MB dan petak ketiga (pemacu E) mengambil baki kapasiti cakera
keras.
Dalam proses pemetakan di atas, walaupun sistem komputer anda mempunyai
satu cakera keras fizikal, anda telah berjaya membahagikan (memetakkan)
cakera fizikal ini menjadi tiga bahagian (petak) logikal. Setiap petak ini
berfungsi seperti satu cakera fizikal dan diberi satu huruf pemacu (C, D dan
E).
Komputer anda sekarang akan nampak seolah-olahnya mempunyai tiga cakera
keras fizikal.
22. Kembali ke langkah 12 dalam bahagian R.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 51/57


U. MEMASANG SISTEM PENGENDALIAN (OS)

Jika anda memasuk bahagian ini dari langkah 14 di bahagian R, abaikan langkah 1
hingga 6 dan terus bermula dengan langkah 7 di bawah.

1. Masukkan cakera Windows 98 Startup ke dalam pemacu cakera liut.


2. But semula komputer. Menu Microsoft Windows 98 Startup akan dipaparkan.
3. Masukkan CD-ROM Windows 98 ke dalam pemacu CD-ROM.
4. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih opsyen 1. Start computer
with CD-ROM support.
5. Selepas proses pengimbasan perkakasan telah dilakukan, penggesa C: akan
dipaparkan.
6. Taip setup dan tekan Enter untuk melaksanakan program setup yang akan
memasangkan Windows 98.
7. Ikut arahan-arahan yang dipaparkan untuk memasang Windows 98.
8. Windows akan melakukan scandisk untuk memeriksa cakera keras. Apabila
scandisk sudah tamat, tekan "X" untuk keluar dari scandisk.
9. Skrin Windows Welcome akan dipaparkan. Pilih continue.
10. Skrin Wizard Pemasangan dan penjanjian lesen akan dipaparkan. Pilih "I
Accept".
11. Masukkan kunci pendaftaran (Registration key). (Windows Product Key)
12. Skrin Windows 98 Setup Wizard akan dipaparkan. Klik butang Finish untuk
teruskan.
13. Wizard akan cuba mengesan dan menyediakan perkakasan dalam komputer.
Proses ini mungkin akan mengambil masa beberapa minit.
14. Komputer akan dibut semula.
15. Apabila tetingkap Date/Time Properties dipaparkan, pilih tarikh, taipkan masa
dan pilih Time Zone bagi lokasi anda (pilih GMT + 08:00 Singapore).
16. Klik Apply kemudian klik OK.
17. Windows akan terus mengemaskinikan setting sistem (Update System
Settings).
18. Komputer akan dibut semula.
19. Tetingkap Welcome To Windows 98 akan dipaparkan.
20. Klik Discover Windows 98 untuk melaksanakan tutorial asas Windows 98.
21. Untuk keluar dari tutorial ini, klik Contents pada sudut kiri bawah skrin
kemudain klik Close diikuti dengan Yes.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 52/57


V. MEMASANG PERISIAN APLIKASI

Cara yang betul untuk memasang perisian kepada sistem komputer anda ialah
melalui kemudahan Add/Remove Programs dalam Control Panel. Pendekatan ini
membolehkan anda membuang (uninstall) perisian yang tidak dikehendaki dengan
secara teratur dan sempurna.

1. Klik butang Start, Settings, Control Panel kemudian pilih Add/Remove


Programs.
2. Dalam tetingkap Add/Remove Programs Properties klik butang Install.
3. Klik Next bila tetingkap Install Programs From Floppy Disk or CD-ROM
dipaparkan.
4. Bila tetingkap Run Installation Program dipaparkan, klik Browse.
5. Bila tetingkap Browse dipaparkan, pilih pemacu dan direktori yang
mengandungi fail pemasangan yang bernama Setup atau Install.
6. Klik fail pemasangan yang dikehendaki. Fail ini biasanya bernama Setup atau
Install.
7. Nama fail ini akan dipaparkan dalam tetingkap Run Installation Program.
8. Klik butang Finish dalam tetingkap Run Installation Program untuk
memulakan proses pemasangan.
9. Ikut arahan-arahan yang dipaparkan oleh program pemasangan.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 53/57


Lampiran I

MEMFORMAT PETAK-PETAK (partition) YANG TELAH DIWUJUDKAN

Sebelum pemacu logikal (petak) yang telah diwujudkan melalui utiliti FDISK
boleh digunakan petak-petak ini mesti diformatkan. Proses memformat boleh
dilakukan melalui utiliti DOS yang bernama FORMAT.COM.
Amaran: Apabila satu cakera diformat, semua maklumat di dalamnya (tidak
termasuk maklumat tentang petak yang telah dimasukkan melalui FDISK) akan
dipadamkan. Ini tidak menimbulkan masalah bagi cakera baru yang tidak
mengandungi sebarang maklumat. Tetapi bagi cakera yang pernah digunakan dan
mengandungi maklumat yang anda perlukan, maklumat ini mesti disandar
(backup) sebelum cakera diformat.
Prosedur memformat cakera keras:
1. Butkan komputer dengan menggunakan cakera Startup Windows 98. Cakera
but ini mesti mengandungi utiliti FORMAT.COM dari versi sistem
pengendalian yang sama.
Pastikan versi OS adalah sama. Misalnya, jika anda ingin memasang Windows
98 OSR2 pada komputer anda, cakera but yang digunakan untuk membut
komputer mesti mengandungi fail sistem Windows 98 OSR2.
Pada penggesa A:\, taipkan arahan Format C: /S kemudian tekan Enter untuk
memformat pemacu C.
Parameter /S mesti digunakan supaya selepas pemacu C diformat, fail-fail
sistem pengendalian akan dipindahkan dari cakera but ke pemacu C dan
pemacu C boleh digunakan untuk membut komputer.
2. Apabila mesej amaran “WARNING, ALL DATA ON NON-REMOVABLE DISK
DRIVE C: WILL BE LOST. Proceed with Format (Y/N)?” dipaparkan, taipkan
Y dan tekan Enter.

3. Perisian FORMAT.COM akan menunjukkan kemajuan proses format. Apabila


proses format telah tamat dan fail sistem telah disalin ke petak (pemacu) C,
anda akan diminta memasukkan satu label (nama) bagi cakera ini. Maklumat
ini adalah tidak wajib dan anda boleh masukkan sebarang nama yang
difikirkan sesuai atau menekan Enter untuk teruskan.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 54/57


4. Formatkan petak (pemacu) lain dalam cakera keras dengan menggunakan
arahan Format d: dan Format e:. Parameter /s tidak perlu digunakan kerana
hanya pemacu C sahaja perlu mengandungi sistem pengendalian untuk
membut sistem.
5. Selepas semua petak telah diformat, keluarkan cakera Windows StartUp dari
pemacu cakera liut.
6. But semula komputer dengan menggunakan cakera Windows StartUp.
7. Sistem seharusnya membutkan sistem pengendalian dari cakera keras C dan
memaparkan penggesa C:\.
Berikut ialah beberapa mesej ralat yang mungkin anda temui bila membut
sistem:

Mesej Ralat Sebab ralat dan apa yang perlu dilakukan

No boot device found Anda terlupa menetapkan petak C sebagai


petak aktif semasa melaksanakan
FDISK.But semula sistem dengan
menggunakan cakera but, laksanakan
FDISK semula dan gunakan opsyen 2
untuk mengaktifkan petak C dan but
sistem semula.

No operating system Mungkin anda terlupa menggunakan /s


semasa memformat petak C. But semula
sistem dengan menggunakan cakera but
kemudian memformat semula cakera C
dengan menggunakan arahan Format c:/s.

8. Nota: Sekiranya cakera Windows StartUp yang anda gunakan untuk membut
sistem ialah versi Windows 95, ia tidak mengandungi pemacu peranti (device
driver) yang membolehkan anda menggunakan pemacu CD-ROM. Anda perlu
memasang pemacu peranti bagi pemacu CD-ROM sebelum pemacu CD-ROM
boleh digunakan.

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 55/57


Lampiran II
Senarai Istilah

Bil. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris


1 akses access
2 braket sambungan port bersiri dan selari serial and parallel ports extension bracket
3 but boot
4 butang button
5 cakera but boot disk
6 cakera keras hard disk
7 cakera liut floppy disk
8 cas charge
9 cas elektrik electric charge
10 cas statik static charge
11 dibolehkan enabled
12 dijajarkan aligned
13 dilumpuhkan disabled
14 direktori directory
15 fail pemasangan installation file
16 fon font
17 GB gigabyte
18 huruf pemacu drive letter
19 ikon icon
20 imbas scan
21 ingatan memory
22 kabel cable
23 kabel data data cable
24 kad card
25 kad bina dalam built-in card
26 kad bunyi sound card
27 kad penyesuai adapter card
28 kapasiti capacity
29 kapasitor capacitor
30 kekunci key
31 klik click
32 klip clip
33 konduktor conductor
34 kotak dialog dialogue box
35 kursor cursor
36 lajur column
37 lalai default
38 lindung tulis write protect
39 litar elektronik electronic circuit
40 MB megabyte
41 medan field
42 megabait megabyte (MB)
43 membut to boot
44 memetakkan to partition
45 mengimbas to scan
46 menyerlahkan to highlight

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 56/57


Bil. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
47 mesej message
48 mesej ralat error message
49 mikrofon microphone
50 nyahcas discharge
51 palam plug
52 papan induk, papan ibu motherboard
53 papan kekunci keyboard
54 pasang dan guna, pasang dan main plug-and-play
55 pelompat jumper
56 pemacu drive
57 pemacu cakera keras hard disk drive
58 pemacu cakera liut floppy disk drive
59 pemacu hamba slave drive
60 pemacu logikal logical drive
61 pemacu peranti device driver
62 pemacu tuan master drive
63 pembesar suara speaker
64 pemprosesan kata word processing
65 pemutar skru screw driver
66 pengalir conductor
67 penggesa A A prompt
68 penutup pelompat jumper cap
69 penutup slot tambah expansion slot cover
70 penyambung connector
71 penyesuai atas papan onboard adapter
72 peranti device
73 peranti persisian peripheral device
74 perisian software
75 perisian aplikasi application software
76 perisian utiliti utility software
77 perkakasan hardware
78 persisian peripheral
79 petak partition
80 petak aktif active partition
81 petak DOS primer primary DOS partition
82 port port
83 port bersiri serial port
84 port selari parallel port
85 primary primer
86 sandar to backup
87 sekunder secondary
88 sistem pengendalian operating system
89 skru screw
90 slot slot
91 slot tambah expansion slot
92 soket socket
93 teknologi maklumat information technology
94 tetikus mouse
95 tetingkap window

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 57/57

You might also like