Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Palang Merah

Sejarah Palang Merah

Ratings: (0)|Views: 978|Likes:
Published by Nizz Nashram

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Nizz Nashram on Jan 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/21/2012

pdf

text

original

 
1. Sejarah Palang Merah1.1 Sejarah Jean Henry Dunant
Jean Henry Dunant dikenali sebagai bapa Palang Merah Sedunia. Beliau dilahirkan pada 8Mei 1828, di Rue Verdaine, Geneva, Switzerland. Bapa Dunant adalah seorang ahli perniagaanyang terkenal dan berjaya. Manakala ibunya seorang yang patuh pada ajaran agama sertamementingkan pembentukan budi pekerti yang mulia dan luhur. Beliau adalah anak sulung dandibesarkan dalam keadaan yang cukup sempurna. Dia diasuh oleh ibu bapanya supayamementingkan hal ehwal agama dan kemasyarakatan.Beliau melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai pergerakan dengan membabitkan dirinyadalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. Salah satu pertubuhan yang beliau sertai adalah organisasiyang dikenali sebagai
 League of Alma
 
di Geneva. Organisasi ini diwujudkan bertujuan membantumasyarakat dan memberi motivasi bagi keselesaan rohani dan jasmani. Disamping itu, pertubuhanini juga berperanan membantu golongan miskin, sakit dan mereka yang serba kekurangan. Beliau juga turut melibatkan diri memberi bimbingan dan kauseling dalam pemulihan banduan-banduan penjara di sekitar Geneva. Tujuannya agar para banduan dapat mengubah sikap dan perangaimereka agar lebih bertanggungjawab.Di samping minat yang tinggi pada kemasyarakatan, beliau juga megikut jejak langkahayahnya dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Mengikut Amzan Abd.Malek (2007)di dalam bukunya Persatuan Bulan Sabit Merah, Dunant telah bekerja sebagai perantis di sebuah bank di Geneva untuk mendalami selok-belok ilmu perniagaan. Kesungguhannya bekerja, beliaudiberi jawatan sementara sebagai pengurus besar di cawangan bank itu di Algeria yang dikenalisebagai
Colonies Suisses de Setif 
. Kemudian beliau berhenti bekerja dengan bank itu danmemulakan perniagaannya sendiri. Beliau mula menempa kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan.Dalam bidang kemasyarakatan, Dunant memberi tumpuan pada pertubuhan di Switzerland,France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Men’s Christian Union (YMCU). Padatahun 1853, satu pertubuhan diwujudkan bagi menggabungkan beberapa kumpulan di Eropah.Walau bagaimanapun, Dunant menentang rancangan itu dan beliau mencadangkan satu gagasan
1
 
sedunia termasuk Young Men’s Christian Association (YMCA) di England patut diwujudkan dantidak hanya terhad di Eropah sahaja. Hasil daripada desakan Dunant, satu persidangan YMCAsedunia diadakan di Paris pada tahun 1855.
1.2 Kenangan Di Solferino
Pada Jun 1859, semasa Dunant menguruskan perniagaannya di Itali, beliau sampai diCastiglione della Pieye. Semasa itu pertempuran Solferino sedang meletus dan beliau menyaksikandengan matanya sendiri peperangan tiga segi antara pasukan tentera Perancis, Pierontese danAustria. Pertempuran itu merupakan peperangan yang amat dahsyat pada abad ke 19. Dalam peperangan tersebut, beliau mendapati bandar kecil itu dipenuhi dengan mayat dan orang cedera.Perkhidmatan perubatan tentera yang ada pula serba kekurangan dan tidak lengkap. Lebih kurang40,000 orang tercedera, mati dan hilang. Perkhidmatan bantuan dan jururawat adalah sebahagiananggota tentera yang terdedah kepada tembakan ataupun dijadikan tawanan. Dengan sifat beliauyang suka memberi pertolongan, beliau sedaya upaya membantu orang yang cedera. Pengalamanini mengubah minatnya daripada aktif dalam perniagaan kepada memberi tumpuan bagi mencari jalan bagaimana penderitaan dapat dielakkan.Megikut satu artikel yang dipetik daripada sebuah laman web memperkatakan mengenai pertempuran di Solferino. Artikel tersebut dari Wikipedia Bahasa Melayu menceritakan tentang pengalaman yang menyayat hati di Solferiono diabadikan dalam sebuah bukunya ‘
 Kenangan DiSolferino’ 
. Penulisan ini adalah permulaan kejayaan dalam kerjaya baru Dunnat. Dalam tulisannya, beliau mencadangkan agar sebuah persatuan yang terdiri daripada para sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara bagi menjaga kebajikan para anggota tentera yang cedera dalam peperangan.Saranan itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai. Tambahan pula,konsepnya iaitu perjanjian antara-bangsa di antara negara bagi menentukan penjagaan orang sakitmenarik minat ramai. Pada masa yang sama,
Genevese Society of Public Utility
 bersetuju untuk mempraktikkan ideanya.
 
Justeru, pada September atau Oktober 1863, Dunant mengembara ke beberapa buah ibu kota di Eropah bagi menjelaskan ideanya. Perbincangan dan penjelasan beliau berkenaan perlunya memberi pertolongan kepada orang-orang yang cedera semasa peperangan
2
 
disambut baik termasuklah orang-orang yang berpengaruh. Usaha ini adalah satu pengalaman yangindah kepada Dunant yang muncul sebagai insan yang dikagumi yang berjaya mengusik jiwa dan pemikiran insan di Eropah. Antara 1863 hingga 1864 merupakan detik-detik kegemilanganDunant. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan, persidangan demi persidangan dibuat bagimerealisasikan ideanya yang hebat itu. Pada 26-29 Oktober 1863 telah diadakan PersidanganAntarabangsa di Geneva di mana Pertubuhan Palang Merah diasaskan.Walau bagaimanapun, tahun 1863 hingga 1864, merupakan tahun-tahun kemerosotanDunant. Orang ramai memberi sokongan kepada sebuah jawantankuasa yang ditubuhkan serta persidangan-persidangan yang diadakan. Tahun 1865 dan 1866, penyertaan Dunant dalam pengerakan ini adalah merosot walaupun beliau adalah orang yang bertanggungjawabmengilhamkan pergerakan yang murni ini. Dunant hanya mendiamkan diri dan akhirnya tempat beliau diambil oleh orang yang lebih praktikal dan agresif. Sehinggalah pada tahun 1867, malang bagi Dunant kerana dia terlalu menumpukan pada aktivit kemasyarakatan sehingga urusan perniagaan terabai dan mengalami kemerosotan. Akhirnya bagi menjelaskan hutang-hutang yangditanggungnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya untuk melunaskan beban hutangyang ada. Akhirnya beliau berhijrah meninggalkan Geneva pada usia 39 tahun.Jawantankuasa Nobel menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan atau
 Peace Prize
yang pertama. Hadiah itu dikongsi bersama dengan Frederic Passy, seorang warganegaraPerancis pada tahun 1901. Pada 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant semasa muda dikenalisebagai
‘Pemuda Berpakaian Putih’ 
dan ‘
 Bapa Palang Merah Sedunia’ 
menghembus nafasterakhir di Hedden , iaitu sebuah penempatan di kawasan pergunungan. Di situ beliau bersama penduduk menikmati ketenangan dan jalinan hidup persahabatan yang mesra,aman dan damai.
3

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Low Min-Jie liked this
Kitty Chu liked this
tomslawyer liked this
Kong Hui Min liked this
is_psiko liked this
Ah Bell liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->