Rasional penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudahuntuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapaiobjektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebihmemahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengancepat. Bahan Bantuan Mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajarandan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungikebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebihmenumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknyadengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat ‘diselamatkan’dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkilkreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains danteknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadanini, dan mengaplikasikannya dalam P&P.
Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, danprinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yangberikut :
1.
Sesuai
Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsepsesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keteranganberkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yangdigunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki olehkumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungankesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :