You are on page 1of 346

50 TA YSIA

Diterbitkan oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Tingkat 12 Barat
Wisma Sime Darby
Jalan Raja Laut
50612 Kuala Lumpur

Laman Web:
http://www.penerangan.gov.my
E-mel: webmaster@inform.gov.my

Suntingan oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara

B.010(B.M) Mei 2008(001.)


ISBN 978-983-3497-23-2

KOLEKSI ESEI-ESEI TERBAIK


PERTANDINGAN MENULIS ESEI
SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN
KEMERDEKAAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

M/S
TEMPAT PERTAMA

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 1


GEMILANG
Esei: Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisham

TEMPAT KEDUA

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 11


Esei: Elayne Kuek Kim

TEMPAT KETIGA

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 21


GEMILANG
Esei: Muhammad Shafiq Bin Saidin

TEMPAT KEEMPAT

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 31


GEMILANG
Esei: Siti Hanisah Binti Ab. Latif

TEMPAT KELIMA

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 43


GEMILANG
Esei: Krishnakumar A/L Kanesan

ESEI-ESEI PILIHAN

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 51


GEMILANG
Esei: Nurul Aida Binti Razali

iii
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 61


GEMILANG
Esei: Lok Chen Chuang

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 73


Esei: Nor Famiza Binti Ghazali

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 81


Esei: Wan Nazifah Binti Wan Hassan

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 89


GEMILANG
Esei: Lim Yeh En

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 95


Esei: Norliza Binti Haris

50 TAHUN MALAYSIAKU GAGAH GEMILANG 103


Esei: Muhammad Hisyamuddin Bin Sharif

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 111


Esei: Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz

50 TAHUN KEMERDEKAAN, NEGARAKU GAGAH 123


GEMILANG
Esei: Al Falah Has Bin Abdul Aziz

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH 133


GEMILANG
Esei: Nur Atikah Binti Mohamad Nadzri

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA, NEGARAKU GAGAH 141


GEMILANG
Esei: Amira Rafhan Binti Jafri

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 149


GEMILANG
Esei: Amy Suhaida Binti Mat Mokhtar

iv
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 157


Esei: Siti Syamirah Binti Razali

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 167


Esei: Siti Syafiqah Binti Razali

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 177


GEMILANG
Esei: Ho Kui Lan

50 TAHUN MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG 187


Esei: Siti Munirah Binti Arifin

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 197


GEMILANG
Esei: Mohd Firdaus Mohd Azman

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 203


GEMILANG
Esei: Devika A/P Gunasegaran

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 209


GEMILANG
Esei: Tan Poh Chai

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 217


Esei: Loii Mun Yee

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 225


Esei: Aina Afiqah Binti Kasim

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 233


Esei: Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kassim

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 243


Esei: Karen Lee Yii Ping

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 251


Esei: Yokesvaren A/L Sunderasen


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA 261


Esei: Ho Eileen

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH 269


GEMILANG
Esei: Abdul Azim Bin Arshad

50 TAHUN NEGARA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 275


GEMILANG
Esei: Mohd Azrul Affandi Bin Md Kassim

Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia 283


Esei: Abu Sufian Bin Mansoor

50 TAHUN MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG 291


Esei: Siti Rusniza Binti Tajul Ariff

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 299


GEMILANG
Esei: Nor Amaleena Binti Mohamad

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT Malaysia 307


Esei: Nur Abidah Binti Kasman

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 315


GEMILANG
Esei: Wan Nadzirah Binti Wan Hassan

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 323


GEMILANG
Esei: Choo Thiam Shin

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH 331


GEMILANG
Esei: Lee Xiao Qian

vi
TEMPAT PERTAMA

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:


Negaraku GAGAH GEMILANG
Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisham
SMK Tanjung Datuk, Penggerang, Johor

A ndai seorang manusia telah berdegup jantungnya di atas bumi


ini selama separuh abad, pasti banyak liku-liku hidup dan
pengalaman telah ditempuhi. Meskipun terluka dengan ranjau-ranjau
kedukaan namun masih terungkai kecemerlangan yang pernah
dicatatkan oleh individu tersebut. Senario ini juga tidak ada bezanya
jika ditransformasikan sepanjang 50 tahun negara kita merdeka.

Laungan merdeka yang diketuai Almarhum Tunku Abdul


Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
telah mengakhiri kibaran bendera Union Jack di langit negara
bertuah ini. Rantai penjajahan yang menghambat rakyat hampir
empat abad lamanya telah terlerai bersama satu lembaran yang baru.
Lembaran yang harus diisi dengan catatan yang mengagumkan di
samping mempertahankan kebebasan yang dimiliki. Sehubungan
itu, status Malaya bertukar daripada tanah jajahan British kepada
ahli Komanwel. Bermula detik itulah, satu persatu kejayaan mula
ditempa oleh negara.

Sehingga lewat tahun 1968, pelbagai polisi pembangunan


pendidikan mula dirangka bagi memastikan kemerdekaan diisi
dengan sewajarnya. Antaranya mendaulatkan semula Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara dan pengiktirafan Universiti Malaya


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sebagai institusi kebangsaan. Sektor pendidikan yang dahulunya


dipandang enteng oleh penjajah mula diberi perhatian dengan
polisi pendidikan sekolah rendah secara percuma dan lebih 180,000
orang mengikuti kelas dewasa melalui kempen basmi buta huruf.
Selain itu, memori manis terpahat dalam lipatan sejarah negara juga
menyaksikan penubuhan negara Malaysia dengan kemasukan Sabah
dan Sarawak serta pelancaran Televisyen Malaysia yang pertama.

Langit tidak sentiasa cerah. Andai kejayaan sentiasa menyelimuti


maka tidak akan teruji keutuhan kemerdekaan yang dibina.
Pemisahan Singapura dan konfrontasi oleh Indonesia lewat tahun
1965 telah mengajar negara supaya lebih berwaspada akan duri-
duri yang tidak pernah lekang dengan agenda untuk meruntuhkan
impian kemerdekaan. Meskipun dua cabaran ini berjaya diakhiri di
hujung pena dan sehelai kertas, namun penutup tirai era 1960-an
benar-benar hampir meragut apa yang telah dimiliki hampir satu
dekad. Peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah meragut
nyawa-nyawa insan yang tidak berdosa bahkan tidak kurang juga
harta benda yang musnah. Tragedi memilukan ini akhirnya dapat
ditangani berkat kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpin yang
enggan melihat mahligai kemerdekaan ini musnah.

Rentetan kedua-dua isu ini, terbentuklah prinsip Rukun Negara


yang menggabungkan faktor-faktor yang mampu menyatupadukan
semula rakyat dan sekali lagi sikap toleransi telah berjaya
menjernihkan semula kekeruhan yang melanda perpaduan negara
pada masa itu.

Setelah atmosfera negara kembali reda, negara kembali memacu


semula ke arah pembangunan terutama dalam bidang ekonomi.
Ketirisan yang berlaku dek ketamakan penjajah asing serta amalan
pilih kasih musang berbulu ayam ini mula ditangani secara serius
dan kolektif. Polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan
menerusi Rancangan Malaysia Kedua telah dilaksanakan. DEB
adalah berteraskan membasmi kemiskinan dan menyusun semula
struktur ekonomi masyarakat. Seiring dengan pelaksanaan tersebut,


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Lembaga Pembangunan Bandar raya (UDA) ditubuhkan untuk


membantu kaum bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30
peratus pembangunan dan aktiviti industri negara.

Kesinambungan usaha ini telah diteruskan oleh Allahyarham


Tun Abdul Razak melalui program Buku Hijau. Pelancaran
program ini sekali gus menandakan bermulanya satu era revolusi
pertanian negara. Sebagai contoh, RISDA telah ditubuhkan untuk
memangkinkan kejayaan program ini.

Di samping itu, kegiatan perlombongan komoditi utama juga


tidak diketepikan apabila kerajaan menubuhkan Petroliam Nasional
Berhad (PETRONAS) untuk menyelaras dan mengatur pembangunan
industri petroleum negara secara menyeluruh. Sehingga ke hari ini
PETRONAS telah menjadi syarikat minyak multinasional yang telah
mengembangkan sayapnya sehingga mempunyai kepentingan di 20
buah negara di seluruh dunia. Petronas juga gah dengan 62 buah anak
syarikat milik sepenuhnya, 19 buah syarikat milik bersama, 47 buah
syarikat bersekutu dan pekerja seramai 20,000 orang yang bertugas
dalam bidang cari gali, mengeluarkan minyak dan gas, penapisan
minyak, pemasaran dan sebagainya.

Kecemerlangan negara juga dapat dilihat dengan kejayaan


menubuhkan 30 syarikat usahawan bumiputera dalam projek-projek
perindustrian seperti pertukangan kayu, pembuatan dan industri
ringan. Negara telah mencatatkan kejayaan yang cukup manis
apabila MARA berupaya merealisasikan pepatah, jauh pemandangan
luas pengetahuan apabila mampu menawarkan lebih 1,700 biasiswa
untuk pelajar mengikuti pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.
(500 tahun Melayu menghadapi cabaran Hal: 228).

Tampuk pentadbiran negara yang diambil alih oleh Bapa


Perpaduan Negara pada pertengahan 1970an juga telah mencatatkan
pelbagai kecemerlangan Malaysia sebagai sebuah negara yang
merdeka. Pembukaan seksyen pertama lebuh raya Selatan dan
pelancaran Rukun Tetangga telah mengutuhkan lagi perpaduan


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

rakyat yang berbilang kaum. Di samping itu juga, penubuhan


Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional Berhad
telah memapankan lagi pertubuhan ekonomi negara. Hasilnya, pada
tahun 1979 dan 1980, negara telah merakamkan kejayaan cemerlang
apabila mencatatkan pertumbuhan luar biasa hasil eksport dengan
peningkatan hampir 40 peratus di samping kejayaan menjadi
pengeksport semi-konduktor yang terbesar di dunia, pengeksport
penyaman udara ketiga terbesar di dunia dan pembukaan Pusat
Dagangan Eksport Malaysia. (Berita Harian, 18 Mac 2004, Hal: 17).

Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara


keempat membuktikan bahawa negara tidak ketandusan pelapis
untuk memacu pembangunan negara di atas landasan yang tepat.
Serentak dengan itu juga, ekonomi Malaysia mula berubah bentuk,
saiz dan kelajuannya seolah-olah bertukar daripada sebuah perahu
layar kepada sebuah kapal bermotor. Beliau telah memperkenalkan
Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan negara Jepun
sebagai contoh. Kemudian, beliau telah mengorak langkah ke
arah transformasi yang lebih radikal dengan melancarkan Amanah
Saham Nasional yang menjadi permulaan dana amanah saham
terbesar di dunia. Di samping itu, Dasar Perindustrian Negara mula
diperkukuhkan dengan konsep Persyarikatan Malaysia dan Polisi
Penswastaan Malaysia. Jelasnya, segala pelaksanaan dasar ini telah
memacu negara ke arah kecemerlangan, khususnya dalam bidang
ekonomi.

Pada era pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah


ditubuhkan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa yang
telah berjaya mengangkat status negara sebagai wira dalam dunia
Islam. Kejayaan dalam bidang perubatan juga tidak ketinggalan
dalam mengukir nama Malaysia dalam lipatan sejarah terulung
di Asia apabila Hospital Universiti berjaya merawat jantung tiga
pesakit tanpa pembedahan. Banyak lagi kecemerlangan yang telah
dicapai di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr. Mahathir Mohamad. Antaranya, Pembinaan Jambatan Pulau
Pinang sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara, kelahiran


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kereta Nasional, pelancaran stesen Satelit Bumi untuk melancarkan


hubungan Malaysia ke dunia luar dan kewujudan Pusat Dagangan
Dunia Putra. Hal ini telah mula menarik perhatian dunia luar akan
kemampuan negara ini dalam mencapai kejayaan-kejayaan yang
mengagumkan.

Maka tidak hairanlah dunia memberi penghormatan kepada


Malaysia untuk menjadi tuan rumah persidangan-persidangan
antarabangsa, antaranya Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel
dan persidangan Ketua Kerajaan G-15. Namun apa yang lebih
menggembirakan ialah berakhirnya perjuangan komunis selama 41
tahun dengan termeterainya perjanjian damai antara Parti Komunis
Malaysia dengan kerajaan Malaysia serta pengiktirafan Labuan
sebagai Pusat Kewangan Luar Pantai Antarabangsa (IOFC).

Menjelang tahun 1991, negara Malaysia kian diterangi dengan


sinar harapan kemajuan yang tidak mungkin akan tersinar dek
perubahan dunia ke era globalisasi yang kian mencengkam negara-
negara membangun. Wawasan 2020 yang dilancarkan seiring dengan
20 perkara yang ingin dicapai negara terkenal di pentas antarabangsa
sebagai pelan jangka panjang yang bakal merealisasikan matlamat
Malaysia untuk menjadi negara maju. Sehubungan itu, projek
JARING mula dilancarkan bersama dengan kejayaan negara menjadi
negara ASEAN pertama memperkenalkan petrol tanpa plumbum di
rantau ini. Ternyata idea dan harapan Wawasan 2020 telah menyuntik
pembaharuan dalam kancah ekonomi dan sosial negara. Hal ini
terbukti dengan usaha pengkorporatan Tenaga Nasional Berhad
untuk melancarkan lagi kecekapan agihan bekalan kuasa elektrik
ke seluruh negara, pembinaan Stadium Shah Alam sebagai stadium
terbesar di rantau ini, pelancaran kereta nasional kedua, pembukaan
Lebuh Raya Utara-Selatan yang lebih awal daripada yang dijadualkan
serta keluaran Dalam Negeri Kasar yang telah meningkat sebanyak
9.6 peratus. (Berita Harian 18 Mac 2004, Hal: 19).

Malaysia semakin matang dalam menghadapi arus perubahan


modenisasi sedunia. Natijahnya, negara berjaya menembusi era


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Internet apabila Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan pertama


muncul di dalam Internet secara langsung. Di samping itu,
pembangunan teknologi juga telah merakamkan kejayaan yang
gemilang apabila Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan
untuk mengasaskan Koridor Raya Multimedia serta pelancaran
satelit pertama Malaysia yakni MEASAT 1 ke angkasa lepas. Dunia
luar mula mengenali negara bukan hanya sekadar di atas peta
bahkan pelbagai mercu tanda yang menghiasi bumi bertuah ini telah
menarik lensa-lensa mata pengunjung luar untuk melihat sendiri
signifikannya tersebut antaranya Menara Kuala Lumpur, Menara
Berkembar Petronas, Sistem Transit Aliran Ringan, Stadium Bukit
Jalil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta Projek
Usahasama Transit Ringan Automatik (PUTRA).

Melihat sendiri kemampuan sebuah negara merdeka menyaingi


kemajuan negara-negara Barat telah menubuhkan bibit-bibit hasad
dengki dan dendam yang tidak pernah padam di hati para imperialis
dunia Barat. Lantas, kegawatan ekonomi yang melanda negara
ciptaan rangkaian dunia penjajah ini hampir sahaja merungkai segala
kemewahan dan kejayaan yang telah ditempa lebih empat dasawarsa.
Namun, sekali lagi badai tersebut tidak mampu menggugat bahtera
merdeka ini untuk terus belayar ke pelabuhan kecemerlangan.
Meskipun pendekatan anti-ortodoks dalam memulihkan kembali
kegawatan yang timbul di perlekehkan oleh media asing, akhirnya
dunia barat terpaksa menelan semula cemuhan yang dilemparkan
apabila terbukti langkah yang diambil telah memberi impak
yang efektif untuk menjana semula ekonomi negara. Justeru,
negara terus mengorak langkah menempuh satu lagi revolusi
terbaru dengan kelahiran bandar Putrajaya yang menempatkan
kompleks pentadbiran negara yang terbaru. Malaysia juga berjaya
menganjurkan perlumbaan kereta Formula 1 di Litar F1 Sepang.
Kejayaan ini berjaya mempamerkan kemakmuran negara ke hampir
300 juta penduduk dunia.

Sementelah itu, sebelum menyambut kedatangan alaf baru,


negara Malaysia telah melangkah gagah keluar daripada lingkungan


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kegawatan ekonomi walhal negara-negara serantau masih terkapai-


kapai mencari resolusi yang tepat untuk merungkai kegawatan
ekonomi negara masing-masing.

Setibanya alaf 2000, negara kita sudah mula menjadi tumpuan


pelaburan asing dan pembangunan sektor teknologi dan multimedia.
Buktinya, pengerusi Microsoft, Bill Gates merasmikan pembukaan
“Microsoft Knowledge Capital Centre” di Cyberjaya. Bukan itu
sahaja negara juga telah berupaya menghasilkan kereta reka bentuk
pertama sendiri serta pembukaan KL Sentral yang memudahkan
perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pelancaran kad serba guna kerajaan bagi pengenalan identiti yakni
Mykad telah memberi isyarat bahawa negara kini sudah menempuh
satu alam baru iaitu alam pembangunan teknologi dan maklumat
yang setanding negara-negara yang maju.

Puncaknya, kepimpinan negara diterajui oleh Datuk Seri Abdullah


Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Kelima telah meneruskan
tradisi kecemerlangan negara. Kecemerlangan yang terus terukir
termasuklah seperti berikut:

• Penggunaan alat bantuan mengajar yang lebih sofistikated


dalam dunia pembelajaran.
• Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara.
• Peningkatan tahap sosioekonomi rakyat.
• Penurunan kadar kemiskinan yang menghimpit masyarakat
luar bandar.
• Peningkatan nilai perdagangan Malaysia yang mencapai
angka 1 trilion.
• Serta menjadi hub pasaran makanan halal sedunia.

Selain itu, kematangan hubungan luar Malaysia membolehkan


negara memainkan peranan sebagai wakil dan suara kepada negara-
negara yang membangunkan bagi menjadikan bumi merdeka ini
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di persada antarabangsa.
Apa yang lebih membanggakan ialah negara bekas penjajah yang


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dahulunya mendabik dada mampu membawa kemajuan di negara kita,


kini mengakui dan meminta resipi kejayaan Malaysia mengekalkan
keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Konklusinya, 50 tahun yang diharungi bersama telah membuktikan


bahawa negara kita, Malaysia telah meniti satu tahap kecemerlangan
yang sungguh mengagumkan, lebih hebat daripada negara-negara
merdeka yang lain. Hal ini bukanlah satu retorik kerana seantero
dunia telah mengakui kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara
yang berdaulat dan mampu membina kejayaan mengikut acuan
sendiri. Hakikatnya, kecemerlangan ini akan terus bergemerlapan
serta diukir dalam menjamin kemerdekaan yang terus berkekalan.
Semoga pada satu saat nanti, negara kita akan menjadi sebuah
kuasa besar yang akan memimpin dunia ke arah kemakmuran dan
kegemilangan yang tiada tolok bandingannya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ......adalah laungan keramat


menjelang 31 Ogos setiap tahun. Setiap rakyat tanpa mengira bangsa
di Malaysia seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang di
kecapi. Tanpa pengorbanan dan usaha pejuang-pejuang terdahulu,
semua kemewahan dan kemakmuran tidak mungkin akan kita
kecapi pada hari ini. Hayatilah slogan sambutan Hari Kemerdekaan
....KERANAMU MALAYSIA.

Rujukan

1. Akhbar Berita Harian, 18 Mac 2004, Berita Harian Publishing


Sdn. Bhd., Halaman 16–19.

2. Kamaruddin M. Said, 500 Tahun Melayu menghadapi Cabaran,


2004, Kris Publications.

3. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Transformasi Ekonomi


Melalui Pendidikan, Edisi Disember 2003, Dewan Budaya
Dewan Bahasa dan Pustaka.


Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

4. Hassan Ahmad, Menggubah Minda Melayu, Dewan Masyarakat,


Dewan Bahasa dan Pustaka, Mac 2004.

5. A. Kadir Jasin, A. Kadir Jasin Menulis, Dewan Masyarakat,


Mac 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Mohd Izranuddin Jelani, Realiti Sosioekonomi Orang Melayu,


Oktober 2005, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka.


TEMPAT KEDUA

RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Elayne Kuek Kim
SMK Bandar Bintulu, Bintulu, Sarawak

M alaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada


pelbagai kaum yang mempunyai amalan hidup yang berbeza
dari segi agama, kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Walaupun
begitu, rakyat kita masih dapat hidup dengan rukun dan damai
serta mengamalkan agama masing-masing secara harmoni dan
bertoleransi. Hal ini menjadi kebanggaan rakyat negara kita.

Sesungguhnya, perpaduan nasional merupakan perkara yang


perlu dititikberatkan oleh kerajaan dalam setiap pelaksanaan dasar
negara dan penyusunan segala strategi pembangunan dan pentadbiran
negara. Ini bertujuan agar negara kita akan terus menjadi sebuah
negara yang aman dan makmur yang dapat mengekalkan dan
mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang di kecapi sejak
31 Ogos 1957. Tanpa perpaduan yang kukuh, negara akan terdedah
kepada pelbagai ancaman yang boleh mengakibatkan kedaulatan,
keharmonian dan kesejahteraan negara terjejas serta berlakunya
rusuhan kaum, huru-hara, peperangan, pergaduhan dan perselisihan
faham seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Malah, Perdana Menteri kita yang kelima dan terkini, Datuk


Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah menyeru semua rakyat
Malaysia agar berganding bahu bersama dengan kerajaan untuk

11
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menggembleng tenaga memperkukuhkan perpaduan nasional


menerusi usaha proaktif dan pragmatik membina satu kesatuan yang
unik daripada pelbagai perbezaan di antara kita. Selain itu, beliau
juga menyahut agar kita terus membina satu kesamaan identiti
yang kukuh berakar dalam persekitaran negara kita berdasarkan
segala keistimewaan yang terkandung daripada pelbagai agama dan
budaya.

Pada dasarnya, Kempen Penghayatan Rukun Negara giat


dilancarkan oleh Kerajaan agar terus menjadi amalan hidup rakyat
Malaysia sejajar dengan tema “Rukun Negara Amalan Hidup
Rakyat Malaysia”. Semangat Rukun Negara yang bersemadi
dalam sanubari rakyat negara ini sejak 35 tahun dulu terus
dikekalkan kerana mampu mendidik seseorang supaya lebih kerap
mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain agar wujud
perpaduan rakyat yang jitu di negara yang berbilang kaum ini.
Justeru, kempen yang bertemakan Rukun Negara Amalan Hidup
Rakyat Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang berdaya
saing, bagi menjadikan negara terus merdeka, maju, aman dan
makmur.

Dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan semasa zaman


penjajahan British telah menukar bentuk masyarakat negara ini.
Dasar British telah membawa impak iaitu orang Melayu tinggal
di desa dengan pekerjaan pertanian padi, kaum Cina dalam bidang
perniagaan dan tinggal di bandar, sementara kaum India pula tinggal
dan bekerja di estet-estet getah. Ketiga-tiga kumpulan etnik terbesar
ini telah dipisahkan di bawah dasar “pecah dan perintah” dan para
pemimpin negara kita pula yang terpaksa memikul tanggungjawab
menyatupadukan penduduk negara sejak kemerdekaan dicapai pada
31 Ogos 1957.

Pada 13 Mei 1969, suatu peristiwa berdarah telah berlaku di


mana rusuhan antara kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan
negara telah berlaku. Mereka yang terlibat bukan sahaja membunuh,
malah membakar bangunan dan merampas harta benda. Kejadian ini

12
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengakibatkan huru-hara dan kemusnahan negara. Ketenteraman


negara telah terjejas akibat kejadian itu.

Ekoran itu, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan


MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih
pentadbiran negara yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,
menegakkan semula undang-undang negara, melicinkan pentadbiran
dan memupuk suasana harmoni serta sikap percaya mempercayai
dan hormat-menghormati antara kaum secara berkekalan. Polis dan
pasukan tentera negara telah bertindak mengembalikan keamanan
negara. MAGERAN pula telah menubuhkan Majlis Perundingan
Negara (MPN) di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan
pada 29 Januari 1970 untuk membincangkan dan menilai isu
perpaduan negara. Berikutan itu, MPN yang dipengerusikan oleh
Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam mesyuarat
pertamanya pada 27 Januari 1970 telah memperkenalkan satu
ideologi negara yang mampu menyelesaikan garis pemisah antara
rakyat pelbagai kaum di negara kita. Manifestasinya, lahirlah Rukun
Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan
Agong Keempat, Al-Marhum Sultan Zainal Abidin.

Secara keseluruhannya, Rukun Negara ialah satu ideologi negara


yang mengandungi prinsip-prinsip kemasyarakatan, nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma kehidupan sosial yang merangkumi
aspek politik, perundangan, keagamaan, kebudayaan dan ekonomi
yang wajib dipatuhi oleh setiap warganegara Malaysia.

Sesungguhnya, Rukun Negara mempunyai lima matlamat.


Pertamanya, adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
di kalangan seluruh masyarakatnya. Semua rakyat hendaklah
mendukung cita-cita untuk membina satu bangsa dan negara di
mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai
rakyat Malaysia bagai sebuah keluarga besar. Melalui Rukun
Negara akan dapat melahirkan satu bangsa dan negara di mana
rakyatnya mempunyai semangat bertolak ansur bagi mengelakkan
rusuhan kaum dan ancaman luar. Justeru itu, perpaduan yang lebih

13
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

erat hendaklah dicapai kerana apabila perpaduan runtuh, maka


sukarlah bagi kita untuk mengembalikannya. Pepatah Melayu
mengatakan bahawa “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh
yang demikian, Rukun Negara hendaklah dijadikan amalan hidup.
Dengan adanya amalan kunjung-mengunjungi semasa hari perayaan,
semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan yang lebih erat dan
jitu.

Keduanya, adalah untuk memelihara satu corak hidup demokratik.


Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan hak asasi dan
kebebasan berpolitik untuk rakyatnya asalkan tidak melanggar
undang-undang negara. Justeru, Rukun Negara sudah menggariskan
bahawa apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara,
kepentingan bangsa dan negara hendaklah diberi keutamaan
berbanding kepentingan sesuatu kaum. Perkara ini penting bagi
mengekalkan kestabilan, keutuhan, dan keselamatan negara. Dunia
memang mengakui negara kita sebagai sebuah negara demokrasi yang
berdaulat. Mengikut sistem kerajaan demokrasi, terdapat tiga badan
pentadbiran di Malaysia, iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif,
dan Badan Kehakiman. Tegasnya kita harus terus memelihara corak
hidup demokratik yang sedia ada.

Ketiganya, matlamat Rukun Negara adalah untuk mencipta


satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama. Sesungguhnya, semua
rakyat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan
negara dengan cara pembahagian kekayaan negara secara adil dan
saksama bagi wujudnya satu masyarakat yang adil. Secara khususnya,
pihak-pihak yang lemah akan dibantu agar mereka dapat mempunyai
peluang yang sama dalam semua aspek untuk bersaing dengan pihak-
pihak yang lebih maju ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Selain itu, konsep masyarakat yang adil ini juga meliputi kebebasan
daripada penindasan oleh pihak yang lebih berkuasa.

Seterusnya, Rukun Negara bermatlamat untuk menjamin satu


sikap yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya

14
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan pelbagai corak. Masyarakat Malaysia ini bebas mengamalkan


kepercayaan, agama dan budaya masing-masing selaras dengan
prinsip-prinsip Rukun Negara. Kepelbagaian agama dan kepercayaan
kaum-kaum di Malaysia dianggap di anggap oleh penganut masing-
masing sebagai satu rahmat atau kelebihan bagi negara kerana
ini boleh membantu mewujudkan satu tahap toleransi beragama
di Malaysia yang unik dan tersendiri. Tegasnya, rakyat Malaysia
hendaklah menjadikan perbezaan di kalangan masyarakat menjadi
sumber kekuatan kepada pengukuhan bangsa dan negara Malaysia.

Selain itu, menerusi penghayatan Rukun Negara, anggota


masyarakat dapat membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden sejajar dengan
perkembangan teknologi tanpa sempadan menuju ke era globalisasi.
Pasca kemerdekaan menyaksikan perubahan-perubahan yang
begitu mendadak dan maju dalam bidang pertanian, pendidikan dan
sebagainya. Dalam konteks ini, masyarakat yang progresif merujuk
kepada masyarakat yang bergerak maju seiring dengan kepesatan
sains dan teknologi moden tanpa mengabaikan nilai-nilai murni
yang akan dapat merealisasikan matlamat negara mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020.

Sehubungan itu, Rukun Negara juga menggariskan lima prinsip


iaitu Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang;
Kesopanan dan Kesusilaan.

Prinsip pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan menunjukkan


bahawa agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia yang beragama mudah diurus untuk menjadi
warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Perlembagaan
Malaysia 1963 menetapkan bahawa agama Islam ialah agama
rasmi tetapi agama lain bebas untuk diamalkan. Sesungguhnya,
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atau
alasan agama adalah dilarang sama sekali. Melalui kepercayaan
agamalah satu negara dan bangsa yang berdaulat dapat diwujudkan.

15
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya


agama dan kepercayaan dalam kehidupan manusia, kerana seseorang
yang tidak beragama akan runtuh peribadinya dan dapat meranapkan
sesuatu bangsa dan negara. Memandangkan betapa pentingnya
pegangan yang teguh dalam agama dan kepercayaan, maka prinsip
ini telah dijadikan sebagai prinsip pertama Rukun Negara.

Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara menuntut


semua rakyat Malaysia memberikan kesetiaan yang tidak berbelah
bahagi kepada Raja dan Negara. Negara Malaysia mengamalkan
Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
Raja Melayu sebagai ketua negeri dan Yang di-Pertuan Negeri pula
bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Yang di-Pertuan Agong dipilih
daripada kalangan Raja-Raja Melayu untuk tempoh lima tahun dan
ditabalkan dalam upacara penuh gemilang di Istana Negara. Oleh itu,
sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik, setiap
rakyat perlu menunjukkan kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan
kepada yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang di-Pertuan Negeri merupakan simbol keutuhan dan perpaduan
rakyat di negara ini di samping pelindung hak istimewa peribumi.
Sesungguhnya, penderhakaan kepada raja bermaksud penderhakaan
kepada negara.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab


seseorang warganegara ialah taat setia dan patuh kepada raja dan
negara. Oleh itu, rakyat harus mempertahankan kedaulatan raja dan
negara dengan mempertahankan kemerdekaan negara agar tidak
dijatuhkan oleh anasir subversif serta tidak dijajah lagi. Antara cara-
cara amalan taat setia kepada Raja dan Negara ialah menghayati
prinsip-prinsip Rukun Negara, menghormati lambang-lambang
kebesaran negara seperti bendera dan lagu Negaraku, dan tidak
belot kepada negara dalam sebarang situasi. Sebarang sikap dan
pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat kepada negara
lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia
dan Rajanya merupakan elemen yang bertentangan sama sekali

16
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan prinsip Rukun Negara. Secara keseluruhannya, seluruh


rakyat Malaysia perlu sentiasa patuh dan setia kepada perlembagaan
negara agar pembinaan negara dan bangsa yang berdaulat terus
berkekalan.

Prinsip ketiga pula menekankan Keluhuran Perlembagaan


yang bermaksud keagungan dan kedaulatan undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia
mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri
dan Mahkamah. Oleh itu, semua jenis undang-undang yang
bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
Prinsip ini menuntut rakyat menerima, mematuhi, menyanjung
dan mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan
Negara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,
menghargai dan memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara yang
diperkenalkan pada 16 September 1963.

Perlembagaan Malaysia yang mengandungi 183 perkara digubal


berasaskan kesepakatan semua kaum di negara kita. Oleh yang
demikian, perlembagaan negara merupakan satu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan. Memandangkan Malaysia
merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia
membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri dengan memperuntukkan senarai persekutuan,
senarai negeri dan senarai bersama. Ketinggian perlembagaan
dilihat pada peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan
Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai
agama rasmi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi, kedudukan hak istimewa orang Melayu di
Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta hak
asasi dan kebebasan rakyat. Kestabilan politik negara akan terjejas
jika rakyat membangkang keluhuran perlembagaan negara dengan
mempersoalkan dan mengkritiknya. Oleh itu, adalah tanggungjawab
semua rakyat untuk menjunjung dan mempertahankan keluhuran
perlembagaan.

17
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Prinsip keempat pula menekankan Kedaulatan Undang-


undang. Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak
melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Semua rakyat akan
hidup dengan rukun dan damai apabila kedaulatan undang-undang
terpelihara. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang
negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
Undang-undang negara adalah berasaskan kepada perlembagaan.
Justeru itu, kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan dengan
dijamin di bawah institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa
kerana tanpa undang-undang, rusuhan antara kaum akan berulang
lagi. Undang-undang adalah perlu bagi setiap negara untuk mengawal
keadaan negara dan menjamin kemakmuran negara yang terdiri
daripada rakyat yang beramalan mulia.

Prinsip Kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan menuntut semua


rakyat agar bersopan dan bertatasusila yang merangkumi amalan
sanggup menolong antara satu sama lain dengan tidak mementingkan
diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing. Prinsip ini menekankan nilai-nilai murni yang melambangkan
keperibadian seseorang individu agar berhemah tinggi dengan
bersifat simpati serta empati dan sentiasa berbudi bahasa dalam
pergaulan seharian. Baru-baru ini, selaras dengan “Kempen Budi
Bahasa Budaya Kita” yang dijalankan, prinsip ini bermatlamat untuk
membentuk warga yang bersopan santun dan bertatasusila demi
mewujudkan suasana yang lebih mesra, sekali gus mengeratkan
perpaduan kaum ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Sehubungan itu, adalah tidak wajar sesuatu kaum
membangkitkan isu yang dianggap sensitif membabitkan agama,
kaum dan bahasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman
rakyat di negara ini.

Secara keseluruhannya, perpaduan nasional hendaklah


dipertahankan agar terus kekal bagi mengelakkan berulangnya
Peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi tersebut menyedarkan kita betapa
pentingnya amalan sifat bersatu-padu menerusi penghayatan Rukun
Negara di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum agar dapat

18
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menghapuskan sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain, sekali


gus melahirkan masyarakat yang muhibah dan menjana pembangunan
modal insan yang gemilang serta mengekalkan kestabilan politik dan
kesejahteraan negara selaras dengan usaha istiqamah melahirkan
generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang tahun
2020.

Rujukan

1. Intan 1980, Negara Kita.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka 2005, Buku Teks Sejarah Tingkatan


5-KBSM.

3. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007, Siri Teks Reference Pendidikan


Moral SPM.

19
TEMPAT KETIGA

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:


NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Muhammad Shafiq Bin Saidin
Maktab Rendah Sains Mara, Taiping, Perak

B ermula tatkala zaman pemerintahan Parameswara, apabila


krisis kepimpinan dan penjajahan telah terbukti menghancurkan
Melaka, ia telah melenyapkan kedamaian sekelip mata. Maka, para
pewaris takhta kerajaan terus mencari formula. Tanpa berlengah-
lengah, Tun Perak Si Bendahara bingkas bangun bersama teorinya
meluaskan empayar hinggalah mamanda Tuanku Abdul Rahman
bersama gagasannya menggembleng tenaga bagi mendapatkan
kalimah keramat “merdeka” yang saban tahun kita laungkan.
Ibarat mimpi dalam tidur yang begitu lena, tahun 2007 genaplah
angka 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Mengimbau kenangan
silam, Tanah Melayu dahulunya cukup mundur, tetapi setelah lima
dekad menyusur zaman, Malaysia sudah berubah wajah dengan
merebaknya pelbagai transformasi dan modenisasi. Malahan, acap
kali juga halwa telinga kita disogokkan dalam ungkapan yang
mentakrifkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara membangun
setelah melalui zaman pascamerdeka, seterusnya bakal mencapai
status negara maju. Namun, tidak kurang juga antara kita yang
masih bingung dengan persoalan adakah semua prognosis tersebut
adalah tepat ataupun sekadar angan-angan Mat Jenin? Jika ia satu
kebenaran, apakah yang boleh menggolongkan Malaysia dalam
pengklasifikasian sebuah negara yang maju, gagah dan gemilang
apabila dibandingkan dengan zaman pramerdeka yakni lima dekad

21
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang lalu? Sesungguhnya, pelbagai reformasi terhadap Malaysia


yang mampu merungkai kekusutan persoalan-persoalan tersebut.

“sekarang bukan bermenung zaman bermenung”

Bukan sekadar titipan bibir semata-mata, bait lagu ‘Seroja’


tersebut secara jelasnya dapat dijadikan analogi terhadap transisi
yang dialami oleh Malaysia. Telah lama Tanah Melayu tidur,
sungguh lama bumi Parameswara ini diperkotak-katikkan. Lantaran
itu, Malaysia telah bangkit dari dilema, keluar dari kepompong
zaman bermenung, lantas mengejar semula segala kemajuan dunia
termasuk revolusi-revolusi agung seperti revolusi perindustrian yang
telah pun membelakangkan kita ratusan tahun lamanya. Akhirnya,
setelah variasi prakarsa dilaksanakan, Malaysia telah pun mampu
mengejar dan menghampiri semula revolusi tersebut. Natijahnya,
negara kini sedang diulit pesta modenisasi sementelahan taraf hidup
rakyatnya melonjak jauh lebih baik. Lihat sahaja dalam filem-filem
simbolik seperti Embun yang menggambarkan suasana pada zaman
pemerintahan tentera “Malayan People Anti-Japanese Army” atau
lebih dikenali sebagai kumpulan Bintang Tiga yang memonopoli
kuasa politik, ekonomi mahupun sosial sebelum merdeka ataupun
kita beralih pada zaman awalan merdeka iaitu semasa popularnya
seniman Tan Sri P. Ramlee, tidak banyak perbezaan dari segi
kemajuan yang dialami selama beberapa tahun tersebut. Sebagai
contoh, dari aspek kemajuan pengangkutan, untuk bergerak dari
satu tempat ke satu tempat yang lain agak sukar dan memakan masa
yang lama. Bagi mereka juga, kenderaan seperti sampan, rakit dan
basikal tua adalah nadi penggerak utama. Fenomena tersebut bagai
langit dan bumi jika dibandingkan dengan suasana sekarang. Jika
dahulu, kancil dan rusa hanya dilihat dan disinonimkan dengan
penghuni rimba, si kelisa pula dilihat hanya di sungai-sungai dan
nun di atas pepohon, sang kenari leka berciutan. Kini, Malaysia
sesungguhnya adalah sebuah negara yang gemilang kerana segala-
galanya telah dimanifestasikan apabila produk automobil seperti
Perodua Kancil, Perodua Kelisa rancak memonopoli litar seluruh
negara. Sesungguhnya kemajuan tersebut telah mengubah senario

22
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pengangkutan di negara kita kerana sampan mahupun basikal


tua sudah jarang digunakan ekoran kemajuan yang membanjiri
segenap aspek kehidupan lantas menenggelamkan pengangkutan
konvensional tersebut. Fenomena ini bertitik-tolak apabila Dasar
Perindustrian Negara yang berorientasikan pemindahan teknologi
dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad secocok dengan
salah satu cabaran Wawasan 2020 iaitu ingin meletakkan Malaysia
supaya dapat berdiri di barisan hadapan dalam sektor pembuatan
dan ia bukanlah lagi igauan mahupun imaginasi. Ya, sememangnya
Malaysia gagah dan gemilang, kita boleh, Malaysia boleh!

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

Jika dahulu, kita dicengkam hebat oleh kuku besi dunia seperti
Jepun. Mereka telah mencetuskan pelbagai polemik dengan modus
operandi tersendiri seperti penstrukturan masyarakat yang tidak
tersusun, dasar pecah dan perintah serta jurang ekonomi antara
kaum. Hal ini menjadikan agensi pembangunan Tanah Melayu
tergendala dan terbantut lantas membawa kepada kemunduran
yang begitu ketara jika dibandingkan dengan negara-negara lain
terutamanya di Eropah. Hal yang lebih menyedihkan adalah apabila
nama Malaysia dahulunya tidak wujud dalam peta dunia akibat
kurang menonjol walaupun sebelumnya Tanah Melayu begitu agung
sebagai pengeksport bijih timah, kelapa sawit, gambir dan lain-lain.
Akan tetapi, kita kini mampu mendabik dada kerana dapat melakar
semula masa depan negara mengikut acuan kita sendiri. Seperti
mana yang terdapat dalam bahagian prolog dalam bait lagu di atas
‘bukan impian malah kenyataan’, kita sudah hampir menyahut
kesemua cabaran Wawasan 2020. Buktinya, setelah 50 tahun
berlalu, Malaysia kini telah berpimpin tangan bersama-sama dunia
mengharungi revolusi ketiganya iaitu revolusi maklumat seperti
mana yang dinyatakan oleh Alvin Toffler, dalam bukunya The Third
Wave. Contohnya adalah cetusan gagasan Koridor Raya Multimedia

23
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

(MSC). MSC adalah wilayah siber mirip Niagara International


Teleport di Kanada yang menjadi medium bagi menempatkan pusat
eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di
dunia. MSC juga menggabungkan semua ruang lingkup industri
teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran khusus buatnya
serta menjadi pemangkin kepada lahirnya kerajaan elektronik dan
universiti multimedia termasuk juga pengimplementasian kad pintar,
teleperubatan, pusat pemasaran tanpa sempadan serta pusat pengeluar
web sedunia. Hal ini sudah jelas, terang lagi bersuluh menonjolkan
bahawa Malaysia sudah melangkah setapak lagi ke hadapan sebagai
negara yang gagah dan gemilang dalam segenap aspek. Justeru itu,
kita perlu berterima kasih kepada nenek moyang kita yang telah
memperjudikan nyawa dan malahan ada yang sanggup berkorban
menentang musuh negara hingga kita kini mengecap pelbagai nikmat
kemewahan dan kemajuan.

Sejarah peradaban dunia pula telah membuktikan bahawa


negara-negara Eropah telah mengalami zaman Renaissance pada
kurun ke-15. Dengan adanya penguasaan ilmu pengetahuan,
negara-negara tersebut telah mencapai ketamadunan dan berjaya
menelusuri arus pemodenan yang pesat lagi rancak. Mereka juga
telah menterjemahkan ilmu pengetahuan tamadun sebelumnya.
Secara informalnya, inisiatif ini telah membawa kemajuan kepada
negara-negara tersebut serta meninggalkan zaman kegelapan
yang berlaku sebelumnya. Hal ini jelas membuktikan kuasa ilmu
adalah penting kepada sesebuah negara dalam proses pemodenan.
Bagaimana pula dengan suasana pendidikan Tanah Melayu pada
masa tersebut? Kanak-kanak yang bersekolah pula kebiasaannya
berasal daripada keluarga berada sedangkan anak-anak kecil
yang tidak berkemampuan terus keciciran. Pada masa itu, sekolah
pondok sangat popular terutama dalam kalangan orang Melayu.
Suasananya pula sungguh daif, guru-guru mengajar muridnya di
pondok yang tidak dilengkapi dengan sebarang kemudahan. Namun,
pasca kemerdekaan negara sesungguhnya menyaksikan reformasi
pendidikan yang begitu rancak. Hal ini berlaku atas kesedaran bahawa
kealpaan terhadap pendidikan menyebabkan kita ketinggalan dan

24
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tidak mustahil untuk dijajah buat kali kedua. Kementerian Pelajaran


khususnya bukan hanya menopang dagu, sebaliknya muncul
bersama kepelbagaian agenda yang disusun rapi semata-mata bagi
mengecap keunggulan negara agar menjadi gagah dan gemilang
dalam bidang pendidikan seperti mana yang dirasai sekarang. Hal ini
terbukti apabila determinisme kerajaan diterjemahkan dengan dasar
liberalisasi pendidikan yang disusuli dengan penubuhan sekolah
bestari yang mana fungsinya menyamai Grassroot Twin School
di Kanada. Wah, ternyatalah taraf pendidikan Malaysia bukanlah
mundur kerana evolusinya berkonsepkan pendidikan global!
Buktinya, program seperti penggunaan alatan elektronik sebagai
alat bantu mengajar terutama di sekolah bestari serta peruntukan
pembinaan dan penempatan makmal komputer di setiap sekolah
tidak kira di bandar atau di pelosok desa telah memberi pelbagai
pemasalahan dalam usaha mencantas kejutan budaya multimedia
serta mangkus bagi melahirkan modal insan yang celik teknologi
sekali gus mengurangkan kadar buta teknologi maklumat (IT) dalam
kalangan pelajar. Sambil menyelam minum air, sambil berdiang
menanak nasi, pengimplementasian pelbagai program dan usaha
terhadap pendidikan telah meletakkan taraf Malaysia sebagai negara
yang bukan sahaja gagah dan maju malah cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam aspek pendidikannya, berbeza dengan suasana lima
dekat yang lalu.

50 tahun sesungguhnya telah jauh meninggalkan memori suka


dan duka penduduk Tanah Melayu yang berhadapan saat getir
bersama penjajah. 50 tahun juga menyaksikan Tanah Melayu telah
dirompak oleh penjajah durjana dek kekayaan hasil buminya yang
melimpah ruah hingga membawa kepada kemasukan buruh asing
seperti masyarakat Cina dan India. Disebabkan dasar pecah dan
perintah, masyarakat berbilang bangsa pada masa tersebut jarang
bergaul kerana orang Melayu biasanya di kampung-kampung
bekerja sebagai petani dan nelayan. Sebaliknya, orang Cina pula
bekerja dilombong manakala kaum India pula di ladang-ladang.
Namun, atas kesedaran tentang pentingnya semangat muhibah
antara setiap kaum, tiga kaum majoriti ini disatukan di bawah satu

25
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bumbung politik iaitu di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu


Bersatu (UMNO) yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar. Usaha
beliau yang membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu,
melonggarkan syarat kerakyatan dan seterusnya mencadangkan
Sistem Ahli yang memberi kuota pemerintahan kepada kaum bukan
Melayu telah menjadi implementasi efektif yang menghasilkan
ketaatan dan perpaduan antara kaum. Hasilnya, rakyat Malaysia
mampu merasai kemanisan buah kemerdekaan yang dipetik
daripada pohon perpaduan yang disemai dan dibaja. Disangka hujan
sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Baru sedekad lebih
pohon perpaduan subur menghijau, Malaysia tiba-tiba digemparkan
dengan tragedi pembunuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Titik
hitam konflik tersebut seakan-akan memberi satu petanda buruk
dan menggusarkan semua pihak, apakah perpaduan ini bakal hancur
punah dan adakah Malaysia bakal menyaksikan pertumpahan
darah sesama kaum? Namun, segala persoalan tersebut dinafikan
apabila kerajaan mengambil langkah drastik dan sewajarnya bagi
membentuk semula ikatan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Kini, sejarah hitam itu telah lama berlalu, Malaysia sudah cukup
gagah dan gemilang, bukan sahaja dalam aspek pembangunan,
pendidikan malahan begitu mapan dari aspek perpaduannya.
Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007, semangat
muhibah antara kaum ini juga dilihat sebagai salah satu daya penarik
terhadap pelancong selain menikmati keindahan panorama di
Malaysia. Selain itu, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia
yang dihuni oleh pelbagai kaum dan etnik yang mendiaminya.

Saban tahun, pada bulan Ogos kita merayakan dan


menobatkannya sebagai bulan kemerdekaan. Matlamat kita pada
bulan tersebut hanya untuk mengenang peristiwa 31 Ogos yang mana
negara kita telah mencapai taraf sebuah negara yang merdeka. Namun,
terlalu sedikit malahan tidak mustahil jika dikatakan setiap daripada
kita lupa bahawa terdapat peristiwa bersejarah lain yang berlaku
pada bulan Ogos. Pada bulan tersebutlah mencatatkan peristiwa
runtuhnya Jabatan Sungai Melaka ke tangan Portugis pada 24 Ogos
1511 setelah diserang sebanyak tiga kali. Mari kita tepuk dada,

26
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tanya minda, apakah faktornya jambatan Sungai Melaka yang begitu


penting sebagai strategi ketenteraan dengan sewenang-wenangnya
jatuh ke tangan Portugis? Sebenarnya, selain faktor pembelotan
Si Kitul yang memberi maklumat kepada tentera Portugis, terdapat
lagi faktor lain terselit dicelah-celah kekalahan tersebut. Antaranya
ialah faktor senjata yang digunakan oleh tentera Melayu dan Jawa
pada waktu tersebut adalah begitu konvensional seperti penggunaan
parang, sumpit sedangkan askar Portugis menghentam menggunakan
bedilan-bedilan meriam yang sudah pasti begitu dahsyat kesannya.
Faktor lain adalah ketiadaan ketua angkatan perang yang cekap seperti
Alfonso De Albuquerque untuk mengatur strategi dan memimpin
ketenteraan. Namun, Malaysia kini sudah pun merdeka sekali gus
tampil dengan pelbagai prasarana ketenteraan yang lengkap tidak
kira di darat, laut mahupun udara. Sebagai contoh, Tentera Laut
Di-Raja Malaysia bakal membeli dua buah kapal selam jenis Scorpene
untuk tujuan pengawalan keselamatan perairan negara. Bukan
sahaja di laut, Tentera Udara Di-Raja Malaysia pula melangkah
setapak ke hadapan dengan membeli 20 buah pesawat udara jenis
DHC-4A Caribou yang mana versinya adalah hampir sama dengan
versi yang dibeli oleh Tentera Udara di-Raja Australia. Dengan
adanya kemudahan-kemudahan tersebut, adalah tidak terlalu janggal
bagi mengklasifikasikan Malaysia adalah sebuah negara yang gagah
dan gemilang terutama dalam bidang keselamatan dan ketenteraan.

Secara konklusinya, sebagai langkah mengekalkan taraf


Malaysia yang diakui gagah dan gemilang, setiap individu perlu
mempunyai kesedaran bahawa kemerdekaan yang telah kita kecapi
selama lima dekad ini bukanlah milik kita, sebaliknya kemerdekaan
ini dipinjamkan kepada generasi hadapan. Sudah tentu tidak terlintas
difikirkan kita untuk dibayangi noda-noda kemunduran, pergaduhan
dan penindasan. Memetik kata-kata seorang pujangga, Qaulan
Shadidie, beliau pernah bermadah, “negara ini tertegak atas sumpah
keramat. Lantainya disimbah air mata, dindingnya tertegak atas tulang
temulang, atapnya disulam dengan peluh dan keringat”. Jadi, marilah
kita sama-sama memberi sumbangan dengan memainkan peranan
masing-masing untuk menyumbang sesuatu kepada pembangunan

27
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

negara dalam apa-apa jua aspek tanpa mengira kaum dan agama agar
terus maju dan melangkah lebih ke hadapan demi mengapresiasi jasa
dan pengorbanan nenek moyang terdahulu yang telah berkorban
jiwa dan raga semata-mata ingin memberi kesenangan kepada anak
cucu mereka yakni kita serta memberi sinar baru agar Malaysia
terus bergemerlapan dan berdiri megah sebagai sebuah negara yang
dikagumi seantero dunia, gagah dan gemilang.

Rujukan

1. Abdul Aziz b. Abd. Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah


Servai, (2003).

2. Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur; Percetakan Rina Sdn.


Bhd.

3. Ahmad Fawzi bin Mohd Basri, Mohd Foad bin Sakdan, Azami
bin Man (2002).

4. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan


Pustaka.

5. Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia, (1991).


Malaysia: The Way Forward. Ipoh: Percetakan Nasional
Malaysia Berhad.

6. Lotfi Ismail, (1988). Sejarah Malaysia 1400–1963. Kuala


Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

7. Mohamed Noordin Sopiee, 1963. Malaysia In Brief. Kuala


Lumpur: Department of Information Malaysia.

8. Ramlah binti Adam, Abdul Hakim Bin Samuri, Muslimin bin


Fadzil, (2004).

28
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

9. Sejarah Tingkat 3. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Tunku Abdul Rahman Putera, (1984). Malaysia: The Road To


Independence. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.

29
TEMPAT KEEMPAT

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:


NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Siti Hanisah Binti Ab. Latif
SMK Seberang Temerloh, Pahang

M eniti detik, menyusur denai waktu, antara lena mahupun


terjaga negara kita sebenarnya telah mencapai kemerdekaan
selama 50 tahun. Secara amnya, kebebasan mutlak diberikan
kepada penduduk peribumi bagi mengepalai pucuk pimpinan
negara yang pada awalnya di bawah pimpinan Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj. Walau bagaimanapun, harus dikenang
kembali, sejarah pendudukan imperialis barat yang banyak
memerah keringat rakyat Tanah Melayu dan sumber kekayaan
tanah air untuk kepentingan diri dan bangsa mereka. Betapa kejam,
rakus dan zalim pemerintahan mereka selama 446 tahun negara
dijajah. Sebagai rakyat Malaysia, rentetan sejarah negara yang
terdahulu seharusnya dijadikan sebagai wadah perjuangan bangsa
Malaysia.

“Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah”. Begitulah
diibaratkan keadaan dan situasi penduduk Tanah Melayu di zaman
era penjajahan. Selama itu juga, maka terciptanya pelbagai cerita.
Ada duka, suram dan kelam. Seandainya dicanangkan kepada
umum tentang kisah ini pasti ada yang akan terpana, terkedu dan
tidak kurang juga yang menitiskan air mata simpati. Bayangkan,
kekejaman imperialis ketika mereka bermaharajalela di bumi
Malaysia. Penduduk peribumi menjadi hamba, sedangkan bangsa

31
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

asing menjadi tuan dan hanya menggoyangkan kaki menanti kerja


diuruskan oleh orang lain. Senang-senang sahaja mereka mengarah
itu dan ini.

Cuba kita renungkan sejenak, kisah-kisah sejarah terdahulu.


Tujuan pendudukan Portugis di Melaka adalah bagi menyebarkan
agama Kristian, mengeksploitasi hasil kekayaan bahan mentah
negara, memonopoli perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara di
samping ingin membina sebuah empayar yang agung bagi kemegahan
negara Portugal. Seperti mana yang telah diucapkan oleh N.H Ryan
mengenai kedatangan Portugis, Portugis bertandang ke negara ini
kerana tiga perkara. Iaitu kekayaan (gold), keagamaan (gospel) serta
kemegahan (glory).

Apabila melihat kembali sejarah pendudukan British di Malaysia,


bukan sahaja telah berlaku campur tangan yang menggugat sistem
pentadbiran tempatan bahkan kedudukan dan status Sultan, pembesar
dan pegawai-pegawai tempatan turut terbiar. Kita dikuasai, ditindas
dan dibebani dengan bermacam-macam perubahan. Senario ini
ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Wadah pemerintahan
British telah menyebabkan kuasa Sultan menjadi terlalu kecil
selepas pengenalan Sistem Residen. Residen British mendominasi
pengurusan pentadbiran secara keseluruhannya. Kuasa Sultan hanya
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan
adat istiadat Melayu sahaja. Selain itu, pelbagai jenis cukai yang
diperkenalkan oleh mereka membebankan dan menindas penduduk
peribumi. Hak memungut cukai yang sebelumnya di bawah kuasa
Pembesar beralih kepada Residen dengan menggunakan pelbagai
cara dan tipu helah bagi mendapatkannya.

Sosial

Dari segi sosial pula, berlakunya kekangan dalam mewujudkan


perpaduan kerana lahirnya sistem pendidikan vernakular dan
penetapan bidang ekonomi terhadap tiga komuniti utama penduduk

32
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tempatan. Kecaman pemerintah seperti ini, turut melanda Tanah


Melayu semasa pendudukan Jepun kira-kira tiga tahun lapan bulan,
sejak 15 Februari 1942. Dalam tempoh itu pelbagai penerapan
budaya dan idealisme yang diguna pakai oleh pihak Jepun bagi
melunaskan cita-cita dan impian mereka. Tidak hairanlah, sejarah
penjajahan imperialis ke atas Tanah Melayu turut menyentuh
sentimen penerapan budaya Jepun. Mengupas kembali sejarahnya,
lagu kebangsaan negara Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan di semua
sekolah pada awal pagi di samping upacara menaikkan bendera
negara matahari terbit itu. Bukan itu sahaja, cuti-cuti umum di Tanah
Melayu adalah bergantung pada cuti-cuti umum di Jepun. Selain itu,
telah berlaku juga pertukaran nama-nama tempat dan stesen kereta
api seperti stesen Tanjung Pagar kepada stesen Kereta Api Syonan.

Mereka berjaya memperluaskan pengaruh di Tanah Melayu


menerusi propaganda tertentu antaranya melalui slogan “Asia
untuk Asia” dan “Semangat Asia”. Pelbagai dasar pemerintahan
dijalankan, ibarat kata pepatah, ‘yang teguh disokong, yang rebah
ditindih’. Watak penjahat yang dimainkan oleh mereka terserlah
apabila sejarah membuktikan bahawa kebajikan penduduk peribumi
diabaikan dan tidak diberi peluang bersuara. Manakala ekonomi
dikaut serta dieksploitasi hingga ke akar umbi untuk kepentingan
negara dan bangsa mereka.

Selain itu, syarikat-syarikat Jepun atau ‘kaisha’ mendapat


layanan yang istimewa ketika menapak di negara ini. Jepun
menjalankan dasar pemerintahan dan pentadbiran yang
bermaharajalela, mementingkan bangsa mereka sahaja hingga
rakyat tak ubah seperti menumpang di negara sendiri. Rakyat ibarat
“diikat dengan sehasta tali, hendak melawan terasa gentar, hendak
menurut terasa dipergunakan.” Serba tidak kena jadinya. Inilah di
antara rentetan sejarah sebelum kemerdekaan yang menampakkan
wajahnya.

Tanggal 31 Ogos 1957, merupakan detik bermakna kepada


setiap warganegara Malaysia. Tiada lagi tompok-tompok darah

33
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang memenuhi ruang angkasa. Tiada lagi bunyi tembakan senapang


mahupun ledakan bom. Tiada lagi air mata yang membasahi pipi
luka yang menangisi kematian keluarga tercinta. Tiada lagi jeritan si
anak kecil yang memanggil ibunya. Tiada lagi bangsa berkulit putih
mengarah penduduk tempatan itu dan ini. Era penjajahan telah lama
berakhir dan yang ada cuma rasa syukur dan kegembiraan yang tidak
dapat disimpulkan melalui kata-kata. Era kemerdekaan membuka
tirai kemajuan dan perubahan yang setaraf bangsa-bangsa asing dan
negara-negara lain. Coretan tentang perubahan pascamerdeka dapat
dilihat daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.

Politik

Dari segi politik, banyak perbezaan yang dapat kita saksikan.


Antaranya perubahan salasilah tunjang pemimpin negara. Tatkala
kemerdekaan membuka tabirnya, tampuk pimpinan negara telah
bertukar tangan kepada penduduk tempatan. Corak pemerintahan
yang dahulu, lebih kepada penindasan dan berbentuk kekerasan
telah berubah kepada corak pentadbiran yang lebih sistematik,
demokratik berparlimen dan anti keganasan. Semua ini adalah
hasil kerja keras dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang diberi gelaran
Bapa Kemerdekaan. Kejayaan Malaysia yang berjaya dicapai semasa
tampuk pemerintahan beliau ialah pembinaan Masjid Negara,
Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu
Kebangsaan.

Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak yang


juga Bapa Pembangunan. Beliau yang menjawat jawatan Perdana
Menteri dari 1970 hingga 1976 telah berjaya membuktikan bahawa
beliau juga mampu membawa Malaysia ke era pembangunan
global. Beliau banyak memberikan sumbangan untuk pembangunan

34
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan kemakmuran negara. Antaranya, Laporan Razak 1956, Dasar


Pelajaran Kebangsaan, Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dalam meneruskan misi pembangunan
negara, beliau juga tidak ketinggalan untuk menyatukan beberapa
Parti Perikatan iaitu MCA, UMNO dan MIC dengan mengasaskan
Barisan Nasional pada tahun 1974.

Rukun Negara juga merupakan ilham beliau ketika Majlis


Perundangan Negara dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969. Dalam
mesyuarat tersebut, golongan cerdik pandai dan pemimpin semua
kaum merincik gagasan Rukun Negara. Mereka berbuat demikian
kerana mahu mewujudkan satu negara dan bangsa Malaysia yang
beridentiti, bersatu padu, sedia berkongsi matlamat dan aspirasi
serta sanggup bangkit membela bangsa. Prinsip Rukun Negara yang
terdiri daripada Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja
dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang
serta Kesopanan dan Kesusilaan mampu menjamin kewujudan
bangsa Malaysia yang harmoni supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati secara adil dan saksama. Sehingga kini, masih ada cetusan
idea beliau yang masih kekal digunakan lagi.

Tun Hussein Onn

Pada 1976, pemerintahan Tun Abdul Razak diambil alih oleh


Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga. Selaku Bapa
Perpaduan, beliau amat menekankan isu-isu perpaduan melalui polisi-
polisi beliau dengan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara
kaum. Di samping itu, beliau juga sentiasa berusaha meningkatkan
taraf hidup kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum-kaum yang lain. Pada 20 April 1981, beliau telah
melancarkan dana Bumiputera yang dikenali sebagai Skim Amanah
Rakyat Nasional yang bertujuan meningkatkan ekuiti Bumiputera
dalam ekonomi negara.

35
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Hasil kecemerlangan ini, diteruskan pula oleh pucuk pimpinan


negara oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir
Mohamad sejak 1981 sehingga persaraan beliau pada 2003.
Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi
negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau
rancang dan laksanakan. Beliau menjadi perintis kepada Dasar
Pandang ke Timur bagi mencapai kemajuan dari segi pendidikan
serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mewujudkan
anjakan paradigma rakyat Malaysia.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa,


pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir.
Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai
Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui
HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia). Wawasan
2020 juga merupakan ilham daripada beliau. Beliau sangat tegas
dengan wawasan yang diciptakannya ini, dan berharap suatu hari
nanti rakyat Malaysia mampu berdaya saing di peringkat global
serta berdaya kreatif, inovatif, kompetitif dan produktif agar mampu
mengorak langkah yang lebih gemilang untuk era akan datang.
Nama Tun Dr. Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan
Malaysia”, “Pencetus Negara Maju” dan negarawan ulung yang
telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria
dan penuh bertenaga.

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Pada 31 Oktober 2003 satu lagi sejarah terlakar, apabila Dato’


Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Perdana
Menteri Malaysia kelima. Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan
oleh beliau, memberi penekanan dalam pelbagai aspek kehidupan
rakyat Malaysia yang beragama Islam. Misalnya, menekankan sikap
yang lebih proaktif dalam sebarang tindak-tanduk, membangunkan

36
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

institusi Islam yang berdaya saing dalam semua bidang sama ada
dari aspek sosialisasi mahupun pembangunan politik, ekonomi dan
integriti nasional dengan agama lain.

Antara intipati yang mendasari perjuangan ke arah Malaysia,


Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ialah konsep Islam Hadhari
yang mahu membangunkan negara secara menyeluruh dan
seimbang. Ia berlandaskan pentadbiran pengurusan, perkhidmatan,
pemikiran “kelas pertama” dan sahsiah yang mulia dalam kalangan
semua rakyat Malaysia. Selain itu, beliau juga mahu Malaysia terus
memainkan peranan yang berpengaruh selaku Pengerusi NAM dan
OIC serta terlibat secara aktif di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB), terutamanya dalam usaha menamatkan ketidakadilan dan
kezaliman sejagat serta mendaulatkan undang-undang.

Perjuangan beliau seterusnya ialah membangunkan ekonomi


negara berasaskan ilmu pengetahuan melalui kemajuan sains
dan teknologi. Kegigihan beliau membawa Malaysia ke arah
kecemerlangan dan kegemilangan adalah satu perjuangan murni.
Beliau telah mengumumkan pendekatan yang realistik dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan menggarap
beberapa pendekatan yang dirasakan perlu untuk mengekalkan
kestabilan politik, ekonomi, sosial negara di samping memacu
Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Selaras
dengan pembinaan modal insan seperti mana yang diuar-uarkan
dalam RMK-9, adalah menjadi kewajipan semua individu bagi
memastikan tiada siapa yang harus tercicir dalam mencapai hasrat
ini.

Ekonomi

Dari segi ekonomi pula, sasaran kerajaan terbahagi kepada


tiga sektor utama iaitu sektor pertanian dan perindustrian telah
menjadi aset negara yang penting. Dalam pada itu, sektor ini juga
dijadikan platform untuk membangunkan ekonomi negara. Dasar

37
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Ekonomi Negara (DPN) yang dilancarkan pada 12 Januari 1984


bertujuan untuk meningkatkan sektor pertanian ke tahap yang
maksimum berdasarkan pengurusan sumber yang cekap dan efisien.
DPN juga bermatlamat untuk memajukan komuniti utama yang
berpotensi untuk dieksport dengan menyediakan perkhidmatan
sokongan pertanian seperti pemasaran, kredit, subsidi, serta
penyelidikan.

Sesuatu yang menarik mengenai perubahan pascamerdeka


ke atas sistem sosialisasi masyarakat Malaysia ialah perubahan
perjalanan kehidupan masyarakat sehari-hari. Hal ini kerana
masyarakat pascamerdeka dapat disatukan ekoran penyeragaman
sistem pendidikan, bahasa kebangsaan, dan ketetapan Rukun Negara.
Instrumen ini telah mencetus wadah pembentukan integriti nasional
dalam kalangan masyarakat. Contohnya, sistem vernakular iaitu
sistem pendidikan mengikut sukatan pembelajaran di negara asal
yang diamalkan semasa pendudukan British. Ia sememangnya
mengekang masyarakat daripada bersatu. Lantaran itu, ia telah
memberi ilham kepada kerajaan bagi menyeragamkan sistem
pendidikan di negara ini.

Selain itu, sistem penetapan bidang pekerjaan bagi tiga


komuniti kaum terbesar yang menghalang penyatuan ini juga
telah diubah kepada dasar yang bergantung kepada pencapaian
individu. Semasa pemerintahan British, tiga komuniti kaum
iaitu Melayu, Cina dan India telah dipecahkan kepada beberapa
kelompok ekonomi. Estet dikerjakan oleh Muthu yang mewakili
kaum India, lombong bijih timah dikelolakan oleh Ah Meng,
yang mewakili kaum Cina sementara Ahmad, mewakili kaum
Melayu menerajui pertanian mahupun perikanan. Namun, selepas
tanggal 31 Ogos 1957, Muthu berjaya membuka gedung tekstil,
Ah Meng menguasai rangkaian pusat membeli belah dan Ahmad
berdaya saing dalam bidang pertanian moden.

38
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kemajuan

Selama 50 tahun negara kita merdeka, perubahan sektor


pendidikan dapat juga dilihat melalui pertambahan sekolah-sekolah
dan pusat pengajian tinggi. Institusi ini menjadi semakin agresif dalam
menyebarkan dakyah pendidikan melalui kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) sejajar dengan perkembangan
dunia hari ini. Antaranya, Sekolah Bestari yang dilengkapi prasarana
teknologi maklumat dilaksanakan bagi menyokong usaha memupuk
rasa cinta terhadap ICT. Selain itu, kurikulum juga digubal dan
diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis,
inovatif, dinamik, kreatif dan analitis. Agenda ini bertepatan dengan
seruan kerajaan bagi melahirkan kumpulan tenaga kerja yang
berpendidikan tinggi dan berkemahiran tinggi sebagaimana yang
diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi.

Kemajuan terus berkembang dari sehari ke sehari sehingga


wujudnya sektor persyarikatan. Dasar Persyarikatan Malaysia ini
diperkenalkan bagi merangsang penglibatan sektor swasta secara
aktif dan berkesan dalam pembangunan negara. Pada 13 Mac
1983, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan dasar ini
dengan harapan agar dapat mengurangkan bebanan kewangan
kerajaan. Sejurus itu, ia dapat meningkatkan produktiviti serta
kualiti perkhidmatan atau barangan, ekoran sektor ini lebih cekap
daripada sektor awam. Tambahan pula, sektor ini banyak membantu
mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan
modal dan sektor swasta.

Tidak hairanlah, sekiranya pada hari ini kita dapat melihat


pelbagai syarikat yang membangun dengan pelbagai jenis
perniagaan dipasarkan, beraneka pilihan produk dijual dan berbagai-
bagai bentuk peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut.
Umpamanya Petronas. Satu-satunya syarikat milik Malaysia yang
disenaraikan di antara 500 syarikat gergasi dunia. Syarikat ini bergerak
aktif mencari gali, mengeluar dan memasarkan minyak dan gas cecair
asli di 32 buah negara asing. Syarikat ini juga menjadi aset negara

39
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dalam industri petrokimia secara besar-besaran. Keuntungannya


berjaya mengatasi keuntungan syarikat minyak utama di dunia
contohnya Exxon-Mobil, Total, Chevron, Texaco dan Shell.

Pembangunan dan Seni Bina

Perkembangan dalam aspek pembangunan dan seni bina juga


begitu menyerlah. Alam bina dunia Melayu, Kompleks Pejabat
Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya adalah salah satu tanda
perkembangan pembangunan negara. Era pembangunan terus pesat
sehingga arkitek-arkitek negara berjaya mengharumkan nama negara
di peringkat antarabangsa. Negara kita gah dengan mercu tanda
Malaysia. Antara yang dikagumi ialah Menara Kuala Lumpur yang
mempunyai rangkaian telekomunikasi yang canggih dan terkini.
Menara yang terletak di Bukit Nanas ini dibina setaraf kemajuan
sains dan teknologi tetapi tetap menerapkan elemen Islamik iaitu
menggunakan reka bentuk yang berlandaskan masyarakat Islam
moden. Keindahan kubah telah dihiasi kaca yang bersinar umpama
berlian, disusun rapi bercirikan gaya Muqarnas, rekaan dan berasal
dari Esfahan, Iran. Rekaan ini membentuk corak kasar yang lebih
besar di dasar untuk melambangkan tujuh lapisan langit.

Seterusnya ialah Bangunan Parlimen yang menjadi lambang


demokrasi di Malaysia. Bangunan yang terletak di Tasik Perdana
ini berharga RM16 juta dan kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan
pada tahun 1960. Sementara itu, pada 1963, perasmian bangunan ini
telah diperkenankan di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong ketika itu. Pada hari tersebut, baginda bertitah: “Bukanlah
keindahan bangunan ini yang menjadi ukuran tetapi yang penting
ialah peranan yang diperjuangkan oleh Parlimen sebagai bangunan
yang menjadi bukti dan warisan pegangan demokrasi yang diamal
dan dipertahankan di negara ini”.

Dalam pada itu, seni bina yang terdapat di Dewan Filharmonik


yang siap dibina pada tahun 1998 turut menyerlahkan kecemerlangan

40
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tamadun Melayu. Selain itu, pembinaan Lapangan Terbang


Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Keretapi Aliran Transit
Ringan (LRT) juga lambang kemegahan negara dalam sektor
perhubungan dan pengangkutan pada masa kini.

Wira Negara

Mendepani era globalisasi, rakyat tempatan pasca merdeka


tidak ketinggalan untuk mengharumkan nama Malaysia di bumi
asing. Terdapat anak-anak Malaysia yang berjiwa besar mampu
berlayar mengelilingi dunia secara solo seperti Dato’ Azhar Mansor,
mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest secara
berkumpulan oleh M. Magendran dan S. Mohandas pada tanggal 23
Mei 1997, dan berenang merentasi Selat Inggeris iaitu Datuk Malik
Maidin.

Kehebatan rakyat Malaysia juga terserlah dalam arena sukan


misalnya Nicol Ann David yang mempamerkan aksi cemerlang dalam
sukan squash di peringkat antarabangsa. Pencapaian Malaysia dalam
bidang pidato umum turut cemerlang menerusi pencapaian Melati
Abdul Hamid yang berjaya dinobatkan sebagai Pemidato Terbaik
pada pertandingan Mahkamah Undang-Undang Antarabangsa.

Malaysia Gagah Gemilang

Setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia kekal


gagah gemilang adalah hasil keringat dan jerit perih lima Perdana
Menteri Malaysia yang menjadi peneraju bangsa dan tanah air,
lima aspek Rukun Negara yang menjadi unsur integriti nasional
dan tiga rumpun kaum yang berbeza disatukan di bawah panji Jalur
Gemilang.

Sesungguhnya, perjuangan untuk mencapai kemerdekaan telah


memperlihatkan komitmen yang jitu daripada generasi terdahulu.

41
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Maka, perjuangan ini perlu diteruskan oleh generasi pada hari ini,
dengan meneruskan perjuangan mengisi kemerdekaan dan sentiasa
memastikan negara tidak dikekang oleh neoimperialisme.

Rujukan

1. Mega Setia, 2005. Seri Koleksi Sejarah Ke Arah Kemerdekaan:


Mega Setia Publication.

2. Ramlah binti Adam, Shakila Parween bt. Yacob, Abdul Hakim


bin Samuri dan Muslim bin Fadzil, 2004. Sejarah tingkat 5:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Dewan Siswa, Mei 2007: Dewan Bahasa dan Pustaka.

42
TEMPAT KELIMA

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:


NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Krishnakumar A/L Kanesan
SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur

N egara kita telah mencatat satu pencapaian besar pada tanggal


31 Ogos 1957 apabila berjaya membebaskan tanah ini dari
belenggu penjajahan tanpa pertumpahan darah. Bermula detik
bendera Union Jack diturunkan dan laungan bersejarah oleh
bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, negara
menyaksikan kejayaan yang bertali arus dari aspek fizikal mahupun
sosial dan rohani.

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan dibuat, tepat pada pukul


12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, di hadapan Kelab Selangor,
Kuala Lumpur, bendera Union Jack telah diturunkan. Sejurus
kemudian, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh
beberapa orang pemuda UMNO. Peristiwa menurunkan bendera
Union Jack penuh bersejarah itu disaksikan oleh ribuan rakyat
negara ini. Sebaik sahaja bendera Union Jack mencecah bumi,
orang ramai bersorak sambil memberi tepukan gemuruh.

Laungan merdeka bergema menandakan kemenangan rakyat


yang bebas daripada belenggu penjajah. Bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang berkibar megah di puncak tiang ditatap dengan bangga
oleh setiap rakyat negara. Sehari sebelumnya iaitu pada 30 Ogos
1957, pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah

43
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dilakukan dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala


Lumpur. Stadium ini yang dibina khas untuk upacara pengisytiharan
kemerdekaan negara telah siap sehari sebelum pemasyhuran
kemerdekaan itu diadakan.

Ini adalah bangunan negara yang dibina khas untuk melahirkan


identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka. Peristiwa
pemasyhuran kemerdekaan disaksikan oleh ribuan rakyat. Mereka
memenuhi setiap tempat duduk di stadium itu. Raja-raja Melayu
yang berkilau dan dipayungi dengan payung di raja. Duduk
berbaris bersemayam di pentas khas. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of
Wellington, bersedia dengan penyerahan kuasa.

Upacara dimulakan dengan ucapan wakil baginda Ratu England.


Kemudian, beliau menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan
kepada Yang di-Pertuan Agong, ketua negara Persekutuan Tanah
Melayu. Kemerdekaan ini menandakan pemulangan semula kuasa
politik negara ini kepada pemerintah setelah dikuasai oleh penjajah
selama hampir tahun 446 tahun. Pemulangan kuasa ini dilakukan
dengan penuh tatatertib dan sopan. Tunku Abdul Rahman, ketua
kerajaan parti Perikatan yang bakal menjadi Perdana Menteri
pertama negara telah membaca perisytiharan kemerdekaan itu dengan
lantang sekali. Kemudian, Tunku melaungkan seruan MERDEKA!
Sebanyak tujuh kali. Ini disambut dengan laungan MERDEKA! oleh
para hadirin. Laungan mereka bergema memenuhi ruang stadium.
Semangat mereka terbakar oleh kegembiraan setelah berjaya
melepaskan diri daripada penjajahan kuasa asing. Ini adalah hasil
perjuangan keramat setiap rakyat yang mencintai negaranya yang
berdaulat dan merdeka. Pada hari itu, Majlis Perundangan Negara
(MPN) menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenali
sebagai Rukun Negara demi menjaga keamanan negara.

Setelah berjaya membebaskan Persekutuan Tanah Melayu


daripada belenggu penjajahan British, perjuangan Tunku Abdul
Rahman seterusnya adalah membebaskan Sarawak, Sabah dan
Brunei. Sehubungan dengan itu, Tunku Abdul Rahman telah

44
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia iaitu percantuman


antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri berkenaan
bagi membentuk sebuah Persekutuan Malaysia. Gagasan Persekutuan
Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman menjadi
kenyataan apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada
16 September 1963. Kejayaan pembentukan Persekutuan Malaysia
melalui kaedah diplomasi telah mengagumkan semua orang di dunia
ini.

Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia


dan Filipina bukan sahaja tidak mengiktiraf Malaysia, malahan
memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Indonesia yang
lebih agresif berbanding Filipina telah mengambil langkah drastik
dengan melancarkan konfrontasi. Berikutan itu, tentera Indonesia
telah menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak. Walaupun konfrontasi semakin tegang,
pemimpin Malaysia terus meneruskan usaha perdamaian. Antaranya
membuat rundingan, menghantar bantahan rasmi kepada Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB), dan menyusun semula Pasukan Pertahanan
Negara (PPT). Kerajaan Malaysia juga mendapat sokongan daripada
tentera negara Komanwel seperti Britain, New Zealand, Australia
dan Kanada.

Tahun-tahun kemerdekaan ternyata amat mencabar dan Tunku


telah meneruskan kewibawaannya dalam menjamin perpaduan yang
kukuh di kalangan penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum.
Ikatan yang terjalin semasa perundingan menuntut kemerdekaan,
diteruskan dan diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Perpaduan
erat tiga kaum utama, iaitu kaum Melayu, India, Cina dan sebagainya
kekal hingga hari ini. Ini merupakan salah satu pencapaian negara
paling berharga yang menjadi teras kestabilan dan kemakmuran
yang kita kecapi hari ini. Salah satu kejayaan Tunku Abdul Rahman
selepas kemerdekaan ialah penubuhan Persatuan Asia Tenggara
(kemudian ASEAN) yang menjadi batu loncatan untuk pelaksanaan
dasar luar Malaysia. Tunku juga telah membawa Tanah Melayu
ke arena antarabangsa dengan merintis penubuhan pertandingan

45
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

peringkat antarabangsa. Jika pada 1948, 1952 dan 1955 Tanah


Melayu yang merupakan tanah jajahan British telah merangkul Piala
Thomas dalam acara badminton sebanyak tiga kali berturut-turut.
Kejayaan ini disambung oleh gagasan Malaysia apabila menjuarai
piala tersebut buat kali pertama pada 1967.

Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak menyaksikan


Malaysia terus dibangunkan. Revolusi pertanian bermula di negara
kita apabila RISDA ditubuhkan untuk membangunkan sektor
pertanian bagi menjana ekonomi negara. Namun, hasil bumi yang
lain tidak dipersiakan. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
ditubuhkan untuk menyelaras perkembangan industri petroleum
negara secara menyeluruh. Hari ini, Petronas memiliki lebih daripada
seribu cawangan syarikat dan syarikat bersekutu di tiga puluh buah
negara dan banyak negara lagi di seluruh dunia. Keamanan negara
yang kukuh di bawah pemerintahan Perdana Menteri Ketiga iaitu
Tun Hussein Onn telah menarik lebih ramai pelabur asing. Dua tahun
selepas beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, ekonomi
negara mencatat pertumbuhan yang menakjubkan iaitu peningkatan
hampir empat puluh peratus. Awal tahun 80an menyaksikan Malaysia
melangkah lebih baik ke era perindustrian. Industri elektronik semakin
dipertingkatkan. Siapa sangka Malaysia akan menjadi pengeksport
separa-konduktor yang besar dan pengeksport penyaman udara yang
ketiga terbesar di dunia.

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama


sebelum memulakan pelbagai rancangan pembangunan yang agresif
di samping meneruskan usaha-usaha yang telah direncanakan
pemimpin-pemimpin sebelumnya. Pelbagai dasar dan konsep baru
dilancarkan dari tahun demi tahun yang memperlihatkan banyak
faedah kepada negara. Di antaranya, Dasar Pandang Ke Timur,
Persyarikatan Malaysia dan Wawasan 2020. Projek kereta nasional
diumumkan pada 1983 dan dua tahun berikutnya kereta pertama
Malaysia Proton Saga meluncur megah di jalan raya. Selepas Saga,
Proton melancarkan beberapa kereta lain seperti Mira, Satria,
Perdana, Waja, Putra, Gen-2 dan Juara. Proton hari ini dieksport ke

46
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

lebih 30 buah negara seluruh dunia termasuk negara bekas penjajah,


United Kingdom sebagai pasaran utama. Kilang pengeluaran
Proton yang baru di Tanjung Malim mempunyai kapasiti untuk
mengeluarkan sehingga sejuta kereta setahun berbanding kilang di
Shah Alam yang mengeluarkan 230,000 unit kereta setahun.

Pada 1965, Jambatan Pulau Pinang siap dibina. Jambatan


yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung telah
diilhamkan oleh Tun Abdul Razak sejak tahun 1960an. Disebabkan
masalah kewangan impian beliau tidak dicapai. Tetapi, di bawah
pentadbiran Dr. Mahathir akhirnya projek ini menjadi realiti,
walaupun mendapat kritikan keras daripada beberapa pihak pada
peringkat awal pembinaan. Kini tiada siapa yang dapat menafikan
peranan besar Jambatan Pulau Pinang, malah jambatan tersebut
menjadi satu kebanggaan negara apabila diiktiraf sebagai jambatan
terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Pada
tahun 1989 negara semakin dikenali apabila menganjurkan Sukan
Sea XV, serta menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua Kerajaan
Komanwel (CHOGM), walaupun menghadapi pelbagai cabaran
kestabilan negara juga semakin terserlah pada tahun yang sama.
Parti Komunis Malaya yang menghantar wakilnya untuk berunding
dengan Persekutuan Malaysia dan bersetuju untuk meletakkan
senjata dan bersedia berdamai. Ini menunjukkan bahawa tamatnya
perjuangan Parti Komunis Malaya di negara kita.

Sepuluh tahun sebelum tiba alaf baru, peralihan fizikal dan insani
yang dilalui, di mana jutaan pelawat dan pendatang terus membanjiri
seluruh pelosok negara kerana kemakmuran dan kestabilan negara
telah menarik perhatian mereka. Kisah tentang para perajurit juga
disanjung hingga ke hari ini. Semangat patriotik para perajurit juga
terus disampaikan kepada generasi muda melalui mata pelajaran
moral dan sejarah di sekolah.

Pada 1991 arah tuju dan aspirasi negara di sorot dan diperjelaskan
dengan pelancaran Wawasan 2020 telah menyerlahkan pandangan
jauh dan jitu Perdana Menteri Dr. Mahathir. Perancangan jangka

47
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

panjang itu menetapkan matlamat dan cabaran-cabaran yang perlu


ditempuhi oleh kerajaan Malaysia demi menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju dalam acuan tersendiri menjelang 2020.
Dengan ekonomi tempatan yang semakin kukuh dan kestabilan
yang ketara, Malaysia bukan sahaja terus menerima kedatangan
pelabur asing, tetapi syarikat-syarikat Malaysia juga telah membuka
lebih banyak pelaburan di luar negara. Lebuh Raya Ekspres Utara-
Selatan sepanjang 850 km yang siap dibina pada 1994 memperbaiki
mobiliti dan pengangkutan ke tahap yang lebih baik. Kalau pada
dekad 70an semua terpaksa ke balai polis atau ke rumah ketua
kampung untuk meminjam telefon, tetapi bermula dari 1995 sudah
ramai yang mempunyai telefon peribadi (handphone) di saku
mahupun di genggaman. Pada 1996 Malaysia melancarkan satelit
pertama, MEASAT ke angkasa lepas. Berikutannya MEASAT 1 dan
TIUNGSAT juga dilepaskan ke angkasa lepas demi meningkatkan
taraf kehidupan rakyat Malaysia dengan menyampaikan berita
dengan secepat mungkin. Pada tahun yang sama juga Perbadanan
Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor
Raya Multimedia (MSC). Dengan pelancaran MSC, Malaysia
memulakan langkah ke era baru, iaitu era ekonomi berasaskan
maklumat. Peringkat awal pembangunan MSC yang meliputi
beberapa aplikasi berteknologi tinggi termasuk konsep kerajaan
elektronik, teleperubatan dan kad pintar serba guna (MYKAD).

Tahun berikutnya, kejayaan M. Magendran dan N. Mohandas


sebagai rakyat Malaysia yang pertama menawan puncak Gunung
Everest. Peristiwa ini menyemarakkan semangat pemimpin dan
rakyat untuk terus membawa Malaysia ke tahap yang tertinggi.
Pada tahun ini selama enam orang berjaya memuncak Gunung
Everest demi memenuhi 50 tahun kegemilangan negara Malaysia.
Antaranya, Fotografi RTM Idris Syed, Mohammed Fausan, Marina
Ahmad, Ahmad Riduan dan Ahmad Fakri. Timbalan Perdana Menteri
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan tahniahnya
melalui telefon setelah mereka melaungkan “Malaysia Boleh” di
puncak Gunung Everest. Selain daripada mereka, Dato’ Abdul Malik
Mydin telah berjaya menaikkan nama negara apabila beliau berjaya

48
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

merentasi Selat Inggeris sejauh 32.8 km pada 3 Ogos 2993 yang lalu
dalam masa yang begitu singkat iaitu 17 jam 30 minit 15 saat. Rakyat
Malaysia bukan sahaja membuktikan kepada negara lain bahawa
rakyat Malaysia mampu mendahului negara lain dalam acara renang,
malah menunjukkan kehebatannya dalam bidang penerjunan dengan
menggunakan payung terjun. Sebanyak enam belas orang penerjun
negara yang diketuai oleh Encik Rahim Dahalan telah berjaya
mendarat di kutub utara pada 21 April 1998 dari jarak sebanyak
3000 meter. Rakyat Malaysia juga meningkatkan imej negara dengan
menciptakan pelbagai ciptaan seperti H-Ometer.

Pada 1997 juga Malaysia merampas takhta sebagai pemilik


bangunan tertinggi di dunia bila Menara Berkembar Petronas siap
dibina. Beberapa projek gergasi menyusul selepas itu, di antaranya
Roda Pusing Gergasi (eye on Malaysia), Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa F1 di
Sepang serta kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil. Kesemua projek-
projek ini bukan sahaja telah memberi kemudahan, manfaat dan
pekerjaan kepada rakyat malah ia telah menjulang nama Malaysia di
peta dunia. Malaysia terus menjadi perhatian dunia apabila menjadi
tuan rumah kepada Sukan Komanwel XVI pada 1998. Walaupun
ekonomi negara pada ketika itu sedikit tergugat ekoran spekulasi
mata wang oleh golongan tidak bertanggungjawab, temasya sukan
berkenaan berjaya dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang.
Pada masa yang sama kerajaan menolak bantuan Dana Mata Wang
Antarabangsa (IMF) yang dilihat cuba menguasai negara secara
halus. Kawalan modal terpilih dan tambahan ringgit dilaksanakan
untuk memulihkan ekonomi negara. Selain itu negara kita juga
menawarkan peluang pendidikan yang dapat dinikmati oleh lebih
ramai pelajar dengan pembukaan puluhan institusi pengajian tinggi
swasta dan kampus-kampus cawangan universiti negara asing, di
samping institusi pengajian tinggi negara meningkat kepada 500,000
orang. Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan juga menerima
kemasukan ramai pelajar asing, membuktikan bahawa Malaysia kini
dipercayai sebagai tempat pencarian ilmu dan pusat pendidikan yang
berwibawa.

49
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Fajar alaf baru, melihat Malaysia melangkah keluar dari belenggu


kegawatan ekonomi. Malah, usaha negara dengan dasar sendiri dalam
menangani kegawatan ekonomi telah menerima pujian daripada
IMF. Di alaf baru ini, penerokaan lebih aktif ke dunia maklumat
dengan pembukaan lebih banyak pusat ilmu dan teknologi. Ulang
tahun ke-20an pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad pada 2001
merangkumi senarai panjang pencapaian negara yang bukan sahaja
menjadi kemegahan dan inspirasi warga Malaysia malah telah
hampir mengeluarkan negara dari kelongsong dunia ke tiga. Suara
lantang Dr. Mahathir di tanah air dan di arena antarabangsa dilihat
bukan sahaja sebagai pencapaian peribadi beliau malah merupakan
kejayaan besar yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Politik yang stabil dan kehidupan rakyat yang harmoni


memungkinkan Malaysia mencapai begitu banyak kejayaan.
Seterusnya, dengan pemimpin dan rakyat yang matang, berilmu,
berbudaya, kreatif dan inovatif adalah jalan bagi Malaysia menuju
ke arah Wawasan 2020 kelihatan lebih cerah dan indah, meskipun
banyak cabaran-cabaran baru yang menanti di hadapan.

Rujukan

1. Buku teks Sejarah Tingkatan Lima

2. Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 5

50
ESEI PILIHAN

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:


NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Nurul Aida Binti Razali
SMK Damak, Jerantut, Pahang

P ada hari ini, negara Malaysia merupakan sebuah negara


yang sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan
masyarakat di luar negara. Hal ini kerana, kemajuan yang telah
dicapai oleh Malaysia selepas mengecapi kemerdekaan semakin
mendadak dari tahun ke tahun. Perubahan yang drastik ini telah
membuka mata pelbagai pihak yang sedang bersaing dengan
Malaysia dalam usaha memajukan negara. Banyak yang berbicara
tentang merdeka tetapi tahukah mereka apakah yang dimaksudkan
dengan kemerdekaan?. Kemerdekaan boleh diertikan sebagai
kebebasan hidup. Kemerdekaan adalah hidup tanpa penindasan
oleh sesuatu kuasa. Dahulunya, negara Malaysia menghadapi
pelbagai halangan dalam usaha menjadi sebuah negara yang maju.
Namun begitu, kesemua kesusahan yang dihadapi oleh rakyat di
negara ini berakhir apabila menjelangnya tanggal 31 Ogos 1957,
ketika Perdana Menteri kita yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj melaungkan perkataan “merdeka” di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur. Pada tanggal 31 Ogos 2007, negara kita
genap 50 tahun mencapai kemerdekaan. Ini adalah harapan semua
rakyat Malaysia untuk meneruskan kemerdekaan selaras dengan
kata-kata bijak pandai, Syeikh Muhamad Abduh, “peganglah kuat-
kuat kemerdekaan yang telah engkau peroleh kerana kemerdekaan
itu sedikit sekali di dunia ini”.

51
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Jika dikaji secara terperinci, Ogos 1957 tidak semudah yang kita
sangka untuk melalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Kita
sedia maklum, perpaduan kaum amat penting untuk memastikan
negara tidak diganggu gugat oleh negara asing, bak kata peribahasa
Melayu, “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Bekas Perdana
Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada berkata “kita
hendaklah mengetepikan emosi yang akan menimbulkan perpecahan,
sebaliknya bersatu padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh
membangunkan negara”. Pada masa kini, kita tiada Dol Said untuk
menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, Rentap
menentang Kubu Raja Brooke di Nanga. Pada tahun 1983, Dato’
Maharaja Lela membunuh J.W.W Birch pada 1875 di Pasir Salak
dan Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris
pada tahun 1894 hingga 1900 di Sabah. Apa yang kita ada ialah
barisan pemimpin negara yang telah berjuang untuk keamanan
negara haruslah dikenang agar jasa dan sumbangan mereka tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Antara pemimpin negara
yang telah berbakti untuk negara adalah Tunku Abdul Rahman,
Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad
dan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Merekalah yang
banyak menyumbang kepada kemajuan negara kita pada hari ini
yang sedang menempa nama di mata dunia.

Malaysia menjadi sebuah negara yang gah membangun


selepas peristiwa hitam ketika Malaysia ditindas oleh negara asing
diisytiharkan berakhir. Malaysia menjadi sebuah negara yang gagah
dan pesat membangun dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah
ekonomi, sosial, politik, arena sukan dan teknologi. Kepesatan
pembangunan yang di kecapi oleh Malaysia diibaratkan cendawan
tumbuh selepas hujan. Ketika ini, bangunan pencakar langit
seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas
dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang telah
didirikan di atas bumi Malaysia. Kemajuan ini melambangkan
betapa gahnya Malaysia pada hari ini. Masyarakat dari negara luar
amat kagum dengan pembangunan negara kita yang begitu pesat.
Malaysia juga telah berjaya mencapai hasratnya untuk duduk sama

52
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

rendah berdiri sama tinggi dengan negara luar. Walaupun Malaysia


merupakan sebuah negara pascamerdeka, rakyat negara ini tidak
pernah berputus asa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang pesat membangun. Hasrat ini dapat dicapai kerana
sikap mereka yang tidak jemu untuk memajukan negara dalam
pelbagai aspek. Sebagaimana kata-kata ahli bijak pandai, Beng Tju,
“rakyat itu akar bangsa, jika akarnya sihat, pokoknya juga tentu akan
sihat”.

Selain itu, kemajuan Malaysia dari segi ekonomi telah


membuatkan negara asing memandang tinggi kepada negara kita.
Pelbagai institusi swasta telah muncul dan banyak membantu
Malaysia dalam usaha menjadi sebuah negara yang maju. Sektor
swasta telah menyediakan banyak peluang pekerjaan yang lebih baik
dan menguntungkan. Kepesatan Malaysia dari segi pembangunan
banyak membantu dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi
negara. Seperti yang kita sedia maklum, negara Malaysia adalah
sebuah negara yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Hal
ini telah menyebabkan ekonomi di Malaysia meningkat. Pada tahun
2002, bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mengabaikan kejayaan
yang telah dicapai oleh negara. Misalnya, ekonomi negara kita yang
stabil dan pembangunan semakin pesat serta kemajuan teknologi
yang serba canggih. Beliau menyeru rakyat agar menghargai
segala kemajuan yang diperoleh selama ini dan melipatgandakan
usaha bagi meningkatkannya. Dalam konteks ini, perpaduan dan
kerjasama berkait rapat. Ini penting untuk mengekalkan kestabilan
dan keharmonian negara. Kita juga haruslah mempunyai strategi
untuk membangunkan negara. Ahli bijak pandai, Frank Tibolt ada
berkata, “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi
sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan.”

Di samping itu, negara Malaysia juga telah berkembang maju


dalam sektor pertanian selepas mengecapi kemerdekaan. Sektor
pertanian telah berkembang maju kerana pertanian merupakan
sumber utama pemakanan rakyat Malaysia. Sektor pertanian telah

53
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

banyak memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar


(KDNK). Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia pada hari ini
merupakan pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada hitam
yang utama di seluruh pelosok dunia. Kemajuan negara Malaysia
dalam sektor pertanian telah membuka banyak peluang pekerjaan
kepada rakyat. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
taraf ekonomi di negara kita. Pada tahun 2020, tidaklah mustahil
sekiranya berlaku revolusi makanan. Sektor pertanian juga
merupakan aset yang penting dalam usaha memajukan negara. Ini
kerana, sektor pertanian penting kepada sektor-sektor yang lain.
Misalnya, sektor perindustrian bergantung pada sektor pertanian
untuk mendapatkan bahan mentah. Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan pengaliran wang ke luar negara malah dapat menarik
minat rakyat asing untuk mengimport bahan mentah di negara kita.
Kita haruslah berusaha untuk menjadikan Malaysia pilihan pertama
dalam setiap perkara bak kata peribahasa Melayu, “biar putih tulang,
jangan putih mata”.

Selain itu, negara Malaysia juga amat berkembang maju


dalam industri pelancongan. Pelancongan merupakan salah satu
bidang industri yang memberi pendapatan lumayan kepada negara
Malaysia. Industri pelancongan merupakan antara industri yang
diberi tumpuan dan perhatian yang lebih oleh sesetengah negara.
Industri pelancongan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi
negara. Pada tahun ini, 2007, merupakan Tahun Melawat Malaysia.
Jadi, bermulalah pelbagai strategi baru bagi menggalakkan
sektor pelancongan di Malaysia. Penambahan padang golf, pusat
pelancongan baru seperti hutan, pantai, pulau, gunung, taman
negara dan pusat-pusat tumpuan pelancongan yang lain seperti
pusat membeli belah, pusat sukan, pusat sejarah dan alam sekitar
telah menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.
Pelbagai pembaharuan dan penambahan mengenai sektor
pelancongan menyebabkan kita dipandang tinggi oleh negara luar.
Melalui kempen Tahun Melawat Malaysia ini, negara kita dibanjiri
oleh berpuluh ribu pendatang asing. Kemajuan inilah yang amat
bermakna bagi negara kita dalam usaha membangunkan negara.

54
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dalam konteks ini, bangsa memainkan peranan amat penting.


Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, “apabila sesuatu
bangsa itu tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka
sudah tentulah bangsa itu akan kekal dalam kehinaan.”

Dalam konteks yang lain, pendidikan di Malaysia sedang


mengalami reformasi yang amat pesat pada hari ini. Koridor Raya
Multimedia (MSC) telah diperkenalkan dan akan menjadi alat
penting dalam bidang pengajaran pendidikan di sekolah. Datuk
Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengatakan bahawa MSC
mempunyai fungsi yang berkesan dalam sistem pendidikan negara.
MSC membolehkan negara memasuki era teknologi maklumat dan
seterusnya menjadi pemangkin kemajuan negara dalam menempuh
gelombang tamadun manusia pada alaf baru nanti. Pada abad
ke 21 ini, pertumbuhan kolej-kolej swasta begitu pesat ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakan sekolah di Malaysia
menggunakan komputer untuk proses pembelajaran. Perkembangan
Pengajian Jarak Jauh (PJJ) memainkan peranan penting dalam dunia
pendidikan. Universiti Sains Malaysia (USM) telah mewujudkan
sistem USM video Net. Universiti Teknologi Malaysia UTM telah
membangunkan pelancaran kampus siber yang bertujuan memberikan
perhatian sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemajuan inilah yang menyebabkan Malaysia tersohor di seluruh
pelosok dunia. Di sini jelaslah bahawa, kemajuan pendidikan amat
mempengaruhi usaha memajukan negara. Kedudukan negara akan
stabil jika pemimpin bagi sesebuah negara itu berpendidikan.
Sebagaimana kata-kata ahli bijak pandai, William Cowper, “otak
yang kosong adalah pemikiran yang semput.”

Selain itu, Malaysia juga telah berjaya mencapai kemajuan


dalam bidang sains dan teknologi. Malaysia mempunyai keupayaan
untuk memajukan dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan
teknologi yang ada dalam negara. Ini selaras dengan hasrat kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang masyarakatnya
hidup berasaskan sains yang progresif, iaitu sebuah masyarakat yang
berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan

55
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi


penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada
masa hadapan. Pelbagai alat yang dicipta untuk memudahkan rakyat
di negara kita. Kemajuan sains dan teknologi amat berkait rapat
dengan sektor pertanian dan perindustrian. Negara Malaysia berjaya
mencipta jentera bagi memudahkan pekerja melakukan sesuatu
pekerjaan. Penciptaan alat-alat canggih tidak memerlukan banyak
tenaga manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Akademi Sains
akan ditubuhkan dan mekanisme untuk mengawasi kemajuan sains
dan teknologi di dunia khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik,
bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji hayat. Matlamat ini
akan dicapai jika disusuli dengan usaha. Hal ini selaras dengan
peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Di samping itu, negara Malaysia juga telah mencapai kemajuan


dari segi sosial selepas beberapa tahun menjadi sebuah negara
yang merdeka. Sebuah majlis perasmian Institut Sosial Malaysia
telah diadakan bertujuan meningkatkan keberkesanan agenda
pembangunan negara. Institusi ini memainkan peranan penting
untuk melaksanakan program untuk faedah kumpulan sasar tertentu
dan seterusnya membawa ke arah pembangunan ekonomi dan
sosial yang seimbang. Pada tahun 2003, kerajaan telah melancarkan
“Dasar Sosial Negara” yang merupakan payung kepada semua
dasar, program dan aktiviti pembangunan sosial serta menjelaskan
falsafah di sebalik pembangunan sosial di Malaysia. Dasar Sosial
Negara bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang maju
dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap
anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi
diri masing-masing dalam persekitaran sosial yang sihat. Pihak
kerajaan telah menjalankan satu kajian perintis penilaian impak
sosial ke atas empat projek pembangunan di negara ini. Dalam
konteks ini, kerjasama antara semua pihak amat diperlukan bagi
melaksanakan segala yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi aspek
ini, bak kata peribahasa Melayu, “hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
muafakat”.

56
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selain itu, negara Malaysia juga telah berkembang maju dalam


arena sukan. Sesungguhnya temasya Sukan Kuala Lumpur 98,
iaitu Sukan Komanwel ke-XVI yang telah melabuhkan tirainya
pada 21 September 1998 beberapa tahun yang lalu merupakan
titik bersejarah bagi negara Malaysia. Kerajaan Malaysia menjadi
tuan rumah kepada sukan kedua terbesar di dunia selepas Sukan
Olimpik. Penganjuran sukan ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan imej negara. Penggunaan dan pengendalian peralatan
serta teknologi yang canggih dalam menjayakan acara sukan ini
bukan sahaja melambangkan kemajuan negara malah membuktikan
kewibawaan Malaysia di persada dunia. Menurut bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kejayaan ini merupakan kayu
pengukur dan kemampuan untuk menjaga nama baik negara serta
mengekalkan kenangan manis kepada semua tetamu yang datang
menyaksikan kejohanan terbesar di negara ini. Malaysia juga pernah
menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Kejohanan Skuasy
Remaja Dunia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Pengerusi
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Michael Fennel berkata,
beliau berkeyakinan bahawa seandainya Malaysia diberi hak dan
penghormatan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun
2008, nescaya negara-negara akan menyertai atas nama muhibah dan
semangat setia kawan. Hal ini selaras dengan cogan kata “Malaysia
Boleh” dan “Majulah Sukan untuk Negara.”

Dalam konteks yang lain, Malaysia merupakan sebuah negara


yang mempunyai sistem politik yang stabil. Sistem pemerintahan
dan pentadbiran negara selepas kemerdekaan berlandaskan Sistem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Kejayaan Malaysia dalam mencapai sistem politik yang stabil
disebabkan negara Malaysia mempunyai sistem pentadbiran
yang amat cekap. Sikap politik yang diterapkan dalam diri rakyat
Malaysia banyak menyumbang kepada kestabilan politik di negara
kita. Pada akhir abad ke-19, negara-negara kecil seperti Jerman dan
Itali di Eropah bersatu dan menyertai kuasa-kuasa besar seperti
Britain, Perancis, Australia dan Rusia berperang demi membuktikan
kekuasaan mereka. Hal ini telah menyebabkan tercetusnya

57
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia. Bagi


menangani masalah ini, rakyat Malaysia bersatu padu bagi menentang
penindasan British, bak kata peribahasa Melayu, “ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni”. Sebagaimana kata-kata Meng Tze,
“apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa
lain turut menghinanya.” Negara kita juga menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara luar bagai isi dengan kuku yang menjadi
tulang belakang dalam usaha memajukan negara. Pemilihan Dato’
Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai pengerusi OIC juga telah
membuka mata seluruh pihak dari negara luar dalam usaha berdaya
saing untuk memajukan negara.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagi


membangunkan negara dan mengekalkan negara kita sebagai sebuah
negara yang aman merdeka. Sambutan kemerdekaan ini haruslah
diadakan bagi mengenang jasa-jasa tokoh yang telah berjuang
untuk negara. Kita haruslah menjadikan lima Rukun Negara sebagai
panduan hidup kita iaitu kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada
Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kesetiaan Kepada Raja
dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang
dan Kesopanan dan Kesusilaan. Kita haruslah sanggup melakukan
apa sahaja demi memajukan negara kita. Sebagaimana kata-kata
Abraham Lincoln, “jangan ditanya apa yang dibuat oleh negara
untuk mu tetapi tanyalah apa yang dibuat oleh mu untuk negara”.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Janganlah
sudah terhantuk baru hendak terngadah.

58
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 6, Ramlah binti Adam, Shakila


Parween binti Yacob, Abdul Hakim bin Samuri, Muslimin bin
Fadzil, cetakan keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka 2003.

2. http://www.asean.or.id//

3. http://www.oic-un.org

4. http://www.commonwealth.org.uk/

59
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
Negaraku GAGAH GEMILANG
Lok Chen Chuang
SMK Taman Tasik

“ Merdeka!”

Apakah erti dan makna merdeka kepada generasi muda di era


globalisasi kini? Negara telah bebas daripada genggaman penjajah
durjana? Negara yang telah berdaulat dan tidak dikuasai dan
dikongkong oleh kuasa asing. Negara yang telah dapat melaksanakan
agenda negara dengan mengikut acuan sendiri? Ya! Merdeka, dalam
perkataan ini tersirat pelbagai makna kepada negara kita. Demi
perkataan yang cukup berharga kepada kita, tokoh-tokoh dahulu
seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham
Tun Abdul Razak, Tun H.S. Lee dan Tun V.T. Sambanthan telah
sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk
memastikan negara kita bebas daripada cengkaman kolonialisme.

Kini, genaplah sudah 50 tahun negara kita, Malaysia merdeka.


Sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 hingga hari ini, banyak
rancangan pembangunan negara telah dirancang dan dilaksanakan
dengan sistematik dan bersepadu. Kejayaan demi kejayaan yang
telah dikecap terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan,
sosial, kesihatan, politik dan sebagainya. Kejayaan yang dicapai
telah jelas membuktikan negara kita, Malaysia mampu berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara gergasi pada

61
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

masa kini seperti Amerika Syarikat dan Rusia. Tanpa kemerdekaan,


pastinya kita tidak mampu merintis kejayaan dalam pelbagai aspek
kehidupan.

Namun, persoalan sekarang ialah bagaimanakah Malaysia dapat


membebaskan diri daripada belenggu penjajahan dan menjadi
sebuah negara demokrasi yang berdaulat dan merdeka? Perpaduan
dapat didefinisikan sebagai perihal bersepadu, bergabung menjadi
satu, sepakat dan solider. Kemakmuran dan kestabilan negara dapat
terus dinikmati bersama-sama oleh rakyat Malaysia terhasil daripada
kerjasama semua kaum yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
bagi memastikan perpaduan kaum terus terpelihara. Kunci utama
semangat perpaduan ini adalah berdasarkan amalan dan semangat
toleransi serta sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama
lain. Malah, sebelum negara kita mencapai status negara berdaulat,
banyak pihak telah menganggap dan meramalkan negara kita akan
mengalami kepayahan, berlakunya keadaan huru-hara, kemerosotan
ekonomi dan ketidakstabilan politik. Hal ini kerana dengan
mempunyai warganegara yang berbilang kaum, maka sukarlah untuk
kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara dan mengagihkan
kekayaan antara kaum dengan adil dan saksama. Namun, apa yang
berlaku adalah sebaliknya.

Pada zaman digital ini, negara kita telah membuktikan anggapan


dan ramalan tersebut tidak tepat sama sekali. Banyak kemajuan dan
kejayaan pembangunan telah diimplementasikan dalam pelbagai
bidang dengan tahap yang begitu cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tambahan pula, sekiranya kita menelusuri sejarah negara, kita
berupaya untuk mengetahui bahawa perpaduan kaum merupakan
wahana untuk membebaskan negara kita daripada cengkaman
kolonialisme. Menoleh sejarah, perpaduan antara kaum telah
dijadikan satu syarat utama yang diberi oleh pihak British kepada
negara untuk membentuk negara dan bangsa yang berdaulat dan
merdeka. Berdasarkan kerjasama dan permuafakatan kaum bukan
sahaja dapat membebaskan negara daripada penjajahan, malah
mampu menjadikan negara kita menjadi sebuah negara yang maju

62
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dari semua aspek seperti ekonomi, politik, pendidikan, kerohanian


dan kejiwaan serta kebudayaan.

Perpaduan kaum telah teruji semasa negara kita dilanda krisis


ekonomi pada tahun 1998. Solider negara kita yang utuh lagi kukuh
ini telah berjaya mengekalkan kestabilan politik dan mengharungi
masalah kejatuhan ekonomi dunia pada waktu tersebut. Disebabkan
solider ini, politik negara kita tidak banyak berlaku pergolakan.
Kejayaan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelancaran
Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pembinaan mercu tanda
tersohor iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara
Kuala Lumpur adalah hasil daripada pihak kerajaan yang sentiasa
menekankan kekuatan semangat solider dalam agenda pembangunan
negara. Tanpa perpaduan, kerajaan sukar melaksanakan program-
program kerajaan seperti DEB, Rancangan Pembangunan Malaysia
Kesembilan. Tanpa perpaduan, rakyat Malaysia sukar menikmati
keamanan dan kesejahteraan hidup. Tanpa perpaduan juga, negara
Malaysia tidak akan maju di era globalisasi dan dunia tanpa
sempadan ini!. Oleh itu, negara maju beridentiti sendiri menjadi
aspirasi kerajaan menerusi Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan
sekiranya kekuatan solider terus dijadikan dasar kepada agenda
pembangunan negara.

Sistem pentadbiran yang berkesan menjadi pemangkin


kejayaan rancangan pembangunan negara. Sistem pentadbiran yang
bersinonim dengan perbuatan mentadbir, mengelola, mengurus
dan memerintah yang baik memainkan peranan maknawi dalam
membangunkan dan memajukan negara. Menurut Dr. Malek Haji
Shah, Malaysia dikatakan melalui tiga fasa reformasi pentadbiran
iaitu Fasa Kolonialisme, Fasa Sosioekonomi 1960-an dan Fasa Era
Mahathir. Fasa Kolonialisme atau dikenali sebagai era penjajahan
telah banyak membawa perubahan kepada negara kita yang pada
waktu itu dikenali sebagai Tanah Melayu. Rangkaian kereta api,
jalan raya dan pejabat pos telah diperkenalkan oleh British untuk
melicinkan segala urusan pentadbiran mereka. Namun, kekayaan
hasil bumi Tanah Melayu telah dieksploitasi oleh penjajah seperti

63
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

British dan Jepun semata-mata untuk kepentingan serta keuntungan


mereka. Sistem ekonomi moden bercirikan kepada penggunaan
mata wang, pengenalan institusi bank, perdagangan antarabangsa,
penggunaan teknologi tinggi dan sistem pengurusan yang cekap
adalah begitu asing kepada peribumi sehinggakan mereka jauh
ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana nasib rakyat tempatan
tidak diberi keutamaan oleh kerajaan penjajah. Yang diutamakan
ialah ekonomi mereka sendiri dan ekonomi peladang besar atau
kelas koperator yang sama-sama mengaut keuntungan negara.

Konsep ‘pecah dan perintah’ telah digunakan oleh pihak British


untuk mengasingkan kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu
mengikut kelas ekonomi masing-masing. Tujuan pihak British
hanyalah satu iaitu untuk mengelakkan gandingan kerjasama
dan perpaduan sesama kaum yang bakal mengancam kedudukan
mereka sebagai penjajah. Atas dasar yang diperkenalkan oleh pihak
British ini, ia telah membangkitkan rasa semangat memperjuangkan
kemerdekaan negara di kalangan para intelek sendiri. Pengalaman
pahit di genggaman penjajah telah mengajar tokoh-tokoh berusaha
dengan gigih agar negara dapat menjadi gagah dan maju. Hasil
daripada kemerdekaan yang dicapai, kini negara kita maju dengan
teknologi yang canggih dan infrastruktur yang mencecah langit
sehingga menjadi bualan serta sebutan penduduk di seluruh dunia.

Apakah yang telah berlaku kepada Tanah Melayu apabila


dijajah oleh British selama 113 tahun? Adakah pihak British
menjalankan pembangunan untuk memajukan ekonomi Tanah
Melayu? Tidak. Menjelang kemerdekaan, Tanah Melayu terpaksa
menghadapi segala kepincangan yang ditinggalkan oleh penjajah
untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan
rakyatnya. Tempoh untuk meningkatkan sosioekonomi warganegara
kita terutamanya peribumi sebelum mengejar kemajuan negara
telah dikenali sebagai Fasa Sosioekonomi 1960-an. Dalam tempoh
ini, selain Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama
(1960-1970), pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun
1970 juga lebih tertumpu pada pembangunan kawasan luar bandar

64
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan pertumbuhan ekonomi dari segi peningkatan hasil keluaran


negara.

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu formula yang dilancarkan


melalui Rancangan Malaysia Kedua sebagai kesinambungan
rancangan-rancangan pembangunan yang lalu ekoran peristiwa
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Walaupun matlamat Dasar Ekonomi
Baru iaitu membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi
antara kaum tidak dicapai sepenuhnya, namun Malaysia telah
mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan dari segi pengagihan
pendapatan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Sebagai
contoh, kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan daripada
49.3% pada 1970 hingga 17.1% pada tahun 1990 manakala hak
milik modal saham milik bumiputera telah mencatat 20.3% pada
tahun 1990 berbanding dengan 2.4% sahaja pada tahun 70-an.
Peningkatan sosioekonomi peribadi yang pesat telah membuktikan
Malaysia mampu membangunkan ekonomi negara dalam tempoh
singkat.

Selepas mengharungi Fasa Sosioekonomi 1960-an, negara


kita telah menjejak kaki ke fasa yang lebih penting terhadap
kecemerlangan dan kegemilangan pembangunan negara iaitu
sewaktu era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di bawah pentadbiran
beliau, banyak pembaharuan dan perubahan yang meliputi semua
bidang telah berlaku terhadap negara kita. Untuk mendorong corak
serta sistem perkhidmatan awam yang lebih produktif dan efektif,
pelbagai dasar serta kempen telah diperkenal dan diterapkan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai visi serta misi yang


menjangkaui pemikiran manusia biasa dari segi pembangunan
negara telah mengalih tumpuan dari sektor pertanian ke sektor
perindustrian yang dapat menjana ekonomi negara. Perusahaan
berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi
tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir telah diberi tumpuan
oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penubuhan Perbadanan Industri
Berat Malaysia (HICOM) telah menghasilkan kereta nasional buatan

65
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia yang pertama iaitu Proton Saga pada 9 Julai 1985. Dasar
Penswastaan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
juga membuahkan hasil yang begitu membanggakan terhadap
perkembangan pembangunan negara contohnya penswastaan seperti
Syarikat Telekom Malaysia, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa
Malaysia (MISC) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Dasar
ini telah ternyata berjaya dan Malaysia merupakan satu-satunya
negara di dunia yang berjaya melaksanakan program tersebut.
Penswastaan syarikat-syarikat tersebut telah memberi implikasi
positif terhadap corak dan kadar pembangunan negara terutama dari
segi ekonomi dan pendapatan negara.

Di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Keenam, Tun


Dr. Mahathir Mohamad telah mewujudkan Dasar Pembangunan
Nasional bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan tujuan
untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, di samping mewujudkan
peluang yang lebih adil kepada semua pihak. Dasar Pembangunan
Nasional juga sama dengan dasar-dasar kerajaan lain yang memberi
tumpuan terhadap perindustrian yang mampu merancakkan ekonomi
negara serta melonjakkan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi
dalam pasaran ekonomi dunia yang semakin canggih.

Selain itu, penggunaan sains dan teknologi juga penting dalam


memajukan negara agar mampu bersaing dengan negara lain yang
berteknologi tinggi seperti Jepun. Untuk mencapai matlamat tersebut,
Perdana Menteri telah memperkenalkan Dasar Sains dan Teknologi
pada bulan April 1986. Dasar ini diharapkan dapat membantu
Malaysia menjadi negara maju dalam penggunaan teknologi sebagai
wadah untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan sektor
Perindustrian Kedua telah dilancarkan pada tahun 1996. Satu lagi
peristiwa yang membanggakan rakyat Malaysia ialah pelancaran
MEASAT 1 dan MEASAT II iaitu satelit canggih untuk komunikasi
dan penyiaran. Pada tahun 90-an, tumpuan kerajaan sekali
lagi mengalih ke era teknologi maklumat (IT). Sejajar dengan
perkembangan Koridor Raya Multimedia, kerajaan telah menetapkan
tujuan aplikasi perdana yang mampu membawa Malaysia ke suatu

66
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tahap yang lebih tinggi lagi dalam era IT, iaitu kerajaan elektronik,
kelompok R&D, teleperubatan, kad pintar (Mykad), Rangkaian
Pengilangan Sedunia, Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan dan Sekolah
Bestari. Hal ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju
dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Bagaimanakah Maharaja Mikado Meiji dapat memodenkan


Jepun dalam tempoh 30 tahun yang dikenali sebagai Pemulihan
Meiji? Apakah dasar pemerintahan yang ditekan oleh baginda di
Jepun? Cara pemerintahan yang digunakan oleh Maharaja Mikado
Meiji iaitu menjadikan negara barat seperti Britain sebagai model
untuk dicontohi serta menekankan pemodenan dan perindustrian
telah dijadikan contoh oleh pemimpin negara kita. Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah mempelopori Dasar Pandang Ke Timur yang
menjadikan negara timur khususnya Jepun dan Korea Selatan
sebagai negara yang dapat dicontohi. Nilai-nilai ketimuran yang
dimiliki seperti kerajinan, keadilan dan berdikari telah diterap dalam
pembangunan negara melalui dasar awam ini. Impaknya, pelaburan
dari Jepun dan Korea kepada negara bukan sahaja meningkat, malah
negara kita telah mewujudkan projek-projek infrastruktur berciri
ketimuran seperti Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Utara
Selatan (PLUS).

Dasar Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) juga telah diwujudkan


pada 19 Mac 1983 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk
meningkatkan daya pengeluaran dan mewujudkan perkhidmatan
kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Nabi Muhammad s.a.w,
keempat-empat khulafa’ al-Rashidin dan Sayyidina Umar Al-Khattab
telah dijadikan pemimpin contoh yang harus dijadikan teladan.
Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA), Dasar Penerapan Nilai-
nilai Islam dan Pentadbiran serta Dasar Produktiviti turut dilancarkan
dengan hasrat dan matlamat yang sama, iaitu menghasilkan kerajaan
bermutu dan kaya dengan nilai-nilai murni.

Di samping itu, pada 28 Februari 1991, Tun Dr. Mahathir


Mohamad telah mencetuskan Wawasan 2020 yang menggariskan

67
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

perkembangan pembangunan negara untuk tempoh masa 30 tahun.


Beliau telah menggariskan sembilan cabaran yang harus disahut
oleh rakyat demi mencapai status negara maju menjelang 2020.
Pada masa itu, Malaysia tidak hanya menjadi negara maju dari segi
fizikal, tetapi merangkumi kemajuan bersepadu seperti kestabilan
politik, perpaduan negara dan mutu kehidupan. Negara kita mampu
merealisasikan Wawasan 2020 ini dengan rakyat yang bersatu padu.

Dalam era Tun Dr. Mahathir Mohamad ini, nama Malaysia telah
tersebar luas di peringkat antarabangsa. Peneraju agenda negara kita
telah mengadakan kerjasama dengan negara-negara lain walaupun
negara tersebut miskin dan kecil seperti Tonga. Keberanian dan
kelantangan Perdana Menteri dalam menyuarakan pelbagai isu
pada peringkat global seperti konflik dan peperangan Iran-Iraq
telah membuka mata pemimpin-pemimpin dunia terutamanya
para pemimpin di negara-negara membangun. Bukan itu sahaja,
disebabkan negara yang stabil lagi aman, negara kita dipilih menjadi
tuan rumah bagi Persidangan Kemuncak Kumpulan Perundingan
dan Kerjasama Selatan-selatan (Negara-negara G-15) dan Sukan
Komanwel pada tahun 1998. Pemimpin-pemimpin negara barat seperti
pemimpin Australia telah melawat negara kita dan membincangkan
isu semasa yang dihadapi pada era globalisasi ini. Keputusan
dan tindakan yang diambil oleh Malaysia telah dititikberatkan
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan
antarabangsa lain sebelum mereka melaksanakan projek mereka.
Semua kejayaan ini telah menunjukkan negara kita mampu menjadi
negara maju, moden dan gagah seperti negara-negara lain di dunia.

“Saya tidak mahu tuan-tuan bekerja untuk saya, saya mahu


tuan-tuan bekerja bersama-sama dengan saya.” Begitulah ungkapan
yang telah dilafazkan oleh Perdana Menteri kelima kita, Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menggalakkan
pentadbir bekerja untuk rakyat. Sejak beliau menyandang jawatan
Perdana Menteri, Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk
mewujudkan pendidikan yang sempurna, pengurusan yang baik, unsur
ketamadunan yang tinggi dan perpaduan yang teguh berdasarkan

68
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kontrak sosial tersusun serta kedudukan ekonomi mapan. Islam


Hadhari yang merupakan ajaran Islam yang progresif untuk
meningkatkan kualiti hidup manusia harus disemai dan disuburkan
dalam sanubari setiap pentadbir. Malah, beliau telah melancarkan
Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Etika Awam Nasional
(IEAN) untuk menggalakkan adanya pentadbiran yang bersih, cekap
dan amanah dalam kakitangan awam.

Misi Nasional turut dilaksanakan pada Era Abdullah Badawi


untuk menggariskan pembangunan yang bakal dilaksanakan dengan
tujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak
dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020.
Sektor pertanian juga telah diberi ‘nafas baru’ melalui pelancaran
Bumi Hijau oleh beliau kerana sektor pertanian dipercayai dapat
menyumbang pendapatan negara.

Secara keseluruhannya, dasar-dasar yang telah dijalankan oleh


kerajaan telah membuktikan negara kita negara yang gagah perkasa
serta mampu mengatasi apa jua cabaran dan halangan. Misalnya,
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencatat RM449,609
pada tahun 2004 berbanding dengan tahun yang lalu. Kejayaan
yang dihasilkan adalah kerjasama semua kaum yang bersatu padu
bagi menentukan perpaduan dan keharmonian kaum terpelihara
dan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi. Kemajuan
yang dinikmati pada masa kini menjadi pertukaran titik peluh
pemimpin-pemimpin negara kita yang sentiasa bertungkus-lumus
membangunkan negara tercinta. Oleh itu, sebagai warganegara
Malaysia, kita harus memelihara kemerdekaan yang dikecap pada
hari ini tanpa melupakan jasa-jasa pemimpin kita. Kita harus
mempunyai ilmu pengetahuan dan nilai murni untuk menggerakkan
negara kita ke arah pencapaian cemerlang menjelang mencapai
matlamat Wawasan 2020. Ingatlah wahai warganegara, kemajuan
tidak bermakna sekiranya tiada perpaduan dan nilai-nilai ketimuran
yang kuat di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Malaysia
Boleh! Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang! 50 tahun
Malaysia Merdeka, Negaraku Gagah Gemilang.

69
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan

Buku Ilmiah

1. Buku Rekod Malaysia Edisi Khas 1

2. Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


– Tingkatan 3. Kementerian Penerangan Malaysia.

3. Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


– Tingkatan 5. Kementerian Pelajaran Malaysia

4. Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


– Tingkatan 4. Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia Tinjauan Menyeluruh

6. Menara Tertinggi di Dunia (KLCC/Menara KL) – Muhammad


Harun

7. Sistem Pentadbiran Malaysia – O.K. Han

8. Ulang Kaji Total Terkini Sejarah (Fakta Diagramatik) – Haji


Nasar Haji @ Mary Tan Swee Ee

Majalah

1. Ma’rof Redzuan 1996. Kenegaraan Malaysia 1996. Perjuangan


Mencapai Kemerdekaan Kumpulan Budiman

2. Dewan Masyarakat Januari 2005

3. Dewan Masyarakat April 2006

4. Dewan Siswa Jun 2006

70
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kamus

Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 955 m/s 1340

Internet

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah Malaysia

2. http://web.fskm.ntm.my/nsmkbsa/index.htm

3. http://www.pmo.gov.my//website/webdb.nsf/vfs_Ref_Dasar

4. http://www.sabah.edu.my/fma004/IT.HTML

5. http://www.sabah.edu.my/fma004/wawasan 2020.HTML

6. http://www.sabah.edu.my/lericzone/f_malaysia/sejarah

71
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Nor Famiza Binti Ghazali
SMK Tinggi Bukit Mertajam

M alaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu


sebelum di ambang kemerdekaan merupakan sebuah negara
yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, budaya
dan agama. Malaysia juga mengamalkan satu cara hidup yang
demokratik dan liberal. Perlembagaan negara menjamin kebebasan
hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat di negara
ini asalkan ia tidak melanggar undang-undang negara. Perpaduan
antara kaum harus diwujudkan agar wujud dasar kerjasama antara
kaum dalam tiga aspek iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial. Jika
perpaduan tidak diwujudkan, pastinya peristiwa berdarah 38 tahun
lalu berulang kembali. Malah, tidak mustahil negara kita akan
kembali dijajah atau akan terdedah dengan pelbagai ancaman oleh
anasir luar yang ingin mengeksploit kepentingan negara Malaysia.

Rukun Negara didefinisikan sebagai satu ideologi negara yang


mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma kehidupan sosial yang meliputi
pelbagai aspek seperti keagamaan, kebudayaan, ekonomi dan
perundangan. Sejarah penubuhan Rukun Negara adalah terbentuk
akibat daripada Peristiwa 13 Mei 1969 iaitu berlakunya rusuhan kaum
yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Ekoran
daripada peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin

73
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dato’ Hussein telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengembalikan


keamanan, menegakkan semula undang-undang dan memupuk
suasana harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini membuktikan bahawa kehidupan bukan sekadar memerlukan


makan dan minum, air dan udara tetapi kehidupan akan lebih
bermakna sekiranya perpaduan dapat dikekal dan diperkukuh. Untuk
membina sebuah perpaduan, ia memakan masa berpuluh-puluh tahun
tetapi untuk meranapkannya cuma memakan masa sehari.

Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik, kita perlu


menjadikan Rukun Negara sebagai landasan hidup bermasyarakat.
Rukun Negara dibentuk untuk menyemai nilai-nilai murni seperti
nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan
terhadap perlembagaan negara, kedaulatan undang-undang serta
membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan
kesusilaan tidak kira umur dan darjat. Jika dinilai dari segi lahiriah,
Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia
yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional
dan pasti menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya dapat
melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu, demokratik,
adil, liberal dan saintifik tanpa mengira bangsa dan agama.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas


merupakan kunci kepada masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan
perpaduan kaum demi untuk kesejahteraan rakyat serta kemakmuran
negara sekali gus dapat melahirkan negara dan bangsa yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara ialah: -

1. Kepercayaan kepada Tuhan


2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan.

74
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Prinsip yang pertama menjadi amalan hidup rakyat Malaysia ialah


Kepercayaan kepada Tuhan. Bangsa dan negara telah diwujudkan
atas dasar kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Bangsa dan
negara yang berdaulat telah dicapai melalui prinsip pertama yang
terkandung di dalam Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan
tetapi mengamalkan kepercayaan terhadap agama-agama lain
tidak dilarang asalkan ia dijalankan secara aman dan tenteram.
Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas
alasan keagamaan adalah dilarang sama sekali. Menurut pandangan
daripada prospek rohani dan jasmani, ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang malah boleh meranapkan
bangsa dan negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin dan patuh terhadap ajaran agama, kita perlu mengamalkan
prinsip yang pertama ini kerana ia penting bagi seseorang anggota
masyarakat untuk berpegang teguh dengan ajaran agama masing-
masing.

Prinsip yang kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.


Malaysia sebuah negara yang liberal telah mengamalkan Sistem
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Pada tanggal 26 April 2007, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin
iaitu Sultan Terengganu telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan
Agong ke-13. Baginda dipertanggungjawab sebagai Ketua Negara
untuk menjalankan seadil-adilnya pemerintahan mengikut undang-
undang dan perlembagaan negara serta memelihara agama Islam
dan berdiri teguh atas pemerintahan yang adil dan aman dalam
negara. Amalan mentaati Raja dan Negara ini sebenarnya adalah
satu elemen yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada
negara kita malah dapat membentuk satu ikatan yang erat bagi
memupuk kecintaan rakyat terhadap tanah air. Kesetiaan yang
tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara merupakan satu faktor
terpenting untuk menyatukan rakyat Malaysia. Oleh itu, berdasarkan
prinsip kedua ini, kita harus berikrar agar sentiasa mentaati raja dan
negara demi sebuah keharmonian dan kemajuan negara.

75
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip ketiga yang


terkandung di dalam Rukun Negara. Prinsip ini menekankan perlunya
rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran dan
kemuliaan Perlembagaan Negara yang telah memberi perlindungan
kepada setiap rakyat di negara ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara Malaysia. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia
dikehendaki mengamalkan 3M iaitu menghormati, menghargai serta
memahami tentang maksud dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Kestabilan negara akan
tergugat jika rakyat tidak menerima Keluhuran Perlembagaan Negara.
Hal ini kerana perlembagaan negara merupakan satu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana individu.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan
sosiobudaya rakyat di negara ini dan sebagai rakyat Malaysia kita
perlu menjunjung dan mempertahankan prinsip ketiga ini.

Seterusnya, prinsip yang keempat terkandung dalam Rukun


Negara ialah Kedaulatan Undang-undang. Keadilan diasaskan
berdasarkan kedaulatan undang-undang iaitu setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Tidak kira setinggi mana
darjat seseorang. Jika didapati bersalah, hukuman yang setimpal
tetap dijatuhkan. Sekiranya prinsip keempat ini tidak diterima
masyarakat, sudah pasti hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan musnah. Oleh itu, undang-undang tidak boleh
dipersendakan sebaliknya mesti dihormati dan dipatuhi. Undang-
undang sangat diperlukan dalam setiap negara kerana hanya undang-
undang yang dapat mengawal dan mewujudkan masyarakat yang
aman dan makmur. Undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat supaya dapat bergerak dengan selamat dan
teratur daripada sebarang kekacauan. Kita harus mempertahankan
kedaulatan undang-undang agar masyarakat dapat terus hidup dalam
keadaan yang harmoni.

Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan merupakan prinsip yang


terakhir yang terkandung di dalam Rukun Negara. Prinsip ini
menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang

76
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

individu. Prinsip ini bertujuan untuk membentuk warganegara


yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen yang
dilancarkan oleh kerajaan iaitu budi bahasa dan nilai-nilai murni.
Sifat ini sangat penting untuk disemat dalam diri setiap rakyat
Malaysia kerana salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan
dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Melalui prinsip
yang terakhir ini, sifat kesopanan dan kesusilaan dapat membentuk
seseorang individu dan masyarakat lebih berdisiplin serta bermoral
tinggi justeru melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang
berwawasan. Negara Malaysia juga akan dikenali seantero dunia
kerana sikap penduduknya yang mengamalkan nilai-nilai kesopanan
dan kesusilaan bersesuaian dengan adat timur.

Masyarakat dan negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh


bangsa asing sekiranya terus mempraktikkan prinsip yang terakhir
ini kerana tingkah laku yang sopan terselit darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan sama ada kehidupan persendirian
mahupun kehidupan bernegara. Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini
mesti diamalkan oleh rakyat Malaysia supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sejajar dengan keperibadian
bangsa dan nilai-nilai murni. Imej negara juga pasti lebih terjamin
seandainya rakyat Malaysia memiliki nilai kesopanan dan kesusilaan.
Masyarakat yang baik, berbudi bahasa dan bersusila dapat dilahirkan
jika prinsip kelima ini diamalkan.

Berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun


Negara yang dihuraikan di atas, jelaslah bahawa mengamalkan
prinsip-prinsip Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat
Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu-padu
dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai
bangsa. Melalui amalan daripada prinsip-prinsip ini, perpaduan yang
lebih erat sesama masyarakat dapat dicapai kerana Rukun Negara
dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu. Hal ini kerana
semua rakyatnya tanpa mengenal bangsa dan agama mempunyai
satu semangat kesetiaan yang tinggi atau perasaan cinta terhadap
negara yang sangat mendalam.

77
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Melalui pengamalan Rukun Negara ini juga terutama pada


prinsip yang keempat telah melahirkan sebuah negara yang aman
dan makmur. Hal ini kerana kepentingan bangsa dan negara
diutamakan terlebih dahulu apabila tercetus sebarang masalah
supaya tidak berlaku ketidakstabilan negara. Selain itu, masyarakat
juga akan bebas daripada sebarang penindasan seseorang terhadap
yang lain atau penindasan sesama golongan terhadap golongan
lain. Seterusnya pengalaman Rukun Negara dapat membentuk satu
sikap yang liberal dalam kalangan masyarakat. Rakyat Malaysia
bebas untuk mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan
masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara
kita sesungguhnya kaya dengan budaya pelbagai kaum jadi sesuatu
komuniti yang cemerlang, gemilang dan terbilang harus diwujudkan
walaupun berlainan agama kerana ia boleh mendatangkan keuntungan
kepada negara melalui bidang pelancongan kerana keunikan dan
kekayaan pelbagai budaya dapat menarik minat pelancong asing
untuk melancong ke Malaysia, justeru menjadi sumber kekuatan
kepada bangsa dan negara Malaysia.

Masyarakat yang progresif dapat dibina melalui amalan Rukun


Negara ini. Masyarakat progresif ialah sebuah masyarakat yang
mempunyai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras
dengan perkembangan teknologi terkini. Sebagai contoh, banyak
syarikat di Malaysia telah berjaya menempa nama dalam bidang sains
dan teknologi seperti MSC (Multimedia Super Corridor). Kesannya,
dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu
cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi berikutan
kemajuan yang dikecapi. Masyarakat progresif yang wujud pada masa
kini merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan
kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya bakal menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Konklusinya, Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan


kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi berdarah ini telah
menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia betapa pentingnya
bersatu-padu dan hidup dengan aman damai serta menghindari sifat

78
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

saling curiga antara satu sama lain. Janganlah kita diibaratkan seperti
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana hal
ini akan memusnahkan negara dan bangsa itu sendiri. Berdasarkan
teks yang disimpulkan di atas. Jelaslah bahawa mengamalkan Rukun
Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu-padu, muhibah
tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu
sama lain. Sudah terang lagi nyata, melalui Rukun Negara ia akan
membantu negara kita mempertingkat dan mempergiatkan lagi
kepesatan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Rujukan

1. Rujukan i-MASTER Tingkatan 4-5.

2. Bahasa Malaysia SPM - Info Didik.

3. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 - Rukun Negara.

79
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Wan Nazifah Binti Wan Hassan
SMK Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu

S etiap individu di dunia ini pasti mempunyai prinsip atau


pegangan hidup masing-masing. Prinsip atau pegangan hidup
ini adalah bertujuan menjadi acuan kepada hala tuju seseorang
dalam kehidupan. Ini adalah kerana setiap insan yang hidup pasti
inginkan kejayaan mengiringi mereka. Justeru, prinsip itulah yang
akan membentuk jalan yang perlu ditempuh oleh seseorang kerana
kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha.

Dalam agama sekalipun mempunyai rukun yang wajib diikuti


oleh setiap penganutnya. Sebagai contoh, agama Islam mempunyai
dua kategori rukun iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman. Rukun
Islam ada lima kesemuanya iaitu mengucap dua kalimah syahadat,
solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan,
menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang mampu. Rukun
Iman pula ada enam untuk memastikan keteguhan iman seseorang
Muslim. Tambahan pula, bermula dari zaman para nabi lagi telah
terdapat undang-undang yang menggunakan konsep musyawarah
dalam proses penggubalannya.

Begitulah juga fungsinya dengan Rukun Negara. Rukun


bermaksud undang-undang yang wajib dipatuhi oleh semua orang
manakala negara bererti kawasan yang diperintah oleh sesebuah

81
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kerajaan. Oleh itu, Rukun Negara boleh didefinisikan sebagai


undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap warganegara
Malaysia yang tercinta demi mencapai kehidupan yang sempurna.
Di negara kita Malaysia terdapat lima Rukun Negara kesemuanya.
Rukun Negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan.
Kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, diikuti oleh Keluhuran
Perlembagaan. Seterusnya ialah Kedaulatan Undang-Undang dan
yang terakhir Kesopanan dan Kesusilaan.

Menurut sejarah, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh


DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama pada
31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13.
Perisytiharan ini dilakukan selepas peristiwa 13 Mei 1969, yang
melibatkan kaum, iaitu rusuhan antara kaum.

Pengisytiharan Rukun Negara adalah bertujuan mencapai


perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya,
memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat
adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati. Di samping
membentuk satu cara liberal terhadap kebudayaan dan membina
satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi.
Setiap rakyat haruslah bekerjasama untuk merealisasikan impian
kerajaan ini.

Rukun Negara yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada


Tuhan bermaksud percaya dengan penuh yakin terhadap Tuhan.
Di Malaysia, masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan berbilang kaum. Secara tidak langsung, wujud pelbagai agama
dan kepercayaan. Contohnya, masyarakat Islam hanya percaya
kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s.w.t. Berbeza pula dengan
masyarakat Cina dan India, Tuhannya ialah Dewa. Ini kerana
mereka menganut agama Buddha. Tidak termasuk lagi masyarakat
di Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, mengikut buku teks Sejarah
Tingkat Satu, masyarakat Kadazan-Dusun mempercayai Tuhan
mereka adalah Kinorohingan yang bersemayam di dunia lain.
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan Rukun Negara yang pertama

82
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

memandangkan Tuhan adalah segala-galanya bagi setiap masyarakat.


Tuhan adalah pencipta manusia, pencipta alam dan kebesaran
Tuhan yang tidak dapat ditandingi. Percaya dan patuh kepada Tuhan
adalah asas pembentukan rohani setiap insan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah Rukun Negara


yang kedua. Malaysia adalah salah satu negara di dunia yang
masih mengamalkan sistem beraja. Jika dahulu, negara-negara
yang mengamalkan sistem beraja termasuklah Indonesia. Namun,
semuanya pupus ditelan dek zaman. Walau bagaimanapun, sistem
beraja di Malaysia tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Oleh sebab itulah Malaysia sering dipandang tinggi oleh negara-
negara luar kerana masih mempertahankan tradisi berajanya.

Sistem beraja bererti corak pemerintahan sesebuah negara yang


mana seorang raja memegang tampuk pemerintahan negara. Setiap
titah raja harus dilaksanakan dengan sempurna. Di Malaysia, warna
rasmi bagi kerabat diraja adalah warna kuning. Setiap negeri di
Malaysia mempunyai raja kecuali Pulau Pinang, Negeri Sembilan,
Melaka, Sabah dan Sarawak yang diganti dengan Yang di-Pertua
bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Bagi Negeri
Sembilan pula, kuasa tertingginya terletak pada Yang di-Pertuan
Besar.

Setiap raja pula diberi peluang untuk menjadi Yang di-Pertuan


Agong secara bergilir. Setiap Yang di-Pertuan Agong boleh
memegang pucuk pimpinan negara selama lima tahun. Yang
di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Selain
itu Majlis Pertabalan dan Perisytiharan Yang di-Pertuan Agong
turut diadakan apabila Yang di-Pertuan Agong yang baru mengambil
alih pucuk pimpinan negara. Inilah keunikan yang dimiliki oleh
Malaysia yang menjadikannya terkenal di seantero dunia.

Rukun Negara yang seterusnya adalah Keluhuran Perlembagaan.


Keluhuran menurut kamus Dewan membawa maksud kemuliaan,
ketinggian manakala perlembagaan pula bererti undang-undang.

83
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Justeru, keluhuran perlembagaan bermaksud ketinggian undang-


undang. Undang-undang di Malaysia wajib dipatuhi oleh segenap
lapisan masyarakat. Ini adalah untuk menjamin keharmonian hidup
bermasyarakat dan mengekalkan kemerdekaan negara. Bayangkan
jika negara ini tidak mempunyai undang-undang yang menjadi
garis panduan sesebuah kehidupan yang bermaruah. Jenayah seperti
rompakan, pembunuhan, rogol dan sebagainya pasti berleluasa
dan menyebabkan masyarakat luar memandang serong kepada
negara kita lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Sebenarnya, semua yang hidup di atas muka bumi ini pasti terikat
dengan undang-undang sama ada undang-undang negara mahupun
undang-undang agama masing-masing. Sebagai contoh, setiap agama
menitikberatkan soal kebersihan. Kebersihan adalah sebahagian
daripada iman’ adalah kata-kata yang dipetik daripada bahasa Arab.
Begitu juga dengan undang-undang yang digubal di peringkat negara
yang menyeru masyarakatnya menjaga kebersihan. Mana-mana
individu yang mengingkari undang-undang pasti dikenakan denda.
Walhal di dalam peraturan undang-undang agama Islam juga ada
menetapkan balasan ke atas setiap perbuatan hamba Nya sama ada
baik mahupun buruk. Justeru, semua orang wajib mematuhi undang-
undang untuk memastikan pentadbiran negara dapat dijalankan
secara telus dan menjamin keharmonian hidup.

Seterusnya ialah Kedaulatan Undang-Undang. Kedaulatan


menurut kamus Dewan ialah kekuasaan yang tertinggi. Undang-
undang pula bererti susunan peraturan-peraturan hukum yang sah.
Oleh yang demikian, kedaulatan undang-undang bolehlah diertikan
sebagai kekuasaan yang tertinggi yang dimiliki oleh peraturan-
peraturan yang telah digubal. Kedaulatan undang-undang akan
terjamin jika setiap warga di negara ini mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan. Kedaulatan ini bererti undang-undang berkuasa
terhadap sesiapa sahaja yang melanggar peraturan negara. Salah satu
contoh yang boleh diketengahkan ialah pencemaran alam sekitar.
Sesiapa yang dikenal pasti telah melakukan pencemaran alam sekitar
sama ada pencemaran sungai, pencemaran persekitaran, mahupun
pencemaran bunyi akan dikenakan denda berupa kompaun, penjara

84
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan sebagainya. Walau bagaimanapun, denda yang dijatuhkan ke


atas pesalah berbeza mengikut tahap kesalahan yang telah mereka
lakukan. Selain itu, contoh yang seterusnya ialah Akta Penebangan
Hutan. Sesiapa yang didapati bersalah menebang hutan secara haram
atau meneroka hutan simpan akan dikenakan hukuman. Kes-kes
sebegini banyak berlaku terutamanya pada zaman sekarang kerana
tuntutan kehidupan yang inginkan kesenangan. Walau bagaimanapun,
tuntutan dan kemahuan hidup tidak mampu mengatasi kekuasaan
undang-undang.

Perasaan cinta akan kedaulatan undang-undang dan perjuangan


dalam melahirkan sebuah masyarakat yang boleh menegakkan
keadilan haruslah diterapkan dalam diri setiap rakyat sejak kecil lagi
agar menjadi satu cita-cita yang unggul. Usaha ini amat bertepatan
dengan pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Rukun Negara yang terakhir ialah Kesopanan dan Kesusilaan.


Konteks kesopanan dan kesusilaan amat luas jika dihuraikan.
Kesopanan dan kesusilaan bermaksud budi pekerti yang mulia.
Kesopanan dan kesusilaan yang digunakan dalam Rukun Negara
amat bertepatan dengan negara kita kerana Malaysia terkenal dengan
kehalusan budaya timurnya. Contoh kesopanan dan kesusilaan
ialah yang muda haruslah disayangi dan yang tua wajib dihormati.
Nilai-nilai murni seperti ini dapat mengekalkan keharmonian dan
kesejahteraan hidup lebih-lebih lagi hidup dalam keadaan berbilang
bangsa seperti di Malaysia. Prinsip yang muda harus disayangi
kerana kanak-kanak dikatakan jarang melakukan dosa berbanding
orang dewasa. Yang tua wajib dihormati kerana orang-orang tua
lebih banyak makan garam berbanding orang muda. Oleh itu,
mereka lebih banyak pengalaman menempuh liku-liku kehidupan.
Oleh sebab itulah orang muda harus menghormati orang tua kerana
mereka mempunyai banyak petua yang boleh diperturunkan. Kerana
jasa mereka jualah kita dapat menghirup udara segar seperti ini. Ini
kerana tanpa usaha mereka menentang penjajah satu masa dahulu,
Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara yang merdeka seperti
hari ini.

85
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selain itu, masyarakat di Malaysia kaya dengan sikap saling


membantu. Sebagai contoh orang yang celik membantu orang buta
melintas jalan, membantu orang tua mengangkat barang-barang,
menyediakan tempat duduk untuk warga tua dan wanita yang hamil.
Jika semua warga di Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni
ini, pasti negara kita akan sunyi daripada segala jenayah seperti
penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi dan pengabaian kedua-
dua ibu bapa.

Kesopanan dan kesusilaan juga boleh diamalkan dengan


mengadakan program gotong-royong sama ada di peringkat
kampung, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Contohnya ialah
Gotong-royong Perdana peringkat negeri telah diadakan di semua
sekolah di negeri Terengganu baru-baru ini. Melalui program sebegini,
hubungan silaturahim antara pelajar dan guru dapat dieratkan lagi.
Ini membuktikan bahawa hubungan antara pelajar dan guru tidak
terhad pada masa persekolahan sahaja. Selain itu, persekitaran
sekolah akan menjadi lebih kondusif untuk para pelajar menimba
ilmu secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi pelajar dalam
peperiksaan awam mahupun peperiksaan di peringkat sekolah.

Secara tuntasnya, setiap warga Malaysia wajib mematuhi Rukun


Negara untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa. Di samping
itu juga, kepatuhan rakyat terhadap Rukun Negara secara tidak
langsung akan memperkenalkan Malaysia di mata dunia melalui
layanan mesra terhadap pelancong dan penjagaan alam sekitar.

Ternyata bahawa asas kepada perpaduan negara ialah komitmen


bersama nilai, prinsip dan juga berdasarkan kepada suatu visi masa
depan. Oleh yang demikian, Rukun Negara menjadi asas untuk
merealisasikan nilai dan prinsip secara bersama. Perpaduan sudah
tentu akan dapat diperkukuhkan lagi jika semua rakyat menghayati
hak dan tanggungjawab kenegaraan dan kewarganegaraan. Oleh
sebab itulah konsep sebegini mesti dikembangkan lagi dengan tujuan
memperkukuhkan perpaduan dan melahirkan satu identiti Malaysia.
Walau apa pun, perasaan saling mempercayai antara satu sama lain

86
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan kerjasama antara kaum perlu dipupuk jika kita ingin melihat
Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, teguh dan bersatu
padu.

Walaupun Malaysia sudah hampir dua dekad tidak menghadapi


rusuhan kaum, namun tidak mustahil sejarah akan berulang jika
soal kesensitifan kaum diambil mudah. Justeru itu, semua perlu
mengambil iktibar di atas setiap kejadian yang menimpa negara-
negara lain seperti di Thailand, Indonesia dan kebanyakan negara di
barat. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana negara kita dipimpin di
bawah penguasaan yang adil dan mengamalkan konsep demokrasi.

Rujukan

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

2. Buku Rujukan Sejarah Visual Pelangi PMR

3. www.engkililido.sarawak.gov.my/rukunegara

4. www.pmo.gov.my

87
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
Negaraku GAGAH GEMILANG
Lim Yeh En
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

N egara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah


berada selama 446 tahun dalam cengkaman penjajah.
Walaupun 50 tahun sudah berlalu sejak kemerdekaan namun laungan
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj masih lagi tersemat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tidak dapat dinafikan bahawa negara Malaysia telah mencapai


kemajuan yang memberangsangkan sejak kemerdekaan. Ini dapat
kita lihat dari segi kestabilan politik dan semangat perpaduan
yang berjaya diwujudkan atas semangat kerjasama antara kaum.
Berbanding era penjajah keharmonian antara kaum sukar dicapai dan
masyarakat berpecah-belah ketika itu. Selepas merdeka, dalam usaha
mengeratkan perpaduan rakyat kerajaan telah memperkenalkan Akta
Bahasa Kebangsaan 1967, RUKUN NEGARA, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan 1971 dan lain-lain lagi.

Di arena antarabangsa Malaysia banyak menyumbang kepada


keamanan dunia dan kesejahteraan masyarakat negara serantau.
Sejak tahun 1957 hingga kini Malaysia banyak memainkan peranan
diperingkat antarabangsa. Sebagai negara anggota Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1957, Malaysia telah
terlibat dalam usaha mencari jalan penyelesaian konflik antarabangsa.

89
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Misalnya, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai


di bawah panji-panji PBB bagi menamatkan perang saudara di Congo
(Zaire) pada tahun 1960. Sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC), Malaysia juga menjadi perantara dalam menyelesaikan
peperangan Iran-Iraq. Malah, Malaysia telah diberi penghormatan
yang tinggi dengan menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun
1974 dan 2003. Malaysia juga komited dalam pertubuhan ASEAN
bagi mewujudkan semangat persahabatan dan perpaduan dengan
negara-negara Asia Tenggara. Peranan yang dimainkan Malaysia di
peringkat antarabangsa menunjukkan keupayaan negara kita dalam
usaha menentukan keseimbangan dunia.

Dalam konteks ekonomi, Malaysia telah mencapai kemajuan


yang memberangsangkan dari segi daya pengeluaran, pengeksportan
dan pelaburan asing. Menurut laporan Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) pada tahun 2005, negara telah berjaya mencapai kadar
pertumbuhan yang tertinggi pernah dicapai oleh negara berdaulat
yang setaraf iaitu sebanyak 6.5 peratus setahun. Pencapaian tersebut
telah memperlihatkan keupayaan Malaysia berubah dari sebuah
negara yang miskin, bergantung pada pertanian tradisional kepada
negara yang memiliki ekonomi yang pelbagai. Selain itu, penerokaan
bidang baru seperti k-ekonomi, e-ekonomi, ICT, bioteknologi,
nanoteknologi dan sebagainya adalah sejajar Misi Nasional ke arah
Wawasan 2020.

Memandangkan sektor pelancongan merupakan sektor kedua


terbesar dari segi sumbangan ekonomi negara selepas sektor
perindustrian maka kerajaan melancarkan “Kempen Tahun Melawat
Malaysia 2007”.Ternyata kempen tersebut telah memperlihatkan
kejayaan dengan jangkaan lebih 20 juta pelancong melawat
Malaysia. Sektor teknologi maklumat turut diberi penekanan
Malaysia bagi meningkatkan daya saing negara menghadapi arus
globalisasi. Antara usaha Kerajaan ialah memperkenalkan projek
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC)
iaitu e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan
penyiaran digital. Ini amat berbeza pada zaman penjajahan di mana

90
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

penguasaan teknologi dan kepakaran berada dalam cengkaman


penjajah sehingga berjaya mengeksploitasi ekonomi negara dalam
industri perlombongan bijih timah dan getah.

Kini perkembangan ekonomi negara makin pesat. Malaysia


telah mencapai kemajuan dalam pembangunan infrastruktur negara
dengan pengenalan sistem transit aliran ringan (LRT), perkhidmatan
monorel, komuter dan sistem bas pengantara yang efisien dan cekap.
Rangkaian lebuh raya dan jalan raya yang merangkumi kawasan
bandar dan luar bandar juga telah meningkatkan pertumbuhan
bandar dan pekan baru. Pembinaan projek mega seperti Lapangan
Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Jambatan Pulau Pinang
juga menonjolkan imej negara di peringkat antarabangsa. Bagi
meningkatkan mutu sistem perhubungan, negara kita telah
memperkenalkan kemudahan satelit misalnya MEASAT 1 dan
MEASAT II. Negara turut memperkenalkan kemudahan satelit
mikro TiungSat-1 di samping Medium Apperture Camera Satellite
(MACSat) kerjasama dengan Korea Selatan dan satelit Malaysia-
Indonesia Experimental Satellite (Mixsat) kerja sama dengan
Indonesia. Perkembangan ini menunjukkan bahawa Malaysia
kini telah berubah menjadi negara yang berupaya menyediakan
infrastruktur yang setanding dengan negara maju.

Ilmu pendidikan dalam sesebuah negara adalah penting bagi


pembangunan negara. Berbanding zaman penjajahan dahulu sistem
pendidikan vernakular yang tidak mementingkan perpaduan dan
integrasi. Ia sememangnya mendatangkan implikasi yang buruk
terhadap semangat kemasyarakatan mahupun pembangunan
negara dari segi politik, sosial dan ekonomi. Selepas kemerdekaan,
negara kita mengambil iktibar daripada pengalaman pahit tersebut
dengan memperkenalkan sistem pendidikan kebangsaan dengan
menggunakan bahasa kebangsaan dan sukatan pelajaran bersatu
bagi mengukuhkan hubungan kaum. Pengenalan Dasar Pendidikan
Kebangsaan (DPK), Penyata Razak 1956, pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan kewujudan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah menampakkan kejayaan dan

91
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Sehingga


abad ke-21, negara kita mampu menyediakan kemudahan pendidikan
tinggi misalnya dengan penubuhan Universiti Malaya (UM),
Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain lagi.

Dalam bidang sukan, pencapaian negara kita di peringkat


antarabangsa agak membanggakan kerana negara kita merupakan
negara kecil. Antara kejayaan negara ialah kejayaan M. Jegathesan
yang buat pertama kalinya memenangi pingat emas dalam acara
200 meter di Sukan Asia keempat yang berlangsung di Jakarta,
Indonesia pada tahun 1962. Di samping itu, Malaysia telah
menjadi pemenang Piala Thomas 1992 selepas berjaya mengalahkan
Indonesia pada perlawanan akhir. Kecemerlangan para atlet
negara sebenarnya merupakan hasil daripada kesempurnaan
kemudahan sukan dan keutuhan semangat dalaman. Dari segi
penyediaan prasarana kesukanan, negara kita tidak pernah
mengabaikan pembangunan fizikal sukan dengan menyediakan
stadium-stadium yang lengkap dan peralatan sukan yang canggih
beserta sistem latihan yang sempurna. Negara juga berjaya dalam
bidang penganjuran sukan bertaraf antarabangsa contohnya
kejohanan Le Tour De Langkawi dan Formula One di Sepang.
Malah negara kita pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
1998.

Kejayaan anak Malaysia mencipta kejayaan dunia dengan usaha


gigih telah meningkatkan imej negara di muka dunia. Kejayaan
Datuk Azhar Mansor mengelilingi dunia secara solo, kejayaan
ekspedisi mendaki Gunung Everest pada 23 Mei 1997 oleh
M. Magendran dan N. Mohandas serta kejayaan Justin Maurice
Read dan Gerald Malcorm Read menjadi anak Malaysia pertama
menjejakkan kaki ke Kutub Utara menunjukkan semangat
“Malaysia Boleh” dan insan terbilang. Ia sememangnya menjadi
titik perubahan sejarah negara kita selepas 50 tahun merdeka.

Dalam bidang perubatan pula, taraf kesihatan rakyat bertambah


baik berbanding zaman penjajahan. Semasa zaman sebelum

92
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

merdeka, masalah kesihatan seperti penyebaran wabak penyakit


malaria, taun, beri-beri, demam campak dan batuk kering menjadi
masalah kesihatan yang serius ketika itu. Bagi mengatasi masalah
tersebut, pihak British telah membina hospital, pusat kesihatan dan
pusat penyelidikan perubatan tetapi hanya tertumpu di kawasan
bandar sahaja, mereka di manipulasi oleh penjajah asing. Walau
bagaimanapun, keadaan ini telah berubah selepas tercapainya
kemerdekaan. Kini, pusat-pusat kesihatan dan klinik didirikan oleh
kerajaan di seluruh pelosok negara termasuk kawasan luar bandar.
Seiring dengan kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan, mutu
perubatan di Malaysia semakin meningkat sehingga menampakkan
kejayaan. Hal ini terbukti dengan beberapa pembedahan besar telah
berjaya dilaksanakan seperti pembedahan “Artery By Pass” di
Hospital Kuala Lumpur pada 22 Oktober 1982.

Selain itu, Malaysia turut berperanan penting dalam pemeliharaan


alam sekitar. Masalah alam sekitar yang semakin serius misalnya
pencemaran alam, kekurangan bekalan bahan makanan dan
perubahan cuaca memerlukan komitmen antarabangsa untuk
mengatasinya. Negara telah mengambil inisiatif seperti yang
diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Malaysia sebagai sebuah negara “megadiverse” terus berusaha
untuk menjaga kekayaan warisan alam semula jadinya. Lebih
separuh daripada keluasan tanah negara kekal sebagai hutan dan
wujud jaringan menyeluruh bagi taman negara, taman laut, rizab
dan santuari hidupan luar serta hutan simpan kekal. Usaha tersebut
menunjukkan keupayaan negara Malaysia memelihara sumber alam
semulajadinya.

Menurut Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Haji


Ahmad Badawi semasa membentangkan usul mengenai Rancangan
Malaysia Kesembilan 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31 Mac.
RMK-9 menjurus kepada lima teras utama bagi mencapai matlamat
negara maju dan seimbang dari segi sosioekonomi dan pencapaian
individu. Malaysia sebuah negara yang sudah pun bebas daripada
penjajahan, sebuah negara yang berdaulat dan sedang berkembang

93
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

maju. Kejayaan negara sememangnya membanggakan rakyat jelata.


Adakah perkembangan negara begitu memberangsangkan setelah
Malaysia mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, apatah lagi 100
tahun, 150 tahun dan selanjutnya? Memang tidak dapat dinafikan
lagi, Malaysia merupakan negara yang gagah gemilang. Sebagai
anak Malaysia, kita seharusnya menanamkan semangat cintakan
negara kerana Malaysia negara tumpah darah kita.

94
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Norliza Binti Haris
SMK Seri Kampar, Kampar, Perak

R ukun Negara merupakan ideologi negara untuk memupuk


perpaduan kaum. Rukun Negara telah diisytiharkan pada
31 Ogos 1970 sebagai ideologi negara yang dapat menyatukan
fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum. Ideologi
ini mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-
nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek
keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan.
Rukun Negara terbentuk akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969,
setelah berlakunya rusuhan antara kaum yang menggugat keamanan
dan keutuhan negara ketika itu. Hal ini berlaku kerana, pada masa
itu penjajahan British lebih mementingkan pembangunan ekonomi
yang telah mewujudkan jurang perbezaan antara wilayah dan
pengenalan ekonomi mengikut etnik. Peristiwa hitam tersebut telah
memberi kesedaran kepada kerajaan bahawa semangat bertoleransi
dan sudi berkongsi pengalaman perlu dipupuk dalam diri rakyat
berbilang kaum dan agama. Ekoran daripada peristiwa tersebut,
sebuah badan khas iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
telah diwujudkan bertujuan untuk mengembalikan keamanan,
menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana
harmoni serta percaya mempercayai dalam kalangan rakyat secara
berkekalan. MAGERAN ini telah mengambil alih pentadbiran
negara. MAGERAN juga telah menubuhkan Majlis Perundangan

95
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Negara (MPN) di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan


pada 29 Januari 1970. Majlis Perundangan Negara menyatakan satu
ideologi perlu diwujudkan untuk mengatasi garis pemisah antara
kaum. Berdasarkan keputusan tersebut maka lahirlah Rukun Negara
yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat iaitu
Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah Almarhum Sultan Zainal
Abidin pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan
negara.

Bagi mengelak peristiwa 13 Mei daripada berulang, setiap warga


negara Malaysia di negara ini menjadikan Rukun Negara sebagai
teras dan landasan dalam hidup masyarakat. Di samping itu Rukun
Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai
keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada
perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk
masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan.
Selain itu, Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan
nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya
melahirkan sebuah negara yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan
saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Semua rakyat
diseru supaya mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa
dan negara di mana ahli masyarakatnya menganggap diri mereka
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan
masing-masing bagi mencapai perpaduan yang lebih erat.

Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama.


Justeru itu, pelbagai konflik dan persoalan yang muncul ketika
negara kita mencapai era kegemilangan kemerdekaan. Keadaan ini
bertambah rumit apabila kerajaan mengalami ketidakseimbangan
sosioekonomi antara kaum. Sungguhpun wujudnya unsur-unsur
perbezaan ini, Rukun Negara yang telah diwujudkan dapat
membentuk satu bangsa yang bersatu padu tanpa sebarang perbezaan.
Di samping itu, Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak
asasi dan kebebasan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-
undang negara. Kepentingan negara mestilah diutamakan lebih

96
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

daripada kepentingan sesuatu kaum atau pihak, jika tidak kestabilan


dan keselamatan negara akan terancam.

Objektif Rukun Negara yang seterusnya adalah untuk mencipta


masyarakat yang adil dalam menikmati kemakmuran bersama secara
adil dan saksama. Peluang menikmati kekayaan negara adalah sama
untuk semua anggota masyarakat. Bagi mencapai tujuan ini pihak-
pihak yang lemah akan dibantu agar mereka mempunyai peluang
yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju.
Dengan ini masyarakat adil itu akan bebas daripada penindasan
oleh golongan yang lain dan dapat membentuk satu sikap yang
liberal. Objektif ini menekankan tentang masyarakat yang bebas
mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing
sesuai dengan perpaduan negara. Sesungguhnya negara kita
mempunyai kekayaan daripada segi kebudayaan dan adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum yang terdiri dari
kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Meskipun ada perbezaan,
berlainan budaya ini dapat mewujudkan satu masyarakat yang
menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia
setelah semua anggota masyarakat bercita-cita menuju ke arah itu.

Akhir sekali adalah membina sebuah masyarakat progresif iaitu


masyarakat yang mengikut langkah kemajuan sains dan teknologi
selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa
sempadan dan era globalisasi. Masyarakat progresif yang ingin
diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar
dengan kemajuan sains dan teknologi dan akhirnya menjadikan
Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat wawasan 2020.
Walau bagaimanapun, kemajuan tersebut tidak akan menjadikan
rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-
nilai ketuhanan.

Prinsip-prinsip Rukun Negara terdiri daripada Kepercayaan


kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan
Kesusilaan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari

97
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

akan kepentingan agama dan kepercayaan kepada tuhan dalam


kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan juga suatu bangsa dan negara. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai
prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kepercayaan kepada Tuhan
menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan
ikatan sesama bangsa Malaysia bagi menjadikan bangsa bermaruah
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain itu prinsip ini juga
mewujudkan ikatan agama agar masyarakat dapat membentuk
fikiran, pertuturan dan perbuatan yang memanfaatkan diri serta orang
lain disebabkan semua agama mengajar kebaikan. Ini menunjukkan
bahawa bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan
yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah
akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Walaupun Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan Islam adalah agama rasmi negara, kebebasan
beragama tetap diberikan kepada penganut agama lain. Hal ini jelas
menunjukkan sikap toleransi rakyat negara ini yang tidak membeza-
bezakan antara warganya. Kebebasan ini diberikan kerana menyedari
ketiadaan kepercayaan terhadap agama boleh meruntuhkan institusi
negara jika rakyat tidak mempunyai pegangan hidup.

Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan negara


pula amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan
negara. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai seorang raja dalam sistem beraja yang juga
diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri
yang tidak mempunyai raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri merupakan lambang
perpaduan rakyat. Raja juga merupakan simbol penyatuan rakyat dan
pelindung hak istimewa peribumi. Rakyat yang menjadi penderhaka
kepada Raja juga bermaksud penderhaka kepada negara. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, setiap warganegara mestilah
menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri

98
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula,


rakyat mestilah menumpukan taat setia kepada Yang di-Pertua
Negeri. Sikap kesetiaan seperti ini merupakan suatu nilai yang baik
dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan
ikatan bagi memupuk rakyat cinta akan negara. Kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada raja dan negara juga merupakan satu faktor
rakyat Malaysia dapat disatukan. Sebarang sikap atau pengaruh
yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau
rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia dan rajanya
merupakan elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip
Rukun Negara. Prinsip ini bertujuan untuk menanamkan sikap
tanggungjawab, sanggup berkorban demi negara dan memberikan
sumbangan dalam pembangunan negara.

Prinsip ketiga Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan pula


menekankan tentang kepentingan rakyat untuk menerima, mematuhi
dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan
Negara kerana prinsip ini merupakan sumber perundangan negara
yang tinggi. Rakyat juga perlu sedar bahawa Perlembagaan
Negara berfungsi melindungi hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara. Oleh itu, Rukun Negara menekankan adalah
wajar setiap warganegara memahami maksud dan latar sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara. Melalui prinsip ini juga
masyarakat boleh memahami bahawa perlembagaan merupakan
sumber perundangan tertinggi yang harus dipatuhi demi keharmonian
negara. Berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di
negara ini Perlembagaan Negara telah digubal. Ini merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan digugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak.

Pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara


ini juga ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan
merupakan sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan
dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosioekonomi rakyat. Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi
kaum bukan Bumiputera juga diberikan, seperti pemberian taraf

99
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kewarganegaraan Malaysia kepada mereka sebagaimana yang


termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Walaupun Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa-bahasa lain
adalah tidak dilarang. Sekiranya rakyat tidak menerima keluhuran
Perlembagaan Negara kestabilan negara akan tergugat.

Kedaulatan Undang-undang pula memberi keadilan kepada


setiap rakyat di negara ini kerana prinsip ini penting dalam menjaga
hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai
kaum di negara ini. Prinsip ini mewujudkan masyarakat yang
menghormati dan mengikut undang-undang negara kerana undang-
undang berfungsi memberi perlindungan kepada semua anggota
masyarakat. Keadilan diasaskan kepada kedaulatan undang-undang
di mana taraf setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang.
Kedaulatan undang-undang negara yang berasaskan kepada
Perlembagaan perlulah diterima dan dipertahankan. Sekiranya tiada
undang-undang, hidup masyarakat dan negara pasti tidak akan aman
dan tidak stabil. Oleh itu, undang-undang, kehidupan masyarakat
dan negara pasti tidak akan aman dan tidak stabil. Oleh itu, undang-
undang tidak boleh dipersendakan sebaliknya mesti dihormati dan
dipatuhi. Institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa menjamin
kedaulatan undang-undang negara.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal


dan mewujudkan satu masyarakat yang amat stabil dan makmur.
Kehidupan masyarakat akan terjamin dengan kewujudan undang-
undang kerana semua anggota masyarakat akan merasa selamat
apabila mereka dapat bergerak bebas dan teratur tanpa sebarang
kekacauan. Di samping itu, semua rakyat menjalankan aktiviti
kehidupan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dinyatakan oleh Perlembagaan
Negara. Hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan
atau cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan tidak termasuk
dalam hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.
Masyarakat perlu mempertahankan kedaulatan undang-undang.
Dengan ini, masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan

100
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam


pemikiran rakyat negara ini.

Akhir sekali, prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan


mengenai kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan
rakyat kerana prinsip ini penting dalam menjaga hubungan baik
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara
ini. Perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat
ditekankan dalam prinsip kelima ini. Prinsip ini bertujuan memupuk
sahsiah mulia dalam kalangan masyarakat agar tidak menyinggung
perasaan orang lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
Dalam masyarakat yang pelbagai kaum di negara ini, sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan
amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain.
Seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral
tinggi dapat dibentuk jika sikap bersopan santun dan bersusila
diamalkan seterusnya membantu mewujudkan sebuah masyarakat
yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku
atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang
atau sesuatu golongan. Darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-
dua kehidupan persendirian dan kehidupan masyarakat meliputi
tingkah laku bersopan santun. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Sekiranya prinsip
ini tidak dipertahankan perpaduan antara kaum akan menjadi
renggang. Apabila keadaan ini berterusan, negara akan menjadi
lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh
kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara diwujudkan dan diguna pakai sehingga kini


ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Peristiwa ini telah menyedarkan kita semua, betapa pentingnya
rakyat Malaysia bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai
serta menghindari sifat-sifat curiga-mencurigai antara satu sama
lain. Di samping itu, masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling hormat-menghormati antara

101
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

satu sama lain dapat dilahirkan apabila Rukun Negara diamalkan.


Melalui perpaduan kita juga dapat membantu negara dalam
mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi,
mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara
yang bersikap liberal dan demokratik. Sehubungan itu, adalah tidak
wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif
membabitkan agama, kaum dan bahasa kerana dikhuatiri akan
menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini. Oleh itu semua rakyat
Malaysia mestilah mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan
seharian.

Rujukan

1. Kementerian Penerangan Malaysia

2. Intan 1993. Masyarakat Majmuk dan Masalah Perpaduan (Negara


Kita)

3. Intan 1991. Malaysia Kita

4. Intan 1980. Negara Kita

5. Buku Fajar Bakti. Pengajian Am

6. Rukun Negara Resipi Masyarakat Adil. (Suliana)

102
50 TAHUN MALAYSIAKU
GAGAH GEMILANG
Muhammad Hisyamuddin Bin Sharif
SMK Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak

M alaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu


merupakan tanah semenanjung yang mempunyai pelbagai
sumber bahan mentah seperti bijih timah dan emas. Tanah Melayu
telah terkenal di seantero dunia sejak tertubuhnya pelabuhan
entrepot seperti di Kedah Tua dan Melaka. Setelah sekian lama
kerajaan ini wujud, maka datanglah penjajah barat yang dimulai
dengan negara Portugis, diikuti pula Belanda, British dan Jepun.
Setelah hampir empat dekad dijajah, barulah orang Melayu
bangkit dengan pelbagai jenis tentangan yang bermula di Naning,
Negeri Sembilan yang diketuai oleh Dol Said, Pasir Salak, Perak
yang menyebabkan J.W.W. Birch terbunuh di tangan kumpulan
yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela dan banyak lagi. Semua
penentangan ini dibuat demi menentang birokrasi barat yang
mengambil secara langsung hak-hak peribumi orang Melayu.

Apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu, pentadbiran


British terhapus sama sekali akibat tindakan Jepun yang mengambil
alih tampuk pemerintahan British. Orang Melayu ketika ini ibarat
sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika ini, barulah orang Melayu sedar
akan kepentingan menentang penjajah dan memerintah tanah air
sendiri. Setelah berakhirnya pemerintahan Jepun yang memeritkan,
rakyat di Tanah Melayu mula menunjukkan semangat patriotisme

103
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang tinggi apabila pelbagai persatuan muncul di Tanah Melayu


ibarat cendawan tumbuh yang bermatlamatkan pengembalian hak
peribumi orang Melayu ke atas tanah air mereka sendiri. Persatuan-
persatuan ini mula bersatu bagi menentang pelaksanaan Malayan
Union yang akan menggabungkan sistem negeri-negeri Melayu
Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-
negeri Selat. Sistem Malayan Union ini mendapat tentangan orang
Melayu apabila Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan
surat persetujuan raja-raja Melayu secara paksa bagi meneruskan
pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu. Selain itu, Malayan
Union juga menyebabkan hak istimewa orang Melayu terhakis di
samping prinsip syarat kerakyatan Malayan Union yang mengamalkan
prinsip Jus Soli yang secara tidak langsung menyebabkan taraf orang
Melayu sama dengan rakyat migrasi yang lain.

Sebanyak 41 pertubuhan Melayu telah hadir ke kongres Melayu


SeMalaya yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur
telah bersetuju untuk menubuhkan Parti United Malayan National
Organization (UMNO) yang bertujuan menyatukan orang-orang
Melayu menentang Malayan Union. Hasil daripada ketegasan orang
Melayu ketika itu, Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya dibentuk
dengan menggabungkan 11 buah negeri dan mengamalkan konsep
raja berperlembagaan. Kemerdekaan telah dicapai oleh Persekutuan
Tanah Melayu apabila Perjanjian Persekutuan 1957 telah dimeterai.
Pembentukan Malaysia yang menggabungkan Singapura, Sabah dan
Sarawak juga telah berjaya dibentuk pada tahun 1963.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan Malaysia


ditubuhkan, negara kita mulai mengalami pelbagai kemajuan dan
perubahan dalam pelbagai sektor seperti dalam sistem pemerintahan
dan pentadbiran negara Malaysia. Demokrasi Berparlimen, Raja
Berperlembagaan dan Badan Perundangan telah diamalkan.
Perubahan yang telah dilaksanakan ketika itu telah berjaya
melicinkan pembangunan dan dapat membentuk perpaduan
di negara kita. Pembangunan ekonomi telah dibuat melalui
Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermatlamatkan

104
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

membasmi kemiskinan dan merombak semula masyarakat tanpa


mengira kaum. Rancangan ini terbahagi kepada dua tahap yang
berlainan. Di bawah rancangan ini Dasar Ekonomi Baru telah
dilaksanakan dan ia berakhir pada tahun 1990 dan Dasar Pembangunan
Nasional pula telah dilaksanakan sehingga tahun 2000 bagi
menggantikan Dasar Ekonomi Baru. Dengan wujudnya dasar-dasar
seperti ini, banyak pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan
sehingga tahun 2000 bagi memastikan pembangunan negara dapat
ditingkatkan dengan lebih progresif. Rancangan Pembangunan
Lima Tahun yang dibentuk untuk memberikan penekanan kepada
sektor ekonomi, sosial dan awam yang memainkan peranan penting
dalam sesebuah negara. Dua agensi besar telah ditubuhkan ketika itu
iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga
Kemajuan Tanah (FELDA) di bawah Rancangan Pembangunan
Lima Tahun tahap pertama. Pada tahap kedua dijalankan, Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dan banyak lagi badan-badan kerajaan
lain ditubuhkan pada tahap ini bagi merancakkan lagi pembangunan
negara ketika itu.

Akan tetapi, satu peristiwa hitam telah berlaku ketika pelbagai


usaha sedang dilakukan demi mengejar kemajuan iaitu peristiwa
13 Mei 1969 yang melibatkan pergaduhan kaum di antara kaum
Cina dan kaum Melayu akibatnya wujud jurang perbezaan pendapat
antara kedua-dua kaum masih ketara. Peristiwa yang membawa
pengajaran yang besar sekali maknanya ini telah mengganggu
pertumbuhan ekonomi negara. Peristiwa ini telah menyedarkan
kerajaan betapa pentingnya perpaduan di antara kaum kerana ia
menentukan kestabilan sesebuah negara di seluruh dunia. Ekoran
ini, Rukun Negara mula dibentuk bagi menjamin perpaduan kaum di
negara kita, hasilnya negara negara kembali pulih dan bertambah
baik. Setelah peristiwa hitam ini reda, rancangan Malaysia
telah diperbaharui dari masa ke semasa bagi merancakkan lagi
pembangunan di dalam semua sektor di negara kita.

Antaranya ialah dasar penswastaan yang telah dilancarkan oleh


Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi

105
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengurangkan beban kewangan kerajaan di samping meningkatkan


lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan dan dasar ini dilihat
telah berjaya menampakkan hasilnya pada masa kini. Masa terus
berlalu, Malaysia berjaya menongkah arus pembangunan dengan
begitu baik sekali. Sektor pelajaran contohnya, pelbagai perubahan
telah diambil seperti pemberian pelajaran secara percuma kepada
pelajar sekolah rendah tanpa mengira keturunan bangsa dan agama.
Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
dilaksanakan dan tindakan ini diikuti oleh Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Semua ini dibuat oleh
pihak kerajaan bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan rakyat yang
sedia ada supaya rakyat dapat bergerak seiring dengan kemajuan
negara yang pesat membangun.

Selain itu, Malaysia juga banyak memberikan sumbangan dalam


kerjasama antarabangsa. Malaysia yang pada mulanya mengamalkan
dasar pro barat akibat terlalu bergantung dengan negara Britain telah
mengubah dasarnya dengan menggunakan pendekatan berbaik-
baik dengan semua negara dengan harapan agar keselamatan rakyat
dan negara terjamin dengan memelihara kepentingan sosial dan
mengekalkan kedaulatan negara dan keamanan sejagat amnya melalui
kerjasama antarabangsa. Kerjasama antarabangsa telah dibuat sebaik
sahaja Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dengan melibatkan
diri di dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Persatuan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Komanwel, Pergerakan Negara-
negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan Kumpulan Selatan-selatan. Malaysia telah memainkan peranan
di dalam semua pertubuhan yang disertainya seperti menyertai
pasukan pengaman dan pendamai PBB ketika perang saudara di
Congo pada tahun 1960, Bosnia pada tahun 1990 dan yang terbaru
di penghujung akhir tahun 2006 di Lubnan. Penglibatan Malaysia
di dalam pertubuhan-pertubuhan seperti ini dilihat dapat membantu
negara kita seperti sekatan pengaruh Parti Komunis Malaya pada
satu ketika dahulu. Malaysia juga berpeluang menganjurkan sukan-
sukan yang bertaraf tinggi seperti sukan Komanwel pada tahun
1998 yang dapat membina semangat setia kawan antara negara

106
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

anggota Komanwel dan menjadi tuan rumah persidangan bertaraf


antarabangsa seperti persidangan kemuncak NAM ke-13 yang
dibuat pada tahun 2003.

Sekarang, setelah hampir genap negara kita menyambut


kemerdekaannya yang kelima puluh, pelbagai kejayaan telah berjaya
di kecapi sama ada di dalam bidang ekonomi yang melibatkan
sektor industri dan pertanian, bidang sukan, bidang teknologi
mahupun bidang pelajaran. Semua sektor di negara kita telah
berjaya meningkat dengan begitu pesat sekali. Lihatlah, kemajuan
negara kita terbukti apabila rakyatnya yang bersatu padu walaupun
berlainan kaum mencapai pencapaian yang luar biasa seperti
belayar mengelilingi dunia secara solo, mendaki gunung Everest
dan sebagainya. Malahan kita masih lagi boleh mengamalkan sikap
toleransi yang tinggi bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing
kerana apabila datangnya hari-hari perayaan kaum seperti Hari Raya,
Tahun Baru Cina mahupun Deepavali, kita merayakannya bersama-
sama. Kita akan dapat melihat ramai pihak membuat rumah terbuka
dengan menjemput semua orang tanpa mengira perbezaan kaum.

Dalam bidang pelajaran, Malaysia menyedari bahawa pendidikan


merupakan satu bidang yang amat penting dalam mengejar kemajuan.
Oleh itu pihak kerajaan telah menaik taraf sistem pembelajaran
Matematik dan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Bahasa Inggeris dipilih kerana bahasa ini merupakan
bahasa ilmu dan antarabangsa. Menurut watikah ucapan Menteri
Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sempena
hari guru 2007, beliau berasa terkejut apabila di dalam lawatannya ke
negara asing baru-baru ini, beliau mendapati bahawa sistem PPSMI
telah dijadikan bahan kajian di negara tersebut. Ini menunjukkan
bahawa sistem pelajaran di Malaysia telah setanding dengan
sistem pelajaran negara-negara di seluruh dunia. Dalam kurikulum
sekolah juga, kerajaan telah cuba menerapkan nilai-nilai murni dan
patriotisme dan mewujudkan mata pelajaran agama Islam, moral
dan sivik. Inilah usaha terpenting buat negara bagi mengekalkan dan
menambah baikkan integrasi nasional.

107
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Jika dilihat pada teknologi kejuruteraan dan seni bina, negara


kita juga mempunyai kepakaran tersebut dengan wujudnya bangunan
pencakar langit yang berdiri megah di tengah ibu negara. Menara
Berkembar Petronas yang merupakan menara berkembar tertinggi
di dunia dan menara Kuala Lumpur berada di kedudukan menara
keempat tertinggi di dunia menjadi bukti bahawa Malaysia juga
tidak ketinggalan dalam bidang pembinaan.

Apabila ditinjau dalam sektor pertanian dan asas tani, sektor ini
telah berjaya menyumbangkan pendapatan kedua terbesar negara di
samping menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat
Malaysia. Sektor ini berjaya menjadikan negara kita terkenal sebagai
pengeluar minyak sayuran terbesar dunia. Hasil daripada kejayaan
ini, negara kita telah berjaya menukarkan sebahagian daripada hasil
minyak sawitnya dengan negara Rusia menerusi misi penghantaran
seorang bakal angkasawan negara kita yang pertama ke angkasa
lepas. Di samping itu, negara juga telah menempa nama di mata
dunia dengan kejayaan menghasilkan bahan bakar alternatif iaitu
biodiesel bagi menggantikan penggunaan minyak diesel dan petrol
yang semakin berkurangan di seluruh dunia untuk menggerakkan
enjin kenderaan.

Selain itu, di dalam bidang sukan pula, negara kita juga telah
berjaya merekodkan sejarah apabila Nicol Ann David yang
merupakan pemain pertama negara yang mendapat gelaran pemain
terbaik dunia dengan menyandang gelaran pemain wanita sukan
skuasy nombor satu dunia. Dalam sukan permotoran pula, Malaysia
telah berjaya menganjurkan perlumbaan Formula One dunia di litar
Sepang yang telah diiktiraf setanding dengan litar perlumbaan lain
yang terdapat di dunia. Pencapaian negara di dalam sukan hoki
telah terbukti apabila negara telah meraih naib johan di dalam
Pertandingan Hoki Antarabangsa Sultan Azlan Shah yang baru saja
dilangsungkan baru-baru ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada
kejayaan-kejayaan negara dalam bidang sukan kerana banyak lagi
sukan seperti sukan bina badan, badminton, takraw dan lain-lain lagi
tidak sempat untuk diketengahkan di sini.

108
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sektor awam pula menunjukkan satu perkembangan yang


amat positif apabila pada 21 Mei yang lalu, pihak kerajaan telah
mengumumkan kadar kenaikan gaji yang tertinggi di dalam sejarah
iaitu dari 7.5 peratus sehingga 35 peratus dan bagi Angkatan Tentera
Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia pula kadar kenaikan dari
7.5 peratus sehingga 42 peratus di samping menaikkan elaun kos sara
diri (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menggalakkan produktiviti
pekerja kakitangan awam. Ini membuktikan bahawasanya negara
kita sudah mencapai pada satu tahap yang amat baik kerana negara
dilihat mampu memberikan kakitangannya pendapatan yang mampu
membantu kos sara hidup yang kian meningkat saban hari. Perdana
Menteri kita yang kelima, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
melaungkan pelbagai moto dan motivasi bagi meniup semangat
rakyat untuk meningkatkan lagi nilai jati diri ataupun modal insan
agar negara menjadi cemerlang dan terbilang bukan sahaja di dalam
negara, akan tetapi di peringkat global.

Kesimpulannya, setelah Malaysia mencapai usia kemerdekaannya


yang kelima puluh tahun, ia telah berjaya memajukan dirinya sebaik
sahaja Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Pelbagai kemajuan telah
diraih hasil usaha pelbagai pihak yang berusaha menjadikan negara
yang kita cintai ini terus melangkah maju ke hadapan dan terkenal di
seluruh dunia dengan pelbagai kejayaan seperti penciptaan biodiesel
dan banyak lagi. Di bawah pucuk pimpinan kerajaan yang berwibawa
dan peka terhadap keperluan rakyat, pastinya negara kita akan
mencapai kejayaan yang diidam-idamkan seterusnya merealisasikan
matlamat kerajaan untuk menjadikan negara cemerlang, gemilang
dan terbilang di dalam semua aspek iaitu Wawasan 2020.

Rujukan

1. Guru-guru sumber sejarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,


2007.

2. Buku Sisipan Pelajar Sejarah Tingkatan Lima, Pearson Malaysia


Sdn. Bhd.

109
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz
SMK Kuala Balah, Kelantan

Pengenalan

Penduduk Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu


Melayu, Cina dan India dan terdapat kaum bumiputera lain di Sabah
dan Sarawak. Kepelbagaian bangsa membawa kepada kepelbagaian
budaya, agama, bahasa dan adat resam yang ternyata amat sukar
untuk disatukan.

Sebelum merdeka, dasar penjajahan British yang berbentuk pecah


dan perintah ternyata benar-benar berkesan. Dari segi pendidikan,
mereka memperkenalkan pendidikan yang bertujuan menjamin
kepentingan, hasrat dan cita-cita bangsa penjajah. Mereka juga ingin
mengekalkan semangat dan taat setia rakyat pelbagai kaum kepada
negara asal. Mereka membelenggu fikiran anak-anak peribumi
dan memecahbelahkan kumpulan penduduk yang terdiri daripada
pelbagai kaum.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969 barulah kita menyedari bahawa


perpaduan nasional, toleransi kaum dan usaha menghapuskan jurang
perkauman menjadi agenda utama kerajaan. Kerajaan menyedari
bahawa jurang sosial dan ekonomi yang wujud dalam masyarakat
pelbagai kaum menjadi masalah utama rakyat Malaysia ketika itu.
Kita telah belajar dari pengalaman masing-masing dan mereka mulai

111
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menyedari bahawa keadaan harmoni dan semangat ‘memberi dan


menerima’ haruslah dipupuk supaya negara terus berkembang dan
bersatu sebagai satu bangsa Malaysia yang unggul.

Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia

Perpaduan Negara boleh didefinisikan sebagai rakyat daripada


pelbagai etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai
satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh
kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara. Selepas tragedi 13 Mei 1969,
lahirlah ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun Negara yang
dibentuk pada 31 Ogos 1970.

Apabila membincangkan tentang masyarakat majmuk di


negara ini, amat sesuai dipetik daripada pendapat Furnivall yang
mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai: -

“Mereka bergaul tetapi tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang


kepada agama, budaya, bahasa, idea-idea dan cara hidupnya.
Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar-pasar,
membeli dan menjual. Inilah masyarakat majmuk, mereka
hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik.
Golongan Cina, Melayu dan India, semuanya mempunyai fungsi
yang berlainan.”

Ini menunjukkan Malaysia menghadapi masalah yang sama.


Situasi itu membolehkan Rukun Negara dipraktikkan yang berfungsi
untuk menyatupadukan masyarakat yang sudah berpecah belah.
Oleh itu, kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan
berulangnya peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Justeru, “Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-


cita hendaklah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
rakyat seluruh masyarakat....”

112
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rukun Negara dianggap sebagai ideologi negara, yang bermaksud


suatu penyelarasan, penggabungan pola pemikiran dan kepercayaan
yang menerangkan sikap manusia. Ia juga boleh dianggap sebagai
falsafah sosial dan politik yang menjadi simbolik kepada kehidupan
rakyat di bawahnya.

Memandangkan tempoh perisytiharan Rukun Negara sudah


berlangsung selama 36 tahun lalu, didapati penghayatannya di
kalangan muda-mudi kini semakin rapuh dan hambar. Justeru,
kempen penghayatan Rukun Negara dilancarkan di Pusat
Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada 27 Januari 2006.
Kempen ini bertemakan Rukun Negara Amalan Rakyat Malaysia
akan berlanjutan selama lima tahun bermula dari tahun 2006 -
2010.

Matlamat Rukun Negara adalah untuk mengukuhkan perpaduan,


memelihara cara hidup berdemokrasi, mewujudkan masyarakat yang
adil dan kekayaan negara dinikmati sama rata, memastikan bahawa
pendekatan kepada kebudayaan tradisi yang pelbagai dan membina
masyarakat yang progresif dengan menitikberatkan sains dan
teknologi. Usaha untuk mencapai kesemua matlamat ini hendaklah
berpandukan kepada lima prinsip berikut:

• Kepercayaan Kepada Tuhan


• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan Kepada Tuhan

Prinsip pertama menunjukkan bahawa agama merupakan


pegangan hidup paling utama rakyat Malaysia. Mereka yang
mempunyai agama dikatakan akan lebih mudah untuk diurus
dan ditadbir, supaya mereka menjadi warganegara yang

113
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bertanggungjawab. Dalam perlembagaan Malaysia 1963, telah


termaktub bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara
Malaysia. Walau bagaimanapun agama-agama lain turut diberi
kebebasan oleh kerajaan untuk diamalkan dalam situasi yang aman
dan harmoni.

Sekiranya semua kaum di Malaysia mempercayai kewujudan


Tuhan (konsep tuhan yang dipercayai mereka adalah berbeza-beza)
tetapi rakyat Malaysia mempercayai kewujudan Tuhan. Konsep ini
boleh membawa mereka hidup dalam keadaan aman dan tenang.
Mereka akan merasakan diri mereka adalah makhluk yang amat
kerdil di muka bumi ini. Justeru, mereka akan sujud kepada Tuhan
Yang Maha Besar Lagi Berkuasa.

Oleh itu, ketaatan dan kepatuhan kepada Tuhan secara tidak


langsung membawa mereka ke arah perpaduan. Ini menjadikan
mereka yang beragama akan mudah untuk dibentuk akhlak dan
tingkah lakunya. Dengan kata lain, mereka yang beragama dan
percaya kepada Tuhan akan mudah disatupadukan. Begitulah
sebaliknya, hidup manusia tanpa agama seolah-olah mereka tidak
mempunyai pedoman dan hidup dalam ketidaktenteraman. Justeru,
pengamalan prinsip pertama Rukun Negara yang pertama dituntut
oleh semua agama agar ia menjadi amalan hidup rakyat Malaysia.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Prinsip kedua pula menuntut supaya semua rakyat Malaysia


memberikan Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Yang di-Pertuan
Agong merupakan Ketua Negara dan Raja-raja Melayu adalah ketua
bagi setiap negeri. Raja dianggap sebagai simbol penyatuan rakyat
dan pelindung kepada hak istimewa pribumi. Penderhakaan kepada
raja akan membawa maksud penderhakaan kepada negara juga.

Semua kaum di Malaysia perlu mengakui bahawa pemerintahan


beraja memang wujud di Tanah Melayu lebih 500 tahun dahulu lagi.

114
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Ketika itu sultan dan raja telah menentukan sempadan geopolitik


negeri masing-masing sebelum kedatangan penjajah. Kedaulatan
mereka sebagai ketua pada waktu itu telah diakui oleh penjajah
seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun dalam Perang Dunia
ke-2. Buktinya Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di antara
Sultan Perak dengan Residen Inggeris, J.W.W. Birch.

Perjanjian itu membukti sudah wujud kedaulatan dalam sistem


Kerajaan Melayu. Sehubungan itu, pemerintahan beraja diteruskan
hingga ke hari ini yang meminta semua kaum mencurahkan sepenuh
ketaatan yang tidak berbelah bahagi lagi kepada Yang di-Pertuan
Agong dan Sultan.

Justeru, mereka yang dianggap sebagai simbol penyatuan ditaati


rakyat Malaysia, saya percaya bahawa perpaduan rakyat Malaysia
akan tercapai. Dalam Islam pun dituntut supaya semua penganutnya
mentaati ketua selagi dia tidak berlaku zalim. Justeru, prinsip kedua
Rukun Negara yang sudah menjadi amalan, pada masa yang sama
ia akan menjamin keamanan dan perpaduan nasional.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ketiga menekankan kepada Keluhuran Perlembagaan.


Perlembagaan ditakrifkan sebagai sejenis undang-undang yang
mengandungi peraturan yang dikuatkuasakan dalam negara.
Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian
udang-undang dalam perlembagaan itu sendiri. Keluhuran
Perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan Mahkamah. Undang-undang negeri mestilah
selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara (75) menyatakan
undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya.

Keluhuran ini termasuklah peruntukan yang berkaitan dengan


isu bahasa kebangsaan (Perkara 152), keistimewaan orang

115
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Melayu (Perkara 153), Agama Islam sebagai agama Persekutuan


(Perkara 151), kedudukan institusi beraja (Perkara 32) secara jelas
mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pribumi. Dalam
isu bahasa contohnya ia merupakan satu isu yang sensitif untuk
diselesaikan. Cuma dapat diselesaikan melalui tolak ansur politik
antara kerajaan melalui kelulusan Akta Bahasa di Parlimen (1963)
dan (1967).

Teringat saya kepada kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra


Al-Haj, Perdana Menteri Pertama yang berkata kepada Perdana
Menteri Singapura, Lee Kuan Yew ketika keluar dari Malaysia.

“Kalau hendak kekal dalam Malaysia, kamu mesti menerima hak


bangsa Melayu dan kedudukannya sebagai bangsa utama negara ini.
Kalau kamu enggan menerimanya, kami tidak lagi menerima kamu
dalam Malaysia....

Jelasnya, perlembagaan negara merupakan satu tolak ansur


semua kaum. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat tidak boleh
‘mempersoalkan’ perlembagaan yang telah dipersetujui oleh
Parlimen. Terdapat juga peruntukan yang memberi faedah
kepada kaum bukan Melayu. Justeru, hak-hak bumiputera dan
bukan bumiputera yang telah dipersetujui hendaklah dihormati.
Menghormati perlembagaan merupakan satu amalan yang penting
dalam pembinaan semangat perpaduan nasional.

Ini kerana perlembagaan akan menjamin kecekapan, kejujuran,


keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran kerajaan.
Perlembagaan menjamin dan mengekalkan keamanan walaupun
pemerintahan silih berganti. Dapat ditegaskan di sini bahawa
perlembagaan dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa di negara
ini. Sehingga kini kepatuhan kepada keluhuran perlembagaan
masih lagi kukuh dan fungsi perlembagaan masih menjadi panduan
rakyat Malaysia. Kesannya, kita dapat mengecapi keamanan dan
kemakmuran yang berpanjangan walaupun terdiri daripada penduduk
pelbagai bangsa.

116
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kedaulatan Undang-Undang

Prinsip Rukun Negara keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang.


Kedaulatan bermaksud kuasa yang tertinggi dan mutlak yang dimiliki
oleh sesebuah institusi pemerintahan. Ia juga bermaksud, badan
pembuat dan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang
bermaksud peraturan yang dibuat oleh badan perundangan melalui
proses yang sah. Justeru, pelaksanaan undang-undang dikenakan
terhadap setiap individu dalam masyarakat.

Kedaulatan undang-undang membawa maksud undang-undang


wang mempunyai kuasa yang tertinggi, mutlak dan paling berkuasa
yang dapat dijelaskan dengan kemampuan badan perundangan
negara yang menggubal dan melaksanakan undang-undang. Di negara
kita, kedaulatan undang-undang dikaitkan dengan tiga badan utama
iaitu, Badan Perundangan, Eksekutif dan kehakiman yang berfungsi
dengan baik. Sekiranya satu daripada badan ini tidak dapat berfungsi
dengan sepatutnya, maka undang-undang tidak akan mempunyai
kedaulatan sepenuhnya. Kedaulatan di sini menunjukkan sebagai
sesuatu yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan dan kedaulatan
itu penting untuk membendung kekacauan dalam masyarakat.

Justeru, kesediaan masyarakat majmuk Malaysia menghayati


Prinsip Rukun Negara yang keempat akan memudahkan hasrat
kerajaan mewujudkan perpaduan nasional. Hidup akan lebih tenteram
sekiranya terdapat undang-undang dalam negara yang berdaulat.
Tanpa undang-undang kekacauan dan peperangan akan berlaku.
Oleh itu, amalan menghayati Rukun Negara bagi menjamin
keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi ini akan terus
berkekalan untuk selama-lamanya.

Kesopanan dan Kesusilaan

Kesopanan dan kesusilaan merupakan prinsip Rukun Negara


kelima, yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Mengikut

117
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kamus Dewan, kesopanan bermaksud, adab sopan santun, tatasusila,


tingkah laku dan tutur kata yang baik. Manakala kesusilaan pula
bermaksud bersopan santun, beradab dan berakhlak.

Kita digalakkan bertutur dan berkelakuan sopan apabila bergaul


dengan kaum-kaum lain supaya tidak timbul perasaan mencurigai
antara kaum. Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai
murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
Apabila seseorang warganegara itu sopan-santun, ia dapat menjamin
kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling
menghormati.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, semua bangsa


perlu bersedia untuk hidup sopan santun dan bertatasusila. Unsur-
unsur yang bersifat negatif dari segi pertuturan, percakapan dan
kelakuan perlu dielakkan oleh semua kaum. Ini kerana unsur yang
bersifat negatif itu akan mencemarkan kesusilaan sesuatu kaum.
Sekiranya ini yang berlaku dalam masyarakat majmuk, ia boleh
mengundang konflik dalam masyarakat kita.

Pelajar-pelajar digalakkan untuk bekerjasama antara kaum dalam


semua aktiviti di sekolah. Mereka juga perlu mengikis tanggapan
negatif terhadap sesuatu kaum, contohnya pelajar Melayu membuat
tanggapan terhadap kaum India yang melibatkan kebersihan,
kerajinan dan kesopanan. Justeru, prasangka itu perlu dielakkan agar
integrasi dan perpaduan nasional tercapai. Jadikan amalan hormat-
menghormati dalam masyarakat kerana ia dapat mewujudkan
keamanan dan mengelakkan kumpulan extremis dan fanatik terhadap
satu kaum kepada kaum lain.

Kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab perlu sedar


bahawa budaya membanggakan budaya sendiri supaya kaum-
kaum lain tidak terasa. Dengan penghayatan nilai-nilai murni akan
menjauhi segala prasangka negatif itu. Seterusnya mereka akan
bersikap sentiasa bersedia untuk saling mempercayai antara kaum
dalam masyarakat. Sikap inilah yang menjadi asas kepada integriti

118
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

nasional, seterusnya inilah yang menjadi amalan hidup rakyat


Malaysia.

Kesimpulan

Kepatuhan mendukung cita-cita dan etika hidup yang diinginkan


hanya boleh dicapai dengan berkesan sekiranya ada penghayatan
rohaniah dan semangat yang berkobar-kobar. Penghayatan Rukun
Negara memerlukan komitmen yang tinggi daripada ibu bapa dan
guru-guru. Mereka perlu sedar dan peka kepada cita-cita dan prinsip
Rukun Negara agar hasrat perpaduan benar-benar tercapai.

Perlu ditekankan di sini bahawa sekiranya kita inginkan


perpaduan rakyat pelbagai kaum, ikrar Rukun Negara bukan
sekadar di mulut, tetapi penghayatan di hati akan lebih bermakna.
Kita sedih, muda mudi kini lebih cenderung mengingati prinsip-
prinsip Rukun Negara tanpa menghayati ideologi sebenar di sebalik
Rukun Negara, yang penting di sini ialah kata-kata yang terkandung
di dalamnya bukan prinsip semata-mata. Justeru, generasi muda
perlu lebih bersifat patriotik sekiranya inginkan keamanan yang
berterusan untuk generasi akan datang.

Kata-kata berbisa daripada bekas Perdana Menteri keempat


kita iaitu Tun Mahathir bin Mohamad semasa Perhimpunan Agung
UMNO (24 Ogos 1995) lalu yang mengatakan bahawa,

“Bahasa tanpa bangsa tidak bermakna. Kita bukan mahu bahasa


sahaja dan bangsa sahaja, tetapi kita mahu bahasa dan bangsa
bersama-sama.”

Mengikut beliau lagi, bangsa di sini merujuk kepada bangsa


Malaysia. Adalah diharapkan bangsa Malaysia satu bangsa yang
bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang boleh dikongsi
bersama. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan
etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi cara hidup

119
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang adil. Satu bangsa Malaysia yang kesetiaan, politik dan


kebaktiannya tertumpu pada bangsanya. Jadi marilah kita bersama-
sama kekalkan keharmonian dan integriti bangsa Malaysia supaya
tahun 2020 nanti dapat dikecapi dengan aman dan damai dengan
menjadikan kelima-lima prinsip Rukun Negara sebagai amalan
hidup rakyat Malaysia.

Rujukan

1. Abdul Rahim Abdul Rashid. 1993. KBSM. Pendidikan Nilai


Merentasi Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

2. Jurnal Guru. 1989. “Ke arah Pembinaan Budaya Ilmu”. Keluaran


1. 16 Mei, Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan.

3. Kamus Dewan. 1993. Edisi Baru. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kuala Lumpur.

4. Ramanathan. K. 1992. Konsep Asas Politik. Dewan Bahasa dan


Pustaka. Kuala Lumpur.

5. Konsep Asas Politik. Edisi Kedua. Fajar Bakti. Kuala Lumpur.

6. Majalah Official Year Book 1970. 1971. Government Press.


Kuala Lumpur.

7. Malaysia Digest. 1970. 4 September.

8. Khusairi Hj. Abdullah. 1983. Pelaksanaan Bahasa Melayu


sebagai Bahasa Pengantar Pelajaran. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

9. R.S Milne dan Diana K. Mauzy. 1992 (Terj). Politik dan Kerajaan
di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

120
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

10. Salleh Mohd Akib. 1975. Prinsip dan Kaedah Pengajaran


Bahasa. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., Kelantan.

11. Willian Shaw. 1976. Tun Razak: His Life and Times. Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Petikan Ucapan

1. Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara. 1992. Februari

2. Jawatankuasa Integriti Nasional. 1992. Jun

Akhbar

1. Berita Harian. 2006. Kontrak Sosial Rukun Negara Bina


Kesepakatan Kaum. 26 Januari

2. Rakyat Lebih Berdisiplin Jika Amal Rukun Negara. 28 Januari.

121
50 TAHUN KEMERDEKAAN,
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Al Falah Has Bin Abdul Aziz
SM Sains Johor, Batu Pahat, Johor

D ewasa ini, dalam kita mengecapi keharmonian hasil titik


peluh pejuang bangsa, kita harus sedar sebenarnya sudah
50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Sepanjang tempoh
tersebut kita telah mengharungi pelbagai suka dan duka bermula
dari era penjajahan hinggalah kini, detik kecemerlangan negara.
Pelbagai kejayaan ditempa, baik dari sudut ekonomi, politik, sosial,
pendidikan mahupun bidang sukan. Warganegara Malaysia yang
bersemangat patriotik telah memberikan sumbangan dalam rencam
aspek sehingga telah mengharumkan nama negara di persada seantero
dunia. Persoalannya kini, apakah dugaan di sebalik kejayaan?.
Justeru, apakah cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan
kemerdekaan selama 50 tahun ini? Semua pihak dilihat memainkan
peranan yang dominan dalam hal ini.

Kegagahan negara boleh dinilai melalui peningkatan sektor


ekonomi. Selama 50 tahun kemerdekaan, ekonomi negara telah
mengalami perubahan yang positif walaupun ada ketikanya dilanda
kemelut pada tahun 1998. Sebelum ini, kita memperkenalkan
ekonomi berasaskan perindustrian, tetapi kini ekonomi berasaskan
pertanian turut memainkan peranan yang penting. Pada tahun 1998,
negara kita telah dilanda krisis ekonomi sehingga menyebabkan
berlakunya kegawatan. Kemelut ekonomi yang disebabkan

123
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pemanipulasi mata wang oleh tokoh ekonomi dunia, George Soros


telah berjaya diatasi oleh Perdana Menteri kita pada ketika itu,
Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam konteks ini, Mantan Perdana
Menteri memperkenalkan dasar tambatan tinggi yang akhirnya
berjaya menstabilkan nilai mata wang negara di pasaran dunia
dan kesannya dapat dirasakan hingga kini. Atas keperluan semasa,
Perdana Menteri kita Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
menggubal dasar tersebut kepada dasar wang apungan disebabkan
keyakinan yang jitu bahawa ekonomi negara kita sudah mantap.
Kini, ekonomi negara kita mula berpasakkan sektor pertanian
dilihat begitu dominan memainkan peranannya. Sektor pertanian
telah membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk
terutama penduduk luar bandar. Ekonomi negara semakin hari
semakin mantap dijana oleh pelbagai aset yang bernilai. Buktinya,
sektor pelancongan turut memberikan sumbangan yang utama
sehingga pihak kerajaan menganjurkan kembali Tahun Melawat
Malaysia 2007. Diharapkan, langkah drastik berdasarkan prakarsa-
prakarsa inisiatif yang digariskan oleh pihak kerajaan akan
memantapkan ekonomi negara pada tahap yang optimum.

Dalam dimensi yang sama, Malaysia telah mencapai


kejayaan dalam pelbagai aspek. Antaranya, ialah sukan.
Kejayaan atlet negara pada hari ini sudah boleh dibanggakan.
Semangat juang yang tinggi dalam diri para atlet berdasarkan
slogan “Malaysia Boleh” telah membimbing mereka ke arah
kejayaan. Kejayaan Nicol Ann David misalnya merupakan bukti
kecemerlangan negara. Nicol merangkul gelaran pemain skuasy
dunia telah membuktikan kegagahan negara sepanjang 50 tahun
kemerdekaan. Kemenangan demi kemenangan yang diperoleh
telah meletakkannya sebagai nombor satu dunia. Selain itu,
kejayaan pasangan regu badminton negara Koo Kien Kiat dan
Tan Bong Heong telah membuktikan betapa rakyat Malaysia
mampu untuk berdaya saing pada peringkat global. Kejayaan
negara kita menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa juga
turut menaikkan nama negara. Implikasinya, Malaysia kini
sudah mampu untuk “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”

124
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan negara-negara maju lain. Penganjuran acara sukan seperti


perlumbaan Formula Satu, Pertandingan Perahu Layar Monsoon
Cup di Terengganu dan Le Tour De Langkawi telah menunjukkan
kapabiliti negara untuk menyediakan prasarana bertaraf dunia.
Terbuktilah, negara kita turut mencapai kecemerlangan dalam
bidang sukan.

Di samping itu, kegagahan negara juga dapat dilihat dalam


aspek pendidikan. Sepanjang tempoh 50 tahun kemerdekaan,
pelbagai perubahan telah dilakukan untuk memajukan bidang ini.
Sesungguhnya, pihak kerajaan sedang giat dalam usaha melahirkan
modal insan yang berkualiti dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelektual. Jelasnya, modal insan yang dilahirkan akan menjadi
aset untuk memajukan negara. Kejayaan yang dicapai oleh pelajar
Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah membuktikan
kegemilangan tersebut. Kejayaan Cik Nor Amalina Che Bakri pada
tahun 2004 dan Cik Nadiah Amirah Jamil pada tahun 2006 telah
membuktikan kualiti pendidikan negara kita semakin meningkat.
Selaras dengan salah satu teras Misi Nasional untuk melahirkan
modal insan, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
telah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010 (PIPP).

PIPP merupakan usaha murni kerajaan untuk membuktikan


kecemerlangan negara. Salah satu teras PIPP adalah untuk
memartabatkan profesion keguruan. Teras ini adalah untuk
membentuk komuniti pendidik yang mampu melahirkan anak
bangsa yang menerajui pucuk pimpinan negara. PIPP juga turut
menggariskan usaha memperhebat sekolah kebangsaan. Langkah
alternatif pihak kerajaan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang. Dalam konteks ini, sekolah kebangsaan ataupun sekolah
satu aliran merupakan wadah terbaik melahirkan perpaduan dalam
kalangan pelajar berdasarkan penerapan nilai murni melalui program
integrasi murid. Hal ini akan melahirkan pelajar yang bersatu padu
dan harmoni. Natijahnya, prospek pendidikan turut menjadi akar
kegagahan negara di mata dunia.

125
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dalam konteks yang sama, kegagahan negara turut berpaksikan


semangat waja yang ditonjolkan oleh rakyatnya. Suatu ketika dahulu
kita digemparkan dengan pencapaian yang membanggakan seperti
Datuk Azhar Mansor yang mengelilingi dunia secara solo dengan
perahu layarnya dan Datuk M. Mohandas yang berjaya menawan
puncak Everest. Intihanya, akhirnya mereka yang berjiwa besar ini
merupakan perintis kepada pencapaian lain yang membanggakan.
Terbukti darah pejuang yang mengalir dalam tubuh rakyat Malaysia
seperti mereka ini telah berjaya menjulang martabat negara. Selain
itu, kegemilangan ekspedisi Datin Paduka Mazlina menjelajah
kutub utara dan selatan telah menambah senarai panjang kekentalan
rakyat Malaysia untuk memartabatkan bangsa dan negara di persada
antarabangsa.

Semangat anak muda seperti saudara Muqarrabin bin


Mokhtaruddin yang akan mengharumkan nama negara dengan
ekspedisinya mengelilingi dunia dengan berjalan kaki dan berbasikal
pula perlu disokong penuh oleh semua rakyat Malaysia. Usaha anak
muda ini membuktikan kegagahan negara menerusi kecemerlangan
warganegaranya yang sanggup berkorban demi negara. Kejituan
dan kemapanan semangat mereka haruslah dicontohi oleh rakyat
Malaysia. Ini adalah pembakar semangat individu yang berkorban
demi negara tercinta. Selain itu, para pemimpin negara kita juga
merupakan individu yang boleh dibanggakan. Cara pemikiran dan
ideologi masing-masing telah membawa perubahan kepada kemajuan
negara. Sepanjang 50 tahun kemerdekaan, negara kita telah diterajui
oleh lima orang pemimpin yang telah memacu negara ke arah
kecemerlangan. Pucuk pimpinan yang diteraju oleh Tunku Abdul
Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan ikon
dalam usaha menaikkan nama negara. Maka jelas, keterbilangan
negara boleh diukur berdasarkan kecemerlangan warganya.

Dalam kita mengecapi nikmat keamanan yang diperoleh,


terdapat kekangan-kekangan yang menghalang kita untuk menikmati
kebebasan sepuas-puasnya. Dalam rentetan sejarah negara terpalit

126
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969, kini kebebasan kita semakin


terhakis akibat tindak-tanduk belia negara kita. Dalam era globalisasi
ini, ungkapan “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” sudah
tidak menggambarkan peranan golongan belia untuk memartabatkan
bangsa. Belia kini semakin terpengaruh dengan anasir-anasir luar
yang menguasai minda dan mentaliti mereka. Hal ini dapat dilihat
dalam aktiviti lumba haram yang semakin membimbangkan
masyarakat. Budaya “merempit” misalnya telah mencalarkan imej
negara dan bangsa.

Kegiatan ini telah merencatkan kemajuan negara sepanjang 50


tahun kemerdekaan. Sesungguhnya, kemajuan negara bukan sahaja
diukur melalui dimensi ekonomi tetapi jua diukur berdasarkan
pembangunan sosial masyarakat. Bilangan belia kita yang terjerumus
dalam najis dadah juga amat menyedihkan. Usaha-usaha yang
diambil untuk mengatasi permasalahan ini, “umpama mencurah
air garam ke laut”. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh
Majalah dewan Siswa keluaran April 2004 mencatatkan sebanyak
52 peratus remaja kita terlibat dalam aktiviti penagihan dadah. Hal
ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa negara kita dalam era
penjajahan semula tetapi dari sudut yang berbeza. Pepatah “harapkan
pagar, pagar makan padi” adalah amat bersesuaian. Hal ini, demikian
kerana belia yang diharap dapat memacu negara ke arah kejayaan
telah menghampakan harapan seisi warga Malaysia mengekang kita
untuk menikmati kemerdekaan yang di kecapi. Justeru mentaliti dan
tindakan belia sungguh signifikan dalam hal ini.

Dari sudut perspektif yang sama, masalah perpaduan menjadi


kekangan yang dominan dalam usaha mengekalkan nikmat
kemerdekaan. Isu perpaduan kaum merupakan isu yang umpama tiada
titik noktahnya. Negara kita Malaysia telah terkenal sebagai negara
yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Nilai istimewa
ini telah menjadi cermin keunikan negara kita. Namun hakikatnya,
masyarakat yang berbilang kaum ini masih mempunyai kelemahan
dari aspek perpaduan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 merupakan
insiden yang hampir berulang pada masa kini. Ketidaksamarataan

127
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dari segi ekuiti bangsa menjadi isu yang mengekang kita daripada
memperoleh perpaduan yang jitu. Masyarakat Cina yang memonopoli
kekayaan telah menimbulkan prejudis bangsa lain terhadap mereka.
Hal ini secara tidak langsung, menyebabkan masyarakat majmuk
ini sukar mencapai perpaduan. Oleh yang demikian kerajaan telah
menggariskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berobjektif untuk
memastikan keseimbangan dari segi ekuiti antara kaum. Di samping
itu, ketandusan nilai moral dan etika juga menjadi faktor yang
menghalang perpaduan. Masyarakat kita sukar untuk berkomunikasi
dan berinteraksi, ini menyebabkan hubungan silaturahim semakin
renggang. Konsekuensinya dapat dilihat melalui senario pada masa
sekarang ini yang menyaksikan pengamalan nilai yang bertentangan
dengan nilai dan norma tempatan dalam kalangan masyarakat.
Budaya rock heavy metal atau kumpulan muzik underground seperti
Black Metal telah mencemarkan budaya masyarakat kita yang
terkenal dengan keluhuran budi bahasa sekali gus menjadi
batu penghalang kepada perpaduan yang dipupuk selama ini.
Sesungguhnya, kemajuan negara sukar untuk dicapai tanpa
perpaduan. Maka jelas, masalah perpaduan boleh menjadi prioriti
yang mengekang nikmat kemerdekaan di negara kita.

Oleh hal demikian, terdapat pelbagai langkah positif perlu


diambil untuk mengekalkan negara. Rakyat Malaysia sewajarnya
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Orang berilmu,
“laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku”. Masyarakat
berilmu merupakan wahana kemajuan negara. Selaras dengan tuntutan
kerajaan untuk melahirkan modal insan yang global, individu berilmu
dilihat sebagai medium efektif untuk bersaing pada peringkat global.
Individu berilmu berperanan untuk mengisi agenda kerajaan dalam
usaha memurnikan usaha mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020. Realiti telah menyaksikan negara kita telah melahirkan
golongan inteligensia supranasional yang telah memberikan
sumbangan untuk memajukan negara. Pembinaan Koridor Raya
Multimedia (MSC) dan bandar siber seperti Putrajaya dan Cyberjaya
merupakan ilham rakyat Malaysia yang berpandangan jauh dan
berinovasi tinggi. Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

128
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Lumpur (KLIA) dan Litar Sepang merupakan mercu tanda kejayaan


negara. Hal ini terbukti dengan penghantaran angkasawan Malaysia
ke bulan pada masa terdekat. Kejayaan tiga orang pelajar Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah mengharumkan
nama negara dengan memenangi tempat keempat dalam Pameran
Sains dan Kejururawatan Intel Antarabangsa (Intel ISEF) yang
berlangsung di Alberquerque Convention Center, New Mexico,
Amerika Syarikat telah menunjukkan tahap penguasaan ilmu dan
inovasi rakyat Malaysia yang tinggi. Jelaslah terbukti masyarakat
berilmu merupakan pemangkin kegagahan negara.

Conficius pernah berkata, “untuk membentuk dunia pada


aturannya, kita perlu terlebih dahulu membentuk bangsanya, untuk
membentuk bangsanya, kita perlu membentuk keluarga, bentuklah
diri mu dan punyailah hari yang murni”. Lafaz ini sungguh jelas
membuktikan kepentingan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa
dalam pembangunan negara. Lantaran itu, ibu bapa dilihat sebagai
medium efektif untuk menyemai nilai patriotik dan nilai cinta akan
negara yang tinggi dalam diri masyarakat terutama anak-anak.
Ibu bapa sewajarnya menanamkan nilai tersebut sejak anak-anak
mereka kecil agar pengamatan nilai ini berterusan hingga mati
yang bertepatan dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Ibu bapa sewajarnya menjadi idola dalam menunjukkan
contoh teladan terbaik kepada anak-anak. Dalam persepsi ini, ibu
bapa boleh menyemai semangat patriotik dalam diri anak-anak
dengan membawa mereka berkunjung ke kawasan bersejarah. Hal
ini akan dapat memberikan informasi serba sedikit kepada anak-
anak. Ibu bapa perlulah mendedahkan kepada anak-anak mereka
tentang kepentingan mengekalkan kemerdekaan dan pahit getir untuk
mencapai kemerdekaan. Hal ini untuk meningkatkan pengetahuan
dan penghayatan nilai patriotik dalam diri anak-anak.

Kerajaan juga dilihat begitu aktif menyemai nilai patriotik dalam


kalangan masyarakat. Penganjuran Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) merupakan alternatif kerajaan menyuburkan nilai cinta akan
negara. PLKN menggariskan empat modul untuk melahirkan insan

129
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

berkualiti. Modul fizikal misalnya, akan melatih para pelatih untuk


berdisiplin. Aktiviti lasak seperti kawat kaki, flying fox dan abselling
akan dapat membentuk disiplin yang tinggi. Modul kewarganegaraan
akan mendedahkan para pelatih tentang nilai kemasyarakatan, nilai
budaya dan warisan masyarakat. Modul pembangunan karakter
pula merupakan landasan yang berkesan untuk membentuk sahsiah
dan peribadi para peserta. Manakala modul khidmat komuniti pula
memberi peluang kepada para pelatih untuk berkhidmat kepada
masyarakat bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Sebagai contoh,
para pelatih dibawa untuk membantu mangsa tragedi tsunami yang
melanda pada 24 Disember 2005. Apa yang diharapkan, PLKN akan
dapat menjadi wadah melahirkan individu yang mantap semangat
patriotiknya. Dalam konteks ini, para pelajar lepasan SPM atau belia
berumur lingkungan 17 tahun akan menyertai aktiviti ini. Hal ini akan
dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam permasalahan
sosial yang kian meruncing. Maka jelas, PLKN merupakan langkah
terbaik untuk melahirkan masyarakat yang berpatriotik tinggi.

Tuntasnya, dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan negara, kita


telah mengharungi saat getir yang akhirnya membawa kepada
kecemerlangan negara. Rakyat Malaysia yang berpegang teguh
kepada Prinsip Rukun Negara akan senantiasa bersedia untuk
mempertahankan tanah air tercinta ini. Kekangan yang mendatang
perlulah diatasi agar negara kita dapat menikmati nilai kemerdekaan
buat selama-lamanya. Sesungguhnya semangat patriotik dan
semangat juang yang tinggi merupakan agen untuk membendung
negara kita daripada dijajah kembali. Semoga segala hasrat murni
kerajaan dapat direalisasikan ke arah mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020. Justeru, penggemblengan tenaga adalah
diperlukan untuk mempertahankan negara dalam dunia serba
mencabar ini. Dirgahayu Bangsa dan Negaraku.

130
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan

1. Rahmat Ismail (1997). Etika Sosial: Satu Peradaban Dalam


Kehidupan Sosial Manusia. Kuala Lumpur. Utusan Publications
and Distributors Sdn. Bhd.

2. Akhbar Skor (23 Mei 2007). Kejayaan Pelajar MRSM di New


Mexico Harumkan Nama Negara. Berita Harian.

3. Dewan Siswa (April 2004). Belia dan Dadah. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

4. Majalah Dewan Masyarakat (Februari 2007). Memantapkan


Profession Keguruan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

131
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA
Negaraku GAGAH GEMILANG
Nur Atikah Binti Mohamad Nadzri
SMK Matang, Perak

S ebagai warganegara Malaysia dengan memahami sejarah kita


dapat menanam nilai-nilai seperti setia kepada negara, jujur dan
berani dalam diri di samping memupuk semangat nasionalisme.
Kita seharusnya memahami dan mengetahui sejarah negara kerana
melalui sejarah kita dapat mengenali diri, masyarakat, bangsa dan
negara ini.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, negara kita pernah


dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Sekiranya
diteliti dengan mendalam, kelemahan pemerintahan, hasad dengki,
perpecahan antara kaum, perebutan takhta adalah alasan kepada
penjajah untuk campur tangan di Tanah Melayu di samping dasar
imperialisme iaitu keinginan mereka untuk menguasai kekayaan
hasil bumi Tanah Melayu seperti bijih timah, getah dan hasil
pertanian lain.

Selepas era penjajahan, negara kita dilanda zaman darurat di


mana berlakunya pemberontakan Parti Komunis Malaya yang ingin
menjadikan negara ini sebuah negara komunis. Namun fahaman
ini tidak dapat diterima oleh sebahagian besar penduduk negara
ini dan mereka telah berusaha bersama-sama untuk membasmi
kegiatan komunis dan darurat berjaya ditamatkan pada 1960.

133
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perpaduan di antara kaum dan tolak ansur merupakan pemangkin


ke arah mendapatkan kemerdekaan negara ini pada 31 Ogos 1957.
Sememangnya darurat telah mengakibatkan kesan yang buruk kerana
mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda.

Kemerdekaan negara ini dicapai melalui perjuangan semangat


kebangsaan atau semangat nasionalisme yang tinggi warga ketika
itu. Pengaruh daripada luar negara iaitu perjuangan nasionalis dan
juga pendidikan yang diterima oleh anak-anak tempatan merupakan
faktor utama yang menimbulkan kesedaran di kalangan penduduk
tempatan memperjuangkan kemerdekaan tanpa kekerasan.

Kemunculan para intelek-intelek Melayu telah mendorong


perjuangan menggunakan diplomasi yang disokong oleh semangat
kebangsaan. Ketika itu timbul kesedaran bahawa kemerdekaan boleh
dicapai bukan sahaja melalui pemberontakan atau peperangan tetapi
juga melalui perundingan dan semangat kebangsaan yang dimiliki
rakyat.

Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Banyak


pihak telah mencadangkan percantuman negeri-negeri serantau
dengan Malaya tetapi gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman
pada 27 Mei 1961 mendapat sambutan dan diikuti dengan tindakan-
tindakan tertentu yang berkesan sehingga Malaysia berjaya
diisytiharkan.

Dari segi sistem pemerintahan dan struktur pentadbiran negara,


Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Sistem beraja yang kukuh dan masih lagi dipertahankan sehingga
sekarang, namun hakikatnya ialah ‘rakyat yang memerintah’. Ini
bermaksud rakyat berkuasa membentuk kerajaan. Rakyat akan
memilih wakil-wakil mereka dan seterusnya akan membentuk
kabinet. Namun raja dan kerabat diraja tidak diketepikan, malah
diperkukuhkan lagi menerusi institusi raja berperlembagaan dan
Majlis Raja-Raja yang masing-masing mempunyai sistem dan
peranan yang telus.

134
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, sistem pentadbiran


dan pemerintahan yang diamalkan telah berfungsi menjadikan
kesejahteraan rakyat serta ke arah pembinaan sebuah negara bangsa
yang bersatu padu.

Negara kita merupakan sebuah negara yang terdiri daripada


pelbagai kaum atau etnik yang hidup dengan harmoni. Keunikan
terserlah kerana tiada jurang perbezaan yang memungkinkan
kewujudan berlakunya konflik antara etnik. Ini menggambarkan
bahawa perpaduan menjamin kestabilan negara. Kemakmuran
masyarakat seterusnya akan mewujudkan integrasi nasional.

Di negara kita, perpaduan adalah diasaskan kepada ideologi


negara (Rukun Negara). Selain daripada itu, perpaduan nasional
diharap dapat dicapai melalui perpaduan di tahap perpaduan
wilayah, ekonomi, politik, pelajaran, sosial dan kebudayaan. Sudah
tentulah matlamat akhir kita ialah integrasi yang menyeluruh dan
berpanjangan. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan
satu kejayaan luar biasa bagi Malaysia kerana peralihan kuasa
pemerintahan berlaku dengan aman. Seterusnya kesepakatan kaum
dan pembangunan berjalan seiring menapak maju. Namun, selepas
pilihan raya 1969, perpaduan kaum hancur apabila tercetusnya
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi itu telah memberi banyak
pengajaran termasuk kesedaran bahawa selama ini memang sedia
wujud konflik di antara kaum. Rasa prasangka kaum yang telah
tersemai lama dalam sejarah telah meletus menjadi rusuhan yang
serius sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat untuk
mengawal keadaan.

Seterusnya Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip


untuk mencapai lima objektif telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
melalui lima prinsip itu. Rukun Negara berhasrat untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif,
menghormati undang-undang serta taat setia dan cintakan negara
di samping bersikap terbuka terhadap cara hidup rakyat daripada
pelbagai kaum.

135
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, Malaysia


telah melancarkan dasar pembangunan negara yang tersendiri.
Matlamat asas pembangunan itu ialah untuk memberi kesejahteraan
hidup kepada rakyat jelata. Malaysia mewarisi sisa peninggalan
penjajahan yang amat kompleks dan mendalam baik dari struktur
ekonomi mahupun sosial. Kemiskinan rakyat, kemunduran antara
wilayah dan sektor ekonomi serta taburan kependudukan mengikut
jenis kaum dan lokasi tertentu merupakan realiti yang tidak boleh
dinafikan. Keadaan ini menagih satu dasar pembangunan yang
komprehensif dan perlu dilaksanakan dengan teliti, lebih-lebih lagi
kerana Malaysia sebuah negara bermasyarakat majmuk.

Dasar pembangunan negara yang didokumentasikan dirancang


berdasarkan tempoh lima tahun yang dikenali sebagai Rancangan
Lima Tahun Malaysia (RLTM). Rancangan lima tahun negara yang
pertama dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
dan sehingga kini negara sudah melalui sembilan tahap rancangan
lima tahun itu. Dasar Pembangunan Negara yang dibentuk oleh
kerajaan bertujuan mencapai “kemakmuran bersama pengagihan
secara saksama” buat pertama kalinya diusahakan melalui Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Ketelusan falsafah, objektif dan strategi yang
dianjurkan oleh DEB merupakan satu pakej pembaikan ekonomi dan
sosial yang tidak dapat dinafikan.

Menghapuskan kemiskinan relatif dan penumpuan kepada


rakyat termiskin menjadi agenda yang terpenting di samping
melipatgandakan usaha-usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Usaha-usaha ini selari dengan Wawasan 2020 yang sejajar fokusnya
ke arah melahirkan satu bangsa Malaysia yang maju, progresif,
saintifik dan hidup bersatu padu. Agenda besar negara ini adalah
merupakan satu gerakan awal mengubah status dari sebuah negara
sedang membangun kepada negara maju yang seimbang dari segi
ekonomi dan fizikal, serta dari segi sosial dan kemasyarakatan.

Kemerdekaan merupakan titik tolak untuk meneruskan


pembelaan kepada rakyat melalui perancangan dan pembangunan

136
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia mengikut acuan tempatan dari segi ekonomi,


kemasyarakatan, sains dan teknologi. Sejak mencapai kemerdekaan,
matlamat untuk negara ialah menjadi sebuah negara yang makmur
berlandaskan perpaduan rakyat yang stabil. Dasar-dasar utama
Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri sebab dirancang secara
teliti dengan ciri-ciri keperluan semasa negara. Dasar-dasar utama
Malaysia merupakan satu pemangkin yang boleh menyatupadukan
rakyat melalui program sosioekonomi bagi memajukan rakyat
khususnya penduduk luar bandar.

Pendidikan merupakan antara agenda terpenting terus dan diolah


bagi mewujudkan satu konsep program “acuan sendiri” negara kita
yang bertaraf dunia. Sekolah Bestari adalah contoh program yang
menunjukkan keprihatinan negara bagi menyediakan pendidikan
yang berlandaskan perkembangan teknologi semasa.

Di samping itu, rakyat menjadi fokus utama kerajaan bagi


membina kemajuan yang seterusnya. Penglibatan rakyat dan
keiltizaman kerajaan untuk menggembleng tenaga dengan rasa
kecintaan kepada agama, bangsa dan negara amat penting bagi
mengacu satu kesepaduan wawasan dan matlamat yang mampu
menghadapi cabaran masa depan yang sangat kompleks. Rakyat
Malaysia perlu sentiasa bersedia dan sanggup mengharungi cabaran
demi cabaran untuk membangunkan negara dengan lunas-lunas
keadilan, ketekunan dan kecekalan yang jitu.

Kerajaan mengimbangi pembangunan negara dengan usaha-


usaha keprihatinan memelihara dan memelihara alam sekitar yang
berkualiti. Kerajaan secara berterusan menitikberatkan kesepaduan
nilai-nilai alam sekitar dengan kehidupan bagi memastikan
pembangunan ekonomi dan sosial yang mapan. Pengurusan alam
sekitar melalui penggunaan teknologi yang berkesan mesti diusahakan
di samping mempertingkat pencapaian dan prestasi pembangunan.
Kesedaran tanggungjawab dan kefahaman yang kukuh di kalangan
rakyat untuk mewujudkan alam sekitar yang sihat, selamat dan
produktif penting bagi melaksana pelbagai projek pembangunan

137
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kerajaan secara berkesan dan menyeluruh kerana sokongan padu


penduduk Malaysia.

Pembangunan insan dan pembanterasan gejala negatif


merupakan usaha terpenting bagi mewujudkan ‘insan berkualiti
yang bersepadu’ kerana kemajuan negara bukan hanya tertumpu
terhadap kemajuan fizikal tetapi juga kerohanian. Di samping itu,
pencapaian ilmu dan kemahiran yang tinggi membolehkan rakyat
Malaysia bersaing. Justeru itu sumber tenaga yang mempunyai
kekuatan fizikal dan mental yang positif perlu dibina secara
menyeluruh supaya dapat menyumbang terhadap kesejahteraan
dan keharmonian negara. Pembinaan maruah yang tinggi dan
pencapaian kecemerlangan yang bertaraf sejagat di kalangan rakyat
akan mendorong ke arah kemajuan negara yang dicita-citakan.
Pembangunan insan perlu dipupuk di kalangan rakyat supaya dapat
bangkit di pentas dunia bagi menerajui pembangunan, bersedia dan
mampu berdiri teguh dengan nilai-nilai murni dan etika yang tidak
mudah digugat oleh corak atau ragam musuh negara.

Sokongan padu rakyat yang menyeluruh amat penting


bagi menjayakan semua agenda murni negara kita. Perpaduan,
kerjasama, keadilan, kegigihan, keharmonian dan penyeimbangan
pembangunan ekonomi merupakan perkara penting yang menjadi
panduan bagi memenuhi hasrat Kerajaan.

Sumber tenaga manusia khususnya belia merupakan aset


negara yang penting. Pembangunan insan bagi mewujudkan sumber
tenaga yang berkualiti diperlukan dalam membangunkan negara.
Usaha melahirkan rakyat berpengetahuan yang mempunyai kekuatan
mental dan rohani menjadi tanggungjawab belia sendiri agar pelbagai
program yang disediakan untuk rakyat khususnya remaja benar-
benar mencapai matlamatnya.

Setiap rakyat Malaysia secara bersepadu dan menyeluruh


bertanggungjawab menangkis segala nilai-nilai negatif dalam
dan luar negara. Negara Malaysia perlu dipelihara oleh rakyat

138
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia sendiri iaitu rakyat yang cemerlang dengan pegangan


agama, kebudayaan dan kesenian di samping maju dengan sains
dan teknologi. Kita semestinya tidak mahu negara yang indah dan
aman ini dijajah buat kali kedua dan kesenangan yang diperoleh
pada hari ini harus dipelihara dan segala pengorbanan serta jasa
wira-wira kita terdahulu haruslah sentiasa dikenang.

139
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA,
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Amira Rafhan Binti Jafri
SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak

T ahun ini genap 50 Tahun Malaysia menyambut kemerdekaan


dengan tema sambutan “50 Tahun Malaysia Merdeka, Negaraku
Gagah Gemilang” amat bersesuaian untuk menunjukkan bahawa
Malaysia telah maju dan mantap dari segi pembangunan, ekonomi,
pelajaran dan perpaduan dalam tempoh tersebut. Malaysia juga
telah banyak melakar sejarah tersendiri sama ada dalam negara atau
luar negara. Kemajuan kita membangunkan negara telah diiktiraf
sebagai satu-satunya negara membangun yang berjaya kerana kita
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum yang mengamalkan
agama, budaya dan bahasa yang berbeza. Kemajuan ini adalah
hasil usaha dan kerjasama antara barisan pimpinan dan rakyat yang
berbilang kaum.

Kita dapat melihat kecemerlangan Malaysia melalui sektor


ekonomi, sosial dan pentadbiran. Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan ataupun lebih dikenali sebagai Putrajaya merupakan
lambang negara bangsa merdeka. Putrajaya ialah bandar raya bestari
yang bertaraf antarabangsa telah menjadi kebanggaan negara kerana
kehebatan perancangannya. Putrajaya bukan sekadar menjadi pusat
pentadbiran negara malah turut mempamerkan kreativiti, teknologi,
seni budaya, warisan dan kecantikan semula jadi bandar raya ini.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan pencetus idea kepada

141
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

perancangan pembangunan kawasan hutan dan estet Prang Besar,


Sepang kepada sebuah bandar raya bestari yang menjadi pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini telah diberi gelaran sebagai
arkitek Putrajaya. Pembangunan Putrajaya telah menyerlahkan
kemampuan anak watan untuk membina sebuah bandar raya
berwawasan yang mempunyai identiti tersendiri sehingga dikagumi
dunia. Rakyat perlu menjadikan Putrajaya sebagai sumber inspirasi
untuk memajukan bangsa dan negara, sebagaimana kesungguhan
Tun Dr. Mahathir Mohamad merencanakan sendiri pembangunan.
Hal ini dipesan sendiri oleh beliau dalam sajaknya yang bertajuk
“Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Dirikan Putrajaya.”

Malaysia juga memainkan peranan penting dalam badan-badan


berwajib antarabangsa, contohnya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
bersatu (PBB). Malaysia pernah memegang jawatan penting dalam
badan-badan PBB antaranya ialah sebagai anggota tidak tetap
Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh 1965-1966, 1989-1990 dan
1999-2000. Tan Sri Razali Ismail pernah dilantik sebagai Presiden
Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1996 dan 1997. Beliau salah
seorang wakil Malaysia juga telah dilantik menjadi Pengerusi
Jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa
(IMF) 1998. Kesemua ini menunjukkan bahawa para pemimpin kita
adalah setanding dengan pemimpin-pemimpin luar yang lain sehingga
diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan tinggi dalam PBB.

Dalam bidang politik antarabangsa pula, Malaysia telah


menghantar tentera menyertai pasukan pengaman PBB di
Bosnia-Herzegovina dan Timor Timur. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan sejagat.
Dalam bidang sosial pula, Malaysia telah mengambil inisiatif
untuk mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan Persidangan
Negara-Negara Islam (OIC) dan Kumpulan Mobilisi Bantuan
Bosnia-Herzegovina. Usaha Malaysia ini telah menunjukkan
bahawa Malaysia amat mengambil berat terhadap negara-negara
jiran yang sering dilanda pergolakan dalam pentadbiran dan
pegangan agama. Malaysia juga menyertai Pergerakan Negara-

142
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

negara Berkecuali (NAM) dan Persatuan Negara-Negara Asia


Tenggara (ASEAN). Malaysia sering kali menjadi tuan rumah
untuk sidang kemuncak bagi OIC, NAM dan ASEAN. Selain itu,
berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2006, kedudukan Malaysia
telah meningkat daripada kedudukan ke-20 pada tahun 2005 kepada
kedudukan ke-23 pada tahun 2006 juga, Malaysia telah diiktiraf
sebagai salah sebuah negara yang berada dalam kategori tinggi
untuk pembangunan insan. Pencapaian ini boleh meningkatkan
semangat kita untuk terus maju di samping membaiki pencapaian
dalam bidang-bidang lain.

Pelbagai dasar telah diperkenalkan sejak era 80-an lagi. Melalui


dasar ini, ekonomi Malaysia dapat berkembang dengan pesat dan
berjalan dengan lancar seiring dengan pembangunan negara. Dalam
usaha untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi negara, Dasar
Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia diperkenalkan pada
tahun 1983. Dasar ini bermatlamat untuk mengurangkan beban
kewangan kerajaan dalam menjalankan rancangan projek
pembangunan di samping meluaskan lagi peluang pekerjaan
rakyat Malaysia. Pada 1 Oktober 1999, Menara Kuala Lumpur
menempatkan pusat transmisi IV dan menjadi mercu tanda ibu kota
yang mempunyai ketinggian 451.9 meter. Pembangunan menara
ini secara langsung adalah hasil penswastaan Jabatan Telekom
Malaysia. Menara ini juga merupakan menara telekomunikasi
yang tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas yang menjadi
tarikan pelancong ketika ini telah dirasmikan pada 30 Ogos 1999.
Menara ini merupakan bangunan yang tertinggi di dunia pada ketika
itu dan juga lambang kejayaan pembangunan Malaysia.

Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala


Lumpur (KLIA) pada 27 Jun 1998 merupakan satu lagi langkah ke
hadapan dalam sejarah penerbangan Malaysia. KLIA mencerminkan
seni bina lapangan terbang yang tersendiri, mencakupi tema simbiosis
teknologi tinggi dan identiti Malaysia. Lapangan terbang ini juga
sebahagian daripada Koridor Raya Multimedia (MSC) dan suatu
idea yang cukup bernas yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita

143
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. MSC merupakan


prasarana multimedia yang terunggul di dunia akan terlaksana.

Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada


ekonomi negara. Menyedari hal ini, Dasar Perindustrian Negara
telah dilancarkan dengan berteraskan untuk menghasilkan
penggunaan sumber secara optimum di sektor perindustrian dan
industri kecil dan menggalakkan pertumbuhan penyelidikan dan
Pembangunan (R&D). HICOM telah ditubuhkan untuk memajukan
pertumbuhan sektor ini dengan pengeluaran kereta nasional pertama,
Proton Saga oleh Perusahaan Automobil Nasional (PROTON).
Kini muncul pula, Perodua, kereta nasional kedua, MODENAS,
motosikal nasional, HICOM PERKASA, trak nasional dan lain-lain.
Ini semua membuktikan kebolehan, kesungguhan dan kemampuan
Malaysia dalam bidang kejuruteraan. Di samping itu juga melalui
penubuhan HICOM telah menawarkan peluang pekerjaan kepada
beribu rakyat Malaysia. Semua ini tidak akan berhasil jika Dasar
Pandang ke Timur tidak diaplikasikan. Pada abad ke-21, kita
telah menuju ke era sains dan teknologi. Jika dahulu Malaysia
hanya menjadi pengguna teknologi pihak lain, tetapi hari ini kita
boleh berbangga kerana kita turut menjadi pencipta dan pencetus
teknologi. Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) dilengkapi
prasarana untuk memajukan teknologi maklumat dan fizikal
bertaraf dunia selain disokong sistem rangkaian logistik dan
telekomunikasi berkapasiti yang tinggi. Negara kita juga telah
berjaya menerokai bidang angkasa lepas dengan pengasas Pusat
Kajian Sains Angkasa Lepas dan Planetarium Negara pada tahun
1994. Tidak cukup dengan itu, Malaysia juga mempunyai satelitnya
sendiri. Antaranya ialah MEASAT 1, MEASAT II, TiungSAT dan
RazakSAT. Pemilikan serta pelancaran satelit ini menandakan
bahawa Malaysia berkemampuan untuk menghasilkan satelit buatan
Malaysia.

Negara kita mengalami transformasi dalam bidang pendidikan.


Pada masa kini, sekolah-sekolah kebangsaan dan institusi-institusi
pendidikan negara telah diperkasakan untuk melahirkan generasi

144
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

muda yang berkualiti dan berkaliber. Contohnya, Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 sehingga 2010 telah
dilancarkan Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal tahun
ini. Pelan ini bertujuan untuk memastikan perkhidmatan yang
disediakan berkualiti terutama bagi masyarakat luar bandar. PIPP
telah meletakkan asas yang kukuh agar pelan ini dapat melonjakkan
tahap kecemerlangan sekolah dan memartabatkan sistem pendidikan
negara di mata dunia. Institusi-institusi pengajian tinggi negara
juga sudah mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa seperti
Universiti Islam Malaysia (UIAM). Ini menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini. Bersesuaian
dengan tema PIPP iaitu ‘Pembaharuan-Satu Misi Nasional.’

Semangat “Malaysia Boleh” yang diterapkan oleh Tun Dr.


Mahathir Mohamad telah menyaksikan satu pencapaian luar biasa
rakyat Malaysia di pentas dunia. Mereka telah berjaya membuktikan
bahawa anak Malaysia setanding dan mampu bersaing dengan
bangsa lain dan bukan sekadar menyandang gelaran jaguh kampung.
Jika kini kita boleh melihat ada anak Malaysia yang mampu
mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, M.
Magendran dan N. Mohandas pada 27 Mei 1997. Terbaru, pada 21
Mei 2007, enam daripada tujuh orang pendaki Merdeka de’ Everest
2007 termasuk seorang wanita telah berjaya mengibarkan Jalur
Gemilang di puncak Gunung Everest. Setakat ini belum pernah
puncak Everest ditawan oleh kumpulan seramai itu dan tiba di
sana pada satu masa. Ini berkemungkinan ekspedisi tersebut bakal
mencatatkan suatu lagi sejarah baru dunia. Pada tahun 1999, Datuk
Azhar Mansur telah mengelilingi dunia secara solo dengan kapal
layar Jalur Gemilang. Datuk Abdul Malik Mydin juga telah berjaya
mencipta sejarah apabila berjaya berenang merentasi Selat Inggeris
sejauh 32.8 kilometer pada Ogos 2003. Memang tidak pernah
terlintas di fikiran ramai akan ada seorang antara rakyat Malaysia yang
bakar bergelar angkasawan. Dua orang calon angkasawan negara,
Dr. Syeikh Muzaphar dan Kapten. Dr. Faiz Khaleed yang sedang
menjalani latihan di Rusia sebagai persediaan menjadi angkasawan
Malaysia yang pertama. Kita juga seharusnya berbangga dengan

145
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pencapaian hebat Datin Seri Paduka Sharifah Mazlina yang telah


berjaya menjelajah ke Antartika dan baru sahaja melaksanakan misi
kedua iaitu ekspedisi menawan Kutub Utara pada 19 April 2007.
Pencapaian seperti ini sememangnya amat membanggakan rakyat
Malaysia. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata “Kita tidak
perlu berambut perang untuk menjadi lebih baik daripada yang lain.
Apa yang penting kita harus yakin dengan keupayaan diri sendiri.”

Sukan merupakan salah satu cabang integrasi nasional dan alat


penyatuan yang berkesan untuk membina patriotik dan cinta akan
negara. Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 merupakan temasya
sukan yang berjaya, lancar dan paling meriah pernah dianjurkan
dengan upacara penutupan penuh gilang-gemilang sambil disaksikan
sendiri oleh Ratu Elizabeth II. Kemudahan dan prasarana sukan
di Malaysia sememangnya telah mencapai kemuncak dengan
pembinaan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang bernilai ratusan
juta ringgit. Penganjuran Le Tour de Langkawi bagi acara lumba
basikal yang bersifat dua dalam satu iaitu untuk menanam minat
terhadap sukan berbasikal jelajah di samping mempromosi Pulau
Langkawi bagi acara lumba basikal yang bersifat dua dalam satu iaitu
untuk menanam minat terhadap sukan berbasikal jelajah di samping
mempromosi Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan.

Pada tahun ini juga kita dapat melahirkan atlet bertaraf


dunia dalam sukan yang tidak asing lagi iaitu badminton.
Kejayaan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dalam menyandang
gelaran juara All England, Terbuka Malaysia dan Terbuka
Switzerland pada tahun ini sememangnya telah membuka mata
ramai peminat badminton seluruh dunia. Nicol David juga telah
menjadi olahragawati pada tahun ini kerana sering kali muncul
sebagai dalam sukan skuasy. Pembabitan PETRONAS sebagai
syarikat gergasi petroleum negara dengan pasukan Formula One,
Sauber sejak 1995 telah berjaya mengangkat imej Malaysia. Negara
kita telah melahirkan pemandu F1 pertama dari Asia iaitu Alex Yoong
dalam sukan Grand Prix Malaysia berserta dengan pembinaan Litar
F1 Sepang yang dianggap antara termoden dan indah. Kemunculan

146
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bakal pelumba F1, Fairuz Hashim juga telah mengembangkan lagi


sukan yang bertaraf dunia ini.

“Kestabilan negara yang wujud adalah hasil kerjasama antara


kaum yang sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
menentukan perpaduan dan keharmonian kaum sentiasa terpelihara
di negara ini. Kunci utama kepada perpaduan yang kita banggakan
ini adalah semangat toleransi dan sikap saling menghormati antara
satu sama lain yang kita amalkan. Dengan mewujudkan perpaduan
antara kaum ini kita telah berjaya melahirkan sebuah negara yang
terus stabil dari segi ekonomi, politik dan sosial. Kestabilan ini
membolehkan kita berjaya menarik pelabur asing. Dengan cara ini
kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara”. Begitulah
ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perutusan tahun baru
pada 31 Disember 1992 di RTM, Kuala Lumpur dalam buku
bibliografi beliau iaitu, Mahathir, Memartabatkan Maruah Bangsa.
Melalui ucapan ini sahaja kita sudah dapat menyimpulkan bahawa
tanpa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat, negara
yang kita cintai akan berpecah belah dan akhirnya akan binasa.
Segala usaha dan kemakmuran yang ingin dibina akan hancur
musnah dan sia-sia.

Erti kemerdekaan bukanlah semata-mata pembebasan


pemerintahan penjajah tetapi yang lebih utama dan penting
adalah semangat, dorongan dan tindakan kita untuk mengisi dan
membawa kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada
bangsa dan negara. Tanpa kita sedari, kita telah berjaya memelihara
kemerdekaan Malaysia dengan aman dan harmoni selama 50 tahun.
Dalam tempoh 50 tahun itu jugalah, kita telah menempa nama di
persada dunia demi mendaulatkan agama, bangsa dan negara yang
kita cintai. Justeru itu, setiap warga Malaysia perlulah melaksanakan
peranan dan tanggungjawab masing-masing, tidak ada gunung yang
tidak dapat didaki, tidak ada lurah yang mustahil untuk dituruni.
Dengan gandingan kerjasama erat dan persefahaman serta komitmen
yang tinggi daripada semua pihak, cita-cita dan harapan kita akan
terlaksana jua akhirnya.

147
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Amy Suhaida Binti Mat Mokhtar
SMK Seberang, Temerloh, Pahang

S etelah Tanah Melayu dijajah selama lebih kurang 400 tahun,


akhirnya pada tanggal 31 Ogos 1957 menjadi peristiwa
bersejarah yang membawa perubahan besar kepada negara. Hari
kemerdekaan ini diadakan untuk meraikan pembebasan negara
daripada penjajahan British. Sebelum ini negara telah ditakluki
oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan British
serta tidak ketinggalan kuasa Jepun. Kini sambutan kemerdekaan
diadakan bagi memperingati para pejuang negara yang bermati-
matian menentang penjajah suatu ketika dahulu. Pada tahun 2007,
negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang
ke-50. Beberapa tahun lalu, tema Keranamu Malaysia digunakan
kerana pakejnya yang lengkap berdasarkan semangat nasionalisme,
patriotisme dan toleransi dalam setiap lapisan masyarakat sebagai
landasan sebuah negara yang merdeka. Tema Malaysiaku Gemilang
bertepatan dengan hasrat ke arah negara gemilang.

Hal ini jelas dipaparkan apabila menjelangnya hari kemerdekaan,


semua bangsa tidak kira keturunan, agama dan usia datang
menyaksikan perarakan sempena kemerdekaan. Kemeriahan
sambutan dirasai oleh penduduk tempatan mahupun pelancong
yang datang ke Malaysia dan mereka juga kagum akan perubahan
dan kemajuan kita kecapi. Setiap kali Jalur Gemilang dikibarkan,

149
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

tepukan gemuruh kedengaran dalam sesuatu temasya sukan atau


sebagainya melambangkan betapa padu dan eratnya hubungan rakyat
dengan semangat nasionalismenya.

Setelah 50 tahun rakyat Malaysia mengecap kemerdekaan,


maka selama itu jugalah pelbagai alternatif dilakukan oleh pucuk
pimpinan mengorak langkah membangunkan negara. Dalam pada
itu, rakyat juga telah mempelajari peri pentingnya sebuah
kemerdekaan kepada negara kerana hal ini juga merupakan
pemacu pembangunan negara daripada kepompong kemunduran
dan penindasan. Jika kita mengkaji dengan lebih mendalam lagi,
penjajahan tersebut sebenarnya turut memberi impak positif terhadap
kemajuan negara. Dari situlah asas idealisme dan gambaran untuk
membawa Malaysia meniti titisan pembangunan mula terbentuk.
Usaha kepimpinan negara kini menumpukan perhatian kepada
pembangunan ekonomi, politik dan sosial supaya usaha untuk
membangunkan negara terhasil.

Ketika era penjajahan sedang hebat melanda Tanah Melayu,


British telah mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi
ekonomi di bumi bertuah ini khususnya terhadap sumber alam. Walau
bagaimanapun, selepas bumi bertuah ini mengecap kemerdekaan
pada tahun 1957, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk
memajukan ekonomi negara demi kepentingan rakyat di negara ini.

Sepanjang di bawah pucuk pimpinan Tunku Abdul Rahman,


yang juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, telah mewujudkan
suatu dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Negara.
Kebanyakan ekonomi selepas merdeka tertumpu pada pembangunan
ekonomi luar bandar. Hal ini bukan sahaja bertujuan untuk
mengembangkan sistem ekonomi malah menjadi peneraju untuk
mengembangkan ekonomi dan menghapuskan kemiskinan sekali
gus dapat mengatasi masalah pengangguran di Malaysia.

Seperti yang telah diatur oleh agensi tertentu, Dasar Pertanian


Negara telah dilancarkan pada tahun 1984. Kerajaan berusaha untuk

150
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

meningkatkan hasil dan pengeluaran. Agenda dasar ini ditubuhkan


adalah untuk memaksimumkan pendapatan, meningkatkan
pengeluaran dan kualiti produk serta memastikan pertanian
memainkan peranan penting dalam negara. Semasa era penjajahan
British, dasar pecah dan perintah diamalkan. Ekonomi diagihkan
berdasarkan komposisi kaum. Kaum Melayu ditetapkan di kawasan
pedalaman dan menjalankan kegiatan penanaman padi serta
menjadi nelayan. Natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial
ini amat buruk padahnya kepada orang Melayu akibat daripada
diskriminasi kaum dan menyebabkan orang Melayu ketinggalan
dalam arus pembangunan ekonomi. Namun begitu, tindakan drastik
yang diambil oleh pemimpin terdahulu berjaya mengubah ekonomi
khususnya bagi kaum Melayu. Di bawah Dasar Pertanian Negara,
projek pertanian telah diperluaskan khasnya pertanian berkelompok.
Beberapa projek pertanian yang meliputi penanaman padi,
kelapa, koko, getah dan ternakan ikan air tawar dimajukan. Hal
ini bertujuan untuk mendedahkan penduduk peribumi terlibat dalam
ekonomi komersial.

Dalam memodenkan pertanian, kerajaan melaksanakan sistem


estet mini. Melalui rancangan ini, beberapa kebun kecil akan
disatukan. Agensi yang terlibat ialah FELDA, RISDA dan FELCRA.
Bagi meneruskan projek ini, agensi-agensi tersebut memberikan
sebidang tanah kepada setiap keluarga untuk didirikan rumah dan
satu kawasan untuk diusahakan. Kawasan yang disediakan ini
adalah untuk tanaman jualan seperti kelapa sawit dan getah.
Tanaman jualan ini begitu giat dijalankan untuk kepentingan
negara dan juga dieksport ke luar negara. Kesannya, pendapatan
masyarakat luar bandar dapat ditingkatkan dan secara tidak
langsung dapat mengatasi atau membasmi kemiskinan masyarakat
tersebut. Selain itu, bidang perikanan juga turut dimajukan dengan
bantuan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Begitu juga
dalam bidang penternakan yang dijalankan secara komersial.
Natijah pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan hasil eksport
daging dan susu. Jadi, kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan
melalui pengurangan import makanan.

151
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Menyedari hakikat itu, mulai tahun 1970-an, kerajaan


mengalihkan kebergantungan ekonomi berasaskan pertanian kepada
ekonomi berasaskan perindustrian. Walaupun banyak kelemahan di
peringkat awal, namun usaha ke arah memajukannya dipergiatkan.
Oleh itu, Dasar Perindustrian Malaysia telah dijalankan bertujuan
untuk menyemak dan mengubah suai dasar perindustrian yang telah
memperkenalkan strategi untuk memajukan sektor perindustrian.
Hasilnya, negara mampu memajukan industri gentian import
dan industri berat. Contohnya, pembuatan kereta nasional oleh
Perusahaan Automobil Nasional Sendirian Berhad dan perusahaan
simen oleh Kedah Cement Sendirian Berhad.

Dalam usaha memacu ekonomi negara, kerajaan juga tidak


ketinggalan mewujudkan Dasar Penswastaan iaitu pemindahan
perkhidmatan dan perusahaan daripada kerajaan kepada swasta.
Dasar ini telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia keempat pada Mac 1983. Beliau juga
bertanggungjawab memperkenalkan Dasar Produktiviti yang
menekankan kemampuan bekerja secara teratur dan bermutu tinggi.
Selain itu Dasar Pandang Ke Timur juga diperkenalkan bertujuan
untuk memperbaiki sistem pengurusan dan pembangunan negara
serta memupuk semangat setia kepada negara. Di samping itu
terdapat banyak lagi dasar yang telah dilaksanakan demi mencapai
hasrat belia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian dan maju. Maka tidak hairanlah pelbagai pembangunan
prasarana telah dilaksanakan semata-mata untuk melahirkan sebuah
negara gemilang di persada dunia. Ekoran daripada itu, beliau telah
dilabelkan sebagai Pencetus Malaysia Negara Maju dan gelaran
Bapa Pemodenan.

Seperti yang diketahui umum, tahun 2007, kerajaan telah


mencanangkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Agenda ini
merupakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan Malaysia di
mata dunia. Usaha ini sebenarnya sudah menampakkan hasil apabila
kadar kemasukan pelancong asing ke negara ini kian meningkat. Hal
ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan

152
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

ekonomi negara. Apa tidaknya dengan kebanjiran pelancong


asing, rakyat Malaysia juga dapat menikmati tempiasnya melalui
kemudahan infrastruktur yang disediakan serta peluang pekerjaan
yang sentiasa terbuka. Kesimpulannya, usaha ke arah meningkatkan
ekonomi negara ini telah berjaya mengatasi zaman kemelesetan
ekonomi dan membangunkan kesemua sektor dalam negara.

Arus pembangunan terus menyusur dari setahun ke setahun bagai


cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan sosial begitu rancak
dijalankan dan berlaku anjakan sekali gus memecahkan rekod dunia
sebagai antara negara yang paling cepat meningkat maju. Unsur-
unsur perpaduan dan persefahaman dalam pelbagai bidang selain
sentiasa mengamalkan semangat muhibah yang terlalu luhur menjadi
faktor utama negara berkembang dengan efisien. Antara bidang yang
menyumbang kepada peningkatan sosial ialah bidang pendidikan,
sukan, kebudayaan dan sebagainya.

Ketika era pascamerdeka, peluang untuk rakyat menceburkan


diri dalam bidang pendidikan adalah tipis. British tidak mahu
masyarakat Melayu mendapat pendidikan tinggi kerana bimbang akan
berlakunya penentangan. Namun selepas termeterainya perjanjian
kemerdekaan, kerajaan sangat menekankan pendidikan rakyat. Kini
melalui pendidikan, negara telah mendapat pendidikan tinggi kerana
bimbang akan berlakunya penentangan. Namun selepas termeterainya
perjanjian kemerdekaan, kerajaan sangat menekankan pendidikan
rakyat. Kini melalui pendidikan, negara telah berjaya melahirkan
ramai tokoh pelajar yang mampu menjulang nama Malaysia dalam
pelbagai bidang. Antaranya ialah Melati Abdul Hamid yang berjaya
menjuarai pidato peringkat antarabangsa. Pertumbuhan pusat-
pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus bertaraf dunia
menyebabkan Malaysia tidak ketinggalan menjadi tumpuan pelajar
luar negara untuk belajar di sini. Secara tidak langsung Malaysia
juga dikenali sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Bidang sukan sendiri merupakan penyumbang kepada kemajuan


negara. Pada tahun 1998, Malaysia telah mendapat mandat untuk

153
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengelola sukan bertaraf antarabangsa iaitu Sukan Komanwel.


Selain membuka mata dunia, penganjuran sukan ini telah
meningkatkan pendapatan negara melalui pelancong yang
bertandang. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arena sukan
permotoran. Oleh itu, Litar Lumba bertaraf dunia telah dibina
di Sepang sebagai menyahut cabaran sukan permotoran. Selain
itu nama Malaysia juga terukir indah dalam arena sukan apabila
sukan badminton banyak membawa kejayaan seperti juara Piala
Thomas 1992, Terbuka Badminton All England dan sebagainya.
Malaysia juga mampu melahirkan jaguh sukan skuasy iaitu
Nicol Ann David yang merupakan pemain nombor satu dunia pada
masa kini.

Di samping itu, kemudahan prasarana bagi tujuan pentadbiran


negara diberikan tumpuan yang utama. Pembangunan pusat
pentadbiran negara yang baru memberikan pelbagai kemudahan
serta moden. Kemudahan ini selari dengan konteks masyarakat yang
hidup berlandaskan teknologi maklumat yang dapat kita banggakan.
Dalam konteks ini, kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan
keperluan pentadbiran yang lebih cekap dan bertanggungjawab
terhadap kehendak rakyat. Rangkaian prasarana seperti Putrajaya
yang gah terbina menjadi pusat pentadbiran negara yang canggih
dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang merupakan gerbang
perkembangan teknologi maklumat serta Lembah Silikon Malaysia
seharusnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia dalam menempuh
arus globalisasi.

Sebagai bangsa Malaysia kita juga patut berbangga dengan


pencapaian-pencapaian yang berjaya digapai melalui konsep
Malaysia Boleh. Hal ini jelas apabila Malaysia berjaya mengukir
nama di arena antarabangsa. Dalam kata lain, anak-anak Malaysia
mampu menempa cabaran untuk memecahkan rekod kebangsaan
juga rekod dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila salah seorang
anak watan yang berjaya mengukir nama sebagai wanita pertama
menawan Kutub Utara iaitu Syarifah Mazlina Othman. Sementara
itu, Datuk Azhar Mansor pula berjaya dalam ekspedisi mengelilingi

154
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dunia mengelilingi dunia melalui jalan laut secara solo. Selain


itu, kita juga patut berbangga apabila sekumpulan “Mat Rempit”
berjaya dalam terjun udara di Kutub Utara walaupun tidak langsung
berpengalaman dalam bidang tersebut. Semangat inilah yang
membuka mata dunia bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara
yang kecil dalam peta dunia.

Kini kita terus mengorak langkah mengharungi pemodenan


dalam era globalisasi. Banyak infrastruktur bertaraf dunia telah
dibina untuk mewujudkan negara yang gagah gemilang. Malaysia
tidak mahu ketinggalan dalam arus kecanggihan prasarana,
maklumat dan juga teknologi. Apatah lagi pada masa kini dunia
berdepan dengan era globalisasi. Sehubungan itu, Projek Koridor
Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) telah
dilancarkan bagi mencapai matlamat perkembangan teknologi
maklumat dan multimedia global dan seterusnya melahirkan
masyarakat yang bermaklumat. Sebagai pendedahan kepada rakyat
tentang perkembangan sains dan teknologi. Planetarium Negara
telah dibina sebagai tanda kemajuan dalam bidang kajian angkasa
lepas. Begitu juga dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas
(KLCC) yang menggunakan teknologi seni bina termoden telah
berjaya meletakkan Malaysia di peta dunia.

Kestabilan politik negara sepanjang tempoh kemerdekaan


negara mengagumkan dunia apatah lagi keamanan yang wujud
walaupun negara ini didiami oleh pelbagai kaum, budaya, agama
dan adat resam. Rencah kestabilan negara ialah perpaduan yang
berpegang kepada Prinsip Rukun Negara. Keharmonian inilah
yang membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik
dengan mana-mana negara di dunia. Dasar Luar Malaysia telah
diamalkan oleh kelima-lima tampuk pemerintah Perdana Menteri
Malaysia. Sepanjang di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman,
Malaysia mengamalkan dasar luar yang antikomunis dan pro-
barat. Manakala semasa pimpinan Tun Abdul Razak, Malaysia
lebih menitikberatkan pembangunan negara dan integrasi nasional.
Beliau mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara timur. Siri

155
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

lawatan ke negara-negara luar dititikberatkan demi mencedok dan


bertukar-tukar fikiran, teknologi dan juga maklumat.

Semasa Tun Hussein Onn memegang teraju pemerintahan,


beliau telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara Islam
dan menjalin kerjasama pertahanan dan keselamatan negeri. Dasar
Luar Malaysia semakin rancak dan menyeluruh ketika pemerintahan
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau sangat peka terhadap
isu-isu keamanan dunia, alam sekitar, perdagangan dunia
serta pelaburan asing. Negara kita juga bertuah kerana semasa
pemerintahan Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang
menekankan konsep Islam Hadhari. Kerjasama serantau dan
antarabangsa banyak membantu negara dalam menempuh masalah
sejagat. Tidak hairan juga negara kita pernah diberi mandat untuk
mengelolakan sesuatu persidangan bertaraf dunia. Hal ini juga
merupakan kelangsungan daripada tertubuhnya Zon Aman, Bebas
dan Berkecuali (ZOPFAN) selain kredibiliti pemimpin yang
menitikberatkan rundingan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Oleh itu, wajarlah kita mengenang kembali detik-detik perjuangan


para nasionalis dalam membawa Malaysia ke arah pembangunan
dan kemajuan. Kesimpulannya, sempena menyambut ulang tahun
kemerdekaan yang ke-50 tidak lama lagi, kita mestilah memastikan
rakyat telah disalut dan disemai dengan semangat patriotisme dan
perpaduan agar peristiwa hitam yang pernah melanda negara 400
tahun dahulu tidak berulang kembali. Janganlah kerana nila setitik
rosak susu sebelanga. Maka kita hendaklah berpegang pada prinsip
Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Penghayatan terhadap
prinsip tersebut menjadi kunci ke arah negara gagah gemilang dan
semoga keharmonian, kemakmuran dan persefahaman akan terus
bersemadi utuh dan berkekalan.

156
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Siti Syamirah Binti Razali
SMK Khir Johari, Tanjung Malim, Perak

K epelbagaian kelompok etnik di negara ini telah diterima oleh


semua masyarakat sejak sebelum merdeka lagi dan ia merupakan
sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan
pelbagai bangsa dan kaum bermula dengan apa yang dinamakan
sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak
sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum di Negara ini melalui proses muafakat dan musyawarah ke
arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris
dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam Pilihan
Raya 1955.

Akhirnya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah


ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos
1957 seterusnya mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 (Ramlah Adam dan rakan-rakan : 2003). Semangat kontrak
sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta
perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
Permuafakatan formula perkongsian kuasa ini telah dipersetujui
oleh semua pihak sejak dahulu lagi dan masih menjadi amalan
sehingga sekarang.

157
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Proses pembinaan negara memerlukan rakyat Malaysia


menyemai semangat hidup dan bangga terhadap negara. Proses
pencapaian matlamat perpaduan Negara adalah sukar serta penuh
dengan dugaan dan cabaran (Malaysia Kita : 1991). Kerajaan
sedang berusaha untuk membentuk bangsa Malaysia menerusi
berbagai-bagai cara termasuklah pengukuhan konsep perpaduan
nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu
yang menyumbang dan berbakti kepada Negara. Taat setia yang
tidak berbelah bahagi kepada negara ialah bersatu padu, saling
menghormati, tolong menolong dan berkongsi masa depan serta
mempunyai semangat kebangsaan.

Rukun Negara pada asasnya dilaksanakan melalui penerimaan


umum serta kepatuhan kepada ideologi negara yang beridentiti dan
penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat. Rukun Negara
adalah menjadi satu peraturan hidup yang amat penting kepada setiap
masyarakat. Kepatuhan kepada norma sosial ini amat penting dan jika
diamalkan dalam kehidupan seharian, sudah pasti akan mewujudkan
perpaduan dalam kalangan kumpulan pelbagai kaum di Malaysia.
Rukun Negara yang digubal selepas berlakunya peristiwa 13 Mei
1969, merupakan batu asas kepada kesepaduan dan keharmonian
pelbagai kaum di Malaysia kerana ia telah menjadi amalan hidup
rakyatnya. Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar soal-soal
keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih
penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan
keperluan rakyat yang berbilang agama dan kaum.

Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek


dalam masyarakat dengan jelas membuktikan ia adalah kunci
yang perlu dipegang dan diamalkan oleh semua peringkat rakyat
supaya keamanan dan keharmonian Negara dapat dikekalkan.
Ikrar Rukun Negara juga mahu melahirkan masyarakat Malaysia
yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersifat terbuka
terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Komuniti dan
masyarakat ditakrifkan oleh ikatan yang menyatukan manusia, sama
bahasa, budaya, sejarah dan kawasan (Drucker : 1995, hal 32).

158
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sehubungan dengan itu, objektif Rukun Negara menetapkan


bahawa melaluinya, negara mahu mencipta satu masyarakat yang
adil, supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama. Sikap kesaksamaan itu dapat membentuk satu sikap
liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak.
Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-
undang dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini.
Amalan sikap bertolak ansur selain memberi dan menerima, adalah
asa kepada keharmonian hidup semua lapisan kaum di Malaysia.

Rukun Negara adalah ideologi yang mementingkan prinsip-


prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan
norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan,
ekonomi, politik dan perundangan. Ia dijadikan teras dalam
kehidupan bermasyarakat selain menyemai nilai-nilai murni melalui
lima prinsip Rukun Negara yang menjadi pedoman rakyat Malaysia
berbilang kaum. Sebagai warganegara Malaysia yang berjiwa
merdeka, Rukun Negara merupakan teras ke arah mewujudkan
bangsa yang berwibawa dan berprinsip. Rakyat mestilah mendukung
kepercayaan kepada Tuhan dan menolak ateisme. Oleh sebab itu,
bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia
sekiranya dia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai
Tuhan. Rakyat juga sama-sama tanpa mengira bangsa dan agama
menumpahkan kesetiaan kepada raja dan Negara, pemimpin dan
pemerintah, menjunjung kedaulatan undang-undang dan menghayati
konsep kesopanan dan kesusilaan sebagai satu budaya dan cara hidup
dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Kelima-lima prinsip yang mendasari Rukun Negara telah menjadi


pegangan dan amalan rakyat Malaysia sejak dahulu. Ia adalah
tunjang kepada keutuhan, perpaduan, kestabilan, keharmonian dan
kesepaduan sosial di negara ini. Rukun Negara sudah menggariskan
apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan
bangsa dan negara hendaklah diberi keutamaan berbanding
kepentingan sesuatu kaum. Perkara ini penting bagi mengekalkan
kestabilan dan keselamatan Negara.

159
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kepercayaan Kepada Tuhan

Perayaan-perayaan kaum di Malaysia telah menjadi satu


mekanisme memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum. Kunjung mengunjung dilakukan bagi mengeratkan
hubungan selain mencipta persefahaman. Amalan sebegini telah
lama menjadi budaya hidup kita. Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan
melalui agama masing-masing menyebabkan wujudnya pelbagai
perayaan keagamaan. Jika tiada pegangan agama yang kukuh, ia
bukan sahaja boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, malah
bangsa dan negaranya. Hanya mereka yang percaya kepada Tuhan
akan sentiasa mematuhi ajaran agamanya serta sentiasa berusaha
membentuk keperibadian dan moral yang baik. Mereka akan selalu
menghormati orang lain dan mengelak daripada melakukan perkara-
perkara yang dianggap salah atau berdosa.

Kepatuhan terhadap ajaran agama masing-masing menjadi


amalan hidup masyarakat Malaysia selain mengikut prinsip Rukun
Negara yang pertama. Ia dapat membentuk masyarakat Malaysia
yang stabil dan aman. Kepercayaan Kepada Tuhan turut menerapkan
kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan sesama bangsa
Malaysia bagi menjadikan bangsa bermaruah dan mempunyai jati diri
yang tinggi. Perlembagaan Persekutuan walaupun memperuntukkan
Islam adalah agama rasmi negara, kebebasan beragama tetap diberikan
kepada penganut agama lain. Keadaan ini jelas menunjukkan sikap
toleransi rakyat negara ini yang tidak membeza-bezakan antara
warganya. Kebebasan ini diberikan, menyedari ketidakpercayaan
terhadap agama boleh meruntuhkan sebuah institusi negara kerana
rakyatnya tidak mempunyai pegangan hidup.

Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan Negara


pula amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan
Negara. Melalui prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
rakyat Malaysia disaran menghormati dan memandang tinggi
sistem Demokrasi Berparlimen dan raja berperlembagaan yang
diamalkan oleh negara ini. Taat setia kepada raja harus diberikan

160
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

secara jujur dan ikhlas kerana ia adalah lambang kesetiaan rakyat


kepada negara. Jika seseorang itu memilih kesetiaan sebagai prinsip
hidupnya, tidak kira kepada diri, keluarga, masyarakat, negara,
malah agamanya sendiri – pasti dia akan menjadi orang yang berbudi
pekerti selain memiliki semangat patriotisme yang jitu.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara


adalah faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Dalam hal
ini, kita telah lama menyaksikan betapa rakyat Malaysia sentiasa
menghormati dan menjunjung tinggi institusi beraja yang menjadi
lambang kedaulatan dan keutuhan negara. Raja sentiasa dihormati
dan disanjung tinggi. Rasa cinta akan negara adalah teras kestabilan
ekonomi, politik dan sosial di Malaysia dengan diikat kemas oleh
frasa perpaduan yang diwarnai oleh pelbagai kaum apatah lagi
dalam sistem politik pada masa kini membolehkan semua rakyat
bekerjasama dengan cara mereka yang sangat unik (Ensiklopedia
Mahathir Mohamad : Jilid 5).

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ketiga Rukun Negara ialah Keluhuran Perlembagaan


yang menekankan pentingnya rakyat untuk menerima dan mematuhi
keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara kerana ia adalah
sumber perundangan Negara yang tertinggi. Rakyat perlu sedar
bahawa Perlembagaan Negara berfungsi melindungi hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Adalah wajar setiap
warganegara memahami maksud, kandungan dan latar sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum di Malaysia.

Perlembagaan Negara menentukan pola politik dan kedudukan


sosioekonomi rakyat di Negara ini selain menjadi sumber

161
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

perundangan tertinggi. Perlembagaan Negara merupakan panduan


yang melingkungi dan membatasi segala perlakuan kita dalam
masyarakat. Segala perlanggaran terhadap undang-undang atau
peraturan akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang
seperti yang ditetapkan. Setiap rakyat tidak terkecuali daripada
mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Jika merujuk
kepada Perlembagaan Negara terutama mengenai kedudukan
Institusi Raja (Perkara 32), Agama Islam (Perkara 3), Bahasa
Melayu (Perkara 152) dan Hak Istimewa Orang Melayu (Perkara
153), jelaslah bahawa semuanya itu adalah pengiktirafan terhadap
kedudukan bangsa Melayu sebagai peribumi. Kesepakatan dan
persetujuan semua kaum tentang perkara ini tidak boleh diganggu
gugat dan telah menjadi amalan hidup bermasyarakat di Malaysia.

Kedaulatan Undang-undang

Ia bermaksud undang-undang itu betul-betul dikuatkuasakan


(Siri Rukun Negara : 1885). Ia memberi keadilan kepada setiap
rakyat di negara ini kerana ia dijamin oleh institusi kehakiman
yang bebas dan berwibawa. Keadilan di Malaysia diasaskan oleh
undang-undang yang menetapkan bahawa setiap rakyat di negara ini
adalah sama kerana undang-undang dicipta dan digubal berasaskan
perlembagaan dan ia harus dipatuhi. Semua rakyat di negara ini perlu
mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan keran ia mengawal
tindak tanduk, perbuatan dan segala perlakuan kita dalam hidup
bermasyarakat. Amalan ini perlu bagi menjamin dan mewujudkan
masyarakat yang aman, stabil dan makmur.

Undang-undang juga menjamin kehidupan setiap ahli masyarakat


dengan teratur tanpa sebarang kekacauan. Suasana sebegini akan
member ruang lingkup yang selamat bagi semua rakyat menjalankan
urusan seharian dan meneruskan kehidupan. Melalui prinsip dan
semangat Kedaulatan Undang-Undang juga, hak-hak rakyat boleh
diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan tetapi masih terkawal
dan tertakluk oleh undang-undang. Rakyat mesti menghormati

162
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

undang-undang dan bertanggungjawab memastikan undang-undang


negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana
pihak. Rakyat Malaysia sentiasa akur dan patuh dengan undang-
undang yang membatasi hidup mereka. Justeru, amalan hidup yang
sentiasa mengikut lunas undang-undang telah lama menjadi faktor
yang mengikut tatacara kehidupan rakyat Malaysia.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan mengenai


kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat kerana ia
penting dalam menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sememangnya masyarakat
berbilang kaum di negara ini terkenal dengan budayanya yang
menghormati dan menghargai orang lain. Kesopanan dan Kesusilaan
sebagai satu cara hidup atau amalan membentuk perkembangan
personaliti dan tingkah laku. Ia sememangnya telah lama menjadi
amalan hidup di Malaysia. Melaluinya juga, warganegara yang
bersopan santun dan bertatasusila dapat dibentuk.

Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan ini telah lama menjadi


amalan sehingga berjaya membentuk masyarakat yang berdisiplin
dan bermoral tinggi. Rakyat Malaysia yang mengamalkan cara
hidup bertatasusila akan membenci dan mengutuk tingkah laku yang
melanggar norma-norma kehidupan sehingga boleh mengeruhkan
hubungan sesama mereka. Tingkah laku sopan yang diamalkan
sebagai satu cara hidup mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi
sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun bernegara. Rakyat
yang mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara ini sebagai satu
amalan atau cara hidup dapat dilihat melalui tutur kata yang sopan,
merendah diri dan tidak suka menyinggung orang lain. Ia menjamin
hubungan yang harmoni, berdisiplin dan bermoral.

Kecemerlangan, kegemilangan dan keter bilangan kita akan


muncul jika sekiranya kita menjadi satu bangsa yang berpekerti

163
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mulia, berbudi tinggi dan berbahasa baik. Inilah yang perlu kita
tonjolkan dan usahakan agar warga Malaysia keseluruhannya
memiliki pekerti mulia dan menjadi amalan hidup bersama.
Pelaksanaan lima prinsip Rukun Negara akan lebih berkesan secara
praktikalnya jika setiap unit kecil dalam masyarakat sama ada
individu, keluarga, ahli perniagaan atau mereka di dalam kerajaan
di semua peringkat menghargai nilai-nilai kesatuan, demokrasi dan
keadilan ekonomi dalam menyemarakkan perkembangan budaya
(Ghazali Shafie : 1985).

Budaya dan moral yang kuat adalah pemangkin dalam usaha kita
menjadi negara maju ke arah pencapaian Wawasan 2020. Kita telah
melihat bagaimana pentingnya semangat dan falsafah Rukun Negara
kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan rakyat Malaysia
sejak ia diperkenalkan 35 tahun lalu. Semangat Rukun Negara perlu
diteruskan kerana ia sangat relevan dalam mendepani cabaran kini
dan masa depan, sama ada dari dalam atau luar negara.

Dengan berpegang teguh kepada kelima-lima prinsip itu,


kita mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh
dan berwibawa bagi menghadapi apa jua cabaran. Malah, bagi
generasi muda, kupasan prinsip Rukun Negara diharap dapat
menerapkan semangat kenegaraan dalam kalangan mereka, di
samping mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik serta cinta akan
negara. Rukun Negara menuntut supaya dicipta satu masyarakat
demokratik, adil, saksama dan liberal (Rukun Negara Amalan
Hidup Rakyat Malaysia : 2006). Lima prinsip Rukun Negara yang
merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat jelas membuktikan
ia adalah kunci yang perlu dipegang oleh semua peringkat rakyat,
supaya keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan dan
dalam waktu yang sama, terus menjadi amalan hidup masyarakat
Malaysia.

164
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan

1. Drucker F. Terjemahan Nazlifa Bt. Mohd Ali. 1995. Masyarakat


Pasca Kapitalis. Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur.

2. Ghazali Shafie. 1985. Rukun Negara: A Testament Of Hope.


Creative Enterprise Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

3. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am


Kerajaan. 1991. Golden Book Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

4. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof. 1993. Kajian Budaya
dan Masyarakat di Malaysia., Dewan Bahasa dan Pustaka.,
Kuala Lumpur.

5. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. 1982. Persatuan


Sejarah Malaysia., Kuala Lumpur

6. Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob,


Muslimin Fadzil. 2003. Sejarah Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan
Pustaka., Kuala Lumpur.

7. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Siri Percetakan


Am. 2006. Jabatan Penerangan Malaysia., Kuala Lumpur.

8. Kedaulatan Undang-undang. Siri Rukun Negara (Dalam Konteks


Islam). 1985. Penerbitan ASA Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

165
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Siti Syafiqah Binti Razali
SMK Khir Johari, Tanjung Malim, Perak

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

I ni adalah lima prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi negara


untuk mencapai kesepakatan dalam hubungan sosial, ekonomi dan
politik di Malaysia. Nilai intrinsik dan ekstrinsik yang terkandung
dalam Rukun Negara ini amat penting bagi membentuk negara
bangsa. Ia bukanlah satu undang-undang atau peraturan yang perlu
dipatuhi, tetapi merupakan prinsip yang memandu pemikiran dan
pola pembentukan sikap untuk menghormati antara satu sama lain
dalam kalangan rakyat, institusi, organisasi atau kerajaan (Ghazali
Shafie : 1985). Hubungan erat di antara kelompok sosial masyarakat
akan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.

Teras kepada tercapainya prinsip Rukun Negara ini dalam


menjadikannya sebagai amalan dalam masyarakat adalah sumbangan
dan peranan setiap individu untuk memahami dan mematuhinya.
Masyarakat adalah satu organisasi yang dianggotai oleh individu
yang membentuk dan mengamalkan nilai-nilai bersama seperti

167
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bersatu, mengamalkan cara hidup demokrasi, keadilan sosial,


mengamalkan budaya tersendiri selain menikmati kesaksamaan
kualiti hidup dengan adanya kemudahan sains dan teknologi.
Sehubungan dengan itu, Rukun Negara amat penting peranannya
dalam masyarakat demi menjamin dan memelihara keharmonian,
kestabilan dan keamanan dan sewajarnya ia menjadi amalan hidup
masyarakat Malaysia.

Rukun Negara

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan


antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas
akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah
mengambil alih pentadbiran negara di bawah pentadbiran Tun Abdul
Razak. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara
(MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara.
MPN telah memperkenalkan ideologi negara, iaitu Rukun Negara.
Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada
31 Ogos 1970 bertujuan supaya rakyat dapat hidup dengan muhibah,
bersatu padu, saling memahami dan menghormati antara satu sama
lain.

Berdasarkan semangat Rukun Negara juga, telah wujud Dasar


Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menyusun semula masyarakat
dan menghapuskan kemiskinan serta memelihara keselamatan
negara. Ia adalah asas kepada keutuhan dalam pembangunan negara,
melindungi perpaduan dan kestabilan. Paling penting, Rukun
Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang
dan masyarakat pelbagai agama serta budaya. Atas pegangan prinsip
inilah rakyat majmuk kita dapat hidup aman, damai dan harmoni
kerana Rukun Negara kekal menjadi amalan hidup sehingga Negara
mencapai kemerdekaannya yang ke-50.

Ghazali Shafie dalam bukunya Rukun Negara : A Testament


of Hope menyatakan, seorang jurutera pembina lebuh raya yang

168
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

melakukan semua perkiraan berdasarkan sains dan teknologi akan


membuat kesimpulan bahawa untuk membina jalan yang paling
cepat dan murah adalah dengan membina jalan yang lurus. Walau
bagaimanapun, apabila jalan berkenaan melalui tempat yang ada
kaitan dengan nilai kerohanian seperti tempat yang dianggap suci,
jalan yang paling dekat adalah dengan menghindari tempat itu.
Ini kerana, apa sahaja gangguan yang berkaitan dengan tempat suci
bagi agama di Malaysia akan menimbulkan reaksi kurang senang
masyarakat. Justeru, Rukun Negara menuntut supaya dicipta satu
masyarakat demokratik, adil, saksama dan liberal (Rukun Negara
Amalan Hidup Rakyat Malaysia : 2006) supaya mana-mana pihak
tidak membangkitkan atau menimbulkan isu sensitif. Ia merupakan
pedoman negara dan amalan hidup rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dalam menentukan kehidupan dan masa depan bangsa dan
negara. Rukun Negara menyuarakan tanggapan, kepercayaan dan
keazaman rakyat mengenai bangsa Malaysia dan ia membentuk
cara hidup kita. Semangat Rukun Negara yang masih menjadi
amalan memang wajar diteruskan kerana ia sangat relevan dalam
mendepani cabaran pada masa kini. Dengan berpegang teguh
prinsip-prinsip Rukun Negara, kita mampu menjadi rakyat
Malaysia yang bersatu padu, kukuh dan berwibawa bagi
menghadapi apa saja cabaran selain memupuk semangat cintakan
negara. Rasa cinta akan negara adalah teras kepada kestabilan
ekonomi, politik dan sosial di Malaysia dengan diikat kemas oleh
frasa perpaduan yang diwarnai oleh pelbagai kaum (Ensiklopedia
Mahathir Mohamad : Jilid 5).

Kepercayaan Kepada Tuhan

Rakyat Malaysia berbilang kaum mempunyai pelbagai


kepercayaan, anutan dan agama. Sememangnya, amalan keagamaan
menjadi teras budaya hidup masyarakat Malaysia. Justeru,
Kepercayaan Kepada Tuhan adalah prinsip pertama dalam Rukun
Negara yang antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama
boleh mengukuhkan ikatan sesama bangsa bagi menjadikan bangsa

169
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia sebagai bangsa bermaruah dan mempunyai jati diri yang


tinggi. Mengikut prinsip ini, Malaysia tidak mengakui ideologi yang
tidak mempercayai wujudnya Tuhan (Malaysia Kita : 1991).

Rakyat yang mempunyai pegangan agama yang kukuh akan mudah


diurus. Perlembagaan Persekutuan walaupun memperuntukkan
Islam adalah agama rasmi negara, kebebasan beragama tetap
diberikan kepada penganut agama lain. Hal ini jelas menunjukkan,
sikap toleransi rakyat negara ini yang tidak membeza-bezakan
antara warganya telah menjadi amalan hidup sejak sekian lama.
Kebebasan ini diberikan kerana menyedari ketiadaan kepercayaan
terhadap agama boleh meruntuhkan sebuah institusi negara.
Kita harus ingat, kebebasan beragama yang diberikan mengikut
peruntukan perlembagaan menyebabkan negara kita diwarnai dengan
pelbagai sambutan hari perayaan dan kebesaran agama. Senario ini
melambangkan masyarakat Malaysia yang unik dan dikagumi oleh
ramai orang di seluruh dunia!

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Sejarah Negara kita membuktikan bahawa kegemilangan


yang diraih bermula dari zaman Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan
Melayu Bruas, Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke zaman
Kesultanan Johor-Riau adalah daripada kecemerlangan pimpinan
raja-rajanya kerana kesetiaan tidak berbelah bahagi daripada
rakyatnya. Jika melanggar titah perintah raja, ia dianggap derhaka
dan boleh dihukum bunuh. Amalan ini telah lama menjadi cara hidup
masyarakat kita. Kerana itulah pepatah Melayu ada menyebut “kerja
sendiri dikelek kerja raja dijunjung”. Sejarah juga mencatatkan,
satu daripada sebab utama yang menjatuhkan Kesultanan Melayu
Melaka ialah perpecahan dalam kalangan pemimpin-pemimpin
(Zainal Abidin Wahid dalam Persatuan Sejarah Malaysia : 1982).

Sehubungan dengan itu, Kesetiaan kepada Raja yang menjadi


lambang Ketua Negara amat perlu supaya kestabilan Negara

170
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sentiasa terjamin. Walaupun selepas mencapai kemerdekaan,


semua rakyat dituntut supaya menunjukkan Kesetiaan kepada
Raja dan Negara sebagai ketua yang dipayungi oleh kemegahan
takhtanya sebagai simbol kemegahan dan kekuatan. Raja adalah
simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi atau
bumiputera. Penderhakaan kepada raja sama seperti menderhaka
kepada negara. Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada Raja
dan Negara, amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan
negara. Pegangan hidup bersandarkan kepercayaan ini sudah lama
menjadi amalan masyarakat Malaysia malah ia menjadi kunci
kekuatan dan keteguhan hubungan sosial yang ada.

Keluhuran Perlembagaan

Perlembagaan Negara merupakan panduan yang melingkungi


dan membatasi segala perlakuan kita dalam masyarakat. Justeru,
masyarakat perlu hidup berlandaskan undang-undang yang dipatuhi
bersama. Segala pelanggaran terhadap undang-undang atau
peraturan akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang
seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara. Setiap rakyat
tidak terkecuali daripada mematuhi undang-undang yang telah
ditetapkan. Sehubungan dengan itu, prinsip ketiga Rukun Negara
iaitu Keluhuran Perlembagaan menekankan pentingnya rakyat
untuk menerima, mematuhi dan mempertahankan Keluhuran
Perlembagaan Negara.

Rakyat perlu sedar Perlembagaan Negara berfungsi melindungi


hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Rukun Negara
melalui prinsip ketiga ini menekankan wajar bagi setiap warganegara
memahami maksud, kandungan latar sejarah pembentukan
Perlembangaan Negara.

Perlembagaan adalah luhur, suci dan unggul. Rakyat dituntut


supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.
Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan

171
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan kesepakatan semua


kaum di negara ini. Justeru, kepatuhan kepada perlembagaan akan
menimbulkan suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat.
Keharmonian inilah yang menjadi amalan masyarakat Malaysia
demi memastikan tiada berlaku sebarang kekacauan yang akan
menimbulkan perbalahan dan persengketaan.

Kedaulatan Undang-undang

Jika merujuk kepada Perlembagaan Negara terutama mengenai


kedudukan Institusi Raja (Perkara 32), Agama Islam (Perkara 3),
Bahasa Melayu (Perkara 152) dan hak Istimewa Orang Melayu
(Perkara 153), semuanya mengiktiraf kedudukan Bahasa Melayu.
Justeru, ia adalah satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu atau
mana-mana pihak kerana Perlembagaan Negara menentukan
pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini.
Kedaulatan Undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap
rakyat di negara ini kerana ia dijamin oleh institusi kehakiman
yang bebas dan berwibawa tanpa dikawal oleh mana-mana pihak
yang berkepentingan. Rakyat dituntut menghormati undang-undang
dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-


undang terpelihara. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-
undang Negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-
mana pihak. Melaluinya juga, hak-hak rakyat boleh diamalkan
dengan bebas tetapi masih terkawal dan tertakluk mengikut undang-
undang. Mereka yang tidak mematuhi undang-undang akan dibawa
ke muka pengadilan; dan jika didapati benar bersalah maka dia
akan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya (Siri
Rukun Negara : 1985). Kepatuhan terhadap prinsip ini yang menjadi
amalan hidup rakyat Malaysia memastikan Melaysia terus aman dan
rakyatnya dapat hidup dalam suasana harmoni.

172
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kesopanan dan Kesusilaan

Akhir sekali, prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan


mengenai kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat
kerana ia penting untuk menjaga hubungan baik antara satu sama
lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sehubungan itu,
adalah tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap
sensitif membabitkan agama, kaum dan bahasa kerana dikhuatiri
akan menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini. Rakyat Malaysia
dituntut bersopan dan bertatasusila. Ia merupakan nilai-nilai murni
yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Amalan ini
akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang
dan saling hormat-menghormati. Rukun Negara juga mampu
menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat
pelbagai agama dan budaya di negara ini. Memetik daripada ucapan
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi, ketika melancarkan Kempen Budi Bahasa pada 11 Januari
2005 yang lalu, “budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya
menjadi kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju”.

Masyarakat kita terkenal dengan sifat amanah, jujur, ikhlas,


sabar, sopan santun dan memiliki semangat kekeluargaan yang
tinggi. Kita perlu bijak menjana semula nilai-nilai tradisional yang
menjadi cermin dan pegangan hidup untuk diadunkan dengan nilai-
nilai kontemporari bagi terus memacu kejayaan selain dipergunakan
untuk menjalin perpaduan sesama kita. Sejarah telah mengajar kita
bahawa memutuskan diri daripada akar budaya sendiri dan menerima
budaya asing secara total tidak dapat menjadikan sesuatu bangsa itu
maju atau kuat apatah lagi untuk bersatu-padu.

Rukun Negara menyumbang kepada skala keseimbangan antara


keperluan material dan kerohanian (Ghazali Shafie : 1985). Lima
prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam
masyarakat dengan jelas membuktikan ia adalah kunci yang perlu
dipegang oleh semua peringkat rakyat supaya keamanan dan
keharmonian negara dapat dikekalkan. Ikrar Rukun Negara juga

173
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik


dan progresif serta bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat
pelbagai keturunan. Selain itu, objektif Rukun Negara menetapkan
ia mahu mencipta satu masyarakat yang adil, supaya kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Sikap
kesaksamaan itu dapat membentuk satu sikap liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak.

Justeru, amat jelas Rukun Negara menggariskan apabila berlaku


sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan
negara hendaklah diberi keutamaan berbanding kepentingan sesuatu
kaum. Sikap keprihatinan dan saling menghormati seperti ini amat
penting apatah lagi dalam kehidupan zaman moden ini (Sufean
Hussin : 1993, hal. 514). Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan, tidak
sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung
semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke arah pemupukan
perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya.
Seharusnya ia menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum supaya negara kita kekal bebas dan merdeka.

Rujukan

1. Drucker F. Terjemahan Nazlifa Bt. Mohd Ali. 1995. Masyarakat


Pasca Kapitalis. Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur.

2. Ensklopedia Mahathir Mohamad: Jilid 5. Darul Fikir., Kuala


Lumpur.

3. Ghazali Shafie. 1985. Rukun Negara: A Testament Of Hope.


Creative Enterprise Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

4. Kedaulatan Undang-undang . Siri Rukun Negara (Dalam Konteks


Islam). 1985. Penerbitan ASA Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

174
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

5. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am


Kerajaan. 1991. Golden Book Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

6. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof. 1993. Kajian Budaya
dan Masyarakat di Malaysia., Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

7. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. 1982. Persatuan


Sejarah Malaysia., Kuala Lumpur.

8. Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob,


Muslimin Fadzil. 2003. Sejarah Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan
Pustaka., Kuala Lumpur.

9. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Siri Percetakan


Am. 2006. Jabatan Penerangan Malaysia., Kuala Lumpur.

10. Sufean Husin. 1996. Pendidikan Malaysia: Sejarah, Sistem dan


Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur.

11. Baharom Mahusin, Mingguan Malaysia: 26 November 2006.

175
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Ho Kui Lan
SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak

M enjelang 31 Ogos 2007, kita akan menyambut ulang tahun


kemerdekaan negara yang ke-50. Selama 50 tahun ini, negara
kita telah mengalami pelbagai kemajuan dan perubahan yang pesat
dari segi politik, sosial dan ekonomi. Kesemua kejayaan ini patut
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana negara kita dapat
menandingi negara-negara maju yang lain di dunia, bak kata pepatah
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Seiring dengan hasrat
kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan
negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kejayaan
demi kejayaan telah diraih oleh rakyat Malaysia. Dari sebuah negara
yang hanya bergantung pada timah dan getah, kini negara kita
menjadi pengeluar barang elektrik dan elektronik yang bermutu di
dunia. Malahan negara kita menjadi tempat sasaran pekerja-pekerja
asing untuk mencari sumber kekayaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa negara kita mencapai kegemilangan


atas dasar keberkesanan pucuk pimpinan negara. Dengan adanya
pemimpin yang berwibawa dan berkaliber, dasar negara yang baik
dan berkesan dapat dirancang supaya negara kita dapat membangun
dengan pesat. Buktinya, semasa kegawatan ekonomi pada tahun
1996 mantan Perdana Menteri negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah mengambil langkah untuk menetapkan kadar pertukaran mata

177
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

wang asing dengan nilai 1USD bersamaan dengan RM3.80 bagi


memulihkan ekonomi negara. Langkah lain seperti memberhentikan
pengeluaran mata wang bernilai RM500 dan RM1000 dan
menghadkan jumlah mata wang negara yang boleh dibawa keluar
dari negara turut dilaksanakan bagi mengelakkan pengaliran keluar
mata wang negara yang boleh melemahkan ekonomi negara.

Selain itu, negara kita juga berjaya dalam mengurus pentadbiran


negara dengan melaksanakan pelbagai dasar. Contohnya, melalui
Dasar Kepimpinan Melalui Teladan yang dilancarkan oleh mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada tahun 1983. Objektif
dasar ini adalah untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan yang boleh
dicontohi, meningkatkan daya pengeluaran dan mengamalkan
perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah. Antara strategi yang
dijalankan ialah memperkenalkan penggunaan kad perakam waktu,
pemakaian tanda nama, menubuhkan kumpulan meningkatkan
mutu kerja, mengadakan kempen pencegahan rasuah, mengadakan
pengisytiharan harta milikan peribadi semua kakitangan kerajaan,
mewujudkan bilik khas untuk berurusan dengan orang ramai serta
memperkenalkan konsep pejabat terbuka dalam organisasi.

Apabila Malaysia mula-mula memasuki era Internet pada


tahun 1995, Tun Dr. Mahathir merupakan ketua kerajaan pertama
di dunia yang mengadakan sidang media secara langsung melalui
internet. Di samping itu, beliau turut memperkenalkan Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang dilancarkan untuk membangunkan industri
telekomunikasi dan teknologi maklumat negara. Koridor Raya
Multimedia (MSC) merupakan zon pelaburan khas yang dibentuk
untuk membolehkan syarikat berteknologi tinggi dari seluruh
dunia melabur dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi
di Malaysia. Syarikat-syarikat yang terletak dalam zon MSC dapat
menikmati sistem telekomunikasi yang canggih, kebebasan dari segi
pemilikan organisasi, kebebasan dalam pengambilan tenaga kerja
mahir asing dan kelonggaran peraturan dan undang-undang siber.
Kemajuan ini memberi impak yang amat baik kepada rakyat untuk
menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

178
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dalam pada itu, pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang


merupakan antara stadium yang terbesar di rantau ini menjadi mercu
tanda kegemilangan negara terutamanya dalam bidang sukan. Jika
gelanggang badminton di England pernah menyaksikan kejayaan
anak muda Malaysia, Mohamad Hafiz Hashim merangkul kejuaraan
dalam acara perseorangan lelaki dalam Pertandingan Badminton
All England 2003. Kompleks Sukan Bukit Jalil yang masih
setahun jagung ini pula menyaksikan kecemerlangan Malaysia
mencipta sejarah dengan merangkul sepuluh pingat emas dalam
Sukan Komanwel 1998. Pembinaan kompleks Sukan Bukit Jalil
yang menelan belanja yang amat tinggi ini pernah menjadi topik
perbincangan yang hangat pada suatu ketika dahulu, kini mampu
membuahkan hasil.

Namun, bangunan yang tersergam megah dan indah ini telah


memadamkan kritikan terhadapnya dengan menjadi medan
pertandingan-pertandingan bertaraf antarabangsa yang cukup
berprestij. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kompleks sukan
ini telah menjadi kebanggaan kita. Selain itu, kelahirannya juga
memanifestasikan perpaduan yang erat dalam masyarakat majmuk
Malaysia. Dengan itu, pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil
telah membawa semua rakyat bersama menikmati kejayaan demi
kejayaan yang ditempah oleh rakyat Malaysia. Pembinaannya yang
impresif ini bukan sahaja meningkatkan martabat negara pada mata
dunia malahan juga mencerminkan kemajuan sains dan teknologi,
sekali gus membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia tidak
akan ketinggalan di dunia yang kian rancak dengan arus globalisasi.
Tambahan pula, masyarakat negara ini tidak akan dipandang rendah
oleh negara-negara luar yang lebih maju dari segi sains dan teknologi.
Dalam erti kata lain, negara kita juga setanding negara lain dalam
bidang kejuruteraan dan seni bina.

Selain pembinaan Kompleks sukan, pembinaan Litar F1 Sepang


juga membuktikan kepada dunia bahawa kemampuan Malaysia tidak
boleh diperlekeh. Litar F1 Sepang ialah satu-satunya litar lumba
di dunia yang diberikan penghormatan untuk memasukkan logo

179
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

F1 di dalam nama rasminya. Litar canggih yang menggabungkan


teknologi seni bina dan kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya
Malaysia ini boleh menampung 130,000 penonton, termasuk 30,000
di anjung utama dwi-hadapan. Anjung dwi-hadapan ini adalah yang
pertama seumpamanya dibina di dunia. Lebih membanggakan lagi
apabila pembinaan litar ini mendapat pujian daripada pelancong-
pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Bukti lain yang
amat ketara ialah pembinaan Menara Kuala Lumpur setinggi
421m adalah menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia.
Menara ini dibuka pada 1996 dan menampilkan reka bentuk
bercirikan seni tradisi Malaysia dan Islam. Menara ini direka bentuk
oleh Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. dan dibina oleh firma Wayss
& Freytag dari Jerman. Pembinaan Menara Berkembar Petronas
juga membuktikan keunggulan Malaysia. Tamsilnya, sekumpulan
22 orang anggota Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada 22
anggota lelaki dan seorang wanita telah berjaya melakukan operasi
menyelamat di menara berkembar tertinggi di dunia yang setinggi
452 meter. Walaupun sekadar latihan, operasi ini mencatat rekod
Guiness sebagai operasi menyelamat kebakaran yang tertinggi di
dunia.

Malaysia juga berjaya dalam pembinaan lapangan terbang


antarabangsa. Contohnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) dibuka pada tahun 1998 telah dipilih sebagai
lapangan terbang keempat terbaik di dunia dalam satu kajian
AETRA (program antarabangsa mengenai kepuasan pelanggan
penerbangan) pada tahun 2004. Lapangan terbang ini dibina dengan
konsep ‘lapangan terbang di dalam hutan, hutan di dalam lapangan
terbang’, di mana kawasan berlandskap hijau dibiarkan hidup di
tengah-tengah bangunan itu. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam
pembinaan jambatan. Contohnya, jambatan Pulau Pinang sepanjang
13.5 km yang dibuka pada tahun 1985 adalah jambatan terpanjang
di Asia dan ketiga terpanjang di dunia. Jambatan enam lorong itu
dibina dengan keupayaan kalis gempa bumi sehingga 7.5 pada skala
Richter. Sebelum jambatan itu dibina, orang ramai menggunakan
perkhidmatan feri untuk menyeberangi Selat Pinang. Dengan

180
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kemudahan ini, rakyat dapat memanfaatkan pembinaan jambatan ini


untuk keselesaan mereka dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di
lebuh raya.

Pada April 2004, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear


Malaysia dengan kerjasama pereka cipta Zulkifli Haron berjaya
mencipta robot yang mampu berfungsi menggantikan manusia
dalam menjalankan kerja-kerja keselamatan apabila berlaku
kecemasan di dalam bilik radioaktif. Antara lain fungsi robot ini
ialah memberi bacaan dedahan radiasi, mengangkat beban
serta membaiki kerosakan. Robot ini juga boleh menjalankan
pelbagai fungsi lain di luar bilik radioaktif. Program Robot
Interaktif Pertama Malaysia yang dikenali sebagai AINI (Artificial
Intelligent Neural-Network Identity). AINI telah dibangunkan
oleh Prof Madya Dr. Goh Ong Sing bersama sepasukan penyelidik
dari Kolej Teknikal Kebangsaan Malaysia di Melaka. Robot Maya
ini boleh bersembang dengan manusia dalam apa jua topik
perbualan. Ia boleh menunjukkan tindak balas dengan ekspresi
muka serta pergerakan tubuh bersesuaian dengan perbualan, serta
boleh bertutur dalam bahasa Perancis, Itali, Jepun, Korea, malah
Bahasa Inggeris dengan loghat Amerika atau British.

Pada tahun September 2000 pula, Malaysia telah melancarkan


mikrosatelit reka bentuk sendiri pertama iaitu Tiungsat-1.
Mikrosatelit ini dimiliki dan diselenggarakan oleh Astronautic
Technology (M) Sdn. Bhd, sebuah syarikat milik penuh kerajaan.
Kegunaan mikrosatelit bukan komersial ini meliputi aplikasi untuk
agensi-agensi kerajaan, pusat-pusat pengajian tinggi dan sektor
swasta. Pada lazimnya kegunaan robot ini adalah bagi tujuan
pengimejan bumi menggunakan tiga kamera sudut tirus dan sebuah
kamera sudut lebar. Hal ini mencerminkan kejayaan Malaysia dalam
bidang sains dan teknologi yang begitu pesat membangun pada era
pasca moden ini.

Dalam zaman globalisasi ini, negara tidak ketinggalan untuk


mencapai kemajuan dalam bidang pengangkutan, perhubungan

181
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan telekomunikasi. Pada tahun 1983, kerajaan mengumumkan


projek kereta nasional. Dua tahun kemudian, model kereta nasional
pertama iaitu Proton Saga dikeluarkan oleh kilang Proton di Shah
Alam. Semenjak itu, industri automotif negara telah berkembang
dengan pesat dengan Proton melancarkan beberapa model lain,
diikuti dengan penubuhan syarikat-syarikat lain seperti Perodua,
Inokom dan Naza. Pelancaran kereta Perodua model terbaru pada
tahun ini iaitu 2007 ialah kereta Viva yang direka khas untuk
menampung keperluan dan keselesaan pengguna. Malahan, sistem
transit rel ringan Putra yang menghubungkan kawasan-kawasan
sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur telah
dilaksanakan dan merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan
moden di bandar raya itu. Sistem ini yang meliputi laluan sejauh
29 km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu
terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya, sehingga
perkhidmatan kereta api ringan di Lille, France dipanjangkan kepada
32 km pada tahun 2000.

Manusia sentiasa berusaha mencapai kemajuan. Bahkan dari


zaman batu hingga ke era globalisasi, manusia sejagat tidak pernah
berhenti berusaha. Pencapaian dalam pelbagai bidang dapat dilihat
dalam kehidupan kita seharian. Dari bangunan yang diperbuat
daripada tanah liat hingga bangunan konkrit yang mencakar langit,
dari surat menyurat hinggalah kepada penggunaan telefon mudah
alih dan fax bagi memudahkan perhubungan. Pengangkutan tidak
ketinggalan dari arus modenisasi, dari kapal hinggalah burung
gergasi iaitu kapal terbang yang membawa penumpang ke seluruh
persada dunia. Kemajuan dalam pelbagai peralatan canggih yang
boleh membantu melakukan kerja seperti mesin-mesin atau robot-
robot digunakan bagi mengatasi tenaga pekerja.

Malaysia maju setapak lagi dalam bidang penyelidikan dan


pembangunan (R&D). Pelbagai uji kaji mampu diselesaikan dengan
adanya kemajuan teknologi. Sebagai contoh, virus selesema burung
dapat dikenal pasti di bawah mikroskop elektron berkuasa tinggi.
Bakteria seperti H5N1 dan sebagainya dianalisis dan penawarnya

182
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mungkin dapat ditemui. Kesihatan rakyat terjamin dengan ubat-


ubatan dan alat pembedahan yang canggih. Pakar-pakar perubatan
di Malaysia juga mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman,
pengetahuan dan kepakaran dengan pakar-pakar perubatan dari
negara-negara asing. Buktinya, pada Mei 2000, pakar bedah
Dr. V Pathmanathan mengetuai sekumpulan 55 orang dari Hospital
Selayang, Selangor dalam menjalankan pembedahan pemindahan
lengan ke atas seorang bayi yang pertama di dunia iaitu Chong Lih
Ying, yang dilahirkan tanpa lengan. Bayi itu telah menerima lengan
dari saudara kembarnya Lih Jeng, yang meninggal dunia akibat
kerosakan otak semasa dilahirkan. Pembedahan untuk menyambung
lengan Lih Jeng kepada tubuh Lih Ying mengambil masa 15 jam.
Justeru, kemajuan yang dicapai dalam bidang perubatan dapat
menjamin kesihatan rakyat pada tahap yang optimum. Baru-baru
ini, kerajaan telah melancarkan program pelancongan kesihatan
sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 yang bertujuan untuk
meningkatkan taraf kesihatan rakyat negara ini. Selain itu kerajaan
menawarkan pakej kesihatan yang murah dan efektif kepada
pelancong-pelancong yang datang melancong di negara ini.
Langkah ini jelas menunjukkan usaha kerajaan Malaysia dalam
membangunkan dan memperkembangkan taraf kesihatan rakyat
seantero dunia.

Malaysia juga mencapai banyak kecemerlangan dan


kegemilangan dalam bidang sukan sebagaimana peribahasa
“Usaha Tangga Kejayaan” yang menjadi pegangan hidup rakyat.
Prinsip ini dipegang oleh jaguh-jaguh sukan untuk mereka
menyerlah dalam bidang sukan masing-masing. Misalnya,
Nasmizan Mohammad yang meraih gelaran “Raja Pecut Asia
Tenggara” yang telah memenangi pingat emas dalam acara 100
meter dan 200 meter dalam Sukan SEA di Vietnam. Sementelahan
itu, rakyat Malaysia juga mencapai kejayaan dalam beberapa aspek
yang mengangkat martabat dan imej negara Malaysia di pentas
dunia. Buktinya, pada Mei 2004 mahasiswa Universiti Teknologi
Mara, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dan Ahmad Reduan
Rozali, kedua-duanya berumur 22 tahun yang menjadi pelajar

183
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

universiti dari Asia Tenggara yang pertama berjaya menjejakkan


kaki ke puncak Gunung Everest. Mereka merupakan kumpulan
rakyat Malaysia kedua yang menjejakkan kaki ke puncak tertinggi
dunia tersebut selepas kejayaan N. Mohandas dan M. Magendran
pada Mei 1997. Contoh lain yang amat ketara juga ialah Lennard
Lee, 20 seorang pelajar jurusan perubatan di Universiti Cambridge,
berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 33.6 km dari Dover,
England ke Calais, Perancis dalam masa 9 jam 45 minit pada Julai
2004. Lee menjadi rakyat Malaysia kedua berjaya merenangi
Selat Inggeris, selepas Abdul Malik Mydin, 29 yang berjaya
melakukannya dalam masa 17 jam 35 minit pada Ogos 2003.
Malahan, kaum wanita di Malaysia turut menyumbang
nama dalam pencapaian Malaysia. Pada 30 Disember 2004
pensyarah Psikologi Sukan Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Datin Paduka Sharifah Mazlina memecahkan rekod
dunia sebagai wanita Asia pertama merentasi Antartik yang
diketahui sebagai tempat paling sejuk di dunia, dengan suhu
serendah 80 darjah Celsius dan purata kelajuan angin 85 km sejam,
telah meluncur ski dari Kutub Selatan ke Hercules Inlet yang
meliputi jarak sejauh 1,100 km. Sharifah Mazlina memulakan
ekspedisinya pada 9 Disember meluncur sejauh 30 km – 40 km
sehari.

Pendek kata, kejayaan hanya akan berpihak kepada orang yang


berusaha kerana “yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih
tidak akan datang melayang”. Oleh itu, kita tidak seharusnya terlalu
bergantung pada nasib untuk menentukan pencapaian kita. Buktinya
tokoh berjaya dalam bidang pendidikan ialah tokoh pendidikan
Prof. Dr. Chin Yew Sin yang mencatat rekod dalam buku Record
Book of World Initiators di atas pencapaian luar biasa di dalam
bidang akademik. Dr. Chin memegang 12 rekod dunia, di antaranya;
orang pertama di dunia menghadiri lapan majlis konvokesyen
untuk menerima lima ijazah, tiga diploma pasca-siswazah dan sijil
dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Scotland dan
Malaysia dalam masa setahun, orang pertama di dunia yang memiliki
empat ijazah sarjana muda dan melengkapkan ijazah pada tahun

184
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang sama; orang pertama di dunia yang berjaya melengkapkan


program ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pentadbiran
Perniagaan dalam masa empat bulan, ijazah MBA dalam masa
sembilan bulan dan Doktor Falsafah dalam masa 15 bulan, dan
beliau adalah orang pertama di dunia yang memiliki 72 kelayakan
termasuk 11 ijazah, diploma pasca-siswazah dan sijil, dua diploma,
15 sijil, 7 sijil profesional dan 37 keahlian profesional.

Salah satu daripada pencapaian terbesar dan merupakan keunikan


Malaysia sejak merdeka adalah keamanan dan kesejahteraan yang
dinikmati oleh penduduknya yang berbilang kaum. Malaysia
merupakan negara peneraju utama di dunia dalam usaha menentang
keganasan. Malaysia melancarkan pewujudan Pusat Serantau Asia
Tenggara bagi menentang keganasan (SEARCCT) di Kuala Lumpur
pada 2003. Sejak sejarah negara kita dicalitkan dengan peristiwa 13
Mei 1969 yang membabitkan perbalahan kaum, kerajaan Malaysia
telah berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mewujudkan
masyarakat majmuk yang harmoni dan aman damai. Inisiatif
yang perlu diambil untuk mewujudkan integrasi nasional adalah
menubuhkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah
yang mempunyai pelajar yang berlainan bangsa, kaum dan agama.
Melalui Sekolah Wawasan, perpaduan dalam kalangan pelajar dapat
dipupuk dan disemai supaya mereka turut mengamalkan prinsip
hidup “bagai aur dengan tebing” dalam kehidupan mereka. Pelajar
merupakan aset penting negara yang bakal menerajui tampuk
kepimpinan negara. Mereka diumpamakan sebagai “pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.”

Sesungguhnya, integrasi nasional di Malaysia membantu


menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Dengan
adanya semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum, kata
sepakat dapat dicapai. Rakyat hidup dalam keadaan saling membantu
antara satu sama lain selaras dengan peribahasa “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”. Pendek kata, masyarakat di Malaysia dapat
hidup bersama-sama secara aman tanpa berlakunya persengketaan.
Untuk ini rakyat Malaysia harus memainkan peranan sebagai

185
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

seorang warganegara yang bertanggungjawab dan menggembleng


tenaga bersama untuk membantu pemimpin-pemimpin negara
membangunkan negara Malaysia bagi menjamin kejayaan Malaysia
yang lebih gemilang serta berusaha berjuang demi kemerdekaan
negara.

Rujukan

1. http://web5.bernama.com/event/merdeka2005/bm/about.htm

2. Berita Minggu, 20 Januari 2007

3. Estidotmy, 28 Mac 2007

4. Estidotmy, 31 Januari 2007

5. Mingguan Malaysia, 31 Disember 2006

186
50 TAHUN MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Siti Munirah Binti Arifin
SMK Seberang Temerloh, Pahang

M enjelang ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia,


berbagai-bagai perubahan telah berlaku di negara ini sama
ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Perubahan
demi perubahan ini juga menjadikan Malaysia sebagai negara yang
gagah gemilang. Sebagai sebuah negara yang sedang meningkat
maju, Malaysia sudah mencipta nama tersendiri di peringkat
antarabangsa melalui pelbagai bidang, dan yang paling menonjol
buat masa kini ialah bidang sukan dan sektor pelancongan.

Dalam soal memperjuangkan tanah air, kita tidak boleh lupa


pada perjuangan dan pengorbanan nama-nama besar seperti
Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Salleh serta ramai lagi tokoh
pejuang tempatan yang berjuang bagi mengembalikan kedaulatan
bangsa. Bagaimana cekalnya, Dato’ Bahaman menentang British
yang menghapuskan peranan beliau sebagai pembesar tempatan,
bagaimana beraninya, Hj. Abdul Rahman Limbong menentang
peraturan tanah yang membebankan penduduk, begitulah juga yang
patut dilakukan oleh generasi pada masa kini yang kebanyakan
sebelum ini tidak pernah merasa pahit getir dan perit jerih seorang
pejuang bangsa yang mempunyai nilai-nilai nasionalisme dan
patriotisme dalam usaha mempertahankan maruah bangsa dan
negara.

187
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Semangat juang inilah perintis kepada perjuangan pemimpin-


pemimpin terdahulu untuk berjuang memerdekakan tanah air
daripada cengkaman penjajah dalam acuan tersendiri.

Dari aspek politik, negara Malaysia selepas merdeka


mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran bercorak
demokrasi berparlimen. Melalui sistem demokrasi berparlimen,
rakyat secara tidak langsung akan terlibat dalam sistem pemerintahan.
Melalui sistem ini juga rakyat berpeluang menubuhkan kerajaan.
Hal inilah yang sangat diperlukan oleh sebuah negara yang bakal
menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa mengingati akan
perjuangan Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman
yang berusaha bersungguh-sungguh membawa Tanah Melayu pada
masa itu ke arah kemerdekaan. Termeterainya, perjanjian antara
Tunku Abdul Rahman dan pihak British, Tanah Melayu telah
mendapat kemerdekaan daripada pihak British yang seterusnya
menggelar Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan.
Sebagai generasi hari ini dan masa depan kita semestinya berusaha
untuk mengekalkan kemerdekaan dengan pelbagai pengisian
sehingga mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara yang unggul di mata dunia.

Hubungan diplomatik dengan negara-negara luar amat dititik


beratkan demi memelihara keamanan sejagat. Antaranya Perdana
Menteri Malaysia yang pertama ini telah mencadangkan penubuhan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Beliau juga telah diberikan
penghormatan untuk memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha
Agung OIC yang pertama di samping Malaysia mendapat mandat
sebagai tuan rumah persidangan ini pada tahun 1974 dan 2003.
Selain OIC, Malaysia juga terlibat dalam pelbagai pertubuhan
antarabangsa semenjak era Tunku Abdul Rahman sehinggalah
kepada tampuk pemerintahan sekarang iaitu Dato’ Seri Abdullah
Hj. Ahmad Badawi. Dasar luar yang diamalkan ini mengutamakan
kesejahteraan serantau dunia secara tidak langsung memberi impak
yang positif kepada negara kita.

188
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Era penjajahan menunjukkan kepincangan ekonomi melalui


dasar yang diamalkan oleh pihak British. Namun langkah bijak
yang diambil oleh pemimpin-pemimpin negara mampu mengubah
struktur ekonomi melalui rancangan pembangunan yang terancang.
Pemimpin terdahulu telah dilaksanakan dasar ekonomi melalui
Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang masih diamalkan
hingga kini. Pentingnya sektor ekonomi dalam membentuk sebuah
negara merdeka yang gemilang adalah seiring dengan kestabilan
politik. Bapa Pembangunan Negara, Tun Abdul Razak menyedari
masalah ekonomi kaum bumiputera telah mengambil langkah bijak
dengan menukarkan hutan belantara kepada tanah-tanah rancangan
untuk memajukan sektor pertanian.

Dari sektor ekonomi berasaskan pertanian, negara mengalami


perubahan yang ketara apabila bekas Perdana Menteri yang keempat,
Tun Dr. Mahathir Mohamad mencetus satu lagi revolusi dalam
membawa Malaysia ke arah kegemilangan negara maju. Hasrat
beliau untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian
terlaksana apabila negara terlibat dalam perindustrian berat sehingga
terhasilnya kereta keluaran tempatan yang pertama iaitu Proton Saga
yang kini semakin pesat berkembang dengan model-model terbaru
keluaran EON. Langkah ini membuka mata dunia apabila negara-
negara maju berminat untuk melabur di negara ini.

Wawasan 2020 adalah idea mantan Perdana Menteri Tun


Dr. Mahathir Mohamad yang diumumkan dalam persidangan
pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Januari 1991.
Matlamat wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah Negara industri yang maju beracuan sendiri
setanding dengan Negara maju lain di dunia. Beliau yang
sebelum ini juga telah memperkenalkan Dasar Penswastaan,
Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur,
menegaskan bahawa Wawasan 2020 hanya akan menjadi kenyataan
apabila kesemua sembilan cabaran utama dapat disahut oleh rakyat
Malaysia. Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia
yang bersatu padu. Cabaran kedua pula mengetengahkan proses

189
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

untuk membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan


berkeyakinan. Cabaran ketiga membina masyarakat demokratik
yang matang. Cabaran yang keempat menekankan untuk melahirkan
masyarakat yang bermoral dan beretika. Manakala cabaran kelima
pula menegaskan idea yang lebih menjurus kepada hasrat untuk
mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
Cabaran keenam pula ialah usaha membina masyarakat yang maju dan
saintifik. Hasrat murni Tun Dr. Mahathir Mohamad diketengahkan
lagi melalui cabaran yang ketujuh dan kelapan untuk mewujudkan
masyarakat berbudaya penyayang dan juga hasrat untuk menjamin
masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Cabaran yang
terakhir ialah cabaran untuk memupuk dan membina masyarakat
makmur.

Dapatlah dirumuskan bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan


oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ini akan terus memacu kemajuan
negara setanding negara-negara maju. Kemajuan yang diharapkan
itu menitikberatkan kemajuan fizikal dan kemajuan bersepadu. Apa
yang paling penting ialah Malaysia akan mencapai kemajuannya
sendiri dengan menitik beratkan keseimbangan kemajuan fizikal dan
rohaniah.

Kemakmuran yang dikecap oleh rakyat negara ini merupakan


usaha berterusan yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu
hinggalah kini. Apa tidaknya, kepelbagaian kaum yang wujud akibat
daripada dasar penjajah menyukarkan penduduk negara ini untuk
bersatu padu. Kesungguhan Tunku Abdul Rahman yang berjaya
menyatukan penduduk pelbagai kaum melalui rundingan khususnya
melalui Pakatan Murni membuka hati penjajah untuk memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Begitulah uniknya negara
Malaysia yang mampu mengekalkan kemerdekaan hingga ke hari
ini ekoran semangat perpaduan yang jitu.

Perpaduan merupakan agenda utama negara dalam mengekalkan


kemerdekaan. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa sukan
merupakan antara alat perpaduan terpenting tanpa mengira keturunan

190
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan ideologi. Selain itu, sukan juga mampu menyemarakkan


semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Negara Malaysia sendiri pernah mencipta sejarah apabila
diberi kepercayaan untuk menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa
iaitu Sukan Komanwel pada tahun 1998. Semenjak itu, sukan telah
banyak melonjakkan nama Malaysia di persada dunia. Apatah lagi
negara kita juga telah berjaya menganjurkan sukan permotoran
khususnya Formula One apabila kita mempunyai litarnya tersendiri
di Sepang, Selangor. Baru-baru ini negara telah melahirkan jaguh
squash negara apabila Nicol David telah dinobatkan pemain
nombor satu dunia. Dalam arena Badminton, personaliti seperti
Misbun, Razif, Jailani dan Rashid Sidek meledakkan pencapaian
terbaik mereka dalam pertandingan di peringkat antarabangsa,
sehingga berjaya menempatkan mereka dalam kelas yang tersendiri.
Hingga kini pasukan badminton negara masih digeruni pasukan lain
walaupun diteruskan oleh pemain-pemain baru. Hal inilah yang harus
dijadikan contoh dalam mencorakkan langkah kita yang seterusnya
menuju ke arah gelaran negara merdeka yang gagah gemilang.

Selain aspek perpaduan, kemantapan sistem pendidikan amat


penting untuk melahirkan sebuah negara yang gagah gemilang.
Mengimbas semula semasa era penjajahan, peluang penduduk
tempatan menuntut ilmu sama ada di sekolah atau ke peringkat yang
lebih tinggi sangat terhad. Hal ini demikian kerana pihak penjajah
tidak mahu penduduk tempatan lebih berpengetahuan dan seterusnya
mengancam kedudukan mereka di negara ini. Namun, kesedaran
bangsa yang membawa kemerdekaan negara mengubah paradigma
tersebut. Lihatlah kini berpuluh-puluh institusi pengajian tinggi
yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia
mencedok ilmu sebanyak mungkin sehingga ke peringkat yang
lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara. Malah terdapat juga
pusat-pusat pengajian tinggi Malaysia yang menawarkan tempat
kepada pelajar-pelajar luar negara untuk menuntut di Malaysia.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perubahan arus perdana.


Selaras dengan era maklumat di hujung jari dan dasar langit terbuka,

191
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

maka projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super


Koridor (MSC) telah dilancarkan. Tujuan penubuhan MSC adalah
untuk memastikan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi
atau Information and Communication Technology (ICT) dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Perlaksanaan ICT secara tidak
langsung dapat memantapkan ekonomi negara agar dapat berjalan
dengan lancar dan seterusnya meletakkan Malaysia dalam kedudukan
yang lebih baik pada zaman atau era globalisasi ini.

Selain itu juga, kita seharusnya menitik beratkan lagi konsep


“Malaysia Boleh” yang sentiasa menjadi laungan rakyat Malaysia
apabila mencipta nama ataupun kejayaan terbesar di peringkat
antarabangsa seperti ekspedisi menawan Gunung Everest dan juga
ekspedisi secara solo Dato’ Paduka Sharifah Mazlina ke Atlantik
membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang mempunyai
semangat Boleh.

Di samping itu, perubahan yang besar sejak zaman sebelum


merdeka sehinggalah sekarang ini ialah perubahan infrastruktur.
Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain
dengan terbinanya rangkaian sistem perhubungan bertaraf dunia.
Mercu tanda negara yang dibina seperti Menara Kuala Lumpur dan
Menara Berkembar Petronas serta Menara Kawalan KLIA dapat
membuktikan bahawa, pada abad ke-21 ini telah berlaku banyak
perubahan infrastruktur di Malaysia setelah hampir setengah abad
merdeka. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini disediakan
demi kesejahteraan rakyat Malaysia setelah hampir setengah abad
merdeka. Dalam bidang perubatan negara kita juga tidak ketinggalan
dalam kecanggihan alatan dan kepakaran dalam bidang-bidang
tertentu. Hal ini demikian dapat dibuktikan apabila negara kita juga
telah menjadi destinasi pelancongan perubatan. Selain itu negara juga
dapat membuktikan rakyat Malaysia juga mempunyai kemahiran dan
kepakaran apabila Smart Tunnel atau Terowong Pintar telah dibina.

Malaysia juga telah dikenali ramai sebagai sebuah destinasi


pelancongan yang menarik. Hal ini demikian berlaku kerana

192
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

keunikan yang terdapat di Malaysia sama ada dari segi sejarah dan
juga masyarakatnya yang berbilang kaum dapat tinggal bersama
di bawah satu tompok pimpinan. Pengenalan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan pada tahun 1971 bermatlamat untuk memperkukuhkan
perpaduan melalui kebudayaan serta memperkayakan dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan
kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Untuk
merancakkan sektor pelancongan serta mempromosikan Malaysia
sebagai sebuah destinasi pelancongan, Malaysia telah melancarkan
beberapa kempen seperti Tahun Melawat Malaysia, Citra Warna
Malaysia dan sebagainya. Kesinambungan kegiatan pelancongan,
banyak kemudahan infrastruktur telah dilaksanakan demi kemudahan
pelancong dan juga penduduk di Negara ini.

Sebagai sebuah negara kecil dalam peta dunia, pastinya negara


Malaysia kurang mendapat perhatian dunia. Namun usaha gigih
pemimpin-pemimpin terdahulu dan kini mampu menaikkan nama
Malaysia di persada dunia. Kesungguhan serta langkah-langkah
strategik yang diambil oleh badan-badan kerajaan di Malaysia dalam
strategi dasar luarnya membuktikan tentang pentingnya sebuah
negara dalam mengejar maklumat dan mengikuti perubahan dunia
dan juga usaha mengejar kejayaan dalam dunia tanpa sempadan ini.

Walau bagaimanapun, perubahan dari segi politik, ekonomi


dan sosial, kita tidak seharusnya lupa akan kelima-lima orang
Perdana Menteri Malaysia yang ada ketika dulu dan kini saban
waktu memerah keringat bagi menjulang negara kita ke peringkat
yang lebih tinggi.

Tunku Abdul Rahman semestinya, merupakan seorang Perdana


Menteri yang sangat cekal dan tabah menghadapi jerih perih
kehidupan di bawah jajahan kuasa asing. Namun beliau telah berjaya
menyatupadukan rakyat yang seterusnya memperoleh kemerdekaan
daripada penjajah. Gelaran Bapa Kemerdekaan memang sewajarnya
diberikan kepada beliau atas jasanya memerdekakan Malaysia.
Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman memulakan projek

193
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pembangunan seperti pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara,


Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan juga Tugu Kebangsaan.

Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak


mendapat gelaran Bapa Pembangunan atas sumbangan beliau
dalam pembangunan dan kemakmuran negara. Antara sumbangan
beliau ialah perlaksanaan Penyata Razak 1956, Dasar Pembangunan
Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru. Beliau juga begitu menitik
beratkan kesejahteraan rakyat dengan membawa banyak perubahan
kepada ekonomi negara khususnya pembangunan luar bandar.

Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga dikenang sebagai Bapa


Perpaduan. Walaupun tempoh pentadbirannya singkat namun beliau
juga banyak menyumbang ke arah kegemilangan bangsa. Beliau juga
telah bertanggungjawab melancarkan Skim Amanah Saham Nasional.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia


yang keempat telah digelar sebagai Bapa Pemodenan kerana
sumbangan dan misi beliau yang ingin menjadikan Malaysia sebuah
negara moden setaraf dengan negara maju yang lain. Beliau telah
mendorong rakyat untuk “Pandang ke Timur” bagi mencapai
kemajuan dalam aspek pendidikan, teknologi dan cara berfikir.
Selain itu beliau juga dilabel sebagai “Pencetus Negara Maju”.

Perdana Menteri kita pada hari ini Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad
Badawi merupakan Perdana Menteri yang sangat tersohor dengan
konsep Islam Hadhari. Langkah beliau ini sebagai kesinambungan
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan
jasmani.

Kesimpulan bagi kegemilangan Malaysia yang akan menyambut


ulang tahun ke-50 pada tahun ini, sejarah telah membuktikan
betapa rakyat Malaysia sangat beruntung berada di bawah tampuk
pimpinan negara yang begitu bertanggungjawab dalam memacu
negara Malaysia ke landasan kegemilangan yang di kecapi hampir
sepenuhnya selepas lebih 400 tahun Malaysia menjadi mangsa

194
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

penjajahan kuasa-kuasa asing yang tamak dengan sumber bumi


negara ini. Jika tidak kerana mereka, pastinya negara kita tidak
mampu membangun seperti yang di kecapi sekarang.

Konklusinya, sebagai rakyat yang taat setia kepada Tuhan, raja


dan negara, kita perlu memahami sedalam-dalamnya dasar
pembangunan dan perpaduan serta jati diri bangsa dan seterusnya
melibatkan diri secara aktif dalam usaha memupuk perpaduan
nasional. Prinsip Rukun Negara yang diamalkan dapat melahirkan
masyarakat yang mengamalkan konsep nasionalisme dan patriotisme
serta toleransi kaum. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat hidup
dalam sebuah negara yang demokrasi demi kesejahteraan rakyat.

Namun begitu, kita perlu berwaspada dan tidak alpa dalam


mengecap keamanan hari ini. Hal ini demikian kerana walaupun
hampir setengah abad kemerdekaan dan mampu menjadi negara
gagah gemilang kita seharusnya mengamalkan sikap sediakan
payung sebelum hujan kerana segala bentuk penjajahan baru
bukanlah sesuatu yang baru.

Sungguhpun begitu segala kemajuan dan keamanan yang di


kecapi sekarang sudah mampu membuktikan bahawa Malaysia
sememangnya negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang!
Sememangnya juga selepasnya 50 tahun Malaysia Merdeka memang
telah terbukti sebuah negara yang gagah gemilang.

195
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
Negaraku GAGAH GEMILANG
Mohd Firdaus Mohd Azman
SMK Damak, Jerantut, Pahang

T anggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang sangat penting


kepada negara. Setelah beratus-ratus tahun negara kita tunduk
kepada kuasa penjajah dari era Portugis hinggalah ke zaman Jepun,
akhirnya detik yang paling ditunggu-tunggu sekian lama oleh
penduduk Malaysia menjelma jua. Bermula dari tarikh tersebut,
negara kita telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat dan
mempunyai kerajaan.

Peristiwa ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap enteng


oleh kita semua, kerana bermula dari saat tersebut negara kita telah
mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan dari segi ekonomi,
politik dan sosial. Jika suatu ketika dahulu, negara penjajah sering
menganggap kita tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber
untuk memajukan negara, tetapi setelah 50 tahun berlalu semakin
jelas ketidakbenarannya. Buktinya, lihat sahajalah kepada ekonomi
negara kita yang semakin hari semakin kukuh, keadaan ini sudah
cukup untuk membuka mata dunia bahawa negara kita bukan lagi
sebuah negara yang boleh diremeh dan diperbodohkan lagi seperti
yang penjajah lakukan sebelum ini.

Mengimbau kembali masa lampau, semasa negara kita dijajah,


segala penat jerih dan keperitan hidup yang dilalui masyarakat

197
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pada waktu itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mereka


bersusah payah dan berganding bahu hanya untuk mendapatkan
sebuah negara yang berstatus merdeka. Telah ramai wira-wira kita
yang terkenal pada waktu itu seperti Mat Kilau, Dato’ Bahaman,
Rentap, Tok Janggut, Dato’ Maharaja Lela dan banyak lagi yang
gugur di tangan penjajah hanya kerana mereka ingin menuntut
hak mereka sebagai pribumi. Ada di antara mereka mati dibunuh
oleh penjajah dengan kejam dan tanpa belas kasihan seperti
yang telah berlaku ke atas Tok Janggut yang tidak dikebumikan,
sebaliknya diarak ke seluruh kampung beliau dengan keadaan
yang sangat menyedihkan untuk memberi peringatan kepada
orang lain supaya tidak melakukan perkara yang dilakukan oleh
Tok Janggut.

Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, segala kesengsaraan


yang ditanggung oleh masyarakat ketika itu berakhir jua. Sedikit
demi sedikit negara kita dirangka ke arah sebuah negara yang
lebih maju oleh Perdana Menteri yang pertama ketika itu iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selama lebih kurang
13 tahun beliau memerintah, telah berjaya membentuk negara
kita kepada sebuah negara yang lebih berorganisasi tanpa bantuan
penjajah mahupun kuasa asing. Pada tahun 1970, beliau telah
diganti oleh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang
kedua. Beliau telah meneruskan usaha yang dilakukan oleh Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj dan telah banyak berjasa dalam
membangunkan negara dalam pelbagai sudut. Setelah itu beliau
telah diganti oleh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri
yang ketiga pada tahun 1976. Setelah pembangunan dirancang
oleh Perdana Menteri yang kedua, beliau pula dikenali dalam
perpaduan masyarakat kita pada waktu itu. Beliau telah berjaya
menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum,
bangsa dan negara. Pembangunan negara selepas itu dijana ke
arah negara yang lebih moden iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad
sebagai Perdana Menteri yang keempat. Beliau telah banyak
memodenkan negara sepanjang tempoh yang agak lama iaitu
selama 22 tahun seperti bangunan KLCC yang tersergam indah.

198
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Setelah berakhirnya zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir


Mohamad, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pula
mengambil alih pucuk pimpinan negara pada tahun 2003. Beliau
telah melaksanakan pelbagai dasar baru yang lebih tersusun demi
untuk memajukan negara supaya dapat duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Antara
dasar yang diperkenalkan oleh beliau ialah Rancangan Malaysia
Ke-9 (RMK-9). Beliau sangat menitikberatkan modal insan yang
perlu ada dalam setiap diri masyarakat untuk menjana pembangunan
Negara. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga terkenal dengan
sikap yang sangat bertoleransi dalam memerintah negara. Sikap
toleransi beliau dapat kita lihat semasa negara kita mengalami
perselisihan pendapat dengan Singapura. Walaupun Singapura
bersikap angkuh dan keras kepala dalam rundingan itu, tetapi
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi tetap mencari jalan
penyelesaian berdamai kerana beliau tidak mahu bermusuhan.
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi juga bijak dalam
memerintah terutamanya boleh kita lihat semasa Amerika
menawarkan hubungan perdagangan bebas dua hala dengan mereka.
Beliau sedar sekiranya beliau mempersetujui hubungan itu, industri
kecil-kecilan di negara kita mungkin akan tergugat oleh syarikat-
syarikat besar daripada Amerika.

Atas usaha gigih kelima-kelima Perdana Menteri kita, negara


telah membangun dengan pesat sekali merangkumi ketiga-tiga
aspek iaitu ekonomi, politik dan sosial. Kestabilan ekonomi negara
sememangnya diakui oleh negara-negara lain walaupun ekonomi
negara masih belum setaraf dengan negara-negara berkuasa besar
seperti Amerika, Rusia dan Jepun. Perdagangan import dan eksport
negara kita dengan negara lain sememangnya boleh dibanggakan.
Jika dilihat pada situasi sekarang, negara kita merupakan antara
sepuluh negara perdagangan yang terpenting bagi beberapa buah
negara juga negara-negara luar sangat mengharapkan produk-produk
daripada negara kita seperti getah asli, kelapa sawit dan petroleum
yang sukar didapati di negara mereka. Kerajaan telah menyedari
potensi produk-produk seperti ini dan berusaha untuk memajukan

199
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

industri-industri ini dengan memperuntukkan sejumlah dana yang


agak besar, kerana produk-produk seperti getah asli dan kelapa
sawit ini mempunyai pasaran yang semakin meluas di masa akan
datang. Dengan kemajuan teknologi sekarang, pelbagai produk baru
diterokai yang menggunakan getah asli dan kelapa sawit. Syarikat
Petronas Malaysia pula termasuk antara 500 syarikat terbesar di
dunia dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang lain
di antarabangsa. Bukan itu sahaja, kenderaan berjenama proton juga
terkenal di arena antarabangsa.

Dari segi politik negara pula, perkembangannya cukup


memberangsangkan. Walaupun negara kita mempunyai rakyat
yang berbilang kaum, agama dan bangsa, tetapi politik negara kita
tetap berjalan dengan aman, tidak seperti di sesetengah negara lain
seperti Thailand, Filipina, Amerika dan Britain yang sering berlaku
permusuhan serta pemberontakan lantaran keadaan politik yang tidak
stabil. Di Malaysia, negara kita mengamalkan sistem pemerintahan
bercorak demokrasi. Ternyata, sistem ini mendapat sokongan padu
daripada rakyat walaupun ada juga segelintir rakyat tidak bersetuju
yang mewakili pihak pembangkang. UMNO ialah parti politik yang
terkenal di Malaysia.

Parti ini jugalah, yang banyak berjasa dalam memperjuangkan


kemerdekaan negara. Keamanan dan kestabilan politik negara
sebagai sebuah negara Islam telah diberi kepercayaan oleh negara-
negara Islam yang lain untuk mempengerusikan Pertubuhan
Negara-negara Islam (OIC). Pemilihan Datuk Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi sebagai Pengerusi OIC juga adalah kerana
kewibawaan beliau sebagai pemimpin. Sikap tegas beliau yang
lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman Israel
terhadap penduduk Palestin harus dipuji kerana tidak banyak negara
yang berani melakukan sedemikian kerana Israel adalah sekutu
Amerika Syarikat.

Seterusnya, perkembangan sosial negara juga tidak kurang


hebatnya terutamanya dalam bidang pendidikan. Langkah

200
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pembestarian pembelajaran yang dilaksanakan oleh kerajaan


sekarang ternyata memberi impak yang besar dalam bidang
pendidikan negara dan juga antara sistem pembelajaran yang
tercanggih setakat ini. Dalam pembestarian pembelajaran ini,
kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar dana untuk
memperlengkapkan sekolah-sekolah di negara kita dengan perisian
komputer. Langkah ini mendapat pujian daripada negara-negara
lain kerana belum banyak lagi negara yang melaksanakan sistem
ini termasuklah negara-negara maju. Selain itu, bidang sukan juga
mengalami peningkatan yang pesat. Sukan negara seperti tenis,
badminton dan hoki telah banyak menaik dan mengharumkan
nama negara. Kecemerlangan Nicol Ann David di dalam sukan
Skuasy yang menduduki ranking pertama dunia masih sukar
digugat. Selain daripada tenis, penampilan negara kita di dalam
arena sukan lain juga sedikit sebanyak menggerunkan negara lain.
Semasa tsunami melanda Acheh pada penghujung tahun 2004,
Malaysia merupakan negara pertama yang menderma untuk bantuan
mangsa tsunami walaupun pada ketika itu negara kita juga terkena
tempias tsunami itu. Hal ini menunjukkan negara kita bukan
sahaja prihatin malah mampu membantu negara lain yang dalam
kesusahan.

Kesimpulannya, kita seharusnya lebih bersyukur dengan


kemerdekaan yang kita kecapi sekarang. Perpaduan kaum amat
penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara
asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah
pada tahun 1826 di Naning atau Rentap yang menentang kubu Raja
Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, atau Dato’ Maharaja
Lela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, Mat Salleh
yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris seperti tokoh
silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum,
agama, mahupun warna kulit. Setapak kita melangkah, usahlah kita
menoleh ke belakang lagi. Sempena 50 tahun kemerdekaan yang
kita kecapi pada tahun ini, marilah kita sama-sama bersatu hati
dan berganding bahu dalam memperjuang dan mempertahankan
kedaulatan negara yang kita nikmati sekarang, supaya peristiwa

201
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pahit getir sebelum 50 tahun dahulu tidak akan berulang kembali.


Semoga negara kita menjadi semakin maju dan terus maju dalam
meniti arus kegemilangan. Selamat hari kemerdekaan yang ke-50.

Rujukan

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. Prof Datuk Dr. Ramlah binti
Adam, Abdul Hakim Samsuri, Muslimin bin Fadzil, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004.

2. Masteri Memori Melalui Peta Minda, Sejarah SPM. Junaidah


Salehudin, Rosnani Rifin, Nor Aslina Mamat. PNI Neuron (M)
Sdn. Bhd. 2006.

3. http://www.OIC-un.org.

202
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Devika A/P Gunasegaran
SMK Tinggi Perempuan Melaka

D alam tempoh lima puluh tahun merdeka, pembangunan dan


kemajuan Malaysia begitu menakjubkan. Malaysia adalah
antara negara membangun yang paling maju dan sedang menuju
status negara maju pada tahun 2020.

Malaysia juga menjadi negara contoh kepada negara-negara Islam


lain serta kagum dengan pencapaian dan kemajuan singkat Malaysia
dalam tempoh lima puluh tahun. Selepas mencapai kemerdekaan
dan berjaya bebas daripada cengkaman penjajah, kebijaksanaan
pemimpin-pemimpin negara kita selama lima puluh tahun telah
banyak mencipta kejayaan dan pembangunan negara.

Malaysia sebelum ini hanya bergantung pada pertanian tetapi kini


ekonomi negara dipelbagaikan dengan perindustrian, pelancongan,
perkhidmatan, teknologi maklumat dan sebagainya selain sumbangan
sektor pertanian.

Sistem pentadbiran juga semakin cekap dan sistematik


dengan terbinanya Putrajaya sebuah lokasi pentadbiran kerajaan
persekutuan baru. Pembinaan Menara Berkembar Petronas, Menara
Kuala Lumpur, Pelabuhan Bebas Cukai Langkawi serta penganjuran
F1 Sepang, LIMA telah dan menaikkan imej negara di peringkat

203
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

antarabangsa. Jika diimbas sejarah kemerdekaan negara, banyak


pihak mempertikaikan keupayaan Tanah Melayu untuk merdeka
apatah lagi mencapai kejayaan yang kita nikmati sekarang ini.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam kemajuan bidang aero-


angkasa dengan melancarkan satelit MEASAT 1, 2 dan 3 serta
menubuhkan agensi angkasa negara dan tidak melepaskan peluang
dengan menghantar anak tempatan ke angkasa lepas. Penghantaran
MEASAT 2 dan 3 ke angkasa lepas untuk mempertingkatkan satelit
komunikasi bertaraf dunia. Malaysia juga telah banyak mencapai
kemajuan dalam mempertingkatkan bidang pengangkutan dan
infrastruktur demi untuk keselesaan rakyat. Pengangkutan moden
seperti sistem LRT, monorel, ERL dan kereta api elektrik telah
diwujudkan hingga dikagumi oleh pelancong luar negara. Pembinaan
lebuh raya yang bertaraf dunia di kawasan utara-selatan, timur-barat
menujukkan kecanggihan Malaysia. Jambatan Pulau Pinang yang
terpanjang di Asia adalah antara arus pemodenan negara.

Malaysia sekali lagi telah membuktikan kemampuannya apabila


mencipta sejarah dalam industri automobil dengan mengeluarkan
kereta sendiri iaitu jenama Proton. Selain dari pada itu Malaysia
sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan
mencipta pesawat negara Eagle X – T5 yang pertama. Kemajuan
dan kejayaan negara ini membuktikan kejayaan Malaysia selepas
mencapai kemerdekaan lima puluh tahun.

Satu lagi mercu tanda kejayaan Malaysia yang amat dikagumi


dunia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
yang canggih di rantau Asia. KLIA juga banyak mendapat anugerah
antarabangsa kerana perkhidmatan terbaik yang ditawarkan serta
kecanggihannya. Menara Berkembar Petronas yang pernah diiktiraf
sebagai bangunan tertinggi dunia juga membuktikan betapa besarnya
kemampuan Malaysia. Penganjuran Sukan Komanwel, Formula
One (F1), Le Tour De Langkawi dan kejohanan dunia lain juga
membuktikan keupayaan negara menganjur kejohanan bertaraf dunia
dengan kelengkapan infrastruktur sukan bertaraf dunia. Malaysia

204
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

juga telah melahirkan ramai insan terbilang yang terdiri daripada


anak watan negara. Di antaranya N. Mohandas dan M. Mahendran
yang telah berjaya menawan puncak gunung Everest pada 26 May
pada 26 Mei 1997, ekspedisi penerjunan kutub utara pada 18 April
1998 oleh enam belas orang rakyat Malaysia dan tidak ketinggalan
juga misi Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia secara solo.

Selain daripada itu ramai atlet negara telah mencatat nama


di arena sukan antarabangsa seperti Punch Gunalan yang telah
mencipta nama dalam sukan badminton diikuti dengan keluarga
Sidek dan ramai lagi. Anak watan negara iaitu Nicole David telah
melakar sejarah dalam dunia sukan squash hingga dinobatkan
sebagai pemain nombor satu dunia.

Dalam jangka masa lima puluh tahun Malaysia merdeka, negara


kita juga telah mencipta nama dalam bidang seni dan kebudayaan
seperti Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee di mana kebolehannya
tiada tandingan sehingga ke hari ini.

Tahap pencapaian pendidikan juga sudah terbukti akan tarafnya


yang setanding dengan negara-negara maju dunia kerana kita
memiliki institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang memiliki
sistem pendidikan yang diiktiraf antarabangsa. Pelajar-pelajar kita
di luar negara juga setanding dengan pelajar-pelajar lain di dunia
dari segi aspek pendidikan. Di samping itu, terdapat ribuan pelajar
asing yang menuntut di institusi-institusi pengajian di negara ini.

Justeru, kita sebagai anak Malaysia patut berbangga dengan


kemakmuran dan kekayaan yang negara miliki berbanding dengan
negara jiran. Walaupun beberapa negara jiran telah mencapai
kemerdekaan awal daripada negara kita tetapi aspek pembangunan
kita mengatasi mereka. Kejayaan, kemajuan, kebebasan dan
kegemilangan yang kita nikmati selama lima puluh tahun merdeka ini
tidak datang bergolek begitu sahaja. Ia diperolehi hasil pengorbanan
tumpah darah para perwira dan pahlawan-pahlawan lampau yang
memperjuangkan kemerdekaan negara. Setiap insan yang bergelar

205
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

rakyat Malaysia sepatutnya tidak mudah lupa akan sejarah perjuangan


kemerdekaan negara dan kebebasan ancaman Komunis serta rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969. Kesemua ini sepatutnya dijadikan iktibar
oleh segenap peringkat lapisan rakyat, lebih-lebih lagi generasi muda
yang bakal menjadi tunggak negara dan harapan bangsa.

Kekuatan ekonomi dan kemajuan yang dikecapi dalam masa


lima puluh tahun Malaysia merdeka adalah hasil kebijaksanaan
dan kecekapan para pemimpin-pemimpin yang berwawasan seperti
Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana
Menteri yang kedua iaitu Tun Abdul Razak, yang ketiga Tun
Hussein Onn, Bapa kemajuan Malaysia iaitu pemimpin negara yang
paling lama mampu bertahan dan mengharumkan nama Malaysia
sehingga seluruh dunia iaitu legenda negarawan Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Di manakah kedudukan kita tanpa mereka yang pernah
berjuang untuk kemerdekaan, kemajuan dan kejayaan yang tidak
terhingga nilainya. Dengan ini kita patut ada nilai berkualiti dalam
diri serta tanggungjawab mempertahankan keharmonian, kedaulatan
dan perpaduan demi untuk bangsa yang berbilang kaum, agama dan
kebudayaan Malaysia.

Kita juga harus mempertahankan martabat dan maruah negara


yang diwarisi turun-temurun. Kenikmatan kesejahteraan negara
kini harus dihargai dengan penuh bermakna. Kita seharusnya
mengisi kemerdekaan dengan anak-anak bangsa yang bijak berfikir
dan berjuang demi untuk meneruskan matlamat kemerdekaan
yang dicapai dan tidak menyalahgunakan kebebasan. Kita juga
jangan sekali-kali leka dengan keseronokan dan tenggelam dalam
kemewahan yang melimpah di atas bumi bertuah ini atau menjadi
pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara hingga tergadai
maruah. Di sebaliknya kita harus mempertahankan kemajuan negara
bertambah maju mengikut acuan kita sendiri.

Segala kejayaan dan kemajuan yang dicapai selama lima puluh


tahun Malaysia merdeka telah meletakkan Malaysia di landasan
yang betul untuk muncul sebagai salah satu kuasa ekonomi di Asia.

206
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Dengan ini adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia memelihara


keamanan keharmonian dan kemakmuran yang sedia ada. Erti kata
sebenar merdeka bukan sahaja kebebasan daripada cengkaman
penjajah semata-mata tetapi kebebasan daripada kejahilan, rabun
minda, kebebasan daripada kemiskinan serta kebebasan menikmati
semua peluang keemasan yang sedia ada dan jangan sekali-kali
kita kehilangan identiti, jati diri dan menggadai maruah bangsa
dan negara. Ancaman gejala sosial seperti dadah dan budaya liar
tidak sesuai langsung dengan keperibadian negara. Kita sepatutnya
bersyukur dan tidak patut menjadi hamba kepada budaya songsang
kerana ini adalah satu-satunya musuh negara yang lebih berbahaya
daripada penjajah. Jika tidak dapat dikawal pasti akan membawa
padah dan menjadi ancaman kepada ketulenan kemerdekaan.

Pencapaian kegemilangan dan kemajuan negara Malaysia dari


semua aspek adalah hasil daripada kesediaan setiap warga negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap bertolak
ansur dan kesederhanaan. Oleh yang demikian setiap kaum mestilah
sanggup berkongsi secara bijak dalam politik, ekonomi dan sosial
bagi memperkukuhkan dan mengekalkan lagi pembinaan negara
Malaysia.

Pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia adalah


tanggungjawab kita bersama mengingati insan yang bernama
Muhammad Hamzah. Beliau adalah pencipta bendera Malaysia iaitu
Jalur Gemilang. Dengan hasil usaha beliaulah maka wujudnya jalur
gemilang yang menjadi lambang Malaysia dan juga memperkenalkan
Malaysia di mata dunia.

Rujukan

1. Keratan Akhbar

207
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Tan Poh Chai
SMK Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

‘ Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan ini disahut dengan


penuh gemilang yang bergema memenuhi segenap pelosok
negara. Kemerdekaan ibu pertiwi yang dicapai pada 31 Ogos 1957
telah mengimplikasikan negara kita bebas daripada belenggu dan
cengkaman penjajah hampir 446 tahun. Bendera Malaysia yang
berkibar megah di puncak tiang ditatap oleh setiap warga telah
mencambahkan lagi semangat patriotisme dalam lubuk sanubari
mereka.

Sudah menjadi testimoni bahawa kesejahteraan dan keharmonian


yang di kecapi kini merupakan hasil keringat pemimpin terdahulu
mahupun komitmen padu yang diberikan oleh setiap rakyat untuk
membangunkan negara supaya kemerdekaan yang dicapai boleh
dikekalkan.

Wawasan 2020 yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana


Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bermatlamat
untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang
maju dari segi perindustrian, pelancongan, perubatan, pendidikan,
perhubungan dan teknologi dalam era globalisasi yang radikal
sekarang. Semua rakyat Malaysia telah menggembleng tenaga
yang intensif bagi merintis jalan ke arah negara yang ‘Cemerlang,

209
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Gemilang dan Terbilang’ supaya dapat merealisasikan aspirasi dan


gagasan negara kita.

Inovasi dan kreativiti anak watan yang dinamis telah


menyumbangkan kepada perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). ICT boleh ditakrif sebagai salah satu prakarsa
progresif yang boleh mempercepatkan mahupun memantapkan
proses perhubungan tanpa mengira sempadan. Bagi mencapai
objektif pembangunan yang konkrit itu, projek Koridor Raya
Multimedia (MSC) telah dilancarkan. MSC mencakupi Lapangan
Terbang Antarabangsa (KLIA), Cyberjaya dan Putrajaya. Putrajaya
merupakan pusat pentadbiran negara baharu yang menggantikan
Kuala Lumpur dan juga dibangunkan sebagai bandar metropolis
yang menggunakan infrastruktur yang berteknologi tinggi bagi
melancarkan segala urusan negara dan multimedia global yang
konsisten. Sementelahan itu, lembah silikon Malaysia yang
memulakan e-pendidikan, e-dagang, k-ekonomi, e-perubatan,
perkampungan hiburan, tele-kesihatan, pemasaran tanpa sempadan
dan penyiaran digital merupakan satu usaha melahirkan modal
intelek dan generasi yang cerdik dalam bidang mekanisme bagi
menghadapi pancaroba dalam era urbanisasi kini.

Dalam bidang perindustrian, Zon Perdagangan Bebas telah


dilengkapi dengan prasarana yang canggih bagi melancarkan
proses penghasilan produk yang mempunyai nilai pasaran yang
tinggi serta mampu bersaing dengan produk asing. Barangan
elektronik seperti perakam video kaset dan komputer telah diproses
melalui industri di negara kita telah dapat meningkatkan taraf
iktisad negara. Industri elektronik seperti di Kuala Lumpur,
Petaling Jaya, Bayan Lepas, Bintulu dan sebagainya mampu
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk berhampiran
sekali gus menggalakkan perkembangan teknologi moden dalam
era industrialisasi yang serba ligat sekarang. Selain itu, barangan
tersebut dapat dieksport ke negara lain bagi meningkatkan pendapatan
negara.

210
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Pihak kerajaan sentiasa membangunkan bidang pelancongan


dalam negara kita dan hasil pendapatan daripada bidang
pelancongan ini, negara kita dapat menikmati berjuta-juta ringgit
daripada industri pelancongan itu sendiri. Pihak kerajaan telah
membangunkan dan menambahbaikkan taraf pelancongan dengan
mengekalkan keselamatan politik, meningkatkan taraf kemudahan
asas, melancarkan kempen dan memberi pelbagai motivasi melalui
promosi tertentu di samping mementingkan amalan budi bahasa
di tempat-tempat tertentu. Tahun 2007 merupakan Tahun Melawat
Malaysia sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan
para pelancong asing datang ke negara ini untuk menikmati keindahan
pantai, hutan belantara dan bangunan yang istimewa. Port Dickson
dan Pulau Pangkor membolehkan para pelancong menikmati
pemandangan semula jadi yang cantik, bersih dan indah.

Dari segi pengangkutan pula, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)


sentiasa di naik taraf bagi menyenangkan para pengguna di samping
menjimatkan masa perjalanan. Kemahiran teknik pembinaan yang
moden mahupun pengetahuan yang saintifik amat diperlukan
untuk membina lebuh raya tersebut merentasi bukit dan banjaran
besar. Justeru itu, jaringan jalan raya telah dilipat gandakan bagi
menghubungkan bandar-bandar pesat, mengurangkan kesesakan
lalu lintas dan memudahkan penduduk. Contohnya ialah Lebuh Raya
Damansara–Puchong mengaplikasikan Sistem Pengangkutan Pintar
(ITS) yang memiliki kemampuan tinggi dari segi mengesan segala
pergerakan kenderaan dan rangkaian maklumat lain.

Negara kita memang berjaya melangkah setapak lagi dalam


bidang penghasilan kenderaan, Monorel, LRT dan kereta api
merupakan pengangkutan awam yang telah di naik taraf dengan
menggunakan teknologi yang canggih. Implikasinya, masalah
kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara dapat diatasi dengan
lebih efektif terutamanya di bandar-bandar besar. Malaysia juga
berjaya mengeluarkan kenderaan dan motosikal sendiri seperti Kriss,
Kancil, Kelisa, Jaguh, Proton Wira, Proton Waja, Proton Saga dan
Kenari yang amat dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat pada

211
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

alaf baharu ini. Anjakan paradigma ini telah membuktikan bahawa


negara kita mempunyai bakat dan kemampuan yang tinggi dalam
bidang sains dan teknologi untuk menghasilkan kenderaan nasional
yang terkini.

Dalam Tele-kesihatan, doktor sering menjalankan pelbagai


penyelidikan untuk mempercepatkan peringkat tahap kesihatan rakyat
dan mengurangkan kadar kematian di samping meningkatkan jangka
hayat rakyat negara. Kemudahan hospital yang berteknologi tinggi
dapat memudahkan para doktor untuk menjalankan pembedahan
atau pengubatan. Selain itu, doktor negara kita sentiasa berkongsi
pandangan tentang ilmu perubatan dengan doktor negara lain melalui
komputer supaya negara kita dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang tersebut.

Kemajuan negara dengan tersergamnya bangunan tinggi,


Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang
mengaplikasikan seni pembinaan yang sofistikated mahupun
kemahiran teknologi yang tinggi. Menara Kuala Lumpur pula
yang didirikan pada tahun 1996 bagi memajukan sistem penyiaran
televisyen dan radio di samping memainkan peranan yang mustahak
dalam usaha untuk memantapkan sistem komunikasi di Malaysia
sekali gus menjadi tempat tumpuan pelancong kerana bangunan
ini membolehkan para pelancong menikmati pemandangan seluruh
Kuala Lumpur.

Sekolah Bestari telah dimajukan dengan memperkenalkan


Rangkaian Sekolah Global yang dilengkapi dengan pelbagai
peralatan multimedia terkini. Para pelajar boleh menggunakan
internet untuk mencari informasi dan ilmu pengetahuan yang amat
berguna secara sistematik telah memainkan peranan yang imperatif
dalam proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Melalui
komputer, pengguna dapat menghantar e-mel, melaksanakan kerja
taip-menaip, menyimpan maklumat, mencetak, menganalisis
maklumat dan interpretasi yang lain supaya segala urusan
perniagaan dan perdagangan dapat dijalankan dengan efektif dan

212
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pantas. Di sekolah pula, para guru mentransformasikan


pengajaran dengan menggunakan LCD dan CD-ROM supaya
pelajar mudah memahami tentang pengajaran sesuatu subjek.
Pelajar pula boleh menggunakan kemudahan internet untuk bertukar
pandangan serta berinteraksi dengan rakan lain di seluruh dunia
tanpa sempadan sekali gus menjalinkan silaturahim yang erat. Maka,
sistem pendidikan dapat diimplementasikan dengan strategik melalui
teknologi canggih, yakni komputer mahupun dapat mencerminkan
keunggulan dan daya cipta pelajar yang berimaginasi tinggi dan
jauh ke hadapan supaya celik dalam IT.

Malaysia menjadi tersohor apabila berjaya menganjurkan Sukan


Komanwel yang merupakan satu majlis sukan berprestij di peringkat
antarabangsa pada tahun 1998. Dalam sukan ini rakyat Malaysia
berganding bahu menunjukkan semangat setia kawan yang jitu
untuk menjayakan acara sukan tertentu dengan lancar serta dikagumi
oleh negara-negara lain. Melalui sukan itu, nama negara menjadi
harum di mata dunia dan secara langsung, prasarana tertentu dapat
dimajukan.

Kita sepatutnya mendabik dada kerana M. Magendran dan


N. Mohandas berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest,
gunung tertinggi di dunia. Selain itu, Datuk Abdul Malik Maidin
mampu berenang menyeberangi Selat Inggeris. Sementara Datuk
Azhar Mansor berjaya mengelilingi dunia secara solo. Berkat
kerajinan, kecekalan dan kegigihan mereka yang progresif telah
meningkatkan nama baik negara mahupun menyemarakkan
semangat rakyat supaya berdaya usaha dan berdedikasi dalam
mengharungi segala kemusykilan kehidupan. Kejayaan mereka
telah menjadi satu pedoman yang terbaik dalam kalangan rakyat
Malaysia.

Malaysia telah berjaya melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia


(MEASAT) dan Tiungsat pada 13 Januari 1996 untuk memantapkan
sistem perhubungan negara dari segi penerimaan siaran langsung
dari negara luar, memupuk hubungan telekomunikasi dan menjadi

213
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pusat perhubungan serantau di Asia Tenggara. Teknologi ini telah


mengendalikan satu lagi kemajuan, yakni ASTRO oleh MEASAT
Broadcast Network System Sdn. Bhd. dalam mempelbagaikan
rancangan rakyat serta menyiarkan siaran menarik mahupun mengisi
masa lapang rakyat dengan penuh bermakna.

Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang dapat


meningkatkan kecekapan dan prestasi negara dalam perkhidmatan
pengangkutan udara. Ramai pedagang asing telah melabur dalam
bidang penerbangan Malaysia supaya dapat berkembang pesat serta
menyediakan kemudahan yang pantas, cekap dan canggih. Dari
segi sektor pelabuhan pula, pelbagai destinasi dimajukan dengan
menubuhkan kontena seperti Pasir Gudang, Pulau Pinang dan Klang
bagi meningkatkan jumlah kegiatan import dan eksport di samping
transaksi antarabangsa dapat ditambahbaikkan.

Tidak dapat dinafikan lagi negara kita telah membangunkan sektor


pertanian dan perlombongan dengan pelbagai inisiatif yang menarik
dan strategik. Sebagai contoh, pihak kerajaan mempelbagaikan
kegiatan pertanian melalui penyelidikan dan kajian saintifik,
meningkatkan pendapatan petani atau pelombong, mengubahkan
sistem penanaman berskala kecil kepada berskala yang lebih besar
bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perlombongan.
Senario ini dapat menampung keperluan penduduk yang kian
bertambah di samping dieksport ke luar negara untuk memajukan
sektor tersebut, sekali gus menambah pendapatan negara.

Malaysia telah menghasilkan baka yang berkualiti dan bermutu


untuk tanaman koko, kelapa sawit, getah, nanas dan padi. Baja-
baja kimia yang baik juga dihasilkan dengan menggunakan
pengetahuan tentang biologi dan kejuruteraan tertentu, yakni
bioteknologi. Teknologi ini juga mampu meningkatkan hasil
ternakan dan perlombongan seperti emas, perak, antimoni dan
bijih timah. Insiden ini kerana kaedah melombong lebih tertumpu
terhadap pengaplikasian ilmu teknologi seperti Eko Sounder, GPS
(Global Positioning System), Seismik dan In-Vitro. Hasil Perikanan

214
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

juga dapat dipertingkatkan melalui teknologi tersebut. Impaknya,


teknologi yang digunakan mampu mengesan kawasan yang sesuai
untuk menjalankan aktiviti pertanian, perikanan dan perlombongan,
menghasilkan tanaman bermutu tinggi dan tahan penyakit dan dapat
mengeluarkan daya pengeluaran. Syarikat minyak tempatan, iaitu
Petronas di Kerteh dan Bintulu dikhaskan untuk menerokai minyak
di laut menjadi suatu sektor negara yang sangat penting dan
merupakan nadi utama penggerak pembangunan ekonomi negara.
Institusi Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) atau MPOB
juga memberi sumbangan yang besar dalam bidang pertanian negara
melalui pelbagai kajian dan penyelidikan drastik yang dijalankan
oleh pakar dalam bidang sains dan teknologi. Lantaran ini, barangan
seperti sabun, minyak, ubat-ubatan yang berasaskan kelapa sawit
dapat ditambahbaikkan dari segala hasil mahupun mutunya.

Sebagai intiha, semua rakyat Malaysia haruslah terus


bekerjasama dan berganding bahu tanpa mengira warna kulit,
agama, keturunan dan kaum untuk memajukan negara dan
meletakkan Malaysia di peta dunia, bak kata pepatah: “bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Peranan remaja
sebagai pewaris pucuk pimpinan dan bakal peneraju negara memang
tidak dapat dinafikan dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara,
membangunkan pelbagai bidang di Malaysia dan mewujudkan
pelbagai pembaharuan. Marilah kita bersama-sama memajukan
negara untuk mengisi kemerdekaan Malaysia yang penuh bermakna
supaya negara terus gagah gemilang! Marilah kita berkongsi tenaga
dan fikiran untuk meningkatkan martabat negara! Saya berharap agar
Tuhan boleh melimpah dan mencucurkan rahmat terhadap negara
kita yang tercinta supaya bunga-bunga hening, makmur-damai,
harmoni dan aman boleh mekar di segenap pelosok negara dengan
selama-lamanya. Dirgahayu Malaysia! Malaysia Boleh!

215
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Loii Mun Yee
SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak

T anggal 13 Mei 1969, merupakan salah satu detik bersejarah bagi


seluruh rakyat Malaysia. Masih segar dalam ingatan peristiwa
hitam di mana berlakunya rusuhan kaum pada detik itu hingga
menggugat ketenteraman dan keharmonian rakyat. Impak daripada
peristiwa tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung
dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah ditubuhkan oleh
Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang
diwartakan pada 29 Januari 1970. Ketika itu, Allahyarham Tun
Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang merangkap Pengarah
MAGERAN telah mengadakan mesyuarat pertamanya bersama
anggota-anggota Majlis Perundingan Negara yang lain bagi
membincangkan dan mengkaji sedalam-dalamnya isu perpaduan
negara. Perundingan tersebut yang telah mengambil masa beberapa
bulan terakhirnya telah dapat mencari satu formula bagi mengatasi
isu tersebut agar tidak berulang lagi dengan memperkenalkan
ideologi negara yang dikenali Rukun Negara. Rukun Negara yang
menjadi ideologi rakyat Malaysia telah diisytiharkan oleh Yang
di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun
ke-13 kemerdekaan negara.

Semenjak Rukun Negara diperkenalkan, rata-rata masyarakat


Malaysia masih lagi tidak mengerti dan menghayati makna ‘Rukun

217
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Negara’ yang telah sekian lama diwujudkan. Rukun Negara


bukanlah sekadar lafaz ikrar dan sumpah taat setia, malah perlu
dipraktikkan dalam meniti arus kehidupan agar sebuah masyarakat
yang hidup bersama secara demokrasi dan patriotik dapat diwujudkan.
Lantaran itu, tidak keterlaluan jika dikatakan generasi muda hari
ini bukan sahaja tidak mengamalkan dan menghayati lima prinsip
Rukun Negara, malah jika ditanya apa itu Rukun Negara sudah
pasti ramai yang menggeleng kepala. Hari ini, lima prinsip Rukun
Negara sering dilafazkan oleh golongan pelajar dan lima prinsip
ini juga sering terpampang di media massa. Namun, dapatkah kita
pastikan apa-apa yang di lafaz, dibaca, dapat difahami dan dihayati
oleh rakyat Malaysia? Kita tidak mahu rakyat menjadi macam
burung kakak tua yang hanya melafazkan lima prinsip Rukun
Negara tanpa mengerti apa yang dilafazkan.

Oleh itu, Rukun Negara merupakan ideologi negara yang


mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma kehidupan yang meliputi aspek
keagamaan, kebudayaan, ekonomi politik dan perundangan. Antara
matlamat Rukun Negara diwujudkan adalah untuk mengukuhkan
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat dan memelihara
satu corak hidup demokratik. Di samping itu, Rukun Negara juga
diharapkan dapat mencipta sebuah masyarakat yang adil untuk
memastikan kemakmuran negara dapat menikmati bersama secara
adil dan saksama serta menjamin sikap liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang pelbagai dan membina sebuah masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

Prinsip utama yang terkandung dalam Rukun Negara adalah


Kepercayaan Kepada Tuhan yang bersifat universal. Bangsa dan
negara Malaysia yang harmonis dapat diwujudkan atas kepercayaan
yang kukuh kepada tuhan. Di samping itu, pengamalan akhlak dan
nilai murni dalam kehidupan akan dapat memajukan diri, bangsa,
agama dan negara. Kita percaya bahawa rakyat yang beragama
mudah diurus dan Perlembagaan menetapkan Islam adalah agama
rasmi Persekutuan namun begitu, agama dan kepercayaan lain bebas

218
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

diamalkan. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana


terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan kepercayaan
yang berbeza. Golongan terbesar di negara ini ialah Melayu, Cina
dan India. Manakala, terdapat juga golongan minoriti seperti Orang
Asli, Punjabi, Iban, Kadazan dan etnik-etnik lain. Sudah pasti setiap
agama yang diamalkan mempunyai pegangan agama dan peraturan-
peraturan yang perlu dipatuhi kerana tanpa pegangan agama yang
kukuh boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu
bangsa serta negara.

Oleh itu, sejak kecil lagi anak-anak dididik dan dipupuk untuk
mengamalkan nilai Kepercayaan Kepada Tuhan. Misalnya, agama
Islam ada menggariskan bahawa ‘Sesungguhnnya tiada Tuhan yang
disembah selain Allah’ dan segala tindakan yang diambil perlulah
berlandaskan prinsip-prinsip Islam dan Al-Quran. Hal ini bermakna,
Islam melarang sama sekali umatnya terjebak dalam kegiatan negatif
dan sekiranya gagal mematuhi hukum-hukum Islam, natijahnya
akan berlaku kepincangan hidup di dunia dan lebih dahsyat lagi
individu berkenaan akan menerima azab di akhirat kelak. Menyedari
hakikat ini, pengamalan dan penghayatan agama yang tinggi akan
menghindarkan golongan belia daripada terjerumus dalam gejala-
gejala negatif seperti mencuri, menagih dadah dan jenayah-jenayah
lain yang akan mengundang kesusahan. Justeru itu, secara tidak
langsung dapat membendung masalah kegawatan sosial yang kian
meruncing.

Pengamalan dan penghayatan nilai keagamaan dalam diri setiap


rakyat Malaysia akan melahirkan keluarga yang harmonis dan
bahagia serta tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Senario ini akan membawa kecemerlangan dan kegemilangan kepada
rakyat dan negara ini. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-
masing, maka prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama
dalam Rukun Negara. Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
merupakan prinsip kedua yang terkandung dalam Rukun Negara.
Hal ini bermakna, setiap warganegara dituntut menumpukan taat

219
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara, manakala
Raja atau Sultan sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat di
negara ini. Sesiapa yang menderhaka kepada Raja juga bermaksud
penderhakaan kepada negara. Baru-baru ini, Sultan Terengganu,
Sultan Mizan Zainal Abidin telah selamat ditabalkan sebagai Yang
di-Pertuan Agong ke-13. Upacara pertabalan ini dilangsungkan
dengan penuh gilang-gemilang dan keadaan ini melambangkan
keutuhan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

Fenomena ini menunjukkan bahawa tidak mengambil kira


pemerintah yang memegang tampuk pemerintahan sekalipun, rakyat
perlu sentiasa menghormati dan taat setia kepada Yang di-Pertuan
Agong dan Raja atau Sultan serta sentiasa menjamin kedaulatan Raja
dan Negara agar terpelihara. Selain itu, sebarang sikap atau pengaruh
yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau
rakyat mengabaikan taat setia kepada Raja dan Negara adalah
merupakan satu aspek yang bertentangan sama sekali dengan prinsip
Rukun Negara. Sekiranya berlaku sebarang anasir negatif luar yang
boleh menggugat kesejahteraan negara, rakyat perlu menjadi benteng
bagi menghakis ancaman seperti peperangan, pemberontakan dan
pengaruh negatif yang lain. Kita tidak mahu melihat ada kalangan
rakyat yang hanya menundukkan kepala menjadi seperti seorang
pengecut dan tidak mempunyai pendirian yang teguh sehingga
dianggap lemah. Walau apa pun ancaman yang dihadapi negara, kita
perlu sentiasa bersepakat dan bersatu padu dalam mempertahankan
maruah bangsa dan negara serta tidak mudah dipengaruhi. Bak kata,
pepatah ‘Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh’. Lantaran itu,
kesetiaan yang tinggi seperti ini merupakan satu kebanggaan kepada
negara dan dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat
kepada negara serta menjadi kunci yang boleh menyatukan rakyat
Malaysia.

Prinsip Keluhuran Perlembagaan yang terkandung dalam


baris ketiga Rukun Negara pula menekankan rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran dan kemuliaan

220
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan adalah sumber tertinggi


perundangan dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara. Perlembagaan merupakan satu kontrak sosial rakyat
yang menjelaskan bahawa tidak ada sesiapa yang dibenarkan
mempersoalkan isu-isu yang terkandung dalam Perlembagaan
kerana semua isi kandungannya telah ditetapkan sejak dahulu lagi
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Perlembagaan merupakan satu sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan
hak sosioekonomi rakyat. Pengiktirafan terhadap kedudukan bangsa
Melayu jelas dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai
Institusi Raja (Perkara 32), Agama Islam (Perkara 3), Bahasa Melayu
(Perkara 152) dan Hak Istimewa Orang Melayu (Perkara 153).

Sungguhpun demikian, hak-hak yang adil juga diberikan kepada


kaum bukan Bumiputera seperti pemberian taraf kewarganegaraan
Malaysia kepada mereka sebagaimana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa
lain adalah tidak dihalang. Tambahan pula, orang bukan Islam juga
bebas menganuti dan mengamalkan agama mengikut kepercayaan
agama masing-masing serta hak asasi rakyat juga dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya rakyat tidak menerima
Keluhuran Perlembagaan, kestabilan negara akan tergugat dan lebih
mendukacitakan jika ada sesetengah pihak yang terus mempersoalkan
serta mengkritik tanpa mengetahui asas penggubalannya. Dengan
demikian, seluruh rakyat perlu mengamalkan sikap toleransi, hormat-
menghormati dan saling memahami antara satu sama lain tanpa
membangkitkan isu-isu sensitif yang berunsur perkauman. Maka,
dengan wujudnya prinsip ini, semangat yang berupaya menerapkan
nilai-nilai murni ke arah perpaduan tanpa mengira usia atau latar
belakang bangsa dan budaya dapat dipupuk.

Sehubungan itu, prinsip keempat dalam Rukun Negara


iaitu Kedaulatan Undang-Undang pula menuntut rakyat agar

221
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan


di sisi undang-undang. Dengan demikian, rakyat akan hidup dalam
keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara dan rakyat
bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa
didaulatkan serta tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Justeru
itu, selagi sesiapa sahaja yang bermastautin di Malaysia, individu
berkenaan perlu mengikut dan mematuhi segala undang-undang
dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, keadilan
diasaskan atas kedaulatan undang-undang iaitu setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Tanpa undang-undang, hidup
masyarakat tidak akan aman dan harmoni. Malangnya, dewasa ini
masyarakat kian mengetepikan prinsip ini. Fenomena ini jelas dilihat
menerusi peningkatan kes kesalahan lalu lintas, ‘Mat Rempit’ dan
pelbagai kesalahan jenayah lain. Natijahnya, ribuan nyawa terkorban
saban tahun akibat kecuaian dan kegagalan anggota masyarakat
mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan sehingga
menimbulkan kebimbangan semua pihak. Setiap negara memerlukan
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat
yang aman, stabil dan makmur. Dengan ini, akan timbullah kesedaran
dalam kalangan rakyat kita untuk menyedari akan peranan masing-
masing dalam mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan itu.
Hal ini kerana, kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan dan semua anggota masyarakat akan berasa
selamat. Walaupun hak-hak dan kebebasan rakyat dijamin oleh
Perlembagaan, namun tidak termasuk hak mengguling kerajaan sama
ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut
Perlembagaan. Objektif sebenar prinsip Kedaulatan Undang-
Undang untuk memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini
akan terlaksana sekiranya rakyat mematuhi dan mengamalkannya
kerana perkara ini dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa.

Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang mengisi baris terakhir


dalam Rukun Negara menggambarkan kepentingan pengalaman
personaliti dan tingkah laku yang baik dalam kehidupan seseorang

222
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

individu. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang


bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa
dan Nilai-Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Kesopanan dan
Kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang.
Namun, apa yang dapat dilihat sekarang dalam era globalisasi ini,
nilai-nilai murni masyarakat kita kian terhakis gara-gara hanyut
dalam arus pembangunan moden yang semakin pesat membangun.
Golongan utama yang menjadi sasaran keruntuhan akhlak yang
drastik ialah golongan remaja di negara kita. Sekali imbas, prasarana
awam yang paling kerap menjadi mangsa kegiatan vandalisme atau
laku musnah ini ialah telefon awam, kerusi konkrit di taman-taman
rekreasi dan di pondok-pondok menunggu bas, tandas-tandas awam,
serta kelengkapan taman permainan kanak-kanak. Sehingga kini,
entah sudah berapa banyak kemudahan awam telah dirosakkan oleh
jari-jari halimunan yang tidak bertanggungjawab seperti ini!

Sebenarnya, sekiranya bilangannya hendak ditaksirkan


tentulah tidak terkira banyaknya! Persoalannya, adakah situasi ini
menggambarkan Kesopanan dan Kesusilaan seperti yang tercatat
dalam Rukun Negara? Keadaan yang menggusarkan semua pihak
ini, pasti dapat diatasi sekiranya prinsip Rukun Negara diamalkan
dan dihayati oleh rakyat negara ini. Kerajaan telah membelanjakan
jutaan ringgit untuk memberi kemudahan kepada rakyat, sebaliknya
kemudahan tersebut tidak dihayati ibarat kata-kata Perdana Menteri
‘Kemudahan yang digunakan sahaja kelas pertama, tetapi mentaliti
kelas ketiga’. Kecewa berbaur sedih, itulah yang dapat diungkap
terhadap golongan masyarakat ini. Bagi membendung masalah ini
daripada kian menular, kerajaan telah melaksanakan semula dasar
‘Pendidikan Kenegaraan’ pada tahun 2003 yang setelah sekian
lama dimansuhkan. Golongan sasaran dasar ini ialah pelajar-
pelajar sekolah rendah Tahun Satu, Dua dan Tiga yang bertujuan
untuk mendidik dan memupuk kembali nilai-nilai Kesopanan dan
Kesusilaan dalam diri anak-anak ini kerana ‘Melentur Buluh Biarlah
Dari Rebungnya’. Oleh itu, sikap bersopan santun dan bersusila patut
diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan

223
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sebuah masyarakat yang harmoni. Manakala, tatasusila pula


membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh
serta menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Hal
ini bermakna, tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah
kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian
dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Prinsip ini jika
dipraktikkan, akan dapat membentuk seseorang individu yang
berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang mantap, berbudi bahasa, bersopan santun dan
bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang
harmoni dan bersatu padu.

Tuntasnya, kita telah melihat betapa pentingnya semangat


dan falsafah Rukun Negara kepada perpaduan, keharmonian dan
kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Sudah tiba masanya,
golongan belia hari ini bangkit dari alam keanak-anakan mereka
dan bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan berkeperibadian mulia. Belia adalah pelapis negara
yang akan menjadi tonggak utama dalam mewujudkan sebuah
negara yang berdaya saing dan maju. Pengamalan dan penghayatan
Rukun Negara menjadi titik tolak yang penting dalam melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum
serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui
perpaduan juga akan membantu negara kita mempertingkatkan dan
mempergiat pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik
dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Ungkapan ada menyatakan bahawa ‘Muafakat itu Berkat, dengan
Muafakat Dapat Diangkat’, dengan itu akan lahirlah rakyat Malaysia
yang mengamalkan prinsip Rukun Negara.

224
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Aina Afiqah Binti Kasim
SMK Bandar Putera, Kulai, Johor

M alaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana rakyatnya


yang terdiri daripada berbilang kaum, pelbagai adat resam,
budaya, bahasa dan agama. Asas kemerdekaan negara pada
31 Ogos 1957 ialah hasil pakatan dan kerjasama tiga kaum utama
iaitu Melayu, Cina dan India yang diketuai oleh Yang Teramat
Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun H.S. Lee dan Tun
Sambanthan yang mewakili kaum masing-masing. Hakikatnya
untuk mencapai perpaduan antara kaum bukanlah mudah.
Walaupun telah 12 tahun Malaysia merdeka ketika itu, namun
perpaduan negara ini masih belum mantap. Peristiwa berdarah 13
Mei 1969 telah menyedarkan kerajaan bahawa perpaduan kaum di
Malaysia masih goyah dan memerlukan satu ideologi kebangsaan
untuk membangkitkan satu semangat dan identiti yang sama.
Hasilnya, pada 31 Ogos 1970, satu idealisme baru iaitu Rukun
Negara diperkenalkan yang mempunyai lima prinsip dan menjadi
pegangan serta amalan rakyat Malaysia.

Kelima-lima prinsip Rukun Negara ini akan menjadi


penghayatan, amalan dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Lima prinsip Rukun Negara ialah; kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

225
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kelima-lima prinsip ini adalah bertujuan untuk mencapai cita-cita


negara iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang
bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif.

Untuk menjamin penghayatan dan amalan masyarakat secara


kekal, maka kelima-lima prinsip ini diterapkan melalui pendidikan
di sekolah-sekolah. Setiap sekolah, sama ada sekolah menengah atau
sekolah rendah akan mengadakan lafaz ikrar Rukun Negara oleh para
pelajar pada setiap perhimpunan mingguan. Dengan itu Penyataan
Rukun Negara juga telah dicetak di buku tulis murid sekolah supaya
senang pelajar-pelajar menghafal. Rata-rata di dinding sekolah
ataupun pejabat-pejabat kerajaan dapat dilihat pernyataan Rukun
Negara ini. Malah, di sekolah-sekolah diwujudkan kelab Rukun
Negara. Melalui kelab ini berbagai-bagai aktiviti yang menjurus
kepada kelima-lima prinsip ini dijalankan. Di samping itu, prinsip
Rukun Negara diajarkan kepada para pelajar melalui mata pelajaran
sivik dan ketatanegaraan. Kita percaya bahawa untuk menjadi amalan
kepada rakyat, Rukun Negara perlu diterapkan kepada rakyat sejak
mereka di bangku sekolah lagi seperti kata pepatah Melayu, “kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Prinsip Rukun Negara yang pertama memberi penekanan


kepada pegangan hidup masyarakat Malaysia, iaitu Kepercayaan
kepada Tuhan. Untuk menjamin kehidupan yang bersatu padu,
adil, liberal dan demokratik, kita memerlukan masyarakat yang
beragama. Prinsip ini membawa maksud bahawa semua rakyat
Malaysia mengakui kuasa Tuhan melebihi kuasa lain. Melalui agama
masing-masing diharapkan semua rakyat Malaysia akan berpegang
teguh kepada ajaran agama mereka dengan sentiasa mematuhi
suruhan dan menjauhi larangan agama. Islam merupakan agama
rasmi negara ini tetapi rakyat Malaysia bebas menganuti agama lain
seperti masyarakat Cina yang menganuti agama Kristian atau
Buddha atau masyarakat India yang kebiasaannya menganuti agama
Hindu dan segelintirnya beragama Kristian, selain agama Sikh,
Bahai dan lain-lain. Hakikatnya, kita percaya bahawa setiap agama
mendidik umatnya untuk melakukan kebaikan dan menghindari

226
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

keburukan. Umumnya orang yang berpegang teguh kepada ajaran


agama akan mempunyai peribadi dan sifat-sifat baik seperti menolong
orang yang susah, tanpa mengira agama atau bangsa. Prinsip ini
menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia. Ini dapat dilihat dengan
jelas di mana-mana sahaja dalam Malaysia. Hampir setiap taman
perumahan, rumah-rumah ibadat didirikan seperti sama ada dengan
bantuan kerajaan ataupun secara persendirian. Masjid-masjid, surau,
kuil, tokong, gereja dan sebagainya dapat dilihat dengan jelas.

Di rumah-rumah orang India dan Cina dapat dilihat tempat-


tempat sembahyang didirikan. Ini menunjukkan bahawa prinsip
Rukun Negara yang pertama ini dijadikan amalan dan pegangan
rakyat Malaysia. Melalui rumah ibadat ini kerja-kerja kebajikan
untuk membantu orang yang berkeperluan dijalankan. Ini boleh
mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat. Antaranya
program kempen derma darah, bantuan anak yatim dan sebagainya.
Kita berharap dengan usaha ini Malaysia dapat melahirkan rakyatnya
yang bersatu padu, berkasih sayang dan hormat-menghormati antara
satu dengan yang lain. Ini terbukti setelah kita mencapai 50 tahun
kemerdekaan, rakyat Malaysia hidup dengan aman dan damai.

Setiap perkara yang sensitif antara kaum ditangani dengan teliti


oleh pemimpin negara ataupun pemimpin agama. Setiap kaum
berganding bahu untuk memakmurkan negara. Setiap rakyat tahu
menghormati dan bertoleransi dengan agama dan perayaan agama
lain, malahan ada kalanya kita bergabung merayakan perayaan
seperti Perayaan Kongsi Raya yang dibuat setiap tahun di negara
kita dengan penyertaan seluruh rakyat, dari pemimpinan atas
sehingga rakyat jelata biasa di peringkat bawah. Dengan ini secara
terancang Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai
nilai-nilai yang mulia dan hati yang tulus, di mana perpaduan menjadi
teras yang penting dalam kehidupan mereka.

Melalui prinsip Rukun Negara yang kedua pula ialah


Kesetiaan kepada Raja dan Negara memberi penekanan bahawa
Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita

227
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Adalah menjadi pegangan


rakyat Malaysia sejak dari zaman dahulu bahawa rakyat perlu
bertaat setia kepada raja. Contohnya, pada zaman kesultanan
Melayu Melaka, rakyat akan menuruti segala titah perintah
rajanya sebagai tanda taat setia. Konsep “tulah”, “derhaka”, “waad”
atau “waadat” antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba
yang digambarkan sebagai perjanjian antara raja dan rakyat masih
menjadi pegangan. Dalam perjanjian tersebut, rakyat tidak boleh
derhaka kepada raja dan raja perlu berlaku adil kepada rakyat.
Raja adalah payung negara tempat rakyat bernaung. Daulat raja
diharapkan dapat memakmurkan negara. Walaupun konsep itu
telah meragui pemikiran anak muda sekarang, namun konsep raja
sebagai payung dan lambang perpaduan masih kekal dan menjadi
ikutan serta kebanggaan rakyat Malaysia. Titah raja dihormati dan
disanjung sebagai lambang keagungan negara.

Seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mentaati raja.


Raja Melayu digambarkan sebagai mempunyai pertalian dengan
raja China dan India. Pemerintahan pertama Kerajaan Melaka ialah
Parameswara yang asalnya beragama Hindu dan kemudiannya
memeluk Islam. Perkahwinan antara Raja Melaka dengan puteri
China iaitu Puteri Hang Li Poh pula lebih mengeratkan lagi hubungan
bangsa itu. Setiap kaum merasakan bahawa raja bukan hak orang
Melayu sahaja, tetapi juga raja orang Cina, orang India atau orang-
orang lain di negara ini. Oleh itu setiap rakyat merasakan mereka
perlu mentaati raja sebagai lambang perpaduan dan keselamatan
bangsa. Raja pula membalas dengan memberi berbagai-bagai
anugerah kepada semua bangsa pada hari keputeraan baginda.

Menerusi sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, kemerdekaan


dapat dicapai kerana adanya rasa taat setia kepada negara. Prinsip
kesetiaan ini bertujuan untuk menanamkan sifat bertanggungjawab,
sanggup berkorban demi raja dan negara serta memberi sumbangan
dalam pembangunan negara. Kesimpulannya, kesetiaan merupakan
suatu semangat kebangsaan yang menyatupadukan rakyat.

228
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Prinsip ketiga dalam Rukun Negara ialah keluhuran


perlembagaan. Prinsip ini menghendaki rakyatnya menghormati
dan mematuhi perlembagaan yang merupakan undang-undang
tertinggi dalam negara. Perlembagaan ditakrifkan sebagai kumpulan
peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan
dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah.

Menurut Kamus Dewan, keluhuran membawa maksud


keagungan, kemuliaan dan kebesaran. Keluhuran perlembagaan
bermaksud keagungan perlembagaan yang menjadi sumber rujukan
bagi pemerintahan negara. Sesebuah negara perlu mempunyai
perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem
pemerintahan yang cekap dan adil. Perlembagaan Malaysia
merupakan sebuah dokumen tertinggi bagi mewujudkan satu
sistem kerajaan yang teratur dan moden. Perlembagaan di Malaysia
adalah secara bertulis. Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Terdapat
beberapa perkara penting yang termaktub dalam perlembagaan
iaitu tentang kewarganegaraan yang merupakan cara seseorang
itu mendapat hak kerakyatan di Malaysia tentang hak asasi
kemanusiaan, tentang Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan negara ini. Perkara 153 yang
merupakan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
serta agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Keperluan kepada suatu perlembagaan menjadi lebih ketara


dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan berbilang agama
seperti Malaysia. Perlembagaan ini perlu untuk mewujudkan
suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan
perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan ini
juga perlu untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak
pemerintah dan melindungi kepentingan semua kaum. Sebagai
undang-undang tertinggi, perlembagaan merupakan punca segala
perundangan yang lain. Semua undang-undang lain tidak boleh
bertentangan dengan perlembagaan, sekiranya berlaku pertentangan
ini maka batallah undang-undang berkenaan. Setiap rakyat perlu

229
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

akur dengan kehendak perlembagaan. Setiap rakyat juga tidak


boleh menyoal kesetiaan rakyat lain berdasarkan keturunan kaum.
Inilah yang menjadi amalan hidup rakyat Malaysia.

Kedaulatan undang-undang yang merupakan prinsip yang


keempat menegaskan bahawa keadilan dalam masyarakat dijamin
oleh undang-undang. Setiap rakyat tidak kira kaum atau agama
adalah sama rata di sisi undang-undang. Oleh itu, rakyat perlu
menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Sumber
undang-undang terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.
Undang-undang bertulis terdiri daripada perlembagaan, akta-akta
yang diluluskan oleh parlimen. Enakmen dan ordinan yang diluluskan
oleh badan perundangan negeri dan perundangan subsidiari. Undang-
undang tidak bertulis pula terdiri daripada Undang-undang Adat,
Undang-undang Islam, Undang-undang Inggeris dan keputusan-
keputusan mahkamah. Undang-undang juga terbahagi kepada dua
iaitu Undang-undang Sivil dan Undang-undang Jenayah. Undang-
undang sivil berkaitan dengan kesalahan sivil seperti kes saman
manakala undang-undang jenayah pula berkaitan dengan kesalahan
jenayah seperti membunuh atau mencuri. Kesimpulannya, setiap
negara perlu memiliki undang-undang untuk menjamin keselamatan,
keharmonian dan kedaulatan sesebuah negara. Dengan amalan
mematuhi undang-undang negara, perpaduan kaum akan tercapai.

Definisi kepada prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan


ialah rakyat harus bertolak ansur, bertimbang rasa dan berkelakuan
baik. Amalan kepada prinsip ini dapat memupuk sahsiah mulai
di kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang
lain. Sejak berdekad lamanya rakyat Malaysia terkenal dengan
ketinggian moral dan tatasusila mereka. Kelebihan ini menjadi
kemegahan kepada negara kita ini. Rata-rata kita dipuji kerana
sikap bertolak ansur, peramah, berhemah tinggi dan pandai
menghormati tetamu. Amalan mulia ini yang diterapkan dalam
sistem pendidikan kita telah membuahkan hasilnya. Rakyat kita
telah pandai menghormati budaya dan agama orang lain. Contohnya
seorang penceramah bukan Islam akan berhenti bercakap apabila

230
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mendengar seruan azan untuk menghormati seruan suci masyarakat


Islam. Begitu juga seluruh masyarakat boleh bertoleransi dengan
sambutan perayaan ‘Cingge’ masyarakat Tionghua ataupun
perarakan kavadi oleh masyarakat beragama Hindu.

Untuk memantapkan lagi prinsip kelima pada 11 Januari 2005


Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai
Murni di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kempen ini bertujuan untuk
mendedahkan dan menanam erti pelbagai nilai murni dan nilai budi
bahasa. Selain itu, kempen ini juga menggalakkan penghayatan dan
amalan nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat dan sebagai
inti sari jati diri peribadi serta perilaku anggota masyarakat dalam
kehidupan harian. Kita mengharapkan agar kempen ini juga mampu
menggilap nilai-nilai berbudi bahasa yang semakin terhakis.

Memandangkan prinsip kelima ini sungguh penting kepada


rakyat Malaysia, berbagai-bagai-bagai kempen lain juga turut
dijalankan. Dalam sambutan Hari Guru tahun ini bersempena
50 tahun kemerdekaan Malaysia turut diadakan kempen “Terima
Kasih Cikgu” untuk melatih para pelajar kita menghargai orang
telah berjasa kepada mereka. Adalah menjadi harapan kita agar
nilai-nilai yang baik ini akan menjadi amalan rakyat Malaysia
sepanjang zaman. Kita juga berharap agar amalan prinsip Kesopanan
dan Kesusilaan yang bertujuan memupuk sahsiah mulia di kalangan
masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh
menjejaskan keharmonian negara akan tercapai.

Sebagai kesimpulannya, sama-samalah kita mengharap semoga


kelima-lima cita-cita kita melalui amalan Rukun Negara di kalangan
rakyat Malaysia akan tercapai. Cita-cita pertama kita ialah agar
rakyat berbilang kaum dan budaya dapat bersatu mencipta satu
bangsa Malaysia.

Kedua, melahirkan masyarakat demokratik di mana kuasa ada


pada rakyat yang bertindak melalui ahli Parlimen yang dilantik

231
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menurut perlembagaan. Kebebasan asasi dan kegiatan politik dijamin


oleh perlembagaan selagi tidak melanggar undang-undang negara.

Ketiga, melahirkan masyarakat adil di mana semua anggota


berpeluang menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama
dan diharapkan masyarakat kita akan bebas daripada penindasan
golongan tertentu.

Keempat, mewujudkan masyarakat liberal yang bebas


mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing.
Dengan ini perpaduan negara akan terjamin.

Kelima, mewujudkan masyarakat progresif berlandaskan


kemajuan sains dan teknologi dengan tidak melupakan nilai-nilai
kerohanian.

Kita juga mengharapkan agar falsafah Pelan Integriti Nasional


(PIN) yang digubal dengan mengambil kira hakikat kehidupan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
akan menjadi satu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan
oleh rakyat Malaysia. Kita juga mengharapkan agar Pelan Integriti
Nasional yang menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara akan
membantu negara kita membina masyarakat Malaysia bersatu padu,
adil, demokratik, liberal dan progresif dengan berpegang teguh
kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara.

232
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kassim
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor

J ika anda berkunjung ke Arkib Negara Malaysia, pasti anda dapat


melihat pelbagai buku tentang sejarah Malaysia. Jika diselak satu
persatu halamannya, anda akan melihat dan membaca satu peristiwa
yang menjadi tompokan hitam dalam sejarah negara iaitu Peristiwa
13 Mei 1969. Ia merupakan peristiwa pertelingkahan kaum yang
paling hebat dan dahsyat yang pernah berlaku di negara tercinta ini.
Peristiwa ini berlaku selepas Pilihan Raya 1969 dan menyaksikan
kemenangan besar parti Gerakan Rakyat Malaysia dan pihak
pembangkang serta kejatuhan Parti Perikatan.

Hasil dari kemenangan tersebut, Parti Gerakan Rakyat Malaysia


telah membuat perarakan sebagai tanda meraikan kemenangan
mereka. Perarakan tersebut telah mendapat keizinan polis. Walau
bagaimanapun, masyarakat Cina yang menang telah mengutuk dan
menghina orang Melayu dalam perarakan tersebut. Ekoran daripada
celaan dan hinaan orang Cina tersebut maka orang Melayu telah
membuat perarakan dan memprotes tindakan orang Cina tersebut
sehingga terjadi satu tragedi berdarah yang tidak dapat dilupakan
sehingga kini.

Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan Parlimen


Malaysia dibubarkan sementara dan Majlis Gerakan Negara

233
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

(MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah pimpinan Tun Abdul


Razak. MAGERAN telah mengambil alih pentadbiran negara
dan seterusnya mengambil inisiatif yang terbaik untuk mengatasi
masalah perpaduan kaum bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969
berulang lagi. Pengarah MAGERAN iaitu Tun Abdul Razak telah
menubuhkan Majlis Perundangan Negara (MPN) yang bertujuan
bagi membincangkan dan menilai sejauh mana perpaduan rakyat
Malaysia. Ahli-ahli MPN seperti Allahyarham Tun Abdul Razak
bin Dato’ Hussein merangkap pengerusi MAGERAN, Allahyarham
Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abd. Rahman, Mendiang Tun Tan Siew
Sin dan Mendiang Tun V.T. Sambanthan telah duduk semeja dan
memerah otak memikirkan langkah terbaik mengatasi masalah
perpaduan kaum ini. Hasil daripada pemikiran mereka yang kritis
dan kreatif tersebut maka lahirlah satu ideologi kebangsaan yang
diberi nama Rukun Negara.

Rukun Negara

Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong


keempat iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin III pada 31 Ogos 1970 sempena
sambutan ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. 38 tahun tragedi
berdarah itu ditinggalkan, perpaduan rakyat semakin kukuh, negara
berada dalam keadaan aman dan damai. Dalam keadaan kita yang
aman damai ini, Rukun Negara yang pernah menjadi kunci ikatan
perpaduan kita suatu masa dahulu sudah pudar pada ingatan
masyarakat kini, khususnya golongan belia.

Lebih memilukan, apabila ditanya anak muda kita tentang


Rukun Negara, rata-rata mereka tunduk dan menggeleng malu
kerana tidak mengingati prinsip Rukun Negara apatah lagi
membudayakan atau mengamalkan lima prinsip tersebut. Rukun
Negara merupakan satu ideologi atau pemikiran kebangsaan yang
menjadi amalan rakyat Malaysia sebagai asas hubungan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum. Ia diibaratkan sebagai satu

234
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kulawangsa yang besar bernaung di bawah satu payung yang sama


iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kepercayaan Kepada Tuhan

Secara literalnya, rakyat Malaysia boleh mengamalkan


atau membudayakan Rukun Negara dalam kehidupan seharian
berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
Prinsip pertama dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada
Tuhan. Mengapakah Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara
meletakkan prinsip ini sebagai prinsip yang pertama dalam Rukun
Negara? Ini kerana, keyakinan akan kewujudan tuhan adalah
penting untuk membimbing manusia ke arah jalan yang lurus
kerana setiap agama ingin memberi yang terbaik kepada
penganutnya. Agama membimbing manusia supaya berakhlak
mulia dan menghormati antara satu sama lain. Agama juga
menjadikan seseorang itu dihormati dan melahirkan bangsa dan
negara yang disegani dan berdaulat seperti negara Arab Saudi
yang dihormati kerana keyakinan dan mengamalkan ajaran Islam
secara menyeluruh. Tanpa pegangan agama dan keyakinan kepada
tuhan, menyebabkan seseorang hilang maruah dan menjatuhkan
martabat seseorang. Negara dan bangsa akan disisih dan
diperlekehkan dunia. Atas kesedaran inilah, pihak Jawatankuasa
Penggubal Rukun Negara meletakkan prinsip ini sebagai prinsip
utama supaya masyarakat Malaysia menjadikan prinsip ini sebagai
amalan utama dalam kehidupan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga boleh mengamalkan


Rukun Negara dalam kehidupan seharian berdasarkan prinsip
Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara
yang menumpukan taat setia dan mempertahankan kedaulatan raja
dan negara. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita mengamalkan

235
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Rakyat


perlu taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
kerana baginda merupakan lambang kedaulatan negara. Apabila
seluruh rakyat Malaysia taat dan patuh kepada baginda maka bangsa
Malaysia yang berbilang kaum ini dapat hidup bersatu padu dan
aman damai.

Rakyat hendaklah patuh dan mengikut segala titah perintah Yang


di-Pertuan Agong dan melaksanakannya dengan ikhlas. Sejarah
Melayu mengumpamakan hubungan rakyat dengan raja seperti
“akar dan pohon; jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak akan
dapat berdiri”. Sebagai contoh, Melaka pada suatu masa dahulu
merupakan sebuah kerajaan Melayu yang terulung di rantau Asia
Tenggara, kerana rakyatnya menumpukan taat setia tanpa berbelah
bagi kepada Sultan Melaka. Oleh sebab itu, Melaka mampu menjadi
kerajaan yang terbilang suatu ketika dahulu.

Apabila rakyat mempunyai sifat taat setia yang penuh kepada


raja, rakyat mempunyai semangat cinta dan sayang akan negara dan
bersedia mempertahankan negara daripada segala ancaman anasir
luar. Rakyat juga harus menumpukan taat setia kepada Raja atau
Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri yang tiada beraja, tanpa
mengurangkan sedikit pun taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Jika prinsip ini menjadi amalan rakyat Malaysia nescaya Malaysia
mampu menjadi sebuah negara yang unggul dan disegani oleh
dunia.

Keluhuran Perlembagaan

Sementara itu, prinsip Rukun Negara yang seterusnya yang


diamalkan oleh rakyat Malaysia ialah Keluhuran Perlembagaan
yang bermaksud kemuliaan atau keagungan undang-undang
negara Malaysia. Dalam prinsip ini rakyat hendaklah menerima,
mematuhi dan bersiap sedia mempertahankan Perlembagaan
Negara. Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan

236
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang tertinggi di dalam negara dan harus dihormati oleh semua


lapisan masyarakat di negara ini Ini kerana Perlembagaan Negara
merupakan sumber perundangan yang digubal khas dan memberi
perlindungan serta keistimewaan kepada rakyat Malaysia. Rakyat
hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati serta mengamalkan
Perlembagaan Negara dalam kehidupan seharian.

Rakyat tidak boleh mengkritik dasar-dasar yang terdapat dalam


Perlembagaan Negara kerana boleh menyebabkan berlakunya
pergaduhan dan peperangan yang menggugat keutuhan dan
keselamatan negara seperti tragedi 13 Mei 1969. Dalam peristiwa
ini, ahli-ahli politik daripada barisan pembangkang telah mengkritik
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera.

Hal ini telah menyebabkan semangat perkauman bergolak


kerana mempertikaikan kedudukan orang Melayu yang seterusnya
telah menyebabkan berlaku persengketaan yang membawa kepada
pertumpahan darah. Oleh sebab itu, rakyat hendaklah sentiasa
mematuhi dan mengamalkan perkara-perkara yang terdapat dalam
Perlembagaan Negara supaya negara berada dalam keadaan yang
harmoni dan suasana yang kondusif.

Seterusnya, prinsip keempat dalam Rukun Negara yang boleh


dijadikan amalan hidup rakyat Malaysia ialah Kedaulatan Undang-
undang. Undang-undang merupakan asas keadilan dalam kehidupan
sesebuah masyarakat yang bertamadun. Undang-undang yang
digubal di negara ini telah disusun berdasarkan prinsip di mana
semua rakyat Malaysia adalah sama tarafnya di sini undang-undang
negara. Rakyat hendaklah menerima dan mempertahankan serta
mengamalkan undang-undang negara.

Jika rakyat mengamalkan undang-undang negara dan tidak


mempersia-siakan serta merendahkan undang-undang negara
nescaya kehidupan bermasyarakat menjadi aman dan tiada
persengketaan yang berlaku. Proses pentadbiran menjadi telus,

237
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

ekonomi berkembang pesat dan negara menjadi idola kepada


negara-negara lain. Lihatlah betapa besarnya impak undang-undang
terhadap negara. Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan
prinsip keempat Rukun Negara ini supaya kehormatan dan
kedaulatan negara terpelihara.

Kesopanan dan Kesusilaan

Selain daripada itu, prinsip Rukun Negara yang seterusnya


yang boleh menjadi amalan rakyat Malaysia ialah Kesopanan dan
Kesusilaan. Prinsip ini amat penting untuk mewujudkan rakyat
Malaysia yang mempunyai budi bahasa dan nilai integriti yang
tinggi. Sifat-sifat ini penting dalam konteks menjaga perhubungan
dan perpaduan antara kaum. Ia mencerminkan rakyat Malaysia
sebagai masyarakat yang bermoral tinggi dan berdisiplin serta
mempunyai tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Negara yang
mana rakyatnya tidak mempunyai tatasusila dan kebudayaan
yang luhur merupakan negara yang tidak aman kerana pelbagai
kejadian jenayah berlaku di dalam negara tersebut seperti mana
yang berlaku di negara-negara barat.

Kesopanan dan kesusilaan yang tinggi juga akan meningkatkan


jati diri yang tinggi dan dapat membendung seseorang daripada
godaan anasir-anasir yang boleh merosakkan. Untuk mencapai
matlamat ini, rakyat Malaysia hendaklah sentiasa menjaga
pertuturan dan tingkah laku dalam perhubungan dengan masyarakat.
Rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan budaya kerja yang
cemerlang dengan nilai-nilai integriti supaya sesuatu yang dilakukan
membuahkan hasil yang lumayan dan kekal lama. Program-program
yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Budi Bahasa Budaya Kita
dan Hari Integriti Negara hendaklah dihayati oleh rakyat supaya
prinsip kelima Rukun Negara ini boleh menjadi amalan rakyat.
Negara yang mempunyai rakyat yang bertatasusila merupakan
negara yang terbilang dan dihormati dunia.

238
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perpaduan

Selain daripada lima prinsip utama dalam Rukun Negara,


objektif pembentukan Rukun Negara juga hendaklah menjadi
amalan rakyat. Antaranya, ialah mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam konteks ini, semua
rakyat Malaysia hendaklah menganggap diri mereka sebagai satu
bangsa Malaysia tanpa mengira perbezaan keturunan dan agama
masing-masing. Rakyat tidak boleh menyimpan perasaan dengki
terhadap kelebihan yang diperoleh oleh orang lain mahupun kaum
lain. Rakyat Malaysia hendaklah bertolak ansur dan hormat-
menghormati antara satu sama lain. Dengan cara inilah perpaduan
dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dapat dicapai.

Demokratik

Dalam pada itu, masyarakat Malaysia hendaklah mengamalkan


satu cara hidup demokratik yang memegang prinsip demokrasi
dalam membuat sesuatu keputusan. Rakyat Malaysia juga bebas
melakukan sebarang aktiviti selagi tidak bercanggah dengan prinsip
Rukun Negara, Perlembagaan Negara serta undang-undang negara.
Rakyat juga tidak boleh menggunakan keistimewaan demokrasi
untuk memusnahkan dan merosakkan perpaduan antara kaum di
negara ini. Malahan rakyat Malaysia dituntut untuk melakukan
perkara-perkara yang membawa perpaduan rakyat Malaysia seperti
tolong-menolong dan hormat-menghormati. Dengan wujudnya cara
hidup demokratik ini maka lahirlah bangsa Malaysia yang dihormati
di serata dunia.

Masyarakat Yang Adil

Selain itu, objektif penubuhan Rukun Negara yang boleh


menjadi amalan rakyat Malaysia ialah mencipta satu masyarakat
yang adil. Masyarakat yang adil bermaksud masyarakat yang

239
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sentiasa berlaku adil dan tidak memilih kasih dalam melakukan


sesuatu perkara tanpa mengira status dan kedudukan seseorang.
Dalam konteks ini, semua masyarakat Malaysia berhak untuk
menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan
seperti sekolah, kemudahan hospital dan pelbagai lagi. Oleh sebab
itu, masyarakat Malaysia hendaklah berlaku adil dan bijak dalam
menguruskan semua infrastruktur ini. Sesungguhnya, masyarakat
yang berlaku adil merupakan masyarakat yang berjaya dan
mempunyai tamadun yang tinggi.

Seperti yang sudah sedia kita maklum, bahawasanya negara kita


merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa yang
semestinya mempunyai pelbagai kebudayaan dan kepercayaan.
Rakyat Malaysia harus mempunyai satu sikap yang liberal terhadap
tradisi masyarakat Malaysia yang kaya dan pelbagai corak yang
penuh dengan keunikan.

Sikap Liberal

Sikap yang liberal adalah bersifat bebas atau berpandangan


terbuka terhadap kebudayaan rakyat Malaysia. Kita perlu
menghormati kebudayaan masyarakat lain dengan tidak menghina
dan mencaci kebudayaan mereka agar perpaduan kaum yang
teguh dapat dibentuk. Sesungguhnya, kepelbagaian budaya rakyat
Malaysia merupakan satu wahana yang boleh memikat kedatangan
pelancong dan seterusnya memberi pulangan yang lumayan kepada
negara. Jika sikap liberal ini diamalkan oleh rakyat Malaysia
nescaya satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri
dapat dibentuk.

Kita hendaklah mengamalkan sikap progresif yang mahu


menuju kemajuan dan kebaikan. Dalam konteks ini, masyarakat
Malaysia dituntut untuk menguasai bidang teknologi maklumat
dengan sepenuhnya supaya Malaysia dapat bersaing dengan negara
maju. Masyarakat Malaysia hendaklah bangun dan berjalan seiring

240
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan kemajuan sains dan teknologi. Masyarakat Malaysia


hendaklah menguasai segala ilmu-ilmu sains dan teknologi seperti
ilmu pengkomputeran dan ilmu perubatan.

Dalam kesibukan mengejar kemajuan masyarakat juga jangan


melupakan batas-batas keagamaan dan mesti menghormati antara
satu sama lain. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan seperti sekolah bestari, kerajaan elektronik dan jaringan
internet tanpa wayar hendaklah dimanfaatkan oleh rakyat
sepenuhnya. Jika sikap progresif ini menjadi amalan rakyat
Malaysia nescaya negara tidak mundur dalam bidang sains dan
teknologi. Seterusnya, kadar peratus buta komputer serta berfikiran
superfisial dalam bidang sains dan teknologi dapat dikurangkan.
Selain itu, cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan
masyarakat yang saintifik dan progresif dapat dicapai.

Kesimpulannya, Rukun Negara merupakan sesuatu yang amat


signifikan dalam proses melahirkan masyarakat Malaysia yang
bertamadun. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama
hendaklah mengamalkan prinsip dan objektif Rukun Negara
dalam kehidupan seharian. Ingatlah Rukun Negara merupakan
ikatan perpaduan antara kaum dan merupakan ideologi yang amat
penting untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai
identiti tersendiri. Hayatilah dan amalkanlah Rukun Negara dalam
kehidupan anda. Renung dan hayatilah serangkap pantun di bawah:

Cantik sungguh sang puteri,


Menjadi gilaan sang putera,
Rukun Negara menjadi identiti,
Harus diamalkan setiap masa.

241
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan

1. Bunga Raya dan Rukun Negara. 2007. Dewan Siswa.

2. Rukun Negara. Kuala Lumpur: 2007. Jabatan Penerangan


Malaysia.

3. Peristiwa 13 Mei (n.d.). Diperolehi Mei 27, 2007,


dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei.

4. Rukun Negara.(n.d) Diperolehi Mei 27, 2007,


dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara.

242
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT Malaysia
Karen Lee Yii Ping
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak

M erenungi tragedi berdarah 13 Mei 1969, seluruh warga


Malaysia nescaya digamit perasaan pedih, sedih, duka lagi
hampa yang cukup mengancam ketenangan jiwa. Namun sebarang
bencana yang melanda akan meninggalkan inisiatif dan pedoman
kepada kita agar memeras otak berikhtiar merumuskan satu
formula bagi menangani masalah tersebut. Bak kata pepatah,
“bumi mana tak ditimpa hujan”. Sebagai warga yang berwawasan,
kita tidak seharusnya berduka atas cabaran yang dihadapi,
sebaliknya berjuang bermati-matian mencari alternatif yang efektif
membanteras halangan. Onak dan duri yang dilalui menjadikan
kita bersemangat kental dan waja. Rentetan itu, Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) diamanahkan tanggungjawab suci
mengembalikan keamanan, melicinkan pentadbiran dan
memulihkan keharmonian kaum melalui penubuhan Majlis
Perundingan Negara. Alhamdulillah, hasil usaha MAGERAN
yang murni, maka lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh
Yang di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sempena
ulang tahun kemerdekaan ke-13.

Generalisasinya, Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan


untuk menjamin perpaduan. Malaysia, ibu pertiwi tercinta kita yang
dicorakkan dengan pelbagai ragam manusia, dihiaskan lagi dengan

243
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

beraneka jenis budaya, adat resam dan agama, prinsip-prinsip suci


dalam Rukun Negara perlu dipraktikkan serta diasimilasikan dalam
senario harian. Hal ini berikutan dengan matlamat utama Rukun
Negara yang berwawasan mencapai perpaduan yang lebih erat
antara warga Malaysia bersempena amalan “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”, memelihara satu cara hidup demokratik,
melahirkan yang adil saksama, membentuk sikap liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang variasi, membina masyarakat progresif
yang peka terhadap pembangunan sains dan teknologi moden.
Rukun Negara merupakan pendekatan yang efisien untuk
menyatupadukan penduduk Malaysia yang mempunyai latar
belakang, keturunan, bangsa dan budaya berlainan dengan
menanam semangat kekitaan di jiwa rakyat. Perlembagaan
Persekutuan pula melambangkan kehidupan demokrasi. Kekayaan
dan kebanggaan negara adalah milik bersama. Prinsip diskriminasi
dan eksploitasi diabaikan sepenuhnya dalam Rukun Negara.
Pelbagai ragam kebudayaan yang diwarisi turun-temurun dihargai
serta diaplikasikan dalam kehidupan harian. Masyarakat progresif
dibentuk bagi mengalu-alukan cabaran Wawasan 2020.

Prinsip pertama yang termaktub dalam Rukun Negara ialah


kepercayaan kepada Tuhan, hasil daripada pertimbangan ahli
jawatankuasa penggubal Rukun Negara tentang kepentingan
agama dalam pembentukan akhlak dan sahsiah seseorang.
Berbekalkan hati murni yang yakin akan kewujudan Tuhan, kita
bersyukur ke hadrat Allah. Sebaliknya, kebejatan moral penduduk
acap kali dihubungkaitkan dengan kemuflisan ilmu agama.
Agama diibaratkan pelita hidup yang menerangi kehitaman bagi
masa depan seseorang dan menghindarkan umatnya daripada
kejahilan. Secara langsungnya, agama berperanan sebagai benteng
pertahanan menjauhkan penganutnya daripada godaan nafsu
malah mengelakkan penganutnya terjerumus ke kancah hina.
Sesungguhnya, agama Islam berfungsi sebagai agama kebangsaan
di Malaysia, namun warganya adalah bebas menganuti agama lain
seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Contohnya, Buddhisme, Taoisme, Konfusianisme, Hinduisme,

244
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kristian dan Sikhisma turut diamalkan oleh rakyat bukan Islam.


Walau bagaimanapun, lebih 59% daripada warga Malaysia
menganuti agama Islam. Malaysia, sebagai sebuah negara Islam
yang berwibawa sememangnya tidak mengakui ideologi yang tidak
mempercayai kewujudan Tuhan.

Selain itu, sudah menjadi lumrah hidup bahawa kehidupan


kita penuh dengan halangan dan cabaran. Semangat Islam Hadhari
membimbing penganutnya daripada kehidupan yang terumbang-
ambing ke hala tuju yang sebenar. Objektif agama Islam ialah
menyedarkan penganutnya agar menjaga harga diri, meninggalkan
kejahilan, bersikap mulia, menghindarkan salah laku seperti bohsia
dan bohjan, perlakuan sumbang serta jenayah yang menghancurkan
masa depan seseorang. Umat Islam yang beriman mengerjakan umrah
di Mekah Al-Mukaramah berasa megah apabila Malaysia dinobatkan
sebagai negara Islam contoh kerana keupayaan kita melaksanakan
Islam tanpa sebarang pertumpahan darah terutamanya semasa
mempertimbangkan ciri Malaysia didiami masyarakat majmuk.
Negara lain seperti Arab Saudi, Mesir dan Maghribi terpegun dan
memuji keberkesanan Malaysia membangunkan perbankan Islam,
menguruskan haji dengan sistematik, memesatkan perkembangan
ekonomi Islam serta memerintah negara berkonsepkan “Bersih,
Cekap dan Amanah” dan “Kepimpinan Melalui Teladan”. Memang
tidak dapat dinafikan kepentingan agama Islam dalam menjamin
sistem pemerintahan yang teratur lagi sistematik.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara menduduki tangga kedua


dalam prinsip Rukun Negara. Pada hemat saya, prinsip ini perlu
dijunjung bagi menjamin keharmonian sejagat. Secara umumnya,
Malaysia mempraktikkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Seri Paduka Baginda,
Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri melambangkan perpaduan
rakyat. Pemimpin penjana pembangunan dan kemajuan sesebuah
negara. Sebelum tanah air mencapai kemerdekaan, dasar pecah
dan perintah diamalkan. Ideologi ini hanya menguntungkan pihak

245
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

penjajah tetapi menjarakkan lagi jurang perbezaan kegiatan ekonomi


penduduk tempatan. Misalan mereka mengklasifikasikan orang
Melayu yang tinggal di kampung bertumpu dalam bidang pertanian,
kaum Cina yang menetap di bandar menjalankan perlombongan
dan perniagaan. Warga India pula bertungkus-lumus di ladang.
Pembangunan sosioekonomi penduduk menjadi tidak seimbang
dan seterusnya menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir kaum.
Namun, taktik penjajah yang mementingkan diri sendiri tidak
mampu mencabar kewibawaan pemimpin malah membangkitkan
semangat berkobar-kobar para pemimpin menolak segala dasar yang
mencetuskan polarisasi kaum.

Tambahan pula, para pemimpin yang berkaliber dan berjiwa


bangsa melancarkan Rancangan Malaysia beriringan dengan dasar-
dasar baru sebagai batu loncatan merealisasikan Wawasan 2020.
Pemimpin Malaysia disifatkan seperti “hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih” berikrar menghapuskan ketidakadilan sosioekonomi,
mempertingkatkan taraf hidup, membasmi kemiskinan masyarakat
serta mewujudkan interaksi antara kaum melalui bantuan kredit
kepada usahawan-usahawan yang berpotensi, mengembangkan
penyelidikan dan pembangunan (P&P) malah menubuhkan beberapa
agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Rakyat untuk menghulurkan
bantuan serta sokongan padu kepada golongan yang memerlukannya.
Sebagai rakyat, tibalah saat-saat genting kita mencurahkan tenaga
menyokong segala dasar dan saranan pemimpin serta merestui
usaha mereka. Rakyat perlu rela berkorban untuk nusa dan bangsa,
menumpukan ketaatan malahan pula kesetiaan yang tidak berbelah
bahagi kepada Raja dan negara.

Prinsip ketiga yang tertera dalam Rukun Negara ialah Keluhuran


Perlembagaan. Prinsip ini menekankan ketinggian perlembagaan
dan keluhurannya mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,
jemaah Menteri serta mahkamah. Hal ini terbukti apabila semua
jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Malaysia akan hilang kesahihannya. Perlembagaan Persekutuan

246
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

merupakan teras perundangan tertinggi malahan pula mendukung


fungsi melindungi hak asasi setiap rakyat. Hak asasi seseorang tidak
boleh dicabar kerana Malaysia mengamalkan sifar diskriminasi dan
eksploitasi. Hak istimewa bumiputera pula tidak boleh dipersoalkan.
Bukan itu sahaja, kedudukan raja sebagai pemimpin berdaulat,
agama Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi tidak boleh dicabar. Akan
tetapi, rakyat bebas mempelajari bahasa lain, menganuti agama serta
kepercayaan lain dengan syarat tidak melanggar perlembagaan.
Kebebasan rakyat adalah liberal. Pemberian taraf kewarganegaraan
juga berasaskan perlembagaan. Semangat menyanjung keluhuran
perlembagaan tumbuh mekar di sanubari rakyat demi mengekalkan
keharmonian sejagat.

Prinsip selanjutnya ialah kedaulatan undang-undang. Prinsip ini


mendukung cita-cita kerajaan mewujudkan sistem pentadbiran yang
berdaulat dan bebas daripada anasir-anasir jahat yang cuba menodai
kestabilan politik yang sedia ada. Undang-undang yang digubal
amat menekankan prinsip keadilan dan menyatakan dengan jelas
bahawa semua insan adalah sama di sisi undang-undang. Bak kata
pepatah, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
jua”. Seseorang yang berbuat jahat nescaya mendapat balasannya.
Oleh hal yang demikian, warga Malaysia amat berhati-hati dalam
melakukan sesuatu agar tidak mencabuli kedaulatan undang-undang
yang sedia ada. Di samping itu, hak asasi rakyat amat terjamin.
Hak-hak dan kepentingan rakyat termaktub dalam undang-undang
yang berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Justeru,
kedaulatannya dititikberatkan lagi dipertahankan. Undang-undang
tidak boleh diabaikan atau dipersendakan sebaliknya perlu diiktiraf
kewibawaannya. Seperti kita yang sedia maklum, undang-undang
merupakan hasil titik peluh pemimpin kita yang tegas tetapi tidak
alpa semasa menggubalnya. Hajat Malaysia untuk mencapai sifar
jenayah mustahil dicapai sekiranya rakyat Malaysia menerapkan
sikap ‘endah tak endah’ terhadap kedaulatan undang-undang.
Mujurlah rakyat Malaysia yang beretika serta berdisiplin mampu
mempertahankan kesucian undang-undang.

247
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Menginsafi pedoman daripada prinsip kelima, iaitu kesopanan


dan kesusilaan, rakyat Malaysia mendapat ilham bahawa demi
menjalani kehidupan di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum,
amatlah mustahak bagi kita bersopan santun dan bertatasusila
semasa bergaul antara satu sama lain. Rakyat merupakan tunjang
pembangunan negara dan memikul tanggungjawab yang mulia
untuk membangunkan tanah air yang tercinta. Kehidupan yang
harmoni merupakan jalan pintas pembangunan negara yang pesat.
Kerajaan berazam melahirkan generasi muda yang diperlengkap
dengan minda kelas pertama agar pemikiran bernas mereka tidak
lenyap dihanyutkan arus globalisasi. Rakyat berbangga menghuni
di Malaysia kerana kagum dengan perpaduan dan kemajuan negara
yang dicapai. Tanpa disedari, kemajuan Malaysia pada mutakhir ini
adalah hasil usaha murni dan kerjasama antara pemimpin dengan
penduduk. Kita bersama-sama menatang cita-cita “di mana bumi
dipijak, di situlah langit dijunjung” dan “hujan emas di negara
orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri”
supaya dapat membanteras anasir-anasir yang cuba merenggangkan
perpaduan yang dikecapi.

Amalan bersopan-santun dan bertata susila telah diamalkan


sejak turun temurun lagi. Rakyat Malaysia sering mengaplikasikan
dan mempraktikkan prinsip ini dalam senario harian. Dasar
penerapan “Bersih, Amanah dan Cekap” melahirkan generasi
yang berkomitmen tinggi, berdaya saing, berintegriti dan memiliki
kekuatan moral seiring dengan pelaksanaan prinsip ini. Penduduk
bertegur sapa, berkomunikasi dengan berkesan dan efektif antara satu
sama lain untuk mengetahui budaya serta adat masing-masing agar
menghindar perkelahian dan perselisihan faham. Kefahaman
sepakat dan muafakat dicapai. Keadaan di mana “seperti enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dielakkan,
selanjutnya mengecap motif pembentukan Rukun Negara dengan
gemilangnya. Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat dikekalkan
demi membuka satu langkah lebih dekat dengan Wawasan 2020
yang bakal menjelang tiba.

248
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Konklusinya, ikatan tali silaturahim yang erat antara rakyat


pemangkin pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.
Hanya melalui pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara,
perpaduan kaum dapat dicapai dengan mudahnya. Rakyat harus
menggembleng tenaga dan berusaha dalam menjamin kepatuhan
prinsip-prinsip mulia Rukun Negara. Pengaplikasian prinsip-prinsip
Rukun Negara nescaya membentuk masyarakat yang proaktif,
progresif, berfikiran terbuka dan bermuhibah. Secara tidak
langsungnya, jati diri dan keutuhan akhlak warga Malaysia
menjamin perpaduan, mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi,
mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara
yang bersifat liberal serta demokratik. Rakyat Malaysia mengiktiraf
kewujudan Rukun Negara dan melafazkannya semasa upacara
rasmi seperti dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan juga
perhimpunan yang diadakan di peringkat sekolah. Murid-murid
diajar prinsip-prinsip ini sejak berada di bangku sekolah lagi
seperti pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”
Kita diselubungi perasaan megah dengan keamanan yang dikecap
hasil dari pengaplikasian prinsip-prinsip Rukun Negara dalam
kehidupan seharian. Biarlah peristiwa 13 Mei 1969 berlaku ibarat
sejarah yang selalunya memberi iktibar kepada warga Malaysia.
Hargailah usaha murni pihak-pihak yang menghasilkan Rukun
Negara yang juga merupakan ubat mujarab dalam menangani
rusuhan kaum.

Rujukan

1. Rukun Negara Siri Pengetahuan Am oleh Jabatan Penerangan


Malaysia

2. INTAN 1993, Masyarakat Majmuk dan Masalah Perpaduan


(Negara kita)

3. INTAN 1980, Negara Kita

249
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

4. INTAN 1991, Malaysia Kita

5. Siri Teks Referens SPM Sejarah oleh Zamri Talib

6. Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Karangan Isu-isu Semasa oleh


Liew Siaw Lin.

250
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Yokesvaren A/L Sunderasen
SMK Taman Universiti

P ada 16 Mei 1969, satu episod duka telah menghiasi diari


negara yang mengakibatkan beberapa lokasi di Kuala Lumpur
menjadi merah disimbah darah mangsa-mangsa terkorban.
Mangsa-mangsa yang tidak berdosa itu telah berada di tempat yang
salah, di tempat yang tidak diduga. Mereka telah dibunuh dek kerana
ketegangan kaum yang tidak terduga dahsyatnya. Akibat huru-
hara ketika itu, Yang di-Pertuan Agong memerintahkan seluruh
negara diletakkan dalam perintah darurat mulai 14 Mei 1969.
Parlimen digantung fungsinya, Malaysia diperintah oleh kabinet
darurat di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Malah, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh
Tun Abdul Razak Hussein telah ditubuhkan bagi menyelenggarakan
hal-hal yang berkenaan dengan darurat. Begitulah secebis kisah
Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah membunuh pemerintahan
demokrasi di negara yang tercinta ini selama 22 bulan.

Peristiwa hitam inilah telah mendorong Tun Abdul Razak


menerusi Majlis Perundingan Negara yang dibentuk, selepas
Peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengadakan mesyuarat pertamanya
pada 27 Januari 1970. Atas kecerdikan dan kebijaksanaan golongan
pemimpin ketika itu, maka satu gagasan yang telah menjadi ideologi
negara ketika itu dibentuk. Tiada apa yang ingin mereka lihat ketika

251
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

itu, melainkan mahu mewujudkan satu negara dan satu bangsa


berjiwa Malaysia. Sanggup bersatu padu, menggenggam matlamat
dan aspirasi yang sama, malah rela bangkit berjuang mempertahankan
pertiwi dengan satu tekad dan hati yang membulat. Justeru, lahirlah
Rukun Negara yang diumumkan kepada bangsa Malaysia sewaktu
sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1970.

Rukun Negara dibentuk bagi memelihara dan melindungi


Perlembagaan Persekutuan. Disebabkan itu, Rukun Negara
mengandungi prinsip ketuhanan, kesetiaan kepada negara,
kesaksamaan politik, sosiobudaya, ekonomi, sains dan teknologi
serta modenisasi. Secara umumnya, Rukun Negara menggabungkan
falsafah dan semangat yang ada pada Perlembagaan Persekutuan
dengan wajah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu
padu. Besarlah harapan agar rakyat Malaysia tidak menjadikan
Perlembagaan Persekutuan sebagai lubuk perbalahan dan
permusuhan kaum sehingga mengakibatkan jurang kaum yang
besar, permusuhan dan persengketaan. Secara amnya, objektif
terperinci Rukun Negara adalah seperti berikut:

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh


bangsa Malaysia.
2. Memelihara cara hidup yang lebih demokratik
3. Menjamin kewujudan bangsa Malaysia yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama.
4. Membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
kaya dengan pelbagai corak.
5. Membina bangsa Malaysia yang progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi.

Matlamat Rukun Negara adalah melahirkan masyarakat yang


sanggup mendepani zaman yang mencabar, holistik, universal dan
hidup dalam kerukunan serta bersatu padu dalam segenap aspek
dan peristiwa. Bertepatan dengan itu, kerangka perpaduan yang
dibentuk ini adalah untuk menghapuskan prasangka kaum yang

252
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

wujud di negara ini sebelum dan sesudah peristiwa hitam 13 Mei


1969.

Kepercayaan kepada Tuhan

Terdapat lima prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang


perpaduan dan pembentukan bangsa Malaysia yang harmoni.
Kepercayaan kepada Tuhan, menduduki senarai teratas dalam prinsip
Rukun Negara. Ini kerana, agama merupakan pegangan utama rakyat
Malaysia. Perlembagaan Persekutuan juga pada asasnya memberikan
peruntukan yang jelas kepada kedudukan Islam sebagai agama
rasmi, di samping jaminan kebebasan beragama kepada penganut
agama lain. Tambahan pula, agama itu sendiri adalah asas kepada
pembentukan akhlak dan moral yang akan membentuk kekuatan
dalam diri seseorang individu. Rakyat yang beragama mudah diurus,
di samping agama itu sendiri akan menjadi perisai dan pendinding
daripada kelakuan, sikap dan perbuatan songsang serta mungkar.

Asas keagamaan dan keutamaan menjadi prinsip utama Rukun


Negara kerana nilai-nilai murni dan pembentukan akhlak mulia
yang ada pada ajaran agama. Menurut Kamus Dewan, agama ialah,
“Kepercayaan Kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan
dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.’ Ini jelas menunjukkan
bagaimana penganut yang baik pasti akan taat dan patuh, malah tidak
sesekali menimbulkan sebarang perkara onar dan noda yang secara
tidak langsung akan merosakkan diri, masyarakat dan negara.

Malah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang pada asasnya


memberikan peruntukan yang jelas kepada kedudukan Islam
sebagai agama rasmi di samping jaminan kebebasan beragama
kepada penganut agama lain. Situasi ini telah menyumbang kepada
kesejahteraan, keamanan dan kerukunan serta kebahagiaan bangsa
Malaysia yang tercinta. Hidup yang berasaskan kepada Kepercayaan
kepada Tuhan pasti membawa bahagia. Begitulah prinsip pertama
yang menjadi pegangan dan anutan rakyat Malaysia.

253
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Bertepatan seperti yang telah dikatakan oleh Hamka, “Adat


bersendikan agama, agama bersendikan kitabullah.” Sejak 1957,
kita sudah 13 kali bertukar tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan
Agong. Kini, selepas 50 tahun kita merdeka, tibalah giliran Tuanku
Mizan Zainal Abidin memayungi rakyat mendukung konsep Raja
berperlembagaan dalam menjalankan pemerintahan baginda.
Bertepatan dengan prinsip kedua Rukun Negara; Kesetiaan Kepada
Raja dan Negara, rakyat Malaysia mengamalkan hidup setia dan
taat serta patuh kepada Raja dan Negara. Begitu juga halnya kepada
rakyat dalam negeri-negeri yang mempunyai raja. Raja ialah Ketua
Negeri yang menjadi naungan rakyat.

Raja adalah lambang penyatuan rakyat dan pelindung hak


istimewa penduduk peribumi. Malah, sistem beraja ini adalah
sebagai sumber kekuatan semula jadi kepada rakyat yang diperintah
oleh baginda. Raja juga menjadi simbol perpaduan dan menjadi
tempat untuk rakyat sebagai benteng terakhir mengenai hal check
and balance dalam mempertahankan institusi awam seperti polis
dan kehakiman supaya menjalankan khidmatnya dengan penuh
berkesan. Gambaran ini membolehkan rakyat Malaysia menaruh
sepenuh kepercayaan dan ketaatan kepada raja dalam memastikan
kehidupan rakyat aman dan damai. Kesetiaan kepada Raja dan
Negara juga adalah salah satu ciri asas yang membentuk bangsa
Malaysia menjadi patriotik. Kesetiaan kepada raja dan negara adalah
manifestasi kepada pembentukan negara bangsa (union state) yang
berwibawa dan berdaulat.

Apabila rakyat Malaysia mengamalkan prinsip Rukun Negara


ini, ia bukan sahaja akan membina ketenteraman dan kemakmuran
negara bahkan melahirkan rakyat yang sedia berkorban untuk
mempertahankan sebarang ancaman sama ada bentuk luaran dan
dalaman yang mengganggu gugat keamanan dan ketahanan negara.
Dengan cara ini, kemerdekaan dan kedaulatan negara akan dapat
dipertahankan.

254
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sewajarnya, prinsip ini akan mendorong semua rakyat Malaysia


mencapai kecemerlangan semaksimum yang mungkin dalam
memastikan negara berdaya saing di peringkat global. Ini dibuktikan
dengan kemajuan dan kemodenan yang dicapai oleh negara seperti
pembinaan projek mega Multimedia Super Corridor (MSC), kejayaan
Petronas di peringkat dunia dan penciptaan kereta nasional Proton
adalah contoh kesetiaan kepada raja dan negara, kerana prinsip
ini menjadikan bangsa Malaysia serba boleh untuk melonjakkan
martabat Malaysia di peringkat antarabangsa.

Keluhuran Perlembagaan

Selain itu, tidak kurang pentingnya juga tentang prinsip


ketiga Rukun Negara. Keluhuran Perlembagaan. Ia adalah Rukun
Negara yang menjamin keselamatan, ketenteraman, kestabilan
dan kemakmuran rakyat serta Malaysia. Nilai guna sesebuah
perlembagaan itu sangat besar dan merupakan nyawa kepada
undang-undang negara. Oleh itu, perlembagaan dianggap luhur,
suci dan unggul kerana ia dirangka untuk mengatur hidup rakyat
dalam sesebuah negara. Perlembagaan itu ditafsirkan supaya tidak
dijadikan bahan untuk menimbulkan keresahan, jurang antara
kaum, perbalahan dan permusuhan antarabangsa Malaysia yang
berbilang kaum, keturunan dan agama. Perlembagaan Persekutuan
jelas memperuntukkan dalam Perkara 4(1), “Perlembagaan ini
adalah undang-undang utama Persekutuan.” Maka tidak timbul isu
Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan” dan
isu perlembagaan dipertikai, serta dipolitikkan bagi mencapai tujuan
peribadi tanpa memikirkan soal kontrak sosial yang telah lama
dipersetujui bersama sejak 50 tahun dahulu.

Seharusnya, Keluhuran Perlembagaan harus didukung bersama


tanpa ada perasaan prejudis dan buruk sangka dalam kalangan
rakyat demi kelangsungan keamanan negara. Kita tidak mahu rakyat
kembali derita seperti awal 1964 sehingga Peristiwa 13 Mei yang
mengorbankan banyak nyawa. Terdapat beberapa perkara dalam

255
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perlembagaan boleh meretakkan hubungan sesama rakyat. Antaranya


dalam Perkara 152(1)(a) yang mengatakan “dengan syarat tiada
sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi
apa-apa maksud lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar
atau belajar bahasa lain.” Apabila hanya perkara 152(1) sahaja
difahami dengan mengabaikan klaus 152(1)(a) maka ada segelintir
rakyat Malaysia yang memahami seolah-olah Perlembagaan hanya
membenar penggunaan bahasa Melayu tetapi, bangsa Malaysia
tidak pernah dihalang untuk menggunakan atau mempelajari bahasa
ibunda masing-masing.

Atas semangat inilah sehingga hari ini, masih lagi tersergam


indah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil untuk memberikan
pendidikan kepada mereka yang memerlukannya. Dalam konteks
Keluhuran Perlembagaan, prinsip Rukun Negara ini sepatutnya
harus dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia kerana ia adalah
sebaik-baik amalan dalam mewujudkan negara yang aman, toleransi
dan muafakat.

Kedaulatan Undang-undang

Dewasa ini, masalah keruntuhan akhlak dan kelakuan songsang


yang semakin membimbangkan masyarakat Malaysia, boleh
dijadikan penanda aras, betapa prinsip Rukun Negara, Kedaulatan
Undang-undang semakin dilupakan. Walhal undang-undang yang
digubal oleh ahli Yang Berhormat di institusi Parlimen adalah untuk
memelihara kesejahteraan sosial, keamanan dan ketenteraman awam.
Maknanya, prinsip kedaulatan undang-undang diperkukuhkan
dengan prinsip keluhuran Perlembagaan.

Amalan hidup rakyat Malaysia yang setia dan taat kepada


negara, perlu berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang
telah digubal. Negara memerlukan undang-undang dan peraturan
bagi mengawal segala tindak tanduk individu, kelompok, organisasi
dan masyarakat supaya dapat mengekalkan tatacara hidup berbudi

256
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pekerti dan berakhlak mulia. Justeru, ketenteraman awam dan


keamanan negara akan terlaksana sekiranya undang-undang dipatuhi
oleh segenap masyarakat ke peringkat pimpinan atasan.

Sepatutnya, undang-undang yang dikenakan kepada rakyat


bawahan mestilah dikenakan juga kepada ‘orang besar’ yang
mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki masyarakat.
Ini kerana apabila seseorang rakyat itu melakukan kesalahan,
hukuman telah setia menunggu di kandang orang bersalah.
Contohnya dalam kes bertarikh 27 Mei 2007 dalam Utusan Malaysia
yang melaporkan, Restoran Nasi Kandar Tanjung di Jalan Hiliran,
dikenakan kompaun berjumlah RM22,5000 kerana menjual milo
ais dengan harga RM1.80 segelas, melebihi harga biasa. Seharusnya
usaha dan tindakan pihak berkuasa ini patut dipuji tetapi sepatutnya
tindakan yang sama juga harus dikenakan kepada pemilik premis
yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan kawalan
seperti beras dan minyak masak.

Kesannya, kedaulatan undang-undang yang tertera pada prinsip


Rukun Negara yang keempat ini dijunjung tinggi dan tidak dibiarkan
begitu sahaja hanya kerana kekuasaan yang disalahgunakan oleh
sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia
mesti bertanggungjawab untuk memastikan undang-undang negara
sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
Sebarang tindakan yang bercanggah dengan undang-undang akan
mendatangkan mudarat yang besar dan meletakkan kepentingan
negara dalam keadaan terancam dan tergugat.

Kesopanan dan Kesusilaan

Usaha dan tindakan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah


Haji Ahmad Badawi menyetujui pelaksanaan undang-undang
moral seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 15 April 2005
adalah manifestasi kepada prinsip Rukun Negara yang kelima
iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Beliau bersetuju rakyat Malaysia

257
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

perlu mengamalkan kesopanan dan kesusilaan walau di mana jua.


Pelaksanaan undang-undang moral secara tidak langsung akan
melahirkan rakyat Malaysia yang budiman dan berakhlak mulia.
Tambahan pula, pelaksanaannya ini adalah sebahagian daripada
pembentukan budi pekerti mulia. Prinsip utama yang ingin
digembleng dalam Kesopanan dan Kesusilaan ini adalah berbudi
bahasa dan mempunyai jati bangsa yang mampu menahan segala
asakan dan tingkah laku songsang yang meruntuhkan akal budi
seorang manusia.

Amalan nilai-nilai murni serta budi bahasa adalah penting dalam


membangunkan bangsa Malaysia yang bertamadun. Oleh itu, rakyat
Malaysia perlu mengamalkan cara hidup yang bersopan santun dan
bernilai murni. Nilai-nilai murni dan cara hidup bersopan santun
ini telah menjadi kempen Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2005 sejajar
dengan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukun Negara.
Amalan nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara yang
terakhir ini diharap dapat menjadikan institusi keluarga lebih bahagia
dan institusi masyarakat hidup dengan penuh kerukunan.

Kesimpulannya, Rukun Negara yang garap dan di acu dengan


lenggok budaya Malaysia ini sewajarnya menjadi amalan hidup
rakyat Malaysia. Kita tidak dapat menafikan jasa dan budi pemimpin
terdahulu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera
Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Mendiang Tun Tan Siew
Sin, Mendiang Tun Sambanthan serta semua pemimpin utama dari
Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang berkerah keringat dan segala-
galanya bagi memastikan negara yang tercinta ini tidak terjerumus
ke kancah kehancuran akibat peristiwa hitam yang berlaku pada
13 Mei 1969.

Kewujudan Rukun Negara yang tersusun indah ini bukan sekadar


untuk dihafal semata-mata tetapi yang paling penting, penghayatan
falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara ini perlu disematkan
dalam hati dan diamalkan dalam setiap perbuatan dan tingkah laku

258
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kita. Dengan ini, tidak sia-sia usaha pemimpin kita yang terdahulu
bertungkus-lumus menyelamatkan negara tercinta ini daripada
hancur dimamah rantaian belenggu penjajah.

Rujukan

1. http://www.pmo.gov.my

2. http://www.kempen.gov.my/index.php

3. http://www.utusan.com.my

4. Budi Bahasa Budaya Kita, terbitan Kementerian Kebudayaan,


Kesenian dan Warisan.

259
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Ho Eileen
SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur

M alaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa.


Walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum, rakyat Malaysia masih boleh hidup dengan aman sejahtera.
Ini kerana Malaysia mengamalkan Rukun Negara yang menyeru
agar rakyat Malaysia untuk mendukung cita-cita mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Ini dapat dilakukan dengan memelihara satu cara hidup demokratik,
mencipta satu masyarakat yang adil dengan kemakmuran negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Malaysia juga ingin menjamin satu cara hidup yang liberal


terhadap tradisi kebudayaannya yang variasi serta membina satu
masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden untuk membangunkan negara. Bagi mencapai cita-cita
tersebut, rakyat Malaysia telah berikrar untuk mengamalkan
prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Perdana
Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,
menyeru kepada warga Malaysia untuk sama-sama berusaha
memperkukuhkan perpaduan nasional. Selain itu, rakyat Malaysia
diseru untuk mempertahankan dan meningkatkan hubungan
harmoni yang terjalin dalam kalangan warga Malaysia yang berlatar
belakangkan pelbagai kaum, agama, budaya dan bahasa.

261
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Toleransi

Nilai atau amalan toleransi amat penting dalam diri setiap


rakyat Malaysia. Ini kerana, toleransi ditakrifkan sebagai seseorang
individu yang mempunyai kesanggupan untuk bertolak ansur, sabar
dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham dalam pergaulan seharian demi kesejahteraan
hidup. Toleransi juga merupakan asas perpaduan kaum dan kunci
keharmonian negara. Perpaduan kaum pula merupakan matlamat
penting kerana kepelbagaian kaum di Malaysia yang terdiri daripada
kaum Melayu, Cina dan India. Hormat-menghormati antara agama
masing-masing perlu diamalkan oleh setiap warga Malaysia untuk
mewujudkan suasana harmoni.

Sikap toleransi yang sering dipraktikkan oleh masyarakat


Malaysia antaranya, menyediakan makanan yang boleh dimakan
oleh semua kaum dalam sesuatu majlis, berpakaian kemas dan sopan
serta tidak mencaci kepercayaan kaum lain. Selain itu, kepelbagaian
perayaan diadakan di Malaysia. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri
dan Aidiladha oleh orang Melayu, Tahun Baru Cina oleh orang Cina
dan Deepavali yang diraikan oleh orang India. Cuba anda bayangkan
jika tiada perpaduan, perpecahan kaum akan berlaku dan seterusnya
menyebabkan pergaduhan antara kaum. Jika masalah ini bertambah
serius, kedaulatan negara akan terjejas. Justeru, perpaduan kaum
perlu diamalkan bagi mewujudkan keadaan yang harmoni agar
tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan, taraf
hidup rakyat bertambah maju dan wujudnya masyarakat Malaysia
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bak kata pepatah Melayu
“bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Sejarah Rukun Negara

Bagi mewujudkan perpaduan supaya negara maju, rakyat


Malaysia perlu mengamalkan prinsip-prinsip dan objektif-objektif
dalam Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi negara

262
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat,


nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial dari segi keagamaan,
kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Rukun Negara
telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13
kemerdekaan negara oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.

Pembentukan Rukun Negara bermula apabila pihak Inggeris


menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan dasar imigrasi
liberal. Melalui dasar ini, Inggeris menggalakkan kemasukan buruh
dari negara China, India dan Indonesia, untuk melombong bijih
timah dan menjalankan perniagaan di bandar-bandar dan estet
dengan keuntungan dikaut oleh pihak Inggeris.

Inggeris juga telah memperkenalkan dasar ‘pecah dan perintah’


yang memisahkan orang Melayu, Cina dan India dari segi tempat
tinggal, pekerjaan dan pendidikan. Orang Melayu telah ditempatkan
di desa untuk bekerja sebagai petani. Orang Cina pula bekerja
di bandar untuk berniaga manakala orang India bekerja di estet.
Dari segi pendidikan pula, setiap bangsa mempunyai sekolah
aliran masing-masing yang mempunyai sukatan pelajaran yang
berbeza. Keadaan ini telah berterusan sehingga Malaysia mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, satu kekacauan


telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf
bandar raya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama telah
berlaku secara kecil-kecilan di Pangkor pada 1960 dan di Bukit
Mertajam pada 1966. Pada 13 Mei 1969, satu rusuhan kaum yang
serius telah berlaku. Peristiwa tersebut dianggap sebagai peristiwa
berdarah 13 Mei 1969. Selepas peristiwa tersebut, pihak Inggeris
telah berusaha untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah
ini. Berikutan itu, Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Tun Abdul Razak, telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara
di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari
1970.

263
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Majlis Perundingan Negara ini terdiri daripada Pengerusi,


Tun Abdul Razak bin Hussein yang juga Pengarah MAGERAN,
tiga orang Menteri iaitu Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman,
Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambanthan, wakil-wakil parti politik,
wakil-wakil kerajaan negeri, wakil-wakil dalam kalangan tokoh
agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan
sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan
kecil. Mesyuarat pertama yang diadakan pada 27 Januari 1970 dengan
dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Tun Abdul Razak bin
Dato’ Hussein, telah merumuskan supaya satu ideologi negara yang
mampu mengatasi garis pemisah antara kaum diwujudkan di negara
ini. Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara.

Objektif Rukun Negara

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu lima objektif


dan prinsip. Seperti mana yang kita sedia maklum, Rukun Negara
diwujudkan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan masyarakat. Dengan perpaduan, semua rakyat Malaysia
dapat bekerjasama untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Semua
bangsa perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa
mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing.

Objektif kedua ialah memelihara satu cara hidup demokratik.


Demokrasi adalah amat penting untuk mewujudkan suasana yang
aman damai. Ekoran itu, Perlembagaan Negara diwujudkan untuk
membolehkan rakyat Malaysia bebas melibatkan diri dalam politik
dan menjamin kebebasan hak asasi selagi tidak melanggar undang-
undang. Namun begitu, hak-hak serta kebebasan ini tidak boleh
disalahgunakan bagi memusnahkan demokrasi. Sekiranya berlaku
sebarang masalah yang melanda negara ini, kepentingan bangsa dan
negara perlu diutamakan.

Objektif ketiga ialah mencipta satu masyarakat yang berganding


bahu di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama. Tanpa mengira taraf atau bangsa setiap anggota

264
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati


kekayaan negara. Bukan sahaja sumber-sumber negara dibahagikan
sama rata kepada semua kaum di Malaysia, malah dari segi undang-
undang hukuman yang dikenakan adalah adil tanpa mengira warna
kulit, bangsa dan agama. Dengan itu, objektif untuk mencipta satu
masyarakat yang adil dapat diwujudkan.

Objektif keempat ialah membentuk satu sikap yang liberal


terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan kebudayaan. Walaupun
mempunyai perbezaan, tetapi setiap anggota masyarakat harus
mewujudkan ikatan persaudaraan yang menjadi sumber kekuatan
bangsa dan negara. Masyarakat di Malaysia juga mempunyai
kebebasan untuk mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan
masing-masing sejajar dengan matlamat perpaduan negara. Secara
tidak langsung, satu sikap yang liberal dapat dibentuk.

Objektif yang terakhir ialah membina sebuah masyarakat


progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden. Dunia kini
sedang berkembang maju dan menyaksikan perubahan-perubahan
yang begitu mendadak dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan
teknologi. Justeru, kerajaan negara ini bercita-cita untuk mewujudkan
sebuah masyarakat yang progresif bagi mencapai kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi.

Tujuan objektif ini adalah untuk merealisasikan matlamat


Wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang
maju. Meskipun demikian, dengan pencapaian ini, ia tidak akan
menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia dan terkeluar daripada
batas-batas agama serta nilai-nilai ketuhanan.

Prinsip Rukun Negara

Prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan.


Ia ditakrifkan sebagai seseorang yang mempercayai kewujudan
Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan

265
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Tuhan. Setiap agama mempunyai kepercayaan tersendiri. Melalui


kepercayaan beragama ini, akan menjadikan bangsa dan negara ini
sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat kerana setiap agama
telah mengajar penganutnya untuk berbuat baik.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi


Persekutuan. Walau bagaimanapun, agama-agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan. Seseorang itu adalah dilarang
menghina dan membeza-bezakan seseorang warganegara atas alasan
agama. Prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama kerana
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara telah menyedari pentingnya
agama dalam kehidupan manusia dan pentadbiran negara.

Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan. Sistem beraja yang diamalkan, perlu dihayati
kerana ia melambangkan perpaduan. Setiap individu juga perlu setia
kepada raja dan negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ini
bukan sahaja menyatukan rakyat Malaysia malah memupuk perasaan
cintakan negara.

Prinsip ketiga ialah Keluhuran Perlembagaan. Prinsip ini


menyatakan rakyat sedia menerima, mematuhi dan mempertahankan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara merupakan perundangan
yang tertinggi dan fungsinya adalah untuk memberi perlindungan
dan menjaga hak serta keistimewaan rakyat Malaysia sebagai
warganegara. Oleh itu, warga Malaysia perlu menghormati,
menghargai dan memahami maksud, kandungan serta latar belakang
sejarah terbentuknya Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara digubal dengan kesepakatan semua kaum


dan semua pihak di negara ini. Ia merupakan satu kontrak sosial
yang tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak. Perlembagaan
Malaysia memainkan peranan sebagai satu bahan rujukan bagi
segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

266
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Aspek-aspek utama Perlembagaan adalah berkaitan dengan


kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta hak-hak
istimewa orang Melayu. Walau bagaimanapun, hak-hak kaum
bukan Bumiputera turut diberikan. Mereka diberi taraf
kewarganegaraan Malaysia. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa
asing juga tidak dilarang dan orang bukan Islam bebas menganuti
agama masing-masing. Jika rakyat tidak mematuhi Perlembagaan
Negara, kestabilan negara akan tergugat. Oleh itu, Perlembagaan
Negara merupakan satu tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh
setiap rakyat Malaysia.

Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Undang-


undang adalah penting untuk menjamin keselamatan rakyat sebuah
negara. Undang-undang merupakan satu bahan rujukan untuk
memberi hukuman yang setimpal kepada mereka yang melakukan
kesalahan. Setiap rakyat mempunyai taraf yang sama di sisi
undang-undang. Undang-undang negara perlu dipertahankan dan
diterima oleh semua rakyat. Tanpa undang-undang, negara akan
berada dalam keadaan huru-hara, tidak aman dan stabil. Oleh itu,
kedaulatan undang-undang tidak boleh diabaikan, malah perlu
diterima dan dihormati. Undang-undang dapat menjamin hak-
hak seseorang individu dan dapat melaksanakan perkara-perkara
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Dengan undang-undang,
rakyat akan berasa selamat dan pentadbiran negara mampu
dilaksanakan dengan lancar.

Prinsip yang terakhir ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Ia


menekankan sikap dan tingkah laku seseorang individu. Setiap
individu perlu menerapkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa.
Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang dianjurkan, bertujuan
untuk meningkatkan budi bahasa rakyat Malaysia. Sikap sopan
santun dan bertatasusila yang tinggi, penting dalam perhubungan dan
pergaulan seharian. Selain itu, sikap ini penting untuk mewujudkan
individu yang berdisiplin dan bermoral agar dapat mewujudkan

267
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

suasana yang harmoni. Dengan mengamalkan prinsip ini, imej


negara dapat dipelihara. Kesannya, masyarakat luar memandang
tinggi kredibiliti kita yang seterusnya mampu meningkatkan sektor
pelancongan negara.

Kesimpulannya, prinsip ini penting kerana dapat mewujudkan


masyarakat yang berbudi bahasa, bersopan santun, bertatasusila dan
bersatu padu. Rukun Negara dapat menjamin kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia serta memajukan negara dari segi ekonomi,
sosial dan politik. Seharusnya, Rukun Negara perlu dijadikan amalan
hidup rakyat Malaysia pada setiap masa.

Rujukan

1. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Jabatan


Penerangan Malaysia (2006).

2. Pendidikan Moral Tingkat Lima: Dewan Bahasa dan Pustaka


(2003).

3. Pengajian Kenegaraan Malaysia STPM: TQM Consultants Sdn.


Bhd. (2005).

268
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Abdul Azim Bin Arshad
SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang

K emerdekaan membawa maksud kebebasan, iaitu bebas


daripada penjajahan kuasa asing. Sebelum negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara kita telah dijajah oleh
kuasa asing seperti Inggeris, Jepun serta Portugis dan Belanda.
Zaman penjajahan rakyat hidup menderita dan menjadi hamba di
negara sendiri sebaliknya bertuankan penjajah asing. Disebabkan
penjajahan yang berterusan, rakyat hidup susah meskipun hasil
negara kita begitu mewah. Oleh sebab itu, kemerdekaan yang dicapai
pada 31 Ogos 1957 telah membawa implikasi yang cukup besar
dalam memajukan negara antaranya ialah dari segi politik, ekonomi
dan sosial.

Pertama, implikasi kemerdekaan terhadap negara dan rakyat


dari segi politik merupakan implikasi yang penting dan asas
dalam pembentukan ekonomi dan sosial. Dari segi politik, kita
telah mempunyai kerajaan sendiri yang memerintah negara ini.
Jadi, melalui pemerintahan sendiri, suasana politik di negara ini
sentiasa terkawal. Justeru, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman
dan selesa. Tetapi, kita harus mengingati dan mengenang jasa-jasa
pemimpin negara kita sebelum ini. Tanpa mereka, kemerdekaan dan
kesejahteraan hidup yang kita nikmati hari ini tidak dapat kita kecapi.
Perdana Menteri terdahulu dan kini telah banyak menabur jasa

269
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kepada kita. Perdana Menteri Pertama Allahyarham Tunku Abdul


Rahman, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana
Menteri Keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri
Kelima dan kini Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kelima-lima
Perdana Menteri ini telah memainkan peranan yang begitu besar
dalam usaha memajukan negara kita dan memberikan kesejahteraan
kepada rakyat.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri


Pertama adalah Bapa Kemerdekaan Negara kerana jasa beliau
memerdekakan negara kita pada 31 Ogos 1957. Usaha untuk
mencapai kemerdekaan bukannya mudah kerana melalui proses
perundingan dan pemuafakatan sebelum persetujuan dicapai dengan
British. Rombongan kemerdekaan ke London yang diketuai Tunku
Abdul Rahman ternyata membuahkan hasil dan negara bebas
daripada cengkaman penjajah asing selama hampir 446 tahun.

Selain itu, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul


Razak juga pemimpin yang banyak berjasa terutamanya dalam
usaha menjadikan Asia Tenggara “kawasan aman, bebas dan
berkecuali” daripada sebarang bentuk campur tangan kuasa-
kuasa luar. Pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963
merupakan peristiwa yang bersejarah bagi negara kita walaupun
mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya negara-
negara jiran kita, iaitu Filipina dan Indonesia. Dalam kes ini,
Allahyarham Tun Abdul Razak telah memainkan peranan penting
sebagai Menteri Pertahanan dengan menyelesaikan krisis tersebut
secara aman. Seperti yang kita semua ketahui, cinta beliau terhadap
keamanan dan kedamaian adalah amat mendalam. Beliau telah
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan
keharmonian negara. Tragedi 13 Mei 1969 menjadi iktibar kepada
kita semua. Keamanan telah dikembalikan dan perpaduan kaum
telah dipupuk. Lahirnya MAGERAN kemudian Rukun Negara
yang menjadi kunci perdamaian antara kaum. Terdapat lima prinsip
penting dalam Rukun Negara yang ditekankan iaitu Kepercayaan

270
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Kesusilaan,


Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta
Kesopanan dan Kesusilaan.

Di samping itu, implikasi kemerdekaan juga telah memberi


impak kepada ekonomi negara. Kita sepatutnya berasa bangga kerana
bumi Malaysia kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Terdapat
pelbagai sumber dan kegiatan ekonomi yang menjana pendapatan
negara contohnya, industri pelancongan, pertanian, perkilangan dan
sebagainya. Contohnya dalam sektor pertanian Malaysia adalah
pengeluar utama minyak sawit dunia.

Selain itu, industri pelancongan juga merupakan salah satu


penyumbang kepada ekonomi negara. Malaysia menawarkan banyak
tempat menarik yang bersejarah, keindahan pantai, pusat membeli-
belah dan sebagainya untuk pengunjung tempatan dan asing. Antara
destinasi popular ialah Pulau Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu
dan banyak lagi. Dianggarkan hampir 20 juta pelancong asing akan
melawat Malaysia pada tahun ini dan jumlah ini akan meningkat
setiap tahun.

Sektor perindustrian juga mencapai perkembangan yang pesat.


Sebelum negara mencapai kemerdekaan aktiviti ekonomi di Tanah
Melayu dimonopoli oleh kerajaan British iaitu sektor perlombongan
dan pertanian. Antara hasil sektor perlombongan utama ialah bijih
timah manakala sektor pertanian ialah getah, lada hitam, teh dan
rempah ratus. Semua hasil ini dikaut oleh Kerajaan British ketika itu
dan rakyat tempatan hanya sebagai pekerja sahaja. Namun keadaan
ini berubah selepas merdeka kerana rakyat tempatan menjadi pemilik
di negara sendiri.

Implikasi kemerdekaan turut memberi kesan kepada aspek sosial.


Selepas negara mencapai kemerdekaan banyak perubahan telah
berlaku. Contoh jelas dapat dilihat daripada aspek pengangkutan,
kesihatan, perbandaran, sistem pendidikan dan sebagainya. Kesan
sosial seperti perbandaran merupakan kesan yang dapat dilihat

271
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan jelas pada hari ini. Perbandaran secara amnya bermaksud


perubahan daripada pekan kecil atau kampung kepada sebuah
bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya. Pusat-
pusat bandar baru serta perumahan-perumahan baru telah muncul
dan berkembang pesat. Proses pembandaran ini lengkap dengan
kemudahan awam dan sosial seperti jalan raya, sekolah, pusat
kesihatan, bank dan sebagainya. Kini, rakyat dapat menikmati hasil
daripada perkembangan pembandaran ini dengan lebih selesa dalam
keadaan negara yang aman.

Sistem pendidikan juga telah mengorak langkah jauh ke


hadapan. Kadar celik huruf dan penguasaan teknologi maklumat dan
komunikasi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Jika sebelum merdeka, negara kita hanya mempunyai sebuah
universiti, tetapi kini Malaysia mempunyai 11 buah universiti
awam dan enam buah kolej universiti serta mempunyai lebih 100
buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Sistem pendidikan sekolah
rendah atau sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga
dikatakan berpotensi berkembang seiring dengan perubahan
zaman. Sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah sentiasa
dikemaskinikan mengikut keperluan semasa. Pendidikan agama dan
akhlak diterapkan di sekolah-sekolah bagi melahirkan pelajar-pelajar
yang berakhlak mulia. Ia bertepatan dengan pepatah “melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Kerajaan juga membenarkan sistem
pendidikan jenis Kebangsaan Cina dan India dipraktikkan bagi
memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia memilih sistem
pendidikan tanpa melunturkan semangat kebangsaan.

Aspek perkhidmatan kesihatan juga mencapai kejayaan yang


membanggakan. Kini Malaysia mempunyai lebih kurang 49 pusat
kesihatan seperti hospital kerajaan, hospital swasta, klinik dan
sebagainya. Pusat-pusat kesihatan ini lengkap dengan infrastruktur
dan peralatan moden bagi merawat pesakit dengan kos rawatan
yang paling minima sejajar dengan dasar Kerajaan memberi
perkhidmatan sempurna bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan
sejahtera.

272
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Ternyata kemerdekaan negara memberi implikasi yang besar


dalam memajukan negara dan memberikan kesejahteraan kepada
rakyat seperti yang kita nikmati hari ini. Dalam tempoh 50 Tahun
Malaysia merdeka telah berlaku banyak perubahan dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Kegigihan berterusan pihak pemerintah selepas
merdeka telah berjaya membuktikan bahawa penduduk negara ini
berupaya memajukan sektor ekonomi moden dan mengendalikan
pelbagai bentuk perniagaan hingga ke peringkat global. Sebagai
contoh, kejayaan Petronas, Proton dan Tenaga Nasional Berhad
yang menjadi kebanggaan rakyat negara ini. Selain itu, taraf
hidup masyarakat semakin meningkat dan kadar kemiskinan
dapat dikurangkan. Hasil kemerdekaan negara juga mencorakkan
kemajuan negara tanpa mengikut telunjuk sesiapa. Negara kita
semakin maju sehingga banyak melahirkan pemimpin yang
berwawasan serta disegani. Maka kita seharusnya bersama-sama
berganding bahu dan berusaha memelihara kemerdekaan ini demi
masa depan negara agar kemerdekaan ini berterusan dan dapat
dinikmati sehingga ke generasi yang akan datang.

Rujukan

Majalah

1. “Anjakan Bangsa.” Zainuddin Maidin


Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Malaysia.

2. “ICT JELAS”, Jilid 03 Bil. 03 dan Jilid 05 Bil. 02


Jabatan Penerangan
Ibu Pejabat Felda
Jalan Perumahan Gurney
54000 Kuala Lumpur

3. Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia (MPOPC)


Tingkat 2, Wisma Sawit, Lot 6 SS6, Jalan Perbandaran
47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan

273
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Buku

4. Kementerian-kementerian, Jabatan dan Agensi di Malaysia


Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur 2005

5. Koleksi Skrip Pengisahan Kenegaraan 2005


Jabatan Penerangan Malaysia 2006

6. Hari Kebangsaan Malaysia: Tema dan Logo (1957-2005)


Jabatan Penerangan Malaysia, 2006

7. Malaysia 2005
Jabatan Penerangan Malaysia

Akhbar

8. 31 Ogos 2005, Kelahiran Sebuah Negara Merdeka 1946-1963


Tajaan Petronas, Terbitan Berita Harian Sdn. Bhd.

274
50 TAHUN NEGARA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Mohd Azrul Affandi Bin Md Kassim
SMK Teknik Seberang Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

M erdeka! Merdeka! Malaysia Mampu Merdeka! Sekiranya


kalimah agung ini dilafazkan 50 tahun yang lepas, boleh
dikatakan setiap jiwa di Tanah Melayu pada masa itu akan tampil
ke platform keadilan hanya untuk merealisasikannya. Rata-rata
lapisan masyarakat daripada pelbagai bangsa dan agama tidak kira
daripada seorang pemuda gagah perkasa hingga kepada seorang
nenek tua tidak berdaya, kesemuanya akan bersatu untuk suatu
matlamat murni iaitu untuk mencapai azimat unggul yang dinamakan
kemerdekaan mutlak.

Dalam konteks ini, kemerdekaan mutlak merujuk kepada


masyarakat yang merdeka untuk memerintah negara sendiri.
Merdeka untuk menikmati hasil bumi negara yang dicintai dan
yang paling penting merdeka untuk bebas menjadi diri sendiri.
Semua impian seolah-olah menjadi kenyataan apabila Perdana
Menteri pertama kita melaungkan kalimah ‘merdeka’ bersama-sama
rakyat apabila hak kemerdekaan telah dirampas kembali daripada
cengkaman penjajah. Kita tidak perlu lagi berlindung di bawah
bayang-bayang kezaliman dan janji-janji penjajah yang
kebanyakannya hanya seperti indah khabar dari rupa.

275
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

50 tahun sudah berlaku sejak negara Malaysia mencapai


kemerdekaan buat julung-julung kalinya. Sudah 50 tahun masa
menjarakkan kita daripada belenggu penjajah. Sesungguhnya, pada
hari ini kita bangga mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat. Pada hakikatnya, dalam tempoh
50 tahun ini, Malaysia gah mencapai zaman kegemilangannya.
Kegemilangan ini sentiasa berkembang bak kata pepatah seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak pembaharuan telah
dibawa, daripada pembinaan bangunan pencakar langit sehinggalah
kepada penciptaan teknologi siber yang serba canggih dan maju.

Sungguh mengharukan sebenarnya apabila mengenangkan


bahawa perkara yang menjadi titik tolak kemajuan yang dimiliki
pada hari ini semuanya disebabkan oleh kesungguhan tokoh-tokoh
intelek masa lalu yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam diri
mereka untuk menjadi warganegara merdeka di tanah air sendiri.
Adalah sesuatu yang mengagumkan apabila melihat semangat juang
yang kental dalam sanubari mereka untuk mempertahankan hak
asasi diri dan tanah air. Sudah terlakar dalam sejarah negara nama-
nama seperti Tok Janggut, Dol Said, Mat Salleh dan ramai lagi yang
telah mengharumkan persada negara. Tidak keterlaluan rasanya jika
dikatakan tokoh-tokoh berkenaan merupakan suatu anugerah, suatu
lagenda.

Dalam arus globalisasi ini, masyarakat sering bersikap


alpa terhadap pengorbanan mereka. Ketahuilah, tanpa mereka
siapalah kita pada hari ini. Renungkanlah, jika mereka sanggup
untuk memerah keringat, terlalu takut untuk bermandikan darah,
mungkin kita masih berada di bawah tampuk penjajahan asing.
Jikalau pada hari bersejarah itu Perdana Menteri kita, iaitu Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak memiliki keberanian dan semangat
yang secukupnya untuk memohon kemerdekaan di London, pasti
pada hari ini negara kita masih mengikut telunjuk kuasa luar.
Insafilah, bahawa segala keperitan dan susah payah yang dilalui
oleh tokoh-tokoh yang berkenaan, daripada peristiwa Portugis
menguasai Melaka sehinggalah ke era Jepun bermaharajalela di

276
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pelosok Tanah Melayu, hanyalah untuk kesejahteraan anak cucu


mereka iaitu generasi muda pada hari ini. Oleh yang demikian,
adalah menjadi tanggungjawab kita selaku pemangkin masa depan
Malaysia untuk bermuafakat demi meneruskan perjuangan mereka
dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan
negara, bak kata pepatah muafakat membawa berkat. Sehubungan
dengan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah drastik
dengan menggariskan suatu peraturan tetap di mana setiap sekolah
dan institusi pengajian di Malaysia diwajibkan untuk mempelajari
subjek sastera berunsurkan nilai patriotik terhadap negara. Hal ini
bertujuan untuk menyedarkan masyarakat dalam zaman atom ini
supaya bersemangat merdeka dalam erti kata yang sebenar terutama
dari segi pembangunan lahiriah, sahsiah dan cara hidup dalam
pergaulan seharian.

Bukan itu saja, Malaysia juga menyambut ulang tahun


kemerdekaannya pada setiap tahun. Boleh dikatakan sepanjang
50 tahun usia kemerdekaannya, tidak sekalipun kerajaan Malaysia
pernah melupakan agenda sambutan hari bersejarah yang amat
bermakna ini. Apabila difikirkan semula, apakah rasionalnya majlis
ulang tahun kemerdekaan yang acap kali menjadi buah mulut rakyat
kita ini? Adakah sekadar untuk bermegah-megah dengan kemajuan
yang telah di kecapi? Atau adakah sekadar untuk melihat pelancaran
bunga api yang berwarna-warni selama sepuluh minit pada tiap-tiap
tahun? Sudah tentu tidak! Hal ini kerana tujuan sebenarnya hanyalah
untuk menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Susah payah
mereka bermandikan peluh serta darah hanya untuk mengambil
kembali sesuatu yang memang sepatutnya menjadi hak mutlak diri
masing-masing. Justeru, adalah suatu perbuatan yang tidak wajar
sekiranya kita mengetepikan pengorbanan serta jasa baik mereka
dengan bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa semua orang


bersetuju apabila saya mengatakan bahawa perjuangan yang
diteruskan oleh tokoh-tokoh negara pada masa sekarang juga tidak
kurang hebatnya. Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara luar

277
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang maju seperti Amerika Syarikat, Rusia, Jepun dan lain-lain lagi
dengan wujudnya ketokohan pimpinan yang unggul. Adalah menjadi
tamparan hebat kepada negara-negara maju itu apabila sebuah negara
membangun seperti Malaysia yang pada masa lalu menjadi wilayah
kekuasaan mereka telah berjaya duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi, setaraf dengan kemajuan negara mereka.

Sudah pastinya, pemimpin-pemimpin agung yang dimaksudkan


adalah tidak lain tidak bukan para Perdana Menteri kita sendiri.
Daripada Tunku Abdul Rahman yang mendapat hak kemerdekaan
untuk rakyat sehinggalah Perdana Menteri kita sekarang iaitu Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi kesemuanya hebat-hebat belaka.
Mereka adalah tokoh yang sangat bijaksana yang telah membawa
kita keluar daripada zaman kemunduran. Semuanya bermula
apabila Tunku Abdul Rahman Putra berjaya dalam rundingannya di
London bagi mendapatkan kemerdekaan bagi anak-anak Tanah
Melayu. Dari saat itu, beliau telah membawa masuk pelbagai
pembaharuan dari segi sistem pentadbiran, perundangan, ekonomi dan
politik. Sehingga hari ini di seluruh Malaysia masih mengenangnya
sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Seterusnya tampuk pemerintahan negara diteruskan oleh Perdana


Menteri kedua kita iaitu Tun Abdul Razak. Beliau membawa
kelainan dalam aspek pentadbirannya dengan mementingkan aspek
pembangunan. Pada zaman pemerintahannya, negara kita pesat
membangun dengan pembinaan pelbagai bangunan yang menjadi
lambang keperibadian negara. Beliau juga dikenali sebagai Bapa
Pembangunan Negara. Selepas beberapa tahun, Tun Hussein Onn
menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Beliau
yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara, telah memberi
sumbangan besar dalam konsep pentadbiran Malaysia demi
memajukan bumi berdaulat ini, “bapa borek, anak rintik,’ inilah
perumpamaan yang sesuai diberi apabila anaknya turut meneruskan
usaha murni beliau selama ini. Tokoh tersebut tidak lain tidak bukan
tentulah Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran kita
sekarang.

278
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selepas peninggalan mereka, jawatan Perdana Menteri yang


keempat diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau
merupakan pemimpin yang arif lagi berwibawa sehingga berjaya
menggemparkan negara-negara asing yang maju dengan perubahan
cara pemerintahan serta anjakan paradigma yang diterapkan kepada
rakyat Malaysia. Idea-idea beliau yang bernas dan cara pentadbiran
yang efektif menjadikan beliau antara pemimpin terulung yang
disegani ramai. Antara konsep yang diperkenalkan dan menjadi
panduan dalam sistem pemerintahan pada hari ini adalah Wawasan
2020. Beliau mengetengahkan usaha ini untuk menjadikan Malaysia
negara yang maju dalam semua aspek dengan mengikut caranya
yang tersendiri tanpa terikat dengan corak pentadbiran negara
asing. Beliau telah dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pemodenan
Malaysia dan menjadi contoh kepada generasi masa sekarang.

Pada dasarnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang


pesat membangun. Negara kita dijangka akan tersenarai dalam
senarai negara maju menjelang tahun 2020. Hal inilah yang sedang
diusahakan oleh Perdana Menteri kita pada hari ini, Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menyeru agar semua rakyat
Malaysia menggembleng tenaga dan usaha ke arah mencapai
matlamat murni tersebut. Hal ini kelihatan begitu izhar sekali semasa
beliau berkata “Jangan bekerja untuk saya, bekerjalah bersama
saya.”

Dewasa ini boleh dikatakan bahawa sudah wujud seribu satu


pencapaian yang dicapai oleh negara Malaysia. Usia 50 tahun
kemerdekaan digunakan sepenuhnya untuk maju dalam semua
bidang kehidupan. Sebagai contoh, bidang pendidikan adalah
keutamaan mutlak pada masa kini. Kerajaan Malaysia sanggup
membelanjakan bilion-bilion ringgit setahun untuk biasiswa kepada
pelajar cemerlang sebagai intensif kepada mereka bagi melanjutkan
pelajaran ke luar negara. Sekolah-sekolah diberi pelbagai kemudahan
yang serba canggih dan pembelajaran alternatif seperti e-pendidikan
yang diajar menggunakan komputer di sekolah-sekolah bestari yang
terpilih.

279
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selain itu, kemajuan alam siber dan teknologi turut diberi


perhatian. Malaysia telah menyediakan ramai jurutera pakar dalam
bidang automotif, elektronik dan lain-lain. Setakat ini, pencapaian
dalam bidang ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Jepun telah dijadikan negara contoh yang ideal dalam bidang ini.
Harapan kerajaan Malaysia adalah semoga kemajuan bidang
teknologi negara menjadi setaraf dengan kecemerlangan di negara
matahari terbit itu. Aspek pertanian juga tidak diabaikan dan
kerajaan sedang berusaha mempergiatkan lagi bidang ini dengan
menawarkan biasiswa kepada pelajar dan peluang pekerjaan yang
luas dalam sektor berkenaan.

Dalam pada itu, mutu sukan negara turut dipertingkatkan. Sukan


seperti bola sepak, badminton, hoki, boling dan sebagainya sudah
acap kali mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia. Malaysia
sudah merangkul banyak pingat serta piala dalam bidang sukan
sejak dari awal penglibatannya lagi. Negara kita juga pernah diberi
penghormatan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel suatu
ketika dahulu. Hasilnya, Malaysia telah melahirkan ramai atlet-atlet
yang berbakat seperti Nicol Ann David, Alex Yoong, Rashid Sidek
dan ramai lagi.

Dari segi pembangunan, bumi berdaulat ini telah muncul


sebagai negara paling agung dalam aspek seni bina. Bukan hanya
terdapat tujuh keajaiban di dunia sahaja, malah begitu juga di
Malaysia. Tujuh keajaiban ini adalah Menara Berkembar Petronas,
Menara Condong Teluk Intan, Jambatan Pulau Pinang, Menara
Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangunan Sultan Abdul Samad serta
KLIA. Sesungguhnya, aspek ini menjadi kayu pengukur keagungan
sesebuah negara.

Oleh itu, kita harus memelihara kemerdekaan yang kita kecapi


dengan baik seperti menatang minyak yang penuh. Ingatlah bahawa
rakyat yang bersatu padu adalah kunci kepada negara yang unggul.
Hargailah apa yang ada pada hari ini kerana esok mungkin ia tiada
lagi. Oleh itu, bersemangatlah wahai anak-anak Malaysia! Jangan

280
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

biarkan titik-titik hitam berulang kembali. Cantumkan segala


semangat, azam, keperitan usaha dan ukhuwah menjadi satu.
Teruskanlah membawa negara ke arah zon kecemerlangan agar
ia sentiasa menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Malaysia
Boleh!

281
Rukun Negara
Amalan Hidup Rakyat Malaysia
Abu Sufian Bin Mansoor
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak

Bunga raya, bunga pertiwi,


Cantik juga bunga Rafflesia,
Rukun Negara pembentuk komuniti,
Asas Perpaduan bangsa Malaysia.

M alaysia adalah sebuah Negara yang ditubuhkan dengan


rakyat yang berbilang bangsa. Dengan konsep yang
bertemakan demokrasi, pemimpin-pemimpin di Malaysia berjaya
menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia. Namun, untuk
mencapai tahap Malaysia yang maju, aman, dan makmur bukan
suatu perkara yang mudah atau bak kata pepatah “yang pipih tidak
datang melayang, dan yang bulat tidak akan datang bergolek”.

Malaysia yang kini gagah berdiri telah berhadapan dengan


pelbagai masalah yang sangat mencabar daripada pelbagai jenis
cabaran dan perspektif. Sebagai contoh, pemerintahan di Malaysia
pernah dinodai dek tragedi 13 Mei 1969 – tiga hari selepas
pembuangan undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-3. Ia dilakukan oleh
segolongan pemimpin politik yang dipercayai mengamalkan konsep
demokrasi ekstrem dan melulu. Mereka telah menyalahgunakan hak
“Kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan” untuk
menyemarakkan api perkauman dan mewujudkan polarisasi kaum;

283
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

anasir-anasir ini dipercayai berusaha menghancurkan Malaysia,


kononnya demokrasi tidak sesuai dengan negara yang terdiri daripada
pelbagai keturunan, agama, bahasa, dan budaya.

Namun dengan kebijaksanaan para pemimpin dan dengan


bantuan cerdik pandai daripada semua kaum, masalah ini dapat
diselesaikan sepenuhnya. Pada 1971, Allahyarham Tun Abdul Razak
telah menyusun semula bangsa Malaysia melalui Dasar Ekonomi
Baru (DEB). Dasar ini mempunyai matlamat serampang dua mata,
iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula bangsa Malaysia
yang berbilang kaum.

Allahyarham Tun Abdul Razak juga telah memperkenalkan


Rukun Negara yang disifatkan sebagai ideologi nasional. Rukun
Negara telah diumumkan kepada rakyat Malaysia sewaktu sambutan
Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1970. Sesetengah pihak menyifatkan
Rukun Negara sebagai doktrin kefahaman nasional. Golongan
pragmatis berpendapat, Rukun Negara adalah ‘blueprint’ untuk
menentukan perpaduan, pembangunan, kemajuan, dan modenisasi
Negara. Desawarsa ini, Rukun Negara adalah asas utama yang boleh
memangkin pembentukan rakyat Malaysia yang patriotik.

Rukun Negara adalah satu karya pemikiran yang mendepani


zamannya, sebuah karya yang holistik, realistik, dan universal.
Objektif terperinci Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. Bukan
itu sahaja, Memelihara cara hidup yang demokratik, menjamin
kewujudan rakyat Malaysia yang adil supaya kemakmuran Negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, membentuk sikap
yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai
corak dan akhir sekali membentuk bangsa Malaysia yang progresif.
Selain itu, Rukun Negara diwujudkan untuk menghakis seluruh
prasangka kaum yang mungkin wujud di negara ini sebelum dan
sesudah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

284
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kepercayaan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip Rukun Negara


yang pertama. Sejak zaman dahulu kala manusia telah mula
mempercayai kewujudan kuasa yang menguasai dunia ini. Di setiap
pelusuk dunia, manusia mula mencari satu pegangan yang khusus
merujuk perlindungan kepada mereka daripada sebarang bahaya
termasuk fizikal mahupun rohani. Manusia juga mula mempercayai
kewujudan tuhan. Justeru agama telah diwujudkan seperti agama
Samawi, Hanif dan Watani. Setiap penganutnya dituntut untuk
memberikan ketaatan mereka sepenuhnya kepada tuhan yang mereka
sembah.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana mampu


mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera walaupun rakyatnya
terdiri daripada berbilang kaum. Untuk mencapai keharmonian
ini, prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada
Tuhan telah diadakan. Secara umumnya, agama adalah asas kepada
pembentukan akhlak mulia dan moral yang tinggi. Jika diteliti,
semua agama di dunia menekankan penganutnya agar berkelakuan
baik, berfikiran positif dan menghindari perbuatan negatif. Justeru,
dengan menyatakan soal keagamaan dan keutuhan sebagai prinsip
utama pastinya rakyat Malaysia mempunyai sikap dan gaya hidup
yang sihat dan positif. Dengan itu kerjasama dan perpaduan yang
erat dapat dibentuk.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.


Kesetiaan membawa erti taat, patuh, dan sanggup berkorban.
Kesetiaan kepada raja dan Negara adalah satu elemen penting yang
boleh disematkan di dalam diri setiap warga Malaysia untuk menjadi
patriotik. Apabila semangat patriotisme tegar di dalam diri, perasaan
cinta dan sayangkan Negara akan menjadi alasan yang kukuh untuk
mereka berkorban demi tanah air daripada sebarang ancaman dan

285
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

anasir-anasir negatif. Dengan cara tersebut, kemerdekaan akan terus


dipertahankan, kedaulatan bangsa akan dijulang dan kesucian agama
akan sentiasa dipelihara pada setiap masa.

Prinsip ini sewajarnya dihayati oleh rakyat Malaysia kerana ia


mendorong rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan dalam semua
aspek kehidupan. Prinsip berkenaan juga akan menjadikan rakyat
Malaysia sebagai warga yang berkebolehan untuk melonjakkan
martabat Malaysia dan bangsa Malaysia diperingkat global.

Keluhuran Perlembagaan

Seterusnya, Keluhuran Perlembagaan. Dalam Persekutuan


juga termaktub Rukun Negara tidak dijadikan sebagai bahan untuk
menimbulkan keresahan, polirisasi, perbalahan, dan permusuhan
antara rakyat Malaysia yang berbilang keturunan, agama, dan
budaya ini. Jika mana-mana peruntukan dalam perlembagaan
Persekutuan dijadikan bahan provokasi, maka kesejahteraan awam
dan keselamatan tanah air pastinya akan terancam.

Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan


yang dipercayai pernah diungkit oleh sesetengah pihak di Malaysia,
pada suatu ketika dahulu hingga 13 Mei 1969. Misalnya, Perkara
152(1) yang memaktubkan bahawa “Bahasa Kebangsaan ialah
Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
yang diperlukan dengan undang-undang oleh Parlimen. Perkara
ini dipercayai telah menimbulkan provokasi sesetengah bangsa
Malaysia. Provokasi tersebut telah berjaya menarik perhatian
sebilangan bangsa pada 1969 kerana pihak yang mencetuskan
provokasi dikatakan tidak menguraikan dengan jelas maksud
perkara 152 (1)(a) yang menyatakan “Dengan syarat tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakannya
(bagi apa-apa maksud, selain maksud rasmi), atau daripada
mengajar atau belajar bahasa lain”.

286
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perkara 152(1) dan 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan ini


membuktikan bahawa, walaupun bahasa kebangsaan Malaysia
diangkat sebagai bajasa Kebangsaan, rakyat Malaysia tidak pernah
dilarang untuk mendalami bahasa lain, termasuk bahasa ibunda
masing-masing. Sebab itulah, Malaysia masih mempunyai Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sehingga kini.

Lantaran itu, rakyat Malaysia menjunjung Keluhuran


Perlembagaan. Tuntutan seperti ini sewajarnya dipatuhi supaya
seluruh isi kandungan Perlembagaan Persekutuan tidak diungkit,
dicemar, dipertikaikan, dipolitik, dan dijadikan sumber antinasional
dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan munjunjung tinggi
Perlembagaan adalah sebaik-baik dan semurni amalan oleh semua
rakyat Malaysia yang mahu hidup aman, damai dan muafakat.

Kedaulatan Undang-undang

Rukun Negara juga memaktubkan prinsip Kedaulatan Undang-


undang. Kedaulatan membawa erti kekuasaan tertinggi yang mesti
dipatuhi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Prinsip
kedaulatan undang-undang juga berkait rapat dengan memelihara
keharmonian sosial, kemakmuran negara dan ketenteraman awam.
Prinsip ini sebenarnya menyokong penuh prinsip Keluhuran
Perlembagaan bagi memantapkan lagi kesinambungan Rukun
Negara. Dalam konteks Malaysia hari ini, prinsip kedaulatan
undang-undang akan membendung perlakuan dan juga jenayah-
jenayah yang serius menjadi topik utama perbualan dan yang kerap
terpampang di dada akhbar.

Terdapat pelbagai jenis jenayah yang amat membimbangkan


pada ketika ini, antaranya gejala rasuah yang semakin menular dalam
masyarakat. Gejala rasuah ataupun makan suap akan menyebabkan
kejatuhan sesebuah negara dalam jangka masa tertentu. Hal ini akan
mencetuskan kesan yang amat menakutkan dan dikhuatiri sukar untuk
dipulihkan. Namun jika pihak berkuasa seperti Badan Pencegah

287
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rasuah (BPR) bingkas menangani gejala rasuah ini, masyarakat


akan terus mantap dan mempunyai ekonomi yang seimbang.

Dalam konteks pemesatan negara, prinsip Kedaulatan Undang-


undang sewajarnya menjadi satu penghalang bagi seluruh rakyat
Malaysia daripada terjebak dengan keganasan dan ekstremisme.
Amalan mengatakan tidak kepada keganasan dan eksterisme
akan menjauhkan Malaysia daripada kemungkinan diserbu secara
tidak langsung oleh sesetengah kuasa besar yang giat dan ghairah
mencerobohi negara-negara merdeka dan berdaulat. Penaklukan
semula ke atas negara-negara merdeka oleh kuasa besar ini
berdasarkan alasan memerangi penjenayah antara bangsa walaupun
tanpa usul yang konkrit.

Kesopanan dan Kesusilaan

Bunga raya, bunga kebangsaan;


Mekar harum bunga dahlia;
Kesopanan dan kesusilaan;
Asas pembentuk ummah mulia.

Prinsip yang terakhir ialah prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.


Prinsip ini melibatkan proses pembentukan ummah mulia, berdisiplin,
berhemah, berbudi bahasa, dan berwibawa. Pada keseluruhannya,
sifat, sikap, serta tindakan yang bersopan dan bertatasusila akan
membantu Malaysia mencapai tahap negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Dalam konteks hubungan manusia, prinsip Kesopanan dan


Kesusilaan akan menimbulkan kemesraan, keakraban, dan
kemakmuran. Misalnya, kehidupan berjiran. Kehidupan di Malaysia
tentunya bersama dengan kaum yang berbilang bangsa. Jadi,
amalan menjaga adab pergaulan akan membentuk kemesraan dan
keharmonian. Contohnya, menjaga tutur kata, hormat-menghormati
dan tidak sombong.

288
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Apabila hubungan sesama rakyat Malaysia menjadi mesra dan


akrab, secara tidak langsung juga persefahaman antara mereka
akan menjadi ikhlas dan abadi. Ini seterusnya membantu Malaysia
menjadi aman, makmur dan sejahtera. Masyarakat yang penyayang
dan prihatin juga dibentuk melalui kesopanan dan kesusilaan.
Perasaan prihatin dan sayang menjadikan sesebuah masyarakat itu
mengambil berat tentang nasib manusia senegara dan umat sejagat.
Sifat-sifat berkenaan akan menjadikan institusi keluarga bahagia,
institusi masyarakat terbela, dan institusi kerajaan lebih terpelihara.

Hakikatnya kewujudan Rukun Negara bukan sekadar ole-ole


patriotisme yang hanya untuk diperhatikan tanpa menyedari tujuan
penciptaannya. Seharusnya, seluruh rakyat Malaysia meneliti,
menghayati dan mendalami maksud yang tersirat dan tersurat
disebaliknya. Penghayatan yang baik mampu membentuk sifat
patriotisme atau sayang kepada negara yang sangat mendalam.

Seluruh pandangan, elemen, dan rasional yang terbit di dalam


Rukun Negara membuktikan bahawa kewujudan Rukun Negara
amat penting kepada proses pembentukan Malaysia, memakmurkan
negara, memupuk semangat patriotisme dan sekaligus mencegah
segala gejala negatif yang semakin hari semakin menular dalam
kalangan masyarakat. Sikap-sikap seperti mengadu domba, pencetus
sentimen perkauman dan pengkhianat negara harus disingkirkan
daripada kamus pemikiran rakyat Malaysia yang sepatutnya semakin
matang selaras dengan usia kemerdekaan Malaysia yang ke-50
tahun.

Kesimpulannya, Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau


diikrarkan. Ia mesti dihayati, diamal dan diterapkan dalam kehidupan
harian setiap rakyat Malaysia. Jika Rukun Negara menjadi amalan
hidup rakyat Malaysia, tiada lagi kegusaran, tiada lagi masalah
dalaman dan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dipersada dunia.

289
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan

1. http://www.google.com.my/

2. http://www.yahoo.com.my/

3. http://www.utusan.com.my/

4. Sejarah Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Dilema Melayu hasil karya Tun Dr. Mahathir Mohammad

6. Patriotisme Malaysia hasil karya Datuk Ruhanie Haji Ahmad

290
50 TAHUN MERDEKA
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Siti Rusniza Binti Tajul Ariff
SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

P ada setiap tanggal 31 Ogos, kita akan menyambut hari


pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka
dan berdaulat. Namun begitu, kemerdekaan negara tidak cukup
sempurna tanpa kemerdekaan setiap individu rakyat di negara ini.
Oleh itu, apakah ertinya negara berada dalam situasi bebas dan
merdeka sedangkan rakyatnya terus dibelenggu pelbagai ikatan
yang menyekat mereka daripada menikmati erti kemerdekaan yang
sebenar. Justeru, negara merdeka mestilah mempunyai rakyat yang
berstatus bebas dan merasai kebebasan itu di dalam dirinya.

Oleh itu, “Erti Kemerdekaan” diperkenal pada setiap sambutan


kemerdekaan adalah untuk membangkitkan kesedaran dan
mengingatkan mereka khususnya generasi muda yang lahir dalam
era pascamerdeka untuk memahami serta mendalami signifikan
kemerdekaan negara kita yang ditafsirkan secara berbeza-
beza mengikut pengalaman dan peringkat umur. Selain itu,
sambutan kemerdekaan yang diadakan saban tahun adalah untuk
memperingatkan rakyat Malaysia bahawa yang dinikmati kini
merupakan hasil titisan darah dan keintelektualan para pejuang
pertiwi kita dahulu. Perkara ini bukanlah perkara yang boleh
dipandang remeh oleh setiap ahli masyarakat bahkan perlu disebar
lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda agar keperitan dan kesusahan

291
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pejuang dan pemimpin dahulu dihayati bersama. Kita semua


seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bernaung dan
berteduh di bawah sebuah negara bernama Malaysia yang sentiasa
dikurniakan keamanan berbanding beberapa negara luar yang
sering berlaku peperangan akibat konflik keagamaan dan ekonomi.
Seharusnya, kita melafazkan taat setia kita terhadap raja dan negara
tanpa rasa berbelah bagi. Inilah tanah tumpah darah kita, tempat kita
mencari rezeki. Di sinilah, kita menumpang berteduh dan di sinilah
kita dapat menggapai cita-cita kita tanpa gangguan anasir luar.

Tegasnya, rasa syukur haruslah sentiasa tersemat di hati setiap


orang yang mengaku sebagai warganegara Malaysia. Kemerdekaan
yang dicapai kini haruslah dihayati dan dipelihara oleh segenap
lapisan masyarakat. Sebagai yang kita maklum, kerajaan telah
melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara. Sebagai generasi
baru pewaris negara, kita sepatutnya menyertai program ini secara
rela hati tanpa berdolak-dalik dengan memberi alasan yang tidak
munasabah. Selain itu, tanyalah diri apakah sumbangan kita dalam
memajukan negara. Kita seharusnya berusaha dengan mengangkat
martabat bangsa di seluruh pelosok dunia agar kita dapat duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.
Di samping itu, generasi muda haruslah memainkan peranan dengan
memenuhkan dada dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat agar dapat
mencapai wawasan 2020. Tambahan pula, tugas menaikkan dan
memartabatkan negara terletak di tangan generasi muda yang akan
mewarisi tonggak kepimpinan pada masa akan datang. Penjajahan
sejak ratusan tahun dahulu telah menyebabkan Malaysia menjadi
sebuah negara mundur yang sering ditindas. Walaupun pelbagai
pembangunan telah dilakukan di negara ini, namun keterbatasan
dalam memimpin negara tetap ada sehingga rakyat kekal mundur.
Menyedari hakikat itu, rakyat Malaysia mula bangkit untuk
mencapai kemerdekaan.

Oleh itu, muncullah pemimpin berhati cekal seperti Dato’ Onn


Jaafar dan Tun Tan Cheng Lock yang mengusulkan kemerdekaan.
Rundingan mengusulkan kemerdekaan ini diadakan dengan

292
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mengambil kira penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada


pelbagai kaum. Semua kaum mengemukakan cadangan mereka
melalui pemimpin tertinggi parti politik yang mereka anggotai.
Terdapat tiga buah parti politik besar yang mewakili setiap kaum
iaitu UMNO untuk penduduk Melayu, MCA untuk penduduk
Cina dan MIC untuk kaum India. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei
1946 di Kuala Lumpur dan presiden pertamanya ialah Dato’ Onn
bin Jaafar. Persatuan Cina Malaya atau MCA ditubuhkan pada 27
Februari 1949. Presiden pertama MCA ialah Tun Tan Cheng Lock.
MCA ditubuhkan adalah untuk melindungi hak-hak dan kepentingan
ekonomi, sosial dan politik kaum Cina di Tanah Melayu. MCA juga
bermatlamat untuk bekerjasama dengan masyarakat Melayu untuk
mencapai kemerdekaan. Manakala Kongres India Malaya iaitu
MIC ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan Presiden pertamanya ialah
John Tivy. MIC juga mempunyai hala tuju untuk menyampaikan
pendapat-pendapat kaum India kepada kerajaan. Kemudian, tokoh-
tokoh seperti Tun V.T Sambanthan pula mewarisi impian tersebut
sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kewibawaan
Tunku Abdul Rahman haruslah dihayati bersama kerana beliau
menuntut kemerdekaan tanpa ada pertumpahan darah yang berlaku.

Dalam usaha mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku


Abdul Rahman lebih banyak mengamalkan sikap tolak ansur
dan berkompromi dengan pihak British. Oleh sebab beliau lebih
mengutamakan keamanan dan kesejahteraan dan bukan darah dan
air mata. Tunku Abdul Rahman meletakkan kepentingan bangsa
dan negara melebihi kepentingan lain. Rundingan kemerdekaan
yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra bukanlah perkara
yang mudah. Rombongan ini bertungkus-lumus menuntut
kemerdekaan daripada pihak British. Rombongan merdeka akhirnya
pulang dengan penuh kemenangan. Rombongan itu telah disambut
dengan jutaan harapan. Bandar Hilir Melaka adalah tempat untuk
mengumumkan tarikh keramat itu. Ini adalah untuk memberi
penghormatan terhadap lahirnya hulubalang-hulubalang Melaka
yang terbilang iaitu Hang Tuah. Ketibaan rombongan itu disambut
oleh 100,000 rakyat yang inginkan kemerdekaan sejak dahulu lagi.

293
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Di padang Bandar Hilir Melaka iaitu Tunku Abdul Rahman Putera


akan mengumumkan tarikh kemerdekaan kepada semua rakyat jelata
tanpa mengira kaum dan agama. Beberapa surat telah ditandatangani
sebagai membuktikan Tanah Melayu akan terhindar daripada
cengkaman penjajah.

Nah, hari ini telah mencapai 50 tahun kemerdekaan, Malaysia


telah bangkit daripada kepayahan masa silam hingga gah di mata
dunia! Semangat “Malaysia Boleh” yang diterapkan mantan
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyaksikan
satu pencapaian luar biasa bagi rakyat Malaysia di pentas dunia.
Rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia
setanding dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di
dunia dan tidak lagi setakat menjadi jaguh kampung. Kejayaan
dan kegemilangan yang dicapai Malaysia tidak lagi setakat
menjadi jaguh kampung. Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai
Malaysia tidak perlu diragui lagi. Sekarang kita sudah gah di mata
dunia. Buktinya sudah ada anak Malaysia yang mengibarkan
Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest. M. Magendran dan
N. Mohandas anak Malaysia yang berani mempertaruhkan nyawa
dengan mendaki Gunung Everest semata-mata ingin mengharumkan
nama Malaysia. Kedua-dua wira ini telah berjaya menawan puncak
pada 23 Mei 1997. Pada tahun 1999 pula Datuk Azhar Mansor telah
mengelilingi dunia secara solo hanya dengan menggunakan kapal
layar Jalur Gemilang dan seorang lagi anak kampung iaitu Datuk
Abdul Malik Mydin telah berenang merentasi Selat Inggeris sejauh
328 kilometer pada Ogos 2003.

Melalui slogan keramat “Malaysia Boleh” itu juga rakyat


Malaysia bakal menyaksikan satu lagi kejayaan luar biasa apabila
ada rakyat Malaysia menjadi angkasawan ke angkasa lepas.
Agensi Angkasa Negara (NSA) giat meneliti kriteria-kriteria
yang perlu ada pada seorang angkasawan. Buktinya kini telah
ada dua orang rakyat Malaysia yang akan menjejakkan kaki ke
angkasa lepas. Mereka kini dalam persiapan untuk persediaan semasa
di sana nanti. Selain itu, pemimpin kita telah berjaya mengubah

294
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian


yang tumbuh dengan begitu pesat dan disasarkan akan menjadi negara
maju menjelang 2020. Jika dahulu kita sentiasa ditindas dan dihalang
menerokai bidang baru tetapi kini sesiapa sahaja bebas menerokai
dan mempelajari pelbagai bidang yang berteraskan pengetahuan
sains dan teknologi. Dalam menuju kemajuan kehidupan seharian,
matlamat wawasan 2020 turut menekankan nilai-nilai agama bagi
mewujudkan keseimbangan antara keperluan hidup dan rohaniah.

Slogan keramat itu juga telah menyaksikan kemunculan satu


demi satu anak Malaysia tampil menyatakan kesanggupan mereka
untuk mengharungi cabaran yang sebelum ini dilihat mustahil
untuk melakukannya. Kejayaan Malaysia juga bukan sahaja pada
pembangunan negara bahkan jelas terlihat kecemerlangan Malaysia
dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan ekonomi, politik
dan sukan.

Dalam arena sukan, Malaysia berupaya menganjurkan pelbagai


acara sukan berprestij pada peringkat dunia seperti Sukan Komanwel
1998. Anak bangsa kita iaitu Nicol Ann David telah mencipta
nama di arena skuasy dengan menjadi ratu skuasy dunia. Dia
telah menewaskan peserta-peserta dari negara-negara yang pernah
menjajah kita dahulu. Kita dapat melihat kemenangan beliau sedikit
sebanyak membantu Malaysia terkenal di pentas dunia sekali gus
menolak gangguan anasir luar. Malaysia juga boleh dianggap setaraf
dengan negara maju kerana sudah mempunyai bangunan pencakar
langit tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas, Litar
Lumba F1 tercanggih di dunia, iaitu Litar F1 Sepang, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bandar pintar Cyberjaya,
Putrajaya dan banyak lagi monumen fizikal yang meletakkan
Malaysia di peta dunia.

Kemampuan Malaysia menganjurkan perlumbaan kereta F1


buat pertama kali pada 1999 telah menaikkan profil Malaysia di
mata dunia. Selain itu, Malaysia turut diberi kepercayaan dalam
menganjurkan persidangan utama dunia termasuk Sidang Kemuncak

295
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Persidangan Negara-


Negara Berkecuali (NAM). Jurutera tempatan juga telah mencatat
sejarah apabila berjaya menghasilkan satelit buatan Malaysia iaitu
RazatSat. Negara Malaysia juga telah menjadi pengeksport yang
dikenali dunia dan tidak lagi bergantung pada semua barangan
luar negara. Pada tahun ini iaitu tahun 2007 kita sekali lagi dapat
melihat perkembangan Malaysia. Sebuah roda gergasi telah dibina
iaitu “Eye On Malaysia”. Ini adalah sebagai tarikan bagi pelancong
asing untuk datang ke Malaysia dan melihat keindahannya. Tetapi
kejayaan sebenar formula Malaysia bukanlah terletak pada jumlah
prasarana fizikal atau jumlah penganjuran acara dunia. Kejayaan
sebenarnya ialah menyatukan rakyat Malaysia yang berjumlah 20
juta penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan
budaya untuk bersatu menggembleng tenaga membina negara tanpa
wujud perasaan curiga antara satu sama lain dan inilah yang patut
kita banggakan dan uar-uarkan kepada dunia kerana tiada negara
di dunia ini mampu mensimulasikan apa yang ada di Malaysia hari
ini.

Semangat Malaysia Boleh! merupakan suatu revolusi mental


rakyat Malaysia dan pembakar semangat kepada semua untuk
melakukan apa yang dianggap mustahil. Bukti jelas ialah keupayaan
kita untuk keluar dari belenggu kemelesetan ekonomi yang
melanda dunia dengan kadar yang mengagumkan semua pihak.
Ramai penganalisis ekonomi menyatakan tentang keraguan kaedah
Malaysia pada awalnya tetapi mengubah pandangan mereka apabila
keupayaan mencatatkan pertumbuhan purata KDNK 4% untuk tahun
1999 jauh mengatasi nilai jangkaan 1%. Komitmen masyarakat
Malaysia dalam menyahut aspirasi Malaysia Boleh! ditunjukkan
dengan begitu bersemangat apabila hampir 2.1 juta warga Malaysia
bersama-sama “Berjalan untuk Negara” sebagai tanda sokongan
terhadap penawaran kita untuk menganjurkan sukan kedua terbesar
di dunia iaitu Sukan Asia. Inilah hasilnya Formula Malaysia, satu
formula yang mengambil masa selama 42 tahun untuk membinanya.
Kami rakyat Malaysia yang bersatu padu, harmonis, berjiwa kental
dan berdiri sendiri mencapai wawasan 2020.

296
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kejayaan Malaysia kini bukan dapat dicapai dengan mudah.


Segala penderitaan dan keperitan terpaksa dihadapi untuk kita
berjaya sebegini. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang
bernaung di bawahnya haruslah mengekalkan kejayaan dan
kegemilangan Malaysia agar negara dapat mengejar arus dunia
berteknologi. Untuk mengekalkan kejayaan ini semua pihak haruslah
memainkan peranan. Pihak kerajaan haruslah membasmi kemasukan
pendatang tanpa izin. Kemasukan pendatang tanpa izin ini akan
menghakis dan menghalang kemajuan Malaysia. Pengambilan
tenaga asing yang tiada henti akan menyebabkan tenaga tempatan
seperti remaja tidak lagi berpeluang mendapat tempat di sektor-
sektor pekerjaan pada masa akan datang. Selain itu, atlet-atlet
negara haruslah mempertingkatkan lagi keupayaan mereka agar
kejayaan dapat dicapai. Dengan pencapaian yang terbaru, kejayaan-
kejayaan dahulu akan sentiasa diingati oleh dunia luar. Pemimpin-
pemimpin haruslah berusaha memajukan negara dalam sektor-
sektor perindustrian, perdagangan dan lain-lain. Kemajuan ini dapat
membina kejayaan-kejayaan baru sekali gus tidak menjatuhkan
reputasi kemajuan yang terdahulu.

Sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan negara


berpanjangan kita haruslah mempertahankan kemerdekaan yang
telah diperjuangkan oleh pejuang dahulu. Kita haruslah menerapkan
dalam diri masing-masing semangat kemerdekaan agar negara kita
tidak menjadi seperti dahulu yang dimonopoli oleh penjajah durjana.
Selain itu, kita juga harus mengekalkan kegemilangan dan kejayaan
Malaysia agar generasi akan datang dapat mengenali Malaysia
dengan lebih mendalam dan dapat melihat kejayaan-kejayaan
Malaysia. Oleh itu, berbanggalah kerana semua ini adalah kerana kita
memiliki pemimpin yang berpandangan jauh dan sentiasa berusaha
memajukannya.

297
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rujukan

1. Empat Dasawarsa (Sejarah & Kejayaan Malaysia)

2. E-media (NSTP)

3. Tunku Abdul Rahman (Siri Tokoh-tokoh)

4. Penubuhan Malaysia.

298
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Nor Amaleena Binti Mohamad
SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang

K ebelakangan ini, nama Malaysia sering meniti di bibir


masyarakat seluruh dunia. Apabila disebut nama Malaysia
seantero masyarakat dunia mengenalinya. Walaupun negara kita
baru sahaja bebas dari cengkaman penjajah selama 50 tahun,
Malaysia telah membangun dengan begitu gah sehingga boleh
berdiri sebaris dengan negara-negara maju lain di Asia Tenggara.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa negara kita telah menjadi
lebih maju daripada negara-negara lain yang terlebih dahulu
mencapai kemerdekaan. Selain itu, negara kita juga telah menjadi
satu-satunya negara di rantau Asia yang menuntut kemerdekaan
tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah. Dari situ, ketokohan
pemimpin terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul
Rahman dapat dilihat. Hal ini membuktikan Malaysia atau
lebih dikenali sebagai Tanah Melayu suatu masa dahulu mampu
melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber, jitu dan
berwawasan sejak dahulu lagi. Oleh itu, tidak hairanlah jika negara
kita semakin maju dari hari ke hari hasil terajuan Perdana Menteri-
Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul
Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketokohan pemimpin-pemimpin
ini tidak dapat disangkal lagi. Jika tidak, masakan Malaysia
menjadi satu-satunya negara di dunia yang masyarakat majmuknya

299
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

hidup dalam suasana harmoni dan saling membantu. Malaysia


juga amat mengutamakan perpaduan dan mementingkan hak asasi
manusia. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Malaysia menentang
keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan.

Bagi menunjukkan penentangan terhadap dasar yang


membezakan taraf penduduk mengikut warna kulit itu, Malaysia
tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Afrika
Selatan sehingga undang-undang itu dihapuskan oleh Afrika
Selatan. Selain mementingkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat, Malaysia juga berusaha memelihara keamanan dunia
dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan piagam-
piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara kita
tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah
diambil oleh PBB untuk mengekalkan keamanan dunia. Terdapat
pelbagai faktor yang membantu memperkenalkan nama Malaysia di
mata dunia. Pemimpin-pemimpin negara kita telah banyak berusaha
bagi memastikan negara kita berkembang pesat setanding dengan
negara-negara membangun lain. Hal ini kerana setelah negara
mencapai kemerdekaan, negara kita telah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti
Australia dan New Zealand.

Memandangkan ketika itu pertahanan Malaysia belum cukup


teguh, negara kita banyak bergantung pada kuasa barat seperti
mengharapkan modal dan juga pasaran dari Britain dan Amerika
Syarikat bagi menggalakkan pelaburan asing dalam meningkatkan
ekonomi negara serta peluang pekerjaan di negara kita. Walau
bagaimanapun, pada tahun 1982, Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang menjadikan
Korea Selatan dan Jepun sebagai model dalam menggalakkan
rakyat Malaysia menerima pakai nilai-nilai positif yang diamalkan
oleh masyarakat di negara itu yakni semangat mencintai negara,
kesungguhan dalam pekerjaan, dan etika pengurusan pekerjaan
yang baik. Pemimpin negara kita berusaha bersungguh-sungguh
memastikan ekonomi negara berkembang pesat di samping

300
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

memastikan rakyat negara kita menerapkan nilai mencintai negara


dalam diri masing-masing.

Pada peringkat awal kemerdekaan, negara kita telah bergiat aktif


dalam pelbagai pertubuhan dalam memastikan Malaysia dikenali
di arena antarabangsa di samping membantu mempertingkatkan
perkembangan negara-negara sedunia. Hal ini jelas dibuktikan
melalui penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) atas
cadangan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman
yang telah banyak membantu dalam perkembangan negara-negara
Islam di dunia, Tunku Abdul Rahman yang mula-mula mencadangkan
OIC yang pertama pada tahun 1971 yakni hanya 14 tahun selepas
kemerdekaan Malaysia.

Hal ini membuktikan kepimpinan beliau diyakini sehingga beliau


diberi jawatan tersebut walaupun baru 14 tahun memimpin negara
ketika itu. Pertubuhan yang bermatlamat mengeratkan hubungan
sesama negara Islam dalam semua bidang ini dianggotai oleh 57 buah
negara di awal penubuhannya. Pertubuhan ini banyak memberikan
bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah.
Antara bantuan yang diberikan oleh OIC ialah menghantar pasukan
perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan memandangkan
negara-negara itu sering menghadapi peperangan.

Melalui OIC, masyarakat seluruh dunia mula membuka mata


akan kebolehan Malaysia lebih-lebih lagi apabila negara kita
menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan antara Iran-
Iraq yang sekali gus membuktikan negara kita mencintai keamanan.
Selain OIC, Malaysia juga telah menjadi Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM) pada tahun 1970 setelah berlakunya pertukaran
dasar luar Malaysia daripada anti-komunis kepada dasar berbaik-
baik dengan semua negara. Perjuangan NAM adalah berteraskan
beberapa prinsip seperti tidak campur tangan dalam hal ehwal
sesebuah negara dan juga penghormatan terhadap hak asasi dan
kedaulatan sesebuah negara. Ketika sidang kemuncak NAM ke-7,
Malaysia telah mengemukakan beberapa isu iaitu berkenaan isu

301
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Palestin, kerjasama ekonomi dan isu benua Antartika. Malaysia juga


telah diberikan kepercayaan menjadi Naib Presiden dalam sidang
kemuncak NAM selain dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang
membincangkan isu kerjasama politik negara-negara anggota. Pada
tahun 2003 pula, Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak NAM
ke-13 di Kuala Lumpur yang mencatatkan kejayaan di mana dua
negara anggota baru didaftarkan selain pernyataan bersama berkenaan
kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Palestin
telah dikeluarkan. Selain OIC dan NAM, Malaysia juga telah
menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada
tahun 1957 sejurus selepas mencapai kemerdekaan. Sepanjang
menyertai PBB, Malaysia telah menyertai pasukan pendamai di
bawah panji-panji PBB yang bermatlamat menamatkan perang
saudara di Congo pada tahun 1960 dan menghantar pasukan
pengaman ke Bosnia pada tahun 1990-an. Pada Jun 1987, Perdana
Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua Persidangan
Penyalahgunaan Dadah di Vienna. Melalui pertubuhan-pertubuhan
yang disertai Malaysia seperti OIC, NAM dan PBB ini, Malaysia
telah berjaya mengangkat namanya sebaris dengan negara-negara
membangun yang lain ketika itu.

Selain penyertaan aktif negara kita dalam pertubuhan-pertubuhan


dunia, negara kita juga dikenali melalui pelbagai kejayaan yang
ditempa oleh rakyat-rakyatnya. Kejayaan demi kejayaan yang
telah dicatat oleh mereka telah memartabatkan negara kita di
mata dunia selain menjadi bahan bualan masyarakat global. Pada
12 Mei 2004, dua orang pelajar Universiti Teknologi MARA
(UiTM) iaitu Ahmad Reduan dan Muhammad Muqharrabin
mencatatkan kejayaan membanggakan apabila berjaya menawan
puncak Gunung Everest. Mereka menjadi pelajar universiti pertama
di Asia Tenggara berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung
Everest dan kumpulan kedua menapak kaki ke puncak tertinggi
dunia itu selepas kejayaan pendaki negara M. Mohandas dan
N. Magendran yang berjaya melakukannya pada 23 Mei 1997.
Dua anak muda ini begitu bulat hati dan tabah melaksanakan misi
mereka walaupun ketika pendakian mereka, angin bergerak dengan

302
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

kelajuan 120 hingga 200 km sejam. Tekad dan usaha dua anak muda
ini meneruskan misi mereka walaupun dalam keadaan serba sukar
telah membuktikan pemuda-pemudi Malaysia mampu menjadi
tunggak harapan dalam memimpin negara kelak. Selepas kejayaan
dua pemuda yang mengamalkan pepatah “Di mana ada kemahuan
di situ ada jalan”, nama negara sekali lagi diharumkan dengan
kejayaan yang dicapai oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina yang
melalui ekspedisi 1100 km merentasi Antartika dengan kaedah
‘ski sailing’ selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga
melepasi garisan penamat di Hercules Inlet. Kejayaan beliau menjadi
lebih bermakna apabila pihak Ekspedisi dan Logistik Antartika
(ALE) iaitu badan yang mengurus dan mengendalikan ekspedisi
tersebut turut mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan rekod
pendakian selama 24 hari yang dicatatkan sebelum beliau
memecahkan rekod pendakian selama 24 hari yang dicatatkan
sebelum beliau. Selain kejayaan bersifat ekspedisi, rakyat
Malaysia juga sering diberi pengiktirafan atas kecemerlangan
akademik mereka. Najmil Mohamed Aris, pelajar Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) menjadi pelajar
Malaysia pertama membentangkan kajian ‘Micro Machine
Process’ kepada anggota Parlimen United Kingdom di London.
Lebih membanggakan, anak muda ini telah memenangi anugerah
The Best Research of Good Prospect hasil kajiannya berkenaan
proses mikro dan kejuruteraan nano. Hasil daripada pembentangannya
selama 15 minit itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden
menawarkan Najmil peluang untuk membentangkan hasil
kajiannya di House of Common, bakal menjadi rakyat Malaysia
termuda memiliki Ph.D. Najmil telah menolak ganjaran tinggi
yang boleh didapati di United Kingdom apabila memilih untuk
berbakti di negara sendiri bak kata pepatah “Hujan emas di negara
orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri”.
Selain daripada kejayaan membanggakan beliau, seorang lagi anak
Malaysia yang mencatatkan kejayaan yang telah mengharumkan
nama Malaysia ialah Melati Abdul Hamid yang memenangi
anugerah pembahas terbaik dalam debat undang-undang
universiti seluruh dunia di Amerika Syarikat. Pertandingan itu

303
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

juga menyaksikan Melati dan rakan sepasukannya yang terdiri


daripada Siti Aliza Alias, Esma Mohamad Yunus, Fadiah Nadwa
Fikri dan Ng Noon Ka meraih tempat naib juara.

Selain kejayaan dalam bidang akademik, Malaysia juga


sering melahirkan atlet-atlet yang melakar sejarah di arena sukan
antarabangsa. Antara atlet kelahiran Malaysia yang sedang
mengungguli persada sukan antarabangsa ialah Nicol Ann David.
Nama anak muda ini tidak lekang di kalangan penggemar sukan
skuasy di serata dunia. Kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan
oleh beliau sangat membanggakan sehingga telah bergelar pemain
nombor satu dunia. Walaupun bergiat aktif dalam skuasy, ratu
skuasy negara ini juga cemerlang dalam pencapaian akademik. Hal
ini dibuktikan melalui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
beliau yang cemerlang walaupun kebanyakan masanya dihabiskan
di gelanggang skuasy. Melalui pencapaian-pencapaian ini, jelas
sekali rakyat Malaysia memainkan peranan yang dominan dalam
memastikan nama Malaysia terus harum di mata dunia.

Selain hasil usaha pemimpin dan kecemerlangan rakyat,


terdapat satu lagi faktor yang membantu meningkatkan martabat
Malaysia di mata dunia yakni bidang pertaniannya. Sektor pertanian
di Malaysia merupakan salah satu di antara sektor yang berkembang
dengan pesat. Antara tanaman yang sering menjadi tumpuan ialah
kelapa sawit. Hal ini dibuktikan apabila republik Benin yang
merupakan salah satu wilayah Afrika menyatakan kekagumannya di
atas kejayaan Malaysia menjadikan kelapa sawit sebagai komoditi
pertanian utama negara. Presidennya, Dr. Thomas Boni Yayi yang
mengetuai delegasi Benin mengunjungi ibu pejabat MPOB bagi
meninjau lebih dekat kemajuan industri sawit di Malaysia sambil
menyatakan minat untuk berkongsi kepakaran penyelidikan negara
kita bagi memajukan industri yang sama di negaranya. Hal ini jelas
menunjukkan industri pertanian kita berkembang dengan begitu
pesat sehingga mendapat perhatian dari negara-negara luar.

304
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sebagai intiha, terdapat pelbagai faktor yang membantu


mengharumkan nama Malaysia di seluruh pelosok dunia. Walaupun
baru 50 tahun mengecap nikmat kemerdekaan, Malaysia bangun
dengan gagah dan pesat bagi melahirkan warga yang proaktif dan
berdaya saing yang banyak memberikan sumbangan kepada tanah air
yang tercinta. Kini, di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, sudah pasti perubahan sikap dan anjakan paradigma rakyat
ke arah masyarakat positif akan dapat dicapai sekali gus menjadikan
Malaysia bertambah maju dan semakin disegani masyarakat dunia
berpadanan dengan slogan yang sering dilaungkan oleh Perdana
Menteri kita, “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Walaupun
begitu, bagi memastikan keamanan, keharmonian dan kemajuan
ini berkekalan, semua pihak harus berusaha menyematkan kejituan
dan menjana semangat perpaduan dalam diri masing-masing. Jika
inisiatif semua pihak dijana, saya pasti, negara kita pasti akan
terus disanjung dan dihormati seiring dengan wawasan 2020 yang
insyallah dicapai kelak kerana bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat.

Rujukan

1. Ulang kaji Total SPM Sejarah

2. Buku teks sejarah Tingkatan 5

3. www.pustaka.usm.my.docushare

4. www.beritaharian.com.my

5. www.fizik.edu.my

6. www.research.ukm.my

305
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT Malaysia
Nur Abidah Binti Kasman
SMK Seri Tulang, Temerloh, Pahang

M alaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat


pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta kepercayaan yang
berbeza. Oleh itu, perpaduan negara adalah merupakan matlamat
penting dalam setiap dasar yang diperuntukkan sama ada dalam
bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan
terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan
kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan
berlaku rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam


penyusunan setiap strategi pembangunan. Hal ini bagi memastikan
negara Malaysia mampu mengekal dan mempertahankan
kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Selain itu tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan
supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju serta mewujudkan
suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam pendidikan,
keharmonian masyarakat yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah
dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rukun Negara merupakan tonggak tatasusila rakyat Malaysia


dan ideologi kebangsaan Malaysia. Sebagai falsafah negara,

307
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rukun Negara dapat disamakan dengan Pancasila negara Indonesia.


Pancasila merupakan perkataan Sanskrit bermaksud lima rukun.

Proses penggubalan Rukun Negara bermula sebaik sahaja


berlakunya rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman
Negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis
Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara.
MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara
yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak
dipertanggungjawabkan untuk merangka falsafah nasional tersebut
sehingga menjadi seluruh rakyat Malaysia.

Semangat yang terkandung melalui lima prinsip Rukun Negara,


kini semakin dilupakan khusus di kalangan generasi muda. Oleh
itu, tidak keterlaluan jika kita katakan tidak semua orang mampu
mengingati lima prinsip itu apabila ditanya mengenainya. Ini terbukti
berdasarkan kajian kerajaan ke atas lebih 1000 anggota masyarakat
berusia dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun, tahun lalu mendapati
kurang 20 peratus daripada mereka mampu menyatakan kandungan
Rukun Negara sepenuhnya. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan,
tidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya
terkandung semangat yang menerapkan nilai murni ke arah
pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa
dan budaya.

Rukun Negara menyatakan bahawa negara kita mendukung


cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih bererti dalam
kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup
demokratik, mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan
yang kaya dan berbagai-bagaicorak dan membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

308
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Objektif pertama ialah mencapai perpaduan yang lebih erat.


Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk
satu bangsa dan negara di mana menganggap diri mereka sebagai
rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-
masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan
berbagai-bagai persoalan yang wujud. Ini berlaku kerana wujud
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Walaupun wujud unsur-
unsur perbezaan, hal ini tidak menghalang bagi membentuk satu
bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum
menunjukkan tanda kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

Seterusnya yang kedua ialah memelihara satu cara hidup


demokratik. Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi
dan kebebasan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang
Negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak
boleh disalahgunakan dengan melakukan demokrasi untuk membakar
perasaan perkauman atau memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku
sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan
negara mestilah dibela dan negara hendaklah diutamakan lebih
daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak
ketenteraman negara akan terancam.

Objektif yang ketiga pula ialah semua anggota masyarakat


mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan
negara. Masyarakat akan aman di negara ini jika kekayaan negara
dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini
pihak yang terlibat dibantu supaya mereka mempunyai peluang
yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain. Matlamat yang
kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap
yang lain.

Objektif yang keempat pula ialah akan dapat membentuk satu sikap
yang liberal. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat
resam dan kebudayaan masing-masing serta perpaduan negara. Negara
kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan
adat resam kerana terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.

309
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Walaupun wujud perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah


bercita-cita tinggi kerana berlainan budaya itu boleh menguntungkan
dan menjadi sumber kekuatan negara Malaysia.

Selain itu, kita juga boleh membina sebuah masyarakat


progresif. Kita perlulah bercita-cita hendak mewujudkan sebuah
masyarakat progresif bagi mencapai kemajuan di bidang sains dengan
perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era
globalisasi. Dunia kini telah mengalami perubahan-perubahan yang
begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu
masyarakat yang bergerak maju sejajar dan seiring dengan teknologi
yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Sesungguhnya, peristiwa hitam yang menimpa negara pada tahun


1969 yang dipanggil sebagai peristiwa 13 Mei telah menyedarkan para
pemimpin negara bahawa suatu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan
sebagai pegangan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira
fahaman politik, anutan agama, bangsa dan keturunan. Justeru,
lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya. Kelima-lima
prinsip Rukun Negara dirangka berdasarkan keperluan nasional dan
rupa bentuk komposisi penduduk negara kita.

Prinsip pertama, kepercayaan kepada Tuhan bersifat universal dan


menuntut agar setiap warga menganuti kepercayaan agamanya sendiri.
Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh
kepada Tuhan. Melalui kepercayaan ini akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam


ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi ada kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di
dalam Perlembagaan Persekutuan dan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama
sekali. Seperti mana yang dimaklumi, setiap agama dan kepercayaan
menganjurkan nilai-nilai ke arah kebaikan.

310
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan


pentingnya agama dan kepercayaan kepada manusia. Ketiadaan
agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu
bangsa. Oleh itu, pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing berdasarkan prinsip pertama
dalam Rukun Negara.

Justeru, tujuan sebenar di sebalik prinsip pertama Rukun Negara


ini adalah untuk mencipta masyarakat yang mempunyai pegangan kuat
terhadap ajaran agama masing-masing. Sebagai tonggak tatasusila
rakyat Malaysia Rukun Negara juga menetapkan rakyat perlu
menumpahkan taat setia yang sepenuhnya kepada raja dan negara
melalui prinsip keduanya, iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan negara.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan


Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara selaras dengan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong sebagai Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap


warganegara hendaklah menumpukan seperti ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula,
rakyat dikehendaki patuh kepada raja yang memerintah negara tempat
mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada rajanya.

Sebagai negara yang mengamalkan dasar demokrasi berparlimen,


rakyat dituntut agar melafazkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi
kepada raja yang menjadi naungan setiap rakyat dan juga simbol
perpaduan negara. Malaysia menjadi tempat setiap warga berteduh
serta mencari nafkah hidup.

Prinsip ketiga pula, iaitu keluhuran perlembagaan bermaksud


Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tubuh
negara yang harus disanjung dan dipatuhi oleh semua masyarakat
pada setiap masa.

311
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Prinsip ini menekankan supaya rakyat menerima, mematuhi dan


mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara
yang merupakan sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara
Malaysia perlulah menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan perlembagaan
negara ini.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan


semua kaum dan semua pihak di negara ini serta merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan
pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara
Malaysia. Sekiranya rakyat gagal mematuhi undang-undang, maka
akan porak-perandalah negara kita.

Prinsip keempat yang tidak kurang pentingnya adalah kedaulatan


Undang-undang yang membawa maksud sebagai sebuah negara
merdeka dan kita bebas menentukan haluan kita sendiri. Rakyat
bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa
didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Kita harus
menolak sebarang campur tangan asing dalam pentadbiran negara
kita. Sehubungan dengan ini, setiap warganegara bertanggungjawab
memastikan undang-undang negara tidak dilanggar oleh mana-
mana pihak luar sama ada orang perseorangan mahupun secara
;berkumpulan. Rakyat dituntut menghormati undang-undang
dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
Tegasnya, negara kita adalah menjadi tanggungjawab kita dalam
mempertahankannya.

Di sini sekali lagi rakyat diseru agar bersedia mempertahankan


kedaulatan dan kemerdekaan negara apabila keadaan memerlukan.
Rakyat akan hidup dalam keadaan aman apabila kedaulatan undang-
undang terpelihara.

312
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sementara prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan


bermaksud setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan sikap
terpuji yang bersesuaian dengan amalan budaya masing-masing.
Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila kerana perkara
ini merupakan nilai murni yang melambangkan keperibadian
seseorang individu. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan budaya. Justeru, terdapat unsur-unsur kepelbagaian dalam
amalan kebudayaan. Walaupun demikian, setiap warga dikehendaki
menunjukkan perilaku yang sopan dan bertatasusila dalam kehidupan
seharian. Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang
harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong


pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 antara lain
bertujuan supaya rakyat dapat hidup dengan muhibah, bersatu
padu, saling memahami dan menghormati antara satu sama
lain. Berdasarkan semangat Rukun Negara juga lahirnya Dasar
Ekonomi Baru yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan
menghapuskan kemiskinan serta memelihara keselamatan negara.
Dasar yang masih diguna pakai sejak lebih tiga dekad itu juga yang
menjadi teras pembangunan negara dalam semua bidang. Ia adalah
asas kepada keutuhan dalam membangunkan negara, melindungi
perpaduan dan kestabilan. Paling penting, Rukun Negara mampu
menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat
pelbagai agama serta budaya. Atas pegangan prinsip inilah rakyat
majmuk dapat hidup aman, damai dan harmoni.

Kita telah melihat bagaimana pentingnya semangat dan falsafah


Rukun Negara kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan rakyat
dan Negara Malaysia. Justeru, setiap rakyat perlu menghayatinya.
Bagi memastikan kita tidak melupakan semangat itu, memang wajar
ikrar Rukun Negara dibaca pada setiap majlis rasmi, perhimpunan
jabatan dan agensi kerajaan. Kempen peringkat nasional selama
lima tahun bagi menyemarakkan penghayatan Rukun Negara itu
akan dilancarkan pada satu masa yang akan ditetapkan. Kempen itu
sepatutnya diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat, tidak

313
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja. Agensi swasta, badan


politik, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi juga
perlu melakukan usaha sama ada dalam menghayati Rukun Negara.
Kita mahu Rukun Negara bukan sekadar di ikrar pada bibir sahaja,
tanpa penghayatan terhadap semangat dan tujuan ia diperkenalkan
35 tahun lalu.

Semangat Rukun Negara perlu diteruskan kerana sangat relevan


dalam mendepani cabaran kini dan masa depan, sama ada dari dalam
atau luar negara. Dengan berpegang teguh kepada prinsip itu, kita
mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh dan
berwibawa bagi menghadapi apa sahaja cabaran. Di samping itu juga
dapat mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.
Sikap sebegini memberi contoh kepada generasi yang akan datang.

Rumusannya, Rukun Negara sebagai suatu falsafah nasional


haruslah dihayati dan diamalkan oleh setiap rakyat sesuai dengan
tatasusila dan norma masyarakat kita tanpa sebarang unsur paksaan.

Rujukan

1. http://ms.wikipedia>orf/wiki/Rukun_Negara

2. http://www.darulnuman.com

3. http://www.bernama.com

4. http://www.JPNIN.gov.my

5. Utusan Malaysia, 10 Disember 2005

6. Berita Harian, 10 Disember 2005

314
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Wan Nadzirah Binti Wan Hassan
SMK Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu

P eristiwa kemerdekaan di Tanah Melayu bermula dari peristiwa


rombongan Parti Perikatan ke London untuk merundingkan hal
kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Rombongan itu diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman dan terdiri daripada empat orang wakil Raja-
Raja Melayu dan empat orang wakil parti Perikatan. Rundingan
tersebut berlangsung selama hampir tiga minggu bermula dari
18 Januari hingga 8 Februari 1956. Melalui Perjanjian London,
tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos
1957. Rombongan kemerdekaan kembali ke Tanah Melayu pada
20 Februari 1956 dan disambut dalam satu perhimpunan yang besar
di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

Tanggal 31 Ogos 1957, maka terciptalah satu sejarah yang amat


bermakna bagi seluruh rakyat Tanah Melayu. Pada tarikh inilah
seluruh negara termasuklah rakyat di bandar mahupun di ceruk
desa meraikan hari kemerdekaan Tanah Melayu setelah dijajah
beratus-ratus tahun lamanya. Laungan keramat iaitu ‘Merdeka’
amat dinantikan mereka dengan harapan Tanah Melayu terus kekal
merdeka dan aman. Akhirnya, tepat pukul 12.00 tengah malam
pada 31 Ogos, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan ‘Merdeka’
sebanyak tujuh kali dan disambut oleh seluruh rakyat yang berkumpul
di Dataran Merdeka. Serentak itu, bendera Union Jack diturunkan

315
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan megah dan perasaan


yang gembira. Dataran Merdeka yang pada hari ini sebenarnya siap
dibina hanya sehari sebelum tarikh keramat tersebut.

Era penjajahan oleh kuasa asing seperti Portugis, Belanda,


British, Jepun kembali semula kepada British akhirnya Tanah Melayu
berjaya membebaskan rakyat daripada dibelenggu oleh penjajah.
Sebagai iktibar, pemerintahan Jepun telah memperlihatkan kepada
kita pada hari ini bahawa penyeksaan yang amat pedih oleh tentera
Jepun kepada rakyat tempatan. Contohnya, pembunuhan tanpa usul
periksa, kekurangan bekalan makanan, dan keselamatan terancam
walaupun berada di negara sendiri. Betapa seksa dan peritnya
nenek moyang kita menjalani kehidupan sebelum mengecap
kemerdekaan.

Malaysia pada awal kemerdekaan memang sukar untuk


digambarkan dengan keperitan yang dialami oleh pejuang
kemerdekaan kita sehinggalah apa yang kita kecapi pada hari ini.
Dari aspek infrastruktur jalan raya, bangunan dan kemudahan
pengangkutan sudah banyak berkembang daripada kosong hinggalah
pesat seperti sekarang. Pepatah ada mengatakan ‘harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Antara
nama-nama pejuang bagi kemerdekaan Tanah Melayu yang masih
lagi segar ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman, Mat Kilau, Tok
Janggut, Allahyarham Onn Jaafar dan ramai lagi.

Pada hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa


bersyukur dan berterima kasih kepada pahlawan tanah air yang
bermati-matian menentang musuh demi memastikan negara tercinta
bebas merdeka. Setelah 50 tahun Malaysia merdeka, negara telah
dipimpin oleh lima orang Perdana Menteri yang berwibawa bermula
dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman yang dikenali juga
sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, kemudian disusuli pula oleh
Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn
selaku Perdana Menteri yang ketiga. Seterusnya, negara ditadbir
dengan cemerlang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi

316
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Perdana Menteri keempat dan memerintah negara selama 21


tahun. Beliau juga digelar sebagai Bapa Pemodenan Negara kerana
telah banyak membangunkan Malaysia dari segala aspek sebelum
menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Perdana Menteri
Malaysia sekarang Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah
bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2003. Dato’ Seri Abdullah
banyak menekankan Islam Hadhari dan modal insan sebagai teras
kepimpinannya. Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’. Hal yang demikian kerana setiap agenda yang ingin
dilaksanakan mestilah bermula dari pucuk pimpinan yang adil dan
bijaksana. Usaha ini telah direalisasikan dengan memberi penerangan
tentang konsep Islam Hadhari kepada masyarakat luar dan dapat
diterima oleh semua pihak.

Selain itu, Malaysia telah banyak mengecap kejayaan demi


kejayaan di peringkat global malah terkenal di seantero dunia.
Antaranya ialah kejayaan Datuk Malik Maidin yang berjaya berenang
merentasi Selat Inggeris secara solo telah membuktikan bahawa
semangat Malaysia Boleh memang tebal dalam diri rakyat Malaysia.
Walaupun Malaysia nampak kecil di peta dunia, namun kejayaan ini
telah membuktikan kepada semua pihak bahawa Malaysia bukanlah
sebuah negara yang kerdil. Di samping itu, kejayaan Datuk Azhar
Mansor yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan menaiki
kapal layar amat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.
Dengan ini telah meletakkan nama beliau sebagai rakyat Malaysia
pertama mengelilingi dunia menggunakan kapal layar. Tambahan
lagi, wanita di negara ini juga telah membuktikan bahawa mereka
bukanlah golongan yang lemah dan sanggup meredah cabaran yang
getir. Sebagai contoh, Datin Paduka Sharifah Mazlina telah berjaya
menawan Kutub Utara secara solo. Bukan mudah untuk menghadapi
pelbagai cabaran di sana seperti ancaman Beruang Kutub dan suhu
yang sejuk melampau. Inilah dikatakan semangat wanita yang kental
walaupun berhadapan dengan masalah yang amat getir. Baru-baru ini,
satu ekspedisi belia untuk mengubah cara hidup mat rempit kepada
insan yang berguna telah mengharumkan nama negara kerana telah
berjaya menjalani aktiviti terjunan udara di Kutub Utara. Mereka

317
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

telah membuktikan bahawa golongan ini juga mampu memberi


sumbangan kepada negara dengan menyertai aktiviti seperti ini.

Selama 50 tahun ini juga Malaysia telah banyak berubah dari


segi infrastruktur dan perpaduan yang semakin erat. Pembangunan
infrastruktur semakin hari semakin pesat tidak kira di ibu kota
mahupun di desa. Sebagai contoh, pembukaan Putrajaya sebagai
pusat pemerintahan negara yang menggantikan Kuala Lumpur
telah memberi impak yang positif kepada negara. Keindahan dan
keunikan kawasan bandar Putrajaya telah berjaya menarik ramai
pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun. Kawasan
ini meliputi Pejabat Perdana Menteri, Masjid Putrajaya yang indah,
kediaman Perdana Menteri dan kediaman Timbalan Perdana Menteri
serta beberapa bangunan kementerian yang lain. Masjid Putrajaya
yang dilengkapi dengan kemudahan lif dan keselesaan tandas telah
menyebabkan ia adalah satu tempat untuk beribadat yang paling
selesa. Pelancong juga terpesona dengan kecantikan landskap
dan kebersihan dijaga dengan rapi. Terdapat juga pusat membeli-
belah yang besar di sini iaitu Pasar Raya Alamanda Putrajaya.
Pasar raya ini menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang
besar dan selesa untuk semua pengguna dan dilengkapi dengan ciri-
ciri keselamatan.

Selain itu, pembinaan Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar


Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia malah menjadi mercu tanda
Malaysia di mata dunia. Menara Kuala Lumpur adalah menara
yang tertinggi di Asia dan keempat tertinggi di dunia. Setiap rakyat
Malaysia pasti pernah menjejakkan kaki di sini dan merasai sendiri
pengalaman berada di puncak menara sambil menikmati keindahan
bandar raya Kuala Lumpur dengan menggunakan teropong yang
disediakan. Ini telah membuktikan kemajuan teknologi di Malaysia
telah berkembang pesat. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur adalah menara kawalan udara yang tertinggi di dunia
dan ia menjadi tumpuan pelancong dari seantero dunia dengan
kecanggihan teknologi terkini. Baru-baru ini lapangan terbang ini

318
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

telah memenangi tempat pertama dalam kategori 15 hingga 20


juta pelancong bagi tahun 2006. Ini telah membuktikan lapangan
terbang ini telah menjadi tumpuan pelancong dan salah satu
lapangan terbang yang tercanggih di dunia. Tambahan lagi, terdapat
akuarium terbesar di Asia iaitu Aquaria KLCC yang terletak di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur. Terdapat lebih 2000 spesies hidupan
laut dan darat dari seluruh dunia seperti ikan pari, ikan jerung dan
banyak lagi.

Malaysia sememangnya terkenal dengan keunikan rakyatnya


yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti bangsa
Melayu, Cina dan India. Malaysia mempunyai tiga bangsa utama
dan lebih 10 suku kaum yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
Walaupun tinggal dalam satu negara, masyarakat Malaysia mampu
hidup penuh dengan keamanan dan kedamaian di sesebuah kawasan.
Tidak cukup dengan itu, perayaan bagi sesebuah agama juga turut
disambut oleh agama lain sebagai menghormati antara satu bangsa
dengan bangsa yang lain. Sebagai contoh, sambutan Hari Raya yang
disambut oleh seluruh umat Islam turut disambut oleh agama Hindu
dan Buddha. Secara tidak langsung, hubungan yang terjalin menjadi
bertambah erat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perayaan
di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Rumah Terbuka
juga diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh semua lapisan
masyarakat tidak kira usia, agama, bangsa malah pelancong dari
luar negara turut hadir. Dengan ini jelas menunjukkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat sangat kukuh seperti kata pepatah,
“bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’ Jadi,
betullah apa yang dikatakan pepatah ini kerana perpaduan
masyarakat adalah asas bagi sesebuah negara untuk berkembang
maju. Setiap tahun pasti Malaysia menyambut tidak kurang daripada
lima perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas dan Hari Aidiladha.

Malaysia telah berjaya menganjurkan pelbagai kejohanan


antarabangsa yang disertai oleh negara-negara luar. Sebagai contoh,
Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998

319
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang diadakan di Kuala Lumpur dan acara Sukan SEA pada tahun
2001 juga di Kuala Lumpur. Dengan penganjuran acara terbesar ini
nama Malaysia telah tersebar dan terkenal dalam hal-hal berkaitan
dengan kejohanan sukan. Sukan Komanwel disertai oleh negara-
negara Komanwel iaitu yang pernah menjadi jajahan British
manakala Sukan SEA melibatkan negara-negara Asia. Tambahan
lagi, negara ini juga telah berjaya menganjurkan kejohanan lumba
kereta yang terbesar iaitu acara Grand Prix Malaysia Formula 1
yang diadakan setiap tahun di Litar Antarabangsa Sepang. Acara ini
disertai oleh nama-nama besar dalam sukan permotoran ini seperti
Alonso, Michael Schumacer dan ramai lagi. Terdapat juga acara
Monsoon Cup yang diadakan di Pulau Duyong, Terengganu telah
meletakkan nama Terengganu di peta sukan dunia.

Sempena 50 tahun kemerdekaan negara, Malaysia pada tahun


ini menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007. Sambutan ini
diadakan untuk memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Banyak
usaha telah dijalankan oleh pelbagai agensi pelancongan untuk
mempromosikan Malaysia sehingga tiket penerbangantempatan
habis ditempah. Pihak hotel, resort dan kawasan peranginan
berlumba-lumba untuk memberi khidmat yang terbaik demi
memastikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2007. Setiap
warganegara memainkan peranan penting dalam melaksanakan
rancangan ini seperti memberi layanan yang terbaik, sentiasa ramah,
senyum dan bersedia memberi pertolongan. Dengan ini, pelancong
yang pertama kali datang pasti akan datang lagi kerana terpikat
dengan keramahan rakyatnya.

Zaman sekarang ialah zaman dunia tanpa sempadan dan


teknologi tersebar ke seluruh pelosok dunia. Segala maklumat
tentang Malaysia terdapat dalam internet dengan hanya melayari
laman web kerajaan Malaysia dan agensi pelancongan di seluruh
negara. Dengan ini, pelancong dari pelbagai negara dapat
mengenali Malaysia dan budayanya sebelum datang ke sini. Cara
ini jauh lebih mudah berbanding dengan 50 tahun lalu di mana
pelancong memang sukar untuk mendapatkan maklumat tentang
negara ini. Jika dahulu tiada kemudahan komputer, internet dan
320
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

telefon, hari ini segala-galanya telah tersedia dan ini membantu


merancakkan lagi promosi Malaysia ke serata dunia.

Secara tuntasnya, setelah 50 tahun Malaysia mengecap


kemerdekaan, pelbagai kemajuan dan kejayaan yang dicipta oleh
rakyat Malaysia demi mengharumkan nama negara tercinta di
mata dunia. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap individu di
negara ini untuk memastikan Malaysia terus mengecap keamanan
dan peristiwa penjajahan tidak berulang lagi. Seperti kata pepatah,
‘sediakan payung sebelum hujan’. Kita sebagai rakyat Malaysia
mesti mempunyai semangat cintakan negara dan berkorban untuk
memastikan negara terus maju dan berjaya. Golongan belia ialah
modal insan yang sebenar bagi meneruskan perjuangan orang yang
terdahulu dan mengambil alih tampuk pemerintahan sekarang.
Modal insan seperti apa yang dicanangkan oleh Perdana Menteri
ialah masyarakat yang memberi manfaat kepada negara pada
masa hadapan dan menjadi generasi yang cemerlang. Kita perlu
memastikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Akhir kata, Malaysia Boleh.

Rujukan

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 dan Majalah.

321
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Choo Thiam Shin
SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur

M erdeka, Merdeka, Merdeka! tepat jam 12.00 tengah malam


31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor,
bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah
Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan. Detik-detik ini
melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu
rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuang-
pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan
penuh rasa bangga. Maka, semua ini cumalah satu permulaan
sahaja. Pada akhir bulan Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah
berucap di Singapura, beliau berusaha mengadakan lawatan ke
Sarawak dan Sabah (Jun 1961) dan Brunei (Julai 1961) dengan
tujuan menerangkan konsep, objektif dan matlamat penubuhan
Malaysia. Selepas itu, terdapat banyak prosedur lagi sebelum
pembentukan Malaysia. Perundingan diadakan antara pegawai kanan
Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari
Sarawak, Sabah dan Singapura. Hasilnya terbentuk Jawatankuasa
Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) di Singapura pada Jun 1961
yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. JPPK ini berperanan
untuk menerangkan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia
(GM), mengumpulkan pandangan penduduk serta menggalakkan
kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. Mesyuarat JPPK telah
berlangsung sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton (Sabah),

323
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Tanah Melayu) dan Singapura.


Dalam mesyuarat terakhir di Singapura (Februari 1962), ahli
bersepakat mengemukakan satu memorandum yang mengandungi
perkara penting tentang pertimbangan kepada pandangan dan
pendapatan Sarawak serta Sabah untuk dimasukkan ke dalam
perlembagaan baru kepada Suruhanjaya Cobbold (SC) yang dibentuk
oleh kerajaan British. Suruhanjaya Cobbold ini ditugaskan untuk
meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang Gagasan
Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan
kepada pihak British.

Selepas peninjauan dibuat, wujudnya laporan Suruhanjaya


Cobbold yang menyatakan bahawa 1/3 penduduk Sabah dan
Sarawak menyokong GM tanpa syarat, 1/3 menyokong dengan
syarat (kepentingan mereka perlu dilindungi), dan 1/3 lagi
menginginkan kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Gagasan
Malaysia. Di samping itu, Suruhanjaya Cobbold juga mencadangkan
beberapa cadangan iaitu Perlembagaan Malaysia yang baru harus
berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1957,
Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresen,
Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, jaminan terhadap hak
dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak, pemberian nama
Malaysia kepada negara baru yang dibentuk dan penentuan tarikh
penubuhan Malaysia.

Keputusannya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,


Sabah dan Sarawak bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos
1963. Walau bagaimanapun, terdapat tentangan daripada Indonesia
dan Filipina. Kejadian ini menyulitkan pembentukan Malaysia.
Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan yang melibatkan
Malaysia, Indonesia dan Filipina diadakan. Ini merupakan sidang
kemuncak antara ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman,
Presiden Suharto dan Presiden Macapagal yang diadakan di
Manila dari 30 Julai hingga 6 Ogos 1963. Namun demikian,
penduduk Sabah dan Sarawak adalah lebih suka menyertai Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu daripada menganggotai Indonesia

324
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

mahupun Filipina. Kesannya, Perjanjian Malaysia ditandatangani


pada 9 Julai 1963. Walau bagaimanapun tarikh pembentukan Malaysia
terpaksa ditunda kepada 16 September 1963 kerana laporan daripada
PBB tidak sempat disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan
Filipina yang berterusan. Brunei pula menarik diri pada saat-saat
akhir.

Pada 16 September 1963, Negara Malaysia ditubuhkan secara


rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Sarawak dan Sabah. Bendera Malaysia yang baru telah dikibarkan
dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya
Malaysia. Jalur Gemilang yang baru ini mempunyai bilangan jalur-
jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru
bagi Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun pada tahun 1965,
Singapura telah berpisah dengan Malaysia. Sungguhpun Singapura
berpisah dengan Malaysia pada 9 Ogos 1965 namun jalur-jalur dan
bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur
dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama
dan Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Sehinggalah sekarang, negara kita telah merdeka selama 50


tahun. Banyak peristiwa yang manis mahupun sedih pun telah alami.
Pencapaian negara kita dari segi politik, ekonomi dan sosial sejak
tahun 1957 boleh dikatakan amat membanggakan.

Politik negara yang stabil telah mewujudkan masyarakat


berbilang kaum yang hidup dalam keharmonian sejak tahun 1957.
Perpaduan diertikan dengan hubungan rapat dan sifat bertoleransi
yang wujud untuk mencapai sasaran bersama. Perpaduan ini adalah
penting untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang stabil.
Masyarakat yang stabil ini menjamin pembangunan negara. Selain
itu, persefahaman antara kaum memudahkan rancangan-rancangan
negara kita seperti Wawasan 2020. Tambahan pula, perpaduan
membentuk masyarakat yang menjalinkan ikatan kukuh dari aspek
kekeluargaan dan keagamaan. Dengan ini, dapatlah kita mengelakkan
perpecahan kaum. Di samping itu, lahirnya masyarakat yang saling

325
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menghormati dan bertolak ansur. Justeru, terdapat pelbagai langkah


dan usaha telah dijalankan untuk memupuk perpaduan di antara
masyarakat negara kita.

Usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu


padu dapat kita lihat melalui rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (RRJP 1), rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP 2) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(RRJP 3). Ketiga-tiga rangka rancangan jangka panjang turut
bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan
saksama melalui dasar-dasar tertentu. Misalnya, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Dasar ini memupuk kesedaran dan perasaan
menghormati kebudayaan etnik-etnik Malaysia bagi mewujudkan
perpaduan negara. Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan
juga bertujuan ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan dan
mengimbangi kerohanian dan pembangunan fizikal negara.

Sekali lagi dapat kita lihat betapa pentingnya perpaduan


melalui peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Peristiwa hitam
ini memberi kesedaran kepada kerajaan bahawa pentingnya
perpaduan masyarakat. Kesannya, Rukun Negara diisytiharkan pada
31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara yang dapat
menyatukan fikiran, pendapat, dan perasaan rakyat pelbagai
kaum. Rukun Negara ini bercita-cita untuk mewujudkan sebuah
negara yang bersatu. Selain itu, Rukun Negara ini bermatlamat
untuk melahirkan masyarakat yang demokratik, adil, liberal dan
progresif. Terdapat lima prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan
kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan
Kesusilaan.

Di samping itu, negara kita juga mempunyai hubungan


diplomatik yang sungguh baik dengan negara-negara lain. Hal ini
dapat dibuktikan dengan penyertaan negara kita dalam Pertubuhan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Pertubuhan ini
membolehkan kita mengeratkan hubungan dengan negara serantau

326
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan antarabangsa. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan


negara-negara ASEAN, Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN) telah diwujudkan pada 27 November 1971. Pertubuhan
ZOPFAN adalah untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik di
Asia Tenggara. Selain itu, sebarang pertikaian di Asia Tenggara perlu
diselesaikan secara aman dan ahli-ahli tidak digalakkan melibatkan
diri dalam pertikaian antara kuasa besar.

Dari segi ekonomi pula, pencapaian negara kita adalah baik.


Walaupun negara kita pernah mengalami krisis ekonomi serantau
pada tahun 1997 yang mengakibatkan pembangunan ekonomi
negara kita terjejas, kita masih dapat menanganinya dengan
secepat mungkin. Pada masa itu, pelbagai langkah strategik yang
menyeluruh dan berkesan telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Misalnya, dasar kewangan yang lebih berkesan dan boleh membawa
kepada pertumbuhan ekonomi telah dirangka. Selain itu, pelancaran
kempen galakan menabung peringkat nasional di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di samping itu, kempen penggunaan
barang dan perkhidmatan tempatan diadakan untuk mengurangkan
import negara asing. Semua ini memerlukan kerjasama rakyat
dengan kerajaan. Di sini, dapatlah kita lihat perpaduan yang wujud
di kalangan masyarakat adalah penting untuk pembangunan negara.

Sektor pembuatan merupakan satu sektor yang agak penting


kepada ekonomi negara kita. Menurut kajian, sektor pembuatan
menyumbang hampir 50 peratus kepada pendapatan negara kita.
Pencapaian ini adalah kerana keyakinan kerajaan terhadap keperluan
sektor perindustrian pada masa depan. Kerajaan telah mengadakan
Pelan Induk Perindustrian Pertama (IMP 1) dari tahun 1986 hingga
1995. IMP 1 ini bermatlamat untuk menjadikan sektor pengilangan
sebagai pemangkin dalam pertumbuhan perindustrian negara.
Dengan ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan. Contohnya tumpuan
kepada pengeksportan keluaran secara besar-besaran dengan
mempelbagaikan sektor-sektor berkenaan. Selain itu, industri kecil
dan sederhana (IKS) diberi perhatian. IMP 1 ini telah diteruskan

327
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

oleh pelan induk perindustrian kedua (IMP 2). Sasaran IMP 2 adalah
mewujudkan sektor perkilangan yang lebih luas, berdaya tahan
dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Melalui pelan ini,
wujudnya peluang pekerjaan yang banyak dan kadar pengangguran
negara kita telah menurun kepada lebih kurang 3 peratus. Selain
itu, pemindahan teknologi dari luar negara berlaku dengan pesat.
Semua ini membolehkan negara kita berupaya meningkatkan dan
memantapkan ekonomi dalam alaf baru.

Industri pelancongan negara kita juga mengembang dengan pesat


sejak kemerdekaan. Industri ini berperanan penting dalam ekonomi
negara seperti perusahaan perhotelan, penginapan, pengangkutan,
perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur yang lain. Menurut
kajian, industri pelancongan membawa pendapatan yang sangat
lumayan kepada negara kita. Misalnya, pada tahun 2004, kira-kira
15.7 juta orang pelancong asing yang melawat negara kita telah
membawa pendapatan sebanyak RM30 bilion melalui pertukaran
wang asing. Selain itu, industri pelancongan memainkan peranan dari
segi pembangunan setempat bagi kawasan-kawasan pelancongan.
Antara kawasan pelancongan yang menikmati pembangunan ini
termasuklah Port Dickson, Pulau Langkawi, Gua Musang dan Gua
Mulu. Keadaan ini juga selaras dengan matlamat RRJP 2 yang
hendak mencapai pembangunan seimbang.

Dari segi sosial pula, negara kita mempunyai pendidikan yang


bertaraf dunia. Perubahan global yang begitu pantas dan meluas
serta pelbagai cabaran dalam bidang dan dimensi menyebabkan
negara kita meletakkan sistem pendidikan di tahap dunia. Hal ini
dapat dibuktikan dengan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran
di IPTA dan IPTS dalam negara kita. Selain itu, usaha kerajaan
melengkapkan pusat pengajian dengan teknologi maklumat
merupakan satu langkah yang amat penting dalam mencapai
pendidikan bertaraf dunia. Kementerian Pendidikan telah
memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk menyiapkan makmal
multimedia. Tambahan pula, pensyarah-pensyarah yang berkaliber
diimport dari luar negara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan

328
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang sistematik dan berkesan bagi membentuk modal insan bestari.


Justeru, dapat kita lihat kerajaan kita adalah sangat mementingkan
sistem pendidikan negara kita.

Koridor Raya Multimedia (MSC), satu projek yang mega, telah


dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena pelancaran
Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 29 Ogos 1995. Keluasan MSC
ini ialah 750 kilometer persegi yang merangkumi Kuala Lumpur
City Center (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) dan Putrajaya. Projek MSC ini merupakan projek ke arah
merealisasikan Wawasan 2020, menjadikan Malaysia negara maju.
MSC ini berperanan sebagai pemangkin dalam teknologi maklumat.
Misalnya, teknologi maklumat seperti multimedia digunakan
sepenuhnya di sekolah. Selain itu, melalui MSC, maklumat penemuan
baharu dalam bidang perubatan dapat disebarkan dan diterima oleh
doktor-doktor tempatan dengan pantas. Dengan ini, perubatan menjadi
lebih murah dan cepat kerana rakyat boleh menerima rawatan pakar
perubatan luar negara dengan bantuan doktor tempatan di sisinya
melalui tele perubatan. Pendek kata, dengan adanya MSC ini, taraf
sosial negara adalah baik berbanding dengan masa lalu.

Selain itu, pengenalan sistem LRT dan MRT di bandar-bandar


besar merupakan satu penggunaan laluan yang berlainan yang mampu
mengurangkan kesesakan lalu lintas. Sistem ini dapat mengurangkan
penggunaan kereta di kalangan masyarakat. Dengan ini, dapatlah
kita mengurangkan kesan rumah hijau yang amat membimbangkan
sejak kebelakangan ini. Selain itu, penumpang-penumpang bukan
sahaja dapat sampai ke destinasi dengan cepat, tetapi dengan selesa
dan selamat. Sistem ini juga dapat mengatasi masalah kekurangan
tempat letak kereta. Dengan ini, kita dapat menggunakan tanah
berkenaan untuk kegunaan lain dengan lebih manfaat.

Kesimpulannya, negara kita telah mengalami banyak peristiwa


yang berbeza-beza sejak kemerdekaan. Namun kita masih dapat
mengatasi semua peristiwa yang kurang menggembirakan tanpa
bantuan negara-negara asing. Sebaliknya, pencapaian-pencapaian

329
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

negara kita yang cemerlang sehinggalah kita rakyat Malaysia berani


menyuarakan “Malaysia Boleh”, semua ini merupakan usaha-
usaha dan kerjasama yang kita lakukan bersama. 50 tahun negaraku
merdeka, negaraku gagah gemilang.

Rujukan

1. http://www.rukunegara malaysia.com

2. Pengajian Kenegaraan Malaysia STPM: TQM Consultant Sdn.


Bhd.

3. Akhbar Utusan Malaysia (20 April 2006)

4. Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim


bin Samsuri, Muslimin bin Fadzil, 2003 Sejarah Malaysia, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

330
50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA:
NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Lee Xiao Qian
SMK Damak, Jerantut, Pahang

P engisytiharan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957


merupakan hari bersejarah bagi negara kerana bermula saat itu
negara kita bebas daripada penjajahan British. Hari Kemerdekaan
itu sukar diperoleh ibarat mahal dibeli, sukar dicari kerana setelah
beberapa puluh tahun negara kita berusaha untuk menuntut
kemerdekaan, barulah kita dapat kemerdekaan. Setelah mencapai
kemajuan dalam pelbagai bidang. Pembangunan negara juga
semakin pesat dari setahun ke setahun. Bekas Perdana Menteri
kita, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengilhamkan cita-cita
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di dunia
menjelang tahun 2020. Cita-cita yang juga dikenali dengan Wawasan
2020 ini bermaksud negara kita akan menjadi negara yang maju
dalam bidang ekonomi, sosial dan politik setanding dengan negara-
negara yang telah maju di dunia pada masa ini. Negara telah menjadi
gagah dan gemilang setelah lima puluh tahun Malaysia merdeka.
Negara kita boleh mencapai wawasan 2020 menjelang tahun 2020
kerana kita telah mempunyai kemajuan dan pembangunan negara
yang pesat. Cita-cita ini akan tercapai dalam masa lebih kurang tiga
belas tahun dari sekarang. Negara kita akan dapat menjadi negara
maju seperti negara-negara yang lain.

331
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Negara kita memang terkenal sebagai sebuah negara yang kaya


dengan sumber-sumber semula jadi. Warga asing yang telah datang
ke negara ini sejak zaman dahulu lagi untuk mendapatkan bahan-
bahan mentah seperti bijih timah, hasil pertanian dan kekayaan
hutan sehingga timbul niat mereka untuk menjajah negara kita.
Negara kita pada hari ini telah mempunyai sumber bahan mentah
yang terpenting di dunia iaitu minyak dan gas. Sumber-sumber
utama ini boleh dijadikan asas bagi kemajuan dan kemakmuran
negara. Selain hasil yang diperoleh daripada sumber-sumber
ini, kita juga dapat menggunakan sumber asli yang ada bagi
menyokong perkembangan sektor perindustrian negara. Kita boleh
menggunakan minyak dan bahan galian seperti besi dan timah dalam
pelbagai sektor pembuatan jentera dan kenderaan. Kayu-kayan yang
diperoleh di negara kita boleh menjadi asas bagi perkembangan
industri perabot dan pembinaan. Selain itu, kita juga maju dalam
industri-industri kecil dan sederhana yang bergantung pada bahan-
bahan pertanian dan sumber-sumber asli yang lain. Negara kita telah
menjadi maju kerana kita mempunyai kawasan yang subur di seluruh
negara.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Komposisi


rakyat majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Di samping itu, terdapat juga orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh,
Dayak dan lain-lain. Masyarakat majmuk di Malaysia menganut
pelbagai agama dan kepercayaan. Mereka mempunyai adat resam
dan pantang larang yang istimewa serta bertutur dalam pelbagai
bahasa. Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia dan rakyat
Malaysia yang bersatu ibarat sama lebur sama binasa telah sekian
lama dikagumi oleh masyarakat dunia. Rakyat bebas bertutur dalam
pelbagai bahasa walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
negara. Hal ini tidak dapat menghalang keharmonian dan perpaduan
rakyat, malah meningkatkan perasaan bangga dan sayangkan negara.
Keadaan ini menunjukkan rakyat Malaysia sayang akan negara
dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Persefahaman antara kaum membolehkan rakyat mengamalkan cara
hidup dan budaya masing-masing dalam keadaan yang harmoni.

332
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rakyat juga berazam untuk terus memelihara perpaduan negara


supaya segala hasil pembangunan dapat dinikmati bersama.

Politik negara kita berada dalam keadaan yang stabil. Malaysia


mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri
dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu
menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk
kerajaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Rakyat
bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak
menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia
ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan
adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis
panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas
kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan berperanan
untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan
rangka dan bentuk pentadbirannya. Satu ciri penting dan unik
dalam negara Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan
bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan
dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong
diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan
tonggak negara dan Ketua Utama Negara. Kestabilan negara
bergantung pada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan bak
kata pepatah bagai aur dengan tebing. Gandingan tersebut telah
menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita.

Di samping itu, perkembangan ekonomi telah memperlihatkan


kemajuan negara yang semakin menggalakkan pada setiap tahun.
Negara kita sering mencapai perkembangan ekonomi tujuh peratus
setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemajuan
ini amat menggalakkan dan untuk mencapai matlamat ‘Wawasan
2020’ seperti yang dirancang kita hanya perlu mencapai kemajuan
ekonomi enam setengah peratus setahun sahaja. Kita dapat melihat
perkembangan ekonomi yang sungguh menggalakkan pada hari ini

333
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

terutamanya dalam sektor perindustrian. Negara kita telah berjaya


menarik banyak pelabur dari luar bandar supaya bergiat dalam
bidang perindustrian di negara ini. Kita telah berupaya menjadi
sebuah negara yang menjadi pengeluar barangan elektronik dan
semi konduktor ini. Bidang-bidang perindustrian yang lain juga
menjadi penyumbang yang besar dalam kemajuan ekonomi
negara. Industri tekstil, pembuatan dan pemprosesan makanan,
pembuatan jentera dan kereta nasional, perabot dan sebagainya telah
menyumbangkan hasil eksport yang bernilai beribu-ribu juta ringgit
setahun.

Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk untuk mengkaji semula


sistem pelajaran kebangsaan. Objektif utamanya adalah untuk
menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan
yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang
diperlukan oleh negara. Di samping itu, jawatankuasa tersebut
ingin mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Kemajuan falsafah pendidikan kebangsaan penting untuk memupuk
perpaduan. Pendidikan merupakan faktor utama dalam memupuk
perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam konteks masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan, adat resam dan
agama. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Industri pelancongan di negara kita semakin maju. Malaysia


sendiri telah banyak melakukan promosi pelancongan ke peringkat
antarabangsa sehingga meningkatnya kedatangan pelancong asing
ke negara kita. Keistimewaan Malaysia dapat diperhatikan melalui

334
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

budaya dan etika kerja pendidiknya, bangunan dan perusahaannya,


tempat-tempat bersejarah yang unik dan keindahan alam semula
jadinya seperti bukit bukau yang menghijau, rangkaian pulau
yang cantik, air terjun yang bertingkat-tingkat dan pantainya yang
putih bersih. Keistimewaan tersebut menjadi faktor pendorong
kepada kedatangan pelancong ke negara kita. Negara kita banyak
mempunyai tempat bersejarah seperti A Famosa, perigi Hang Tuah,
perigi Hang Li Poh dan rumah merah di Melaka. Tempat-tempat
bersejarah ini dapat mendorong pelancong datang ke negara kita.
Tempat-tempat menarik di Malaysia lazimnya berkaitan dengan
keindahan hutan lipur dan taman-taman negara tentunya terdapat di
kawasan pedalaman. Sebagai contoh, Taman Negara yang berada
di Jerantut telah menjadi tumpuan pelancong asing kerana mereka
tertarik dengan keindahan alam semula jadi. Industri pelancongan
telah menjadi satu kegiatan yang menguntungkan negara ibarat anak
baik, menantu molek.

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi


negara maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini dicetuskan
oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada
28 Februari 1991. Matlamat wawasan ini adalah untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan
menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju di
dunia. Kemajuan yang diharapkan seperti negara-negara maju di
barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata tetapi
kemajuan bersepadu. Kerajaan Malaysia telah menyediakan
pelbagai kemudahan kepada pengguna jalan raya di Lebuh Raya
Utara-Selatan dan Lebuh raya Timur Barat. Lalu lintas yang lurus,
lebar dan selesa telah disediakan oleh kerajaan. Kadar kemalangan
jalan raya dapat dikurangkan dengan adanya lebuh raya yang lebar
dan luas, selain dapat menjimatkan masa pengguna. Pembinaan LRT
pula dapat mengurangkan pencemaran udara berbanding kereta dan
bas yang berasap hitam yang akan menjejaskan kesihatan pengguna
jalan raya yang lain. Penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) merupakan satu pencipta pembangunan yang
dikagumi oleh seluruh dunia. Lapangan terbang ini amat strategik

335
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dengan keluasan tapaknya yang kira-kira 139 ekar yang dibuka pada
tahun 1998. Penubuhan lapangan terbang ini telah meningkatkan
ekonomi negara dan pembangunan negara.

Malaysia telah maju dalam bidang sukan dalam beberapa tahun


ini. Sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan tanpa mengira
ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam
kalangan rakyat. Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada
sesuatu kaum sahaja malah membuka peluang seluas-luasnya bagi
mereka yang berminat. Pada peringkat sekolah, sukan merupakan
aktiviti ko-kurikulum yang sangat digalakkan. Majlis Sukan
Sekolah-sekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan. Temasya Sukan
Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali jelas memainkan
peranannya mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan
antara negeri. Dato Abdul Malik Mydin telah menaikkan nama
negara apabila beliau merentasi Selat Inggeris sejauh 32.8 kilometer
pada 3 Ogos 2003 dalam masa 17 jam 30 minit 15 saat. Peristiwa
ini amat bermakna kerana ianya menaikkan nama Malaysia. Negara
kita telah memiliki banyak pemain badminton yang handal seperti
Lee Chung Wai, Hafizi Norsham, Tan Boon Heong, Koo Kien
Keat. Antara pemain badminton yang cekap dalam bidang tersebut,
pasukan beregu lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong telah
memenangi pingat emas dalam acara terbuka England. Pingat emas
ini amat bermakna kerana negara kita telah menunggu selama dua
puluh lima tahun untuk mendapatkan pingat emas ini. Kita juga
mempunyai Nicol David yang mendapat kedudukan pertama dalam
permainan skuasy di peringkat dunia.

Kesimpulannya, dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah


digunakan dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman
dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama
pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi
dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang
wujud selama ini telah menyediakan asas kepada negara kita untuk
lebih maju pada masa hadapan. Generasi pelajar yang sedang berada

336
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

di bangku sekolah pada hari ini sebenarnya bertanggungjawab yang


berat. Pelajar-pelajar bukan sahaja terlibat dalam pengisian wawasan
tetapi juga meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-
pemimpin negara terdahulu untuk terus mengekalkan kemajuan
negara kita supaya negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah seperti negara maju yang lain. Wawasan 2020 yang diilhamkan
oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus
memacu kemajuan negara setanding dengan negara-negara maju
di barat. Malaysia yang menggunakan acuan kemajuannya sendiri
malah mempunyai kelebihan kerana menitikberatkan keseimbangan
antara kemajuan fizikal dan kemajuan rohaniah. Rakyat negara
perlu bekerjasama dalam semua aspek kehidupan agar kemajuan
dan pembangunan negara dapat bersama-sama kita nikmati. Kita
haruslah berusaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Kita
dapat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang makmur
dan tenteram pada masa akan datang dengan kerjasama dari semua
pihak.

Rujukan

1. Buku Teks Pendidikan Moral Tingkat 5, Kaladevi a/p Arumugam,


Chang Keng Ling, Napisyah binti Muhammad, Cetakan Pertama
2003, Dewan Bahasa dan Pustaka 2003.

2. Buku Teks Sejarah Tingkat 5, Ramlah binti Adam, Shakila


Parween binti Yacob, Abdul Hakim Samsuri, Muslimin bin Fadzil,
Cetakan Keempat 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.

3. Fokus 2U Sejarah PMR, Lee Sin Cian, Aleeya Atiqah Ammor,


tahun 2006, Penerbit Pelangi Sdn. Bhd.

4. 1001 Nota & Soalan PMR Sejarah 1,2,3, Fazira Khaini (B, Edu-
Sejarah, M.Edu-Sejarah), Cetakan Kedua 2005, Pustaka Sistem
Pelajaran Sdn. Bhd.

337
Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

5. Target SPM Citra Pintar Sejarah Malaysia Tingkatan 5, L.Devi,


Mansor Hassan, tahun 2001, Penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd.

6. Target PMR Formula Bestari Sejarah Tingkatan 123, Yew Chee


Wai,tahun 2000, penerbit Sasbadi Sdn. Bhd.

7. Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8 Leukemia-Myrtales, Edisi 1996,


penerbit Anzagain Sdn. Bhd. (Syarikat Kumpulan Ebiza) Kuala
Lumpur, Malaysia.

338

You might also like