Professional Documents
Culture Documents
Oleh:
Hassan Mohd Ghazali
hassan@fsm.upsi.edu.my
blog: http://senivisual2.blogspot.com
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pengenalan
Kertas tiga merupakan kertas kerja kursus untuk penghasilan karya bagi calon
STPM yang mengambil mata pelajaraan seni visual. Kertas ini menguji
kemahiran calon untuk menghasilkan sebuah karya seni visual dalam bentuk
pengkaryaan dan perekaan. Guru seni visual adalah menjadi pembimbing
calon membuat proses karya yang telah dipilih selama sepanjang lapan
bulan, Aspek penting yang diberi penekanan ialah:
1. Aspek penerokan idea,
2. Kajian dan penyelidikan,
3. Penghasilan karya @ produk dan
4. Dokumentasi (portfolio).
Paling penting ialah pemilihan soalan oleh calon dalam kertas ini perlu
dibincang bersama dengan guru pembimbing agar kepakaran guru
pembimbing dapat membantu ke arah penghasilan yang baik. Berdasarkan
mutu hasil karya yang lepas terdapat calon tidak dapat memenuhi
keperluan mutu karya yang baik kerana tidak dapat bimbingan yang
sempurna gari guru pembimbing. Berkemungkinan guru tidak pakar dalam
bidang yang dipilih oleh calon maka calon membuat proses penghasilan
karya tanpa bimbingan dari guru.
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 1
Perancangan kerja calon
Soalan kertas 3 yang dikemukakan untuk calon STPM 2010 ini telah
memasukan unsur penyelidikan dan kajian terutama dalam soalan
pengkaryaan. Aspek ini sangat penting untuk kita sama-sama fikirkan bagi
menjayakan penghasilan calon dengan baik dan bermutu. Sebelum calon
memikirkan apakah soalan yang akan difikirkan saya cadangkan
pembimbing (guru) perlu membuat beberapa perkara sebagai
sumbangsaran dikalangan calon-calon. Antaranya:
1. Membuat peta minda tentang tema dan soalan yang telah
dikemukakan,
2. Memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan tema dan
permasalahan yang dikemukakan,
3. Mencari sebanyak mungkin gambar-gambar dan contoh karya yang
berkaitan dengan tema dan permasalahan soalan.
Saya mencadangkan beberapa FASA perlu dilalui sepanjang lapan
bulan proses menghasilkan karya kertas tiga ini.
FASA 1
Sebaiknya pembimbing (guru) memberi imput awal secara umum setiap
soalan yang dikemukan dan membuat beberapa kumpulan calon untuk
penyelidikan dan kajian, hasilnya dibuat pembentangan dapatan. Calon-
calon membuat penerokan ini secara kumpulan.
FASA 2
Pemilihan soalan mengikut kemahiran dan maklumat yang diperolehi.
Fasa ini guru juga harus menguasai bidang soalan yang dipilih. Misalnya
kalau sekiranya calon mengambil soalan nombor 4. Guru harus mengetahui
aspek-aspek hiasan dalaman, terutamanya menghasilkan sebuah model
yang standard. Oleh yang demikian pembimbing perlu menguasai ilmu
bidang ini agar tidak berlaku calon tersilap menghasilkan karya yang tidak
standard semasa penghantaran ke MPM nanti.
FASA 3
Membuat skala aturan kerja berdasarkan hari, minggu dan bulan. Displin
ini penting agar calon dapat melaksanakan kerja daripada lakaran idea
hingga ke penghasilan dapat dilakukan dengan baik. Jadual kerja telahpun
diberi contoh oleh MPM, guru sebagai pembimbing harus mencadangkan
suatu carta alir proses calon menghasilkan kerja kursus.
FASA 4
Membimbing dan menyelia calon semasa proses penghasilan dari
lakaran awal hingga karya akhir. Adalah baik sekiranya pembimbing
membuat semakan awal kepada calon-calon yang menghasilkan Portfolio –
bermula dari pemcarian maklumat, lakaran awal, lakaran akhir dan proses
penghasilan.
FASA 5
Proses akhir penghantaran karya adalah penting guru mengikut aturan
MPM dengan menyemak segala aturan yang ditetapkan. Memastikan
portfolio dan karya dihantar dengan butiran-butiran calon-calon.
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 2
Tanggungjawab guru pembimbing untuk memastikan segala penghantaran
dibuat dengan betul tidak tertinggal maklumat yang dikehendaki.
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 3
Contoh karya yang boleh dijadikan rujukan untuk tajuk ini:
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 4
Faktor tersurat:
i. Media dan teknik
ii. Kemahiran penghasilan
iii. Fungsi
iv. Kemasan
v. Peragaan dan persembahan
Langkah-langkah penghasilan
1. Penghasilan pengkaryaan
Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau
tajuk. Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja
mencari idea bagi merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal
proses mengumpul maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah
mendapatkan idea sebenar. Disamping itu pemetaan konsep yang
kreatif sangat penting dalam proses visualisasi. Paling penting adalah
penentuan media dan teknik untuk disesuaikan dengan gubahan.
Proses gubahan karya pula perlu menggambil kira elemen-eleman
bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses penghasilan
pengkaryaan.
PEMETAAN
KONSEP
KREATIF PROSES KEMASAN
PROSES GUBAHAN
TEMA PENGWUJUDAN
IDEA 2D @ 3D
PENENTUAN • Kemahiran pembuatan
MEDIA DAN • Kemahiran pengunaan
TEKNIK Bahasa Seni Visual
PERAGAAN
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 5
tema itu. Proses penyelidikan dan kajian dapat membantu calon
menjawab persoalan ini.
Soalan 1
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Dunia teknologi digital
dan nilai kemanusiaan”. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua
dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda hendaklah
menggunakan bahan yang sesuai dengan tema.
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 6
• kemasan
Soalan 2
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Kesantunan”. Hasil
karya anda hendaklah menggunakan teknik batik atau teknik tenunan.
Karya tersebut hendaklah menggunakan gabungan beberapa rekaan
sendiri motif yang menunjukkan ciri kebudayaan kebangsaan. Persembahan
karya adalah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D).
2. Penghasilan Perekaan
Pelbagai cara yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu karya
perekaan. Dalam perekaan kemahiran penghasilan adalah berbeza
mengikut bidang. Bidang Grafik dan multimedia berbeza cara
penghasilan dengan bidang reka bentuk. Perbezaan penghasilan
reka bentuk industri pula berbeza dengan reka bentuk persekitaran.
Oleh yang demikian guru seni visual sebagai pembimbing perlu
penguasai kemahiran bidang-bidang tertentu untuk mastikan cara
bimbingan kepada colon akan menghasilkan karya dengan betul.
Soalan nombor 3 merupakan soalan reka bentuk grafik yang
memerlukan calon menghasilkan sebuah reka bentuk identiti korporat.
Beberapa kemahiran penting dalam penghasilan reka bentuk grafik:
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 7
1. kemahiran menggunakan alat grafik secara manual
2. kemahiran menggunakan komputer dengan perisian grafik
seperti Adobe Ilustrator atau Corel Draw.
3. Kemahiran membuat persembahan karya.
Kemahiran-kemahiran ini penting agar standard karya calon
setanding dengan persembahan sebuah karya reka bentuk grafik.
Paling penting dalam persembahan akhir dalam reka bentuk grafik
ialah kemas, bersih dan tidak kotor.
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 8
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 9
Soalan nombor 4 merupakan soalan reka bentuk dalaman yang
memerlukan calon menghasilkan sebuah reka bentuk sebuah restoran
moden. Calon perlu memikirkan beberapa elemen-elemen moden
dalam reka bentuk restoran tersebut, misalnya dari segi ruang,
pemilihan perabot, pencahayaan, warna, reka bentuk bentuk
restoran berdasarkan konsep. Namun demikian, raka bentuk hiasan
dalaman sangat mementingkan konsep ruang. Kerana kesan ruang
dapat memberi kesan kepada manusia yang berada dalam
lingkungan itu. Untuk memenuhi kehendak pengguna maka
‘ketelitian’ calon memenuhi hiasan ruang adalah sangat penting.
Antaranya:
1. Mengatur keserasian susunan perabot
2. Memilih material dan elemen ruang yang sesuai
dengan fungsi
3. Dimensi perabot yang dengan saiz yang bersesusian
dengan kebesaran ruang
4. Mencipta suasana ruang agar mempu menyatakan
fungsi dan kehendak soalan.
Kemahiran yang sangat penting ialah dari segi membuat model.
Bahan untuk membuat model mestilah tidak mudah pecah tetapi
ringan. Gam yang digunakan perlu menggunakan gam yang kuat
agar bahan-bahan yang dilekatkan tidak mudah jatuh semasa
penghantaran di MPM.
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 10
Soalan 3
Hasilkan sebuah rekaan logo yang menonjolkan identiti korporat bagi sebuah
syarikat perdagangan bertaraf antarabangsa yang mengeksport barang
kraf tangan tempatan. Dengan menggunakan rekaan logo berkenaan,
hasilkan juga reka bentuk set identiti korporat yang merangkum kepala surat,
sampul surat, kad nama, dan kenderaan perdagangan syarikat tersebut.
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 11
adalah dilarang sama sekali.
Soalan 4
Hasilkan sebuah model reka bentuk hiasan dalaman bagi ruang sebuah
restoran yang moden dengan memasukkan unsur-unsur budaya tempatan
yang boleh membangkitkan selera pengunjung.
Penutup
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 12
Bibliografi
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010 HASSAN GHAZALI 13