Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword or section
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Che Guevara Dan Revolusi Kuba

Che Guevara Dan Revolusi Kuba

Ratings: (0)|Views: 17|Likes:
Published by yuda

More info:

Published by: yuda on Jan 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/22/2011

pdf

text

original

 
Che Guevara dan Revolusi Kuba
Oleh Mike GonzalezDiterbitkan pada tahun 2004 oleh Penerbit Bookmarks.Diterjemah oleh Muhammad Salleh (Jun 2004). Penerjemahan buku ini adalah sebahagiandaripada projek penerjemahan Suara Sosialis, sebuah kumpulan sosialis yang berhubungdengan Peralihan Sosialis Antarabangsa (
International Socialist Tendency
). Lihathttp://arts.anu.edu.au/suara
Mengenai Pengarang 
Mike Gonzalez adalah seorang pensyarah dalam Kajian Hispanik di Universiti Glasgow. Diasudah banyak menulis mengenai kesusasteraan dan budaya Amerika Latin, dan mengenaipolitik Amerika Latin mutakhir – terutamanya mengenai Kuba, Nikaragua dan Chile. Diamenduduki badan penyunting jurnal
International Socialism
dan adalah seorang ahli DasarSocialist Worker dalam Parti Sosialis Scotland. Dia juga pernah mengikuti pelbagairancangan radio dan terlibat dalam beberapa projek pentas.
 
 
I. Wajah Seorang Pejuang 
Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanahkosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Canudos, yang berjuang menentangkerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara. Di Carakas, di Buenos Aires,di Bolivia dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polis semasapemberontakan menentang kapital global menyelimuti muka mereka dengan kain yangmembawa imej Che. Di Eropah, penunjuk rasa memakai kemeja-T dengan muka Guevaratercetak pada dada mereka.Ernesto ‘Che’ Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doktor dari Argentina ini, yangmeninggalkan tanahair dan kerjayanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuahkampung pergunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Tarikh bulan itu adalah Oktober1967, dan Ernesto Guevara belum berusia 40 tahun.Di Kuba, di mana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawadan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkatbangunan di Dataran Revolusi, di Havana. Dan pada poster dan papan tanda, imej Cheberdiam diri di sisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajahibandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam, danbukannya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut– Fidel Castro.Kini lahirnya sebuah generasi baru yang mengenali dengan serta-merta mata dan janggutnipis Guevara, yang memakai kemeja-T tersebut dan membeli pelbagai barangan penggunayang membawa imej terkenal itu. Namun, dalam kebanyakan kes, mereka tidak memahamidengan baik dan tidak mempunyai memori mengenai Revolusi Kuba. Sebenarnya, butir-butirmengenai kehidupan Guevara tidak dikenali ramai. Namun, ia seolah-olah wujudnyasesuatu perjanjian sulit bahawa wajahnya mempunyai kuasa simbolik dan makna yangdifahami dan dikenali oleh semua orang.Kumpulan-kumpulan muzik yang mengunjungi pelancong di Havana menggemari satu lagu– lagu Carlos Puebla bagi Che yang bertajuk ‘Hasta Siempre’ (‘Sehingga Akhir’):
 Aquí se queda la clara, la entrañable transparencia,De tu querida presencia, comadante Che Guevara
(
 Anda meninggalkan wajah jelas, memikat hatiKehadiran suci, komadante Che Guevara
)Lagu ini agak sesuai. Ini, dan beratus-ratus lagi lagu dan syair yang mengingati Guevara,seolah-olah berkongsi bahasa kebangkitan semula, bahasa seorang pejuang syahid yang akanhidup semula. Fotograf yang paling terkenal – badan tidak berbaju, wajah muram, matahitam dan janggut nipis – diambil tidak lama sebelum kematiannya. Dicetak semula beribu-ribu kali sejak itu, ia setiap kali menjadi lebih mirip dengan gambar Nabi Isa.Perubahan menarik itu menunjukkan dengan jelas satu aspek Guevara – manusia menjadilagenda, dan imej-nya diubah menjadi sesuatu perasaan, sesuatu semangat. Ia adalahsemangat revolusi itu, sesuatu kesetiaan dan keghairahan perjuangan, yang sebuah generasibaru telah mengambil dari gambar-gambar seorang revolusioner yang telah meninggaldunia. Dari satu segi, kehidupan Che, pengalaman bersejarahnya, tindakan-tindakannya,telah melesap ke latarbelakang – walaupun pada satu tahap, kebanyakan orang memahamihubungan Che dengan Kuba.Pada zaman ahli-ahli politik korupse, apabila hanya segelintir orang memercayai pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil mereka – atau sememangnya memercayai proses pilihanrayayang dapat memberi kuasa kepada George Bush tanpa majoriti – kejujuran dan dedikasi
 
 
menjadi nilai-nilai penting. Lihatlah wira-wira gerakan anti-kapitalis – Malcolm X, MartinLuther King, Che. Apa yang mereka berkongsi adalah pengorbanan diri, dedikasi, kesetiaankepada sesuatu tujuan. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia pada usia muda, dan setiap satukekal dalam memori popular sebagai manusia muda, idealistik, suci.Pada tahun 1989, Tembok Berlin ditumbangkan dan mendedahkan realiti ngerinegara0negara Eropah Timur yang telah menggambarkan diri, sekurang-kurangnya sehinggatitik tersebut, sebagai negara ‘sosialis.’ Beratus-ratus ribu orang progresif pada masa lalutelah menyamakan negara-negara ini dengan kemajuan menuju sosialisme. Sememangnya,negara-negara ini mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai pemilik-pemilik kapitalswasta, bahawa kerajaan mentadbir dalam nama seluruh masyarakat, bahawa rakyat merekabebas dan menikmati taraf kehidupan tinggi dan pengagihan kekayaan yang adil.Bertentangan dengan itu, beberapa pihak sosialis mendesak bahawa negara-negara inihanyalah karikatur sosialisme, dengan sebuah kelas pemerintah yang mempertahankankepentingannya sebelum kepentingan majoriti. Ini bukanlah negara-negara sosialis denganbeberapa kelemahan, mereka berkata, tetapi negara-negara yang
diatur 
mengikutkepentingan, keperluan dan matlamat sebuah minoriti yang menguasa kerajaan.
1
 Namun, apabila Tembok Berlin ditumbangkan, apa yang didedahkan kepada mata awam,dari beberapa segi, jauh lebih ngeri daripada apa yang dimimpikan. Birokrasi-birokrasi keciltelah menyerang rakyat, menjadi kaya dengan mengeksploitasi rakyat, dan merampas kuasarakyat untuk menentukan kehidupan mereka. Bagaimanakah ini dapat disamakan denganwawasan perubahan yang berakar dalam idea kebebasan dan kuasa kolektif? Apakahpersamaan anak-anak yatim Rumania, kerajaan polis Stasi di Jerman Timur atau penderitaanrakyat Chechnya dan kaum-kaum minoriti lain dengan wawasan sosialis itu?Masalahnya adalah bahawa segala tindakan ini dilakukan oleh golongan yang menamakandiri mereka sebagai sosialis, dan kadang-kala juga sebagai revolusioner.Dari kabus kekeliruan dan kehampaan ini, imej Che Guevara muncul semula di seluruhdunia, dijumpai oleh sebuah generasi baru. Pemberontak Zapatista di Meksiko selatanmemakai kain dengan wajah Che apabila mereka melancarkan pemberontakan merekamenentang kapital global pada tahun 1994.
2
Pemberontak bandar di Caracas pada tahun 1989mendukung panji-panji dengan imej-nya, sebagaimana dengan pemuda-pemudi Itali yangberdemonstrasi menentang Berlusconi lima tahun selepas itu.Wajah simbolik ini memiliki kuasa tulin, sesuatu perasaan marah dan keyakinan yangdimiliki oleh mereka yang mendukung imej tersebut sebagaimana dengan asal-usulnya. Iamewakili pemberontakan menentang imperialisme yang telah menanggalkan topengnyasekali lagi di Iraq dan Palestin, untuk mendedahkan wajah ngeri di bawah. Ia juga mewakilikeinginan revolusioner bagi sebuah dunia tanpa ketidak-adilan, kemiskinan, atau ketidak-samarataan.Pada masa yang sama, ia mewakili sesuatu ketidak-hadiran, sesuatu tanda soalan-soalanyang belum dijawab dan percanggahan-percanggahan yang belum diselesaikan.Bagaimanakah dunia baru ini akan dibentukkan – ‘dunia lebih baik’ ini di manakemungkinannya, dan kepentingannya, telah menjadi tema forum-forum sosial yang telahmenggambarkan penentangan terhadap kapital global?Dalam usaha mencari jawapan bagi persoalan-persoalan penting lagi bersejarah, gerakananti-kapitalis baru hanya menghadapi dengan waspada pengalaman-pengalaman masa laluyang dikotori oleh korupse dan hipokrasi. Tradisi revolusioner benar, yang sentiasamendesak bahawa sosialisme dan kebebasan tidak dapat dibahagikan, bahawa kuasa pekerjahanya dapat diluahkan oleh para pekerja sendiri dan bukannya oleh golongan lain bagi pihakpekerja, telah disembunyikan di bawah sisa-sisa itu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->