Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
39Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia

Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 5,762|Likes:
Published by godka

More info:

Published by: godka on Jan 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/26/2013

pdf

text

original

 
Bykulanzon Aug 06, 2009 withView commentsComments Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa.Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikannegara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun danmerancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikannegara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpamengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian PelajaranMalaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunanhingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuankhususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yangditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualititenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan ProgramPPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yangmenyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur  pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengankebanyakan negara lain di dunia;
Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepasSijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan TeknologiMaklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telahmelaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha
 
 penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebutadalah berkaitan dengan:
 pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan lua bandar;
 perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer disekolah yang kurang berkesan;
 penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
 bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akanmemperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.
Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dankokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukankewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secaraadil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung(advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan.Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukanyang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yangamat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanyasekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber  pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan olehBahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian PelajaranMalaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan danKPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yangkurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlakuketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulahkeadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”.Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik,Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang
 
 pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalammenyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telahmelaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam BahasaInggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Inikerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan BahasaKebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnyadi luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasitidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaaninternet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumatdiperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dansebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isuyang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang inginditerapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lainyang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budayakosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dandipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolahmenengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualitisahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaumdan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme,melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi- jadi.
Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlumengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidamengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolahmelaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;

Activity (39)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Jessjennvic liked this
katak kembung liked this
Ladybird Dian liked this
ABD MOMEN JITUN liked this
mariabao liked this
Nancy Yong liked this
Sani Lukis liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->