HBHE 3103: GAYA HIDUP SIHAT
Yang dihormati Tuan pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua,Encik Idris bin Hj. Samad, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi.Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetuayang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ceramahsempena Kempen Gaya Hidup Sihat yang bertajuk “Kecergasan dan Kesihatan”.Saya berpendapat tajuk ini amat sesuai dengan fenomena masa kini yangmenyaksikan semakin kurangnya kesedaran di kalangan generasi muda dalamaspek kesihatan.
1.1Pengenalan
Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telahdinafikan banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah.Ujian-ujian mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dankemahiran motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah. Kekuranganaktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darahtersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaanfungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lainmasalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan ototbadan boleh menjejaskan postur dan menyebabkan masalah fizikal sepertikecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang.Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitandengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individuperlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan)seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaanseseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan denganlebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya.
1.2Kecergasan
SALINA BT ITHNIN 721012-12-5004 SARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
3