Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SEJARAH ISLAM - Kerajaan Monggol - Bahterawawasan

SEJARAH ISLAM - Kerajaan Monggol - Bahterawawasan

Ratings: (0)|Views: 968 |Likes:
Published by azan90

More info:

Published by: azan90 on Jan 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/01/2013

pdf

text

original

 
Kekuatan Bangsa Mongol
Kerajaaan Mongol didirikan oleh Genghis Khan dengan memakai gelaran"Khaqan",ertinya Raja dari segala Raja.Dia mempunyai tentera yang tetap tidak kurangdaripada 600 000 orang. Dia menjelajahi dan menakluk ke negeri-negeri Islam danmasuk juga ke tanah Rusia bahkan sampai ke Polang dan Tiongkok pun diserangnya juga. Mana-mana negeri yang ditaklukkannya, Masjid-masjid, rumah-rumah yang indah, perpustakaan habis semuanya dibakar.Genghis Khan lahir dekat tasik Baikal (pada masa sekarang Rusia), pada 1167. Namaasalnya adalah Temojin. Dia adalah putra puak Yesügei, kepala dan pemimpin Mongol,dan cucu yang besar dari Kabul Khan, pemimpin mongol yang kononnya diracuni olehPuak Tartar.
Lakaran Genghis Khan
Kerajaan Khan pada masa kematiannya diperpanjang di seluruh Asia, dari Lautan Pasifik ke Laut Caspian. Pencerobohan ketenteraan yang sering ditandai dengan pembunuhan besar-besaran apabila mereka menang. Keturunannya memperluaskan kekuasaanempayar dan wilayahnya selama beberapa ratus tahun.Setelah Genghis khan mati pada usia 73 tahun di bahaginyalah kerajaannya yang besar itu kepada 4 bahagian untuk puteranya yang berempat.Kekuasaan sebelah Tartar Utara diserahkannya kepada puteranyayang sulung Juji Khan.Tetapi empat bulan setelah ayahnya meninggal dia pula yang meninggal. Dia digantikanoleh puteranya iaitu Batu Khan. Dialah yang menaklukkan Rusia ,Poland ,Bulgaria danMaghyar ( Eropah Timur ) dan dia bermaksud hendak menaklukkan juga Konstantinopel pusat Kerajaan Byzantium pada masa itu tetapi belum pun sempat untuk menaklukinya
 
 beliau pun mati.Kepada puteranya yang kedua iaitu Okutai Khan,Genghis Khan menyerahkan kekuasaandi Tartar Tengah dan Tiongkok Utara. Okutai inilah yang menyambut gelar bapanya yang besar iaitu "Khaqan". Dan beliau pulalah yang menurunkan Emperor Kublai Khan yangterkenal dalam sejarah Tiongkok. Sejak itu yang berhak memakai gelar 'Khaqan' di antaramereka yang jadi Emperor di Tiongkok.Putera yang ketiga ialah Toli Khan. kepadanya diserahkan tanah Iran,Khorasan,Kabul( ibu negeri Afghanistan sekarang ) .Ada pun Toli Khan ini lebih kuat semangatmembangun dan memperkuat kerajaan dan kekuasaannya di negeri yang dikuasainya dantidak begitu suka memperluaskan kerajaannya. Banyak sekali Puteranya dan di antaraseorangnya itulah 'Hulagu Khan'.
Hulagu Khan
Hulagu Khan adalah anak Toli Khan anak kepada Genghis Khan ini mempunyaisemangat Penaklukan seperti neneknya juga. Setelah teguh kekuasaannya di TanahIran,Khorasan dan Asia Tengah keseluruhannya, belumlah menjadi puas pada dirinyaselagi negeri-negeri Islam di bawah kuasa Khalifah di Baghdad dan raja-raja Saljuk danRaja Khawarizmi itu ditaklukkannya semua.Perancangannya bermula dengan menyapu bersih pengikut Hasan Ibn Sabah iaitu satu perkumpulan rahsia yang paling berbahaya. Hulagu Khan seorang pemimpin perang yang pintar. Mereka memperdaya dahulu para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agamadengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40malam.Setelah itu dilanjutkan pula maksudnya yang telah lama iaitu menghancur leburkan KotaBaghdad. Amat mudahlah baginya menaklukkan kota Baghdad yang bersejarah itu, yangmana lima setengah abad lamanya menjadi pusat kebudayaan Islam yang besar. Sebabkejatuhannya adalah kerana perpecahan yang ada sesama mereka. Wazir Besar KerajaanBani Abbas ketika itu adalah seorang panganut fahaman syiah, yang lebih suka negeri itu
 
ditaklukkan oleh bangsa Mongol daripada terus-menerus di tangan Khalifah yang bermazhab Ahli-Sunnah dan hanya tinggal nama sahaja, sebab kekuasaan yangsebenarnya adalah di tangan Raja-raja Islam dari luar Baghdad yang kebanyakkan jugaAhli-Sunnah. Maka Hulagu Khan masuk ke dalam Kota Baghdad dengan tidak dihalangisebab Baghdad dijadikan "Kota Terbuka", mula-mula ditawannyalah Khalifah BaniAbbas yang terakhir,AL-Mu'tasim bersama putera-puteranya yang berhak menggantikannya.Setelah beberapa hari kemudian disuruh bunuh kesemuanya. Tiga hari kemudiannyadibebaskanlah tenteranya dan membunuh serta menyapu bersih segala Kota Baghdadlaki-laki mahupun perempuan,tua muda,besar dan kecilnya. Sehingga bertimbun-timbunlah mayat. Barang-barang berharga dirampas, rumah-rumah dibakar,demikian jugamasjid dan kitab-kitab yang berharga dihanyutkan ke dalam sungai Dajlah sehingga'hitamlah' air sungai itu disebabkan tinta yang cair dari kertas karangan kitab. Hancur musnahlah dasar ilmu pengetahuan yang berjuta bilangannya itu. Paling akhir setelahhatinya puas maka dibunuhnya Wazir Besar Baghdad Al-Alqamy yang terkenal kerana pengkhianatannya itu.Setelah kota Baghdad tinggal menjadi runtuhan puing dan abu, Hulagu pun keluar dari bekas runtuhan kota itu dan meneruskan penaklukkannya ke seluruh tanah Iraq yang lain.Kemudian diteruskannya pula ke Sham dan di dalam masa setahun saja habislah seluruhIraq dan Sham di bawah kekuasaannya dan tidak kurang dari 14 juta orang yang matiselama penaklukkannya.Dari Sham bangsa Mongol hendak meneruskan penaklukkan yang dahsyat itu ke negeriMesir pula. Ketika itu Mesir di bawah kekuasaan kaum Mamalik ( Mameluk ) yangmewarisi Kerajaan keturunan Salahuddin ,pahlawan perang Salib yang terkenal itu. RajaMesir ketika itu ialah Saifuddin Qataz. Dialah lagi yang tinggal seorang Raja Islam yangtidak patah semangat menghadapi bahaya Mongol dan Tartar itu. Maka datanglah tenteraMongol tetapi mereka beruntung kerana yang datang ketika memimpin tentera Mongol bukanlah Hulagu tetapi wakilnya. Di satu tempat yang bernama 'Ain Jalut' , sempadannegeri Sham dan Mesir dapatlah Mesir menyekat kemaraan balatenteranya yang bersemangat itu hingga tertahannya dan tidak dapat meluaskan kekuasaanya ke Mesir.Hampir saja lumpuh tentera Hulagu Khan di 'Ain Jalut' sehinggakan mereka mundur kembali ke pusat kekuasaannya di Azerbaijan. di sanalah Hulagu Khan mendirikansebuah kota yang indah dan dibinanya atas hasil rampasan yang bertimbun dan melimpahruah itu dan diberi nama Kota Maraghah. Di sanalah Raja gagah perkasa itu menghembusnafasnya yang terakhir.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->