Kemahiran Berfiki
PEMIKIRAN KRITIS
Pemikir kritikal ialah orang yang berfikir secara reaktif. Dia pandai mengemukakan kritikan-krikan tajam dan membuat penilaian yang perseptif. Budaya intelektual kita secara tradisionalmengagungkan kepintaran kritikal, bukan kepintaran kreatif.
The first key to wisdom is constant questioning .. By doubting we are led to enquiry, and by questioning we discern the truthPeter Abelard (1079-1142)
Istilah pemikiran kritis (critical thinking) kadangkala disalah tafsir sebagai satu aktiviti semata-mata ‘mengkritik’ iaitu, mencaci, mencari kelemahan, menyalahkan dan sebagainya. Definisi iniadalah tidak tepat sama sekali. Perkataan “critical” dalam bahasa Inggeris berasal daripadaperkataan kritikos yang bererti menyoal untuk mempertingkatkan pemahaman. Pemikirankritikal ini merupakan satu proses pemikiran yang logik, waras, dan reflektif yang memberifokus kepada sesuatu tindakan yang perlu diambil sama ada menerima atau melakukansesuatu. Pemikiran kritikal ini, melibatkan perlakuan (disposition) dan kebolehan (abilities)individu.Dewey (1933) menyifatkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif’, iaitu memikir denganmendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu. Menurut TaksonomiBloom (1956), pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental, iaitu analisis, sintesis danpenilaian. Pada peringkat yang telah ditetapkan ataupun kriteria yang ditentukan oleh individuberkenaan. Ennis mentakrifkan pemikiran kritis sebagai ‘pemikiran reflektif yang bertumpukepada memutuskan sama ada sesuatu kritis menggalakkan individu menganalisis penyataan-penyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah sebelum membuat kesimpulan.Kebolehan menilai ialah asas kepada pemikiran kritis; iaitu menilai idea, bukti cadangan,tindakan dan penyelesaian. Pelajar yang berfikir dengan kritis membuat penilaian sama adahendak menerima sesuatu alasan itu sebagai munasabah; menggunakan kriteria atau nilai tarayang dipersetujui untuk menilai alasan berkenaan, menggunakan pelbagai strategi penaakulandalam perlaksanaan kriteria atau standard tersebut; dan mencari maklumat yang bolehdipercayai sebagai bukti yang menyokong keputusan yang dibuat. Tujuan mengajar pemikirankritikal adalah supaya individu-individu boleh berfikir secara adil, objektif dan sentiasa jelas dantepat dalam tindak-tanduknya. Pelajar yang diajar berfikir secara kritis; belajar cara menyoal;iaitu, bila hendak menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimanamenaakul; iaitu, bila menggunakan penaakulan dan kaedah penaakulan yang hendakdigunakan (Fisher, 1992). Dalam proses pemikiran kritikal ini, pelajar perlu memahirkan dirimereka dalam beberapa aspek, diantara kemahiran yang diperlukan ialah:
•
mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas.
•
berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan.
•
sentiasa mencari maklumat dengan menggunakan bahan-bahan rujukan.
•
mengambil kira semua perkara dalam sesuatu situasi.
•
menumpukan kepada beberapa isi-isi penting.
•
mencari pilihan-pilihan atau alternatif lain jika ada.
•
fikiran terbuka (open minded).
•
sensitif kepada pemikiran dan tindak-tanduk orang lain.
KEMAHIRAN MIKRO
Jika pemikiran kritis ingin diperkembangkan, adalah penting untuk memperincikan jenispemikiran ini kepada kemahiran-kemahiran mikro yang mudah dioperasikan dalam bilik darjah.Berbagai-bagai cadangan telah dikemukakan tentang komponen-komponen pemikiran kritis.Ennis (1962) merupakan orang pertama yang memperincikan pemikiran kritis kepada beberapakemahiran mikro seperti dalam jadual dibawah ini.
PTJ Sumber Manusia Pusat Perubatan Universiti Malaya
3
Add a Comment
nordinmaleft a comment
syafishidaleft a comment
Shasa94left a comment