Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kursus asas kaunseling1

kursus asas kaunseling1

Ratings:

4.86

(21)
|Views: 4,735 |Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Apr 12, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

02/01/2013

KURSUS ASAS KAUNSELING

PROGRAM MEMBANTUAN PEKERJA
UNTUK PENGURUS WAD
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Basic Counseling Course
Employee Assistance Programs
For Wad Manager
University Malaya Medical Centre

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD SHUHMY SHUIB
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PTJ SUMBER MANUSIA
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

TARIKH:
Friday, March 05, 2004
1
KURSUS ASAS KAUNSELING
PROGRAM BANTUAN PEKERJA)
EMPLOYEE ASSISTANCE PROGRAMS (EAPs)
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.
PENGENALAN:

Program Kaunseling Membantu Pekerja (Employee Assistance Programs) ini membekalkan pekerja dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan motivasi untuk menolong mereka berurusan dengan majikan mereka sekiranya mereka menghadapi masalah ditempat kerja mereka.

Program ini juga akan membantu seseorang pekerja itu mengatasi masalah kesihatan yang mungkin akan memberi kesan diatas perkhidmatan sesebuah organisasi. Memberi bimbingan melalui kaunseling kerjaya, dan juga cara membuat keputusan yang berkesan di dalam kontek organisasi Sumber Manusia.

Penekanan program ini, melatih individu menghadapi tekanan untuk melaksanakan polisi organisasi, latihan, penempatan, rujukan, kaunseling dan perunding didalam sesebuah organisasi. Program Kaunseling Membantu Pekerja ini menolong individu yang menghadapi masalah hidup dengan tekanan, alkoholism. penagihan dadah, konflik keluarga, masalah interpersonal, tekanan kewangan dan lain-lain isu yang bersangkutan dengan kehidupan individu tersebut yang akan menjejaskan keberkesanan bekerja dan pengeluaran serta perkhidmatan.

KAUNSELING

Pengurus yang cenderung menggunakan cara kaunseling ketika menangani masalah pekerja akan memberi perhatian yang lebih berat kepada mereka di segi menghormati perasaan, emosi, keperibadiaan, perhubungan atau pembawaan diri. Maklumat-maklumat itu akan didapati melalui \u201c1soalan-soalan selamat\u201d yang dikemukan kepada mereka. Soalan-soalan yang tidak mengancam perasaan pekerja agar mereka berasa selesa dan selamat. Maklumat hanya dapat dikumpulkan jika perhubungan pengurus dan pekerja berasaskan rasa hormat dan tidak menghukum. Pekerja akan berasa selamat untuk bercerita tentang diri dan masalahnya.

Kemahiran asas kaunseling sangat perlu disini supaya dapat membina rasa selamat dan rasa empati. Suasana yang tidak menghukum, serta intraksi pengurus dengan pekerja yang menggalakkan terbukanya pemikiran menjadi pendorong kepada pekerja mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sendiri. Pengurus tidak perlu bertungkus lumus memikirkan penyelesaian yang terbaik, mereka sendiri mendapat celik akal (insight) dan berusaha menyelesaikan masalahnya dengan rasional dan objektif.

Pengurus yang mengamalkan proses kaunseling tidak bertujuan untuk menyelesaikan semua masalah pekerja, tetapi sebagai penggalak supaya mereka menyelesaikan sendiri setelah bimbingan diberi. Ia tidak mengambil alih beban masalah pekerja bahkan menggalakkan mereka supaya bertanggungjawab mencari

1Soalan yang diberikan semasa proses penerokaan klien supaya mereka merasa selamat dan sedia memberi kerjasama
sepanjang sesi kaunseling. Mizan Adilah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996), Kaunseling Individu: Apa dan
Bagaimana, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2

ikhtiar dan ia sentiasa memberi sokongnan yang diperlukan. Tidak ada kepentingan peribadi terlibat kerana pengurus ini berasa yakin pada pekerjanya dan percaya mereka berpotensi untuk menghadapi sebarang cabaran.

Apabila pekerja tidak bergantung kepada pengurus, ini bermakna pengurus telah berjaya melatih mereka dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Pengurus tidak memberi nasihat atau memberi formula tetapi berupaya membantu menjelajah masalah itu dengan kemahirran bertanya supaya pekerjanya sendiri berfikir dan menganalisis masalah serta mencari penyelesaian yang objektif.

Secara tidak langsung, pengurus menggalakkan pekerja belajar dan ia mengalami sendiri proses penyelesaian masalah supaya pada masa hadapan, apabila menghadapi masalah lain mereka tahu apa yang harus dilakukan. Oleh sebab pengurus berpusat kepada pekerja, ia lebih mengambil berat tentang perasaan pekerjanya kerana ia percaya perasaan mempunyai perhubungan rapat dengan masalah, terutama masalah peribadi.

Tidak ada stail atau kaedah yang paling baik yang harus diikut oleh pengurus kerana setiap stail mempunyai ciri-ciri positif dan nagatif. Pengurus boleh mengukur stail mana yang paling sesuai kepada pekerja dan masalah yang dikemukakan. Stail kaunseling dianggap baik dan berkesan tetapi elakkan mengambil masa yang panjang dalam menjalankan sesi kaunseling sekiranya masalahnya adalah teknikal atau boleh diatasi dengan serta-merta. Jika masa yang diambil terlalu panjang, pekerja akan berasa keliru dan ragu-ragu. Kaunseling berguna dalam mengatasi masalah peribadi yang melibatkan emosi, perasaan, perhubungan atau personaliti.

PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris \u201ccounselling\u201d yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satuprofesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

1.Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi
makna kepada kehidupan masing-masing.
2. Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.
3

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
uyamohamad liked this
uyamohamad liked this
uyamohamad liked this
Nur Insyirah liked this
Fara Leman liked this
Naimah Mohamed liked this
Abdul Rahim Ali liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->