Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
25Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendidikan Nilai Melalui Bahan Sastera

Pendidikan Nilai Melalui Bahan Sastera

Ratings:

4.5

(14)
|Views: 12,337|Likes:
Published by R.Linah
Mengupas nilai-nilai yang terdapat di dalam karya sastera Brunei
Mengupas nilai-nilai yang terdapat di dalam karya sastera Brunei

More info:

Published by: R.Linah on Apr 12, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/08/2013

pdf

text

original

 
PENDAHULUAN
Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menjadikannya sebagai satukomponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid. Di samping itu ia juga berfungsi sebagai alat pendidikan untuk mengimbangkan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani. Karya-karya sastera di samping mempunyai unsur keindahan dan kehalusan biasanya mencerminkan nilai, jiwa dan pemikiran masyrakat.Kertas kerja ini mengupas nilai yang tersirat di sebalik sajak ‘Kasih Ibu’ yang dipetik dari ‘AntologiSajak Cermin Diri’. Ia diharap akan dapat memberi idea kepada guru-guru Bahasa Melayu dan bakalguru tentang kebaikan yang terdapat apabila menggunakan bahan sastera sebagai bahan pengajarandi bilik darjah.
NILAI-NILAI MURNI DI SEBALIK KARYA SASTERA
Karya-karya sastera yang terdapat di negara ini memang sarat dengan nilai murni dan pengajaran.Oleh yang demikian sangat wajarlah jika guru bahasa menggunakan karya sastera sebagai bahan pengajaran di bilik darjah. Di samping menumpukan kepada aspek-aspek pengajaran bahasa, penerapan nilai-nilai murni dan pengajaran juga sangat penting dan merupakan tanggungjawab gurudalam membentuk sahsiah murid-muridnya.Berikut disenaraikan beberapa nilai yang tersirat di dalam karya-karya sastera :
Baik hati
– iaitu sikap mengambil berat terhadap orang lain secara ikhlas, iaitu tanpamengharapkan balasan daripada orang yang dibantu itu. Sebagai contoh sikap seorang muridyang suka menolong kawannya yang dalam kesusahan seperti menolong kawan tersebutdalam memahamkan sesuatu pelajaran yang tidak difahaminya. Nilai-nilai ini boleh didapatidaripada cerpen-cerpen, sajak, pantun, cerita-cerita rakyat dan sebagainya.
Kepahlawanan
– iaitu sikap keberanian seseorang. Biasanya terdapat di dalam cerita-ceritarakyat, sejarah dan syair. Sebagai contoh, cerita sejarah yang menggambarkan keberanianseorang pahlawan dalam mempertahankan negerinya daripada jajahan orang asing. Misalnyacerita mengenai Pateh Berbai yang menjadi pahlawan dan bertanggungjawab dalammembangun dan memperkembangkan sejarah awal Brunei, sehingga diangkat menjadiSultan Brunei yang pertama dan dikenali sebagai Sultan Ahmad.
Hormat-menghormati
iaitu saling menghargai dan memuliakan seseorang danmemberikan layanan yang bersopan serta berpandangan tinggi terhadapnya. Sebagai contohmenghormati kedua ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Nilai hormat-menghormati ini biasanya didapati di dalam cerpen, pantun, syair dan sebagainya.
Kerajinan
– iaitu usaha berterusan dengan semangat kegigihan, kecekalan, dedikasi dandaya usaha dalam melakukan apa jua kerja yang biasanya berkaitan cita-cita seseorang. Nilaiini biasanya dimasukkan dalam pantun berupa nasihat, cerita-cerita, cerpen, novel dansebagainya.
 
Patriotisme
– iaitu perasaan sayang dan bangga kepada negara dan biasanya nilai-nilai berunsurkan patriotisme ini diselitkan di dalam lagu-lagu, pantun, sajak, cerita rakyat dansebagainya.Selain nilai-nilai yang disebutkan di atas, terdapat nilai-nilai lain yang tersirat di dalam karya-karyasastera. Sebagai contoh nilai kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, semangat bermasyarakat,kebebasan, berdikari dan sebagainya.Berikut akan disentuh pula mengenai nilai-nilai yang terdapat di dalam sajak Kasih Ibu. NILAI-NILAI DI DALAM SAJAK ‘KASIH IBU’Sajak ‘Kasih Ibu’ dinukilkan oleh Abdullah Idris. Sajak ini mengandungi empat rangkap dan setiaprangkap mengandungi lima baris kecuali rangkap ke tiga yang hanya mengandungi empat baris.Purata jumlah perkataan ialah antara empat hingga lima perkataan di dalam setiap baris.Dalam sajak ‘Kasih Ibu’ ini penulis menggambarkan kasih seorang ibu yang membesarkan anaknyadengan penuh kasih sayang dan sentiasa memberi nasihat untuk kebaikan anaknya. Namun seoranganak yang telah dewasa kadang-kadang lupa akan jasa seorang ibu yang telah bersusah payahmembesarkannya. Setelah ketiadaan ibu, si anak biasanya menyesali kerana telah mengabaikantanggungjawabnya sebagai seorang anak yang sepatutnya berbakti kepada ibunya.Apabila diteliti nilai-nilai yang terdapat di dalam sajak ini adalah sepeti berikut:
Nilai berdikari
– seperti yang terdapat pada rangkap pertama dan keempat berikut :
memang telah lama kufikir untuk berbakti pada ibu dan siapa nantialih-alih tiba saatnya kami menyendiriantara hidup dan matilalu sekarang semuanya bagai membebani jauh-jauh dinihari air mata membasahidan titis-titisnya meresapi nadi sendiri justeru kerananya bagai menuntuti sebuah ungkapan yang tak bererti lagi
Dalam rangkap pertama dan keempat tersebut, penulis menggambarkan tentang nilai berdikariyang harus ditempuh oleh seorang anak yang telah kehilangan ibunya dan terpaksa menyendiridalam menempuh hidupnya. Penyesalan anak, yang digambarkan di dalam rangkap keempat,sudah telambat dan tidak dapat ditutupi oleh tangisan. Anak tersebut harus menghadapi hiduptanpa ibu di sisi dan perlu belajar berdikari demi menempuh hidupnya sendiri.rangkap pertamarangkap kedua
 
Nilai hukum Islam
– yang terdapat dalam rangkap kedua dan ketiga sepeti berikut :
 sejak kecil pun aku diajaritentang anak-anak yang salat balasannya adalah syurgabersama ibu yang tercintadan para syuhada.tapi bila aku telah dewasaibu sudah tidak mau berceritadan aku jadi lupatentang hukuman anak derhaka
Kedua-dua rangkap ini menggambarkan tentang nilai hukum Islam yang diutarakan oleh ibu kepadaanaknya, iaitu tentang balasan baik apabila seseorang itu mengerjakan solat yang diwajibkan kepadaseorang Muslim. Kealfaan anak tentang nasihat ibunya akan menjadikannya seorang anak yangderhaka dan akan mendapat balasan yang setimpal dengan sikapnya itu.
KESIMPULAN
Karya sastera yang diterangkan di atas merupakan contoh yang dapat diambil daripada sebahagiankarya-karya sastera yang ada. Namun karya-karya sastera lainnya juga mengandungi pelbagai nilaiyang juga boleh digunakan dalam menyampaikan pengajaran guru kepada murid-muridnya di bilik darjah. Terpulang kepada guru berkenaan untuk memilih kesesuaian bahan yang akan diajarkankepada murid-muridnya. Guru harus pandai mengolah bahan-bahan sastera yang dipilih agar nilai-nilai murni dan pengajaran tersirat di sebaliknya, akan dapat disampaikan dengan berkesan kepadamurid-murid. Dengan adanya kertas kerja ini, diharap para guru dan bakal guru akan dapatmengambil iktibar daripadanya.

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Soh Hwee Loh liked this
Alya Zikri liked this
nana_r_1 liked this
Asyraf Denney liked this
Hafidzatul Amni liked this
Norazian Kadir liked this
adiekah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->