adalah satu penilaian yang terpenting sebelum penilaian yang seterusnya dilakukankerana sekiranya ianya tidak diteliti, akan berlaku pembuangan kos perkhidmatan.Penilaian prestasi seseorang pekerja itu merupakan suatu rangkaian sebuah sistemyang melibatkan aktiviti sumber manusia. Ianya meliputi menilai pengambilan,pemilihan dan latihan di antara banyak aktiviti pengurusan sumber manusia.
2.1 Dasar-dasar pengambilan
Terdapat empat jenis dasar pengambilan yang berkemungkinan dilakukan olehsesebuah syarikat:
1.
Bukan diskriminasi pasif
ialah komitmen untuk melayani semua kaum dankedua-dua jantina secara sama rata dalam keputusan tentang pengambilanpekerja, kenaikan gaji dan bayaran–bayaran atau insentif-insentif yangdisediakan. Kaedah ini lebih cenderung kepada pengambilan di kalanganbakal-bakal calon minoriti secara aktif. Gaya cara ini gagal untuk mengenalibahawa amalan diskriminasi pada masa lalu mungkin menghalang calon-calondaripada mendapat peluang pekerjaan sekarang.
2.
Tindakan afirmatif tulen
ialah usaha bersama sesebuah organisasi secara aktif untuk meluaskan pengumpulan calon supaya tiada seorang pun yang akandikecualikan atas sebab diskriminasi masa lalu dan masa kini. Walaubagaimanapun, keputusan untuk mengambil pekerja atau untuk menaikanpangkat adalah berdasarkan pada individu yang berkelayakan danmempunyai potensi terbaik, tidak kira bangsa atau jantina.
3.
Tindakan afirmatif dengan pengambilan
yang diutamakan
bernaksud tindakanyang berlawanan dengan tindakan afirmatif. Ianya dilakukan secara bersistemdan mengutamakan wanita dan kumpulan minoriti dalam keputusan untukpengambilan dan kenaikan pangkat dan bayaran. Ini adalah sistem "kuotalembut".
4.
Kuota keras
pula menggambarkan kuasa untuk mengambil atau menaikkansejumlah atau sebahagian wanita atau anggota kumpulan minoriti.Isu perundangan dalam pekerjaan lebih mengutamakan kepada sesuatu kes yangberbangkit dan dipertikaikan. Mahkamah Agung menetapkan prinsip bahawa:
1
Keputusan pemilihan personel harus dibuat atas dasar kes-demi-kes, bangsa atau jantina boleh diambil kira sebagai satu faktor dalam keutamaan pemohon, tetapikeputusan menyeluruh untuk memilih atau menolak harus dibuat atas dasar kombinasi faktor itu,
seperti ujian kemasukan dan prestasi sebelumnya. Hal iniserupa dengan tindakan afirmatif sebagai strategi pengambilan dan penilaian.Sememangnya inilah cara yang harus dilakukan dalam pasaran buruh yang bebasdan terbuka.(Noran fauziah dan Wan Rafaei,1993)
3.0 Mengenalpasti Keperluan Merekrut.
Sepertimana yang sedia maklum, sebelum sesuatu proses pengrekrutan pihakorganisasi memerlukan maklumat-maklumat tentang keperluan atau permintaansumber manusia. Ini bertujuan untuk membuat anggaran bilangan dan jenis pekerjayang diperlukan oleh organisasi tersebut pada masa hadapan.Seseorang perancang sumber manusia semestinya mengenal pasti dan mengkajimatlamat-matlamat organisasi sebagai langkah pertama dalam proses mengenalpasti ini. Data berkenaan dengan rancangan pengeluaran, ramalan jualan dansebagainya merupakan input asas perancangan sumber manusia. Selain maklumat
3