Bagi negeri Johor, selain daripada Enakmen yang disebut di atas, kerajaan negeritelah meluluskan Enakmen No 2, 1997 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zimdan telah digunapakai mulai 1 Julai, 1998. Di antara fungsi Yayasan yang berkaitandengan kajian ini ialah “
membantu dan melaksanakan matlamat bagi membentuk masyarakat harmoni, bahagia, sejahtera , penyayang dengan:a.
mengukuhkan institusi keluargab.
membawa wanita dalam arus pembangunan dan
c.
menangani masalah sosial
”. (Enakmen Yayasan Pembangunan KeluargaDarul Ta’zim, 1998)Bagi pengisian program yang dipertanggungjawab kepada Yayasan, kajianPemantapkan Institusi Keluarga Johor ini dijalankan sebagai suatu usaha ke arahmengawal berlakunya aspek-aspek kritikal yang di alami oleh keluarga bermasalah dinegeri Johor.
1.2 Penyataan Masalah
Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting didalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran,emosi dan juga tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejakperingkat bayi lagi. Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh juga dipelajari secara formal atau tidak formal. Akibat pekerjaan di luar rumah, hubungan ahli keluarga pada masa ini bersifatindividualistik dan egoistik kerana mengejar kejayaan kerjaya. Kos kehidupan jugameningkat sehingga kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja. Dalam banyak kes ahlikeluarga juga perlu bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan keluarga.Pemeliharaan dan pendidikan anak-anak terabai. Semua ibu dan bapa pada hakikatnya mengasihani anak-anak mereka danmenaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmunidan bahagia. Senario mengejar perbelanjaan harian ini bagaimanapun telahmenimbulkan tekanan emosi dikalangan ibu-bapa. Penceraian, penderaan dan kes juvana boleh berlaku akibat tekanan emosi yang tinggi di samping sikap tidak sabar dikalangan ibu-bapa.Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalahdalam keluarga, statistik jelas menunjukkan keadaan sebaliknya. Kemungkinannya,program dan tindakan menangani masalah adalah terlalu umum seperti ceramah,perjumpaan dengan ibu bapa dan nasihat yang diselitkan semasa majlis diadakan. Selaindaripada itu, tiada penilaian secara formal dibuat untuk mengukur keberkesananprogram. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor, keluarga yang bermasalah ialah keluarga yangmenghadapi masalah penceraian. Pada tahun 1998, terdapat 1,351 kes keluarga yangbercerai di mana ianya menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun sebelumnyayang terdapat 1161 kes. Masalah penceraian boleh meninggalkan kesan negatif kepadasesebuah keluarga. Selain daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Biro BantuanGuaman juga menerima banyak permohonan menuntut cerai. Menurut perangkaan yangdikeluarkan mereka pada tahun 1997 terdapat 32 kes penceraian yang berlaku danbilangan kes ini meningkat kepada 44 kes pada tahun berikutnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor pula melaporkan terdapat 50 keskeganasan rumahtangga yang berlaku di negeri Johor. Kaum Melayu mempunyaibilangan kes yang tertinggi iaitu 19 kes, diikuti oleh kaum Cina dan India masing-masingsebanyak 15 kes dan lain-lain kaum hanya satu kes. Ini menunjukkan satu peningkatan
2