Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kaunseling

kaunseling

Ratings:

4.8

(10)
|Views: 16,750|Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Apr 12, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2013

 
KAUNSELING & KEPIMPINAN
 
Oleh : Asmawati Baharudin
 
Ketua Kaunselor
 
PK MAINS
 
PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang bolehdifahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertianyang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalamaktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa,guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat denganproses mendidik dan kebajikan masyarakat.Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcarasesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untukmengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketarakaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapatdikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan,agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
 
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripadabidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh danberkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiahmanusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripadasituasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkankepada kepercayaan:
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberimakna kepada kehidupan masing-masing.
 
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusiabertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunselingmerupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yangmeminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuanpertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klienmembuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baikburuk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
 
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dansituasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dannilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masadepannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorangkaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri denganmasyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihandan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukantetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
 
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk menerokaaspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya.Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesanhalangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup denganlebih sempurna.
 
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, kliendibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antarakaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkanklien berubah.
TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yangberbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan,iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yangingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalamproses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagimemerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awalsangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percayadengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungankaunseling tersebut.bTujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangkamasa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akandialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yangdiutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsisepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yangdihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalahsahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebihbermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.Lima tujuan kaunseling iaitu:
 
1.Menolong mengubah tingkah laku klien.
2.
Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutamamereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
 
3.
Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Kliendiharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana,tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakahkemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibatkeputusan tersebut.
 
4.
Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orangmenghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalahini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsepkendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapatmenolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain,misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya danseterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutukesejahteraan kehidupan individu.
 
5.
Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pastikebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
 
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan padadiri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai,membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yangdibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuatkeputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasamengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yangbanyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang
 
nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proseskaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa.Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statikatau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikutkeperluan klien.
 
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
 
Memahami diri dan situasinya;
 
Mengenal pasti keperluannya;
 
Menerima realiti hidupnya;
 
Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
 
Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
 
Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
 
 Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehinggamenjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masayang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidupdi dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dankaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapaidalam masa yang singkat.
 
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasiyang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dankenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuanhidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan jugamerupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yangpenuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengankerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca daridalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidakmempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup.
 
Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuanhidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan danseumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalamandalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapikaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang padamulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya,memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan initercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakinberkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapatmeneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
 
PRINSIP KAUNSELING
 
Oleh : Asmawati Baharudin
 
Ketua Kaunselor
 
PK MAINS
 
PRINSIP KAUNSELING
 

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Rizal Farie liked this
kyradamiahana liked this
rengotjomo liked this
Fara Leman liked this
Maizura Md Rani liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->