Professional Documents
Culture Documents
Dalam proses pembelajaran di sekolah berbagai pendekatan yang digunakan oleh guru dalam
mengajar ataupun mendidik para pelajar. Adakalanya guru bagaikan seorang bos atau raja yang
hanya mengarah dan memerintah pelajar menurut kehendaknya. Ada juga guru mengajak para pelajar
bersama-sama menyelesaikan topik yang dibincangkan. Namun kesemua kaedah itu berguna dan
bermanfaat sesuai dengan keadaan. Sesungguhnya guru yang ditakuti tidak berhasil dalam
menjalankan komunikasi efektif, kerana pelajar merasakan terdapat jurang dalam menyatakan
pendapat. Tanpa komunikasi yang baik, hasil yang dituai juga tidak memuaskan.
Ada beberapa jenis hubungan guru dan pelajar seperti yang berikut;
1. Di sini, pelajar menjadi pendengar yang pasif. Mereka tidak dapat bertanya bila mereka tidak
faham. Demikian juga guru tidak mengetahui apakah pelajarannya dapat diikuti ataupun tidak.
Melalui jenis hubungan ini, bahan pelajaran, dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat.
2. Di sini, sudah terlihat hubungan 2 arah, tetapi terbatas antara guru dan pelajar secara individual.
Antara pelajar dan pelajar tiada hubungan. Pelajar tidak dapat berdiskusi dengan teman atau bertanya
sesama sendiri.
3. Jenis hubungan seperti ini sudah merupakan sistem hubungan yang lebih baik, walaupun masih
agak terbatas dan formal. Guru tidak dapat berhubungan dengan pelajar dalam suasana perbincangan.
4. Hubungan ini merupakan hubungan yang paling efektif. Pelajar dapat mengadakan hubungan yang
tidak terbatas. Guru dapat mengetahui apakah pelajarannya dan bimbingannya dapat difahami dan
diterima oleh pelajar. Perbincangan juga dapat mengupas sekecil-kecil perkara atau sebarang
ketidakpuasan dalam pembelajaran, di antara guru dan pelajar.