You are on page 1of 9

MOHAMAD SHUHMY SHUIB

17/05/2006

1
PENGURUSAN MASA
Kepentingan Masa

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang
menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh
kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang
beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan
kesabaran"

Pembahagian Masa

Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan
menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari,
seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai
mengurus masa.

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah

1. Masa hidup sebelum mati


2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah

Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh
alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar
menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat
diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.

Faktor-Faktor Pengurusan masa

Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang
boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:

 keluarga
 rakan-rakan
 aktiviti yang tidak berfaedah
 pengaruh media massa
 sikap

Cara mengurus masa

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:

 senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.


 susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
 elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.

2
 agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
 buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
 Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
 Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.

Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar
dapat menggunakan masa dengan baik.

Contoh Jadual aktiviti

Masa Senarai Aktiviti


0500-0530 pagi sembahyang subuh
0530-0630 pagi bersedia untuk ke sekolah
0630-12.30 t/hari belajar di sekolah
12.30-0100 petang sembahyang,makan,rehat
0100-0400 petang menyelesaikan kerja rumah
0400-0530 petang riadah ringan
0530-0630 petang mandi,sembahyang, makan
0700-800 malam ulangkaji pelajaran yang baru dipelajari
0800-0830 malam melihat berita tv
0830-1000 malam ulang kaji
1000-1100 malam persediaan pelajaran esok
1100-0500 pagi tidur

Hari/Masa
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad

Membuat Keputusan

3
Manusia sering dibebani dengan soalan-soalan hidup yang mana memerlukan jawapan yang
perlu diputuskan dengan membuat keputusan. Keputusan perlu dibuat terhadap soal cinta,
kerja, rumahtangga, pendidikan anak-anak, memilih kerjaya serta benda-benda remeh yang
lain seperti apa nak dimakan dan baju apa yang nak dipakai. Kadangkala, membuat
keputusan ini memang mudah, hanya dengan sekelip mata saja. Kadangkala pulak,
sehingga kita tak dapat nak tidur memikirkan apakah perkara sebaiknya hendak dilakukan
bagi mengatasi masaalah yang mendatang. Lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan wang
ringgit atau soal cinta.

Disini, penulis akan cuba memberi sedikit tips bagaimana keputusan harus dibuat dan
bagaimana ianya dapat memberi kebaikan dalam apa saja tindakan yang diambil. Penulisan
ini bukanlah pendapat seorang pakar tetapi hasil dari pengalaman serta pengetahuan yang
luas didalam "decision making" penulis sendiri. Kadangkala, kemungkinan keputusan yang
dibuat itu akan didapati salah, tetapi kita hendaklah yakin bahawa pada saat dan ketika
tersebut, keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik sekali.

Ciri-ciri untuk membuat keputusan sedikit sebanyak bolehlah diikut seperti


berikut:-

• Hendaklah dibuat berdasarkan rasional dan logik.


• Hendaklah berdasarkan diatas prinsip baik mengatasi buruk. Tidak ada ditengah.
• Bagi masaalah yang rumit, perlulah berada didalam keadaan tenang dan sebaik-
baiknya selepas mendirikan solat.
• Berbincang serta mendapatkan pendapat orang lain.
• Menimbang semua kemungkinan dan akibat dari keputusan tersebut.
• Mempunyai keyakinan diri bahawa keputusan yang dibuat adalah yang terbaik.
• Berani menanggung risiko diatas keputusan yang dibuat serta berdiri teguh
diatasnya.
• Boleh menjawab balik faktor-faktor kenapa keputusan sedemikian dibuat serta yakin
dengan jawapan itu sendiri.

Ingatlah sentiasa. Tiada masaalah yang tidak mempunyai penyelesaian. Hanya memerlukan
keputusan yang baik.

Sekian Sahaja. Selamat Membuat Keputusan

Kemahiran Menyelesai Masalah & Membuat Keputusan


Seorang eksekutif perlu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik dan betul untuk
memastikan hasil tercapai.

Siapa Yang Patut Hadir

Eksekutif yang ingin mempertingkatkan kemahiran mereka di dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

Objektif

• Untuk memperbaiki kemahiran sendiri menyelesai masalah dan membuat keputusan


• Untuk menganalisa situasi sesuatu masalah itu dan mengimplementasi gaya penyelesaian
masalah yang paling sesuai

4
• Untuk menganalisa teknik penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang lebih kreatif
• Untuk mengenalpasti kemahiran interpersonal yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah
pasukan
• Untuk menangani masalah dan mengurusnya melalui proses membuat keputusan yang lebih
efektif
• Untuk menilai keputusan-keputusan yang dibuat

Tajuk Utama:

• Apakah dia masalah? - Ciri-ciri masalah


• Masalah atau peluang? - Orientasi minda
• Menyelesai masalah dan membuat keputusan - Langkah-langkah utama
• Mesyuarat dan membuat keputusan
• Mengetuai perbincangan dan menyelesai masalah
• Teknik-teknik menyelesai masalah yang kreatif
• Kemahiran menyelesai masalah individu dan penggunaan label, mengenal pasti masalah, analisa
masalah dan diagnosis masalah, menghasilkan penyelesaian serta factor orientasi tindakan
• Gelagat menyelesaikan masalah secara berkumpulan dan penyelesaian masalah secara
musyawarah
• Mengimplemantasi keputusan dan langkah-langkah rancangan tindakan
• Pilihan pengurusan, kreativiti serta bagaimana menghadapi perubahan
• Rancangan tindakan unutk memperbaiki diri sendiri
• Bagaimana menangani tentangan kepada perubahan

Metodologi

Kuliah, tayangan video, kajian kes, lakonan semula (role-play)

5
PENGURUSAN MASA
Oleh Syed Hasan Alatas

Pengurusan Masa ialah perihal mengurus masa (waktu)dengan sebaik mungkin,sehingga masa (waktu)
membawa munafaat bagi semua pihak. Begitu pentingnya masa,sehingga Allah s.w.t.mengingatkan kita
supaya menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya.

Allah berfirman: "Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman
dan beramal sholih. Dan berwasiat (nasihat-menasihati)dengan Kebenaran. Dan berwasiat (nasihat-
menasihati) dengan kesabaran." (Q.S.al-'Ashr:1-3)

Dalam firman Allah dalam surah al-'Ashr,mengingatkan kita sesungguhnya kita manusia berada dalam
kerugian,karena tak pandai menggunakan masa dengan sebaik mungkin.Sehingga ramai manusia yang
membuang masa.Boleh jadi dengan melepak disimpang-simpang jalan sambil menggangu orang yang
lalu lalang. Ada yang membuang masa dengan percakapan yang tidak berfaedah, ada yang
menghabiskan masa dengan bertengkar, maki hamun, menabur fitnah, mengadu domba, berkhayal dan
berbagai lagi amal perbuatan yang merugikan.

Kecuali mereka yang beriman dan beramal yang sholih.Orang yang beriman mereka mempercayai
bahwa Allah s.w.t. menjadikannya tidaklah untuk hal yang sia-sia ataupun merugikan. Allah s.w.t.
menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian, tetapi oleh karena kesalahan manusia sendiri,
sehingga segala anugerah Ilahi kepadanya telah disalah gunakan, sehingga membawa kerugian,ataupun
bencana kepada makhluk lainnya.

Orang beriman mengakui bahwa ia dijadikan adalah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t.dan
segala apa yang dilakukannya adalah dengan tujuan untuk memperoleh KeredhaanNya semata-mata.

Ia bekerja dengan Ikhlas,bersungguh-sungguh dan semua apa yang dilakukannya itu karena Allah,bukan
karena lainnya.Hatinya dipenuhi dengan kecintaan kepada yang Maha Kuasa yang telah menciptakannya
dari salah satu dari ratusan juta sel seperma lelaki dan telur wanita,setelah melalui peroses kejadian yang
sangat mengagumkan,lahirlah dirinya kedunia ini.

Kelahirannya dengan tidak membawa apa-apa benda kemewahan dunia.Dia lahir telanjang.Kelahirannya
dengan tangisan jika sekiranya tak ada orang lain yang mengasihinya,mungkin dirinya telah dicampakkan
ke tong sampah sebagaimana banyak kejadian pada masa zaman moden sekarang ini.

Semenjak manusia berada dalam masa ibundanya mengandung,masa ketika ia telah dilahirkan menjadi
seorang bayi (balita), masa ketika masih kanak-kanak,masa remaja,masa dewasa,masa tua, alam barzah
hingga akhirat. Jika semua masa ketika berada di dunia ini digunakan dengan sebaik mungkin,Insya-
Allah akan meujudkan manusia yang baik di dunia dan baik pula di akhirat. Insya Allah akan mewujudkan
manusia yang bahagia hidup di dunia,dan bahagia pula hidup di akhirat.

DISIPLIN MASA.
Disiplin ataupun kepatuhan(keta'atan)kepada peraturan sangatlah dipentingkan dalam Islam. Dalam
segalah hal,baik dalam hal-hal yang berhubungan dengan Maha Pencipta,yaitu Allah s.w.t.juga hal-hal
yang berhubungan dengan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk lainnya. Contohnya: Ketika
menunaikan ibadah sholat, zakat,puasa, haji semuanya itu telah diatur dengan sebaik-baiknya. Demikian
pula dalam hubungan kita dengan orang tua kita, ibu bapa kita,sanak saudara, jiran tetangga sesama

6
Muslim,hubungan dengan tamu, sahabat, hubungan dengan sesama insan,hubungan sesama makhluk
Allah s.w.t., hubungan dengan makhluk halus dimana mata kasar tak dapat melihatnya seperti kuman,
atom yang terpaksa menggunakan alat teknolgi moden barulah kita mengetahui dia ujud. Demikian pula
ada makhluk lainnya yang kita tak dapat melihat dia tetapi dia bolih melihat kita seperti malaikat, setan,
jin, dan makhluk halus lain-lainnya...

Allah s.w.t.telah mengajarkan kita al-Quran,menjadi petunjuk kepada kita untuk membedakan yang benar
dengan yang salah. Al-Quran mengandung berbagai perintah dan larangan,al-Quran mengandung Ilmu
Pengetahuan,al-Quran mengandung Hukum Hakam,sejarah Ummat dahulu kala,untuk dijadikan teladan
bagi ummat sesudahnya.Isi al-Quran menyebutkan segala hal yang penting meliputi semua bidang.Al-
Quran juga mengajarkan kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran dan segala anggota dan
kemudahan yang Allah telah sediakan itu untuk difikirkan dan dimanfaatkan.Kita disuruh menuntut Ilmu
Pengetahuan yang berguna,dan hanya mereka yang beriman dan mempunyai Ilmu Pengetahuan sahaja
yang takut bercampur kagum atas kebesaran dan keagongan Allah s.w.t.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Arrahman (Yang Maha Pengasih)telah mengajarkan al-Quran.Telah menjadikan Insan (manusia)sebagai


makhluk yang mempunyai akal fikiran. Matahari dan bulan (beredar)dengan perhitungan.Bintang-bintang
dan pohon-pohon kedua-duanya bersujud (kepada Allah s.w.t).Langit (alam raya)ditinggikan-Nya,dan
diadakan neraca Keadilan. Supaya kamu jangan aniaya dalam neraca timbangan. Dirikanlah timbangan
dengan adil dan janganlah kamu merugikan pada timbangan. Bumi ditetapkanNya untuk makhlukNya,
padanya ada buah-buahan dan pohon korma yang mempunyai mayang (kelopak). Biji-bijian yang
mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak
kamu dustakan? (Q.S.Arrahman:1-13)

Rasulallah s.a.w.adalah seorang Nabi dan Rasulallah yang telah berjaya menggunakan masa hidup
beliau dengan sebaik mungkin.Meskipun Baginda telah mengalami berbagai cobaan hidup semenjak
Baginda masih dalam kandungan ibundanya yang bernama Aminah binti Wahab,ayahandanya yang
tercinta Abdullah bin Abdul Muthalib,wafat.Ketika berusia 6 tahun ibundanya yang dikasihi,berpulang
kerahmatullah pula.Dua tahun Nabi s.a.w.diasuh oleh Datuknya yang bernama Abdul Muthalib, dengan
penuh kasih sayang,kemudian Abdul Muthalib dipanggil Allah s.a.w.Setelah itu Nabi kita s.a.w.diasuh pula
oleh bapak saudaranya (pamannya) yang bernama Abu Thalib,sehingga Baginda dewasa.

Semenjak masa kecil hingga wafat,Nabi s.a.w.mengisi masa yang dilaluinya itu dengan teliti dan
cermat.Sehingga pengurusannya begitu berguna dan membawa kebahagiaan kepada seluruh makhluk
Allah s.w.t.ketika hayat baginda, dan pengaruhnya berterusan hingga kini dan hingga hari Qiamat.
Sehingga baginda Nabi s.a.w.meskipun telah lama meninggalkan kita, tetapi namanya senantiasa disebut
dan dikenang oleh manusia sejagat.Namanya tetap hidup, meskipun telah lama (ribuan tahun) wafat dan
meninggalkan ummat manusia.

Ketika masih kecil masanya telah diisi dengan membantu keluarga Halimatussa'diah dengan cara
mengembala ternak.Ketika berusia 12 tahun,baginda ikut bersama bapa saudaranya (pamannya Abu
Thalib)berniaga ke Syam (Syria). Masa usia 15 tahun turut serta dalam peperangan Fijar.Ketika berusia
16 tahun terlibat dalam gerakan Hilful Fuzul (perjanjian sumpah setia di kalangan Quraisy). Masa usia 23
tahun, baginda berniaga kali kedua, dengan membawa barang perniagaan Saidatina Khadijah ke Syam.

Masa usia 25 tahun,Nabi s.a.w.mendirikan rumah tangga dengan saidatina Khadijah.Mereka sekeluarga
hidup aman damai saling mengasihi dan saling membantu baik dalam urusan rumah tangga dan juga
dalam urusan kemasyarakatan.Sehingga saidatina Khadijah wafat,hanya saidatina Khadijah seorang
sahaja iteri Nabi s.a.w.

Masa Rasulallah s.a.w.berusia 35 tahun,ketika itu terjadi perbalahan antara pimpinan Quraisy,siapakah
diantara mereka yang lebih berhak meletakkan hajaral aswad (batu hitama)ditempatnya semula (di

7
ka'bah) yang sedang dalam perbaikan kembali, karena beberapa kerusakan ketika itu.Oleh karena
semua pihak merasa dirinya lebih berhak,maka hampir saja terjadi pertumpahan darah yang mengerikan.

Alhamdulillah dengan kepercayaan penuh atas keadilan pemuda Mohammad s.a.w.untuk menyelesaikan
perbalahan yang sedang mereka hadapi itu,maka merekapun bersedia apapun keputusan yang
diputuskan pemuda Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah calon Nabi dan Rasulallah itu telah memberikan keputusan yang amat bijak. Dimana
baginda telah meletakkan hajaral aswad itu diatas sehelai kain,dan meminta semua pihak terutama para
pemimpin Quraisy sama-sama mengangkat hajaral aswad yang berada dikain itu,lalu dibawa kedekat
ka'bah dan pemuda Mohammad s.a.w.sendiri (sebagai pengadil) meletakkan hajaral aswad dika'bah.
Semua pihak merasa puas hati atas keadilan yang telah memberikan kesempatan kepada semua pihak
turut mengangkat hajaral aswad,dan turut mewakilkan pemuda Mohammad s.a.w. meletakkannya
ditempatnya semula (ka'bah). Dalam usia 35 tahun itu pula, Mohammad s.a.w.telah dianugerahkan
seorang putri dari isteri yang dikasihi Saidatina Khadijah,putri tersebut Nabi namakan Fathimah Azzahra
(bunga mekar semerbak)yang menjadi wadah keturunan suci Nabi s.a.w (Ahlul Bait).

Masa baginda Nabi s.a.w.berusia 40 tahun,ketika Nabi s.a.w.bersunyi-sunyi diri di gua hira',maka turunlah
ayat Quran yang pertama kepada Rasulallah s.a.w,yang maksudnya: "Bacalah !Dengan nama TuhanMu
yang menciptakan. Telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama
Tuhanmu yang amat pemurah. Mengajarkan manusia (menulis) dengan pena. Mengajarkan kepada
manusia apa-apa yang tiada diketahuinya." (Q.S.al-Alaq:1-5)

Ayat yang pertama yang diturunkan kepada Rasulallah s.a.w.adalah ayat yang menjadi dasar bagi
kemajuan manusia sejagat. Karena dalamnya mengandung,seruan tentang kewajiban manusia
membaca,menulis,dan menkaji tentang kejadian dirinya.

Dengan membaca,maka banyak Ilmu pengetahuan akan diperoleh.Tahu pula menulis,maka Ilmu
Pengetahuan yang diperoleh itu,bolih disebar luaskan dan disimpan dalam jangka masa yang lama,dari
satu generasi kesatu gererasi yang lain, hingga hari Qiamat.Demikian pula dengan menkaji tentyang diri
kita,dari mana asal usul kita,apa yang kita bawa ketika dilahirkan,setelah itu untuk apa kita dihidupkan
ini,dan kemana pula akhirnya kita akan pergi nanti,semua itu akan menimbulkan satu kesadaran,untuk
apa kita dijadikan oleh Allah s.w.t.dan kemana pula akhirnya kita nanti.Semua itu akan menimbulkan
kesadaran, bahwa kita adalah manusia yang lemah tak berdaya diciptakan dari cantuman benih dari ibu
dan ayah kita. Kita dilahirkan tak bawa apa-apa telanjang bulat, dengan Rahmat Allah berbagai
kelengkapaan untuk kehidupan diberikan kepada kita.Allah menyediakan pula kepada kita segala
kemudahan dalam bumi dan diruang angkasa dan dipelatnit-pelanit lainnya,untuk dimanfaatkan.Semua
itu kita lakukan demi pengabdian kita kepada Allah s.w.t.Akhirnya kita mohon hidayah dan taufiqNya
sehingga kita meninggal dunia dengan "Husnul Khatimah"(akhir yang baik)dengan mendapat Keredhaan
Allah s.w.t.sehingga kita menemuiNya, dan mempertanggung jawabkan akan segala apa yang telah kita
lakukan selama hayat kita di dunia.Dengan kemurahan dan Kasih sayangNya, kita akan ditempatkan di
Jannatun Na'im,Insya Allah,amin.

Setelah turunnya wahyu yang pertama itu (surah al-Alaq 1-5), kepada Nabi s.a.w.,mulailah Nabi
s.a.w.mengadakan Dakwah secara senyap,mengajak ummat manusia kejalan yang benar,jalan yang
diredhai Allah s.w.t.Ketika itu manusia telah jauh menyimpang dari ajaran Tauhid. Penyembahan kepada
Allah s.w.t.Tuhan yang Maha Esa,telah bertukar menyembah kepada banyak tuhan. Disamping itu juga
menyembah patung berhala.Ada pula yang menyembah kepada manusia, matahari, bulan, bintang,
pohon kayu,batu, dan berbagai lagi penyembahan lainnya.

Perikemanusiaan telah mengarah kepada sifat-sifat kebinatangan yang kuat menindas yang lemah,yang
kaya memeras yang miskin.Kezaliman dimana- mana.Akhlak manusia begitu rendahnya sehingga ada
yang sanggup mewarisi dan mengawini ibu tirinya,bila ayahnya telah mati.

8
Pembunuhan,pencurian,perampokan,perzinaaan itu perkara biasa.Bertebaran kejahatan didaratan dan
dilautan karena perbuatan manusia.Nabi Mohammad s.a.w.cuba membetulkan semua ini.Manusia
berpecah belah,bersukupuak.Masing-masing menganggap sukunya yang paling mulia dan hebat,dan
berusaha untuk menakluki puak lainnya.Sehingga perkelahian dan peperangan timbul,dari masa
kesemasa.

Dakwah secara senyap yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.untuk mengajak manusia supaya berbaik-baikan
antara satu dengan lainnya tak dihiraukan.Hal seperti ini memasuki masa tiga tahun.Meskipun demikian
usaha gigih Nabi s.a.w,tidak sia-sia. Nabi s.a.w.mendapat pengikut sedikit demi sedikit hingga mencapai
40 orang.

Pada akhir tahun ketiga dari kerasulan,mulailah Nabi s.a.w,mengadakan Dakwah secara terang-
terangan. Semenjak itu mulailah pula berbagai halangan dan rintangan,dan berbagai tekanan dilakukan
oleh pimpinan kaum Quraisy.Mereka mendatangi Abu Thalib,bapak saudara Nabi s.a.w,dengan berbagai
tantangan dan ancaman.

Halangan dan rintangan menjadi-jadi.Para pengikut Nabi s.a.w.ramai yang dianiaya,disiksa,dibunuh


dengan kejamnya.Nabi s.a.w.tak sampai hati mendengar tangisan para pengikutnya yang setia itu,maka
Rasulallah s.a.w. mengarahkan mereka supaya Hijrah ke Habsyah, pindah mencari perlindungan.
Sedangkan Rasulallah s.a.w.masih tetap tinggal di Makkah menanggung segala azab sengsara yang
dilakukan oleh kaum Quraisy.Rasulallah s.a.w.rela menanggung semua itu demi melaksanakan perintah
Dakwah, menyeru manusia kejalan yang benar,jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.dengan tidak
mengharapkan apa-apa upah.

Setelah pimpinan kaum Quraisy gagal menghentikan usaha Dakwah Nabi s.a.w.dan Nabi s.a.w.dengan
usaha gigih terus maju dalam perjuangan suci ini,membela mereka yang dizalimi,membela mereka yang
lemah.Dari hari kehari sokongan berdatangan dari mana-mana pihak,terutama dari mereka yang lemah,
miskin yang merasa mereka telah mendapat pembelaan dari Nabi s.a.w.

Pimpinan kaum Quraiy mendatangi Abu Thalib,bapak saudara Nabi s.a.w.dan mengharapkan pamannya
itu mempengaruhi Nabi s.a.w.dengan tawaran yang menarik hati,yang biasanya ramai manusia biasa
terpengaruh dan menerimanya. Antaranya Nabi s.a.w, ditawarkan:" jika sekiranya Mohammad inginkan
kekayaan, akan kami berikan sebanyak mana yang dia mahu.Jika inginkan pangkat ataupun kuasa,akan
kami jadikan dia Ketua kami.Jika sekiranya Mohammad inginkan wanita cantik,molek yang menawan
akan kami sediakan pula.

Adakah Nabi s.a.w.tertawan dengan segala tawaran yang menarik hati itu? Biasanya ramai pemimpin
akan mundur dari perjuangan,bila kiranya mereka diberikan tiga ta itu,yaitu:"harta,takhta,wanita."Ramai
pemimpin yang bertekuk lutut dan tenggelam dalam kemewahan dan kekuasaan yang ada. Ramai yang
terhenti perjuangan mereka dalam mempertahankan kuasa,harta dan wanita yang telah dimilikinya itu.
Ramai pemimpin tak sanggup lagi berjuang. Ramai pemimpin yang mengkhianati sahabat seperjuangan,
karena kuatir kuasa, harta, wanita yang telah dimilikinya itu akan lenyap jika dia meneruskan perjuangan.

Sekian, tarima kasih, Insyaallah kita akan jumpa lagi.

You might also like