Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
128Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
tamadun

tamadun

Ratings:

4.64

(27)
|Views: 61,177|Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Apr 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

04/25/2013

 
KULIAH 1
 
 APAKAH ITU TAMADUN
 
OBJEKTIF 
Di akhir unit ini anda akan: 
1.
mengetahui pentakrifan tamadun secara menyeluruh 
2.
mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam pembentukansesebuah tamadun 
3.
mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan dankeruntuhan tamadun 
KERANGKA 
1.
Definisi tamadun 
2.
Elemen-elemen asas pembentukan tamadun 
3.
Ciri-ciri tamadun yang utama 
4.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun 
5.
Kesimpulan 
1. DEFINISI TAMADUN 
Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanantingkah laku.
Berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa danmemperelok tingkah laku.
 Juga membawa erti membuka bandar.
 Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaituorang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasadan beradab sopan dalam tingkah laku.
Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaiandan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik,halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budibahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yangmembentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun bolehdilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.
2. ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN
 
Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik.
Hayat penghidupan stabil yang panjang.
Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi danpendidikan yang teratur dan sistematik.
Adanya satu bahasa atau bebarapa bahasa serumpun dengan sistem tulisantersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian danpewaris khazanah ilmunya.
 
Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dantindak tanduk anggota masyarakatnya.
Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan lain-lain juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.
3. CIRI-CIRI TAMADUN
 
Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antarasesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (worldview/weltanschauung).
Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapatdibahagikan kepada empat ciri yang utama :
i.
tamadun materialistik
ii.
tamadun intelektual
iii.
tamadun mistikiv.tamadun berasaskan wahyu
Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahappeningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu;a) pencapaian fizikal ; boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah kerajaan atauempayar yang luas melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yangberdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan.b) pencapaian intelektual ; boleh diliaht dari segi penemuan fikiran yang baru ataupunpenemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang membuahkansistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.
4.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN DANKERUNTUHAN TAMADUN
 
Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculansesebuah tamadun adalah seperti berikut;1. Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan olehkedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatanmasyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber semulajadibagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh; kemunculan TamadunChina di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.2. Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripadaajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilaikehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikanmanusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun. Kemunculan TamadunIslam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murniberdasarkan cara hidup Islam yang sempurna. 
 
3. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkanmasyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepadasifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti,ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya jugamengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah,berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorongrakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya; Platodan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun China,Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan IbnKhaldun dalam Tamadun Islam. 4. Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dankesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggemblingtenaga untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Iniakhirnya menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepunseringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahanmereka dalam Perang Dunia Kedua. 5. Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksidengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupanbertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadunyang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baikdaripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepadakemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.
Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zamankemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuahtamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya keranamengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebutmerosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.
 Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosotbukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranyamereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.
Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor berikut;1. Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskindan kaya.2. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusiadiketepikan. 3. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dikalangan pemimpin. 4. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanyadari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini keranasikap tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti danseterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran.

Activity (128)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Farah Yahya liked this
Graha Egi liked this
RainySia liked this
Ng Bee Wah liked this
Jean Chan liked this
Saidatul Farhani liked this
Irene Chua liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->