Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
26Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Islam dan....

Islam dan....

Ratings: (0)|Views: 1,160 |Likes:
Published by CikguNikMie

More info:

Published by: CikguNikMie on Jan 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/09/2013

pdf

text

original

 
Islam dan ......
Artikel yang diterbitkan di Laman Web Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
1. Islam, Sains Dan UmmahAbu Bakar Bin YangPegawai Penyelidik00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia
Kesyumulan yang ada pada Islam sememangnya tiada keraguan lagi. Iamerangkumi seluruh aspek kehidupan manusia daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Atas sebabkesyumulan inilah maka Islam mampu untuk berdepan danmenyelesaikan sebarang masalah. Kemampuan Islam bukan terhentisetakat itu sahaja, tetapi mampu pula membawa taraf hidup manusia itu jauh lebih baik daripada apa yang dinikmatinya sekarang, asalkandengan syarat kesyumulan itu dihayati. Sains dan teknologi yangdipelajari, digunakan dan dikuasai oleh manusia pada zaman serbacanggih ini juga tidak terlepas daripada jangkauan kesyumulan yangdibawa oleh Islam itu.Sayangnya, kemampuan yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusiauntuk menguasai sains dan teknologi ini telah membuatkan manusialupa daratan. Ada golongan manusia yang bertuhankan sains denganmengenepikan langsung aspek agama. Tidak kurang pula yangmengambil Islam apabila dirasakan perlu kerana dapat menjagakepentingan tertentu.Ketidakseimbangan yang wujud hasil daripada pemikiran dan tanganmanusia inilah yang menjadi faktor utama kacau-bilau yang ada di duniasekarang ini. Kumpulan yang menguasai teknologi telah menjadikannyasebagai senjata untuk menindas kumpulan atau negara yang lemah.Sementara bagi mereka yang lemah pula tidak segan-silu untuk terusmenadah tangan meminta bantuan, seolah-olah tanpa bantuan darimereka yang berteknologi ini maka akan binasalah mereka.Sesungguhnya ajaran Islam yang suci ini, sudah lama mengajak danmengajar manusia untuk memerangi ketidakadilan seperti ini. Cumayang malangnya, orang-orang Islam sekarang tidak mengindahkanseruan yang besar ini, sehinggakan sumber kekuatan yangdianugerahkan Allah kepada hampir setiap negara orang-orang Islamtidak dimanfaatkan sepenuhnya.Orang Islam bukannya tidak faham bahawa Islam itu mampu untukmemulihkan imej mereka di mata dunia dan mampu pula menjadikanmereka umat yang terbaik. Dengan segala kekayaan yang ada padabumi Islam, orang Islam mampu untuk berusaha dan bekerjasama untukmenghasilkan teknologi yang diperlukan. Pun begitu ini semuadidahulukan dengan syarat. Iaitu orang Islam perlu kembali sepenuhnyakepada ajaran Islam yang murni tersebut.
 
Islam sangat menekankan supaya Kebesaran Allah itu dapat dihayatidengan memerhati dan mengkaji alam ini. Contohnya, dalam surah AlFatihah yang dibacakan pada setiap kali sembahyang itu dimulakandengan bacaan:"SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM."Dalam ayat pertama surah yang penting ini, telah menarik perhatianorang Islam kepada Allah dan penciptaanNya. Sebagai orang Islam kitaperlu melihat kepada ciptaan Allah yang dijadikan ini dengan penuh rasatanggungjawab dan seterusnya menerokai alam ini sebagai jalan untukmendekatkan diri kepada Allah. Rasa tanggungjawab itu hendaklah lahirdari kefahaman Islam yang jelas dan betul supaya penerokaan ilmupengetahuan yang bakal dilakukan tidak terpesong daripada kehendakIslam yang sebenar. Kita bimbang sekiranya mereka yang terlibatdengan usaha penerokaan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahilterhadap Keesaan Allah, maka lahirlah golongan-golongan yangmenyembah ilmu semata-mata dengan tidak mengambil kira Zat yangmencipta ilmu tersebut.Sekiranya ini berlaku, maka usaha untuk memperbaiki keadaan yangsudah sedia ada akan menjadi lebih buruk lagi. Maka sebab itulah parailmuan dan cendikiawan Islam yang mempunyai kesedaran hendaklahmelengkapi diri masing-masing dengan pengetahuan Islam yangsecukupnya, agar ilmu yang akan disebarkan nanti adalah ilmupengetahuan yang sudah dibentuk dengan acuan Islam.Sejarah keagungan Islam yang gilang gemilang yang tercatit dalambanyak buku sejarah telah membuktikan Islam dan penganutnya mampumenjadi model yang terbaik. Pada waktu itu, orang-orang Islam bukansahaja dianggap sebagai umat yang kuat berpegang pada agama tetapi juga yang membawa bersama mereka tamadun budaya yang tinggiseperti akhlak, pemerintahan, senibina, sastera, sains dan sebagainya.Bahkan kota-kota besar seperti Baghdad adalah dianggap sebagai kotailmu oleh dunia pada waktu itu. Kemasyhuran umat Islam sebagaipelopor di bidang ilmu melangkaui batas sempadan sehingga parapelajar hampir dari seluruh dunia datang untuk mempelajari danmengambil ilmu dari orang Islam.Ilmu yang dimiliki oleh orang Islam pada waktu itu bukan sahajamemberi manfaat kepada orang Islam semata-mata tetapi juga kepadadunia. Sumbangan Islam kepada dunia ilmu adalah suatu yang amatbesar nilainya. Di zaman keemasan Islam inilah lahirnya tokoh-tokohbesar seperti Al Biruni dan Al Kindi yang memberi sumbangan kepadailmu fizik. Al Khawarizmi, Umar Khayyam, Al Battani dan Altusi di bidangilmu matematik. Al Fazari dan Al Nayrizi memberi sumbangan di bidangastronomi. Ibnu Sina, Al Razi dan Al Zahrawi di bidang perubatan danbermacam-macam lagi sumbangan yang telah diberikan oleh ilmuan-ilmuan Islam ini kepada dunia. Inilah istimewanya apabila ilmupengetahuan itu berada di tangan orang Islam yang benar-benar
 
beriman dan beramal dengan ilmunya, maka seluruh dunia akanmendapat manfaat darinya. Sebaliknya jika ilmu itu berada di tanganmereka yang tidak bertanggungjawab maka berlakulah apa yang dapatkita lihat pada hari ini, penindasan, penipuan, penyelewengan danbermacam-macam kerosakan lagi yang semuanya menjuruskanmasyarakat ke arah kemusnahan.Oleh itu adalah satu yang amat malang bagi umat Islam sekarang yangtidak mahu mengambil contoh dan pengajaran daripada sejarah Islamuntuk dijadikan modal penggerak umat yang layu dan kaku masakini.Umat Islam kini lebih mudah dijajah fikirannya, mudah ditipu dan terlalulemah untuk bangun menyatakan haknya. Umat Islam kini diletakan disatu sudut dan dilihat sebagai umat yang mundur dari segenap segi danperlu diberi bantuan setiap kali bila ingin melangkah untuk berdikari.Kenapakah ini berlaku kepada umat yang telah dijanjikan kemuliaan didunia dan kebahagiaan di akhirat? Kenapakah imej umat Islam menjadisebegini buruk? Jawapannya ialah umat Islam itu sendiri yangmenjadikan dirinya sedemikian. Jangan semata-mata menyalahkanorang lain. Allah telah memberikan segala bentuk panduan di dalamkitab suci Al Quran untuk dilaksanakan dan telah menurunkan rasulNyasebagai petunjuk. Kedua-duanya menjadi dasar utama kepada umatIslam untuk dijadikan panduan hidup dan juga menjadi syarat utamauntuk umat Islam kembali kepada kemuncak kegemilangannya.Di samping itu, umat Islam haruslah melengkapkan diri dengan segalakeperluan masakini supaya mampu berdikari dengan tidakmengharapkan atau bergantung kepada orang luar. Kepentingan ilmusains dan teknologi adalah satu keperluan yang perlu diberi perhatian.Ini adalah kerana penguasaan umat Islam di bidang ini akanmemudahkan lagi Islam maju ke hadapan dengan lebih berkesan danmudah diterima masyarakat. Dari sinilah Islam dapat membina semulakekuatan dan kembali menguasai dunia sebagaimana yang telah pernahdibuktikan oleh sejarah. Barangkali inilah persoalan yang perlu difikirkandan dijawab oleh setiap individu muslim.
2. Islam Dan KehidupanAbu Bakar Bin YangPegawai Penyelidik00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Activity (26)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zainab Rahmat liked this
Zainab Rahmat liked this
Zainab Rahmat liked this
Zainab Rahmat liked this
syarie liked this
Abdul Aziz liked this
Ummi Adibah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->